sakit tapak kaki dan tumit

Siapalah yang tidak stress dengan sakit tapak kaki dan tumit yang boleh mengganggu aktiviti harian kan? Nak berjalan ke sana sini dalam kesakitan aduhai, seksanya rasa! Tambahan kalau jenis kerja yang banyak menggunakan kaki, perlu berjalan ke sana ke mari, naik turun tangga yang tinggi!

Mari kita tengok kenapa anda boleh alami sakit tapak kaki dan tumit.

.

Apa Itu Plantar Fasciitis?

Di kaki kita, terdapat sejenis tisu fibrous yang menyokong tapak kaki, menyambungkan tulang tumit dengan jari jemari kaki.

Dalam keadaan tertentu, tisu ini boleh mengalami regangan berlebihan yang berulang-ulang, menyebabkan ia sedikit terkoyak, menjadi sakit dan berlaku keradangan. Terjadilah keadaan dipanggil ‘plantar fasciitis‘.

Plantar fasciitis ialah penyebab utama kebanyakan sakit tumit dan tapak kaki.

sakit tapak kaki dan tumit

Tisu yang menyambungkan tulang tumit dan jemari kaki yang mengalami regangan berlebihan dan berulang-ulang akan menyebabkan keradangan dan sakit.

.

Keadaan-keadaan yang boleh merisikokan terjadinya sakit tapak kaki dan tumit ini ialah seperti berikut:

  • masalah berat badan berlebihan dan obesiti (lebihan ‘muatan’ pastinya membebankan kaki yang perlu membawa badan setiap hari)
  • berdiri atau berjalan terlalu lama (contoh: faktor pekerjaan)
  • penggunaan kasut yang tidak sesuai (tumit terlalu tinggi, tapak keras, flat)
  • berjalan dalam keadaan yang tidak normal
  • faktor usia : kerap berlaku di kalangan yang berusia 40 hingga 60 tahun
  • jenis senaman tertentu yang boleh menyebabkan regangan berlebihan bahagian tapak kaki (contoh : lari jarak jauh, menari ballet, tarian aerobik)

Seseorang yang mengalami plantar fascitis kebiasaanya akan mengadu sakit mencucuk di bahagian tumit sebaik bangun dari tidur. Kesakitan ini kemudiannya akan berkurangan selepas bangun dan bergerak. Tetapi boleh jadi akan sakit kembali setelah banyak berjalana atau berdiri.

Awas jika anda seorang yang mengabaikan sakit tumit ini kerana apabila anda sakit, anda pastinya akan mengubah gaya berjalan untuk mengurangkan kesakitan. Akibatnya, anda akan membebankan sendi-sendi lain pula di kemudian hari – anda akan mengalami sakit lutut, pinggul dan pinggang.

Dengan hanya mengambil sejarah sakit kaki dan pemeriksaan fizikal, kebiasaannya doktor akan dapat membuat diagnosis ‘plantar fasciitis‘ ini dan mempreskripsi ubat tahan sakit.

.

5 Cara Mengatasi Sakit Tapak Kaki dan Tumit

.

Selain mengurangkan sakit dengan mengambil ubat tahan sakit, anda juga boleh mengurangkan kesakitan dengan kaedah seperti di dalam gambar ini:

sakit tapak kaki dan tumit

Cold compress : Dengan menggunakan ais yang dibalut di dalam kain, tekankan pada tapak kaki yang sakit itu. Kesejukan ini dapat mengurangkan kesakitan untuk sementara.

.

Anda juga boleh mula mencari kasut (atau selipar atau sandal) yang lebih sesuai untuk menangani masalah sakit kaki anda. Carilah kasut yang sedikit tinggi (kira-kira seinci tinggi heel-nya, bukan flat terus atau terlalu tinggi), dengan tapak yang lembut. Contoh terbaik di Malaysia ni ialah kasut Bata Comfit yang sangat selesa dan mampu milik. Kasut sebegini memberi sokongan kepada tapak kaki anda lebih-lebih lagi jika anda banyak berdiri atau berjalan.

Elakkan juga memakai kasut yang telah haus tapaknya, atau ‘berkaki ayam’ terutamanya di permukaan yang kasar. Sebagai contoh, gunakan selipar lembut di dalam rumah bersimen.

Jika sukan tertentu yang menjadi punca anda kerap sakit tumit dan tapak kaki, berubahlah kepada jenis sukan lain. Anda pun mestilah bersukan untuk kesihatan, bukan untuk lebih sakit kan?

Paling penting, dapatkan berat badan ideal kerana walau apa jua cara yang telah anda gunakan, selagi masih gemuk atau obes, selagi itu anda akan berulang-ulang mengalami masalah ini.

.

Bagaimana Pula Dengan Suplemen Kesihatan Untuk Masalah Ini?

.

Di samping Set Kurus untuk menurunkan berat badan berlebihan, gabungan Ostematrix, Omega Guard dan B Complex disarankan untuk mereka yang ingin berikhtiar dengan suplemen Shaklee.

  • Ostematrix – suplemen kalsium lengkap yang bertindak sebagai ‘pain killer‘ semulajadi dan menyihatkan tulang dan sendi
  • Omega Guard – bersifat antiradang, mengurangkan keradangan dan juga baik untuk kesihatan sendi
  • B Complex – dikenali sebagai suplemen urat, melegakan kesakitan dengan lebih berkesan apabila bergabung dengan Ostematrix

.

Klik gambar ini untuk order dan konsultasi lanjut