Promosi Shaklee November 2018

Promosi Shaklee November 2018

Assalamualaikum dan hai semua! Ada yang tertunggu-tunggu berita tentang promosi Shaklee bulan November 2018 ni ke?

Jom kita go through one by one.

.

Promosi Shaklee November 2018

OMEGA GUARD

Beli 2 botol, diskaun 5%

Beli 6 botol, PERCUMA sebotol

Omega Guard merupakan suplemen yang baik untuk membantu masalah-masalah berikut:

  • Menyingkirkan kolesterol sedia ada dalam badan
  • Untuk pesakit darah tinggi
  • Membantu masalah sendi
  • Sesuai diambil oleh pesakit eczema, asthma dan masalah alahan yang lain
  • Nak menurunkan berat badan dan/atau masalah buncit
  • Ibu hamil dan menyusu

Baca Keistimewaan dan Harga Omega Guard untuk info lanjut

Baca 8 Khasiat Omega-3 Fish Oil Untuk Kesihatan Kita.

promosi shaklee november 2018

Harga promosi : Sebotol RM136 / 2 botol RM258 (JIMAT RM14) / 7 botol RM816 (JIMAT RM136)

.

SHAKLEE BABY

Diskaun 30% dengan pembelian mana-mana item Shaklee Baby

Beli mana-mana 3 item, diskaun 30% + PERCUMA Bag + PERCUMA Tuala Mikrofiber

Set Shaklee Baby terdiri daripada Gentle Wash (sabun mandi), Soothing Lotion (losyen), dan Massage Oil (minyak urut).

5 ciri istimewa Shaklee Baby ialah:

  1. Mengandungi sumber semulajadi dan organik
  2. Hypoalergenik
  3. Diuji secara klinikal
  4. Diuji oleh pakar pediatrik
  5. pH seimbang

Jadi, Shaklee Baby sangat sesuai digunakan bagi bayi dan kanak-kanak yang bermasalah alahan kulit dan berkulit sensitif.

Baca juga 5 Tips Penjagaan Kulit Bayi Agar Kekal Lembut.

promosi shaklee november 2018

Harga promosi : Gentle Wash RM86.63 (NP:RM123.75) / Soothing Lotion RM96.25 (NP:RM137.50) / Massagge Oil RM69.13 (NP:RM98.75)

.

YOUTH SET

Dengan pembelian MANA-MANA SET YOUTH, anda layak mendapat PERCUMA Travel Beg Comel seperti di dalam gambar di bawah ni.

Pilihan set Youth :

  1. Starter Set sesuai untuk golongan muda dan lelaki yang mencari rejimen mudah
  2. Renew & Maintain Set untuk mereka yang inginkan kulit yang muda dan mencegah tanda-tanda penuaan
  3. Intensive Treatment Set pula merawat dan memperbaiki kulit yang mempunyai tanda-tanda penuaan

Berbaloikah menggunakan skincare Youth eksklusif dari Shaklee ini? Boleh rujuk entri tentang Youth Skincare ini.

Nak tengok keberkesanan Youth pula, rujuk Koleksi Testimoni Youth di sini.

promosi shaklee november

Pembelian mana-mana set Youth, anda layak mendapat PERCUMA ‘Carry All Travel Bag’ comel ini.

Promosi berlangsung sepanjang bulan November 2018 (1-30 November 2018) sahaja dan selagi stok masih ada.

Whatsapp Ain segera untuk grab harga murah item-item promosi ini.

Rangkaian Produk YOUTH Skincare Shaklee

Rangkaian Produk YOUTH Skincare Shaklee

LOOK YOUNGER LONGER

Youth Skincare
Whatsapp

Berita Baik Untuk Anda Yang Ingin Kelihatan Lebih Muda Lebih Lama!

YOUTH ialah produk penjagaan kulit terbaru dari Shaklee, yang terbukti secara klinikal berupaya melambatkan penuaan kulit.

ainniahzulkefli.com

Kuasa Botanikal

YOUTH berasaskan sumber tumbuhan, telah diformulasi secara spesifik untuk menangani pelbagai faktor penuaan kulit.

Sesuai untuk remaja

Menangani jerawat & memudarkan parut

Mengurangkan garis halus

Memudarkan jeragat

Sesuai untuk semua jenis kulit

Juga sesuai untuk lelaki

Kesan seawal 7 hari

Keputusan Klinikal Tanpa Kompromi

Ujian Indeks Usia Kulit membuktikan, sebanyak 100% wanita yang diuji mendapat kulit lebih muda.

2/3 daripada wanita ini pula berjaya mengubah usia kulit sedekad lebih muda!

YOUTH Memang Berbeza

100% Vegan

Youth diformulasi menggunakan bahan-bahan semulajadi

~

Paten

YOUTH adalah sebuah revolusi dengan 8 paten dan paten-diproses

Bebas Kekejaman

Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan

Diuji Pakar Kulit

Diiktiraf oleh pakar kulit bertaraf dunia

Q

Bebas Bahan Kimia

YOUTH bebas daripad 1,500 bahan kimia yang boleh dipersoalkan

Diuji Pakar Mata

YOUTH telah diuji selamat untuk mata

Pilihan Set Youth

Set Permulaan

Sesuai untuk golongan muda, lelaki yang mencari rejimen mudah.

Set Popular

Untuk mereka yang inginkan kulit yang muda dan mencegah tanda-tanda penuaan.

Set Rawatan Intensif

Merawat & memperbaiki kulit yang mempunyai tanda-tanda penuaan.

