Bahayakah Jangkitan Kulit Impetigo?

Bahayakah Jangkitan Kulit Impetigo?

jangkitan kulit

Semenjak dua menjak ni, ramai pula kanak-kanak datang klinik dengan masalah jangkitan kulit impetigo. Bunyi ‘impetigo’ macam “penyakit pebenda la ni” kan. Meh Ain share info ringkas tentang penyakit ni.

.

Apa Itu Impetigo?

Impetigo merupakan sejenis jangkitan kulit yang disebabkan bakteria Streptococcus dan Staphylococcus yang menjangkiti kanak-kanak lebih kerap berbanding orang dewasa, dan lebih banyak berlaku di kawasan panas dan lembab macam negara Malaysia tercinta kita ni.

Penyakit in sangat mudah berjangkit melalui sentuhan ke atas kulit yang dijangkiti ataupun secara tidak langsung melalui sentuhan barang-barang pesakit seperti tuala dan baju mereka. Walau bagaimanapun, impetigo sangat mudah untuk dirawat dan kebanyakan kes tidak meninggalkan parut pada kulit.

Bergantung kepada jenis impetigo itu sendiri, pesakit boleh hadir ke klinik dengan aduan jangkitan pada kulit.

.

Non-bullous Impetigo

Impetigo jenis non-bullous lebih kerap berlaku, boleh disebabkan oleh kedua-dua bakteria Streptococcus dan Staphylococcus tadi.

Seseorang yang dijangkiti non-bullous impetigo akan mengalami ‘ruam’ seperti gigitan nyamuk pada mulanya. Ruam ini kemudiannya akan dengan cepat membentuk blister, seterusnya bernanah (pustules) dan akhirnya membentuk keruping berwarna seperti madu. Perubahan ini mengambil masa kira-kira seminggu.

Kebiasaannya, impetigo jenis ini menjangkiti kulit di sekeliling hidung dan muka. Lebih jarang lagi ialah bahagian kaki dan tangan. Melalui pemeriksaan fizikal juga akan mendapati pembengkakan lymph node yang berhampiran kulit yang dijangkiti.

jangkitan kulit

Jenis impetigo – bullous dan non-bullous.

.

Bullous Impetigo

Bagi jenis bullous impetigo pula, hanya disebabkan oleh bakteria Staphylococcus sahaja.

Bakteria ini menghasilkan toksin yang mengurangkan keboleh-lekatan (stickiness) antara sel-sel kulit, menyebabkan lapisan epidermis terkeluar dari lapisan dermis membentuk blisters (juga dipanggil bullae).

Bullous impetigo boleh menjangkiti mana-mana bahagian kulit pesakit, terutamanya punggung dan badan.

Blisters yang terhasil tadi sangat fragile dan mengandungi cecair berwarna kekuningan. Oleh sebab itu, ianya mudah pecah dan akan meninggalkan kawasan kulit yang ‘nampak isi’ kemerahan. Ini akhirnya akan membentu keruping berwarna kehitaman.

.

Rawatan dan Penjagaan Pesakit

.

Bagi mereka yang didiagnos impetigo, berikut adalah antara yang boleh dilakukan:

  1. Bersihkan kawasan yang dijangkiti dengan lembut dan buang keruping yang ada jika boleh
  2. Setelah dikeringkan, sapukan krim atau ointment yang mengandungi antibiotik (dapatkan dari doktor)
  3. Untuk kes yang lebih teruk, kemungkinan memerlukan oral antibiotik
  4. Ahli keluarga pastikan membasuh tangan dengan bersih (7 Langkah Membasuh Tangan Dengan Betul) sebelum dah selepas memegang pesakit (contoh : bagi makan anak kecil)

.

Parut Campak Anak Hilang Seawal Seminggu!

Parut Campak Anak Hilang Seawal Seminggu!

Jadi mak2 ni kalau bab anak2 mesti sensitif lebih kan? ?

Tambah kalau tang muka anak pompuan. Kalau boleh tak mau ada nyamuk hinggap tinggai parut sekoq pon!

Teringat masa Khayla kena chicken pox dulu. Punyalah teruk muka dan badan dia!

Hampa tengok sendiri dalam gambaq. Rash biji2 berair gatai ‘meghenyam’ yang besaq2 kat muka. Bukan sebijik dua, tapi berpuluh2 bijik yang besaq2 tu tau! ?

cara hilangkan parut campak di muka

Nampak kan betapa teruknya rash yang naik kat muka Khayla masa ni. Bukan kat muka ja tapi seluruh badan!

