HFMD di Malaysia : Setakat Mana Kesedaran Anda?

HFMD di Malaysia : Setakat Mana Kesedaran Anda?

HFMD Malaysia | Saban hari semakin banyak sekolah dan pusat asuhan diarahkan untuk ditutup berikutan penularan penyakit HFMD di seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak.

Sehingga 19 Julai 2018, Dr. Noor Hisham Abdullah (Health Director-General) menyatakan sebanyak 33,425 kes HFMD dilaporkan. Dan berdasarkan berita pada 20 Julai 2018 juga, sejumlah 449 premis diarahkan untuk ditutup. Ini termasuklah 198 buah pusat asuhan kanak-kanak, 197 buah tadika dan 23 buah sekolah.

Berikutan peningkatan kes HFMD di Malaysia tahun ini, mendatangkan kebimbangan akan penyakit bawaan virus enterovirus ini.

Mari kita kenali dahulu apa itu HFMD.

.

hfmd malaysia

.

Apa Itu HFMD?

.

HFMD merupakan singkatan kepada hand-foot-mouth-disease (penyakit kaki tangan mulut), iaitu penyakit bawaan virus enterovirus yang sangat mudah berjangkit.

Jangkitan berlaku melalui sentuhan terus (direct) terhadap pesakit (cecair hidung, kulit dan lain-lain) ataupun secara tidak langsung (indirect) sentuhan terhadap barang-barang pesakit yang telah dijangkiti atau alatan lain yang tercemar dengan virus ini.

Penyakit ini sangat mudah berjangkit terutama di premis yang menempatkan ramai kanak-kanak seperti pusat asuhan, tadika dan sekolah-sekolah.

Sebagaimana nama penyakit ini, ruam lepuh (vesicles) yang muncul pada pesakit adalah pada bahagian kaki, tangan dan mulut. Bagi bayi dan kanak-kanak kecil, ruam lepuh juga boleh timbul di bahagian punggung dan private part mereka.

Selain itu, kanak-kanak yang dijangkiti juga mengalami simptom-simptom tidak spesifik berikut :

  • demam low grade
  • sakit tekak
  • sakit kepala
  • hilang selera makan
  • ulser pada tekak, mulut dan lidah
  • tidak aktif

.

Bahayakah Penyakit HFMD Ini?

.

Kebanyakan kes HFMD Malaysia akan sembuh dengan sendirinya.

Amat jarang sekali boleh mendatangkan komplikasi bahaya seperti radang otak dan jantung.

Yang menjadi cabaran ialah kerana penyakit ini sangat mudah berjangkit dan perlunya kuarantin yang ketat untuk mengelakkan penularan. Bayi dan kanak-kanak yang dijangkiti seharusnya dielakkan ke tempat-tempat awam sehingga betul-betul sembuh.

.

Nasihat Kepada Ibu Bapa dan Penjaga

.

1. Dapatkan nasihat daripada doktor dengan segera sekiranya mendapati tanda-tanda HFMD pada anak-anak.

2. Peka kepada sebarang perubahan tingkah laku anak-anak seperti kerengsaan dan senang mengantuk, tidak aktif.

3. Segera membawa anak-anak ke hospital sekiranya mereka tidak mahu makan dan minum, muntah berterusan, tidak aktif dan nampak keletihan.

4. Elakkan menghantar anak-anak ke pusat asuhan, tadika atau sekolah sekiranya terdapat kanak-kanak yang mengalami simptom-simptom di atas.

5. Sapu dan bersihkan hidung dan mulut anak dengan tisu dan segera buang tisu tersebut dengan sempurna.

6. Amalkan cucian tangan yang betul untuk menjaga kebersihan tangan (Baca 7 Langkah Cuci Tangan Yang Betul).

7. Sekiranya dijangkiti HFMD, kuarantin anak anda sebaiknya untuk mengelakkan jangkitan kepada kanak-kanak lain. Jangan pula sekolah ditutup, anda bawa anak anda yang dijangkiti shopping atau ke pasar malam.

.

hfmd malaysia

.

Rawatan HFMD

.

Seperti yang telah dinyatakan, HFMD ialah penyakit bawaan virus yang kebanyakannya akan sembuh dengan sendirinya.

Jadi, rawatan HFMD ialah lebih kepada melegakan simptom yang ada contohnya :

  • ubat demam jika kanak-kanak demam
  • gel sapuan untuk disapu pada ulser dalam mulut
  • syrup selesema untuk selesema, dan sebagainya

.

Salah satu tips melegakan lepuh di mulut kanak-kanak ialah menggunakan air garam bagi membilas mulut mereka, sekiranya anak-anak berupaya berkumur tanpa menelannya. Untuk ini, cuma ambil setengah sudu garam di larutkan ke dalam segelas air suam untuk dikumur.

.

hfmd malaysia

.

Sebagai penutup, kes HFMD yang semakin meningkat di Malaysia tahun ini memerlukan kerjasama dari semua pihak terutamanya ibu bapa dan penjaga. Utamakan kebersihan untuk manfaat bersama.

10 Game Kanak-kanak Yang Baik Untuk Perkembangan Otak

10 Game Kanak-kanak Yang Baik Untuk Perkembangan Otak

Game Kanak-kanak | Memikirkan kanak-kanak zaman moden yang banyak mengadap gajet, risau pun ada, runsing pun iya. Jika zaman kita 20-30 tahun lepas, petang-petang mesti keluar beraktiviti fizikal dan bermain dengan kawan-kawan di padang.

Galah panjang, lompat getah, batu selambut, congkak, kejar-kejar, polis-polis, teng-teng dan sebagainya – semua ini hanya tinggal kenangan.

Mungkin juga parents memikirkan bahaya membiarkan anak-anak bermain bebas dengan kawan-kawan sebab kes jenayah yang semakin meningkat berbanding zaman dahulu.

Sebenarnya, ada banyak jenis game kanak-kanak yang baik untuk perkembangan otak mereka, baik bermain di luar atau pun di dalam rumah.

Bermain adalah sesuatu yang ‘serius’ untuk anak-anak. Ianya membantu pembelajaran berkonsep, pemikiran kritikal, kreativiti, menyelesaikan masalah, kemahiran berbahasa, komunikasi dengan kawan-kawan dan banyak lagi.

Amat rugi jika membiarkan anak-anak membesar tanpa bermain dengan secukupnya, terutamanya bagi anak-anak berusia 2 hingga 5 tahun di mana otang sedang pesat berkembang.

Kali ini, Ain nak share 11 jenis permainan untuk anak-anak untuk membantu perkembangan otak secara sihat. Diharap dapat beri idea sedikit sebanyak untuk anda bermain bersama anak-anak.

.

10 Game Kanak-kanak Yang Harus Dicuba

.

1# Blok (2-4 tahun)

game kanak kanak

Berikan sahaja anak anda blok-blok pelbagai warna untuk disusun. Ini merangsang otak untuk mengenal pelbagai bentuk dan warna blok yang ada, menggalakkan pemikiran kreatif.

Bermula dengan blok se-simple kotak kecil, kepada yang lebih kompleks seperti Lego pelbagai bentuk.

.

2# Puzzles (2-8 tahun)

.

