Tips Puasa Untuk Ibu Hamil Berjaya Berpuasa

Tips Puasa Untuk Ibu Hamil Berjaya Berpuasa

tips puasa untuk ibu hamil

Tips Puasa Untuk Ibu Hamil | Cuma beberapa hari saja lagi kita akan diketemukan dengan bulan Ramadhan lagi. Di bulan yang datangnya cuma sekali setahun ini orang Islam diwajibkan berpuasa selama sebulan.

Kerana bulan Ramadhan ialah bulan yang dijanjikan peluang yang besar untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan, ianya sangat dinanti-nantikan setiap tahun.

tips puasa untuk ibu hamil

Rasulullah SAW memberi berita gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda, “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah SWT mewajibkan kepadamu puasa didalamnya; pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat. Juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya, maka dia tidak memperoleh apa-apa’.” (HR. Ahmad dan An-Nasa’i).

Info lanjut tentang puasa.

Bagi kebanyakan orang yang sihat dan tidak menghidap penyakit-penyakit kronik, berpuasa bukanlah merupakan masalah yang besar bagi mereka. Tetapi bagi sesetengah kumpulan orang, berpuasa ialah satu cabaran yang besar, contohnya ibu hamil.

Alhamdulillah. Sebagai seorang yang pernah berjaya berpuasa penuh ketika hamil sebanyak 2 kali, Ain ingin kongsikan beberapa tips yang membantu Ain berpuasa penuh di bulan Ramadhan.

.

Tips Puasa Untuk Ibu Hamil

.

1# Mindset

Otak kita merupakan organ yang sangat powerful. Fikirkan benda-benda yang positif sahaja, maka hanya yang positif sahaja yang akan datang kepada kita.

Fikirkan yang ibu hamil juga BOLEH berpuasa penuh. Mengandung sebenarnya bukanlah ‘alasan’ untuk tidak berpuasa (kecuali atas nasihat doktor atau boleh memudaratkan ibu dan/atau bayi di dalam kandungan).

Kita kan orang Malaysia?

Malaysia boleh! 🙂

.

2# Jangan Sesekali Skip Sahur

Sepanjang bulan Ramadhan, semasa sahur sahajalah waktu untuk kita ‘isi minyak’ sebelum memulakan perjalanan untuk hari itu.

Tangki minyak yang penuh, perjalanan kita lebih terjamin rasanya. Berbanding tangki yang sedikit minyak atau hampir habis, buatnya ada traffic jam tak ke naya? Hihihi…

Meninggalkan sahur secara sengaja seolah-olah ‘sendiri cari pasal’ kerana sudah tahu diri berbadan dua, seharusnya kita lebih mementingkan waktu sahur.

.

3# Bersahur Dengan Makanan Tinggi Protein

Bila dah bangun bersahur pula, pilihlah jenis makanan yang berkhasiat dan mengandungi kesemua empat kumpulan makanan – karbohidrat, protein, serat, buah – untuk nutrisi ibu hamil dan bayi sepanjang hari.

Selain memberi tenaga kepada ibu, pemakanan seimbang sebegini juga penting untuk kesihatan ibu dan pertumbuhan bayi yang baik.

Pastikan menu sahur anda mempunyai makanan berprotein tinggi. Makanan berprotein tinggi lebih ‘tahan lama’ di dalam perut, memberi rasa kenyang yang lebih lama dan membekalkan tenaga yang lebih berpanjangan untuk ibu hamil.

.

tips puasa untuk ibu hamil

ESP ialah suplemen lengkap protein, membekalkan 14 gram protein setiap hidangan. Indeks glisemiknya yang cuma serendah 39 memastikan ibu hamil kenyang dan bertenaga lebih lama.

.

4# Air Kosong Yang Cukup

Bukan makanan sahaja yang penting semasa bersahur. Pengambilan air kosong yang cukup juga penting untuk memastikan ibu hamil kekal dihidrat sepanjang hari.

Seperti semasa bukan bulan Ramadhan, kita disarankan mengambil kira-kira 2 liter air kosong setiap hari. Ini bersamaan dengan 8 gelas air sehari.

Di bulan Ramadhan, dicadangkan ibu hamil untuk mengambil 3-4 gelas air semasa bersahur. Manakala selebihnya selepas berbuka puasa dan sebelum tidur.

.

5# Elakkan Makanan & Minuman Ini Semasa Bersahur!

