Rawatan Faraj Kering Ketika Bersama Suami

Rawatan Faraj Kering Ketika Bersama Suami

faraj kering

Masalah faraj kering ketika bersama suami bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan seorang wanita. Walaupun kebanyakannya menghantui wanita yang telah menopaus, masalah ini juga boleh melanda wanita dari mana-mana peringkat usia walaupun sebelum menopaus.

Ianya bukan sahaja mengganggu hubungan intin suami isteri, tetapi juga mengakibatkan pelbagai ketidakselesaan lain. Sebagai contoh kegatalan faraj, sakit seperti terbakar terutamanya ketika bersama, pendarahan dari faraj, masalah kencing dan boleh merisikokan kepada jangkitan kuman dan kulat.

Secara semulajadinya, dinding faraj wanita adalah lembap kerana adanya lapisan nipis cecair jernih. Penghasilan cecair jernih ini ditentukan oleh kehadiran hormon estrogen. Hormon estrogen juga mengekalkan kesihatan faraj, ketebalan dan keelastikannya.

Faraj kering terjadi bukan sahaja apabila berlakunya kemerosotan paras hormon estrogen contohnya selepas menopause, tetapi juga atas sebab-sebab lain.

.

Punca-punca Faraj Kering

.

Selain faktor penuaan dan menopaus yang berlaku secara semulajadi, berikut adalah antara punca terjadinya faraj kering:

  • selepas melahirkan bayi kerana perubahan hormon
  • wanita yang sedang menyusukan bayi mempunyai paras estrogen yang lebih rendah
  • radioterapi dan kimoterapi (rawatan kanser) yang ‘membunuh’ sel-sel yang menghasilkan cecair faraj
  • pembedahan pembuangan ovari atas indikasi tertentu
  • pengambilan ubat anti-estrogen contohnya untuk merawat masalah ginekologi
  • Sjogren syndrome iaitu sejenis penyakit autoimun yang ‘menyerang’ sel-sel dalam badan yang memberi kelembapan kepada kulit
  • alahan terhadap sesuatu termasuklah penggunaan pencuci faraj, sabun, panty liner dan sebagainya
  • sesetengah ubat anti-depresi
  • meruang (Rujuk entri Meruang Faraj : Perlu Atau Bahaya untuk info lanjut)
  • merokok : mengganggu pengaliran darah menyebabkan berkurangnya oksigen ke faraj, ‘membunuh’ estrogen semuajadi dalam badan wanita
  • foreplay yang tidak cukup sebelum berhubungan intim

.

faraj kering

Awas dengan penggunaan pencuci faraj tanpa nasihat doktor, ianya mungkin punca faraj anda kering!

.

Rawatan Untuk Faraj Kering

.

Jika anda salah seorang yang menghadapi masalah ini, pertamanya, pergilah berjumpa doktor untuk mengenalpasti yang ianya bukan disebabkan sesuatu yang serius. Anda mungkin dinasihatkan untuk melakukan ujian Pap Smear juga sebagai screening untuk kanser serviks.

Antara lain, rawatan untuk masalah ini termasuklah seperti berikut :

.

1# Estrogen Topikal

.

Untuk mengembalikan kelembapan faraj yang disebabkan menurunnya paras estrogen, rawatannya tentulah dengan memberi estrogen semula. Ini boleh dilakukan dengan 3 pilihan di bawah :

  1. Estring – merupakan gelang estrogen lembut dan fleksibel yang dimasukkan ke dalam faraj di mana ia akan melepaskan hormon estrogen secara terus kepada tisu faraj. Gelang ini perlu diganti setiap 3 bulan
  2. Tablet Vagifem – ialah tablet yang mengandungi estrogen yang dimasukkan ke dalam faraj menggunakan alat khas. Di peringkat permulaan, tablet ini perlu dimasukkan sekali setiap hari untuk 2 minggu, kemudiannya 2 kali seminggu sehingga anda tidak memerlukannya lagi
  3. Krim Premarin 

.

faraj kering

Vagifem – tablet yang mengandungi estrogen dimasukkan ke dalam faraj menggunakan alat khas.

