produk untuk kulit berjerawat

Pemilihan produk untuk kulit berjerawat memerlukan pengetahuan yang betul supaya tidak tersilap langkah.

Pastinya anda juga tidak mahu kulit wajah yang sudah sedia subur dengan jerawat, menjadi lebih parah lagi.

Mari kita fahami dahulu, bagaimana ‘proses salin kulit’ kita berlaku.

Secara fisiologinya, kulit kita terdiri daripada 7 lapisan semuanya.

Nampak saja nipis, tapi berlapis-lapis rupanya kan?

Sel kulit baru dihasilkan di lapisan paling dalam sekali, kemudiannya akan bergerak dari lapisan ke lapisan sehingga ke lapisan paling luar.

Proses ni kita namakan sebagai ‘cell turnover’. Mudah nak paham, macam proses ‘salin kulit’ la.

produk untuk kulit berjerawat

“Cell Turnover”

Setiap hari ada ja sel kulit kita yang akan mati.

Untuk kulit normal, kebiasaannya sel kulit mati ini akan disingkirkan dari kulit menjadi debu dan habuk.

Tetapi, berbeza bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak atau berjerawat.

Cell turnover‘ ini adalah tidak efisyen bagi mereka dengan kulit berminyak dan berjerawat.

Kulit mereka menghasilkan lebih banyak sel kulit mati.

Pulak tu, sel kulit mati ini TIDAK disingkirkan dengan sempurna, menyebabkan ianya menyumbatkan liang pori, menghasilkan blackheads.

Blackheads yang dijangkiti kuman pula seterusnya akan membentuk jerawat.

Jadi, untuk mereka yang memiliki kulit berjerawat, proses membuang sel kulit mati (exfoliate) setiap hari sangat penting untuk mengatasi masalah jerawat.

Membuang sel kulit mati secara berkala dapat mencegah penyumbatan liang pori, sekaligus mencegah pembentukan jerawat.

Dan ia juga dapat menjadikan kulit anda lebih lembut dan memperbaiki kulit kusam anda!

produk untuk kulit berjerawat

Fasa pembentukan jerawat: (1) sel kulit mati tidak disingkirkan, (2) liang pori tersumbat, (3) jangkitan kuman menyebabkan jerawat

Bagaimana Memilih Pencuci Muka Yang Sesuai Untuk Kulit Berjerawat?

Untuk menjawab soalan ini, pernah Ain share dalam satu entri sebelum ini.

Anda boleh rujuk entri Jangan Salah Pilih Jenis Pencuci Muka Ya.

.

Nak Pilih Exfoliant Pula, Ketahui Jenis Yang Sesuai Untuk Kulit Berjerawat

Terdapat 2 jenis exfoliant, iaitu physical dan chemical exfoliant.

PHYSICAL EXFOLIANT

  • Mengandungi bahan yang boleh menyingkirkan sel kulit mati secara manual
  • Contohnya skrub dengan biji2 mikrobead, kain pencuci yang kasar dan prosedur microdermabrasion
  • Exfoliant jenis ini menjadikan kulit terasa lembut dan licin
  • Namun, ianya TIDAK sesuai untuk kulit berjerawat, kerana boleh memburukkan lagi keadaan kulit yang telah sedia mengalami keradangan
  • Sebab itulah ada sesetengah pengguna dengan kuit berjerawat mendapati, kulit mereka menjadi lebih kemerahan dan breakout menjadi lebih teruk!

CHEMICAL EXFOLIANT

  • Jenis ini tidak mengandungi bahan-bahan ‘penghakis’
  • Tetapi mengandungi bahan yang berupaya melonggar atau mencairkan ikatan yang memegang sel kulit mati di kulit
  • Mudah sahaja untuk mengenali exfoliant jenis ini dengan membaca label.
  • Contoh bahan dalam chemical exfoliant ialah alpha-hydroxy-acid (AHA) (glycolic, tartaric, lactic acids), beta-hydroxy-acid (BHA) (salicylic acid), retinoid dan sebagainya.
  • Exfoliant jenis inilah yang sesuai untuk mereka yang berkulit jerawat

pencuci muka untuk jerawat

Kak Ija adalah salah seorang yang mempunyai masalah jerawat teruk di wajah. Alhamdulillah dah jumpa produk untuk kulit berjerawat yang sesuai dengan beliau. KLIK UNTUK TESTIMONI.=)

Next entri Ain akan sambung tentang tips pemilihan moisturiser untuk kulit berjerawat pula InsyaaAllah.

Stay tuned! =)

Dapatkan konsultasi penuh produk yang sesuai untuk kulit berjerawat dari Ain.