Selain memastikan ibu hamil mendapat nutrisi seimbang semasa bersahur, ada beberapa jenis makanan dan minuman yang sebaiknya dielakkan:

  • tinggi kandungan gula – kerana akan menyebabkan cepat letih
  • makanan terlalu masin (banyak garam) – kerana menyebabkan hidrasi badan
  • minuman berkafein – kerana menyebabkan kencing lebih banyak dan badan terhidrasi

.

tips puasa untuk ibu hamil

Minuman berkafein menyebabkan kencing lebih banyak, jadi badan lebih banyak kehilangan air. Adalah disarankan untuk tidak mengambil minuman berkafein semasa bersahur.

.

6# Berbuka Puasa

Untuk saat berbuka puasa pula, seperti yang disarankan dalam Islam, berbuka puasalah dengan makanan yang manis dalam jumlah yang berpada-pada. Contohnya berbuka dengan 3 biji kurma untuk memberi tenaga segera kepada badan.

Disusuli pula dengan air kosong untuk menghidrat semula badan yang telah seharian tidak mendapat air.

Kemudiannya, barulah mengambil makanan berat yang seimbang dengan semua 4 kumpulan makanan tadi.

.

7# Suplemen Hamil

Tips puasa untuk ibu hamil yang terakhir ialah pengambilan supemen.

Disebabkan sepanjang hari ibu hamil tidak akan makan dan minum apa-apa, pengambilan suplemen yang baik sangat menyokong kesihatan ibu hamil dan bayi.

  • protein : membantu memberi tenaga dan rasa kenyang lebih lama
  • multivitamin : melengkapkan nutrisi harian ibu hamil
  • vitamin C : antioksidan dan immune booster (kalau ibu hamil sakit, memang tak laratlah nak berpuasa kan?)
  • B complex :energy booster (menukarkan makanan kepada tenaga)
  • kalsium : membantu tidur ibu hamil lebih lena dan berkualiti, merehatkan otot dengan baik semasa tidur, mengatasi sakit belakang dan kejang otot

.

Ok. Itu saja tips yang Ain nak share untuk ibu hamil berpuasa.

Selamat menyambut Ramadhan yang mulia dan selamat berpuasa. 🙂

tips puasa untuk ibu hamil

Tips Puasa Untuk Ibu Hamil : Klik gambar ini untuk konsultasi dan order Set Hamil yang sangat menyokong ibu hamil untuk berpuasa.

5 Cara Hilangkan Senggugut Dengan Cepat

5 Cara Hilangkan Senggugut Dengan Cepat

hilangkan senggugut

Cara Hilangkan Senggugut Dengan Berkesan | Secara semulajadinya, apabila ovari menghasilkan ovum, terdapat 2 kemungkinan akan apa yang akan berlaku seterusnya iaitu akan disenyawakan oleh sperma (telur dari lelaki) atau tidak.

Semasa ovum dihasilkan, dinding rahim akan menebal, bersedia untuk menerima kehadiran bayi jika ovum disenyawakan.

Sebaliknya, apabila ovum tidak disenyawakan, dinding rahim akan mula ‘meluruhkan diri’nya dan terjadlah pendarahan melalui vagina yang kita namakan haid.

Senggugut terjadi kerana pengecutan rahim untuk menyingkirkan lapisan rahim yang menebal tadi. Terdapat juga beberapa kes di mana seseorang mengalami masalah senggugut yang teruk semasa haid yang mana mereka perlu mendapatkan nasihat doktor untuk exclude penyebab yang lebih membimbangkan seperti cyst atau fibroid.

Mengalami senggugut semasa haid bukanlah sesuatu yang perempuan inginkan. Siapa lah yang sukakan kesakitan kan?

Sudahlah perlu menanggung kesakitan yang teramat sangat. Kerja rumah dan aktiviti seharian juga akan terganggu dek senggugut!

Jadi, kali ini Ain nak share 5 cara untuk hilangkan senggugut, kalau tak dapat hilangkan pun insyaaAllah dapat membantu mengurangkan kesakitan.

.

5 Cara Hilangkan Senggugut

.

hilangkan senggugut

1# Bersenam

Dengan senaman, otot-otot seluruh badan akan lebih “gembira” lalu mengurangkan kesakitan senggugut. Tak percaya cubalah buat sendiri beberapa senaman ringan semasa haid.

Dan senaman juga melancarkan pengaliran darah dan melancarkan hair.

.

2# Meniarap

Tak dapat disangkal lagi, posisi meniarap semasa haid membantu hilangkan senggugut kerana dalam posisi ini, rahim berada di dalam keadaaan “berehat”.

.