.

Oleh kerana rawatan topikal ini menggunakan hormon estrogen, pastilah boleh ada kesan sampingan juga seperti pendarahan faraj dan sakit payudara.

Rawatan ini juga adalah kontraindikasi untuk kes-kes berikut:

  • pesakit kanser payudara atau rahim
  • pendarahan vagina yang tidak ketahuan puncanya
  • ibu mengandung
  • dan ibu menyusu

.

2# Lubricants

.

Lubricants ialah cecair atau gel yang disapu dalam faraj atau penis pasangan anda sebaik sebelum melakukan hubungan intim.

Dengan cara ini, dapat memberi kelembapan segera kepada faraj anda, tetapi kesan itu hanya sementara dan tidak berpanjangan.

Ia boleh didapati dari mana-mana farmasi yang menjualnya tanpa preskripsi doktor. Anda mungkin perlu mencuba beberapa jenis lubricants sehingga menjumpai yang paling sesuai dengan anda.

.

3# Pelembap Faraj (Moisturizers)

.

Pelembap faraj pula ialah krim yang disapukan di dalam faraj untuk melembapkannya.

Kerana kesannya yang lebih berpanjangan berbanding lubricants, ianya boleh disapu sekali dalam masa beberapa hari.

Tips pemilihan pelembap faraj : Pilihlah yang berasaskan air (water-based) kerana pelembap faraj yang berasaskan minyak atau petroleum boleh mengganggu getah pada kondom (jika pasangan menggunakannya) dan kadang kala pula boleh menyebabkan iritasi pada faraj anda.

.

4# Hormone Replacement Therapy (HRT)

.

Bagi wanita yang mengalami kekeringan faraj disebabkan menopaus, anda akan lebih bermanfaat dengan rawatan HRT.

Rawatan ini bukan sahaja membantu masalah faraj kering, tetapi juga membantu menangani simptom-simptom menopaus yang lain.

Untuk HRT, berjumpalah dengan doktor untuk konsultasi lanjut.

.

5# DON’T

.

Selain rawatan topikal, ELAKKAN perkara-perkara yang boleh mengakibatkan faraj menjadi kering seperti meruang, menggunakan pencuci faraj, mandi buih, menggunakan sabun di bahagian faraj (boleh mengganggu mikroflora faraj juga), merokok dan sebagainya.

.

faraj kering

Walaupun anda tidak merokok, jauhi perokok kerana kesan perokok sekunder dan tertier adalah lebih mudarat berbanding perokok itu sendiri.

.

Pemakanan dan Suplemen Untuk Masalah Faraj Kering

.

Tahukah anda, dinding faraj ialah umpama kulit luaran kita. Apa sahaja yang baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit, ianya baik juga untuk kesihatan faraj.

Jadi, untuk kesihatan dan kecantikan kulit (dan faraj), lakukanlah perkara-perkara berikut:

  • mengamalkan pemakanan seimbang untuk mendapat nutrisi lengkap
  • pastikan air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas penuh setiap hari
  • banyakkan sumber makanan yang kaya dengan estrogen (lihat video di bawah untuk senarai makanan) dan antioksidan (vitamin A, C dan E)

.

.

