Youth Cleanser Shaklee Review

Youth Cleanser Shaklee Review

youth cleanser shaklee

Youth Cleanser Shaklee (Luminous Gel Oil Cleanser) ialah pencuci muka 3-dalam-1 yang lembut.

Diformulasi daripada ramuan polifenol dari ekstrak anggur Muscadine yang dipatenkan, ia melindungi dan memperbaiki sel kulit anda.

Ia juga mengandungi kompleks alga hijau yang menyahkan sel kulit mati dan kotoran (exfoliating) dan melembapkan kulit.

Pasti anda tertanya-tanya, kenapa Youth cleanser Shaklee ini tidak berbuih kan?

Kerana cleanser ini bebas sabun.

Jadi, ianya tidak akan menghapuskan lapisan minyak semulajadi di atas kulit, lalu tidak mengeringkan kulit.

Apakah ciri-ciri istimewa yang lain cleanser ini?

Pencuci muka in mempunyai pH yang seimbang dan bebas ‘microbeads’ yang boleh terus merosakkan kulit terutamanya kulit sensitif.

Bau pun wangi daripada avokado semulajadi.

“Ain jatuh cinta pandang pertama dengan Youth Cleanser Shaklee ni. Best sangat guna untuk cuci muka. Tak berminyak. Tapi tak kering juga. Sejuk je rasa lepas cuci muka hari-hari.”

.

Cara Menggunakan Youth Cleanser Shaklee?

.

Mula-mula anda perlu basahkan tangan dan muka anda.

Putarkan penutup cleanser dan picit keluar gel bersaiz kira-kira saiz kacang pea.

Sapukan di atas 5 titik di atas muka – dahi, hidung, pipi kanan, pipi kiri dan dagu.

Kemudian, anda cuma perlu urutkan muka dari bawah ke atas dengan pergerakan dalam bulatan.

Setelah muka dibilas, cuba anda rasakan sendiri betapa bersihnya kulit anda dengan melalukan jemari anda di wajah anda!

youth cleanser shaklee

.

Baca produk Youth lain pula: toner, moisturizer, serum, night cream, radiance C+E.

.

Anda Kena Dapatkan YOUTH Sekarang Sebab Ada Penjimatan Hebat!

.

Dengan pembelian ADVANCED SET sepanjang bulan Mac 2018, anda juga akan mandapat PERCUMA

  • Radiance C+E (bernilai lebih RM400)
  • keahlian (berharga RM68.90)
  • Beg Kecantikan (bernilai lebih RM50)
  • pengeposan (berharga RM10.60 SM / RM21.20 SS)
  • dan juga Cashback RM50+ (akan dapat tengah bulan depan)

.

Manakala dengan SET PERMULAAN pula, anda juga dapat jimat kerana anda akan dapat juga:

  • cermin 2-hala (berharga RM20+) PERCUMA 
  • pengeposan PERCUMA 
  • PERCUMA keahlian dengan syarat penambahan suplemen bagi mencukupkan 200uv (uv = unit value = macam point produk)

.

PROMOSI SEPANJANG MAC 2018 SAHAJA.

.

Klik gambar ini untuk order dan konsultasi lanjut produk skincare Youth dan suplemen kecantikan dari dalam.

Youth Shaklee Review | ainniahzulkefli.com

Youth Shaklee Review | ainniahzulkefli.com

Sejak balik dari Business Leader National Conference (BLNC) awal bulan ni, Ain excited sangat nak cuba produk terbaru Shaklee yang bakal meletup bulan depan!

Tak lain tak bukan, mestilah skincare Youth Shaklee.

Balik dari BLNC je, malam tu terus Ain tepek apa yang boleh. Dan keesokannya Ain sapu yang diperlukan pada waktu siang.

Kiranya Ain dah guna kesemua enam produk dalam tu dalam 24 jam. Hahaha!

So, hari ni Ain nak review sket pasal skincare antipenuaan yang hebat ni. Youth.

Apa yang review ini exactly step-by-step penggunaan setiap produk.

.

Luminous Gel Oil Cleanser

Shaklee tak pernah menghampakan penggunanya dengan memberi nama sesuatu produk yang tidak seperti namanya. Eh, boleh faham ke belit-belit ayat Ain? Haha.

Maksud Ain kat sini, nama cleanser ni sebijik-sebijik macam yang Ain boleh describe.

Luminous = berkilat, bersinar, lutsinar, crystal clear

Gel = sebab cleanser ni didatangkan dalam bentuk gel

Oil = agak berminyak tapi sesuai je untuk semua jenis kulit (kering/berminyak/sensitif)

Cleanser = dah namanya pun pencuci muka kannnn..