Ada apa dalam youtH

Produk Tambahan Youth

Whatsapp

016 421 4704

Email

drainniah@gmail.com

COD

Seberang Jaya, Sungai Dua, Kepala Batas, Bertam

Poslaju

ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak

5 Langkah Tanggalkan Mekap Pada Mata

5 Langkah Tanggalkan Mekap Pada Mata

Tidak dinafikan, mekap di bahagian mata berupaya menambah seri dan kecantikan seseorang. Kebanyakan dari kita juga menjadikan mekap mata itu sesuatu yang wajib dan rutin apabila keluar dari rumah terutamanya ketika bekerja dan ke event tertentu.

Kecantikan mata bukan sahaja terletak pada cara mekap yang betul.

Cara menanggalkan mekap juga seharusnya dititikberatkan kerana kulit di sekitar mata adalah nipis sahaja.

Kalau main hentam kromo saja, silap haribulan mata bukan jadi lebih menarik tetapi sebaliknya.

Bila dah muncul kedutan dan garis halus bagai tu, mekap tebal mana pun takkan dapat menyembunyikan rupa ‘tua’ mata kita itu. Haa sekarang siapa yang rugi?

Untuk itu, jom kita go through satu persatu langkah tanggalkan mekap pada mata di bawah.

tanggalkan mekap

.

5 LANGKAH MUDAH TANGGALKAN MEKAP PADA MATA

.

1# Pembersih Wajah

Seperti bahagian kulit wajah yang lain, untuk menanggalkan mekap di bahagian mata juga perlukan pembersih juga.

Pembersih yang paling sesuai sudah tentulah pembersih yang gentle terhadap kulit mata yang lebih nipis dan lebih sensitif ini.

Pastikan pembersih wajah anda berupaya membersih dengan mendalam secara lembut ya.

Jadi, kuranglah keperluan menenyeh dengan kuat kulit sekitar mata.

Ingat ya, kulit sekitar mata sangat nipis dan menggosok kulit di situ dengan kuat akan menyebabkan kedutan dan garisan halus akan mula memunculkan diri.

Penggunaan pembersih amat penting sebagai langkah pertama.

Tetapi jika anda rasa tidak mencukupi, anda perlukan langkah kedua.

.

2# Gunakan Penanggal Mekap Mata (Eye Makeup Remover)

tanggalkan mekap

Adalah penting untuk menggunakan penanggal mekap mata tanpa menyebabkan kulit sekitar mata dan bulu mata ‘ter-tarik’.

Kita tidak mahu kulit semakin kusam dan kedutan cepat muncul kan?

Jadi, letakkan penanggal mekap mata anda itu di atas kapas.

Kemudian, tekan kapas tersebut secara lembut di atas mata untuk membenarkan mekap mata anda lebih mudah ‘cair’. Tak perlulah anda tonyoh kuat-kuat untuk menanggalkan mekap mata anda lagi.

Setelah mekap anda ‘cair’, urutkan ke bawah dengan lembut untuk menanggalkan mekap dari mata anda.

Jangan kalut-kalut ya.

.

3# Cara Menanggalkan Maskara Kalis Air

Maskara kalis air lebih sukar untuk ditanggalkan berbanding maskara biasa.

Anda boleh cuba letakkan minyak bayi pada bulu mata anda untuk ‘memecahkan’ molekul maskara supaya lebih mudah ditanggalkan.

.

4# Cara Tanggalkan Mekap Dengan Bulu Mata Palsu

Jika anda menggunakan bulu mata palsu, elakkan menggunakan minyak kelapa atau minyak bayi.

Ini kerana minyak ini boleh merosakkan ‘gam’ pada bulu mata palsu tersebut.

Gunakanlah penanggal mekap yang mengandungi pembersih yang lembut untuk memisahkan bulu mata palsu dari yang asli.

tanggalkan mekap

.

5# Sapukan Krim Mata Yang Refreshing!

So bila mata anda telah bebas dari mekap, inilah masa untuk anda sapukan krim mata yang refreshing!

YOUTH Restoring Eye Treatment, bertindak melalui 3 cara:

  1. Mengembalikan
    • Peptide blend unik mengembalikan sistem isyarat kulit dan menyokong penghasilan kolagen
    • Melembapkan dengan mengekalkan air pada kulit
    • Menyerap sehingga 1,000 kali beratnya di dalam air untuk melembapkan
  2. Mengurangkan
    • garis halus
    • kedutan
    • sembap
    • lingkaran hitam
    • kedutan di sisi luar dan lipatan mata (“crow’s feet eyes“)
  3. Menyegarkan
    • Cooling tip merangsang peredaran mikro untuk
      • mengekalkan mata yang segar
      • mengurangkan kemerahan di bawah mata
      • mengurangkan mata yang sembap

Baca entri Apa Kata Pengguna Krim Mata Shaklee untuk koleksi testimoni.

Cooling tip yang special, hanya ada pada krim mata Shaklee ini. Klik gambar untuk info dan order.

Apa Kata Pengguna Krim Mata Shaklee?

Apa Kata Pengguna Krim Mata Shaklee?

cara hilangkan mata panda

Sejak pertama kali YOUTH Restoring Eye Treatment dilancarkan di Malaysia bulan ini, pastinya ada yang tertanya-tanya apa kata pengguna krim mata Shaklee ini?

Yang paling buat Ain sendiri tak tertahan nak menggunakan krim mata Shaklee ni sebab specialnya ia dihasilkan dengan tip penyejuk (cooling tip) di hujungnya.

Cooling tip ni khas dicipta untuk sapuan dan mengurut krim mata ini di sekeliling mata.

Kalau diikutkan kajian klinikal yang telah dijalankan ke atas 38 subjek yang menyapu krim mata ini dua kali sehari, hasil mendapati YOUTH Restoring Eye Treatment berjaya mengurangkan kedutan, penampilan garis halus dan garisan pada mata seawal 7 hari penggunaan!