.

Masa tu seingat Ain, Khayla baru setahun 10 bulan. Budak besaq tu mana la tau apa. Nangeh, merengek dan garu2 ja la keja dia siang malam. Huhu… ?

Nak halang dia garu2?

Nonsense la kan…

Kita yang dah tua bangka kalau kena chicken pox pun tak tahan nak menggaru kot. Haha. ?

cara hilangkan parut campak di muka

Cara Hilangkan Parut Campak di Muka – rash dah kering.

.

Nasib baik masa tu Khayla suka sangat Herbal Blend. Instead of calamine lotion yang berbotol2 ambik dari klinik (pasai 2 orang chicken pox skali dengan Humaira), depa dua memang mintak sapu Herbal Blend ja everytime after mandi or bila perlu (contoh: lepas basuh berak).

Walaupun sehari dua ja Khayla meragam, then lepas tu happy macam biasa. Hati umi ni hari2 menangis nak ooiii.

Sayu sungguh tengok muka Khayla lubang2. ?

cara hilangkan parut campak di muka

Masa ni dia dah mula korek2 rash yang dah kering tu.

.

Tapi lama tu umi dah redha. Yang penting anak umi dah semakin sihat dan happy kan? ?

So lepas seminggu umi ambik la gambar Khayla. Masa tu tinggal parut berlubang dalam kat batang hidung antara mata tu ja macam dalam gambar ni (parut paling besar dan dalam). Tapi overall muka Khayla nampak much much much licin kan?

cara hilangkan parut campak di muka

Tadaaaaa! Gambar kanan tu lepas seminggu sapu Herbal Blend. Tak sangka boleh licin terus Alhamdulillah.

.

Selain sapu Herbal Blend, umi bagi Khayla Meal Shakes jgak masa tu. Sebab umi tau Meal Shakes ni lengkap dengan vitamin, mineral dan asid amino yang kulit Khayla perlu untuk ‘kambus’ balik.

Kalau ambik masa bertahun2 pun tak pa la kan Khayla. Kita cuba ja apa yang mampu.

.

Kenapa Herbal Blend dan Meal Shakes untuk budak-budak yang kena chicken pox?

.

Meal Shakes dihasilkan khas untuk kanak2 untuk menampung keperluan nutrisi mereka.

Waktu kanak2 la waktu paling ‘kritikal’ untuk pastikan mereka dapat nutrisi yang cukup. Nak plak budak macam Khayla ni, memilih makanan bukan main lagi. Ikut mana lagi nak dapat nutrisi kalau bukan dari makanan tambahan?

Dalam Meal Shakes dilengkapkan dengan kalsium, serat dan protein untuk memperbaiki tisu rosak dan membina sel-sel baru.

Harga retail satu tong Meal Shakes ialah RM120 (544 gram) sahaja, untuk khasiat lengkap. Boleh klik Meal Shakes untuk info lanjut.

Herbal Blend pula ialah krim serbaguna daripada sumber semulajadi sesuai untuk anak-anak dan bayi kulit mereka lebih nipis dan sensitif.

Krimnya yang pekat menyebabkan satu tiub boleh tahan lama atau boleh cover area kulit yang agak banyak.

Satu tiub cuma RM37.50 (4oz.) sahaja.

Sekarang, Alhamdulillah muka Khayla boleh dikatakan 98% licin tanpa parut. Parut berlubang tadi tu dah terkambus, kalau betul2 belek muka dia baru perasan.

cara hilangkan parut campak di muka

Cara Hilangkan Parut Campak di Muka – Inilah rupa Khayla latest at 4 years 4 months. Parut berlubang dulu dah ‘terkambus’ dan tinggal kesan brown je. Orang takkan percaya bila Ain kata muka Khayla pernah ada rash chicken pox yang teruk dulu.

.

Syukur Alhamdulillah.

Terima kasih Allah kerana mengizinkan segalanya.

Terima kasih Shaklee kerana memberi nilai tak terhingga untuk Khayla.

Walaupun hanya PARUT BERLUBANG…

Hei, anak perempuan kot! ?

Untuk rujukan perbezaan ruam chicken pox dan ruam bayi lain, boleh klik entri Pelbagai Jenis Ruam Bayi.

.

Klik gambar ini untuk konsultasi lanjut dan order.

5 Tips Penjagaan Kulit Bayi Agar Kekal Lembut

5 Tips Penjagaan Kulit Bayi Agar Kekal Lembut

teknik lekapan menyusu

Disebabkan kulit bayi adalah 5 kali lebih nipis daripada kulit orang dewasa, lebih perhatian diperlukan daripada memilih produk penjagaan bayi sehingga kepada memilih pakaian mereka.

