ubat kolesterol tinggi

Ubat Kolesterol Tinggi (Statins) diberikan kepada pesakit yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi.

Kolesterol tinggi perlu diturunkan kerana membawa pelbagai risiko penyakit kardiovaskular.

Contohnya strok, serangan jantung dan tekanan darah tinggi.

Tidak lupa juga komplikasi kepada mana-mana organ dalaman juga.

Kolesterol yang tinggi boleh mengecilkan diameter salur darah (ada juga yang menyumbatkan terus), menyebabkan pengaliran darah tidak lancar.

Oleh itu, akan muncullah komplikasi kepada organ yang terlibat.

Contohnya kalau salur darah ke jantung tersumbat, jadilah serangan jantung.

Kalau salur darah kecil-kecil yang ke tangan yang tersumbat, jadilah kebas-kebas tangan.

Dan kalau salur darah ke otak yang tersumbat, jadilah strok (jenis ischemic).

Macam mana nak tahu kolesterol tinggi atau tidak?

Bacaan kolesterol yang normal adalah seperti berikut:

Total cholesterol (jumlah kolesterol) <5.2

LDL (low-density lipoprotein, kolesterol “jahat”) <2.6

HDL (high-density lipoprotein, kolesterol “baik”) >1.9

ubat kolesterol tinggi

Serangan jantung terjadi apabila salur darah yang membawa darah ke jantung tersumbat. Jantung tidak mendapat “makanan”nya lalu tidak boleh berfungsi (tidak boleh mengepam dengan baik)

.

Bagaimana Ubat Kolesterol Tinggi Bertindak?

.

Statin bertindak menurunkan kolesterol dalam darah melalui penurunan penghasilan kolesterol oleh hati.

Sumber kolesterol lain semestinya dari pemakanan. Ini boleh dikurangkan melalui pemakanan sihat yang kurang kolesterol.

Untuk menurunkan penghasilan kolesterol oleh hati, statin menghalang tindakan enzim yang dipanggil hydroxy-methylglutaryl, coenzyme A reductase (HMG-CoA reductase).

So secara saintifiknya, statin juga digelar HMG-CoA reductase inhibitors.

Beberapa contoh ubat kolesterol tinggi statin ialah:

  • atorvastatin
  • simvastatin
  • lovastatin
  • paravastatin
  • rosuvastatin

ubat kolesterol tinggi

CoQ berfungsi menjana tenaga dari mitokondria. Kekurangan CoQ disebabkan stating menyebabkan keletihan dan selalu mengantuk.

.

Kesan Sampingan Ubat Kolesterol Tinggi

.

Setiap ubat pasti ada kesan sampingannya. Untuk statins, kesan sampingan yang boleh terjadi termasuklah sakit kepala, loya/muntah, cirit/sembelit, ruam, keletihan dan sakit otot.

Kesan sampingan yang lebih serius tapi jarang berlaku ialah rhabdomyolysis. Iaitu kecederaan atau kematian sel-sel otot yang boleh mengakibatkan kerosakan fungsi buah pinggang dan komplikasi lain.

Pesakit yang mengambil ubat lain yang juga boleh mengakibatkan kesan sampingan ini, lebih berisiko.

Statins juga boleh menyebabkan kenaikan HbA1C (untuk mengukur tahap kencing manis) dan paras gula dalam darah, seperti pesakit kencing manis.

Terdapat juga pesakit yang mengalami masalah lupa, mudah keliru (confusion) dan masalah memori selepas mengambil statins. Walau bagaimanapun, simptom ini hilang dengan sendirinya selepas beberapa minggu berhenti dari mengambil statins.

Ya, memang banyak kesan sampingan ubat kolesterol tinggi. Kolesterol tinggi membawa pelbagai risiko masalah kardiovaskular.

Sebab itu ianya perlu diturunkan ke paras yang normal.

Jika anda boleh mengawal pemakanan seimbang, rajin bersenam dan disokong oleh pengambilan suplemen yang lebih selamat, kenapa perlu katakan TIDAK.

Jangan lupa dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu ya.

Baca entri Cara Pemakanan Sihat.

ainniahzulkefli

Klik gambar untuk konsultasi eksklusif menu pemakanan untuk turunkan kolesterol dalam darah dalam 2 bulan.