.
Kerana hati merupakan organ kedua terbesar selepas kulit, menjaga kesihatan hati adalah penting untuk kelangsungan kesihatan diri.
Sesuai dengan saiznya, organ dengan berat kira-kira 1.5 kg ini menjalankan pelbagai fungsi tanpa henti selama 24 jam sehari.
Secara ringkasnya, 4 fungsi utama hati kita ialah:
- Sintesis – contohnya menghasilkan karbohidrat, protein, kolesterol dan hempedu apabila diperlukan
- Metabolisma – contohnya memecahkan protein kepada molekul yang lebih ringkas untuk digunakan badan
- Detoksifikasi – contohnya membuang ammonia hasil metabolisma badan untuk disingkirkan melalui air kencing
- Menyimpan – contohnya menyimpan vitamin B12, asid folik, zat besi, vitamin A (untuk penglihatan), D (untuk penyerapan kalsium) dan K (untuk sistem pembekuan darah)
.
.
Oleh kerana fungsi hati terlalu banyak, kerosakan hati mendatangkan pelbagai simptom seperti berikut:
- Jaundis (kulit dan sclera mata berwarna kekuningan)
- Sakit perut dan bengkak di bahagian bawah rusuk kanan (di mana hati terletak)
- Bengkak kaki
- Kegatalan kulit
- Air kencing berwarna kehitaman
- Najis berwarna pucat
- Keletihan yang kronik
- Loya, muntah dan hilang selera makan
- Mudah berdarah, lebam dan darah lambat membeku apabila luka
- dan banyak lagi.
.
DTX Complex Shaklee Membantu Hati Anda Memperbaharui, Menyegar dan Mencergas Semula
.
Diformulasi dengan herba semulajadi dari ekstrak milk thistle, cendawan Reishi, schisandra chinensis, dandelion, kunyit dan articok untuk nutrisi yang menyokong fungsi hati yang sihat.
Baca entri 11 Makanan Detox Yang Menyokong Kesihatan untuk maklumat lanjut tentang ekstrak-ekstrak ini.
Antara manfaat DTX Complex:
- Menghasilkan protein yang membantu dalam regenerasi sel hati
- Mengekalkan pengaliran hempedu yang normal untuk pencernaan
- Membantu mengeluarkan kompaun yang dinyahtoksin oleh hati
- Menggalakkan fungsi hati yang sihat
.
DTX Complex Shaklee diperlukan oleh mereka yang ingin menyokong fungsi hati normal dan mereka yang memiliki gaya hidup, pemakanan dan pekerjaan yang terdedah kepada bahan kimia.
Bahan-bahan kimia merupakan beban kepada hati kita!
Hati yang berterusan kerja ‘overtime’ untuk menyahtoksin bahan kimia ini mestilah mudah jatuh sakit!
.
.
Sebagai penutup, Ain kongsikan 4 tips untuk menjaga kesihatan hati.
.
4 Tips Menjaga Kesihatan Hati
- Mengehadkan pengambilan alkohol bagi bukan Islam
- Berhenti merokok kerana rokok mengandungi bahan kimia yang membebankan hati
- Mengehadkan pengambilan protein haiwan dan garam
- Mengambil probiotik berkualiti untuk membantu menyingkirkan toksin