ubat kurus paling berkesan

Turun 10kg dalam sebulan“…”Sis ini berjaya hilang berat badan 8kg dalam 2 minggu”…”Kurus tanpa berlapar dan bersenam…”

Bermacam-macam lagi tagline iklan ubat kurus ‘paling berkesan’ di media sosial sekarang. Persoalannya, benar-benar berkesankah ubat-ubat ini? Dan apakah yang terkandung dalam ubat kurus tersebut yang menjadikannya ‘berkesan’ itu?

Dari laman Facebook Public Health Malaysia ini, disenaraikan “ubat kurus” yang mengandungi bahan terlarang. Ya, bahan-bahan terlarang ini BOLEH menurunkan berat badan anda, tetapi pakej sekali dengan kesan sampingan yang serius dan tidak diingini (sebab itulah namanya pun “bahan terlarang”).

.

.

Bagaimana Bahan Terlarang Dalam “Ubat Kurus Paling Berkesan” Bertindak & Apakah Kesan Sampingannya?

.

SIBUTRAMINE

.

Pada awalnya sibutramine didapati berkesan menurunkan berat badan pesakit obes sebagai salah satu usaha mengurangkan risiko mereka. Dengan menurunkan berat badan, kerintangan insulin dan metabolisma gula akan menjadi lebih baik.

Namun, dalam masa yang sama, sibutramine juga didapati meningkatkan denyutan jantung dan mengganggu kestabilan tekanan darah.

Sejak tahun 2002, beberapa kesan sampingan melibatkan jantung telah dilaporkan disebabkan penggunaan sibutramine.

SCOUT (Sibutramine Cardiovascular Outcome Trial) pula mengesahkan meningkatnya risiko masalah kardiovaskular di kalangan pesakit yang mengambil sibutramine melebihi 5 tahun – risiko serangan jantung dan strok lebih tinggi.

Oleh kerana kesan sampingan sibutramine lebih buruk berbanding kebaikannya terhadap pesakit obes, ianya mula disenaraikan sebagai bahan terlarang.

.

ubat kurus paling berkesan

SCOUT (Sibutramine Cardiovascular Outcome Trial) mengesahkan meningkatnya risiko strok dan serangan jantung di kalangan pengguna sibutramine melebihi 5 tahun.

.

BISACODYL

.

Merupakan julap yang menggalakkan pergerakan usus untuk membuang air besar, penggunaan Bisacodyl semestinya membantu menurunkan berat badan.

Tetapi sebenarnya, berat yang turun itu adalah kerana kehilangan air yang banyak dari badan.

Antara kesan sampingan Bisacodyl ialah seperti berikut:

  • sakit perut
  • loya
  • cirit-birit
  • pendarahan rektum
  • kehausan yang berlebihan

Penggunaan julap kuat yang berpanjangan pula akan menyebabkan usus hilang keupayaan semulajadinya untuk bergerak. Dengan itu, akan terjadilah masalah sembelit yang menyebabkan pesakit terpaksa bergantung kepada julap untuk membuang.

Takkan masih muda lagi tapi sudah ada masalah sembelit yang kena bergantung kepada ubat untuk membuang, kan?

.

ubat kurus paling berkesan

Pengambilan julap yang kerap dan berterusan boleh menyebabkan tona usus berkurang dan terjadinya kebergantungan terhadap julap ini. Jalan terbaik untuk detox usus ialah melalui pemakanan seimbang dan sihat serta kaya dengan fiber.

.

SPIRONOLACTONE

.

Sebenarnya, ubat Spironolactone ialah ubat yang diberi kepada pesakit bermasalah jantung (congestive heart failure), hati (cirrhosis) atau buah pinggang (kidney failure).

Pesakit-pesakit ini dipreskripsi ubat spironolactone untuk membantu mengeluarkan air berlebihan kerana meraka mempunyai had jumlah air yang dibenarkan setiap hari.

Sama seperti Bisacodyl, berat badan yang turun itu adalah disebabkan kehilangan air.

Namun, berbeza dengan pesakit-pesakit ini yang sememangnya memerlukan ubat Spironolactone, mereka yang sekadar hendak menurunkan berat badan sahaja boleh mengalami simptom-simptom dehidrasi:

  • kehausan yang berlebihan
  • kurang kencing
  • air kencing berwarna gelap
  • kekeliruan disebabkan dehidrasi

.

Dehidrasi yang berpanjangan sudah semestinya tidak baik untuk organ-organ dalaman terutamanya buah pinggang (kegagalan buah pinggan boleh terjadi).

Jadi, tidak hairanlah mereka yang masih muda, tiada penyakit kronik, ambil “ubat kurus” boleh didiagnos kidney failure secara tiba-tiba.

.

PHENOLPHTALINE

.

Ini juga adalah salah satu julap yang boleh didapati secara over the counter (OTC) di farmasi.