3# Ubat Tahan Sakit

Pengambilan ubat tahan sakit untuk mengatasi senggugut juga dapat menghilangkan senggugut.

Ubat tahan sakit dari kumpulan non-steroidal antiinflammatory drugs (NSAID) boleh didapati dengan mudah dari farmasi ataupun berjumpa doktor di klinik.

Bagi mereka yang mempunyai masalah gastrik atau alahan terhadap ubat tahan sakit, disarankan mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil mana-mana ubat tahan sakit.

.

hilangkan senggugut

4# Hot Pack

Meletakkan hot pack di atas perut yang sedang mengalami senggugut bagi Ain sendiri sangat membantu.

Suhu panas dari hot pack membantu merehatkan otot-oto di perut. Boleh juga letakkan di pinggang atau belakang badan semasa senggugut juga.

Kalau tiada hot pack, anda juga boleh kurangkan kesakitan dengan mandi air suam.

.

5# Suplemen Magnesium dan vitamin B1

Berdasarkan kajian, vitamin B1 (terdapat di dalam B Complex) dan magnesium (terdapat di dalam Ostematrix) membantu mengurangkan senggugut, rasa perut “berangin” dan kebanyakan simptom semasa senggugut yang lain.

.

Sekalipun anda telah mencuba kesemua cara ini tetapi masih mengalami senggugut yang teruk, sebaiknya dapatkanlah nasihat dan pemeriksaan doktor.

hilangkan senggugut

Harga retail B Complex ialah RM58.75 (120 biji), & Ostematrix pula ialah RM61.25 (120 biji), tidak termasuk postage. Klik gambar untuk order.

13 Punca Kenapa Cecair Faraj Berbau

13 Punca Kenapa Cecair Faraj Berbau

kenapa cecair faraj berbau

Tahukah anda, cecair faraj berfungsi menjaga kebersihan sistem pembiakan wanita? Cecair faraj dihasilkan oleh kelenjar dalam vagina dan serviks, mengangkut keluar sel-sel mati dan bakteria untuk mencegah jangkitan.

Ia juga bersifat asid, manakala air mani suami bersifat alkali. Apabila keduanya bergabung akan menghasilkan persekitaran bersifat neutral untuk sperma suami selamat sampai kepada ovum untuk persenyawaan.

Kebanyakan wanita mempunyai cecair faraj yang normal tetapi boleh berbeza dari segi amaun (sedikit atau banyak), bau dan warna (dari tidak berwarna kepada putih susu) bergantung kepada hari di dalam kitaran haid anda.

Contohnya, sewaktu anda subur, menyusu atau terangsang, cecair faraj lebih banyak dari biasa. Dan ibu hamil juga mempunyai bau cecair faraj yang berbeza.

Jadual di bawah menunjukkan perbezaan antara cecair faraj yang normal dan yang abnormal. Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda abnormal di bawah, segeralah berjumpa doktor untuk diagnosis dan rawatan yang sepatutnya.

Kenapa Cecair Faraj Berbau – Normal Atau Abnormal?

.

Perubahan keseimbangan kuman ‘baik’ di dalam faraj boleh mengakibatkan perubahan bau, warna dan jumlah cecair vagina. Antaranya adalah disebabkan oleh :

  • pengambilan antibiotik dan/atau steroid
  • bacterial vaginosis (jangkitan kuman pada faraj)
  • pil perancang
  • kanser serviks
  • penyakit kelamin seperti chlamydia dan gonorrhea
  • kencing manis
  • penggunaan pencuci faraj
  • jangkitan pelvis
  • keradangan pelvis (pelvic inflammatory disease)
  • trichomoniasis, sejenis jangkitan parasit yang disebabkan mengamalkan unprotected sex
  • faraj mengecut (vaginal atrophy) disebabkan menopaus
  • keradangan vagina (vaginitis)
  • jangkitan kulat

Boleh rujuk entri dari WebMD ini untuk mengenalpasti punca yang mungkin untuk setiap jenis cecair faraj yang abnormal.

Baca juga entri Cara Mudah Hilangkan Keputihan.

ainniahzulkefli

Berminat untuk mencuba produk Shaklee untuk masalah kesihatan anda?