Sekiranya anda berminat untuk mengambil suplemen sebagai pelengkap nutrisi untuk masalah ini, berikut ialah produk-produk cadangan :

  • ESP : susu soya semulajadi nonGMO (tidak diubah genetik) yang kaya dengan phytoestrogen yang menyerupai estrogen
  • Vitalea : mutivitamin multimineral lengkap untuk mengisi lompong nutrisi harian (2 tablet Vitalea bersamaan dengan zat dari 40 jenis lauk pauk!)
  • SR Vita C Plus : dengan sistem “sustained release” membekalkan 500mg vitamin C untuk 5 jam secara berterusan
  • Vita E Complex : antioksidan yang membantu melembapkan faraj, daripada ekstrak biji anggur yang menyediakan vitamin E semulajadi (susah nak jumpa suplemen vitamin E semulajadi sekarang)
  • Carotomax : prekursor vitamin A yang baik untuk kesihatan kulit dan membantu melembapkan faraj
  • GLA Complex : mengandungi gamma linoleic acid yang membantu melembapkan faraj (“adik-beradik” EPO ni)
  • Alfalfa Complex : sebagai jamu dan kacip fatimah moden

.

Nota kaki : Admin mengaku admin ‘seriau’ nak masukkan benda-benda dalam faraj. So, nak senang jaga pemakanan dan amalkan suplemen lah. =)

Disclaimer : Produk-produk ini BUKAN bertujuan mendiagnos, mengubat, merawat atau mencegah sesuatu penyakit.

Rahsia Sebenar Kulit Halus Lembut Muda Ialah…

Rahsia Sebenar Kulit Halus Lembut Muda Ialah…

youth shaklee serum

.

Tahukah anda, kulit kita merupakan organ yang paling cepat bertumbuh?

Kulit kita bukan sahaja merupakan organ terbesar, tetapi juga mempunyai keupayaan untuk memperbaharui secara lengkap dalam masa lebih kurang 28 hari sahaja.

Proses pembaharuan sel ini melibatkan penghasilan sel kulit baru di peringkat paling dasar epidermis, kemudiannya ianya ‘bergerak’ perlahan-lahan sampai ke permukaan luar kulit dalam masa 28 hari. Yang akhirnya sel kulit ini akan dinyahkan secara semulajadi.

Jadi, bagaimana proses ini boleh mempengaruhi keadaan kulit kita?

Kenapakah ada orang yang sentiasa tampak muda remaja, sedangkan yang lain kelihatan jauh lebih tua dari usia sebenar?

Jawapannya ialah kerana adanya proses penuaan.

Semakin kita berusia, semakin perlahan proses pembaharuan sel kulit ini berlaku. Dan kerana itu, keadaan kulit kita akan turut dipengaruhi :

  • kulit menjadi kusam
  • munculnya tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan pigmentasi
  • dahulunya kulit lembut tapi kini menjadi kasar
  • tona warna kulit juga menjadi semakin tidak sekata

.

Sekarang lihat pula wajah anda di cermin. Adakah anda mempunyai tanda-tanda yang telah disebutkan?

Sekiranya jawapan anda ‘ya’, bermakna sel kulit anda sedang diperbaharui dengan kadar yang lebih lambat dari sebelumnya. Anda akan kelihatan semakin tua jika tidak melakukan sesuatu!

.

youth shaklee serum

Kadar pembaharuan sel kulit yang menentukan kulit kita lebih awet muda atau kelihatan lebih tua berbanding usia sebenar.

.

Kadar Pembaharuan Sel Kulit Mengikut Usia

.

Mari kita bandingkan pula kadar pembaharuan sel kulit mengikut usia.

Tengok kulit bayi yang licin, tegang dan gebu, pastinya kita tertanya-tanya, cepat betul sel kulit bayi diperbaharui kan?

Ya. Seorang bayi memerlukan hanya 14 hari sahaja untuk cell turnover (pembaharuan sel). Sangat cepat!

Manakala bagi remaja ialah antara 21-28 hari, bagi yang dipertengahan usia antara 28-42 hari dan orang yang berusia 50 tahun dan ke atas pembaharuan sel berlaku setiap 42-84 hari.

Nampak kan bagaimana usia dan penuaan menyebabkan kadar pembaharuan sel menjadi semakin lambat dan lambat dan lambat. Sebab itulah semakin berusia, anda akan kelihatan semakin tua dan tua dan tua.