Pengambilan Phenolphtaline dikaitkan dengan risiko kanser dan kerosakan/mutasi DNA. Oleh itu, telah diklasifikasikan oleh FDA sebagai “tidak selamat dan tidak berkesan secara amnya” sejak tahun 1999.

.

SILDENAFIL

.

Nama glamer Sildenafil ialah Viagra, dikenali sebagai ubat yang amat berkesan untuk merawat masalah mati pucuk (erectile dysfunction) di kalangan kaum lelaki.

Sildenafil membantu menurunkan bert badan kerana telah terbukti secara klinikal, ia menukarkan lemak ‘jahat’ kepada lemak yang lebih mudah untuk dibakar. Namun, ujian ini hanya dijalankan ke atas tikus makmal. Kesan ke atas manusia tidak dapat disimpulkan.

Selain kesan Viagra yang terbukti sangat berkesan untuk masalah mati pucuk, ia juga boleh menyebabkan kesan yang lebih serius seperti:

  • masalah jantung : Viagra boleh menurunkan tekanan darah mengakibatkan serangan jantung dan kematian mengejut!
  • kerosakan mata seperti rabun dan buta secara tiba-tiba : Viagra dikatakan menyebabkan pengaliran darah ke mata terganggu
  • hilang pendengaran secara tiba-tiba
  • 84% lelai yang pernah mengambil Sildenafil berisiko menghidap melanoma (sejenis kanser) selepas 10 tahun

.

ubat kurus paling berkesan

.

PHENYLBUTAZONE

.

Merupakan sejenis ubat tahan sakit nonsteroidal antinflammatory drugs (NSAID), Phenylbutazone digunakan untuk merawat keradangan sistem otot dan sendi. Sebagai contoh untuk masalah ankylosing spondylitis, rheumatoid arthritis dan reactive arthritis.

Antara kesan sampingannya ialah:

  • membantutkan penghasilan sel darah putih (penting untuk sistem pertahanan badan)
  • aplastic anemia (sel darah merah penting untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan)
  • anorexia
  • cirit birit
  • berak berdarah

.

FENFLURAMINE

.

Bahan ini ‘membantu’ kurus dengan membantutkan selera makan dan memberi rasa kekenyangan.

Malangnya, ia juga boleh mengakibatkan :

  • masalah injap jantung (seperti valvular regurgitation)
  • meningkatkan risiko tekanan darah tinggi dalam paru-paru (pulmonary hypertension)
  • kesan ke atas sistem penghadaman dan sistem perkumuhan
  • kesan ke atas otak seperti sakit kepala, agitation dan kemurungan

.

Organ-organ ini sangat penting untuk kehidupan. Sanggupkah anda merisikokan organ-organ ini hanya semata-mata untuk kurus dengan bahan terlarang?

.

TOPIRAMATE

.

Ubat ini sebenarnya ialah ubat untuk masalah sawan (antiseizure) dan mencegah migraine.

Sebenarnya ubat ini TIDAK membantu anda kurus, tetapi salah satu kesan sampingannya ialah menurunkan berat badan.

Lebih memudaratkan lagi, jika diambil untuk jangka masa yang panjang boleh mengakibatkan masalah yang lebih serius :

  • masalah mata yang serius yang sekiranya tidak dirawat boleh menyebabkan buta yang berkekalan
  • mengurangkan berpeluh – ini menyebabkan suhu badan naik lebih tinggi menjurus kepada demam tinggi
  • meningkatkan paras asid dalam badan menyebabkan metabolic acidosis yang boleh membawa maut
  • dari segi psikologi boleh menyebabkan pemikiran suicidal (bunuh diri), kemurungan, panik dan insomnia

ubat kurus paling berkesan

.

Kesimpulannya, jika ada yang claim ada ubat yang boleh menguruskan badan dengan cepat secara shortcuts, WAJIBlah anda ragu-ragu akan kandungan bahan-bahannya sehingga terbukti tidak mengandungi bahan terlarang.

Sesungguhnya, “ubat kurus paling berkesan” ialah kombinasi KONSISTEN:

  1. Pemakanan sihat dan seimbang yang mengandungi kesemua kumpulan makanan pada nisbah yang betul
  2. Bersenam secara berkala sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, 20-30 minit setiap sesi
  3. Pengambilan suplemen secara bijak (suplemen pun “macam2” kan sekarang?) sebagai penyokong nutrisi harian

.

Menurunkan berat badan dengan cara yang sihat ini TIDAK menjadikan anda lebih sakit dan lebih memudaratkan.

Nak melabur untuk suplemen pun, pastikan ianya berbaloi. Berbaloi untuk kesihatan dan berbaloi dari segi jumlah wang yang dibelanjakan. Walau anda kaya mana sekalipun, organ-organ dan nyawa anda PRICELESS harganya. =)

Baca entri Suplemen – Keperluan Atau Kehendak? untuk tips pemilihan suplemen yang baik dan selamat.