Bila Berjumpa Doktor…

Selain mempunyai cecair farah yang berbau dan abnormal, sejarah kesihatan yang penting untuk diambil ialah:

  • sejak bila anda mengalami cecair faraj abnormal itu
  • warna dan bau cecair faraj yang dikatakan abnormal
  • adakah terdapat juga sakit, pedih atau kegatalan di bahagian kemaluan
  • pernahkah anda melakukan meruang
  • berapa orang pasangan kelamin yang anda ada

Kemudiannya, untuk screening awal, anda akan dinasihatkan untuk menjalankan ujian Pap Smear. Untuk ujian ini, sampel dari pangkal rahim (Serviks) akan diambil menggunakan kayu atau berus dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskop.

Ujian Pap Smear ialah ujian yang sangat mudah, tidak mengambil masa yang lama, tidak menyakitkan, dan boleh dilakukan secara outpatient sahaja, untuk mengesan kanser serviks.

Kanser serviks sekiranya dikesan pada peringkat awal, kebanyakannya boleh diubati.

Secara umum, cecair faraj yang abnormal dirawat bergantung kepada diagnosis yang telah dibuat. Sebagai contoh pesakit yang didiagnos bacterial vaginosis akan diberi antibiotik dan jangkitan kulat diberi antikulat.

.

4 Tips Mencegah Cecair Faraj Abnormal

Sebagai penutup, Ain kongsikan 4 tips yang boleh anda amalkan untuk mencegah daripada mengalami masalah cecair faraj abnormal:

  • mencuci kemaluan menggunakan air suam atau air paip sudah memadai. Elakkan menggunakan sabun kerana sabun bersifat alkali dan boleh mengganggu keasidan kawasan faraj wanita
  • jangan gunakan pencuci wanita, douche
  • sentiasa mengelap kemaluan dari hadapan ke belakang untuk mengelak jangkitan
  • pakaian dalam daripada cotton
  • hindari pakaian dalam yang ketat dan tidak menyerap peluh

Berminat dengan suplemen kesihatan dalaman wanita daripada Shaklee? Klik gambar di atas untuk order dan konsultasi lanjut.

Untuk testimoni keputihan hilang dengan asbab Alfalfa Complex Shaklee, boleh klik gambar ini pula. Alfalfa serius best!

Meruang Faraj – Perlu Atau Bahaya?

Meruang Faraj – Perlu Atau Bahaya?

meruang faraj

Meruang faraj, dalam bahasa Inggeris dipanggil vaginal douching, berasal dari perkataan Perancis “douche” yang bermaksud “mencuci” atau “merendam“.

Sesetengah wanita Eropah mempraktikkan meruang dengan menggunakan pencuci vagina yang dijual untuk mencuci. Manakala wanita negara kita menggunakan jari untuk membersihkan vagina.

Tujuan meruang dipercayai seperti berikut:

  • membersihkan faraj selepas haid
  • menangani masalah bau busuk faraj
  • mencegah daripada penyakit kelamin (sexually-transmitted diseases)
  • menelak dari kehamilan selepas bersama pasangan

Namun, kajian sains mendapati meruang sama sekali TIDAK membantu untuk tujuan-tujuan di atas. Sebaliknya, boleh meningkatkan risiko jangkitan dan kompikasi-komplikasi serius yang lain seperti di bawah:

.

Jangkitan Kuman (Bacterial Vaginosis)

.

Anatomi semulajadi bahagian faraj wanita mengandungi kuman ‘baik’ yang secara semulajadinya bertindak sebagai ‘pengawal’.

Tindakan meruang boeh menghapuskan kuman ‘baik’ ini, meningkatkan risiko jangkitan faraj yang dipanggil bacterial vaginosis.

Bagi ibu hamil yang meruang, kerana faraj menghubungkan dunia luar dengan rahim (uterus), meruang juga meningkatkan risiko kelahiran pramatang dan penyakit kelamin.

.

Keradangan Organ Wanita (Pelvic Inflammatory Disease, PID)

.

PID ialah jangkitan uterus, ovari dan/atau tiub Fallopian. Kajian mendapati, wanita yang meruang mempunyai risiko PID sebanyak 78%!

.

Komplikasi Kehamilan

.

Bagi wanita yang menginginkan zuriat, elakkan meruang kerana berdasarkan kajian, wanita yang meruang lebih daripada sekali seminggu mempunyai kesukaran mendapatkan zuriat.

Keadaan faraj yang semulajadi mempunyai lendiran berasid yang mana apabila bergabung dengan air mani yang bersifat alkali, akan menjadi neutral dan meningkatkan survival sperma untuk mensenyawakan ovum. Ini penting untuk mereka yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat. Kaedah meruang boleh mengganggu keasidan lendiran faraj.

Dengan meruang juga, wanita yang berjaya hamil mempunyai risiko sebanyak 76% untuk kehamilan luar rahim (ectopic pregnancy).