Bermain game jenis puzzle, membantu koordinasi, penyelesaian masalah dan kemahiran motor halus (fine motor skills).

Sebagai contoh puzzle atas papan, scrabble, sudoku dan teka silang kata macam dalam paper dulu-dulu tu.

.

3# Halangan Mencabar (2-5 tahun)

.

game kanak kanak

.

Juga dikenali sebagai ‘obstacle courses‘, anda cuma perlu kreatif menggunakan sumber-sumber yang ada di rumah untuk dijadikan game ini.

Contohnya macam dalam gambar di atas ini.

Gunakan barang-barang untuk membuatkan kanak-kanak melompat di atas papan-papan yang disusun, melalui gelung rotan/plastik, berjalan meniti kayu yang panjang dan lain-lain.

Kanak-kanak pasti sukakan permainan mencabar macam ni!

.

4# Permainan ‘Stacking‘ (2-4 tahun)

.game kanak kanak

.

Nampak je simple permainan dalam gambar di atas ni kan?

Padahal hakikatnya, sangat hebat membantu perkembangan otak anak-anak:

  • menggalakkan kemahiran motor halus
  • merangsang persepsi penglihatan
  • belajar tentang keseimbangan, susunan dan koordinasi
  • membantu kemahiran pre-math

.

Semasa bermain permainan ini jugalah kita boleh membantu anak-anak berfikir apabila kita boleh tanyakan soalan-soalan berkaitan:

“Lepas letak ini, boleh letak yang mana pulak?”

“Yang ni muat ke nak masuk dalam ni?”

“Kenapa adik rasa yang ni tak muat masuk?”

.

5# Permainan Buka Pita Pelekat (2-4 tahun)

.

Fokus semasa bermain merupakan kunci kepada perkembangan otak anak-anak.

Dalam permainan ini, tampalkan pita pelekat di mana-mana seperti pada buku, dinding dan lantai.

Arahkan anak anda untuk merasa pita itu, cuba korek keluar hujungnya dan keluarkan keseluruhan pita tersebut dari permukaan itu.

Pada masa inilah anak-anak sedang mengembangkan deria sentuhan, bunyi dan kepuasan apabila dapat mengeluarkan pita tersebut.

.

6# ‘Role Play‘ (2-6 tahun)

.

game kanak kanak

.

Acah-acah berangan macam puteri, main mak-mak, cikgu-cikgu dan sebagainya – permainan ‘role model‘ ini menggalakkan perkembangan kognitif dan sosial anak-anak.

Selain itu, game jenis ini juga membantu perkembangan kemahiran berbahasa, dan emosi. Ia juga menggalakkan kanak-kanak berimagnasi.

Dan inilah masa yang sesuai untuk anda bertanyakan soalan ‘OPEN-ended‘ untuk merangsang pemikiran anak-anak.

(Soalan ‘CLOSE-ended‘ ialah soalan dengan jawapan sama ada Ya atau Tidak sahaja).

7# Storytelling (6-12 tahun)

.

Berbanding mendengar cerita dari ibu bapa atau membaca sendiri dari buku, permainan bercerita memerlukan anak-anak fokus untuk jangka masa yang lebih panjang dan membantu menjana memori secara sihat.

Ini kerana mereka perlu mengingat jalan cerita dan watak-watak dalam cerita mereka.

Storytelling juga memperbaiki bahasa, vocabulary dan membantu membina keyakinan diri.

.

8# Phonic (6-12 tahun)

.

Game ini simple tapi menyeronokkan kerana ia menggalakkan anak-anak berfikir dengan cepat, membentuk komunikasi, memperbaiki kebolehan membuat keputusan dan membina keyakinan diri.

Caranya mudah sahaja. Arahkan anak anda membina satu ayat pendek di mana kata nama mestilah bermula dengan huruf atau bunyi yang sama seperti contoh di bawah:

Saya nak ke Kedai untuk membeli Kuih

Saya nak ke Surau untuk Sembahyang

Boleh juga bermain menyebut perkataan yang berakhir dengan bunyi yang sama seperti CAT, RAT, HAT dan sebagainya.

.

9# Permainan Memori (5-12 tahun)

.

game kanak kanak

.

Seperti namanya, permainan ini membantu memperbaiki memori, konsentrasi, menambahbaik fungsi kognitif, melatih memori dari penglihatan (visual memory) dan merangsang fokus dan perhatian.

Paling mudah, tunjukkan beberapa kad bergambar kepada anak anda. Kemudian, minta anak anda menyebut semula apa gambar yang masih diingat. Boleh beri 1 markah untuk setiap gambar untuk menjadikan permainan lebih menarik.

.

10# Matematik (5-12 tahun)

.

Untuk anak-anak yang sudah pandai mengira, permainan matematik membantu mengasah kebolehan mengira mereka.

Semasa dalam perjalanan di dalam kereta pun boleh main permainan ini.

Jadilah kreatif sama ada anda mahu anak mengira hasil tambah, tolak, darab atau bahagi, bergantung kepada kebolehan anak masing-masing.

.

game kanak kanak

.

Sekian 10 jenis game kanak-kanak yang boleh anda lakukan bersama anak-anak. Di samping kebaikan-kebaikan yang telah disebut, paling utama sebenarnya ialah bonding antara ibu bapa dan anak-anak anda. Sibuk bukan alasan untuk anda tidak meneman anak-anak bermain.

Jangan biarkan gajet merampas hubungan anda dengan anak-anak anda.

Baca entri Kesan Gajet Kepada Anak-anak Membimbangkan.

Kesan Bahaya Prosedur Ambil Air Tulang Belakang

Kesan Bahaya Prosedur Ambil Air Tulang Belakang

air tulang belakang

Betulkah prosedur  mengambil air tulang belakang lebih banyak mudhorat dari kebaikan? Ada yang kata boleh lumpuh, boleh mengganggu pertumbuhan, dan sebagainya.

Daripada mendengar mitos-mitos tentang ini, sebaiknya dapatkan maklumat yang betul sebelum membuat keputusanl. Kelewatan anda membuat keputusan atau menolak 100% prosedur ini boleh mengancam nyawa pesakit!

.

Apa Itu ‘Lumbar Puncture’?

.

Dalam bahasa perubatan, prosedur mengambil air tulang belakang dinamakan lumbar puncture.

Prosedur ini ialah adalah lebih kurang sama seperti prosedur epidural anaesthesia (bius separuh badan yang biasanya diberikan kepada ibu-ibu  dalam labor room bagi kes-kes tertentu), dan spinal anaesthesia (bius separuh badan di dalam dewan bedah untuk kes-kes tertentu).

Daripada prosedur ini, sedikit air tulang belakang diambil dengan memasukkan jarum halus ke dalam ruang di dalam tulang belakang di bahagian lumbar (tulang belakang bahagian pinggang).

Air ini ialah air yang mengelilingi otak dan saraf tunjang dalam tulang belakang untuk melindungi otak dan saraf tunjang dari kecederaan.

Oleh kerana itu, air tulang belakang ialah sampel yang sangat penting untuk mendiagnos penyakit-penyakit yang serius melibatkan otak dan sistem saraf. Otak ialah pusat kawalan seluruh badan kita kan?

