Omega-3 Menyokong Kesihatan Jantung
Jantung, ialah satu-satunya organ yang mengepam darah ke seluruh badan dan bekerja 24 jam sehari tanpa henti.
Sejak kita wujud sebagai janin di dalam kandungan ibu kita lagi, jantunglah organ pertama yang mula berfungsi.
Dan sejak itu, jantung jugalah organ yang tidak pernah ‘berehat’ dari kerjanya sehingga ke akhir hayat kita.
Jadi, membekalkan jantung dengan nutrisi yang diperlukan adalah penting untuk memastikan jantung terus mampu mengepam darah yang diperlukan mengikut keperluan.
Kerana omega-3 terkenal dengan sifat anti keradangannya, ianya merupakan salah satu ‘makanan’ kegemaran jantung dan penyokong ubat sakit jantung yang diambil pesakit.
Di bawah merupakan penerangan, bagaimana omega-3 membantu menyokong kesihatan jantung kita.
.
1# Omega-3 Mengekalkan Paras Kolesterol
Profil lipid ialah bacaan jumlah kolesterol, kolesterol ‘baik’ (HDL) dan kolesterol ‘jahat’ (LDL dan triglyceride) kita.
Daripada bacaan dalam profil lipid juga, kita dapat mengetahui risiko masalah kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok.
Pengambilan omega-3 secara konsisten dan berterusan telah dikenalpast memberi kesan positif terhadap profil lipid tadi, iaitu:
- meningkatkan paras kolesterol baik HDL
- menurunkan paras kolesterol jahat LDL dan triglyceride (TGL)
- ini menurunkan risiko masalah kardiovaskular seperti yang telah disebut
.
Jadi, selain mengambil ubat sakit jantung seperti yang diarahkan oleh doktor anda, pastikan juga anda mendapat omega-3 yang cukup setiap hari untuk menyokong kesihatan jantung anda.
.
2# Omega-3 Menggalakkan Tekanan Darah Sihat
Semakin tinggi tekanan darah anda, semakin tinggi juga risiko kesihatan kardiovaskular anda!
Tekanan darah yang tinggi adalah beban kepada salur darah dan meningkatkan ‘kerja’ jantung anda.
Kajian telah menunjukkan, pengambilan omega-3 membantu mengawal tekanan darah ke paras yang normal.
.
3# Omega-3 Menghalang Salur Darah Dari Tersumbat
Apabila jantung mengepam darah, salur darah akan membawa darah itu kepada sel-sel di seluruh badan.
Omega-3 membantu mengurangkan kebarangkalian lemak terkumpul di dalam salur darah dan menyumbatkannya (atherosclerosis).
Dengan kata lain, omega-3 membantu pengaliran darah yang lancar melalui salur darah.
Selain itu, kerana sifat antiradangnya, oemga-3 juga melegakan keradangan yang berlaku pada salur darah.
.
4# Omega-3 Menggalakkan Denyutan Jantung Yang Sihat
Bukan sahaja tekanan darah sihat, tetapi juga denyutan jantung yang sihat juga disokong oleh omega-3.
Denyutan jantung ialah jumlah denyutan dalam seminit, yang mana bacaan normal secara puratanya ialah 60 hingga 90 denyutan.
Jantung yang sihat mempunyai denyutan yang stabil.
Dan kajian membuktikan bahawa, denyutan jantung yang stabil mengurangkan risiko kematian secara tiba-tiba.
.
.
Berapakah saranan dos harian omega-3?
Secara umumnya, sehingga kini masih tiada saranan dos harian bagi omega-3. Namun, kebanyakan organisasi kesihatan menyarankan pengambilan sebanyak 250-500mg sehari untuk tujuan mengekalkan kesihatan.
Ini adalah bersamaan kira-kira mengambil 2 sajian ikan kaya omega-3 sebanyak 2 kali dalam seminggu.
Untuk meraka yang mengalami masalah jantung (coronary artery disease) : American Heart Association (AHA) menyarankan pengambilan 1,000mg DHA DAN EPA (jenis-jenis omega-3) setiap hari.
.
Kenapa Omega Guard Shaklee?
- Diperbuat daripada minyak ikanbergred farmaseutikal
- Diproses melalui penyulingan molekul tiga peringkat untuk menyingkirkan komponen berbahaya, memastikan ketulenan dan kepekatan tinggi
- Kandungan EPA & DHA yang tinggi berbanding jenama lain. Setiap hidangan menyediakan 900mg EPA & DHA (90%)
- Mengandungi 7 spektrum lengkap asid lemak omega-3 tulen
- Bau dan rasa kesan hanyir yang minimum
- Diiktiraf oleh Friends of the Sea (FoS), sebuah badan yang mengawal penangkapan ikan untuk memastikan keterlangsungan sumber omega-3.
.
.
.
.
.
.
Baca juga tentang 6 Petua Jantung Sihat Secara Semulajadi.