Di sini, Ain kongsikan 5 tips penjagaan kulit bayi yang mudah untuk dipraktikkan oleh ibu bapa dan penjaga bayi.

.

TIDAK PERLU TERLALU KERAP MEMANDIKAN BAYI

.

Bayi kecil biasanya tidak terlalu kotor dengan mudah. Kerja mereka pun menyusu dan tidur sahaja. Selain untuk menukar lampin dan ‘kebocoran’ sebaiknya memandikan bayi apabila perlu sahaja.

Memandikan bayi terlalu kerap akan menghapuskan lapisan minyak semulajadi yang melindungi kulti lembut bayi. Ini juga boleh mengakibatkan kulit bayi menjadi terlalu.

Salah satu tips memilih mandian bayi ialah elakkan memilih yang terlalu wangi kerana dikhuatiri mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan kelembutan kulit si manja.

tips penjagaan kulit bayi

Tips penjagaan kulit bayi : Shakleebaby Gentle Wash bersifat hipoallergenik, pH seimbang dan diuji sensitivitinya. Dihasilkan daripada chamomile organik, lavender dan aloe vera yang menenangkan, mendamaikan dan merehatkan kulit bayi semasa mandi.

.

TENANGKAN BAYI DENGAN URUTAN LEMBUT

.

Mengurut bayi merupakan cara menyatakan kecintaan dan kasih sayang ibu kepada bayi anda. Dengan urutan juga, mampu meningkatkan imuniti bayi, merangsang tidur bayi yang lebih lena dan memperbaiki peredaran darah.

Bagaimana boleh mengurut bayi?

Urutlah dada dan perut bayi dengan sentuhan lembut sambil adanya eye contact dengan bayi anda. Kalau anda lebih gemar bercakap atau menyanyi semasa mengurut bayi, why not? Ini pun salah satu cara menguatkan ikatan kasih sayang anda dengan bayi!

tips penjagaan kulit bayi

Tips Penjagaan Kulit Bayi : “Minyak urut” Shakleebaby Massage Oil ini minyak terbaik untuk mengurut bayi pada bila-bila masa. Boleh juga digunakan untuk melembapkan kulit selepas mandi untuk sentuhan kasih sayang.

.

PASTIKAN KULIT BAYI ANDA KEKAL LEMBAP

.

Terutamanya jika bayi anda mempunyai masalah eczema yang teruk, sentiasalah menyapu pelembap yang sesuai untuk bayi anda.

Tips memilih pelembap untuk kulit bayi yang super sensitif – piihlah pelembap dari sumber semulajadi yang lembut dan tidak merengsakan.

tips penjagaan kulit bayi

Tips penjagaan kulit bayi : Secara semulajadinya, Shakleebaby Soothing Lotion ini sesuai untuk kulit bayi yang sensntif dengan chamomile organik, lavender, minyak rosemary, vanila, biji bunga matahari, dan shea butter yang mengekalkan kelembapan kulit.

.

CUCI PAKAIAN DAN YANG BERKAITAN DENGAN BAYI SEBELUM DIGUNAKAN

.

Baju yang baru dibeli, cadar, selimut bayi dan sebagainya seharusnya dicuci terlebih dahulu sebelum digunakan.

Jangan lupa asingkan daripada pakaian dan kain-kain yang lain untuk mengelakkan kontaminasi dan bahan iritan lain (contoh : habuk rokok, bulu haiwan)

Untuk memilih pencuci pakaian bayi pula, gunakanlah yang bebas bau dan pewarna.

Ingat. Kulit bayi jauh lebih nipis dan lebih sensitif dari kulit anda.

Tahukah anda, terdapat bahan kimia berbahaya yang berkemungkinan penyebab kanser di dalam kebanyakan produk penjagaan bayi (sabun, syampu, pelembap) ialah seperti paraben, 1,4-dioxane, phthalates, pewarna dan bau sintetik, sodium lauryl sulfate (SLS), bisphenol-A (BPA) dan formaldehydes. Sila pastikan anda TIDAK memilih produk penjagaan bayi yang mengandungi semua ini!

.

FIKIRKAN SEMULA, APA PRODUK PENJAGAAN BAYI YANG ANDA GUNAKAN?

.