Antara ciri-ciri cleanser ni ialah:

  • 3-dalam-1 (pencuci, makeup remover, penyegar)
  • tidak mengandungi sabun (tak perlukan air, memang takkan berbuih, tapi serius best!)
  • pH-seimbang
  • menggabungkan campuran vitamin yang dipaten dan polifenol serta alga untuk memperhalus dengan lembut, menyuci dan menyediakan kulit untuk langkah seterusnya.

.

Perfecting Skin Toner

Sebelum ni Ain gunakan skincare Nutriwhite. Masa guna toner Nutriwhite, rasa jatuh cinta dah sebab cepat sangat ia meresap ke dalam kulit then rasa sejuuukkk segar je kulit.

Tapi bila datang jer Youth, Masyaa Allah, lagi cepat toner ni meresap masuk kulit!

Yang Ain boleh kata, toner Youth ni berganda-ganda lagi sejuuukkk dan freshhhh dari Nutriwhite. Sori Nutriwhite, Ain dah curang! Ekekeke.

Sedikit info tentang toner ni:

  • ia membebaskan kulit dari sel-sel kusam dan ejen pencemar persekitaran
  • menjadikan kulit lebih cerah berseri
  • membersihkan sel kulit mati, menghidratkan dan membekalkan nutrisi bersama campuran vitamin penting, polifenol dan bahan-bahan botanikal yang berpaten untuk kulit berseri

youth shaklee malaysia

100% secara klinikal telah terbukti mempunyai kulit yang lebih muda selepas menggunakan Youth. 2/3 daripadanya berjaya meremajakan kulit sehingga sedekad lebih muda! (Skin Age Index Test)

.

Youth Activating Serum

Ok, yang ni lagi excited Ain rasa nak menjerit (over nau kan? heee).

Bukan apa.

Serum ni geng dengan Radiance C+E sebab powerful untuk meremajakan kulit.

Sebabnya Youth Complex yang dah dipaten menggalakkan penghasilan kolagen dan pembaharuan pada peringkat sel, sehingga 10 kali ganda!

No wonder la, daripada kajian yang Shaklee buat, 2/3 daripada wanita yang menggunakan Youth, kulit mereka jadi lebih muda sebanyak 10 tahun! Wow!

Serum ni pekat. Ambil sikit je dah boleh cover bahagian muka yang banyak. Nasib wei sebab serum ni mahai fuh!

Bila sapu je kat muka terus rasa lembab sampai ke petang.

Walaupun masa tu Ain dah ambik air sembahyang nak solat, lepas tu still rasa kulit lembab je.

Tak macam sebelum tu, lepas solat je muka ada la kering cekang jgak.

Oh ya. Kalau anda sayangkan serum ni, pakai serum hanya dengan adanya moisturizer SPF Youth ya.

Sebabnya, serum ini perlu dilindungi dari sinaran UV supaya dapat berfungsi dengan baik.

So lepas sapu serum, sapu pula Moisturizer sebagai pelindung sel kulit baru yang masih ‘baby’.

.

Age Defense Mosturizer SPF 50

Yang ni masa BLNC kami tak dapat lagi, Shaklee akan pos kemudian.

Sebabnya Shaklee hasilkan moisturizer SPF 50 yang sesuai untuk iklim di Malaysia yang secara puratanya mempunyai paras UV index tinggi ke sangat tinggi.

Ain review kemudian ya InsyaaAllah (dijangkakan pos selepas 19 March 2018)

.

Advanced Renewal Night Cream

Malam-malam waktu tidur berlakunya proses pembaikan kulit kita.

Night cream ni ringan sangat teksturnya. Rasa tidur dengan muka cantik. Haha.

Bangun esok pagi tu rasa lembuuuttt je kulit muka. Tak berminyak. Dan ada perasaan sayang tak nak basuh muka pun ya. Hihihi…

Untuk pengetahuan, Night Cream ni mengandungi bahan-bahan yang menggalakkan proses pembaharuan sel kulit semasa tidur.

Terdapat campuran botanikal khas yang membantu merangsang penghasilan kolagen dan elastin, membuatkan kulit kelihatan lebih muda, licin dan cerah.

youth shaklee review

Kapsul-kapsul ’emas’ yang mengandungi 20% vitamin C+E tulen. Produk yang WAJIB ADA untuk yang nak memperbaiki masalah kulit disebabkan penuaan.

.

