Koleksi Real Testimoni Youth Shaklee

Koleksi Real Testimoni Youth Shaklee

TESTIMONI YOUTH SHAKLEE | Tahniah kepada 6 pemenang Youth Stars yang diraikan bersama semasa Shaklee National Conference baru-baru ini.

Selain 6 pemenang ini, sejumlah 70 peserta lain telah submit testimoni puas hati masing-masing.

Bila dilihat semua, masing-masing punyai kesan awesome dari pengunaan konsisten Youth.

Jom kita tengok testimoni Youth Shaklee dari peserta-peserta Youth Stars.

Sedikit info ringkas tentang YOUTH…

.

YOUTH merupakan skincare antipenuaan 100% berasaskan tumbuhan dan bebas kekejaman.

YOUTH diformulasi daripada tumbuh-tumbuhan semuajadi yang bertindak menangani pelbagai faktor penuaan.

TESTIMONI YOUTH SHAKLEE

Apa Itu Skin Age Index Test?

.

Skin Age Index Test dibangunkan oleh pakar-pakar kulit bertaraf antarabangsa, mengukur 10 parameter untuk mendapatkan ‘usia kulit’.

Ianya diiktiraf oleh pakar dermatologi sebagai ukuran keremajaan kulit.

Hasil Skin Age Index Test membuktikan:

  1. 100% mendapat kulit lebih awet muda
  2. 2/3 daripada mereka berjaya mengubah usia kulit kepada sedekad lebih muda!

YOUTH tidak menjalankan ujian ke atas haiwan dan bebas kekejaman.

Anda tidak perlu lagi mengorbankan keselamatan untuk kecantikan kerana YOUTH bebas 1500 bahan kimia yang boleh dipersoalkan.

Rangkaian lengkap YOUTH terdiri daripada cleanser, toner, moisturizer SPF50, night cream, serum, radiance C+E.

Set-set pilihan pula terdiri daripada Set Asas, Set Memperbaharui & Mengekalkan, dan Set Rawatan Intensif.

Bukan serum sahaja, malah, setiap produk YOUTH mengandungi bahan aktif yang bertindak meremajakan sel kulit.

Serum YOUTH berupaya mengaktifkan sel kulit 10 kali ganda lebih cepat!

.

Kunci kepada keremajaan kulit ialah kadar pembaharuan sel.

Serum YOUTH mengandungi 10 kali ganda kepekatan Youth Complex. Bermakna ia berupaya menggantikan sel kulit dengan kadar 10 kali ganda lebih cepat!

Cleanser 3-dalam-1 didatangkan dalam bentuk gel-oil, sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. (Baca entri Skincare Terbaik Untuk Kulit Sensitif untuk testimoni Youth Shaklee untuk kulit sensitif).

Toner pula bertindak sebagai ‘double cleanse‘. Sangat lembut, sejuk dan cepat diserap ke dalam kulit.

Moisturizer dilengkapi dengan SPF50, dihasilkan khas untuk orang Malaysia yang mana purata indeks ultraviolet sepanjang tahun adalah tinggi.

Night cream mempunyai dua pilihan – Light dan Rich – pemilihan bergantung kepada kulit wajah anda.

Radiance C+E pula mengandungi 20% kepekatan vitamin C & E tulen. Didatangkan dalam kapsul berwarna emas khas untuk melindungi dari teroksida oleh udara dan cahaya. Kapsul ‘one-time use‘ ini memastikan anda mendapat 100% kepekatan vitamin-vitamin ini!

LOOK YOUNGER LONGER

Akhirnya Ada Juga Penyelesaian Untuk Masalah Kulit Kami

Akhirnya Ada Juga Penyelesaian Untuk Masalah Kulit Kami

kulit cantik dengan shaklee

Dalam National Conference Shaklee baru-baru ini, telah diadakan satu slot sharing oleh 6 pemenang Youth Stars yang telah berjaya mendapatkan kulit cantik dengan Shaklee Youth.

Tidak syak lagi Youth (klik untuk info lanjut Youthmerupakan skincare antipenuaan semulajadi terbaik dengan bukti dari kajian klinikal 100% berkesan ke atas manusia pelbagai usia (20 – 60 tahun) dan etnik.

Jom baca setiap satu kisah ‘miracle‘ mereka-mereka ini. Mana tahu anda salah seorang yang bermasalah seperti mereka dan tercari-cari skincare terbaik untuk kulit anda.

.

Walau Kerja Seharian Berjemur di Tengah Panas…

.

kulit cantik dengan shaklee

Kulit Cantik Dengan Shaklee

Down dan kurang keyakinan diri rasanya bila anak sendiri tegur kenapa mamanya tak cantik. Budak-budak kan jujur orangnya? Tapi nak buat macam mana, kerja di Oil & Gas selalulah berjemur di tengah panas. Namun, Youth membantu mendapatkan kulit yang cantik kembali.

