Tahukah anda, jerawat amat mudah terhasil pada mereka yang memiliki kulit berminyak dan tidak dicuci dengan bersih?
Sebelum ini, Ain ada ceritakan tentang tips memilih pencuci muka dan toner (exfoliant) yang sesuai untuk kulit berjerawat.
Kali ini kita terus ke langkah seterusnya iaitu moisturizer untuk kulit berjerawat pula ya.
Bukannya apa.
Moisturizer yang salah boleh memudaratkan keadaan kulit terutamanya jenis berminyak dan berjerawat. Malah, boleh menyebabkan breakouts yang lebih teruk lagi!
Juga dikenali sebagai pelembap, moisturizer berfungsi untuk memperbaiki hidrasi kulit kita dengan cara melambatkan penyejatan air dari permukaan kulit.
Ini penting untuk mengekalkan kandungan air dalam kulit dan mengelakkan kulit menjadi kering.
Dan lapisan moisturizer yang disapu pada kulit juga bertindak sebagai lapisan pelindung, menjadikan kulit lebih lembut dan licin.
.
5 Panduan Memilih Moisturizer Untuk Kulit Berjerawat
.
1.BACA LABEL
Pastikan anda baca label terlebih dahulu sebelum membeli mana-mana moisturizer.
Bagi kulit berjerawat, disarankan memilih moisturizer yang bebas minyak (oil-free), tidak menyumbatkan liang pori (non-comedogenic) dan tidak menyebabkan jerawat (anti-acnegenic).
Selain itu, moisturizer jenis krim adalah lebih ‘berat’ berbanding jenis losyen. Ini terpulang kepada anda untuk membuat pilihan.
.
2. ADAKAH MEMPUNYAI AGEN EXFOLIATING?
Seperti yang telah diterangkan kepentingan exfoliating (buang sel kulit mati) bagi kulit berjerawat, jika moisturizer anda juga mengandungi agen untuk fungsi ini, ini dikira bonus untuk anda.
Tetapi awas jika anda juga sedang menggunakan ubat untuk jerawat.
Gabungan ubat ni dengan agen exfoliating boleh mengakibatkan kulit mengelupas lebih banyak.
Jadi, sebaiknya dapatkan nasihat pakar kulit yang merawat anda terlebih dahulu ya.
.
3. HYPOALLERGENIC & BEBAS BAU
Kulit yang sudah sedia mengalami keradangan, sudah tentulah anda tidak mahu memburukkan lagi keadaan.
Oleh sebab itu, pilihlah moisturizer yang hypoalergenik dan bebas bau.
Sesetengah bau boleh merengsakan kulit, so, sebaiknya elakkan untuk kulit berjerawat.
.
4. SUN PROTECTION FACTOR, SPF
Terutamanya jika anda sedang menggunakan ubat jerawat, anda ‘wajib’ memilih moisturizer yang mengandungi SPF untuk melindungi dari bahaya sinar ultraviolet.
Ubat jerawat meningkatkan sensitiviti terhadap cahaya matahari.
Baca juga tentang Tips Pemilihan Produk SPF.
.
5. FOKUS KEPADA KESAN, BUKANNYA HARGA
Apabila anda betul-betul mahukan yang terbaik untuk kulit berjerawat anda, harga sesuatu produk bukanlah penghalang.
Yang penting anda tahu bagaimana ia bertindak untuk kulit berjerawat anda.
Amat penting untuk memilih kualiti daripada kuantiti.
Tepuk dada, tanya diri, “kenapa junk foods lebih murah harganya?“
Jangan jadikan kulit wajah anda, bahan eksperimen.