Rahsia Kekal Awet Muda Secara Semulajadi

Rahsia Kekal Awet Muda Secara Semulajadi

rahsia kekal awet muda

Saban hari, di dalam cermin kita melihat diri sendiri yang semakin mempunyai tanda-tanda penuaan yang tidak kita ingini.

Adakah kita akan katakan tidak sekiranya ada penyelesaian untuk kekal awet muda secara semulajadi?

Rahsia kekal awet muda secara semulajadi ialah dengan mendapat sumber kolagen dan vitamin C yang cukup setiap hari.

Seiring dengan peningkatan usia, kolagen dalam badan kita secara semulajadinya akan merosot.

Tidak perlu tunggu usia 50-an atau seterusnya.

Paras kolagen badan akan mula menurun seawal usia 25 tahun lagi!

Fakta yang menakutkan bagi yang TIDAK mahu ada kedutan di wajah lagi.

Selain faktor semulajadi ini, kita juga terdedah dengan pancaran matahari setiap hari.

Pencemaran juga menyumbang kepada kerosakan sel kulit kita.

Tanpa ada ‘pengawal’ yang menjaga kulit kita dari luar, maka lebih awal lagi kita akan tampak tua tak serupa umur.

Pengambilan secara konsisten kedua-dua kolagen dan vitamin C telah menunjukkan peningkatan yang ketara dalam penampilan kulit dan pengurangan kedutan yang jelas.

 

rahsia kekal awet muda

Rahsia Kekal Awet Muda – Pengambilan kolagen dan vitamin C secara konsisten terbukti memperbaiki penampilan dan mengurangkan kedutan di wajah.

 

Kolagen

Kolagen ialah protein yang banyak didapati di dalam kulit, tulang, otot, salur darah, tendon dan sistem pencernaan.

Ia bertindak sebagai ‘gam’ yang memegang komponen-komponen badan untuk mengekalkan kekuatan termasuk keelastikan dan ketegangan kulit.

Selain itu, kolagen juga mengekalkan kelembapan kulit dan ini mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan.

Kenapa Shaklee Collagen Powder?

  • menyediakan 4000mg kolagen sisik ikan merah yang dipiih secara teliti untuk menghasilkan suplemen kolagen premium.
  • memberi lebih dari kolagen sahaja dengan 7 ramuan utama termasuk ekstrak biji Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, ekstrak kekerang, Lactobacillus acidophilus, vitamin C, B2 dan B6.
  • molekul kolagennya sangat ringan untuk penyerapan pada kadar yang tinggi.
  • setiap sachet mudah dibawa dan disediakan pada bila-bila masa sahaja.
  • Info lanjut, boleh rujuk Collagen Powder.

 

Vitamin C

Juga dikenali sebagai asid askorbik, vitamin C memainkan peranan penting dalam fungsi badan terutamanya kulit.

Di mana vitamin C bertindak sebagai antioksidan untuk menghalang kerosakan oleh radikal bebas, melindungi dari sinar UV, sebagai agen yang melawan proses pigmentasi, anti-radang dan menyokong penghasilan kolagen untuk kecantikan.

Sebab Patut Pilih Vitamin C Shaklee?

  • dihasilkan daripada sumber semulajadi ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mengalami masalah perut sensitif (contoh gastritis).
  • mempunyai sistem pelepasan berperingkat (“sustained-release, SR”) untuk memastikan kita dapat 500mg vitamin C untuk jangka masa 5 jam berterusan untuk memperbaiki penggunaan dan mengurangkan pembuangan vitamin C
  • ditambah 120mg sitrus bioflavonoid yang bertindak bersama vitamin C untuk meningkatkan keberkesanannya.
  • Untuk bacaan lanjut, boleh rujuk Vitamin C.

rahsia kekal awet muda

Rahsia Kekal Awet Muda – Klik gambar untuk order dan konsultasi lanjut.

Sumber : Shaklee Malaysia
Vitamin C Shaklee : Kebaikan dan Harga

Vitamin C Shaklee : Kebaikan dan Harga

vitamin c shaklee

Vitamin C Shaklee, antara produk top yang sentiasa mempunyai permintaan tinggi.

