tanda kurang protein

Adakah anda salah seorang yang kurang protein? | Tahukah anda, sekecil-kecil sel yang paling asas dalam badan kita memerlukan protein?

Sehingga kepada penghasilan otot, kulit, rambut dan kuku, badan kita memerlukan protein yang cukup untuk fungsi optimum badan.

Walau bagaimanapun, keperluan protein berubah mengikut jantina, aktiviti fizikal harian dan sebagainya.

Sebab itu kita perlu tahu, adakah kita berada di dalam kumpulan yang mengalami kekurangan protein.

.

1# BINA BADAN

Terutamanya kaum lelaki, disarankan pengambilan lebih protein untuk membina semula dan memperbaiki sel-sel otot. Protein yang cukup memastikan penghasilan otot yang kuat lebih cepat dan lebih sihat.

Untuk hasil yang terbaik, dicadangkan pengambilan minuman berprotein sebelum dan selepas workout. Jangan lupa pemakanan seimbang untuk memastikan nutrien dapat diserap dengan optimum.

.

2# IBU HAMIL

Apa yang baik untuk bakal ibu, itulah juga yang baik untuk si manja di dalam kandungan.

Bagi ibu hamil, pengambilan protein yang cukup membantu perkara-perkara berikut:

  • menggalakkan pertumbuhan sel-sel bayi yang sihat
  • membantu perkembangan bayi terutamanya sepanjang trimester kedua dan ketiga di mana pertumbuhan bayi adalah pada kadar yang cepat
  • membolehkan ibu membina lebih otot dan kurang lemak sepanjang kehamilan

.

kurang protein

Ibu menyusu perlu memastikan keperluan nutrisi mencukupi. Bukan sahaja untuk diri anda, tetapi juga untuk si manja yang disusukan.

.

3# IBU MENYUSU

Pernah terfikirkah anda, yang sebenarnya ibu menyusu memerlukan hampir dua kali ganda protein berbanding ibu yang tidak menyusukan?

Tapi ini bukan alasan untuk ibu menyusu makan banyak ya hihi.

Protein penting bagi ibu menyusu kerana:

  • mengekalkan kesihatan ibu supaya dapat menghasilkan susu ibu yang berkualiti
  • mengoptimumkan pertumbuhan dan perkembangan bayi yang disusukan memandangkan protein ialah komponen penting dalam susu ibu

Boleh terus baca entri ni untuk maklumat lanjut : Makanan Protein, Apa Ibu Menyusu Perlu Tahu?

.

4# “MIDDLE-AGED”

Seusai anda memasuki usia setengah abad, badan anda akan mengalami kemerosotan drastik termasuklah kehilangan otot yang progresif.

Dengan ini, ambillan protein yang cukup untuk membantu:

  • melambatkan proses penuaan (jika turut rajin bersenam, akan menghasikan otot yang tegap dan kuat. Pasti anda kelihatan muda di mata orang lain)
  • menurunkan risiko penyakit jantung seperti kolesterol tinggi

Berdasarkan kajian, pengambilan 25 gram protein soya setiap hari dikenalpasti mampu menurunkan risiko kolesterol tinggi (Sumber)

.

.

5# NAK KURUS

Yang nak kurus sememangnya wajib mengambil protein setiap hari untuk meningkatkan metabolisma. Seseorang yang metabolismanya lebih tinggi mampu membakar lemak dengan lebih berkesan.

Jadi, pastikan protein anda cukup setiap hari untuk :

  • meningkatkan kepuasan selepas makan dan memberi rasa kenyang yang lebih lama
  • mengawal jumlah kalori
  • mengekalkan otot kerana lebih banyak otot bermakna lebih tinggi metabolisma

Kajian membuktikan sarapan tinggi protein mempu memberi rasa kenyang yang lebih lama. (Sumber)

.

6# PENGGEMAR DESSERT

Diet tinggi gula boleh mengakibatkan paras gula darah meningkat dengan cepat, yang mana ini boleh mempengaruhi kesihatan jantung dan menyebabkan keradangan di dalam badan.

Tetapi jangan bimbang kerana pengambilan protein yang cukup setiap hari membantu menstabilkan paras gula darah dan memperbaiki keradangan, paras kolesterl dan sensitiviti insulin (Sumber)

.

Jadi apa anda perlu lakukan sekiranya anda berada di dalam kumpulan yang kurang protein dan perlukan lebih protein ini?

Cara termudah ialah dengan pengambilan 3 sudu besar ESP setiap hari, dibancuh begitu sahaja atau dicampur dengan minuman kegemaran anda. ‘Dos’ ini menyediakan 14 gram protein berkualiti untuk badan anda.

Info lanjut tentang Energizing Soy Protein, boleh klik situ ya. 🙂

Klik gambar ini untuk konsultasi lanjut suplemen protein terbaik, selamat dan berkesan.

Categories

WhatsApp chat