Kalau sebelum gunakan Youth, kulit ada masalah kekeringan yang serius, masalah kemerahan dan tona kulit tak sekata. Selepas Youth pula, kulit lebih lembut dan lembap, lebih cerah dan tona sekata yang lebih baik.

(Elly Matin)

.

kulit cantik dengan shaklee

Kulit Cantik Dengan Shaklee

“Bekerja dalam bidang kejuruteraan ketenteraan mendedahkannya kepada pancaran matahari yang terik. Hasilnya, kulit wajah mudah breakout. Ditambah jerawat, kulit kering, kasar dan kusam. Parut hitam pun banyak di wajah.

Youth membantu menyelesaikan masalah-masalah ini – jerawat mengecut dan tiada jerawat baru, parut makin pudar, kulit semakin halus dan lembut.”

(Nurul Amelza Kamel)

.

Cikgu Lebih Yakin Berdepan Pelajar…

.

kulit cantik dengan shaklee

Kulit Cantik Dengan Shaklee

Bagi Cikgu Zura, sebelum gunakan Youth segan sungguh nak berdepan dengan pelajar-pelajar. Sebabnya kulit cikgu ada masalah pori besar dan jerawat. Kulit pun berminyak dan kusam.

Setelah gunakan Youth pula, pori makin mengecil. Jerawat makin berkurang. Dan kult kurang berminyak dan lebih berseri. Sampai pelajar-pelajar pun ajak cikgu selfie. Haha.

Apa pun, pesan cikgu, “Jangan ponteng kelas!”.

(Cikgu Faizura)

.

Muka Jadi Teruk Akibat Tersalah Produk!

.

kulit cantik dengan shaklee

Kulit Cantik Dengan Shaklee

Beberapa minggu selepas tersalah produk, muka jadi breakout teruk! Naik jerawat batu berketul-ketul. Rasa malu sangat nak COD, jadi terpaksa pass pada kawan lain sebab kurang berkeyakinan. Huhu.

Lepas dapat saja Youth, beliau terus gunakan dengan konsisten. Alhamdulillah kulit cantik dapat dikembalikan semula. Lihat sahajalah wajah selepas menggunakan Youth berbeza sungguh dengan semasa breakout.

(Siti Norlida)

.

Muka Sangat Berminyak Walaupun Berada Di Negara Sejuk

.

kulit cantik dengan shaklee

Kulit Cantik Dengan Shaklee

Walaupun berada di negara yang sejuk, kulit jadi berminyak sangat. Kesan sunburn pun nampak jelas.

Tak sangka selepas gunakan Youth kulit muka jadi kurang berminyak dan lebih lembut. Yang kesan sunburn plak semakin kurang. Terima kasih Youth!

(Zarith Sofia Ibrahim)

.

Student Pun Sukakan Youth!

.

kulit cantik dengan shaklee

Kulit Cantik Dengan Shaklee

Nasib malang menimpa pelajar ini sebab semasa konvo muka jadi breakout dengan jerawat yang besar-besar naik. Gambar konvo pun tak banyak diambil. Walaupun cuba cover dengan foundation tetap tak berjaya menutup cela di wajah ketika itu.

Mujur sangat jumpa Youth. Beberapa minggu menggunakan Youth, bukan sahaja jerawat makin berkurang. Malah kulit jadi lebih glowing!

(Nur Amalina Izzati)

**********

Untuk kesemua 70 TESTIMONI yang menyertai Youth Stars, klik YOUTH STARS untuk testimoni masalah lain (jeragat, kulit kering, berminyak, parut dan sebagainya).

Real testimonials from real people.

Shaklee TIDAK PERNAH menjalankan ujian ke atas haiwan.

.

promosi shaklee julai

Klik gambar ini untuk grab Youth Renew & Maintain Set ATAU Youth Intensive Treatment Set. Anda akan dapat PERCUMA Beg Biru Berkilat Cantik ini di samping keahlian dan postage PERCUMA, serta cashback. Promosi sehingga 31 Julai 2018 sahaja dan selagi stok masih ada.

Skincare Untuk Jeragat Mana Yang Bagus?

Skincare Untuk Jeragat Mana Yang Bagus?

skincare untuk jeragat

Bila dah masuk usia 30an ni akan muncullah tanda-tanda nak ada jeragat. Ada juga yang dah ada jeragat seawal usia 20an lagi!

Ada jeragat bukan sahaja mengganggu penampilan wajah, sebab tepek apa pun mostly akan nampak juga jeragat tu. Lagi merunsingkan bila makin hari makin banyak pula jeragatnya! Arrgghhh, stress!!!

Nak hapuskan jeragat, kena tahu dahulu apakah punca jeragat.

Jeragat merupakan tompokan coklat yang lebih gelap dari warna kulit asal kita, yang lebih jelas kelihatan apabila berada di bawah sinar matahari.

Punca utama jeragat ialah faktor genetik dan terdedah kepada sinar ultraviolet berlebihan.