Radiance C+E

Masa BLNC hari tu, ada seorang yang berpengalaman bertahun-tahun dalam bidang kosmetik. Namanya Virginia kalau tak silap.

Kata Virginia, setakat sebelum beliau join Shaklee, tak pernah lagi beliau jumpa vitamin C+E tulen sampai 20%. Even kalau jumpa pakar kulit pun, dos vitamin C tulen yang boleh dipreskripsi hanya 15%.

Tetapi dalam Radiance C+E, dos sebanyak 20% vitamin C tulen yang berpaten dan vitamin E serta ekstrak sel raspberi membantu menegang, mencerah dan mengurangkan kehadiran garisan halus dan kedutan.

Korang nak tahu kenapa Radiance C+E ni didatangkan dalam bentuk kapsul?

Ini kerana vitamin C sangat sensitif terhadap suhu, udara dan matahari. Jadi, untuk memastikan pengguna Youth dapat khasiat penuh vitamin C dan E, ia dilindungi dalam kapsul ‘fully biodegradable’ berwarna emas ini.

Kenapa warna emas?

Kerana kulit kita begitu berharga seperti emas. Cia cia cia… 😀

So, kalau korang nk kurangkan tompok-tompok usia yang brown hitam-hitam tu, or nak licinkan tekstur kulit dan baiki tona kulit secara keseluruhan, Radiance C+E ni wajib ada.

.

Soalan : Wajib pakai each and every product dalam Youth ni ke?

Jawapannya, boleh rujuk entri berkaitan SET PILIHAN YOUTH

Bulan depan dah nak launching Youth untuk public. Cepat-cepat roger Ain untuk preorder. Ada exclusive free gifts untuk Starter Set dan Advanced Set Youth.

Sekian review Ain tentang Youth Shaklee.

.

Klik gambar ini jika anda berminat untuk dapatkan skincare Youth.

Vitamin C Shaklee : Kebaikan dan Harga

Vitamin C Shaklee : Kebaikan dan Harga

vitamin c shaklee

Vitamin C Shaklee, antara produk top yang sentiasa mempunyai permintaan tinggi.

Vitamin C adalah salah satu vitamin larut air yang penting untuk pelbagai fungsi di dalam tubuh kita. Popular sebagai antoksidan yang baik, vitamin C ialah menggalakkan kesihatan kulit, gigi, gusi, tulang dan asasnya, apa sahaja yang membentuk tubuh memerlukan vitamin C.

.

Fakta Umum Tentang Vitamin C

.

Amnya, vitamin C ialah salah satu vitamin larut air yang tidak boleh dihasilkan badan. Kita perlu dapatkan vitamin C dari pemakanan dan jika tidak mencukupi, bolehlah mempertimbangkan pengambilan suplemen yang berkualiti.

Vitamin C ialah sejenis vitamin yang ‘manja’. Amat mudah teroksidasi apabila terdedah kepada udara dan air. Lihat sahaja buah epal yang telah dikupas kulitnya. Sangat cepat berwarna keperangan atau nampak ‘lebam’ kan?

Selain itu, vitamin C tidak boleh disimpan di dalam badan kita. Setiap kali kita mengambil vitamin C, badan kita hanya akan menggunakan secukupnya sahaja untuk menjalankan fungsi-fungsi, selebihnya akan disingkirkan melalui air kencing dan najis.

Jadi, tak guna anda telan buah-buahan banyak-banyak dalam satu-satu masa. Jika anda mahukan bekalan vitamin C yang berpanjangan, bolehlah berusaha mengambil makanan yang kaya vitamin C beberapa kali dalam sehari.

Berdasarkan kajian, perokok kehilangan 50% lebih vitamin C setiap hari berbanding bukan perokok. Oleh itu memerlukan lebih vitamin C untuk menyokong pelbagai fungsi tubuh dan kesihatan.

kebaikan vitamin c

Antara sumber makanan yang kaya dengan vitamin C.

.

7 Kebaikan Utama Vitamin C

.

  1. Komponen penting dalam sistem imun kita : merangsang penghasilan dan sel darah putih, serta menyokong ketahanan terhadap jangkitan
  2. Kesihatan dan kecantikan kulit : Vitamin C diperlukan untuk menghasilkan kolagen, mengurangkan kedutan, tompok usia dan pigmentasi, serta memperbaiki tona kulit.
  3. Membantu penyembuhan luka
  4. Memperbaiki dan mengekalkan kesihatan tulang rawan, tulang, gigi dan kulit.
  5. Meningkatkan penyerapan zat besi yang diperlukan untuk pembentukan sel darah merah dan hemoglobin normal.
  6. Bersifat anti-histamin, jadi sangat membantu anda yang bermasalah alahan seperti asthma, resdung dan eczema.
  7. Sebagai antioksidan yang baik, vitamin C menghalang kerosakan oleh radikal bebas. Oleh itu, menggalakkan penuaan sihat.