Vitamin C adalah salah satu vitamin larut air yang penting untuk pelbagai fungsi di dalam tubuh kita. Popular sebagai antoksidan yang baik, vitamin C ialah menggalakkan kesihatan kulit, gigi, gusi, tulang dan asasnya, apa sahaja yang membentuk tubuh memerlukan vitamin C.

.

Fakta Umum Tentang Vitamin C

.

Amnya, vitamin C ialah salah satu vitamin larut air yang tidak boleh dihasilkan badan. Kita perlu dapatkan vitamin C dari pemakanan dan jika tidak mencukupi, bolehlah mempertimbangkan pengambilan suplemen yang berkualiti.

Vitamin C ialah sejenis vitamin yang ‘manja’. Amat mudah teroksidasi apabila terdedah kepada udara dan air. Lihat sahaja buah epal yang telah dikupas kulitnya. Sangat cepat berwarna keperangan atau nampak ‘lebam’ kan?

Selain itu, vitamin C tidak boleh disimpan di dalam badan kita. Setiap kali kita mengambil vitamin C, badan kita hanya akan menggunakan secukupnya sahaja untuk menjalankan fungsi-fungsi, selebihnya akan disingkirkan melalui air kencing dan najis.

Jadi, tak guna anda telan buah-buahan banyak-banyak dalam satu-satu masa. Jika anda mahukan bekalan vitamin C yang berpanjangan, bolehlah berusaha mengambil makanan yang kaya vitamin C beberapa kali dalam sehari.

Berdasarkan kajian, perokok kehilangan 50% lebih vitamin C setiap hari berbanding bukan perokok. Oleh itu memerlukan lebih vitamin C untuk menyokong pelbagai fungsi tubuh dan kesihatan.

kebaikan vitamin c

Antara sumber makanan yang kaya dengan vitamin C.

.

7 Kebaikan Utama Vitamin C

.

  1. Komponen penting dalam sistem imun kita : merangsang penghasilan dan sel darah putih, serta menyokong ketahanan terhadap jangkitan
  2. Kesihatan dan kecantikan kulit : Vitamin C diperlukan untuk menghasilkan kolagen, mengurangkan kedutan, tompok usia dan pigmentasi, serta memperbaiki tona kulit.
  3. Membantu penyembuhan luka
  4. Memperbaiki dan mengekalkan kesihatan tulang rawan, tulang, gigi dan kulit.
  5. Meningkatkan penyerapan zat besi yang diperlukan untuk pembentukan sel darah merah dan hemoglobin normal.
  6. Bersifat anti-histamin, jadi sangat membantu anda yang bermasalah alahan seperti asthma, resdung dan eczema.
  7. Sebagai antioksidan yang baik, vitamin C menghalang kerosakan oleh radikal bebas. Oleh itu, menggalakkan penuaan sihat.

.

Siapa Disarankan Mengambil Vitamin C?

.

  • Kerap sakit dan mudah berjangkit terutamanya selesema dan batuk. Kajian mendapati simptom-simptom ini boleh dikurangkan dengan pengambilan vitamin C. Dan vitamin C juga membantu mengurangkan tempoh masa tidak sihat itu)
  • Masalah alahan
  • Mengalami kecederaan seperti luka kemalangan, selepas pembedahan tulang dan lain-lain
  • Kulit bermasalah dan kusam
  • Ibu hamil
  • Ibu menyusu
  • Kerap mengantuk : Kajian mendapati, kekurangan vitamin C boleh menyebabkan masa tidur yang lebih singkat dan tidur kurang berkualiti. Ini seterusnya mengakibatkan kurang bertenaga, letih lesu dan mengantuk yang akan mengganggu produktiviti seseorang.

.

chewable vitamin c shaklee

.

Saranan Pengambilan Harian

.

Sumber dari Recommended Nutrition Intake Malaysia menyatakan, saranan pengambilan harian bagi vitamin C berdasarkan usia, jantina dan keperluan lain adalah seperti berikut:

  • 0 – 5 bulan memerukan 25mg vitamin c sehari
  • 6 bulan – 6 tahun memerlukan 30mg vitamin C sehari
  • 7 – 9 tahun memerlukan 35mg vitamin C sehari
  • 10 – 18 tahun memerlukan 65mg vitamin C sehari
  • 19 tahun dan ke atas memerlukan 70mg vitamin C sehari
  • Ibu mengandung memerlukan 80mg vitamin C sehari
  • Ibu menyusu memerlukan 95mg vitamin C sehari

.