Sinar ultraviolet yang diserap oleh kulit akan menggalakkan penghasilan melanin (yang memberi warna kepada kulit) oleh melanocytes (sel yang menghasilkan warna kulit).

Jadi, untuk mengurangkan dan menangani masalah jeragat, pastikan skincare anda berupaya mencerahkan jeragat sedia ada, dan melindungi dari kerosakan oleh sinar ultraviolet.

Dengan skincare Youth, anda dah boleh katakan “bye2” kepada jeragat.

Youth diformulasi daripada bahan-bahan yang bertindak ke atas pelbagai faktor penuaan :

  • Lotus japonicus mengaktifkan protein keremajaan yang penting untuk penjanaan semula sel bagi menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin
  • Ekstrak Stem Sel Epal mengaktif dan mempercepatkan pembaharuan sel kulit
  • Vital Repair Complex memberi nutrien anti-oksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat
  • Anggur Muscadine memperbaiki dan melindungi DNA sel kulit
  • dan Ekstrak Schisandra Chinensis menyokong struktur kulit muda

.

Tambahan pula, Youth adalah 100% berasaskan tumbuhan dan bebas bahan kimia yang boleh dipersoalkan. Terbukti selamat dan berkesan berdasarkan ujian klinikal (Skin Age Index Test).

.

Sedikit Info Penting Tentang Serum dan Moisturizer Youth

.

Youth Activating Serum mengandungi 10 kali ganda bahan aktif. Bermakna ianya mampu memperbaharui sel kulit pada kadar 10 kali ganda lebih cepat!

Moisturizer Youth pula dihasilkan khas dengan SPF50 untuk orang Malaysia sahaja (asalnya dengan SPF30 untuk pengguna US). Ini kerana telah dikaji yang purata indeks UV sepanjang tahun di Malaysia berada pada tahap tinggi. Jadi memerlukan SPF yang lebih tinggi untuk perlindungan berkesan.

.

Antara Mereka Yang Menggunakan Skincare Untuk Jeragat Youth…

.

testimoni youth shaklee

Ng Hooi Hooi, 50an mengalami masalah mata sembab, jeragat yang telah lebih 20 tahun di pipi, dan kulit kendur. Selepas menggunakan Youth hampir sebulan, tiada lagi mata sembab, jeragat 20 tahun lebih tadi makin pudar! Kuit muka pun nampak tegang dan naik!

.

testimoni youth shaklee

Skincare untuk jeragat – buat pilihan bijak. =)

.

youth shaklee skincare

(BB Cream belum masuk Malaysia lagi ya)

.youth shaklee skincare

.

Harga retail Youth mengikut Set adalah seperti berikut:

  • Starter Set (cleanser, toner, moisturizer, night cream) RM850
  • Renew & Maintain Set (semua dalam Starter Set + serum) RM1010
  • Intensive Treatment Set (semua dalam Starter Set + serum + radiance C+E) RM1340

.

Postage adalah PERCUMA bagi setiap set Youth (lebih RM600 layak postage PERCUMA).

Shaklee mencadangkan penggunaan setiap produk dalam rangkaian Youth adalah selama 2 bulan. Tapi, rata-rata pengguna Youth mengambil masa lebih dari 2 bulan untuk menghabiskan setiap produk. =)

.

Grab Cepat Sebelum Menyesal!

.

Dapatkan Starter Set Youth dengan DISKAUN 5% pada 2 hari promosi khas sempena Shaklee National Conference, iaitu pada 7 dan 8 Julai (Sabtu & Ahad) 2018 sahaja!

Pembelian Renew & Maintain Set dan Intensive Treatment pula, layak beg Youth cun berwarna biru ini secara PERCUMA. Sehingga 31 Julai 2018 sahaja DAN selagi stok masih ada. =)

Nak kulit cantik secara semulajadi dan sihat, takkan itu pun nak berkira?

.

skincare untuk jeragat

Klik gambar ini untuk grab promosi Youth.

.

Bagaimana pula dengan suplemen untuk jeragat untuk merawat dari dalam?

Rujuk entri Suplemen Untuk Menghilangkan Jeragat untuk bacaan lanjut.

‘Ubat’ Parut Jerawat Yang Mujarab

‘Ubat’ Parut Jerawat Yang Mujarab

tips hilangkan jerawat

‘Ubat’ Parut Jerawat Yang Mujarab | Kepada anda yang bermasalah parut (jerawat) bertahun-tahun lamanya, pastinya anda dah cuba pelbagai krim sapuan dan skincare tapi hasil masih tidak memuaskan hati?

Baik yang murah kepada yang mahal, daripada produk tempatan kepada produk import, tapi semuanya hampa?

Kini, anda bakal menemui jawapan yang paling tepat untuk masalah anda.

.

Ada Apa Dalam Energizing Soy Protein?

.

Energizing Soy Protein, ESP, merupakan suplemen protein lengkap dari soya non-GMO (soya asli yang tak diubah genetik).