Jadi, kelewatan atau kegagalan untuk mendiagnos penyakit-penyakit serius ini semestinya boleh merosakkan otak dan timbulnya komplikasi berkaitan penyakit tersebut, seperti lumpuh dan terencat pertumbuhan.’

.

air tulang belakang

Dalam posisi duduk atau baring mengiring, bahagian untuk disuntik dibersihkan dengan antiseptik. Jarum akan dimasukkan ke dalam bahagian (dikenalpasti sebelum dicucuk). Air tulang belakang akan diambil. Lumbar puncture memerlukan persetujuan bertandatangan sebelum dijalankan.

.

Kenapa Perlunya Ujian Air Tulang Belakang Diambil?

.

Lumbar puncture bukanlah suatu prosedur yang suka-suka hati dilakukan oleh pihak hospital.

Seperti yang telah diberitahu, air tulang belakang ialah sampel yang amat penting untuk mendiagnos penyakit-penyakit serius berkaitan otak dan saraf tunjang.

Doktor yang merawat membuat keputusan untuk menjalankan prosedur ini apabila mengesyaki penyakit-penyakit berkaitan otak dan saraf tunjang di bawah:

  • jangkitan otak atau selaput otak (meningitis / encephalitis / encephalomeningitis)
  • kanser otak
  • leukemia, lymphoma
  • keradangan pada salur darah otak (vasculitis)
  • beberapa penyakit autoimun seperti multiple sclerosis, neuromyelitis optica

.

Seterusnya, sampel yang diambil akan dihantar ke makmal dan amat penting untuk mengenalpasti sama ada pesakit menghidapi mana-mana penyakit yang telah disebutkan.

Ujian yang ‘rutin’ kebiasaannya mengambil masa kira-kira 48 jam untuk siap keputusannya. Manakala ujian yang lebih ‘special’ akan mengambil masa yang lebih lama.

.

air tulang belakang

Lumbar puncture boleh dijalankan dalam posisi duduk juga.

.

“Kalau Tak Nak Buat Macam Mana?”

.

Kalau anda berkeputusan untuk tidak bersetuju menjalankan prosedur ini, tidak dapatlah pihak hospital mendapat diagnosis yang tepat untuk masalah anda.

Sebagai contoh, anda disyaki mengalami jangkitan kuman di otak kerana tarik yang berulang-ulang untuk jangka masa yang panjang. Sekiranya lumbar puncture dijalankan, doktor dapat mengetahui antibiotik yang sesuai untuk membunuh kuman tersebut. Tak semua antibiotik berupaya membunuh semua jenis kuman ya. Dan ada juga jangkitan otak yang disebabkan oleh virus, yang mana memberi antibiotik adalah tidak berkesan.

Sebaliknya, jika lumbar puncture tidak dijalankan, jangkitan otak yang berterusan tadi boleh merosakkan otak dan mengakibatkan komplikasi-komplikasi lain seperti lumpuh anggota badan.

.

Kalau betul lumbar puncture boleh buat lumpuh, kenapa doktor suruh buat ya?

.

Nak Buat, Tapi Takut Dengan Risiko Lumbar Puncture?

.

Tuan-tuan dan puan-puan. Dalam dunia perubatan, mengambil sampel darah dan suntikan ubat tahan sakit sahaja sekalipun mempunyai risiko tersendiri. Begitu juga dengan prosedur lumbar puncture.

Disebabkan lumbar puncture ialah prosedur penting untuk mengenalpasti penyakit-penyakit serius, ianya akan dilakukan oleh doktor pakar. Jikalau dilakukan oleh doktor bukan sekalipun, ianya haruslah dipantau oleh yang pakar juga

Secara amnya, lumbar puncture ialah prosedur yang selamat. Namun juga membawa risiko-risiko seperti berikut :

  • sakit kepala selepas prosedur (sebanyak 25% pesakit mengalaminya, tetapi untuk sementara sahaja)
  • kebas di tempat cucuk yang mana ia hanyalah kesan sementara sahaja
  • pendarahan di tempat cucuk (sangat jarang berlaku)
  • gagal mendapatkan sampel

.

air tulang belakang

Lumbar puncture secara amnya selamat untuk dewasa dan juga bayi.

.

“Kenapa Ada Yang Lumpuh Selepas Menjalankan Lumbar Puncture, Ada Yang Sihat Sahaja?”

.

Telah diterangkan sebelum ini, air tulang belakang sangat penting untuk mendiagnos penyakit serius berkaitan otak dan saraf tunjan

Jika pesakit sememangnya mempunyai jangkitan otak misalnya, sama ada menjalankan lumbar puncture atau tidak tetap berisiko mengalami komplikasi lumpuh apabila jangkitan otak itu adalah pada tahap yang serius.

Bukan lumbar puncture yang menyebabkan pesakit lumpuh ya.

Untuk contoh lain, pesakit yang mengalami kanser otak juga boleh mengalami lumpuh anggota badan.

.

.

Kesimpulannya, dapatkan maklumat dan nasihat yang penuh dari doktor yang merawat anda, kerana doktor itulah yang paling mengetahui keadaan anda. Tidak salah untuk dapatkan ‘second opinion‘ tapi pastikan daripada yang pakar dalam bidang ini juga.

.

Sumber:

  1. Portal MyHealth
  2. MayoClinic
  3. MedicineNet
Cara Hilangkan Parut Chicken Pox Dengan Cepat

Cara Hilangkan Parut Chicken Pox Dengan Cepat

Entri ini ialah kisah pengalaman Ain sendiri berusaha hilangkan parut chicken pox dengan cepat. First time masa Khayla kena chicken pox yang agak teruk ruamnya. Boleh rujuk entri Parut Campak Anak Hilang Seawal Seminggu.

Kali ni plak kisah Zulaikha, puteri ketiga kami.

Bermula dengan demam low grade 2 hari diikuti kemunculan 3 biji vesicles di private area yang memusykilkan. Esoknya, baru nampak jelas nyata yang Achik mengalami chicken pox. Masa ni dah mula muncul vesicles di badan, leher, lengan dan peha dia.

Berbekalkan pengalaman masa jaga Humaira (Along) & Khayla (Angah), Ain buat yang sama untuk Zulaikha. Kecuali part-part rawatan tradisional yang biasa orang-orang tua sarankan buat – minum air kelapa, mandikan dengan daun semambu, tilam dialas dengan daun semambu untuk kurangkan gatal – Ain tak buat semua ni.

.

hilangkan parut chicken pox

Inilah ‘vesicle‘. Ruam timbul berisi cecair.

.

Apa Cara Ain Hilangkan Parut Chicken Pox Dengan Cepat?

.

Basic H

.

Pertamanya, Ain mandikan Achik dengan air bancuhan Basic H, untuk lebih cepat mengeringkan rash yang ada.

Ain campurkan beberapa titik Basic H sahaja ke dalam sebaldi air suam. Dan bilas seluruh badan Achik selesai sabun dan syampu. Achik suka!

Everytime dah settle sabun dan syampu dia sendiri akan mintak nak mandi ‘air sabun’. Basic H ni concentrated sangat. Letak beberapa titik saja pun dan boleh hasilkan buih yang banyak. Tu sebab budak suka haha!

Tak bahaya ke guna Basic H sebab Basic H ni kan kegunaannya untuk kebersihan rumah – mop lantai, sental toilet, walid guna untuk cuci kereta, etc?