.

krim mata shaklee

.

Jadi, apa kata pengguna krim mata Shaklee ini?

.

krim mata shaklee

Reduced Dark Circles for Brighter-looking Eyes

Kata Master Zura Betty, krim mata ini sangat mudah diserap dan memberi kelembapan yang hebat.

Jika sebelum ini dark circles di sekeliling mata kelihatan jelas, selepas 7 hari, ianya telah berkurang.

Mata juga kelihatan lebih segar dan cerah.

Berbeza sangat dengan krim mata jenama lain sebelum ini yang berminyak.

Lagi satu, bau semulajadi krim mata Shaklee ni best sangat!

Baca juga entri 7 Cara Menghilangkan Dark Circle Di Bawah Mata.

.

krim mata shaklee

Tiada Lagi ‘Crow’s Feet

Lihat sendiri bagaimana garisan di tepi mata Master Parimala di atas semakin kurang kelihatan.

Perubahan dalam masa 7 hari ini sahaja membuatkan rakan-rakan Master bertanya sama ada beliau ada menjalani mana-mana prosedur kosmetik.

.

krim mata shaklee

Bye-bye ‘Eye Bags

Master Goh Ching Yoke pula suka sangat dengan urutan menggunakan cooling tip krim mata Shaklee.

Katanya, urutan ini meningkatkan pengaliran darah di sekeliling kawasan mata.

Pergerakan mudah dan lembut cooling tip itu membuatkan beliau rasa rileks dan segar dalam beberapa minit sahaja.

Selepas seminggu, eye bags dan garis halus bawah mata telah berkurang 50% katanya!

Bukan itu sahaja. Hujung mata beliau juga nampak lebih ‘terangkat’. Beliau serius tak sangka dapat balik mata remaja sebegitu.

.

krim mata shaklee

Eye Bags‘ Ketara Berkurang Selepas 5 Hari Penggunaan

Ini pun nampak perbezaan yang ketara kan?

.

krim mata shaklee

Fine Lines Bawah Mata & Dark Circles Berkurang

“3 minggu Ena guna YOUTH Eye Treatment, fine lines makin berkurang. Tu kalau tengok dekat-dekat memang nampak. Kat gambar payah nak nampak.

Dark circle tak hilang lagi. Keturunan mata cenggitu. Ambil masa skit nak hiang. Tapi nampak perubahan lah dari dulu.

.

testimoni youth eye treatment

Eyebags & Fine Lines Bawah Mata Berkurang

Kata Kak Eina, baru 10 hari guna Youth Restoring Eye Treatment, eye bag berkurang dan fine lines bawah mata pun makin hilang.

.

Kenapa YOUTH Restoring Eye Treatment?

  • 100% vegan berasaskan semulajadi
  • Bertindak dengan memulihkan, mengurangkan dan menyegarkan (Baca entri YOUTH Restoring Eye Treatment untuk info lanjut)
  • Bebas gluten
  • Diuji oleh ahli dermatologi
  • Tidak menjalankan ujian ke atas haiwan (bebas kekejaman)
  • Tidak menyumbatkan liang pori
  • Formulasi tanpa 1,500 bahan berbahaya yang boleh dipersoalkan
  • Diiuji oleh ahli oftalmologi
  • Kajian klinikal mendapati ia mengurangkan penampilan garis halus, kedutan dan garisan pada bahagian mata seawal 7 hari!

.

Dapatkan YOUTH Restoring Eye Treatment ini sekarang juga!

Satu tiub kecil didatangkan dengan harga retail RM243.75. Join ahli untuk lebih penjimatan.

.

krim mata shaklee

Klik gambar ini untuk pertanyaan lanjut dan order.

Cara Tentukan Jenis Kulit Muka Anda

Cara Tentukan Jenis Kulit Muka Anda

jenis kulit muka

Tahukah anda, jenis kulit anda boleh berubah-ubah dari semasa ke semasa?

Perbezaan jenis kulit antara kita adalah disebabkan perbezaan:

  • kandungan air di dalam kulit (yang menentukan kelembapan dan keelastikan kulit)
  • kandungan minyak di dalam kulit (yang menentukan kelembutan kulit)
  • sejauh mana sensitifnya kulit anda

Disebabkan perbezaan ini, kulit kita boleh dikategorikan kepada 5 jenis – normal, kombinasi, berminyak, kering dan sensitif.

.

1# Kulit NORMAL

Sememangnya ramai yang mengimpikan kulit normal, terutamanya kaum wanita dan yang mementingkan penampilan diri.

Mereka yang memiliki kulit normal mempunyai ciri-ciri berikut:

  • tiada atau sangat minimal masalah kulit
  • tidak sensitif
  • pori tidak jelas kelihatan
  • kulit berseri

jenis kulit muka

Jenis Kulit Muka Normal

.

2# Kulit KOMBINASI

Ada juga mereka yang mempunya bahagian kulit yang kering di satu bahagian, manakala di bahagian lain pula lebih berminyak.

Contoh paling kerap ialah berminyak di bahagian T (T-zone) dan lebih kering di sekitar dahi dan pipi.

Mereka inilah yang berkulit kombinasi.

Kebanyakannya mempunyai pori yang jelas kelihatan, kulit nampak berkilat dan muncul blackheads di wajah.

jenis kulit muka

Jenis Kulit Muka Kombinasi

.

3# Kulit KERING

Bagi yang berkulit kering, biasanya anda tidak mempunyai liang pori yang jelas kelihatan.

Tetapi kulit anda tampak kusam dan kasar, mungkin juga ada beberapa tompokan kemerahan (tanda radang dan mengelupas).

Kulit anda juga kurang elastik. Garisan halus lebih jelas kelihatan kerana kandungan air dalam kulit anda kurang.