Secara fisiologinya, salah satu fungsi protein ialah membantu menghasilkan sel-sel baru termasuk sel kulit kita.

Dengan adanya sel-sel kulit baru ini, akan dapat menggantikan sel-sel kulit lama dan telah rosak (parut dan parut jerawat ialah sel kulit rosak).

Ya.

Ianya bertindak dari dalam, memperbaiki dari hari ke hari untuk memberikan hasil yang anda mahukan.

Sebab itulah ianya ‘ubat’ parut jerawat paling mujarab, memperbaiki secara perlahan tetapi efektif.

.

Baca Feedback Consumers Yang Dah Berjaya Menyelesaikan Masalah Mereka Dengan ‘Ubat’ Parut Jerawat Ini…

.

ubat parut jerawat

.

Selamat pagi semua. Pagi ni Kak Pia nak share testimoni Kak Pia dapat dari customer petng semalam. Dah beberapa botol dia makan Vitamin C. Ahamdulillah dapat kurangkan jerawatnya. Tapi bila minum ESP baru parut jerawat yang gelap tu mulai pudar.” (Tengku Sofia)

.

Sesuai Untuk Ibu Menyusu Juga…

.

ubat parut jerawat

.

“Ni kisah Ena masa mula-mula ambik ESP, Vitamin C dan Oste untuk menyusu dan tenaga. Habis sebotol/canister. Saya perasan parut makin pudar. Pastu continue ambil lama-lama hilang tak keluar-keluar dah. Bukan purposely ambil untuk hilangkan jerawat belakang. Tapi at the same time bantu cantikkan kulit bebas dari jerawat dan parut hitam.” (Aeinna Musa)

.ubat parut jerawat

.

“Pakai masker ESP tiap hari ok la. Luka tu dah kering kak, tinggal parut. Parut tu pun dah kurang! Pakai tadi dah kering cuci lembut ja kulit. Pastu tengok parut tu dah kurang dari hari yang ambik ESP tu. Kurang banyak kak!”

.
ubat parut jerawat

.

“Assalamualaikum. Malam ni nak belanja testi ESP lagi ya. Customer ni kena gigit dengan charlie. Ambil ESP sebab nak pudarkan parut. Baru ambil ESP 11 hari dah nampak kesan. Makin cerah warna parutnya. Seronok sungguh dia.” (Faezatul)

.

Ibu Hamil Ambil ESP Pun Suka Parut Cepat Pudar…

.

ubat parut jerawat

.

Assalamualaikum. Saya pun ingin kongsi pengalaman dengan ESP semasa hamil. One thing I dont like about my pregnancy is my hormone changes. Jerawat memang tak berhenti naik since first trimester. Sudah surut satu naik lagi satu. And to be honest, start second trimester ni la baru saya rajin ambil ESP sebab baru la ada selera sikit minum susu. Kalau tidak memang selalu mengelak minum ESP. Tak tahu kenapa tiba-tiba menjadi picky eater masa pregnant ni.

Apa yang saya notice, lepas start rajin minum ESP ni dah ambil dalam recommended protein dosage yang sesuai untuk pregnant woman, parut jerawat macam cepat pudar. Walaupun jerawat still tumbuh macam cendawan la. Kulit pun macam jadi makin cerah. Suka pula dengan tone kulit sekarang ni walaupun ada jerawat la.

So start sekarang memang la takkan miss sudah minum ESP ni. Tak sabar mau dapat kulit gebu. Cita-cita dari dulu lagi mau flawless tanpa mekap/ Biar cantik natural beauty.”

.

Borong 6 Tong Terus Sebab Terlalu Sukakan ESP!

.

ubat parut jerawat

.

“Saya bermula ketika berpantang anak kedua. Pantang anak pertama saya jadikan Horlicks sebagai milkbooster tapi dalam masa yang sama, saiz badan pun boost up jgak.

Maka, time anak kedua lahir, tak berani minum Horlicks dah hehe. Tapi dalam masa yang sama sangat-sangat perlukan ‘sesuatu’ untuk jadikan badan lebih bertenaga. Bermulalah episod ber’ESP’ dan Alfalfa. Sehinggalah berani memborong 6 tin ESP promo time Oktober 2012 tu dan terus daftar keahlian.

Walaupun memang takde niat nak menjual hehe. 6 tin tu konon-konon nak bolot sorang-sorang.

Badan jadi lebih bertenaga. Tak tidur siang pun takpe memang rasa bertenaga.

Malam kena bangun sejam sekali pun Alhamdulillah OK sangat-sangat. Lebih pandai kawal emosi.

Anak lelaki yang ni lebih kuat badannya, ototnya. Mula meniti masa umur 8 bulan!.

Sekarang masih continue dengan ES sebab…

Alas perut elak gastrik, kadang-kadang tak sempat sarapan awal pagi, lepas tu kelas sampai pukul 10. Kalau takde ESP memang sakit perut!