.

Kanser Serviks

.

Dikatakan juga meruang meningkatkan kemungkinan menghidap kanser serviks!

.

meruang faraj

Antara tanda-tanda kanser serviks

.

Meruang Faraj Dari Perspektif Perubatan

.

Kerana meruang mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan, American College of Obstetrician and Gynecology (ACOG) menyatakan meruang sepatutnya dielakkan.

Faraj yang berbau adalah normal kecuali bau busuk yang sangat kuat mungkin menandakan jangkitan faraj. Rujuk entri 13 Punca Kenapa Cecair Faraj Berbau.

Walau bagaimanapun sifat asid dalam faraj akan mengawal jangkitan itu.

Dan dengan membasuh faraj menggunakan air suam sudah memadai untuk membersihkan faraj.

.

Cara Cuci Kemaluan Menurut Islam

.

Nabi Muhammad SAW  tidak berlebih-lebih menggunakan air dan menggunakan tangan kiri untuk mencuci kemaluan.

Sebagaimana keterangan dalam Al-Mausuah Al-Fiqiyah halaman 4/180 dan hadith riwayat Muslim, para ulama bersepakat yang menggunakan air berlebihan untuk menghilangkan najis adalah makruh.

Bahawa Rasulullah SAW menggunakan tangan kanan untuk makan dan bersuci (berwudhu’ dan mandi wajib) manakala tangan kiri untuk beristinjak” (hadith riwayat Abu Daud dari Aisyah)

Sunnah mengusap tangan kiri dengan tanah, debu atau sabun untuk lebih bersih” Imam Nawawi, Syarah Muslim)

Video dari Youtube ini pula Ustaz Azhar Idrus menerangkan cara mencuci kemaluan wanita.

 

 

Sekian. Wallahu’alam.

Sumber: WebMD

5 Tips Pilih Warna Tudung Dengan Baju

5 Tips Pilih Warna Tudung Dengan Baju

tips pilih warna tudung dengan baju

Ain rasa zaman sekarang ni dah makin warna-warni padanan tudung dan baju yang kita boleh lihat hari-hari. Bagi Ain, pemilihan warna yang ‘matching’ penting supaya kita tak nampak ‘funny’ di mata orang lain.

Jom kita tengok, korang setuju tak dengan tips-tips Ain ni:

Tona Warna Yang Sama

Ingat lagi masa zaman sekolah dulu. Ain lahir tahun 1980an. Siapa geng Ain angkat tangan sket!

Masa tu, asal baju biru je tudung pun nak biru.

Asal baju pink tudung pun nak pink jgak.

Time tu sangat penting memilih warna dari tona yang sama. Kalau tak, nampak pelik dah.

Sekarang tips ni macam dah kurang relevan. Kita tengok next tips plak.

‘Opposite’

Means, kalau baju bercorak, pilihlah tudung yang plain. Dan sebaliknya (kalau baju plain, better lagi tudung bercorak).

Dan Ain rasa tips pertama tadi boleh dimasukkan ke dalam tips kedua ni kan?

Contohnya, baju bercorak bunga warna purple ada daun hijau, sesuai je pakai tudung plain warna purple or hijau kan? Nak kasi ‘matching’gitewww…

‘BIG Don’t’

Please yer korang. Kalau baju korang berbunga, jangan plak tudung korang bercorak abstrak. Bagi Ain tak kena macam ni (pendapat Ain sendiri ni ya. Tolong jangan kecam Ain haha).

Pendek kata, elakkan mix bercorak bunga dan corak abstrak (segi-segi, wavy-wavy, etc).

Color Block

Ya. Inilah yang orang zaman sekarang suka. Salah satu trend tahun 2000an (macam pelik bunyinya haha).

Cantik jer kombinasi pink dan hijau kan? Ataupun, rasanya boleh terima warna biru campur kuning macam dalam gambar.

Kombinasi ‘Selamat’

Tak dinafikan lagi, warna-warna seperti hitam, putih, brown, krim adalah antara yang mudah untuk matching dengan warna-warna lain.

So, make sure korang ada koleksi warna-warna ni ya. Especially yang hari-hari kalut macam Ain. Kalau tak payah fikir nak pakai warna apa-apa tu dah jimat masa sangat dah. Hihihi 😀

Ok, sekian saja pasal tips pilih warna tudung dengan baju yang simple amat dari Ain yang memang simple orangnya.

Lagi satu pesan Ain. Jangan baju tudung saja meletop! Mekap pun kena cun jgak baru lengkap pakej korang. Hihihi.