Namun, bukan faktor usia sahaja yang menyebabkan ini berlaku. Faktor-faktor lain termasuklah :

  • genetik
  • gaya hidup dan persekitaran, di mana sinar UV memainkan peranan penting
  • keadaan kesihatan dan penyakit kronik
  • pengambilan ubat-ubatan
  • penggunaan produk penjagaan kulit dan kecantikan

.

youth shaklee serum

.

Ada Apa Dengan Youth Shaklee Serum?

.

Jadi, sekarang anda sudah faham yang untuk mengekalkan keremajaan kulit wajah yang cantik, faktor yang paling penting ialah mempercepatakan kadar pembaharuan sel kulit.

Youth Shaklee serum mengandungi 10 kali kepekatan Youth Complex yang bakal dipatenkan dan eksklusif dari Shaklee.

Produk penjagaan kecantikan kulit Youth Shaklee adalah revolusi daripada kuasa botanikal. Diformulasi daripada tumbuh-tumbuhan semulajadi 100% untuk menangani pelbagai faktor penuaan, termasuklah faktor gaya hidup anda, persekitaran atau proses penuaan semulajadi.

  • Anggur Muscadine : kaya dengan polifenol yang melindungi dan memperbaiki DNA sel kulit, dan menghalang kerosakan kolagen dan elastin
  • Lotus japonicus : mengaktifkan protein youth yang menjana semula sel untuk menghasilkan kolagen, elastin dan fibrilin
  • Ekstrak stem sel epal : mengaktif dan mempercepatkan pembaharuan sel kulit, serta memperbaiki tisu kulit
  • Ekstrak buah Schisandra chinensis : menyuburkan kulit dengan vitamin dan antioksidan bagi mengekalkan struktur kulit muda
  • Vital Repair Complex : kaya dengan antioksida untuk menghalang kerosakan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel yang sihat

.

youth shaklee serum

10 kali kepekatan Youth Complex bermakna Youth Shaklee serum berupaya memperbaharui sel kulit pada kadar 10 kali ganda lebih cepat!

.

Apa Kata Penggemar Youth Shaklee Serum?

.

“Pengalaman saya dengan Youth. Mula pakai keluar jerawat, menakutkan saya. Pastu sekarang pagi-pagi saya hanya pakai cleanser dan toner je sebab saya rasa berminyak dan glowing sangat muka bila pakai moisturizer dan serum tu. Malam-malam baru apply serum tu dan night cream. So far, parut jerawat semakin pudar. Cuma ada sebiji dua yang degil lagi.” (Dib)

“Haah dah lama ada jeragat. Lepas pakai C+E dan serum dalam 2 minggu macam tu jeragat hilang. Saya ni jenis lepas period naik jerawat yang susah nak turun berbulan-bulan. Tapi Alhamdulillah dah takde jerawat degil lagi menyakitkan tu.” (Yati Abd)

“Saya pakai serum setiap hari siang dan malam (sapu sikit-sikit saja) dan Radiance C+E pula 3 kali seminggu (malam). Alhamdulillah ada perubahan. Parut jerawat berbulan-bulan rawat, sekali pakai Youth sebulan saja dah pudar. Jeragat pun makin pudar.” (Sue Anna)

.

Koleksi testimoni ‘jadi lebih muda’ dengan Youth, boleh klik KOLEKSI TESTIMONI YOUTH ini.

.

Klik gambar ini untuk konsultasi penuh dan order Youth Shaklee =)

7 Tips Masak Setiap Hari Walaupun Sibuk

7 Tips Masak Setiap Hari Walaupun Sibuk

Jadi ibu bekerjaya ni selalu terfikir, kalau dapat masak setiap hari macam surirumah sepenuh masa kan best.

Mana taknya. Kalau nak dibandingkan perbelanjaan bila memasak sendiri dengan makan di luar setiap hari, banyak yang boleh dijimatkan.