Bukan sahaja di wajah, kulit anda di bahagian lain seperti sikut dan lutut adalah sangat kering sehingga pecah-pecah!

Lebih malang lagi, perkara-perkara di bawah boleh menjadikan kulit anda lebih kering lagi:

  • faktor genetik
  • perubahan hormon
  • proses penuaan
  • cuaca sejuk dan kering (contoh : cuaca sejuk di luar negara)
  • mandi dengan air suam terutamanya jika anda mandi untuk jangka masa yang panjang
  • ubat tertentu

jenis kulit muka

Jenis Kulit Muka Kering

.

4# Kulit BERMINYAK

Antara jenis kulit yang bermasalah ialah kulit berminyak.

‘Pelawat’ asing seperti jerawat, whiteheads dan blackheas lebih banyak kelihatan pada mereka yang berkulit jenis ini.

Tidak cukup dengan itu, kulit anda nampak kusam dan berkilat.

Kebiasaannya, seseorang mengalami kulit berminyak apabila terjadinya perubahan hormon, terlalu stress, dan perubahan cuaca.

Oleh kerana mereka yang mempunyai kulit berminyak lebih cenderung mengalami masalah pori tersumbat, untuk mencari produk penjagaan kulit dan makeup, sebaiknya anda pilih yang bersifat noncomedogenic.

jenis kulit muka

Jenis Kulit Muka Berminyak

.

5# Kulit SENSITIF

Mudah sahaja untuk mengenalpasti mereka yang berkulit sensitif.

Sekiranya kulit anda kemerahan, mudah merengsa, terlalu kering dan rasa seperti terbakar, anda berkemungkinan besar memiliki kulit yang sensitif.

Lagi satu ciri kulit sensitif ialah susah sangat nak cari skincare yang sesuai dengan kulit.

Silap langkah kulit memang boleh jadi teruk!

jenis kulit muka

Jenis Kulit Muka Sensitif

.

Sebagai penutup, Ain kongsikan 6 tips penting penjagaan kulit walau apa jua jenis kulit anda

  1. Cuci muka dengan teliti dan bersih setiap hari dengan pencuci muka yang sesuai
  2. Gunakan pelembap muka setiap hari.
  3. Pilihlah sunscreen atau sunbock berspektrum luas yang mampu memberi perlindungan dari sinar UVA dan UVB.
  4. Minum air kosong yang cukup setiap hari sekurang-kurangnya 2 liter.
  5. Berhenti atau jangan merokok jika anda sayangkan kulit anda.
  6. Elakkan berjemur di bawah terik matahari. Sekiranya terpaksa, gunakan semua teknik sunscreen yang ada seperti memakai baju berlengan panjang, memakai topi pantai dan cermin mata hitam.

Berminat untuk kulit sihat berseri secara semuajadi?

Jangan Salah Pilih Jenis Pencuci Muka Ya

Jangan Salah Pilih Jenis Pencuci Muka Ya

jenis pencuci muka

Setelah seharian terdedah kepada habuk, debu dan kotoran, tiada apa yang anda mahukan lagi selain mencuci wajah dengan sebersih-bersihnya.

Yang suka mekap pun takkanlah sampai ke tidur nak dibawa ‘contengan’ di wajah. Tak selesa amat nak tidur dengan muka yang ‘berat’ kan?

Mencuci wajah adalah langkah pertama dalam mana-mana range produk penjagaan kecantikan wajah.

Wajah yang tidak dicuci dengan bersih, silap hari bulan muncullah cik puan J. Yang tak ambil kisah akan hal ini, lain hari cik puan J ni mai balik bawak geng beramai-ramai. Kikikii…

Jadi, pemilihan pencuci wajah yang sesuai untuk kulit masing-masing adalah penting.

Kulit kita pun berbeza-beza antara satu sama lain.

Pencuci muka yang sesuai untuk orang A tak semestinya sesuai untuk orang Z.

.

9 Jenis Pencuci Muka

.

1# GEL CLEANSER

Jenis pertama ini kebanyakannya tidak berwarna.jenis pencuci muka

Seperti namanya, konsistensinya adalah seperti gel.

Pencuci jenis ini membersih dengan mendalam jadi baik untuk masalah pori tersumbat, dan menyingkirkan lebihan minyak.

Disebabkan konsistensnya yang tebal dan tidak mudah mengalir, ianya juga boleh dijadikan masker rawatan.

Dan untuk pencucian yang lebih mendalam, adalah disarankan membiarkan gel ini kira-kira 5 minit sebelum membilas.

Sesuai sangat untuk mereka dengan kulit berminyak dan kombinasi.

.

2# CREAM CLEANSER

jenis pencuci mukaCream cleanser pula kebiasaannya tebal, berkrim dan mempunya bahan pelembap seperti minyak botanikal.

Daripada konsistensi sahaja, anda biasanya sudah dapat membezakan pencuci muka jenis krim dan gel.

Ia membersih secara lembut tanpa menyingkirkan minyak semulajadi kulit.

Sepatutnya pencuci wajah jenis ini menjadi pilihan mereka yang berkulit kering dan sensitif.

Juga sesuai untuk kulit ‘matang’ yang memerlukan lebih kelembapan di samping mencuci wajah dengan bersih.

.

3# FOAM CLEANSER

Foam cleanser kebanyakannya adalah berasaskan air.jenis pencuci muka

‘Rupa’ asalnya boleh jadi krim atau gel, tetapi setelah dicampur sedikit air akan menghasilkan buih yang banyak.

Buih-buih ini akan membersih kulit secara mendalam sama seperti pencuci muka jenis gel.

Terdapat juga foam cleansers yang mengandungi bahan yang boleh ‘menarik’ minyak semulajadi yang diperlukan kulit.