Dan, nak mekap cantik, kulit pun mesti sihat selalu. Calit sikit-sikit ja pun dah lawa. Awwww…

Korang baca pasal skincare baru ni plak ya. Kompom masuk mimpi malam ni. Hihihi…

Tanda-tanda Mengandung Yang Mungkin dan Konfem

Tanda-tanda Mengandung Yang Mungkin dan Konfem

tanda-tanda mengandung

Tanda-tanda mengandung ni ada banyak. Kalau ikut orang tua-tua, bila seorang pompuan tu nampak ‘lain macam’ je, akan dikatakan dah mengandung dan disuruh check doktor.

Terutamanya kalau dah kahwin dan memang sedang ikhtiar nak anak, lagi excited nak check!

Jadi, hari ni Ain nak share sedikit ilmu tentang tanda-tanda mengandung yang biasa ada pada seseorang perempuan.

.

9 Tanda-tanda MUNGKIN Anda Mengandung

.

Pening dan rasa macam nak pitam

Sebelum ni tak pernah-pernah anda rasa ‘gelap mata’.

Tiba-tiba semenjak dua menjak ni dok menjadi-jadi plak pening yang kuat.

Ibu mengandung kebiasaannya mengalami pening kerana semasa mengandung, salur darah lebih dalam keadaan rehat.

Ditambah pula dengan tekanan darah yang turun atau paras gula yang rendah, akan lebih pening lagi anda.

.

Loya dan muntah

Ni macam dalam cerita-cerita Melayu.

Ada ja scene perempuan muntah, mak mertua yang dah lama nak cucu pun terus terjah dan kata ‘dah mengandung ni’.

Haha.

Kebiasaannya disebut ‘morning sickness’ atau dalam bahasa kita alahan mengandung.

Walaupun namanya ‘morning’ tapi muntah-muntah ni boleh berlaku bila-bila masa sepanjang hari.

.

Payudara sakit dan bengkak

Ini kerana perubahan hormon semasa mengandung. Dan boleh terjadi kira-kira 1 hingga 2 minggu selepas persenyawaan telur lelaki dan telur perempuan (which is kita tak tahu pun bila kan?).

.

Keletihan

Kerana hormon progesteron meningkat, paras gula yang rendah, tekanan darah menurun dan meningkatnya penghasilan darah untuk menyokong kehamilan, ibu mengandung kerap mengalami keletihan.

Baru pagi dah menguap.

Yer dak?

tanda-tanda mengandung

.

Pendarahan (‘spotting’)

Selain tanda-tanda mengandung di atas, ada wanita, selepas persenyawaan berlaku, akan mengalami pendarahan ‘spotting’.

Pendarahan ini dipanggl ‘implantation bleeding‘ yang berlaku apabila telur yang telah disenyawakan mula menempel dalam rahim.

Penting untuk membezakan pendarahan ‘fisiologi‘ dengan pendarahan bukan fisiologi (contohnya keguguran atau kandungan luar rahim).

Jadi, dapatkan nasihat dari doktor.

.

Craving macam-macam dan bukan-bukan?

Haha, Ingat lagi masa Ain mengandung.

Pernah craving nak ais krim Paddle Pop yang pelangi tu. Husband cari merata tak jumpa.

Last-last lepas beberapa hari jumpa kat satu kedai tepi jalan kat kampung.

Haha!

Seseorang ibu mengandung biasa sangat alami mengidam ni sebab perubahan hormon dalam badan.

.

Sembelit

Disebabkan kenaikan paras hormon progesteron, usus lebih lambat dikosongkan.

Hormon progesteron dikenali sebagai hormon ‘malas’.

Semua pun nak lambat-lambat.

Hihihi…

.

Mood swing

Ok, yang ni betul sangat. Kejap-kejap happy. Lepas beberapa minit boleh rasa nak mengamuk. Sensitif pun yer ibu mengandung ni. Kan?

Tak lain tak bukan, sebab perubahan hormon la ni hehe…

.

Suhu badan lebih tinggi

Ada je kan ibu mengandung yang kuat berpeluh dan ‘threshold’ panas dia tu rendah?

Maksudnya, orang lain ok lagi dalam suhu tu.

Tapi ibu mengandung ni dah berpeluh-peluh kepanasan.

tanda-tanda mengandung

Macam mana pula dengan urine pregnancy test (UPT)?

.

2 Tanda Yang LEBIH MEMUNGKINKAN Anda Mengandung

.