Macam untuk keluarga Ain sendiri, kami suami isteri pernah buat kira-kira secara kasar beza dalam RM500 jugak sebulan! Banyak tu kan?!

Lagi satu yang buat Ain selalu rasa nak masa sendiri ialah nutrisi dalam makanan di rumah dan makanan luar.

Bukanlah Ain nak kecam makanan luar semua tak bagus, tapi kebanyakannya dimasak dengan minyak, garam dan gula berlebihan.

Belum lagi cerita pasal ajinomoto dan MSG untuk menyedapkan makanan. Untuk jangka masa panjang memang boleh buat macam-macam masalah kesihatan dan penyakit kronik yang tidak diingini.

Jadi, berdasarkan pengalaman Ain sendiri sebagai ibu berkerjaya dan dalam masa yang sama amat gembira kalau dapat memasak di rumah, ini adalah beberapa tips yang Ain buat.

Sangat berguna terutamanya masa bulan puasa yang kita nak masak hari-hari untuk sahur dan berbuka.

.

masak setiap hari

.

1# Merancang Menu

.

Bukan sahaja dalam dunia surirumah, tapi dalam apa jua pekerjaan pun kalau kita nak semuanya berjalan lancar, perancangan mesti ada dan teratur.

Untuk memasak hari-hari, biasanya Ain akan plan menu apa nak masak setiap hari untuk 3-4 hari (bergantung kepada korang). Barulah mudah plan apa barang yang nak dibeli dan disediakan nanti.

Kenapa Ain plan untuk 3-4 hari?

Sebab kebanyakan sayur tak tahan lama sangat. Kalau barang basah beku bolehlah plan beli untuk seminggu dua (or sebulan). Bergantung kepada jenis dan sayur apa jgak.

Kadang-kala Ain tanya suami dan anak-anak, apa mereka nak makan untuk hari esok. Sebabnya kita bukan masak untuk mengisi perut sendiri saja. So apa yang suami dan anak-anak teringin nak makan pun penting bagi Ain.

Kalau kata sempat untuk dimasak hari minggu, kita masak hari minggu. Dan kalau sebaliknya, kita masak la hujung minggu atau hari cuti yang lebih banyak masa untuk memasak. Kan?

Di samping menu untuk beberapa hari tu, rancang juga apa nak masak untuk keesokan hari supaya otak lebih bersedia sebaik bangun dari tidur.

Bila plan nak masak apa untuk esok, biasanya kita dah boleh bayangkan bahan-bahan apa nak ambil, nak tumis apa, nak rendam apa, nak potong siap-siap ke apa ke kan?

.

masak setiap hari

Nak masak apa hari ini? Barulah tahu apa barang yang nak dibeli. Rancang menu makan setiap hari untuk beberapa hari, contohnya seminggu.

.

2# Spend 1 Hari Khas Untuk Menyediakan Bahan-bahan

.

Untuk ini, Ain pilih hari Sabtu sebab dalam seminggu hanya hari Sabtu je Ain sepenuhnya di rumah. Ikut masing-masing ya.

So, hari Sabtu tulah pagi-pagi Ain mintak husband belikan barang-barang basah dan sayur-sayuran di pasar.

Seharian ini jugaklah Ain akan cuba selesaikan kerja siang-menyiang, blend bawang- blend cabai kering, siang dan basuh sayur siap-siap untuk disimpan dalam peti ais.

Bagaimana nak simpan pula?

Kita tengok next tips.

.

masak setiap hari

Ikhsan dari Google. Blend segala benda untuk menumis.

.

3# Simpan Bahan Ikut Konsep “Sekali Guna”

.

Ain rasa ramai mak-mak kat luar sana yang buat tips ni. Once barang-barang dapur dibeli, mesti ada yang suka asingkan mengikut sukatan ‘sekali guna’.

Ya. Ain memang apply tips ni.