Untuk kawal pengeluaran minyak kat muka. Yang ni memang membantu.

Bantu pudarkan parut muka lagi-lagi kalau berjerawat.”

.

Harga ESP Macam Mana?

.

Retail price satu canister ESP berharga RM129 (850 gram) untuk pengambilan 3 sudu besar setiap hari selama sebulan.

Untuk bulan Julai 2018 sahaja, pembelian 3 tong ESP (111 uv) layak grab pillbox comel di bawah hanya dengan harga RM8 sahaja (asal RM19.80).

.

 

.

Untuk testimoni kulit lain, klik KOLEKSI TESTIMONI KULIT CANTIK.

Tak Tau Nak Pakai Apa Jerawat Teruk Macam Ni?

Tak Tau Nak Pakai Apa Jerawat Teruk Macam Ni?

tips hilangkan jerawat

Dah bermacam-macam jenis pencuci muka untuk jerawat digunakan, tetapi semuanya membuatkan keadaan muka bertambah teruk?

Ni ha, real testimoni dari rakan Shaklee Ain sendiri. Namanya Azliza Sahin, glamer dengan panggilan manja kak Ija.

First time jumpa kak Ija ialah bulan Februari 2018, masa tu kami ada Shaklee Business Leaders National Conference. Masa tu muka kak Ija memang agak teruk jerawatnya especially area kedua-dua pipi dan juga berminyak (jujur kan?).

.

pencuci muka untuk jerawat

Dalam gambar ni, kak Ija kami ialah yang berdiri di tengah-tengah.

.

Jom baca apa kak Ija guna sebagai pencuci muka untuk jerawat teruknya…

.

“Siapa ada masalah macam kak Ija, muka penuh dengan jerawat sampai segan nak jumpa orang ramai? Boleh atasi dengan Youth skincare ye. Ini cerita kak Ija sendiri…

Muka kak Ija bermasalah selepas kak Ija ambil cucuk perancang kehamilan. Period kak Ija tak stop dalam masa 4 bulan (kiranya period hari-hari). Jerawat bermaharajalela tumbuh kat muka ni.

Ada masanya gatal merenyam-renyam terpaksa kak Ija garu. Pedih. Rasa tak selesa. Lagi-lagi berhadapan dengan customer kak Ija masa nak COD tu.

Pencuci muka, macam-macam dah kak Ija try. Makin teruk lagi ada lah.

Lastly, Shaklee nak keluarkan skincare Youth. Kak Ija jadi teruja nak cuba. Simpan duit tau sebab harga RM1K!

Masa pelancaran Youth skincare kak Ija ada tengok testimoni yang mereka keluarkan. Lagilah mood tak sabar nak mencuba!

Last skali, kak Ija ambil full set.

Tapi kak Ija tak macam rakan-rakan kak Ija yang lain. Mereka cepat ada perubahan.

Kak Ija sedih tengok testimoni mereka sebab muka kak Ija lambat buahkan hasil. Sedangkan rakan-rakan kak Ija muka dah nampak hasil.

Ada yang jeragat dah pudar, jerawat dah susut, glowing… Yang muka berlubang disebabkan jerawat pun dah tertutup lubang tu. Bagi kak Ija pula, ambil masa 3 bulan baru nak buahkan hasil. Berkat kesabaran kak Ija tau.

Alhamdulillah. Ni kak Ija sertakan testimoni kak Ija sendiri ye sebelum dan selepas guna Youth skincare.”

.

pencuci muka untuk jerawat

Jauh beza sangat kulit muka kak Ija sekarang. Suka tengok.

.

pencuci muka untuk jerawat

Shaklee kata kesan Youth ni seawal seminggu. Kes kak Ija ambil masa sampai 3 bulan ni apa cerita? Sebenarnya kesan berbeza ikut individu ya. Paling penting konsisten je pakai. Youth 100% berasaskan tumbuhan dan bebas bahan kimia berbahaya. Biar lambat asal selamat. Kan?

.

Klik YOUTH Shaklee untuk info lanjut tentang Youth beserta harga. =)

6 Cara Awet Muda Secara Alami

6 Cara Awet Muda Secara Alami

youth shaklee serum

Mustahil sekali untuk kita berhentikan masa untuk kekal muda remaja. Tetapi tidak mustahil langsung untuk kita berusaha kekal remaja dengan tips penting penggunaan skin care yang baik untuk meremajakan kulit wajah.

.

1# Gunakan Pencuci Muka Yang Lembut

Nak kulit muka lembut, pastikan pencuci muka juga jenis lembut. Mencuci muka ialah langkah paling utama untuk kecantikan kulit. Ini kerana dengan mencuci muka lah menentukan adakah muka kita betul-betul bersih dari kotoran dan bahan kimia (mekap) yang diaplikasi sebelumnya.