“Bolehkah vitamin C diambil secara berlebihan?”

.

Dalam beberapa kes tertentu, terdapat peningkatan keperluan vitamin C contohnya ketika kita sedang tidak sihat, badan memerlukan lebih vitamin C untuk proses penyembuhan dan pembaikan sel.

Didapati, kesan sampingan yang dilaporkan terjadi apabila mengambil vitamin C pada dos yang sangat tinggi melebihi 3 gram sehari.

Antara kesan sampingan yang boleh terjadi ialah cirit-birit dan simptom penghadaman yang lain, meningkatkan risiko pembentukan batu karang, masalah zat besi berlebihan (iron overload) serta enamel gigi lebih mudah terhakis.

Untuk mengelakkan kesan sampingan terjadi, di bawah ialah pengambilan maksima yang dibenarkan (Tolerable Upper Intake) dalam sehari mengikut usia, jantina dan keperluan.

  • 1 – 3 tahun : 400mg vitamin Csehari
  • 4 – 8 tahun : 650mg vitamin C sehari
  • 9 – 13 tahun : 1200mg vitamin C sehari
  • 14 – 18 tahun : 1800mg vitamin C sehari
  • 19 tahun dan ke atas : 2000mg vitamin C sehari
  • Ibu mengandung / menyusu 14 – 18 tahun : 1800mg vitamin C sehari
  • Ibu mengandung / menyusu 19 tahun dan ke atas : 2000mg vitamin C sehari

.

VITAMIN C SHAKLEE, APA YANG ISTIMEWANYA?

.

Vitamin C Shaklee pertama kali dihasilkan pada tahun 1981. Walaupun telah lebih 40 tahun berada di pasaran dunia, ianya masih mendapat permintaan yang tinggi. Malah, semakin meningkat permintaannya dari tahun ke tahun.

Kenapa?

.

Kelebihan Vitamin C Shaklee

  • Berasaskan sumber semulajadi ekstrak jagung yang sesuai diambil oleh anda yang memiliki perut sensitif seperti gastrik.
  • Dihasilkan dengan sistem pelepasan berperingkat (sustained release) yang menyediakan 500mg vitamin C dalam tempoh 5 jam berterusan (100mg vitamin C dilepaskan setiap jam). Ini bersamaan dengan memakan sebiji setengah oren setiap jam untuk tempoh 5 jam berterusan.
  • Ditambah 120mg bioflavonoid yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C untuk meningkatkan keberkesanannya.

vitamin c shaklee

Jadual perbandingan vitamin C Shaklee dengan beberapa jenama lain.

.

Dos Saranan

Setiap tablet menyediakan 500mg vitamin C dengan sistem pelepasan berperingkat, iaitu melepaskan 100mg vitamin C setiap jam untuk tempoh 5 jam berterusan.

Seperti yang tertera pada botol, dos saranan ialah sebanyak sebiji setiap setiap hari diambil selepas makan.

.

Cara Ambil

Telan bersama air, diambil selepas makanan.

Boleh diambil bersama produk Shaklee lain.

Tidak digalakkan untuk mematahkan tablet kerana boleh mengganggu sistem pelepasan berperingkatnya.

.

Nombor MAL

Untuk vitamin C, nombor pendaftaran KKM ialah MAL13085068NC.

Baca juga Cara Semak Nombor KKM.

.

Harga

Sebotol vitamin C dijual pada harga runcit RM97.50, mengandungi 180 tablet untuk kegunaan maksima 6 bulan.

Anda hanya perlu melabur 54 sen sehari untuk manfaat kesihatan yang pelbagai. Lebih dari berbaloi!

Lihat juga Koleksi Testimoni Vitamin C Shaklee.

Hubungi saya untuk konsultasi penuh dan order. Daftar Shaklee untuk penjimatan lebih hebat.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Youth Shaklee Malaysia Melambatkan Penuaan

Youth Shaklee Malaysia Melambatkan Penuaan

youth shaklee malaysia

Youth Shaklee Malaysia | Proses penuaan ialah satu proses yang PASTI akan berlaku. Sebab setiap hari kita PASTI akan terdedah dengan dua kumpulan besar faktor penyebab penuaan ini – faktor luaran dan dalaman.