Lepas siang barang basah macam ikan, ayam, daging, sotong, udang dan lain-lain, Ain akan bahagikan ke dalam beberapa tupperware untuk ‘sekali guna’.

Contohnya kalau korang beli 20 ekor ikan kembung, sekali masak biasanya 10 ekor, bolehlah masukkan ke dalam 2 bekas berasingan.

Tips ini bukan sahaja memudahkan dan menjimatkan masa. Tapi boleh menjaga kualiti barang basah yang dibekukan tu.

Kalau sayur-sayuran lagi senang apply tips ni. Tak perlu lagi nak buang masa agak-agak berapa banyak nak siang, basuh dan guna.

.

masak setiap hari

Gambar dari Google.

.

4# Pilihan Menu

.

Pilihan menu pula, Ain suka sangat kalau family Ain suka makanan yang simple, mudah nak masak, jimat masa tapi sedap.

Kena lah sedar yang kita ni ibu berkerjaya. Nak masak di rumah tapi kalau boleh mestilah nak masak yang semua orang suka makan.

Satu kepuasan tau bila kita masak, semua berselera makan dan habis. =)

Antara lauk-lauk simple yang Ain suka masak dan family suka makan ialah :

  • ikan bilis goreng dengan bawang + cili api + kicap
  • ikan goreng + air asam
  • kangkung sambal tumis belacan
  • sup sayur
  • ayam bakar (sapu dengan garlic spread + lada hitam + garam – semua ni panaskan atas api dulu)
  • sotong goreng tepung
  • udang goreng kunyit
  • sup ayam atau daging
  • sambal tumis ikan bilis, sotong
  • telur dadar
  • spageti carbonara

.

Pernah Ain share 30 Cadangan Resepi Sahur di Bulan Ramadhan sebelum ni. Boleh je untuk masak setiap hari kan?

.

5# Pastikan Sentiasa Ada Menu ‘Penyelamat’

.

Hahaha. Menu-menu penyelamat ni sangat berguna kalau tiba-tiba dah tak ada idea nak masak apa. But still senang nak masak, simple, dan bahan available.

Contoh paling senang telur, ikan pekasam, ikan masin, sayur suhun dan pucuk, ikan bilis dan lain-lain.

Sebaiknya elakkan memilih ‘processed food’ (hotdog, nuget, fish cake, etc) dan makanan dalam tin. Semua ni last choice Ain untuk keluarga.

Kita tak tahu bila kita akan terlebih sibuk dari biasa atau ada emergency (contoh anak tak sihat kena bawa ke hospital) atau apa masalah sekalipun. Sebab itulah namanya menu ‘penyelamat’. Hihihi…

.

masak setiap hari

Elakkan memilih processed food. Walaupun ianya menjimatkan masa memasak, namun ianya tinggi kalori dan rendah nutrisi!

.

6# Multitasking Bila Perlu

.

Kalau korang buat sup contohnya, masa tengah tunggu air nak menggelegak, boleh je korang pergi basuh beras masak nasik ke, cuci pinggan mangkuk dulu ke, potong bawang untuk menu lagi satu ke…

Bila perlu, selitkan apa jua aktiviti yang boleh, bergantung kepada keadaan.

Jangan pula time goreng telur korang nak cuci pinggan mangkuk. Hangit ler!!!

Selalunya Ain dah ada dalam kepala otak ni, nak selit buat apa bila-bila.

Dan untuk kerja-kerja multitasking ni jgak, bagi Ain perlukan fokus yang baik juga. Sekali tiba-tiba anak mai mintak ayaq, dah garing sambal umi! Jaga-jaga korang! Hahaha…

.

masak setiap hari

Multitasking BILA PERLU di dapur.

.

7# Mindset

.

Sebenarnya mindset ni patut letak nombor satu. Tapi yang terakhir tak semestinya tak penting kan?

