Hari ini, membrownies lagi kita memandangkan encik suami request buat lagi. Nasib baiklah dapat resepi dari seorang kawan dari FB yang memang kerjanya mem-baking.

Asalnya resepi ni dalam ukuran timbang-timbang. Tapi sebab nak memudahkan kerja, first time buat je Ain guna timbang ni. Lepas tu Ain convertkan semua jadi sukatan cawan.

Setakat ni, tiap kali buat brownies resepi ni Alhamdulillah menjadi.

Tips penting untuk buat brownies ialah gunakan chocolate berkualiti yang memang dah diketahui sedapnya. Yang pernah Ain guna sebelum ni ialah coklat masakan cap Nona. Cap lain yang gerenti sedap ialah Beryls dan Van Houtan.

Kali ni cari punya cari tak jumpa plak coklat masakan cap Nona. Yang jumpa ialah cap Meriah macam dalam gambar kat bawah ni ha. Cuba je lah kan.

Ok, here we go!

.

resepi mudah brownies kedut

Cap ‘Meriah’ pun cap meriah la. Harap-harap sedap jugak jadinya.

.

Bahan-bahan Dalam Resepi Brownies Kedut Sukatan Cawan :

.

3/4 cawan butter (Ain guna Buttercup)

3/4 cawan coklat masakan

1/4 cawan serbuk koko (Ain guna Van Houtan)

1 sudu kecil esen vanila

1/4 sudu kecil garam

3/4 cawan gula kastor

2 biji telur

1 cawan tepung gandum

1/4 sudu kecil baking powder

Hiasan : contoh kacang badam, chocolate rice, chocolate chip, etc.

.

resepi mudah brownies kedut

Kaedah double boil ialah dengan memanaskan bahan di dalam satu bekas yang diletakkan di atas bekas lain yang mengandungi air. Bila atas api, air dalam bekas yang mendidih itulah yang akan mencairkan bahan-bahan di dalam bekas yang lagi satu.

.

Cara-caranya :

.

  1. Cairkan butter, coklat masakan dan serbuk koko menggunakan teknik double boil.
  2. Selepas semuanya cair, tutup api dan sejukkan.
  3. Dalam satu bekas yang lain (kita namakan bekas A untuk mudah faham), dengan menggunakan whisk kacau sebati vanila, garam, gula kastor dan telur. Ain guna garfu sahaja sebab takde whisk hihihi.
  4. Kemudiannya, satukan hasil double boil tadi dengan bahan-bahan dalam bekas A dan kacau sebati. Untuk ini, kacau manja-manja sahaja yang penting sebati.
  5. Akhir sekali, masukkan tepung gandum dan baking soda. Juga kacau sebati semuanya.
  6. Nak letak perhiasan pun boleh lepas adunan dimasukkan ke dalam loyang. Ain nak habiskan bahan-bahan lebihan buat kuih raya baru ni. Jadi Ain tabur chocolate rice dan kacang badam (lebihan buat Biskut Almond London hari tu). Terpulang kepada kreativiti masing-masing. Even nak biarkan kosong (classic brownies) pun no problem).
  7. Bakar adunan di dalam oven selama 30 minit pada suhu 160 Celcius (setting dan tempoh masa bakar ikut oven masing-masing)

.

resepi mudah brownies kedut

Gigih dua beradik ni tabur kacang badan dan chocolate chip warna warni kat brownies ni.

.

Untuk pengetahuan, brownies yang ‘menjadi’ ialah brownies yang mempunyai dua lapisan. Lapisan atasnya keras tapi crunch. Manakala lapisan di bawahnya lembut dan enak.

.

Sementara untuk dapatkan brownies yang ‘berkedut’ seribu tu, selepas siap bakar sejukkan di bawah kipas atau udara biasa. Tak lama kemudian akan muncullah kedutan seribu yang cantik tu.

Nama pun brownies ‘kedut’ kan? =)

.

resepi mudah brownies kedut

Tadaaa! Inilah kejadiannya. Tak berapa nak nampakla kedutnya sebab dah penuh dengan hiasan. Hihihi. Selamat mencuba!