Kepada mereka yang mempunyai kulit kering dan sensitif, sebaiknya elak menggunakan pencuci muka jenis ini.

Walau bagaimanapun, ia amat sesuai untuk kulit remaja dan terlalu berminyak.

.

4# OIL CLEANSER

jenis pencuci mukaMinyak pun boleh dijadikan pencuci muka?

Ya.

Seperti makanan yang ada minyak ‘baik’ dan ‘jahat’, minyak yang dijadikan pencuci muka juga adalah dari yang ‘baik’.

Minyak ‘jahat’ pula ialah kotoran, debu dan minyak berlebihan di wajah.

Mencuci wajah dengan pencuci berasaskan minyak dapat membersihkan pori secara lembut tanpa mengeringkan kulit.

Buat sesiapa yang tak tahu nak pilih pencuci jenis apa, pencuci jenis ini sesuai untuk semua jenis kulit!

.

5# CLAY CLEANSER

Berasaskan daripada clay yang berkuasa menyerap, pencuci jenis ini sesuai untuk kulit berminyak dan kombinasi.

Ini kerana ia berupaya menyerap minyak berlebihan dan toksin dari pori.

.

6# MICELLAR CLEANSER

jenis pencuci muka

Satu lagi yang boleh menjadi pilihan mereka yang berkulit kering dan sensitif ialah pencuci jenis keenam ini.

Pencuci ini istimewa kerana mengandungi molekul minyak yang kecil di dalam air pencucinya.

Molekul minyak ini ‘menarik’ minyak, mekap dan kotoran.

Lagi satu yang istimewa tentang cleanser jenis ini ialah anda tidak perlu membilas dengan air selepas menggunakannya.

.

7# POWDER CLEANSER

jenis pencuci mukaKetika kering, pencuci ini berbentuk serbuk.

Sebaik dicampur dengan air, ianya akan menjadi krim bermiktur.

Terus sahaja mencuci wajah anda sambil menyingkirkan kulit mati dan kotoran (fungsi exfoliate) secara lembut.

Berbeza dengan pencuci dengan microbeads yang kasar terhadap kulit, powder cleanser tidak sebegitu.

Sebab itulah ianya sesuai untuk kulit berminyak dan sensitif.

.

8# BAR CLEANSER

jenis pencuci muka

Pencuci muka jenis ‘buku’ ini kini kembali ke pasaran dengan ‘rupa’ baru.

Sesetengah pencuci jenis ini mempunyai sedikit sabun atau tiada langsung sabun di dalamnya.

Menawarkan pH yang mesra kulit, bahan-bahan pencuci wajah yang lembut, kaya dengan nutrisi dan mengandungi pelembap.

Point penting yang tiada pada pencuci wajah jenis lain ialah kebanyakan pembalutnya diperbuat daripada kertas yang mesra alam dan boleh dikitar semula.

Ini menambah lagi pilihan yang ada bagi mereka yang kulit berminyak dan kombinasi.

youth cleanser shaklee

Pencuci muka YOUTH ni special, kerana gabungan jenis gel dan oil. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

.

So bagaimana, anda dah boleh decide pencuci muka mana yang sesuai untuk anda?

Kalau anda masih tidak pasti jenis kulit anda, next Ain akan share tentang cara nak tahu jenis kulit kita.

Stay tuned ya! =)

.

Sumber:

  1. www.thegloss.com
  2. www.dermstore.com

Berminat untuk dapatkan kulit sihat bersih secara semulajadi?

Sunblock Terbaik Mempunyai SPF Yang…

Sunblock Terbaik Mempunyai SPF Yang…

sunblock terbaik

Tiada produk SPF yang mampu memberi perlindungan 100% daripada sinar UV. Jadi bagaimana memilih sunblock terbaik untuk anda?

Setiap hari, kita pasti akan terdedah dengan sinaran matahari, baik ketika keluar dari rumah atau pun berada di dalam bangunan.

Dan setiap hari itu jugalah kita terdedah dengan 2 jenis sinaran yang terdapat di dalam spektrum ultraviolet (UV), iaitu sinar UVA dan UVB.

Secara amnya, terdapat 3 jenis sinaran UV. Selain UVA dan UVB, sinaran UVC tidak dapat menembusi lapisan ozon Bumi.

Perbezaan di antara kedua-dua jenis sinaran UV ini adalah:

  • UVA berupaya menembusi lapisan kulit sehingga dermis, membebaskan radikal bebas yang boleh merosakkan DNA dan menyebabkan kanser kulit
  • UVB pula menembusi lapisan kulit luaran sahaja, menyebabkan kulit ‘burn‘, kulit berkedut dan tanda penuaan kulit yang lain

tips memilih sunblock

Saban tahun, kes kanser kulit melanoma semakin meningkat.

Kenapa ini berlaku?

Tidak ramai yang tahu sebenarnya kita perlu memakai sunblock atau sunscreen SETIAP HARI WALAUPUN DI DALAM RUMAH.

Baca juga entri Tips Memilih Sunblock Yang Sesuai Untuk Kulit.

.

APA ITU SPF?

.

SPF ialah singkatan bagi Sun Protection Factor.

Ia merupakan satu nombor yang menunjukkan berapa lama masa yang diperlukan oleh sinar UV untuk menjadikan kulit anda kemerahan jika anda memakai produk dengan SPF itu seperti yang diarahkan, berbanding tempoh masa sekiranya anda tidak memakai sunscreen.

Sebagai contoh, SPF30 bermaksud produk itu mengambil masa 30 kali lebih lambat untuk menjadikan kulit anda kemerahan.

.

Setiap kita mempunyai jumlah melanin yang berbeza.