Kalau tak ada info tentang Basic H memang Ain sendiri pun rasa macam nonsense! Haha!

Apa yan meyakinkan Ain ialah semua produk Shaklee dihasilkan dari sumber semulajadi, termasuklah yang untuk kebersihan rumah seperti Basic H ini.

Shaklee tidak pernah declare yang Basic H ialah untuk kegunaan ke atas kulit yang ada chicken pox. Tetapi adalah berdasarkan pengalaman kebanyakan pengguna Shaklee sendiri.

Personally, Ain rasa Basic H ni tak menghakis kulit langsung (sebab bebas bahan kimia). Walau sebanyak mana Basic H yang terkena kulit, tetap Ain tak rasa macam kulit terbakar apatah lagi mengelupas pedih-pedih. Langsung tak seperti pencuci toilet lain, even pencuci pakaian pun banyak yang boleh mengakibatkan allergic dermatitis (alahan kulit).

Jadi, kepada yang tidak yakin dengan Basic H, tidak disarankan menggunakannya ya. =)

Mungkin ada yang tak tahu, Shaklee juga mempunyai rangkaian produk ‘Healthy Home‘ lain iaitu:

  • Fresh Laundry Concentrate (sabun serbuk pencuci pakaian)
  • Soft Fabric Concentrate (pelembut, pewangi pakaian ala-ala ‘Softener’ tu)
  • Dish Wash Concentrate (sabun pencuci pinggan mangkuk)
  • Basic H (pencuci serbaguna, terutamanya kesan degil seperti kotoran oven, besi atas dapur memasak, dan lain-lain)

.

hilangkan parut chicken pox

Ruam di bahagian belakang badan. Penuh!

.

Herbal Blend

.

Masa Along & Angahnya chicken pox lagi, Ain memang sapukan Herbal Blend saja.

Nampakla kurang banyak gatalnya. Rash cepat kecut dan mostly tak tinggalkan parut yang lama.

Kecuali area tertutup seperti badan dan private part, akan tinggalkan parut yang ambil masa skit untuk hilang.

Yang paling Umi ni suka, muka Achik jadi licin balik!!!

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

.

hilangkan parut chicken pox

Paling sadis kalau parut kat muka banyak macam ni dan tak hilang. Anak perempuan ooiiii…

.

Sekarang kita tengok pula gambar before and after Achik. Tadaaaa!!!!

.

hilangkan parut chicken pox

Gambar kiri pada 1/7/19. Manakala gambar kanan pada 9/7/18. Syukur Alhamdulillah kulit Achik semakin licin, parut hilang satu per satu.

.

Jadi, parents yang nak cuba hilangkan parut chicken pox anak-anak (untuk sendiri pun boleh), jangan segan silu Whatsapp Ain.

Lagi cepat sapu, lagi mudah nak hilang parut tu. InsyaaAllah.

Baca juga entri Pelbagai Jenis Ruam Bayi Yang Buat Mak Pak Konfius.

Pelbagai Jenis Ruam Bayi Yang Buat Mak Pak Konfius

Pelbagai Jenis Ruam Bayi Yang Buat Mak Pak Konfius

Jadi mak-pak ni kadang konfius jgak bila anak naik ruam, orang ni kata demam campak. Orang nun plak kata campak sekam. Bila pi klinik plak doktor habaq ruam panas biasa ja. Dah mana tak pening kan?

Pulak tu, ada jenis ruam bayi yang tak berjangkit tak payah kuarantin pun tak pa.

Dan ada juga jenis mudah berjangkit dan perlu dikuarantin beberapa hari.

Kalau yang dihantar nursery plak ada yang taknak terima untuk jaga bimbangkan boleh berjangkit dengan budak-budak lain. Masa inilah perlunya surat pengesahan dari doktor la dan sebagainya.

Jadi, memandangkan si Achik (anak ketiga Ain) tengah dilanda chicken pox sekarang, mai sini Ain nak kongsi beberapa jenis ruam bayi.

.

1# Roseola infantum

.

jenis ruam bayi

Bayi dan kanak-kanak yang mempunyai ruam roseola infantum kelihatan sihat dan aktif. Ruam ini tidak berjangkit dan tidak membahayakan.

.

Jenis ‘campak’ ni tak berbahaya dan TIDAK berjangkit pun dengan orang lain. Puncanya ialah jangkitan virus terhadap bayi berusia di antara 9 hingga 12 bulan.

Kebiasaannya ibu bapa akan memberi sejarah bayi demam around 2-3 hari. Boleh ada simptom batuk, selesema, muntah atau cirit, yang penting ada demam.

Apabila demam surut ruam akan mula keluar seluruh badan, termasuk muka dan kaki tangan.

Walaupun ‘rupa’ ruam ini agak menakutkan kerana seluruh badan menjadi merah dek ruam halus-halus, bayi dan kanak-kanak pula kelihatan sihat dan aktif sahaja.

Ruam ini mostly tidak gatal (ada juga yang complaint anak menggaru kegatalan) dan akan hilang dengan sendirinya selepas 1-2 hari tanpa meninggalkan parut.

Keywordnya:

  • ruam naik lepas demam dah kebah
  • tidak membahayakan
  • dan tidak berjangkit
  • akan hilang dengan sendirinya dengan cepat tanpa meninggalkan parut
  • tak perlu kuarantin

.

2# Campak Sekam (Measles / Rubeola)

.

jenis ruam bayi

Measles ialah jangkitan virus yang membahayakan dan boleh membawa maut! Ketika ruam muncul, kanak-kanak mempunyai suhu badan yang tinggi. Ruam bermula dari kepala dan turun ke bawah.

.

Juga dipanggil campak halus, dalam bahasa perubatan pula disebut measles atau rubeola.

Measles ialah sejenis jangkitan virus yang membahayakan dan boleh membawa maut kerana komplikasi jangkitan bahayanya di telinga, salur pernafasan dan paru-paru, otak dan boleh mengakibatkan masalah jika menjangkiti ibu hamil.

Antara faktor risiko dijangkiti measles ialah bayi dan kanak-kanak yang tidak mendapat vaksin atau berkunjung ke luar negara yang tinggi kes ini.

Bayi dan kanak-kanak yang mengalami measles mula jatuh sakit dengan demam tinggi, batuk, selesema, mata kemerahan, tompok-tompok putih dalam mulut.

Ruam disebabkan measles adalah seperti berikut:

  • muncul semasa pesakit masih demam tinggi
  • bermula dari kepala kemudiannya turun ke bawah
  • ruamnya adalah kecil-kecil dan ada yang timbul sedikit
  • selepas beberapa hari, ruam akan hilang bermula dari kepala turun ke bawah (macam mana dia muncul, macam itu jugalah dia menghilangkan diri)

.

Mak-pak semua kena hati-hati. Sebabnya, sudahlah penyakit ni bahaya. BOLEH berjangkit plak tu!

Sebab itulah, suntikan vaksin bagi mencegah komplikasi teruk measle termasuk dalam suntikan wajib bagi bayi dan kanak-kanak pada usia 9 bulan, 12 bulan dan 7 tahun.

