Petua Tradisional Mengatasi Sembelit | Jarang sekali sembelit menyebabkan masalah serius di kemudian hari.
Namun, sembelit merupakan masalah yang tidak asing lagi dan boleh mengganggu kualiti hidup kita.
Ini kerana sembelit boleh mengakibatkan pendarahan dubur, kesukaran membuang air besar kerana najis sudah terlalu keras, masalah perut kembung dan lain-lain.
Selain mendapatkan rawatan ubat julap dari klinik, anda juga boleh mencuba 10 petua tradisional mengatasi sembelit yang teruk ini.
.
10 Petua Tradisional Mengatasi Sembelit Yang Teruk
.
AIR KOSONG
Bunyi macam simple kan, tapi besar sangat impak air kosong terhadap sembelit.
Seseorang yang mempunyai tahap hidrasi yang baik, mempunyai sistem pencernaan yang lancar.
Jangan terkejut kalau Ain katakan yang air kosong juga membantu fungsi otot di usus untuk melancarkan perjalanan najis.
.
BUAH PRUNE
Dengan memakan buah prune atau meminum jusnya, sembelit dapat diatasi.
Prune mempunyai kandungan serat yang tinggi dan juga sorbitol.
Sorbitol ialah karbohidrat yang dicerna secara perlahan-lahan di dalam badan.
Semasa sorbitol dan serat bergerak di sepanjang usus, air akan diserap untuk melembutkan najis.
Jadi akan memudahkan proses pembuangan anda.
.
KOPI
Kopi merangsang pencernaan dan mengandungi serat, air dan minyak.
Cukup sekadar secawan dua kopi sehari.
Kerana pengambilan berlebihan boleh membuatkan anda kerap ke tandas pula.
MINYAK ZAITUN
Sebagai pelembap usus dan bersifat antioksidan, ambillah sesudu kecil minyak zaitun sehari untuk melancarkan pencernaan anda.
.
PROBIOTIK
Berita baik buat penggemar yogurt dan kefir.
Probiotik dengan Lactobacillus dan Bifidobacterium ini menggalakkan kesihatan usus yang secara langsung akan memudahkan pembuangan najis.
.
KEKACANG
Seperti buah prune, kekacang juga mengandungi serat yang tinggi. Bonus bagi penggemar kacang, kerana kekacang juga makanan tinggi protein yang membantu baik pulih tisu yang rosak dan ‘cedera’.
.
MAKANAN TINGGI MAGNESIUM
Magnesium membantu masalah sembelit kerana:
- ianya penting untuk kesihatan otot dan peristalsis (pergerakan sepanjang usus)
- magnesium menarik air lalu melembutkan najis
Contoh makanan tinggi kalsium ialah seperti sayuran berdaun hijau gelap seperti bayam, kekacang dan ikan.
.
BAKING SODA + AIR SUAM
Campurkan sesudu kecil soda ke dalam suku cawan air suam.
Cuba habiskan secepat yang boleh.
Campuran ini dikatakan untuk melegakan kesakitan yang disebabkan sembelit.
Manakala bikarbonat dalam soda adalah untuk mengurangkan rasa pedih perut.
.
SENAMAN
Untuk sembelit, senaman ‘pelvic floor’ terbukti lebih berkesan daripada julap. Jadi, cubalah.
.
HERBA
Terdapat dua jenis kategori julap daripada herba:
- ‘Bulk’ laxatives yang lebih ‘friendly’ dengan usus seperti flaxseed, fenugreek dan psyllium.
- Julap ‘sekali-sekala’ seperti senna, aloe dan buckthorn yang hanya boleh diambil sekali-sekala sahaja.
Walau apa jua petua yang anda cuba, ingatlah yang selagi faktor penyebab ada, selagi itulah anda akan on off mengalami sembelit.
Jika anda mengalami masalah sembelit berpanjangan, juga disarankan mendapatkan nasihat doktor untuk ‘rule out’ faktor-faktor lain yang lebih serius.
.