Yang terbaik untuk bayi ialah yang memang diformulasikan khas untuk kegunaan bayi. Produk penjagaan khas untuk bayi ini biasanya bebas bau, bebas peluntur, tidak menyakitkan dan bebas bahan-bahan berbahaya.

Bagi ibu-ibu yang suka menyapu bedak pada bayi, berhati-hati kerana sekecil-kecil molekul bedak ini boleh masuk ke dalam sistem pernafasan bayi dan mengganggu fungsi paru-paru mereka.

tips penjagaan kulit bayi

Tips penjagaan kulit bayi : Set penjagaan bayi Shakleebaby- selamat, lembut dan organik. Bebas bahan berbahaya dan diuji secara klinikal. Klik gambar ini untuk promosi Beli 3@2 sepanjang April 2018 sahaja.

.

Pernah dengar tentang bayi berkomunikasi menggunakan bahasa mereka sendiri? Anda bolek klik Bahasa Dunstan untuk bacaan lanjut. 🙂

Cara Daftar Anak Sekolah Rendah

Cara Daftar Anak Sekolah Rendah

cara daftar anak sekolah rendah

Tahun lepas kami dah daftarkan Humaira (anak pertama) ke sekolah rendah untuk tahun 2019.

Jadinya, tahun ni giliran untuk daftarkan si Khayla (anak kedua) pula untuk masuk sekolah rendah tahun 2020.

Kalau parents yang ada anak 4-5 tahun (lahir tahun 2012 dan 2013), dah kena get ready dan alert time bila dah boleh daftar anak sekolah rendah ni.

Nak daftar ni bukan lagi sebulan nak start sekolah rendah baru nak register tau.

Bukan macam masuk tadika. Hihihi…

Cara ini boleh digunakan untuk pendaftaran sekolah rendah seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan info yang Ain jumpa online).

Apa kriteria untuk daftar anak sekolah rendah tahun 2019/2020?

  1. anak lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013 (untuk persekolahan tahun 2019)
  2. lahir pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014 (untuk persekolahan tahun 2020)

.

Cara Daftar Anak Sekolah Rendah Secara Online

.

1# Layari laman web www.public.moe.gov.my untuk pendaftaran secara online.

Pengguna sedia ada (macam Ain pernah daftarkan Humaira tahun lepas), anda boleh terus ‘Daftar Masuk’ menggunakan nombor kad pengenalan anda.

Kalau tak ada akaun lagi, anda bolehlah klik pada ‘Pengguna Baru’ dan follow je step-step simple untuk sign up (rujuk gambar di bawah).

2# Klik ‘Sistem Pendaftaran Murid Tahun 1’.

3# Seterusnya klik ‘Permohonan Baru’

4# Semakan Semula

Selesai memasukkan butiran, anda akan di’log out‘ secara automatik.

Login semula.

Dan kali ini klik pada ‘Semakan Permohonan’ untuk memastikan nama anak anda berjaya didaftarkan.

Seterusnya, anda bolehlah berurusan dengan pihak pentadbiran sekolah yang ingin dipohon itu.

Macam tahun lepas masa nak daftarkan Humaira, pihak sekolah mintak beberapa salinan sijil lahir, kad pengenalan kami.

Lagi satu, boleh cuba Semakan Semula tadi lepas beberapa hari untuk print out 2 jenis borang (maklumat anak dan maklumat kesihatan).

Ini pun perlu diberi pada pihak sekolah yang ingin dipohon tu.

Itu sahaja.

Selamat mendaftar anak-anak ya parents semua. =)

6 Petua Hilangkan Batuk dan Selesema Bayi

6 Petua Hilangkan Batuk dan Selesema Bayi

petua hilangkan batuk dan selesema bayi

Runsing mak bapak kalau ada bayi atau anak kecil yang sedang batuk dan selesema kan? Ain faham sangat sebab Ain ada tiga orang anak kecil.

Batuk dan selesema ni, bukan sesuatu yang asing dalam masyarakat kita. Malah di mana-mana pun.

Sebab jangkitan virus atau kuman yang menyebabkan batuk dan selesema ni ada di mana-mana dan mudah berjangkit (melalui udara).

Jadi, apa kata kali ni Ain share petua hilangkan batuk dan selesema yang Ain sendiri amalkan untuk anak-anak Ain.

.

1# Mandikan Anak Dengan Air Suam

Pagi-pag bangun tidur ialah masa batuk anak kecil menjadi-jadi, selain dari waktu malam semasa tidur. Ini terjadi kerana sudah berjam-jam lamanya anak tidur menjadikan pergerakan kahak dalam salur pernafasan terhenti.