Apabila kulit wajah betul-betul bersih, barulah lebih efektif penyerapan skincare yang akan dipakai pada langkah seterusnya.

Dalam memilih pencuci muka yang bagus, mestilah kita nak pilih yang boleh menjaga kebersihan wajah, sekaligus mengelakkan kulit muka cepat kering dan rosak.

Untuk ini, pilihlah pencuci muka dengan pH yang rendah supaya dapat mengekalkan keseimbangan kulit secara optimum. Elakkan pencuci muka dengan pH yang tinggi kerana ianya boleh menyebabkan iritasi dan jangkitan.

Tips penting yang lain ialah mengelakkan pencuci muka yang mengandungi sodium lauryl sulphate yang kasar terhadap kulit.

youth cleanser shaklee

Cara awet muda secara alami ialah dengan pemilihan pencuci muka yang baik. Salah satu cleanser yang buat Ain sendiri jatuh cinta dengannya. Jenis gel tak mengeringkan dan cleanser 3-dalam-1 (membersih, exfoliate, menyediakan untuk next step). Ya Allah, lembut yang amat cleanser ni. Lepas cuci rasa refreshing dan hydrated je muka!

.

2# Buang Sel Kulit Mati (Exfoliate)

Semakin kita berusia, kulit kita semakin lambat diperbaharui. Sel-sel kulit yang telah mati tidak digantikan secepat semasa kita muda, menjadikan kulit kelihatan kusam dan tona menjadi tidak sekata.

Exfoliant membantu membuang sel kulit mati daripada kulit kita. Sebaiknya, elakkan menggunakan exfoliant jenis kasar seperti skrub dan yang mengandungi microbeads yang kasar terhadap kulit.

.

3# Pemilihan Serum

Serum biasanya mempunyai bahan aktif yang lebih berbanding pelembap muka. Carilah serum dengan kandungan retinol dan vitamin C.

Selain menggalakkan penghasilan kolagen, sifat antioksidan kedua ini membantu melindungi kulit dari kerosakan oleh radikal bebas yang lama-kelamaan menjadikan kulit tampak lebih tua.

youth shaklee skincare

Youth Activating Serum mengandungi kepekatan Youth Complex sebanyak 10 kali ganda. Bermakna ianya mempercepatkan pembaharuan sel kulit sebanyak 10 kali ganda!

.

4# Pastikan Kulit Sentiasa Lembap

Dalam usia yang semakin meningkat, kandungan sebum dalam kulit juga akan turun merosot. Berita baiknya, kuranglah nak naik jerawat. Tetapi berita buruknya pula ialah kulit akan jadi kering mengakibatkan munculnya garis-garis halus dan kedutan.

Jadi, amat penting memastikan kulit wajah sentiasa lembap untuk nampak awet muda.

Tips dalam memilih pelembap pula, carilah yang mengandungi bahan yang boleh ‘memegang’ molekul air dengan baik. Bermakna ianya boleh menghidrat dengan baik. Sebagai contoh asid hyaluronik dan gliserin.

.

5# Sentiasa Sapukan Kulit Dengan Pelindung UV

Sinar UV berlebihan mengakibatkan kulit rosak dan nampak tua dengan  cepat!

Selain merosakkan kolagen dan elastin, mengakibatkan kulit lebih nipis dan berkedut, sinar UV juga penyebab kepada terbentuknya pigmen-pigmen hitam (tompok-tompok) pada kulit wajah. Muka dengan tompok-tompok hitam nampak lebih tua kan?

Jadi, penggunaan krim pelindung UV bukan hanya terhad apabila kita nak berjemur sahaja (contoh: berkelah di tepi pantai). Sebaiknya, setiap hari pun perlu apply pada wajah.

Berdasarkan satu kajian klinikal, penggunaan krim UV SPF 30 setiap hari selama 3 bulan akan :

  • memudarkan tompokan penuaan
  • memperbaiki tekstur kulit
  • mengurangkan kedutan sebanyak 20%

Hal ini demikian kerana pelindung UV membenarkan kullit ‘berehat’ dari terus ‘berperang’ dengan radikal bebas oleh sinar UV. Jadi keupayaan semulajadinya untuk memperbaharui sel kulit dapat berfungsi dengan baik.

Antara lain, boleh juga anda mengurangkan pendedahan kepada sinar matahari dengan memakai topi, cermin mata hitam, baju berlengan panjang dan mengelak dari keluar ketika hari panas terik.

.

6# Lindungi Kulit Anda Dari Trauma

Tahukah anda, salah satu punca kedutan ialah kerosakan ke atas kulit wajah. Dan dengan keadaan kulit yang lebih ‘fragile‘ dengan peningkatan usia, akan lebih memburukkan keadaan.

Kajian mendapati, seseorang yang tidur dengan muka ditelangkupkan pada bantal akan mempunyai kedutan kekal di wajah, juga dikenali sebagai “sleep wrinkles“.