Faktor luaran ialah seperti berikut:

  • sinaran ultraviolet
  • pencemaran – udara, air, tanah
  • pemakanan tak seimbang – makanan segera, diproses, tinggi kandungan gula
  • cara hidup tak sihat – merokok, pengambilan alkohol berlebihan

Manakala faktor dalaman pula ialah:

  • proses pembaharuan sel kulit menjadi lebih lambat dengan peningkatan usia. Jika semasa kanak-kanak pembaharuan sel kulit berlaku setiap 14 hari, selepas usia 20 tahun, tempoh ini lebih lambat iaitu sekali sahaja dalam 56 hari
  • lapisan “dermal epidermal junction” (DEJ) yang semakin menipis
  • kemerosotan penghasilan kolagen dan elastin seiring pertambahan usia

.

Youth Shaklee Malaysia Bertindak Mengatasi Setiap Faktor Penyebab Penuaan Tadi!

.

EPIDERMIS

Lapisan kulit paling luar kita dipanggil epidermis yang bertindak sebagai pelindung daripada ancaman luar, pemisah dalaman badan dari dunia luar.

Di dalam epidermis, terdapat sel-sel ‘muda’ yang dipanggil ‘stem cells’.

Yang mana sel-sel ini apabila perlu akan bergerak ke permukaan kulit bagi menggantikan sel-sel kulit lama dan rosak.

Disebabkan dengan peningkatan usia proses pembaharuan sel menjadi lebih lambat, lama-kelamaan stem cells akan berhenti dihasilkan.

Jadinya, takkan ada lagi sel untuk menggantikan sel kulit bahagian luar yang telah rosak dan lama.

Oleh sebab itu, akan wujud tompok-tompok penuaan di wajah, parut berpanjangan yang susah nak hilang walau cuba pelbagai produk kecantikan.

Apa yang ada dalam Youth Shaklee Malaysia untuk masalah ini?

Apple Stem Cell Extract.

Kajian menunjukkan bahawa Apple Stem Cell Extract mengaktifkan dan mempercepat pembaharuan sel kulit untuk kulit kelihatan lebih muda.

Ia juga mengekalkan serta memperbaiki tisu kulit supaya kulit kelihatan lebih berseri dan lembut, lebih lama.

youth shaklee malaysia

.

LAPISAN DEJ

Seterusnya ialah lapisan DEJ yang terletak di antara epidermis dan dermis.

Lapisan ini ialah lapisan yang penting kerana menyediakan ‘makanan’ (nutrien dan tenaga) kepada kulit kita.

Ia juga penting untuk memastikan nutrien dihantar ke kulit supaya sel mendapat tenaga yang diperlukan.

Tetapi, dengan peningkatan usia, lapisan ini akan mula ‘runtuh’.

Nutrien dan tenaga tidak dapat disalurkan dengan baik kepada stem cells.

Ini terjadi kerana protein yang ‘memegang’ lapisan DEJ semakin berkurang.

Dengan itu, Shaklee memasukkan Schisandra Chinensis Fruit Extract di dalam Youth.

Secara tradisionalnya, herba ni digunakan di China, Jepun dan Korea untuk melegakan dan menenangkan keradangan dan kegatalan kulit.

Sesuai untuk semua jenis kulit, Schisandra Chinensis Fruit Extract menyokong struktur kulit muda dengan menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan antioksidan.

Dengan itu, membantu membina semula lapisan DEJ yang telah runtuh tadi.

.

DERMIS

Last skali ialah lapisan dermis yang merupakan asas dan struktur penyokong kulit.

Di lapisan ini, kolagen dan elastin dihasilkan, yang mana memberi struktur dan ketegangan kepada kulit.

Tapi anda kena ingat. Penghasilan kolagen mula merosot seawal usia 20an!

Untuk ini, Lotus Japonicus digabungkan bersama Youth Complex bagi mengaktifkan protein youth yang penting untuk penjanaan semula sel bagi menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin.