Tempoh boleh berjangkit ialah kira-kira 8 hari, iaitu dari 4 hari sebelum ruam muncul sehingga hari keempat selepas ruam ada. Waktu ini kanak-kanak dinasihatkan untuk dikuarantin untuk mengelak kanak-kanak lain dijangkiti.

.

3# Cacar Air (Chicken Pox)

.

jenis ruam bayi

Amat mudah mengenali ruam chickene pox – biji timbul yang mengandungi air, bermula dari badan dan merebak ke muka, tangan dan kaki. Gatal tau ruam chicken pox!

.

Haa, nindia yang Achik sedang alami sekarang.

Bermula dengan demam low-grade (kurang dari 38 Celcius), batuk, selesema atau sakit tekak beberapa hari.

Kemudiannya ruam akan mula keluar dari badan (tak kisah depan or belakang or private area), dan terus merebak ke muka, tangan dan kaki, Dari tengah ke luar gitu.

Ruamnya tengok pun boleh tahu dah itu ialah chicken pox.

  • biji timbul yang mengandungi air (vesicles)
  • saiz pelbagai : ada kecik, ada besar
  • kebanyakannya ‘berterabur’ seluruh badan (bukan berkumpul di satu-satu tempat)
  • gatal yang amat sepanjang hari
  • ruam yang telah ‘pecah’ jika tidak dijaga kebersihan dengan baik boleh mengakibatkan jangkitan kuman

.

Chicken pox sangat mudah berjangkit!

Seharusnya bayi dan kanak-kanak yang didagnos chicken pox dikuaratin. Elakkan membawa mereka ke tempat-tempat awam seperti pasar, shopping complex, tengok wayang dan sebagainya (walaupun mak-pak dapat cuti kuarantin hehe).

Tempoh boleh berjangkit ialah 48 jam sebelum ruam mula kelihatan, sehingga kesemua ruam telah kering dan berkeruping (crusted). Biasanya lebih kurang seminggu macam tu.

Akhir sekali, ruam yang telah kering dan berkeruping kebiasaanya boleh meninggalkan parut yang berkekalan.

Kalau jenis yang suka korek ruam kering sampai berlubang tu lagi dalam parutnya.

Selain itu, berita gembiranya ialah sangat jarang chicken pox mengakibatkan komplikasi membahayakan.

Dan pesakit yang pernah mengalami chicken pox juga akan mempunyai imuniti sepanjang hayat (sekali seumur hidup sahaja kita mengalami chicken pox).

.

4# Hand Foot Mouth Disease (HFMD)

.

jenis ruam bayi

HFMD – ruam seperti chicken pox tetapi tehad di tangan, kaki dan mulut sahaja.

.

Bayi dan kanak-kanak yang mengalami HFMD mempunyai ruam yang serupa dengan ruam chicken pox.

Cuma bezanya, ruam ini terhad di kawasan tangan, kami dan mulut sahaja.

Beberapa kes yang jarang berlaku, boleh terdapat ruam di private part juga.

HFMD juga sangat mudah berjangkit dan perlu dikuarantin sehingga semua ruam kering.

.

5# Kudis Buta (Scabies)

Satu lagi penyakit yang mempunyai vesicles seperti chicken pox ialah scabies.

Perbezaanya ialah seperti berikut:

  • pesakit tidak demam kerana ianya bukan disebabkan jangkitan, tetapi disebabkan kutu parasit yang bertelur di bawah kulit
  • ruam-ruam lebih banyak di kawasan yang gelap dan suam seperti celahan jemari, ketiak, leher dan pelipat kaki dan lutut
  • sangat gatal terutamanya pada waktu malam (tipikal untuk kudis buta)

.

Boleh rujuk entri sebelum ini bertajuk “Arghh Gatalnya Kudis Buta!” untuk info lanjut tentang penyakit ini.

.

Kesimpulannya, ada banyak lagi jenis ruam bayi yang lain.

Sebagai penutup, sekiranya bayi dan anak anda mengalami apa jenis ruam pun, dapatkan diagnosis yang betul supaya dapat dirawat dengan tepat.

Kalaupun anda mahu berkhtiar dengan suplemen sekalipun, juga memerlukan diagnosis yang betul. 🙂

.

Klik gambar ini untuk ikhtiar sihat dengan suplemen Shaklee.

Kesan Gajet Kepada Anak-anak Membimbangkan

Kesan Gajet Kepada Anak-anak Membimbangkan

Kepada ibu bapa yang terus menerus memberikan gajet kepada anak-anak, anda sebenarnya meletakkan amanah anda ini di dalam situasi yang membimbangkan!

Pendedahan anak-anak kecil kepada dunia gajet sememangnya tidak akan pernah membosankan anak-anak. Malah boleh membuatkan anak-anak ‘dengar kata dan duduk diam-diam’ di kala ibu bapa keletihan pulang dari kerja atau sedang membuat kerja.

Sedarkah anda, tindakan anda ini bukan sahaja akan memudaratkan kesihatan fizikal anak-anak, tetapi juga kesan gajet boleh mempengaruhi kesihatan mental mereka?

.

kesan gajet

“Telefon pintar memang pintar. Tetapi, pintarkah anda?” petikan dari iklan smart phone di televisyen.

.

Pada 18 Jun 2018, World Health Organization (WHO) secara rasminya telah memasukkan ‘Video Game Addiction‘ ke dalam senarai International Classification of Diseases (ICD) (Sumber dari laman web rasmi WHO).

ICD merupakan asas untuk mengenalpasti trend dan statistik kesihatan dari seluruh dunia, mengandungi lebih 55 000 kod unik bagi kecederaan, penyakit dan penyebab kematian. Dengan ICD lah, profesional kesihatan boleh berinteraksi, berkongsi maklumat kesihatan dengan seluruh dunia.

.

kesan gajet

Kini ‘Gaming Disorder‘ termasuk dalam senarai ICD, menunjukkan kesan gajet adalah masalah yang serius di seluruh dunia. (Sumber asal)

.

Untuk mendiagnos masalah Ketagihan Permainan Video ini memerlukan 3 kriteria ini:

  1. permainan video menjadi masalah apabila tiada kawalan ke atas kekerapan dan tempoh masa bermain
  2. video tidak berminat dengan perkara-perkara lain termasuk aktiviti harian selain bermain permainan video
  3. mengakibatkan kesan negatif seperti tidak menyiapkan kerja sekolah, tidak meluangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan, gangguan tidur dan sebagainya

.

Kesan Gajet Ke Atas Kesihatan Fizikal dan Mental

.

Computer Vision Syndrome”

.

Tindakan mengerdipkan mata (blinking) merupakan mekanisma semulajadi untuk membersih dan melembapkan mata.

Secara puratanya, kita akan mengerdipkan mata sebanyak 15 kali dalam seminit.

Apabila terlalu lama terdedah dengan gajet, disebabkan terlalu ‘ralit’ dan tidak mahu terlepas contohnya menonton kartun, anak-anak akan mengerdipkan mata pada kadar yang kurang daripada yang sepatutnya.

Berdasarkan kajian, mereka yang terdedah kepada gajet mengerdipkan mata kurang dari 5 kali dalam seminit.

Kurang blinking mengakibatkan mata menjadi kering dan iritasi mudah berlaku. Mulalah mata jadi merah, pedih dan anak-anak akan menggosok-gosok mata mereka yang akan terus merosakkan mata mereka lagi.

