petua tradisional mengatasi sembelit

Sembelit semasa dalam pantang adalah sesuatu yang bukan menghairankan bagi ibu selepas bersalin.

Kira-kira 20% daripada ibu semasa berpantang menghadapi masalah ini.

Terdapat enam faktor yang memungkinkan anda mengalami masalah ini semasa berpantang:

  1. Paras hormon progesterone yang lebih tinggi dari biasa semasa mengandung
  2. Sistem pencernaan anda menjadi lebih perlahan semasa proses melahirkan
  3. Faktor ubat-ubatan seperti ubat tahan sakit semasa proses kelahiran contohnya suntikan pethidine
  4. Penggunaan intstrumen seperti forsep bagi membantu mengeluarkan bayi
  5. Pengambilan tablet zat besi yang mana salah satu kesan sampingannya ialah sembelit
  6. Anda mengalami koyakan luka episiotomi yang teruk semasa melahirkan

Salah satu tips atasi sembelit semasa dalam pantang ialah banyakkan pengambilan serat dari sayur-sayuran dan buah-buahan.

.

6 Tips Atasi Sembelit Semasa Pantang

.

Sekiranya anda mengalami sembelit yang teruk, sesetengah doktor akan membekalkan anda julap bagi membantu proses pembuangan.

Selain mengambil ubat dari klinik atau hospital seperti yang disarankan, ibu-ibu dalam pantang juga boleh mencuba enam tips atasi sembelit di bawah:

  1. Makan dan minum secara regular sebaik sahaja melahirkan. Badan kita adalah umpama ‘jam’ yang mana kelancaran proses pencernaan salah satunya bergantung kepada pola pemakanan anda.
  1. Banyakkan pengambilan makanan yang kaya dengan serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Tidak boleh dinafikan lagi bahawa serat sememangnya sumber makanan yang membantu masalah sembelit secara semulajadi.
  1. Minum air kosong secukupnya, terutamanya sekiranya anda seorang ibu yang menyusukan. Bagi ibu menyusu, disarankan pengambilan sebanyak 3 liter air putih sehari untuk kelancaran proses kimia di dalam badan, termasuklah proses pencernaan.
  1. Jangan mengabai atau melambat-lambatkan ke tandas sekiranya sudah merasai untuk membuang air besar. Ada ibu semasa pantang takut untuk membuang air besar kerana bimbangkan luka episiotomi. Namun, awas! Ketakutan untuk membuang apabila sampai waktunya, hanya akan memburukkan keadaan kerana tekanan dari anus boleh mengganggu jahitan luka anda!
  1. Anda juga boleh mencuba duduk di mangkuk tandas dengan kaki menjengket ataupun menyokong kaki di atas bangku supaya paras lutut lebih tinggi dari tulang peha, untuk memudahkan proses membuang air besar.
  1. Makanan kaya kalsium juga membantu sembelit kerana kalsium yang cukup membantu otot-otot usus berehat dengan baik.

Boleh rujuk entri Ostematrix ni untuk info tentang suplemen kalsium bagi mengatasi sembelit.

Akhir kata, sekiranya masalah sembelit anda berterusan, usah teragak-agak untuk berjumpa doktor.

Buat ibu berpantang yang tercari-cari suplemen yang sangat membantu mengatasi sembelit semasa dalam pantang, boleh rujuk ENTRI INI untuk koleksi testimoni.

.

ainniahzulkefli

Klik gambar untuk order dan konsultasi lanjut.

Kategori

Arkib

SUBSCRIBE

WhatsApp chat