upt positif

Bagi pasangan yang baru pertama kali bakal menerima cahaya mata terutamanya, berita UPT positif pastinya sesuatu yang sangat mengujakan!

Pasangan suami isteri biasanya akan membuat UPT di rumah selepas si isteri beberapa hari haid datang lewat dari yang sepatutnya (bagi ibu dengan haid yang teratur).

Pernahkah anda terfikir, apa yang perlu dilakukan sebaik mendapat ujian air kencing kehamilan dengan dua garisan selain brejumpa doktor untuk mengesahkannya?

Mari ikuti apa dan mengapa perkara-perkara di bawah penting untuk anda lakukan.

.

Bila Nak Buat Ultrasound Lepas UPT Positif?

Kerana terdapat beberapa kes ‘false positive’ UPT (iaitu UPT positif tetapi sebenarnya tidak mengandung), sebaiknya anda menjalankan ujian ultrasound untuk memastikan yang anda benar-benar hamil.

Iaitu dengan mengesan kantung di dalam rahim, terdapat janin di dalamnya, dan denyutan jantung bayi dapat dilihat dan didengar.

Ultrasound awal iaitu sebelum memasuki trimester kedua (sebelum minggu ke-12 kehamilan) adalah penting untuk mengetahui tarikh jangka bersalin (EDD) yang paling tepat.

Ini kerana, perkembangan bayi apabila memasuki trimester kedua akan dipengaruhi oleh pemakanan ibu, masalah kesihatan ibu, dan lain-lain.

Contohnya kalau scan lepas trimester kedua, saiz bayi lebih besar, EDD akan jadi lebih awal dari yang sepatutnya (dan sebaliknya).

Dan ujian ultrasound juga penting untuk memastikan anda TIDAK mengandung di luar rahim yang boleh membahayakan nyawa anda!

Seawal berapa minggu pula boleh buat ultrasound untuk tengok semua tadi tu?

Bergantung kepada klinik dan mesin scan di situ (tanya doktor kat situ).

Sekiranya mesin boleh mengesan kantung seawal 4-5 minggu kehamilan, anda mungkin akan diberi tarikh untuk mengulang ultrasound selepas 2-3 minggu untuk melihat janin, denyutan jantung pula.

Pendapat peribadi Ain, datanglah untuk ultrasound selepas 7 minggu kehamilan. Kerana kebanyakannya akan dapat lihat semua yang anda perlukan – kantung, ukuran janin, denyutan jantung dan tentukan EDD yang paling tepat – seperti yang telah dinyatakan di atas.

So, yang dah UPT positif tu, lepas 7 minggu dari tarikh last haid dan sebelum trimester kedua, terus ke klinik untuk buat ultrasound ya.

upt positif

Kantung boleh dikesan melalui ultrasound seawal 5 minggu kehamilan.

.

Buku Merah / Pink

Bagi ibu-ibu hamil, Buku Merah / Pink adalah umpama ‘nyawa’ mereka kerana mengandungi segala maklumat penting ibu dan bayi sepanjang kehamilan.

Setelah dipastikan anda hamil melalui ultrasound, segeralah ke klinik kesihatan atau swasta (ikut masing-masing) seawal mungkin sebelum trimester kedua untuk mendapatkan Buku Merah anda.

Bila dah ada Buku Merah / Pink ini, sentiasalah bawa ke mana-mana sahaja bersama anda.

Kena admit ke, balik kampung ke, pergi travel ke, bawa bersama ya.

upt positif

Sumber dari Google.

.

Ujian Darah Prenatal

Adalah penting untuk anda menjalankan ujian darah prenatal juga untuk direkod di dalam Buku Merah.

Antara ujian darah ‘basic’ yang wajib dijalankan ialah:

  • Full Blood Count : terutamanya untuk melihat sel darah merah (hemoglobin) (ibu hamil berisiko menghidap anemia – kurang darah merah)
  • Kumpulan darah : ibu hamil berisiko pendarahan sebelum, semasa dan selepas bersalin
  • Penyakit kelamin (HIV, VDRL, TPHA) dan Hepatitis B

Ujian-ujian lain yang special bergantung kepada ibu hamil contohnya jika ibu hamil mempunyai apa-apa penyakit kronik.

Terbaru, di negara kita, suami pun perlu menjalani ujian HIV sebagai screening awal untuk menentukan ibu dan bayi yang berisiko.

Selain ujian darah, ibu hamil juga akan di-screen air kencing mereka untuk mengesan kehadiran protein dan gula.

Ini adalah penting untuk mengesan penyakit kronik sedia ada seperti darah tinggi dan kencing manis sebelum hamil yang berisiko ke atas ibu dan bayi.

alahan mengandung

.

Semua Ibu Hamil Akan Alami Muntah-muntah Ke?

Tidak semua tetapi kebanyakan ibu hamil akan mengalami alahan mengandung di awal kehamilan (ada yang berlanjutan sehingga bersalin!).

Ibu hamil sepatutnya ‘expect’ alahan mengandung terjadi kerana paras hormon kehamilan yang tinggi semasa trimester pertama.

Anda boleh mengalami pening-pening, sakit kepala, loya tekak dan muntah-muntah yang berterusan.

Rujuk entri Alahan Mengandung – Apa Nak Buat? untuk bacaan lanjut.

.

5 Tips Kekalkan Kesihatan Semasa Hamil

Anda tidak dapat mengelak alahan dari terjadi. Tetapi anda boleh cuba untuk mengekalkan kesihatan anda semasa hamil dengan 5 tips berikut:

  1. Ambil vitamin-vitamin kehamilan seperti yang disarankan (Baca Set Hamil Shaklee Lengkapkan Nutrisi Ibu Hamil dan Bayi)
  2. Senaman secara berkala
  3. Amalkan pemakanan seimbang dengan kesemua kumpulan makanan mengikut masa yang teratur
  4. Minum air kosong secukupnya
  5. ELAKKAN perkara-perkara ini:
    • merokok dan perokok
    • senaman berlebihan
    • kerja berat
    • kafein berlebihan, iaitu melebihi secawan teh atau kopi sehari
    • pengambilan dadah berbahaya

Set Mengandung Shaklee melengkapkan nutrisi ibu hamil dan bayi anda.

Kategori

Arkib

SUBSCRIBE

WhatsApp chat