.

sunblock terbaik

Di dalam lapisan kulit anda, terdapat pigmen melanin yang memberi warna kepada kulit dan sebagai perisai daripada kerosakan oleh sinar UV.

Amnya, setiap daripada kita mempunyai jumlah melanin yang sama.

Tetapi penghasilannya dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut:

  • pendedahan terhadap sinaran UV : lebih banyak terdedah kepada cahaya matahari, lebih banyak melanin dihasilkan, dan lebih gelap kulit anda
  • faktor genetik
  • saiz melanocyte (sel yang menghasilkan melanin)
  • penyakit tertentu contohnya albinism (kurang melanin dihasilkan)

.

Mereka yang berkulit cerah (melanin kurang) akan lebih cepat mengalami kulit kemerahan apabila terdedah kepada matahari. Dianggarkan ini terjadi kira-kira 10 minit selepas terdedah kepada matahari.

Berbanding dengan mereka yang berkulit gelap (melanin lebih banyak), anggaran masa kulit kemerahan adalah selepas 30 minit terdedah kepada sinaran UV.

.

Jadi, Bagaimana Sunblock Terbaik Dengan SPF Melindungi Kulit Anda?

.

Produk SPF berupaya memberi perlindungan kulit lebih lama berbanding jika tidak memakai sunblock.

Cara kiraan SPF mudah sahaja.

Jika kulit anda mula ‘terbakar’ selepas 10 minit di bawah matahari, jika memakai produk SPF, dapat memberi perlindungan selama:

  • 150 minit jika menggunakan SPF15 (10 minit X 15 = 150)
  • 300 minit jika menggunakan SPF30 (10 minit X 30 = 300)
  • 500 minit jika menggunakan SPF50 (10 minit X 50 = 500)

.

tips memilih sunblock

Namun adalah langkah yang tidak betul jika anda bergantung sepenuhnya kepada produk sunblock atau sunscreen semata-mata.

Sehingga kini tiada satu pun produk SPF yang mampu memberikan perlindungan 100%.

Terutamanya jika anda tidak menggunakan seperti yang diarahkan pada label (contoh sapu sedikit sahaja, tidak ulang-sapu seperti yang diarahkan).

Kebanyakan sunblock juga mudah ditanggalkan dengan air (contoh ketika berenang), dan berpeluh.

Disebabkan ini, jalan terbaik untuk mendapat perlindungan optimum daripada sinaran UV ialah dengan:

  • mencari tempat berteduh jika boleh (contoh semasa hari sukan)
  • elakkan keluar semasa sinaran UV paling tinggi iaitu antara pukul 10 pagi sehingga 3 petang
  • menggunakan teknik sunscreen lain seperti payung, topi pantai, kaca mata hitam khas dan sebagainya
  • memakai sunblock atau sunscreen seperti yang diarahkan

.

sunblock terbaik

Berdasarkan Dr.Steven Q. Wang, MD, produk dengan SPF yang lebih tinggi DAN berspektrum luas memberikan lebih perlindungan daripada sunburn, dan kerosakan DNA (mengurangkan risiko kanser kulit).

The Skin Cancer Foundation menyarankan sunscreen yang kalis air, berspektrum luas dan sekurang-kurangnya dengan SPF30 untuk aktiviti luar seperti berenang dan berbasikal.

American Academy of Dermatology juga menyatakan saranan yang sama.

Tak dapat protect 100%, dapat protect sebanyak yang mungkin pun ok lah kan?

Kalau anda tidak kisah kulit anda gelap sekalipun, fikirkanlah tentang risiko kanser kulit jika terus-menerus terdedah kepada sinar UV tanpa perlindungan.

sunblock terbaik

YOUTH Age Defense Mineral Moisturizer, dari tumbuh-tubuhan semulajadi, didatangkan dengan SPF50, tidak menyumbatkan liang pori, diuji oleh pakar dermatologi dan oftalmologi.

Berminat untuk mendapatkan skincare YOUTH dengan harga ahli?

Tips Memilih Sunblock Yang Sesuai Untuk Kulit

Tips Memilih Sunblock Yang Sesuai Untuk Kulit

tips memilih sunblock

“Tapi saya rasa saya tak perlukan sunblock atau sunscreen sebab 24 jam duduk rumah je. Saya surirumah sepenuh masa.”

Kebanyakan kita sudah sedia tahu, apabila keluar rumah sahaja perlu apply sunblock atau sunscreen untuk mengelakkan ‘kulit hitam’.

Tambah-tambah jika bercuti di tepi pantai atau nak menyertai aktiviti di bawah terik matahari seperti marathon atau berenang. Risau sangat kalau-kalau kulit akan jadi lebih gelap.

Amat jarang sekali yang tahu, sebenarnya kulit kita juga memerlukan sunscreen atau sunblock di dalam rumah atau bangunan tertutup.

Tahukah anda, tidak semua, tetapi ada beberapa jenis lampu di dalam bangunan yang membebaskan sinaran ultraviolet (UV)?

Sinaran UV pula merupakan punca nombor satu penuaan kulit, iaitu sebanyak 90%!

Ini kerana, paling kurang pun sinaran UV boleh menyebabkan kulit anda kemerahan. Manakala lebih buruk lagi, sinaran UV menghasilkan bahan reactive oxidative stress (ROS) yang boleh merosakkan DNA dan menjurus kepada kanser!

Lebih malang lagi, bagi mereka yang sensitif terhadap cahaya (photosensitivity) atau mengalami masalah ketidakupayaan memperbaiki DNA (DNA repair deficiency disorder).

Berdasarkan kajian, kesan sinaran UV di dalam bangunan ini bergantung kepada dua perkara:

  1. berapa dekat kulit kita dengan sumber sinaran UV
  2. jenis lampu yang membebaskan sinaran UV

.