.

Siapa Disarankan Mengambil Vitamin C?

.

  • Kerap sakit dan mudah berjangkit terutamanya selesema dan batuk. Kajian mendapati simptom-simptom ini boleh dikurangkan dengan pengambilan vitamin C. Dan vitamin C juga membantu mengurangkan tempoh masa tidak sihat itu)
  • Masalah alahan
  • Mengalami kecederaan seperti luka kemalangan, selepas pembedahan tulang dan lain-lain
  • Kulit bermasalah dan kusam
  • Ibu hamil
  • Ibu menyusu
  • Kerap mengantuk : Kajian mendapati, kekurangan vitamin C boleh menyebabkan masa tidur yang lebih singkat dan tidur kurang berkualiti. Ini seterusnya mengakibatkan kurang bertenaga, letih lesu dan mengantuk yang akan mengganggu produktiviti seseorang.

.

chewable vitamin c shaklee

.

Saranan Pengambilan Harian

.

Sumber dari Recommended Nutrition Intake Malaysia menyatakan, saranan pengambilan harian bagi vitamin C berdasarkan usia, jantina dan keperluan lain adalah seperti berikut:

  • 0 – 5 bulan memerukan 25mg vitamin c sehari
  • 6 bulan – 6 tahun memerlukan 30mg vitamin C sehari
  • 7 – 9 tahun memerlukan 35mg vitamin C sehari
  • 10 – 18 tahun memerlukan 65mg vitamin C sehari
  • 19 tahun dan ke atas memerlukan 70mg vitamin C sehari
  • Ibu mengandung memerlukan 80mg vitamin C sehari
  • Ibu menyusu memerlukan 95mg vitamin C sehari

.

“Bolehkah vitamin C diambil secara berlebihan?”

.

Dalam beberapa kes tertentu, terdapat peningkatan keperluan vitamin C contohnya ketika kita sedang tidak sihat, badan memerlukan lebih vitamin C untuk proses penyembuhan dan pembaikan sel.

Didapati, kesan sampingan yang dilaporkan terjadi apabila mengambil vitamin C pada dos yang sangat tinggi melebihi 3 gram sehari.

Antara kesan sampingan yang boleh terjadi ialah cirit-birit dan simptom penghadaman yang lain, meningkatkan risiko pembentukan batu karang, masalah zat besi berlebihan (iron overload) serta enamel gigi lebih mudah terhakis.

Untuk mengelakkan kesan sampingan terjadi, di bawah ialah pengambilan maksima yang dibenarkan (Tolerable Upper Intake) dalam sehari mengikut usia, jantina dan keperluan.

  • 1 – 3 tahun : 400mg vitamin Csehari
  • 4 – 8 tahun : 650mg vitamin C sehari
  • 9 – 13 tahun : 1200mg vitamin C sehari
  • 14 – 18 tahun : 1800mg vitamin C sehari
  • 19 tahun dan ke atas : 2000mg vitamin C sehari
  • Ibu mengandung / menyusu 14 – 18 tahun : 1800mg vitamin C sehari
  • Ibu mengandung / menyusu 19 tahun dan ke atas : 2000mg vitamin C sehari

.

VITAMIN C SHAKLEE, APA YANG ISTIMEWANYA?

.

Vitamin C Shaklee pertama kali dihasilkan pada tahun 1981. Walaupun telah lebih 40 tahun berada di pasaran dunia, ianya masih mendapat permintaan yang tinggi. Malah, semakin meningkat permintaannya dari tahun ke tahun.

Kenapa?

.

Kelebihan Vitamin C Shaklee

  • Berasaskan sumber semulajadi ekstrak jagung yang sesuai diambil oleh anda yang memiliki perut sensitif seperti gastrik.
  • Dihasilkan dengan sistem pelepasan berperingkat (sustained release) yang menyediakan 500mg vitamin C dalam tempoh 5 jam berterusan (100mg vitamin C dilepaskan setiap jam). Ini bersamaan dengan memakan sebiji setengah oren setiap jam untuk tempoh 5 jam berterusan.
  • Ditambah 120mg bioflavonoid yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C untuk meningkatkan keberkesanannya.

vitamin c shaklee

Jadual perbandingan vitamin C Shaklee dengan beberapa jenama lain.