Selain itu. mata kita akan bekerja lebih keras apabila melihat gajet di tempat yang terlalu gelap atau terlalu terang. Ini kerana mata perlu adjust (samada constrict atau dilate anak mata) apabila pandangan berubah dari keadaan yang terlalu terang kepada gelap dan sebaliknya.

Jadi, mata menjadi cepat letih jika menghadap gajet untuk jangka masa yang panjang di tempat yang gelap (contoh : orang lain tidur tutup lampu, kita tengok gajet dalam selimut) atau terlalu terang (contoh : di luar rumah ketika cahaya matahari terik).

.

kesan gajet

Antara Kesan Gajet : Masalah kerosakan mata yang disebabkan oleh gajet kini dikenalpasti sebagai “Computer Vision Syndrome” di kalangan profesional kesihatan.

.

Lampu Biru

.

Kebanyakan gajet pada zaman ini menggunakan skrin LED berbanding LCD kerana 2 faktor ini:

  • menghasilkan gambar yang lebih jelas
  • menggunakan kuasa yang kurang berbanding skrin LCD

.

Walau bagaimanapun, skrin LED menghasilkan lebih cahaya biru berbanding LCD.

Oleh kerana ini, para optometrist percaya yang ianya boleh menyebabkan kecederaan kepada retina (lapisan dalam mata yang menerima imej dan menghantar ke otak untuk diproses), meningkatkan risiko masalah macular degeneration dan katarak di kemudian hari.

Dan, cahaya biru ini juga berupaya mengganggu kitar biologi manusia dan mengganggu waktu tidur. Sebab itulah anak-anak yang diberi gajet sebelum waktu tidur lebih sukar melelapkan mata dan lebih memilih untuk terus menghadap gajet daripada tidur.

.

Kesan ke Atas Tingkah Laku dan Fokus

.

kesan gajet

Reset Your Child’s Brain. A Four-Week Plan To End Meltdowns, Raise Grades, and Boost Social Skills by Reversing the Effects of Electronic Screen-Time“, hasll tulisan Victoria Dunckley, MD, seorang pakar psikologi kanak-kanak.

.

Di dalam buku di atas, Victoria Dunckley, MD, menyatakan, pendedahan kepada gajet yang berlebihan mengakibatkan fungsi otak terganggu. Ini boleh mengganggu pertumbuhan kanak-kanak!

Dikatakan, screen-time bertindak sebagai perangsang psikologi (psychostimulant) yang sama seperti kafein, amphetamine dan kokain. Kesemua ini menghasilkan rangsangan berlebihan terhadap sistem saraf menyebabkan kesan-kesan yang tidak baik selain ketagihan (Baca entri 7 Cara Atasi Stress Secara Sihat):

  • gangguan tidur
  • perubahan mood
  • masalah fokus dan konsentrasi
  • fungsi intelektual terbatas

.

Di dalam kajian baru-baru ini, membandingkan aktiviti dalam otak kanak-kanak yang membaca dan menghadap gajet (televisyen, komputer, telefon).

Para pengkaji menggunakan MRI untuk mengesan corak perhubungan yang ada di dalam otak mereka. Didapati bahawa perhubungan dalam otak kanak-kanak yang membaca meningkat. Manakala di dalam otak kanak-kanak yang menghadap gajet, perhubungan dalam otak berkurang dengan bertambahnya masa menghadap gajet itu.

Kesimpulan dari kajian ini ialah menggalakkan kanak-kanak membaca untuk menyokong kesihatan dan fungsi otak, di samping mengehadkan pendedahan kepada gajet.

.

kesan gajet

Kanak-kanak gajet kurang berinteraksi dengan orang lain, menyebabkan mereka tidak pandai meluahkan emosi, menguruskan kemarahan dan lebih agresif. Adakah ini yang anda mahukan untuk anak-anak anda?

.

Jadi, Apa Tindakan Anda Sebagai Ibu Bapa dan Penjaga Kanak-kanak?

.

Kerana anak-anak ialah pelapis harapan bangsa dan negara, kesihatan fizikal dan mental mereka sedari kecil amatlah penting.

Zaman kanak-kanak tidak boleh dipatah balik. Jangan menyesal di kemudian hari ya ibu bapa sekalian (pesan untuk diri sendiri juga ni).

Antara tindakan yang boleh anda lakukan ialah seperti berikut:

  • mengehadkan screen-time – disarankan kurang dari sejam sehari bagi anak kecil, dan kurang dari 2 jam sehari bagi kanak-kanak sekolah. Gajet bukan smart phone dan tablet sahaja ya, tetapi juga televisyen dan komputer.
  • menggalakkan anak-anak bermain di luar seperti berlari di padang, bermain di playground di mana mereka lebih aktif dan berinteraksi dengan kanak-kanak lain
  • elakkan memberi gajet kepada kanak-kanak jika anda seorang babysitter, sebaliknya cuba alihkan perhatian kanak-kanak dengan permainan lain (masak-masak, robot dan lain-lain)
  • pastikan kanak-kanak dapat tidur yang cukup
  • pantau jarak mata anak-anak dengan gajet (jika diberikan kepada anak-anak) sebaik-baiknya lebih dari 20 inci dari gajet
  • mengelak menggunakan gajet di tempat gelap atau terlalu terang

.

Berhati-hati jika anda cuba untuk mengehadkan penggunaan gajet tetapi anak anda bertindak agresif!

Bawalah segera mereka berjumpa yang lebih pakar – doktor kanak-kanak. kaunselor sekolah atau pakar psikologi kanak-kanak – untuk tindakan selanjutnya. Better late than never kan?

.

kesan gajet

Bahagia melihat kanak-kanak bahagia dengan senyuman dan sihat bermain. 🙂

.

Sumber:

Krim Untuk Ruam Bayi Yang Anda Cari

Krim Untuk Ruam Bayi Yang Anda Cari

jenis ruam bayi

Kulit bayi yang baru dilahirkan sangat nipis berbanding kulit orang dewasa. Tidak hairanlah kenapa sesetengah krim boleh menyebabkan kulit bayi kemerahan dan naik ruam sebagai tindak balas alergi kulit.

Dan sebab itu juga lah kulit bayi sangat mudah dinaiki ruam – ruam panas, ruam susu dan sebagainya.

Jadi, krim untuk ruam bayi yang paling sesuai semestinya diperbuat daripada sumber semulajadi contohnya krim Herbal Blend.

Herbal Blend diperbuat daripada ekstrak semulajadi herba yang menyamankan, termasuklah sage, rosemary, horse chestnut dan yarrow.

Mari kita baca beberapa feedback puas hati pengguna yang menyapu krim Herbal Blend untuk bayi mereka.

.

Ruam Bayi Hilang Seawal Sapuan Pada Hari Pertama

krim untuk ruam bayi

“Kulit anak saya Alhamdulillah. Hari first pakai pagi tu dah nampak kesan dia.”

.

Ruam Biji-biji Kat Muka Bayi Dah Takde

krim untuk ruam bayi

“Syue tengok pipi Hawa. Baru guna berapa kali ja dah takde biji-biji nanah tu. Aku recommend dekat kak aku. Alhamdulillah.”