Lampu jenis fluorescent memberi kesan penuaan kulit paling banyak. Berbanding lampu jenis LED yang memberi kesan penuaan kulit paling sedikit.

Oleh kerana itu, adalah disarankan supaya kita sentiasa memakai sunblock atau sunscreen walaupun hanya berada di dalam rumah sepanjang hari.

Saranan lain ialah menggunakan sunblock atau sunscreen dengan spektrum luas (broad spectrum) yang mampu memberi perlindungan dari sinaran UVA dan UVB. Sekurang-kurangnya, carilah sunblock atau sunscreen dengan SPF30.

Sebagai info tambahan, seterusnya ialah Tips Pemilihan Sunscreen Yang Sesuai Untuk Anda

tips memilih sunblock

Terdapat 3 jenis sinaran UV – A, B, C – dengan kesan-kesan yang berbeza. Salah satu tips memilih sunblock atau sunscreen ialah dengan memilih yang mempunyai spektrum yang luas (broad spectrum). Ini mampu memberi perlindungan terhadap UVA dan UVB (UVC tidak dapat menembusi lapisan ozon).

.

Tips Memilih Sunblock Yang Sesuai Untuk Kulit

.

Umumnya, terdapat dua jenis sunscreen paling banyak terdapat di pasaran dengan dua tindakan berbeza – chemical dan physical (mineral).

Masing-masing juga mempunyai kelebihan dan keburukan masing-masing.

Mari kita pergi kepada setiap satu dan kemudian bolehlah anda membuat pilihan yang sesuai untuk kulit anda.

.

1# CHEMICAL SUNSCREEN

Walaupun dinamakan ‘chemicalsunscreen, terdapat sunscreen jenis ini yang diperbuat daripada sumber semulajadi dan dipanggil sunscreen organik.

Chemical sunscreen mengandungi bahan kimia yang mampu menyerap sinaran UV, menukarkannya kepada tenaga haba yang tidak membahayakan, kemudian membebaskannya dari kulit.

Anda boleh mengenali sunscreen jenis ini dengan menyemak sama ada mempunyai bahan-bahan ini – oxybenzone, octinoxate, octisalate, avobenzone.

tips memilih sunblock

Tips Memilih Sunblock : Inilah perbezaan antara chemical sunscreen dan physical sunscreen (sunblock).

.

Jadi, dari segi positifnya sunscreen jenis chemical ini ialah seperti berikut:

  • hanya sapuan yang nipis diperlukan menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian
  • produk yang diperlukan hanya sedikit untuk melindungi kuit
  • lebih mudah digunakan bersama produk lain seperti peptida dan enzim

.

Berikut pula ialah kontra daripada penggunaan sunscreen jenis chemical:

  • risiko merengsa dan menyebabkan iritasi kulit lebih tinggi kerana sinaran UV diserap dan ditukarkan kepada haba
  • lebih banyak bahan diperlukan untuk  perlindungan dari sinaran UVA dan UVB, memerlukan SPF yang lebih tinggi
  • hanya berkesan melindungi selepas 15-20 minit sapuan
  • berpotensi menyumbatkan liang pori, meningkatkan risiko breakout bagi mereka yang bermasalah jerawat teruk

.

tips memilih sunblock

YOUTH Age Defense Mineral Moisturizer didatangkan dengan SPF50 telah diuji secara klinikal. Sebanyak 100% wanita yang diuji mendapat kulit yang lebih baik. 2/3 daripadanya berjaya mengubah usia kulit sedekad lebih muda! Info lanjut baca tentang YOUTH Skincare.

.

2# PHYSICAL SUNSCREEN

Kadang-kala dipanggil sebagai ‘sunblock‘, physical sunscreen dihasilkan mengunakan bahan-bahan mineral seperti titanium dioxide dan zinc oxide, untuk menghalang sinaran UV.

Sunscreen jenis ini bertindak sebagai perisai di luar kulit untuk ‘melantunkan’ sinaran UV jauh dari kulit anda.

Sinaran UV TIDAK akan diserap ke dalam kulit kerana adanya lapisan sunscreen di luar kulit ini.

Kelebihan menggunakan physical sunscreen ialah:

  • menawarkan perlindungan dari sinaran UVA dan UVB
  • selamat untuk dipakaikan kepada bayi dan ibu hamil
  • kulit mendapat perlindungan sejurus selepas sunscreen disapu (tidak perlu tunggu beberapa minit seperti chemical sunscreen tadi)
  • kurang risiko merengsakan kulit jadi sunscreen jenis ini adalah pilihan yang lebih baik sekiranya anda mempunyai kulit yang sensitif terhadap haba
  • lebih tahan lama berbanding chemical sunscreen

.

Dari segi negatifnya pula, physical sunscreen:

  • memerlukan aplikasi yang lebih kerap kerana mudah hilang dek sapuan, berpeluh dan air
  • membentuk lapisan berwarna putih pada kulit terutamanya jika anda berkulit gelap
  • memberikan rasa lebih ‘berat’ jika anda menggunakan mekap atau berpeluh
  • perlu disapu dalam kuantiti yang banyak untuk ia berkesan sebagai pelindung

.

tips memilih sunblock

.

Jadi, sudah faham dan boleh tentukan sunscreen jenis mana yang lebih sesuai untuk anda?

Sebenarnya, walau sunblock yang mana jua pilihan anda, yang paling penting gunakanlah ia secara konsisten.

Barulah akan mendapat hasilnya.

Ingat, 90% penuaan kulit adalah disebabkan oleh sinaran UV.

Tak nak cepat tua, pakailah sunscreen setiap hari walaupun di dalam rumah sepanjang hari.