Tindakan refleks badan kita untuk batuk supaya dapat mengeluarkan kahak yang tersekat ini.

Sebab itulah, memandikan anak dengan air suam sedikit sebanyak membantu melegakan batuk dan selesema mereka.

.

2# Bersihkan Hidung Anak Dengan Sterimar

Sterimar ialah sejenis spray hidung yang diperbuat dari air laut semulajadi untuk membantu bayi membersihkan hidung.

Cuma pegang bayi dengan kepala ditinggikan sedikit dan tekan Sterimar untuk spray sekali ke dalam hidung kanan dan sekali ke dalam hidung kiri.

Ya, anak anda akan nampak seperti kelemasan dan kemudiannya akan menangis.

Seterusnya, anda bolehlah melakukan ‘percussion‘ untuk melonggarkan kahak.

3# Percussion

Untuk percussion, buatkan tangan berbentuk seperti cawan dan tepuk-tepuk di belakang badan bayi dan anak kecil.

Elakkan bahagian tulang belakang. Sebaiknya tepuk di bahagian sisi kanan dan kiri bayi.

Tindakan ini membantu melonggarkan kahak di dalam salur pernafasan supaya lebih mudah dikeluarkan.

Kedudukan bayi pula seeloknya direndahkan sedikit kepala untuk membantu kahak mengalir keluar (mengikut tarikan graviti).

Lakukan percussion kira-kira 10 minit (bayi dan anak kecil of course menangis teresak-esak dan meronta-ronta, tapi ini adalah demi kebaikan mereka).

.

4# Ubat Titik Hidung

Iliadin ialah ubat titik hidung yang selamat untuk bayi seawal selepas bersalin. Mengandungi bahan yang dipanggil oxymethazoline, Iliadin membantu mengeringkan hingus di dalam hidung.

Didatangkan dengan beberapa kekuatan kepekatan, untuk bayi anda pilihlah yang berkepekatan 0.01%.

Selepas hidung dibersihkan, bolehlah ibu-ibu letakkan ubat titik ini. Setitik ke dalam setiap hidung sekali atau dua kali sehari (bergantung kepada saranan doktor yang merawat bayi dan anak anda).

Gunakan Iliadin cuma untuk tempoh masa 5-7 hari sahaja untuk mengelakkan kesan sampingan lain (Sebaiknya dapatkan nasihat doktor ya).

.

5# Sapukan Minyak Herba

Ada yang memilih minyak herba, ada yang memilih Vicks untuk bayi dan sebagainya.

Terpulang kepada masing-masing.

.

6# Cara Tradisional

Kalau tanya orang tua-tua, ada macam-macam cara yang meraka gunakan.

Yang Ain pernah cuba sendiri ialah seperti steps di bawah:

  • bakar beberapa ulas bawang putih sehingga hangus, kupas kulitnya kemudian tumbuk (tak payah halus pun tak pa)
  • then masukkan ke dalam air panas
  • biarkan bayi dan anak kecil bernafas wap dari air panas yang mengandungi bawang putih tadi
  • buat 10 minit macam tu
  • Alhamdulillah lepas tu kahak keluar banyak jugak!

Untuk kanak-kanak yang lebih besar (dari tadika dan ke atas), boleh juga cuba bagi mereka ‘ubat batuk’ tradisional. Cara Ain ialah sesudu kecil kicap dan sesudud kecil lemon/limau nipis. Suruh anak telan macam ubat batuk. Hehe…

.

Apa Nak Buat Kalau Masih Tak Lega Walaupun Dah Cuba Semua Petua Hilangkan Batuk dan Selesema Bayi Ini?

Pergi klinik untuk dapatkan assessment doktor ya.

Especially kalau bayi dan anak kecil ada tanda-tanda di bawah:

  • nafas laju dan berbunyi
  • kurang aktif dari biasa
  • demam tinggi lebih tiga hari
  • bayi dan anak kecil kurang makan yang sangat ketara

.

Ok, sekian saja sharing Ain hari ni. Semoga bermanfaat untuk parents yang ada anak kecil. =)

10 Jenis Najis Bayi : Tak Semuanya Abnormal

10 Jenis Najis Bayi : Tak Semuanya Abnormal

najis bayi

First-time-parents‘ kebiasaanya terkejut dengan najis bayi yang berwarna kehitaman sebaik dilahirkan.

Kemudiannya, akan tertanya-tanya kenapa seketika najis bayi berwarna kuning, esoknya pula berwarna hijau?