.

.

.

Ruam Lampin Hilang Dalam 2 Hari, Chicken Pox Kering Dalam 3 Hari Tak Tinggalkan Parut Pun

krim untuk ruam bayi

“Kulit anak saya mudah alami alahan. Getah tepi lampin pakai buang pun boleh jadi punca. Masa saya first time guna alergik anak dah kronik juga. Bawa gi klinik ubat sapu doktor bagi tak berkesan. Saya guna Herbal Blend dalam masa 2 hari dah kering. Masa anak kena chicken pox sapu Herbal Blend, 3 hari chicken pox dah kering dan tak tinggalkan parut pun. Sampai sekali jadi losyen diorang.”

.

Krim Untuk Ruam Bayi Yang Serasi

krim untuk ruam bayi

Baby serasi sangat dengan cream ni. Mula-mula dulu pakai ubat farmasi tapi tak jadi. Sekarang pakai yang ni je untuk dia. Dia mudah ruam. Sekarang kan musim panas cepat naik gatal-gatal biji-biji merah-merah. Hari tu naik teruk dekat peha sebab pampers. Sapu sekarang dah kurang. Mandi pun tak leh pakai sabun sembarangan. Gatal.

.

Ruam Bayi Makin Hilang

krim untuk ruam bayi

“Yup, dalam sehari dah makin kurang. Especially ruam kat pipi sebab baby saya suka main air liur. So dia kerap naik ruam kat dagu dan pipi. Letak Herbal Blend cream pagi ni, esoknya tengok dah makin hilang.”

.

krim untuk ruam bayi

Ruam di leher baby sudah kering dan baik selepas 3 hari sapu Herbal Blend cream.

.

Apa lagi kegunaan Herbal Blend selain untuk ruam bayi? Boleh terjah entri Koleksi Testimoni Herbal Blend Shaklee.

Untuk order dan pertanyaan lanjut, klik Whatsapp Ain segera.

Anak Sakit Kaki – Apa Itu “Growing Pain”?

Anak Sakit Kaki – Apa Itu “Growing Pain”?

anak sakit kakik

Sejak setahun yang lepas, Humaira on off mengadu sakit kaki. Biasanya masa sakit kaki tu ialah masa nak tidur dan jarang-jarang lepas balik dari sekolah (tengah hari). Sekali dua mengadu sakit kaki, mungkin tiada apa yang nak dirisaukan. Tapi kalau 4-5 kali dalam seminggu apa cerita?

.

Apa Itu “Growing Pain“?

Growing pain” ialah rasa sakit kekejangan (crampy) kedua-dua kaki yang kebiasaannya dialami oleh kanak-kanak tadika atau sekolah rendah. Kesakitan ini terjadi pada lewat tengah hari atau petang. Dan kadang kala anak boleh terjaga dari tidur dan mengangis kesakitan.

Golongan kanak-kanak yang biasanya diserang sakit ini berusia antara 3 hingga 4 tahun, dan boleh terjadi semula apabila mereka menginjak usia 8 hingga 12 tahun.

Kanak-kanak yang berbeza mengalami tahap kesakitan yang berbeza. Ada anak yang tidak langsung mengalami sakit kaki. Manakala ada yang mengalami sakit yang teramat sangat dan ada juga yang kesakitan sikit-sikit sahaja.

Walaupun nama diberi ‘growing‘, tetapi tiada bukti kukuh yang menunjukkan sakit kaki ini disebabkan oleh tumbesaran kanak-kanak itu sendiri.

Berdasarkan fakta, adalah lebih dipercayai bahawa kanak-kanak mengalami sakit kaki selepas aktiviti fizikal yang berlebihan daripada biasa. Sebagai contoh selepas pulang dari hari sukan tadika.

Ibu bapa jangan terlalu cepat menuduh anak menipu apabila di sebelah pagi mereka sudah tidak mengadu sakit kaki lagi. Kerana growing pain akan hilang dengan sendirinya sebaik menjelang pagi.

Tidak perlu bimbang juga kalau-kalau anak anda tidak boleh menyertai sukan sekolah atau apa-apa aktiviti fizikal, kerana ianya tidak akan mengganggu kanak-kanak untuk aktif.

Secara amnya, kanak-kanak yang mengalami growing pain mengadu sakit di bahagian betis, bahagian hadapan peha, dan di pelipat lutut.

Kajian mendapati, kanak-kanak yang mengalami growing pain lebih sensitif terhadap sesuatu kesakitan, lebih cenderung untuk sakit kepala dan sakit perut.

anak sakit kaki

.

Bahaya Ke Kalau Selalu Anak Sakit Kaki Macam Ni?

.

Bawalah anak anda berjumpa doktor untuk mengenalpasti sakit kaki itu bukannya disebabkan penyakit yang lebih serius.

Terutamanya jika anak anda juga mempunyai simptom-simptom dan/atau sejarah berikut:

  • pernah mengalami trauma fizikal seperti terjatuh
  • demam
  • hilang selera makan
  • turun berat badan yang membimbangkan
  • jalan terhinjut-hinjut atau susah untuk berjalan secara tiba-tiba
  • ruam
  • masalah sendi : bengkak, sakit, suam dan kemerahan
  • terlalu keletihan

Pemeriksaan fizikal, ujian darah (jika perlu) dan xray (jika perlu) kanak-kanak yang hanya mengalami growing pain (bukannya sesuatu yang lebih serius) adalah normal.

anak sakit kaki

.

So, Apa Nak Buat Kalau Anak Ada Growing Pain Ni?

.

Salah satunya urutan kaki yang membantu mengurangkan kesakitan dan memberi kelegaan.

Antara lain, boleh juga letakkan tuala suam atau warm pack di kaki yang tengah sakit itu.

Untuk anak yang lebih besar dan boleh diajar untuk bersenam, ajarkan mereka senaman regangan kaki.

.

Nak berikhtiar dengan suplemen kanak-kanak Meal Shakes & Vitalea for Children, sila klik gambar ini untuk konsultasi lanjut.

Anak Picky Eater – Apa Tindakan Anda?

Anak Picky Eater – Apa Tindakan Anda?

anak picky eater

“Anak saya ni apa pun tak mau makan. Nak minum susu botol je. Sehari sampai 4-5 botol minum. Nasi pun 2-3 suap je pastu tak nak dah.”

“Saya dah cuba bagi anak macam-macam tapi semua diluahkan semula. Dia tak nak makan lah doktor. Apa perlu saya buat ya?”

Demikianlah dilema ibu-ibu atau bapa-bapa dengan kerenah anak-anak yang picky eater. Bukan main memilih makanan – yang merapu macam biskut, coklat, jajan dan aiskrim bukan main laju lagi. Tapi kalau nasi berlauk pandang pun tak mahu.

Jangan cepat mengeluh ibu bapa sekalian. Pertama kita cari dulu apa punca anak picky eater.

Berdasarkan kajian, kebanyakan punca anak-anak makan memilih ialah ibu bapa sendiri!

Wah, macam mana pulak tu kan?

Sejak kecil lagi, ibu bapa lah yang pertama-tamanya memperkenalkan makanan dan minuman kepada anak-anak. Membesarkan anak ini, memerlukan ilmu sepanjang hayat. Ada kalanya kita rasa buntu tak tahu apa nak buat untuk kebaikan anak-anak. Macam tu juga dengan pemakanan anak-anak.