Promosi Shaklee Oktober 2018

Promosi Shaklee Oktober 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. September 2018 telah berakhir, bermula pula Oktober 2018. Mari kita tengok apa pula yang Shaklee nak promosikan untuk bulan Oktober 2018 ni.

.

1# SR Vita C Plus – Beli 3 Diskaun 5%

promosi shaklee oktober 2018

Promosi Shaklee Oktober 2018 : Beli 3 Botol Vita C Dapat Diskaun 5%

.

Harga asal sebotol SR Vita C Plus RM97.50.

Untuk promosi bulan ini, 3 botol SR Vita C Plus hanya bernilai RM277 sahaja (JIMAT RM15).

Sebotol vitamin C mengandungi 180 tablet, tahan sehingga maksima 6 bulan. Jadi bolehlah anda buat stok untuk setahun setengah.

Lebih afdhal lagi, kalau kongsi dengan yang tersayang. Contoh sebotol untuk anda, sebotol untuk mak, sebotol untuk ayah. Sharing is caring gitewww…

.

SR VITA C PLUS UNTUK SIAPA?

  • mereka yang mementingkan kesihatan dan kecantikan kulit
  • bermasalah jerawat, jeragat, parut, kulit berminyak, kulit kusam
  • selalu sakit dan mudah dijangkiti (untuk boost imuniti)
  • ibu hamil dan menyusu
  • suplemen yang baik untuk mereka yang bermasalah alahan seperti resdung kerana vitamin C bersifat anti-histamin

.

Baca juga Kelebihan dan Keistimewaan SR Vita C Plus

.

2# Beli YOUTH Restoring Eye Treatment, PWP Radiance Set dengan diskaun 20%

promosi shaklee oktober 2018

NEW ITEM! Youth Restoring Eye Treatment juga ada dalam promosi Shaklee Oktober 2018 ini.

.

Youth Restoring Eye Treatment yang dah lama ditunggu-tunggu, sudah pun available!

Anda boleh JIMAT LEBIH RM400 dengan promosi ini!

Sepanjang bulan Oktober 2018 ini SAHAJA, anda yang grab krim mata Youth ini, layak PWP Set Radiance dengan diskaun 20%!

Set Radiance ini termasuk:

  • Youth Activating Serum dengan 10 kali kepekatan Youth Complex (meremajakan kulit 10 kali lebih cepat)
  • Radiance C+E – setiap kapsul emas mengandungi 20% kepekatan vitamin C dan E tulen
  • Advanced Renewal Youth Night Cream (Rich) – ditambah minyak jojoba dan shea butter untuk memberi lebih kelembapan semasa pembaharuan sel ketika sedang tidur

Harga asal keempat-empat item ini ialah RM1318.75. Tetapi dengan promosi ini, anda cuma perlu melabur RM1103.75 sahaja. Nampak tak anda dapat PENJIMATAN SEBANYAK RM215 di situ? Wah!!!

Dengan pembelian set promosi ini juga, anda layak :

  • keahlian PERCUMA (JIMAT RM65)
  • postage PERCUMA (JIMAT RM10)
  • automatik HARGA AHLI (JIMAT LAGI 20%)
  • CASHBACK RM40+ (masuk akaun anda tengah bulan depan)

Semua ini berjumlah lebih RM400!

Baca juga Keistimewaan Produk Kecantikan YOUTH berbanding produk lain.

.

3# PERCUMA Carry All Travel Bag Dengan Pembelian Mana-mana Set Youth

promosi shaklee oktober 2018

Pembelian MANA-MANA Youth Set, anda akan dapat PERCUMA beg comel seperti di dalam gambar.

.

Ciri-ciri istimewa Carry All Travel Bag eksklusif ini ialah seperti berikut :

  • Design yang sofistikated dan kemas dengan branding YOUTH
  • Peneman perjalanan anda ke mana sahaja
  • Organizer dengan multi-compartment yang dapat memuatkan kesemua item dalam Intensive Treatment Youth Set
  • Poket hadapan berzip untuk memudahkan pengambilan toiletries kecil-kecil
  • Permukaan luar yang kalis air, memastikan barang di dalamnya kekal kering

Anda akan dapat beg ini secara PERCUMA dengan pembelian mana-mana Youth Set :

  • YOUTH Starter Set RM850
  • YOUTH Renew & Maintain Set RM1262
  • YOUTH Intensive Treatment & Repair Set RM1675

.

Nak dapatkan YOUTH dengan harga ahli yang lebih menjimatkan! Klik Join Now

.

4# Real Men Set

promosi shaklee oktober 2018

PERCUMA 2 beg kertas Creating Healthier Lives dengan pembelian Real Men Set

.

Real Men Set memberi penjagaan yang sihat kepada lelaki yang mahu kekal tajam dan berjaya dalam kerjaya. Untuk mereka lebih bertenaga dan kekal aktif. Dan lebih produktif untuk memulakan sebuah keluarga serta sentiasa berada pada puncak permainan mereka.

Set ini terdiri daripada 4 suplemen :

  • Zinc Plus : tenaga, stamina, kesihatan sistem reproduktif
  • Omega Guard : omega-3 untuk ketajaman minda
  • Vitamin E : memberi kekuatan dan meningkatkan kesuburan
  • CoQ Trol Plus : untuk lebih bertenaga

Pembelian setiap set ini, anda akan menerima 2 buah beg kertas Creating Healthier Lives secara PERCUMA!

Harga retail Real Men Set ialah RM497.50.

.

Nota kaki : Semua promosi ini berjalan sepanjang Oktober 2018 sahaja dan selagi stok masih ada.

.

ainniahzulkefli

Klik gambar untuk order dan konsultasi lanjut.