Kadang-kala kita sendiri confused adakah najis sebegitu normal sahaja atau pun tidak.

Hakikatnya, warna dan konsistensi najis bayi boleh berubah-ubah mengikut usia dan apa yang dimakan oleh bayi.

.

1# Mekonium

.

Mekonium ialah najis pertama bayi sebaik dilahirkan.

Ciri-ciri mekonium ialah ianya berwarna hijau kehitaman, berkilat dan melekit. Mekonium terdiri daripada air ketuban, sel kulit, lendir dan apa sahaja yang ditelan bayi ketika masih di dalam kandungan.

Ianya tidak berbau busuk. Biasanya ibu-ibu tak perasan pun bila patut tukar pampers bayi.

Jadi, kalau bayi menangis tu, salah satunya cuba check pampers bayi. Kot-kot tak selesa dek dah melabur.

.

2# Najis Bayi Menyusu Secara Eksklusif

.

Bayi-bayi ini, najis mereka berwarna kekuningan atau sedikit kehijauan.

Konsistensi najis mereka pula seperti krim.

Kadang-kala kehadiran seperti ‘biji-biji’ bersama najis bayi ini mengelirukan ibu bapa. Tapi ini adalah normal ya.

Ada juga ibu bapa keliru samada bayi cirit atau tidak kerana jenis najis bayi ini agak cair.

Sekali-sekala, ada juga bayi yang menyusus secara eksklusif mempunyai najis berwarna hijau seperti rumput.

Ini adalah normal tetapi menunjukkan kemungkinan bayi mendapat lebih foremilk berbanding hindmilk.

Apa yang boleh ibu lakukan ialah biarkan bayi menyusu sehingga dilepaskan sendiri.

Lagi lama bayi menyusu, lagi banyak bayi mendapat hindmilk.

Baca juga perbezaan antara kolostrum, foremilk dan hindmilk.

.

3# Najis Bayi Yang Diberi Susu Formula

.

Mereka ini pula mempunyai najis yang lebih pekat menyerupai pasta atau peanut butter, berbanding semasa menyusu secara eksklusif.

Dan najis mereka juga lebih busuk (apabila mula diberi makan, akan lebih busuk lagi) menjadikan ibu bapa mudah mengesan sekiranya perlu menukar lampin.

.

4# Najis Bayi Yang Diberi Makanan Kaya Zat Besi

.

Jika dah bagi bayi makan makanan kaya zat besi (contoh: bayam), najis bayi akan jadi hijau gelap kehitaman.

Sama macam kalau mak-mak mengandung ambil zat besi untuk naikkan Hb (anemia), najis pun berwarna gelap kan?

Kalau anda tak pernah bagi makanan kaya zat besi pada bayi, segeralah berjumpa doktor untuk pastikan yang ianya bukan disebabkan pendarahan!

.

5# Najis Bayi Yang Sudah Diberi Makanan Pejal

.

Seperti yang telah dinyatakan, najis bayi aini lebih pejal, lebih perang dan lebih busuk.

najis bayi

Maaf jika gambar ini menimbulkan rasa kurang senang. Sekadar berkongsi dan untuk rujukan parents sahaja.

.

6# Najis Bayi Dengan Makanan Yang Tidak Dicerna Dengan Baik

.

Kadang-kala, akan terdapat cebisan makanan yang tidak dicerna dengan baik bersama najis bayi.

Contoh paling kerap ialah lobak merah.

Selalunya ini terjadi apabila bayi tidak mengunyah sehingga lumat di dalam mulut, ataupun mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak dalam satu-satu masa, kemudian terus menelannya.

.

7# Najis Cirit

.

Cirit, komposisi najis adalah lebih air (boleh jadi air semuanya) dan jauh lebih cair.

Kebiasaannya cirit disebabkan jangkitan atau alahan terhadap sesuatu makanan.

Awas jika bayi berterusan cirit-birit, mengalami dehidrasi (tidak/kurang aktif), demam tinggi atau najis juga mengandungi darah! Segeralah bawa ke hospital jika ini terjadi.

.

8# Najis Sembelit

.

Sembelit biasa terjadi jika diet bayi kurang air dan/atau serat. Bayi yang diberi susu formula juga kebanyakannya mengalami sembelit.

Semasa membuang, anda boleh nampak ‘kesusahan’ bayi untuk meneran. Najis juga lebih keras dan berketul-ketul.

Ada juga bayi menangis semasa membuang air besar. Dan ada juga yang najis disertai darah kerana lubang anus telah terluka dek najis yang keras.