Youth Complex dihasilkan bersama dengan Lotus Japonicus dan Schisandra Chinensis Fruit Extract yang membekalkan lebih banyak nutrien dan tenaga kepada kulit anda secara berstruktur.

youth shaklee malaysia

Kalau ada skincare yang boleh berkesan membuat wajah lebih awet muda, kenapa perlu katakan tidak? -Youth-

.

Bagaimana Youth Shaklee Malaysia Menangani Faktor Luaran Pula?

.

Muscadine Grape mengandungi polifenol yang dalam proses patent melindungi dan memperbaiki DNA sel.

Dalam masa yang sama menghalang kerosakan kolagen dan elastin oleh faktor-faktor luaran.

Vital Repair+ Complex yang mempunyai pelbagai paten memberikan nutrien antioksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat.

Youth Shaklee Malaysia, semestinya pilihan terbaik untuk mereka yang inginkan kulit sentiasa awet muda.

Tak kira wanita, mahupun lelaki. Sesuai untuk semua jenis kulit dan etnik.

Info lanjut, boleh klik Youth Skincare.

Akan mula dijual di pasaran bermula Mac 2018.

.

Klik gambar untuk order dan konsultasi lanjut tentang Youth.

Koleksi Testimoni Collagen Powder Shaklee

Koleksi Testimoni Collagen Powder Shaklee

Kalau sebelum ini Ain dah share cerita pasal kelebihan SCP, sekarang mari kita sama-sama tengok koleksi testimoni pengguna Collagen Powder Shaklee pula. Teruja tau tengok perubahan masing-masing! 🙂

testimoni pengguna collagen powder shaklee

Masalah jeragat, pori besar, kulit berminyak akhirnya dapat ditangani dengan konsisten Collagen Powder Shaklee.

testimoni pengguna collagen powder shaklee

Yang ni plak, testimoni pengguna Collagen Powder Shaklee yang mendapat kulit lebih anjal, pori mengecil dan pigmentasi kurang. Alhamdulillah.

testimoni pengguna collagen powder shaklee

Collagen Powder bukan untuk pengambilan kaum wanita sahaja. Orang lelaki yang mementingkan penampilan pun boleh consume. Kata encik ni, belum sampai sebulan dah nampak kesan. Kulit dah tak bersisik kering, jerawat dah kurang, warna kulit lebih sihat. Kulit yang dahulunya kusam, kini lebih sekata dan bersih. Pipi pun nampak anjal, Garis bibir semakin kurang.

testimoni pengguna collagen powder shaklee

Ini pula baru ambil 5 sachet Shaklee Collagen Powder dah nampak perubahan yang memuaskan hati.

testimoni pengguna collagen powder shaklee

Dalam Shaklee Collagen Powder, asid hyaluronik berfungsi ‘mengikat’ kuantiti air untuk mengekalkan kelembapan kulit. Jadi, tiada lagi kulit kering. Sebaliknya kulit lebih lembab, lembut dan licin.

Kenapa Shaklee Collagen Powder?

Diperbuat daripada kolagen sisik ikan merah premium berkualiti tinggi dan tahan lasak.

Bukan sekadar kolagen semata-mata, tetapi mengandungi 7 ramuan utama yang bergabung untuk memeri efek positif yang memuaskan hati.

Terbukti secara klinikal berkesan.

Disediakan dalam bentuk serbuk di dalam sachet yang mudah dibancuh pada bila-bila masa.

Setiap hidangan menyediakan 4000mg kolagen berkualiti tinggi.

testimoni pengguna collagen powder shaklee

Testimoni Pengguna Collagen Powder Shaklee

testimoni pengguna collagen powder shaklee

Parut makin pudar. Jerawat tiada lagi. Kulit cerah dan pinkish. Awww…

testimoni pengguna collagen powder shaklee

Baru 5 paket dah suka sangat dengan Shaklee Collagen Powder. “I’m loving it!” katanya.

testimoni pengguna collagen powder shaklee

Testimoni Pengguna Collagen Powder Shaklee

testimoni pengguna collagen powder shaklee

Testimoni Pengguna Collagen Powder Shaklee

Klik Sini Untuk Whatsapp Ain Untuk Order dan Konsultasi Lanjut