Haa, lepas dah alami tanda-tanda mengandung seperti di atas tadi (tak semestinya semua), korang check plak dengan 2 benda ni:

.

Haid lambat

Bila sepatutnya next haid?

Kalau yang haid regular, senang lah nak check. Kalau anda jenis haid tak teratur (kejap sebulan, kejap 3 bulan, yada yada yada), anda boleh terus ke next point.

Sekiranya next haid tu adalah beberapa hari yang lepas, anda berkemungkinan mengandung. So, nak buat apa? Check air kencing.

.

Urine pregnancy test (UPT)

Ujian air kencing ni, anda boleh beli kit dari farmasi atau terus je ke mana-mana klinik.

UPT ialah ujian yang mengesan kehadiran hormon human chorionic gonadotropin (hCG) dalam air kencing.

Apabila telur yang disenyawakan menempel dalam rahim, hormon ini mula dihasilkan dan masuk ke dalam darah, dan seterusnya ke air kencing.

Kalau buat ujian darah untuk detect hCG ni, biasanya dah boleh kesan seawal 3-4 hari dari penempelan.

Manakala kalau dengan UPT, boleh kesan seawal 4-5 hari dari penempelan.

So kalau dah 4-5 hari lewat period tu, kalau anda betul-betul mengandung, UPT dah positif biasanya.

Namun, ada beberapa kes yang lambat jugak nak muncul positif tu.

Selagi haid anda masih tak datang-datang, repeat je UPT selepas seminggu atau terus jumpa doktor untuk kepastian dengan scan.

tanda-tanda mengandung

Detik paling menggembirakan pasangan suami isteri. Dari scan dah nampak kantung bayi, bayi dan denyutan jantung! ?

.

Tanda Anda KONFEM Mengandung

.

Ultrasound

Bila buat UPT positif, teruslah ke klinik untuk rancang bila plak nak buat scan untuk konfemkan bayi di dalam rahim.

Bergantung kepada jenis mesin scan di klinik-klinik, ada mesin yang pregnant 5-6 minggu dah bleh nampak kantung dan baby. Ada yang lebih lewat.

So, boleh tanya doktor masing-masing ya bila boleh scan.

Dengan scan, anda akan nampak kantung bayi, bayi di dalam kantung dan jantung bayi berdegup.

Maka, konfemlah anda sedang mengandung! 🙂

Sekian info untuk hari ini.

Buat anda yang dah konfem mengandung, tahniah Ain ucapkan. Jangan lupa jaga diri dan kandungan baik-baik, pergi klinik dan jumpa doktor ikut tarikh followup semua.

Kerana Zuriat Itu Satu Rezeki Tak Ternilai DariNya…

.

Klik gambar ini untuk konsultasi lanjut Set Mengandung Shaklee

Cara Mudah Hilangkan Keputihan Dengan Cepat

Cara Mudah Hilangkan Keputihan Dengan Cepat

hilangkan keputihan dengan cepat

Hilangkan Keputihan Dengan Cepat | Untuk wanita yang dah lama alami masalah keputihan yang banyak, Ain tahu anda berada dalam keadaan tak selesa setiap hari!

Mana taknya. Panty almost all the time pun boleh basah lencun. Ada tu yang pakai panty liner pun tak membantu, sama jgak basahnya!

Isy, rimasss!!!

Tapi sekarang, anda dah boleh katakan selamat tinggal selamanya kepada keputihan.

Dengan Alfalfa Shaklee, anda dapat hilangkan keputihan dengan cepat!

Tiada lagi ‘basah-basah’ setiap hari. Boleh jimat duit jgak tak perlukan panty liner lagi. Hahaha!!!

Seriously tau korang!

Berdasarkan pengalaman Ain sendiri yang dah amalkan Alfalfa setiap hari (kecuali sepanjang mengandung Ain tak ambil).

Tahun ni pun nak masuk tahun keenam konsisten Alfalfa. Keputihan memang dah tak ada.

Alfalfa memang berjaya hilangkan keputihan dengan cepat Alhamdulillah.

Dulu perlukan panty liner 2-3 kali tukar sehari. Sekarang tak payah panty liner pun masih kering. Alhamdulillah. Kita usaha je kan…

Meh kita tengok feedback orang lain juga…

hilangkan keputihan dengan cepat

“Jika keputihan, saya ada pengalaman customer saya makan Garlic Complex dan Alfalfa Complex. Dan Alhamdulillah mereka repeat makan Garlic Complex dan Alfalfa Complex kerana rasa kurang dah keputihan.”

