set puasa shaklee

Setiap tahun, tak sabar rasanya nak menjemput Ramadhan tiba. Hadirnya dengan penuh rahmat, dijanjikan pula pahala berlipat kali ganda bagi sesiapa yang beribadat dengan penuh keikhlasan. Semestinya kita nak menjalani setiap hari berpuasa wajib ini dengan sebaiknya.

Namun, silap langkah kita mungkin terpaksa menghadapi beberapa masalah kesihatan semasa berpuasa. Terutamanya mereka yang mempunyai masalah kesihatan tertentu seperti gastrik, ibu hamil dan menyusu.

Jom ikuti tips menjalani ibadah berpuasa sebaik mungkin.

.

6 KETIDAKSELESAAN SEMASA BERPUASA

.

1# Ketidakhadaman (Indigestion / Heartburn)

Keadaan perut kita yang secara semulajadinya berasid adalah bertujuan untuk pencernaan makanan dan membunuh kuman.

Ketidakhadaman boleh berlaku apabila asid dihasilkan berlebihan atau pengaliran ‘patah balik’ asid ke esophagus.

Secara amnya, apabila kita berpuasa asid dalam perut kurang dihasilkan. Tetapi, otak akan menghantar isyarat supaya asid dalam perut dihasilkan dalam keadaan tertentu. Contohnya apabila terbau makanan.

Untuk itu, adalah disarankan untuk:

  • mengambil makanan secara berseerhana
  • mengelak makanan berminyak dan pedas
  • mengurangkan pengambilan minuman berkafein
  • menguatkan otot perut dan esophagus dengan pengambilan protein berkuaiti tinggi berasaskan tumbuhan
  • mengamalkan halia dan peppermint untuk melegakan ketidakhadaman yang sekali sekala boleh berlaku

.

2# Sembelit

Tidak asing lagi masalah sembelit dengan berpuasa bagi mereka yang tidak mengambil air kosong yang cukup. Padahal, puasa sepatutnya tidak dijadikan alasan tak dapat minum air kosong yang banyak.

Apa yang boleh dilakukan ialah membahagikan jumlah gelas air semasa bersahur dan berbuka. Contohnya, untuk mendapatkan jumlah 8 gelas air sehari, semasa bersahur minum 3 gelas air kosong, manakala selepas berbuka puasa pula lagi 5 gelas air.

Jangan lupa juga pengambilan serat (sayur-sayuran dan buah-buahan) membantu pencernaan yang lancar.

set puasa shaklee

.

3# Keletihan

Disebabkan tidur tidak cukup, nutrien seharian yang banyak lompongnya, dan kehilangan garam-garam semasa berpuasa, kita kebiasaannya merasa lebih letih di bulan Ramadhan.

  • dapatkan tidur dan rehat yang mencukupi supaya dapat bangun sahur lebih segar
  • pastikan badan kekal terhidrat
  • jadikan juadah sahur dan berbuka anda dengan makanan berprotein tinggi

.

4# Sakit Kepala

Sakit kepala biasanya disebabkan dehidrasi yang berpunca dari ketidakseimbangan garam, kelaparan dan rehat yang tidak mencukup.

  • elakkan tidak bersahur
  • bersahur dengan diet yang sederhana dan seimbang
  • mengambil air kosong yang cukup

.

5# Dehidrasi

Secara semulajadi, badan kita kehilangan elektrolit melalui pernafasan, berpeluh dan air kencing. Kehilangan berlebihan menyebabkan dehidrasi yang boleh menjadi lebih teruk dengan cuaca panas, tidak mendapat air kosong yang cukup sebelum berpuasa dan memulakan aktiviti fizikal.

Bagi mencegah dan menangani masalah dehidrasi, elakkan tempat yang panas jika boleh.

Anda juga boleh mengambil Performance Drink semasa bersahur, minuman rehidrasi untuk memberi tenaga sepanjang hari.

.

6# Berat Badan dan Obesiti

Ironi pula rasanya semasa berpuasa yang kurang makan tu, ada juga yang mengalami kenaikan berat badan berlebihan dan obesiti. Haha.

Tapi inilah hakikatnya jika anda mengambil makanan lebih dari yang sepatutnya kerana terlalu lapar dan dahaga. Ada juga yang ‘kempunan’ macam-macam makanan semasa berpuasa mengalahkan ibu mengandung =D

Sedangkan salah satu fadhilat berpuasa ialah supaya kita sama-sama merasa bagaimana orang yang susah dan kelaparan rasa, makan berlebihan kiranya telah ‘melanggar’ tujuan asal kita berpuasa.

Jadi apa yang boleh dibuat ialah:

  • makan secara bersederhana
  • disiplin diri dalam mengamalkan pemakanan sihat
  • lengkapkan lompong nutrisi dengan pengambilan multivitamin dan multimineral
  • boleh juga mengambil pengemulsi lemak bagi membantu memecahkan lemak (waktu berpuasa ialah waktu terbaik untuk menurunkan berat badan secara sihat)
set puasa shaklee

Berpada-padalah semasa berbuka puasa. Kerana seharian berlapar dan menahan dahaga, memang mudah kita terpengaruh untuk beli macam-macam makanan.

.

7 Suplemen Cadangan Dalam Set Puasa Shaklee

.

ENERGIZING SOY PROTEIN ISOLATE ialah suplemen protein lengkap dari soya nonGMO yang membekalkan tenaga berpanjangan

MEAL SHAKES, “snek on-the-go” yang sedap dan berkhasiat yang kaya dengan kalsium, fiber dan protein. Sesuai sangat untuk menyokong kanan-kanak dan remaja berpuasa.

HERBLAX pula untuk melegakan sembelit secara berkala kerana gabungan kandungan proprietarinya termasuk daun senna. Daun senna secara tradisinya digunakan sebagai julap semulajadi yang menggalakkan pergerakan usus.

CINCH SHAKE MIX boleh dijadikan ‘meal replacement‘, bukan sahaja mudah dan pantas disediakan. Tetapi juga membekakan nutrisi seperti hidangan makanan tetapi rasanya sungguh sedap seperti dessert.

PERFORMANCE DRINK melegakan dahaga setelah seharian berpuasa. Minuman kegemaran atlit bertaraf dunia ini secara klinikalnya terbukti menghidrat lebih baik dari air kosong semata-mata. Di samping membekalkan badan dengan elektrolit, ia juga membekalkan tenaga segera dan menyokong hidrasi optimum badan. Nak buat bersahur pun boleh.

LECITHIN merupakan pengemulsi lemak dengan lemak ‘baik’ yang memecahkan lemak kepada molekul yang lebih kecil untuk pencernaan. Di dalam badan, lecithin ditukarkan kepada acetylcholine yang berfungsi membantu mengekalkan kesihatan

PEPPERMINT-GINGER melegakan masalah pencernaan seperti badan berangin, dan pedih perut. Sejak tradisi lagi memang itulah kegunaan peppermint dan halia kan?

*Harga suplemen-suplemen dalam Set Puasa Shaklee ini bermula dari RM47.50 hingga RM700, bergantung kepada suplemen yang dipilih.

Nak berpuasa dengan gembira dan sihat, mulakan dari sekarang! 🙂

set puasa shaklee

Klik gambar ini untuk konsultasi lanjut dan order.