9# Najis Berlendir

.

Sekiranya najis terdapat lendir, segeralah bawa berjumpa doktor untuk mengenalpasti samada jangkitan atau alahan.

.

10# Najis Berdarah

.

Apabila najis bayi berdarah, ia samada:

  1. berwarna merah terang – disebabkan alahan terhadap protein susu, sembelit atau jangkitan
  2. warna merah kehitaman – disebabkan samada bayi tertelan darah ibu semasa menyusu (contoh: ibu mengalami nipple crack dan berdarah), atau pendarahan dalam perut/usus bayi (segera bawa berjumpa doktor jika berterusan najis berdarah)

najis bayi

Maaf jika gambar ini menimbulkan rasa kurang senang. Sekadar untuk berkongsi dan rujukan parents sahaja.

Semoga bermanfaat untuk ibu bapa semua.

Berminat dengan Info Bayi dan Kanak-kanak lain? Klik link untuk teruskan membaca.

.

Sumber : Baby Center

Tercari-cari vitamin untuk menyokong penyusuan bayi anda?

Set Menyusu Shaklee menyediakan nutrisi lengkap yang diperlukan untuk kesihatan menyeluruh ibu, serta membantu perkembangan dan pertumbuhan bayi yang disusukan.

Klik segera untuk Ain bantu.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

9 Tips Tangani Anak Tak Nak Ke Tadika

9 Tips Tangani Anak Tak Nak Ke Tadika

anak tak nak tadika

Cerita anak tak nak ke tadika ni memang ‘biasa je’ untuk anak yang pertama kali menjejakkan kaki ke tadika.

Sebelum ke sekolah bukan main excited lagi mereka.

Nak beli beg Frozen la, buku Mickey Mouse la, alat tulis ada Upin Ipin la dan sebagainya.

Bila dah jejak kaki ke tadika, raut wajah mula berubah.

Bangun je mak bapak nak balik, terus menangis nak panjat mak bapak nak ikut balik rumah! Hahaha…

Ain sendiri ada pengalaman macam ni dengan anak pertama tahun lepas.

Tahun pertama bergelar ‘student’ cewah. Tahun ini dengan anak kedua pula.

Jadi, Ain nak share 9 tips yang mungkin mak bapak lain boleh apply juga.

.

9 Tips Tangani Anak Tak Nak Ke Sekolah

.

1. ‘Prepare’

.

Sebelum bermula sesi persekolahan lagi, keraplah bercerita tentang keadaan di tadika.

Akan ada kawan ramai nak belajar sama-sama.

Nanti akan belajar menulis, membaca dan mengira supaya pandai.

Boleh belajar beli makanan minuman di kantin sendiri. Dan lain-lain.

Biar anak-anak excited dan rasa tak sabar-sabar nak ke tadika.

Wujudkan mood yang positif untuk anak memulakan sesi tadika nanti.

anak tak nak tadika

.

2. Di Tempat Kejadian…

.

Bila dah sampai masa hantar anak ke tadika, kalau anak menangis, mak janganlah emo sama. Haha.

Bertenang…

Cuba buang jauh-jauh rasa malu kat orang lain sebab anak jerit-jerit nak balik tu.

Tebalkan je muka.

Benda normal je ni, anak masuk tadika first time menangis-nangis nak balik. Hihihi.

Lepas tu, jangan tunggu lama-lama.

Hantar anak dan tinggalkan sahaja dia bersama guru dan kawan-kawan.

Biarkan sahaja anak menangis.

Pasti akan diam selepas beberapa ketika.

Sekali lagi, hati mak kena kental ooii.

.

3. Ambil Anak Bila Sampai Masanya

.

Dengan environment yang baru, eloklah jangan dibiarkan anak ketakutan.

Ditengoknya kawan-kawan semua dah balik, tapi mak bapak dia tak sampai lagi.

Mestilah dia akan lebih takut untuk ke tadika esoknya.

Kalau boleh, buat anak anda boleh balik time yang sama dengan kawan-kawan yang lain.

Boleh kata “bai bai, jumpa esok.”

Kan dorang pun akan lebih excited nak ke tadika esoknya?

anak tak nak tadika

Mesti anak tak sabar nak pulang ke rumah, macam-macam nak cerita kat mak bapak.

.

4. Tanya Aktiviti Anak Di Tadika Setiap Hari

.

Ini untuk melatih anak bercerita dengan kita juga. Pasti ada je benda yang anak nak ceritakan.

Sebab benda baru bagi dia kan.