Jadi, logik juga jika dikatakan menggosok-gosok muka dengan kasar boleh menyebabkan wajah nampak lebih tua.

.

Tercari-cari rangkaian skincare “beyond organic” dengan bukti klinikal? Youth Shaklee terbukti secara klinikal memudakan 100% wanita yang dikaji dari pelbagai peringkat umur (20-60 tahun). Di mana 2/3 daripada mereka mendapat kulit sedekad lebih muda! Klik Testimoni Youth untuk bukti penggunaan di Malaysia.

Parut Campak Anak Hilang Seawal Seminggu!

Parut Campak Anak Hilang Seawal Seminggu!

Jadi mak2 ni kalau bab anak2 mesti sensitif lebih kan? ?

Tambah kalau tang muka anak pompuan. Kalau boleh tak mau ada nyamuk hinggap tinggai parut sekoq pon!

Teringat masa Khayla kena chicken pox dulu. Punyalah teruk muka dan badan dia!

Hampa tengok sendiri dalam gambaq. Rash biji2 berair gatai ‘meghenyam’ yang besaq2 kat muka. Bukan sebijik dua, tapi berpuluh2 bijik yang besaq2 tu tau! ?

cara hilangkan parut campak di muka

Nampak kan betapa teruknya rash yang naik kat muka Khayla masa ni. Bukan kat muka ja tapi seluruh badan!

.

Masa tu seingat Ain, Khayla baru setahun 10 bulan. Budak besaq tu mana la tau apa. Nangeh, merengek dan garu2 ja la keja dia siang malam. Huhu… ?

Nak halang dia garu2?

Nonsense la kan…

Kita yang dah tua bangka kalau kena chicken pox pun tak tahan nak menggaru kot. Haha. ?

cara hilangkan parut campak di muka

Cara Hilangkan Parut Campak di Muka – rash dah kering.

.

Nasib baik masa tu Khayla suka sangat Herbal Blend. Instead of calamine lotion yang berbotol2 ambik dari klinik (pasai 2 orang chicken pox skali dengan Humaira), depa dua memang mintak sapu Herbal Blend ja everytime after mandi or bila perlu (contoh: lepas basuh berak).

Walaupun sehari dua ja Khayla meragam, then lepas tu happy macam biasa. Hati umi ni hari2 menangis nak ooiii.

Sayu sungguh tengok muka Khayla lubang2. ?

cara hilangkan parut campak di muka

Masa ni dia dah mula korek2 rash yang dah kering tu.

.

Tapi lama tu umi dah redha. Yang penting anak umi dah semakin sihat dan happy kan? ?

So lepas seminggu umi ambik la gambar Khayla. Masa tu tinggal parut berlubang dalam kat batang hidung antara mata tu ja macam dalam gambar ni (parut paling besar dan dalam). Tapi overall muka Khayla nampak much much much licin kan?

cara hilangkan parut campak di muka

Tadaaaaa! Gambar kanan tu lepas seminggu sapu Herbal Blend. Tak sangka boleh licin terus Alhamdulillah.

.

Selain sapu Herbal Blend, umi bagi Khayla Meal Shakes jgak masa tu. Sebab umi tau Meal Shakes ni lengkap dengan vitamin, mineral dan asid amino yang kulit Khayla perlu untuk ‘kambus’ balik.

Kalau ambik masa bertahun2 pun tak pa la kan Khayla. Kita cuba ja apa yang mampu.

.

Kenapa Herbal Blend dan Meal Shakes untuk budak-budak yang kena chicken pox?

.

Meal Shakes dihasilkan khas untuk kanak2 untuk menampung keperluan nutrisi mereka.

Waktu kanak2 la waktu paling ‘kritikal’ untuk pastikan mereka dapat nutrisi yang cukup. Nak plak budak macam Khayla ni, memilih makanan bukan main lagi. Ikut mana lagi nak dapat nutrisi kalau bukan dari makanan tambahan?

Dalam Meal Shakes dilengkapkan dengan kalsium, serat dan protein untuk memperbaiki tisu rosak dan membina sel-sel baru.

Harga retail satu tong Meal Shakes ialah RM120 (544 gram) sahaja, untuk khasiat lengkap. Boleh klik Meal Shakes untuk info lanjut.

Herbal Blend pula ialah krim serbaguna daripada sumber semulajadi sesuai untuk anak-anak dan bayi kulit mereka lebih nipis dan sensitif.

Krimnya yang pekat menyebabkan satu tiub boleh tahan lama atau boleh cover area kulit yang agak banyak.

Satu tiub cuma RM37.50 (4oz.) sahaja.

Sekarang, Alhamdulillah muka Khayla boleh dikatakan 98% licin tanpa parut. Parut berlubang tadi tu dah terkambus, kalau betul2 belek muka dia baru perasan.

cara hilangkan parut campak di muka

Cara Hilangkan Parut Campak di Muka – Inilah rupa Khayla latest at 4 years 4 months. Parut berlubang dulu dah ‘terkambus’ dan tinggal kesan brown je. Orang takkan percaya bila Ain kata muka Khayla pernah ada rash chicken pox yang teruk dulu.