Anak-anak TIDAK PERNAH terus tahu jenis-jenis makanan dan minuman yang ada, sehinggalah anda memperkenalkannya.

Mari kita tengok satu-persatu apa ‘kesalahan‘ kita sebagai ibu bapa yang menyebabkan anak jadi seorang picky eater.

.

1# Kita Sendiri Adalah Contoh Tak Baik Untuk Anak-anak

Anak-anak ibarat kain putih yang bersih tanpa kekotoran dan apa-apa warna. Kitalah yang mencorakkan kain putih ini.

Kalau di mulut suruh anak makan itu ini, tapi di ‘belakang tabir’ kita sendiri makan fast food, minum air bergas dan sebagainya, dah macam mana tu?

Pulak tu, buatnya anak-anak ternampak plastik atau kotak fast food, ditanya pula mana untuk mereka?

Jadi, untuk mengubah tabiat pemakanan anak-anak, kita kenalah ubah dulu diri kita

sendiri. Jadilah contoh yang baik untuk anak-anak.

Sebab itu dikatakan, punca penyakit ‘keturunan’ (contoh kencing manis, darah tinggi) ialah apa yang diperturunkan kepada anak-anak (cara pemakanan dan gaya hidup tak sihat). Mak ayah suka makan manis, anak-anak pun turut sama makan minum manis berlebihan. Macam mana la tak ‘mewarisi’ penyakit kencing manis tu.

So, nak anak anda tak makan memilih, anda sendiri perlu mengubah diri untuk makan semua benda berkhasiat. Tak nak anak-anak anda suka makan fast food yang boleh memudaratkan, elakkan diri sendiri suka makan fast food juga. Gitewww…

Fikirkan semua. Perubahan yang bakal anda lakukan adalah demi anak-anak yang utamanya. Anda pula automatik akan sihat juga secara tidak langsung. 🙂

.

anak picky eater

.

2# Anak-anak Lebih Gemarkan Snek

Dah siapa yang bagi anak-anak snek tu? Mereka sendirikah yang membeli atau meminta dari kedai?

Mestilah anda yang beri sebab kasihankan anak tak nak makan nasi!

Memberi anak-anak snek yang tinggi kandungan garam dan MSG boleh mengganggu perut anak-anak, menyebabkan ketagihan terhadap snek ini, dan menolak makanan berkhasiat dan lebih mengenyangkan, menjadikan mereka picky eater.

Anda yang beri, kemudian anda yang katakan anak anda makan memiih?

Lepas tu anda pula merungut berat anak tak naik-naik, saiz badan pun kecil berbanding kanak-kanak lain, setiap bulan pula asyik demam dan mudah jatuh sakit.

Ingat ya. Ibu bapa lah yang sepatutnya menentukan apa makanan atau minuman yang diberi kepada anak-anak. Bukan mereka yang tentukan apa yang mereka mahu makan atau minum.

Bertegas untuk kebaikan tidak pernah salah!

anak picky eater

Anak picky eater bukan alasan untuk anda beri makanan yang bukan-bukan kepada mereka.

.

3# Anak Tertekan

Boleh jadi juga anak anda tertekan kerana anda terlalu memaksa anak-anak anda makan.

Bila tiba masa makan, tidak perlu letakkan amaun makanan yang banyak untuk perut anak yang kecil. Berilah peluang anak-anak berfikir positif.

“Nasi ni sikit je pun. Mesti boleh habis punyalah”

Kata-kata semasa anak-anak sedang makan juga penting. Cubalah memuji melambung-lambung jika anak anda berjaya habiskan sesuatu.

Contoh, anak hanya makan ikan sahaja, tetapi tidak menghabiskan nasi. Puji sahaja dengan mengatakan contohnya, “wah, bagusnya adik habiskan ikan. Patutlah adik kuat. Tapi kalau dihabiskan nasi juga mesti lagi kuat dan sihat.”

Usaha untuk menjayakan sesuatu tak semestinya akan berjaya dengan cubaan pertama, kedua atau ketiga.

Anda sebagai ibu bapa perlu teruskan usaha dan terus bersabar dengan berdoa yang akhirnya pasti akan membuahkan hasil. Yang penting, anda terus mencuba.

.

4# Anda Paksa Anak-anak Makan

Ya. Memang anda mengharapkan anak-anak suka makan sayur dan buah. Tetapi dalam masa yang sama anak anda tak macam tu!

Akhirnya, anda naik berang dan paksa anak-anak makan makanan yang anda mahukan.

Kalau begitu apa kata anda pula yang dipaksa makan semua itu? Mestilah anda pun tak suka dipaksa kan?

So, berilah peluang untuk anak memilih. Kalau pilihannya tidak baik, jelaskan kenapa tak baik. Cadangkan juga kenapa makanan itu ini pula yang bagus.

Kata-kata yang diulang berkali-kali akan lebih mengaktifkan minda separa sedar anak-anak. Sebagai ibu bapa juga, sentiasa ingat yang anda perlu terus berfikiran positif.

anak picky eater

Nak menangani anak picky eater bukan sesuatu yang mudah. Ibu bapa memainkan peranan terpenting dalam hal ini.

.

Jadi…Apa Yang Anda Boleh Buat?

Tips-tips ini adalah untuk yang baru hendak memperkenalkan makanan kepada bayi contohnya yang berusia 6 bulan ke atas.

Mula-mula, bertenang dan katakan pada diri anda yang memperkenalkan makanan kepada bayi adalah suatu perkara baru. Perkara baru memerlukan masa dan that’s ok.

Anda boleh cuba makanan dengan perasa yang sama sekurang-kurangnya 15 kali untuk merangsang deria rasa bayi. Sebagai contoh, berikan bayi anda puri kentang sebanyak paling kurang 15 kali supaya bayi lebih biasa dengan rasa kentang itu dan menerimanya.

Ni ramai saja ibu bapa yang bila ditanya berapa kali dah mencuba bagi anak-anak makan? Kata mereka baru cuba 3-4 kali…

Selain itu, cuba flashback semula, masa anda beri bayi anda makan. Adakah selepas menyusu (atau minum susu)? Kalau bayi anda menolak makanan, kemungkinan juga bayi anda tak berasa lapar lagi.

Boleh juga cuba mencampurkan dengan makanan atau minuman lain yang memang mereka suka. Contohnya ialah mencampurkan jus oren segar bersama susu yang mereka minum.

meal shakes shaklee

Meal Shakes suplemen multivitamin untuk kanak-kanak yang tinggi serat dan membantu melengkapkan nutrisi harian anak anda.

.

Akhir kata, teruskan berusaha, teruskan mencuba dan teruskan berdoa. Siapa lagi nak pastikan kebaikan untuk anak-anak kalau bukan kita sebagai ibu bapa?

Sebelum meletakkan noktah pada entri ini, Ain mohon maaf kalau ada terkasar bahasa terguris perasaan. Ain juga seorang ibu, seorang manusia biasa yang banyak membuat silap.

Tapi Ain pasti, kita semua mahukan yang terbaik untuk anak-anak kan? 🙂