.

Dos Saranan

Setiap tablet menyediakan 500mg vitamin C dengan sistem pelepasan berperingkat, iaitu melepaskan 100mg vitamin C setiap jam untuk tempoh 5 jam berterusan.

Seperti yang tertera pada botol, dos saranan ialah sebanyak sebiji setiap setiap hari diambil selepas makan.

.

Cara Ambil

Telan bersama air, diambil selepas makanan.

Boleh diambil bersama produk Shaklee lain.

Tidak digalakkan untuk mematahkan tablet kerana boleh mengganggu sistem pelepasan berperingkatnya.

.

Nombor MAL

Untuk vitamin C, nombor pendaftaran KKM ialah MAL13085068NC.

Baca juga Cara Semak Nombor KKM.

.

Harga

Sebotol vitamin C dijual pada harga runcit RM97.50, mengandungi 180 tablet untuk kegunaan maksima 6 bulan.

Anda hanya perlu melabur 54 sen sehari untuk manfaat kesihatan yang pelbagai. Lebih dari berbaloi!

Lihat juga Koleksi Testimoni Vitamin C Shaklee.

Hubungi saya untuk konsultasi penuh dan order. Daftar Shaklee untuk penjimatan lebih hebat.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Testimoni ESP Shaklee Untuk Kulit Cantik

Testimoni ESP Shaklee Untuk Kulit Cantik

Testimoni ESP Shaklee Untuk Kulit Cantik

testimoni esp shaklee untuk kulit

“Alhamdulillah konsisten ambil ESP jerawat yang degil2 semua hilang . Yang penting jangan skip, konsisten, doa.” -Norhashima Md Tahir-

.

testimoni esp shaklee untuk kulit

“Jerawat saya makin pudar. Jerawat lejen tu sebab paling lama nak surut. Parut makin pudar. Kulit semakin pinkish. Semua gara2 ESP. Dengan izin Allah, Alhamdulillah” -Izzati Farhana Mahadzir-

.

testimoni esp shaklee untuk kulit

“Mengandungkan anak pertama saya minum ESP tapi tak konsisten sebab kewangan tak berapa baik masa tu.  Start pantang konsisten ESP. Luka cepat sembuh, anak berjaya disusukan dengan fully breastfeed 2 tahun 9 bulan. Kulit dia pun gebu sampai sekarang.” -Norhafizah Abdul Shukor-

.

testimoni esp shaklee untuk kulit

“Dulu muka kusam terukk. Skang alhamdulillah nampak beza” -Dahlia Farah Eliana-

.

Nak Lagi Testimoni ESP Shaklee Untuk Kulit Cantik?

.

testimoni esp shaklee untuk kulit

testimoni esp shaklee untuk kulit

“Nie testimoni Aisa sendiri yang konsisten amalkan ESP. Kulit makin cerah dan sihat. Tiada masalah kulit kusam lagi.” -Aisa Azilah-

.

testimoni esp shaklee untuk kulit

“Saya consume ESP + B COMPLEX + ALFAFA untuk masalah kulit psoriasis.” -Nurul Farhana Hanafiah-

.

testimoni esp shaklee untuk kulit

“Nak share jugak ?

Tudung Kelabu (2013) – Saya dulu kulit jadi kusam, kering mengelupas, tona tak sekata. Muka tu nampak tua dari usia walaupun baru berumur 33 tahun

Tudung Pink (2014) – Setahun saya amalkan ESP dan Set Menyusu yang lain (sebab menyusu anak) tona kulit dah sekata, semakin moist dan tak kusam dah.

Tudung Coklat (2017) – Latest picture umur dah 37 tahun ?

tapi orang tak percaya sebab ingat ibu anak sorang sedangkan saya ibu kepada 3 orang anak ?

Check tahap kulit di event Wellness Shaklee dengan Nutritionist last year results kulit yang kering sebelum ni dah tahap NORMAL. Memang rasa nak melompat bintang.” -Nani Rahayu Noordin-

.

testimoni esp shaklee untuk kulit

“Ini testimoni saya bersama dua best friend Sya sendiri yang konsistent amalkan ESP. Kulit makin cerah dan sihat. Muka lebih fresh ! Badan pon makin bertenaga.”-Sya Madeena-

.

Belum mengenali ‘siapa’ ESP Shaklee? Boleh rujuk entri tentang ESP Shaklee ini untuk info lanjut.

.

Klik gambar ini untuk order dan konsultasi lanjut.