Jujurnya, Ain sendiri terkejut amat bila baru-baru ini didatangi seorang ibu muda berusia 20an yang baru bersalinkan anak pertama. Muda lagi, dan baru bersalin pertama kali plak tu.

Ibu ini mengadu sakit dan rasa bengkak kat bahagian sulit.

Selepas diperiksa, didapati serviks pesakit sudah pun kelihatan berada di pintu vagina tanpa perlu memasukkan speculum (“mulut itik”) pun untuk melihat ke dalam vagina,

Menunjukkan ibu ini sedang mengalami uterine prolapse selepas bersalinkan anak melalui vagina.

senaman kegel

Tahap-tahap rahim ‘jatuh’

.

Salah satu point dalam konsultasi yang diberi ialah tentang senaman Kegel.

Biasanya, orang-orang kita dengar sahaja tentang senaman ini, terus terlintas di kepala yang senaman ini adalah untuk mengetatkan vagina semata-mata.

Sedangkan manfaat senaman Kegel adalah jauh lebih besar dari itu!

.

Apa Itu Senaman Kegel?

Senaman Kegel, juga dikenali sebagai senaman ‘kemut’, adalah bertujuan untuk menguatkan otot-otot pelvis yang ‘memegang’ pelbagai organ pelvis pada tempat yang sepatutnya.

Dibahagian pelvis terdapat organ-organ penting seperti rahim, serviks, vagina, dan pundi kencing.

Dengan peningkatan usia, otot-otot pelvis yang semakin lemah tidak akan dapat menampung lagi organ-organ pelvis pada tempatnya.

Lalu akan terjadilah masalah yang dipanggil organ pelvis ‘jatuh’ (pelvic organ prolapse).

Contohnya rahim yang  ‘jatuh’ dikenali sebagai uterine prolapse.

Organ-organ pelvis yang ‘jatuh’ dari tempat yang sepatutnya ini akan menyebabkan ketidakselesaan seperti sakit, rasa seperti bengkak, gangguan kencing (seperti kencing bocor) dan membuang air besar, kentut vagina dan sebagainya, bergantung kepada organ mana yang terlibat.

Selain peningkatan usia, terdapat banyak lagi faktor lain yang boleh menyebabkan terjadinya prolapse organ pelvis ini, antaranya :

  • kehamilan
  • kelahiran melalui vagina (bayi lahir secara normal)
  • pembedahan di bahagian pelvis contohnya Cesarean
  • faktor genetik
  • batuk-batuk, ketawa berdekah-dekah dan bersin yang kerap

Semua ini memberi tekanan ke atas organ-organ dalam pelvis anda.

senaman kegel

Manfaat-manfaat senaman Kegel

.

Bagaimana Senaman Kegel Dilakukan?

.

KENALPASTI OTOT YANG BETUL

Senaman Kegel ialah senaman untuk menguatkan otot-otot pelvis anda kembali.

Jadi, adalah penting untuk anda mengenalpasti otot-otot yang betul.

Caranya ialah dengan duduk di atas mangkuk tandas ketika anda sedang membuang air kecil.

Cuba kemut untuk menahan air kencing dari keluar.

Jika anda berjaya menahan air kencing dari keluar, inilah cara senaman kemut yang betul.

Namun, ingat ya.

Tidak seharusnya anda melakukan senaman Kegel ini setiap kali anda membuang air kecil. Kerana dikhuatiri boleh meningkatkan risiko jangkitan air kencing pula.

Cuma lakukan sekali sahaja untuk mengenalpasti otot dan cara senaman yang betul.

Kalau kemut anda tu berjaya memberhentikan air kencing anda, betullah itu.

senaman kegel

Jika anda melakukan Kegel dalam keadaan duduk, pastikan postur badan anda tegak.

.

“SEDIKIT-SEDIKIT LAMA-LAMA JADI BUKIT”

Setelah mengetahui cara yang betul, mulakan senaman anda dengan menahan kemutan selama 3 saat, lepaskan 3 saat, dan ulang semula sehingga 10 hingga 15 kali (ini dikira 1 set).

Amalkan tiga kali sehari.

Dari hari ke hari, naikkan tempoh menahan kemutan sedikit demi sedikit.

Sebagai contoh, minggu ni anda buat senaman dengan kemut 3 saat. Minggu depan pula naikkan kepada 5 saat.

.

BILA WAKTU YANG SESUAI UNTUK SENAMAN KEGEL?

Tiada seorang pun akan tahu sekiranya anda sedang melakukan senaman Kegel.

Jadi, lakukan sahaja di mana-mana, pada bila-bila masa waktu anda sedang buat apa sahaja.

Tengah memandu pun boleh, sedang menonton TV pun boleh, sedang memasak pun boleh.

Pendek kata, suka hati anda ya nak buat bila-bila. Hehe…

senaman kegel

Sedikit info tambahan bagi ibu baru bersalin pula.

  1. Rajin-rajinlah bertungku untuk mengembalikan kedudukan rahim ke tempat asal
  2. Bertangas
  3. Mengurut secepat mungkin (bergantung kepada keadaan ibu)

Personally, Ain rasa amalan-amalan tradisional berpantang ini sangat membantu mengembalikan kesihatan organ-organ wanita. Siap dapat bonus buang angin dan badan ringan tau.

Baca juga entri Perlukah Ibu Berpantang Cara Tradisional? untuk maklumat lanjut.

Kesimpulannya, rajin-rajinlah buat senaman Kegel baik semasa mengandung (untuk prevent organ prolapse) atau selepas bersalin, mahupun bagi mereka yang masih single.

Ingat. Prolapse boleh jadi disebabkan pertambahan usia juga. Takkan nak tunggu tua dan organ ‘turun’ baru nak buat sesuatu?

Senaman yang sangat ringkas, mudah dilakukan di mana-mana pada bila-bila masa sahaja, FREE cost plak tu, why say ‘No’?

Untuk badan masing-masing jugak kan?

Baca juga Perihal Wanita untuk info lanjut tentang masalah-masalah wanita dan tips-tips kewanitaan.

Berminat untuk mencuba suplemen semulajadi untuk kesihatan dalaman wanita?

Kategori

Arkib

SUBSCRIBE

WhatsApp chat