Mungkin dia nak mak bapak dia tahu dia dah pandai beli bihun sup.

Dia nak bagitahu juga yang cikgu bagi markah A bintang-bintang untuk dia.

Kadang tu anak nak cerita pasal kawan-kawan dia juga.

Jadilah pendengar yang baik, penyokong tegar anak-anak.

.

5. Buat Homework Sama-sama

.

Dengan buat homework sama-sama, dalam masa yang sama kita boleh uji prestasi mereka juga.

Kita juga boleh berikan dorongan dan pujian bila anak berjaya jawab dengan betul. Dan sebagainya.

Again, jadilah penyokong nombor satu mereka.

Mereka pun pasti akan merasakan yang tadika ialah sesuatu yang menyeronokkan sebab dapat belajar macam-macam.

anak tak nak tadika

.

Dan Apa Nak Buat Kalau Anak Berlanjutan Tak Nak Ke Sekolah Juga?

.

6.  Kalau Berlanjutan, Selidiki Punca & Cuba Selesaikan

.

Kalau dah berlanjutan sampai ke beberapa minggu, rasanya sudah sampai masa mak bapak cuba cari punca.

Normally, anak tak nak ke tadika ni untuk beberapa hari saja.

Contoh dari pengalaman Ain sendiri.

Anak pertama Ain menangis-nangis nak balik sepanjang minggu pertama saja.

Minggu kedua dan seterusnya dah ok.

Sampai tengah tahun tiba-tiba saja hari-hari bangun pagi menangis merayu tak nak ke sekolah.

Bila tanya cikgu dan cikgu selidik, rupa-rupanya ada sorang kawan di kelas dia suka cubit dia.

Alhamdulillah cikgu jalankan tugas dengan baik, nasihat budak tu elok-elok.

Esok lusa tu terus mood nak ke sekolah jadi macam biasa.

So kalau dah tahu punca, cuba selesaikan secepat mungkin.

.

Ok, ada 3 tips terakhir saja lagi…

.

7. Galakkan Anak Tidur Awal

.

Kanak-kanak berusia 5-6 tahun memerlukan waktu tidur kira-kira 10 jam sehari. Kalau tak cukup tidur memang tak cukup rehat lah mereka.

.

8. Kata-kata Semangat dan Positif Sebelum Tidur

.

Waktu sebelum tidur ialah waktu yang baik untuk mengaktifkan minda separa sedar kita.

“Esok adik bangun awal pagi”

“Esok adik bangun senyum dan terus mandi”

“Adik suka pergi tadika, nak jadi pandai, ada ramai kawan”

…dan lain-lain ikut kreativiti masing-masing.

Elakkan menggunakan perkataan negatif seperti ‘tak’.

Contohnya, “Esok bangun pagi TAK nangis kan?”. Sebaliknya tukar kepada macam contoh di atas, “esok adik bangun senyum kan?”. 🙂

Minda separa sedar kita ini umpama iceberg. Air kecil yang kita boleh lihat tu seperti minda sedar kita.

Yang punya besar dan kuat kat bawah tu lah minda separa sedar kita.

Ain pernah apply masa anak pertama dulu. Alhamdulillah menjadi. 🙂

anak tak nak tadika

.

9. Banyakkan Berdoa

.

Siapalah kita tanpa Allah Yang Maha Berkuasa? Hadirkan Allah dalam setiap saat kehidupan kita. Berdoalah yang baik-baik.

Antara yang boleh diamalkan ialah Surah As-Syura ayat 19 bermaksud :

“Ya Allah Yang Maha Lembut kepada hambaNya. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan Dialah Yang Maha Kuat Lagi Maha Berkuasa.”

Dan lagi satu Surah Ali Imran ayat 200 yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman. Bersabarah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetapkanlah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung.”

Boleh juga diamalkan zikir-zikir seperti Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Latiiff...

Sekian, silakan share jika anda rasa info ini bermanfaat. Terima kasih kerana berjaya baca sampai habis. 🙂

Petua Anak Demam Panas

Petua Anak Demam Panas

anak demam panas

Petua Anak Demam Panas | Bila anak demam panas, boleh buat kita sebagai parents tak lena tidur.

Tambah-tambah kalau anak kita tu ada sejarah pernah demam tarik (febrile fit) lagi tak tenang selagi demam masih tinggi.

Buat pulak anak pertama kita masih belum ada pengalaman, lagi haru.

Jadi apa yang boleh kita sebagai parents buat bila anak diserang demam tinggi?

.

(more…)