.

Syukur Alhamdulillah.

Terima kasih Allah kerana mengizinkan segalanya.

Terima kasih Shaklee kerana memberi nilai tak terhingga untuk Khayla.

Walaupun hanya PARUT BERLUBANG…

Hei, anak perempuan kot! ?

Untuk rujukan perbezaan ruam chicken pox dan ruam bayi lain, boleh klik entri Pelbagai Jenis Ruam Bayi.

.

Klik gambar ini untuk konsultasi lanjut dan order.

Review Youth Shaklee : Testimoni Sendiri

Review Youth Shaklee : Testimoni Sendiri

REVIEW YOUTH SHAKLEE | Kulit muka Ain ni tak de la masalah teruk-teruk sangat Alhamdulillah.

Sebelum bertemu Shaklee, Ain hanya pernah gunakan Eversoft and then Safi sahaja.

Lepas tu terus jatuh cinta dengan Nutriwhite Shaklee dan kini dengan Youth plak!

Youth Shaklee dihasilkan selepas 8 tahun kajian dan penyelidikan oleh saintis-saintis dan pakar-pakar kulit bertaraf dunia tau korang.

Lama kan?!

Sebabnya nak dapatkan something yang terbaik bukan makan masa yang singkat.

Yang buatkan Ain rasa percaya dengan produk Shaklee ialah each and every produk dia clinically proven, termasuk Youth ni.

Test untuk Youth ni dipanggil Skin Age Index Test, yang didevelop oleh pakar-pakar kulit (diiktiraf oleh para dematologist ya, bukan main suka-suka buat formula-formula yang peningkan kepala ni)

Apa yang dijalankan untuk test ni?

Seramai 100 wanita dari pelbagai peringkat usia diuji. 20 orang bagi yang berusia 20-an, 20 orang untuk usia 30-an, 20 orang untuk usia 40-an, 20 orang lagi 50-an, dan 20 orang lagi untuk berusia 60-an.

So, kesemua wanita ni di-check keadaan kulit masing-masing.

Ada 10 parameter penuaan diambil kira – kedutan, saiz pori, tona kulit, jeragat, pigmentasi dan lain-lain.

Pakar-pakar kulit ni pun ambillah bacaan sebelum dan selepas gunakan Youth.

Skin Age Index ni ialah satu formula matematik yang kompleks tau korang.

Hasil kajian ni sangat amazing without compromise!

Sebanyak 100% wanita mendapat kulit lebih muda.

Dan dengan penggunaan Youth yang konsisten, seramai 2/3 daripada mereka mendapat kulit sedekad lebih muda! Wow sangat kan!

Shaklee kata, Youth boleh memberi kesan positif seawal 7 hari (bergantung kepada kulit masing-masing juga).

Ain dah gunakan 2 minggu.

.

So, Apa Perubahan Kulit Yang Ain Rasa Lepas 2 Minggu?

.

Cuba korang tengok gambar di bawah…

review youth shaklee

Tona kulit lebih sekata. Pori makin kecik, Kedut bawah mata makin kurang. Dah tak ada lagi “bulu-bulu” kat area hidung dan dagu.

.

Before gunakan Youth, kulit Ain mempunyai tona warna yang tak sekata.

Punya jarang sangat belek muka, rupanya dah start ada kedutan halus kat bawah mata!

Kalau korang nak check sendiri, boleh tengok muka sendiri depan cermin.

Muka expresionless, kalau ada garisan kat mana-mana, itu ialah kedutan.

Dan kalau garisan tu muncul hanya kalau korang senyum or kerutkan muka, itu ialah fine lines.

Ada beza ya kedutan dan fine lines.

Then, kat area pipi sebelah batang hidung Ain memang dari before gunakan Shaklee lagi bermasalah pori besar.

Masa guna Nutriwhtie pori kecik skit pun Ain dah rasa happy sebab dah lama problem tu kan.

And lebih tak sangka lagi, baru guna Youth 2 minggu dah nampak pori semakin semakin semakin kecik!

Yahuuuu!!!!

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Untuk tengok testimoni Youth yang lain, korang klik Koleksi Testimoni Youth ni ya.

Kalau korang berminat nak cuba Youth, cepat-cepat roger Ain tau.

Youth ni walaupun awal bulan ritu baru launching, after 3 days dah licin.

Hari ni baru masuk stok kedua seluruh Malaysia.

Tu pun hanya available melalui online order sahaja.

Dan dengar-dengar stok kali ni untuk 3 bulan sahaja!

Dah la Shaklee buat promosi macam-macam free gifts untuk sepanjang bulan ni saja.

So siapa cepat dia dapat ok! 🙂

.

review youth shaklee

Klik gambar ini untuk order dan konsultasi lanjut Youth.