 

hilangkan keputihan dengan cepat

“Saya nak share testimoni. Hari tu saya tanya dalam group ni macam mana nak stabilkan period lepas jadi kacau bila after on steroid. Saya ikut saranan makan Alfalfa dan GLA. Alhamdulillah, period kembali normal dan keputihan boleh kata takde dan sangat sikit. Syukur Alhamdulillah.”

 

hilangkan keputihan dengan cepat

“Best Alfalfa ni sebab saya resdung kuat. Dulu seafood, budu, belacan, cencaluk tak boleh sentuh langsung. Sekarang Alhamdulllah dah boleh makan seafood. Biasa sehari saya ambil dalam 5 biji. Tapi kalau makan budu, belacan, saya ambil Alfalfa lebih dalam 10 biji. Memang hilang gatal-gatal muka yang macam meremang atau ada benda-benda halus merayap tu. Keputihan pun dah hilang. Sekarang dah tak perlu nak pakai pantyliner dah.

Eh, kejap! Ada lagi testimoni pasal keputihan ni ha…Hehehe…

hilangkan keputihan dengan cepat

“Iye. Baby saya G6PD. Saya tak berani makan Alfalfa. Tapi bila kuning dah habis, saya try jugak. Mula dengan sebiji sehari. Dua biji. Dan sekarang 10 biji. Alhamdulillah baby ok. Dan yang lagi best, dah takde keputihan langsung. Sampai saya dah tinggalkan terus pantyliner yang bertahun-tahun saya pakai.”

 

hilangkan keputihan dengan cepat

“Assalamualaikum. Saya nak share testimoni untuk diri sendiri. Mulanya ambil Alfalfa untuk milkbooster je. Stiap hari konsisten ambil 5 biji sehari. Selepas 2 mingu consume Alfalfa, datang bulan period bulan tu lama sangat. Biasa 5 hari je. Tapi kali ni lebih kurang 2 minggu. Darah keluar banyak berketul2. Mungkin darah nifas haritu tak keluar habis. Alfalfa kan detox darah. Then, habis je period, perut rasa lebih kempis. Dan part paling best keputihan dah takde. Alhamdulillah, Alfalfa Shaklee memang terbaik. Sekarang pun still makan untuk kesihatan dalaman.”

 

hilangkan keputihan dengan cepat

“Set Resdung buat saya tambah sihat. Sakit kepala sangat kurangm kulit makin bersih, gatal-gatal badan walaupun yang dulunya tak makan seafood sangat gatal, pun dah kurang sangat-sangat. Memang best sangat. Keputihan pun kurang. Memang banyak manfaat dapat.”

 

hilangkan keputihan dengan cepat

“Anak dara saya umur 14 tahun jerawat-jerawat pasir hilang dengan Alfalfa. Keputihan pun hilang.”

.

Kenapa Alfalfa Shaklee Boleh Hilangkan Keputihan Dengan Cepat?

.

Sebab Alfalfa Complex Shaklee totally berbeza!

Alfalfa Shaklee dihasilkan daripada daun alfalfa premium yang ditanam di California Antelope Valley yang subur dan bebas bahan kimia.

Daun alfalfa dituai hanya apabila telah mencapai kematangan mutlak iaitu selepas 2 tahun.

Ini untuk memastikan daun alfalfa yang dijadikan suplemen kaya dengan nutrisi dalam tanah.

Nutrisi yang terkandung di dalam Alfalfa Shaklee terdiri daripada lebih 300 nutrien semulajadi termasuk jumlah klorofil yang 4 kali ganda lebih banyak dari sayuran hijau yang lain!

Oh ya, Alfalfa Complex ni produk signature Dr. Forrest C.Shaklee, dicipta sejak tahun 1950an. Tak ada pada jenama lain ya.

.

Berapa Harga Sebotol Alfalfa Complex?

.

Sebotol Alfalfa saiz kecil (330 biji) berharga RM57.50 (retail price).

Manakala yang bersaiz besar (700 biji) pula berharga RM102.50 (retail price).

Nak harga lebih murah, join lah ahli. 🙂

“Bai-bai keputihan…”

.

Klik gambar ini untuk order dan konsultasi lanjut. Nak info lanjut tentang produk untuk keputihan pula, klik Alfalfa Complex.

DISCLAIMER : Produk ini bukant bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh, mencegah sesuatu penyakit. Dapatkan nasihat doktor yang merawat dahulu untuk ‘exclude’ penyebab keputihan yang lebih serius seperti jangkitan kulat dan penyakit kelamin.