Untuk yang belum tahu, kita bertindak mengikut apa yang kita fikirkan. Apa yang Ain apply, ialah sebelum memasak Ain akan tengok jam dulu.

Berdasarkan menu yang telah di-plan, Ain akan agak bila boleh selesai masak.

Walaupun masa yang ada nampak macam singkat, tapi kalau hati ini rasa sempat, mesti sempatlah siapkan memasak walaupun terkejar-kejar masa.

Masa inilah penting untuk menggabungkan keyakinan, fokus, multitasking semua ni.

Kalau kita rasa boleh dan sempat, mesti sempat punyalah. When we think positive, only positive things come to us. Acecece…

Tapi again, kena lah realistik ya. Kalau masa yang ada setengah jam je tapi korang nak buat nasi ayam memang selamat tinggal la. Kahkahkah!

.

masak setiap hari

.

Itu saja 7 tips biasa-biasa tapi kesan luar biasa untuk ibu berkerjaya yang nak masak setiap hari. Kalau ada tambahan tips lain yang best-best dan praktikal, jemput share di ruang komen.

7 tips ni berdasarkan pengalaman Ain sendiri saja.

Sharing is caring.

Ikhlas dari Ain yang tak terer masak tapi nak masak setiap hari untuk family. InsyaaAllah. =)

Apa Itu Endometriosis | ainniahzulkefli.com

Apa Itu Endometriosis | ainniahzulkefli.com

Endometriosis ialah satu keadaan apabila endometrium (lapisan rahim paling dalam) berada di tempat selain rahim – tiub Fallopian, ovari, dalam pelvis, tak mustahil juga boleh ‘melekat’ pada organ-organ lain di dalam perut seperti usus dan pundi kencing!

.

apa itu endometriosis

Tompokan merah hati menunjukkan apa itu endometriosis – apabila tisu endometrium yang sepatutnya berada dalam rahim, berada di tempat selain dari dalam rahim.

.

Anatomi normal rahim wanita terdiri daripada 3 lapisan utama :

  1. Endometrium – lapisan paling dalam, paling aktif, penting untuk kitar haid dan reproduktif kerana bertindakbalas mengikut kitaran hormon wanita
  2. Myometrium – lapisan otot rahim yang merangkumi lapisan paling tebal
  3. Perimetrium – lapisan luar yang ‘membaluti’ rahim

.

Oleh kerana endometriosis terdiri dari tisu endometrium, tisu-tisu ini akan bertindak sebagaimana endometrium di dalam rahim. Setiap kali haid, ia akan menebal, ‘meluruhkan diri sendiri’ dan berdarah (haid) sebagaimana endometrium asal di dalam rahim.

Dan oleh kerana darah yang dihasilkan tiada jalan untuk keluar, maka akan terkumpullah darah ini di dalam pelvis. Lebih parah lagi, ia seterusnya boleh mengganggu organ-organ lain, menyebabkan adhesion (orang kita panggil ‘lekat-lekat dalam perut’) dan tisu parut (scar tissue).

Endometriosis mula muncul beberapa tahun selepas haid pertama, hilang untuk seketika semasa kehamilan, dan hilang untuk selamanya apabila anda sudah menopaus (kecuali anda ada mengambil hormon estrogen).

Walaupun seseorang yang mengalami endometriosis boleh mempunyai senggugut yang teruk dan bermasalah kesuburan, berita baiknya ada rawatan yang berkesan untuk ini.

.

Gejala Endometriosis

.

.

Simptom utama endometriosis ialah sakit di bahagian bawah perut (pelvic pain) semasa haid. Pesakit biasanya menyifatkan sakit ini sebagai senggugut teruk. Selain sakit yang lebih teruk dari senggugut biasa, pola kesakitan juga semakin meningkat dari semasa ke semasa!

Antara simptom endometriosis lain termasuklah :

  • sakit ketika atau selepas bersama suami
  • kesakitan semasa membuang air kecil atau/dan besar
  • pendarahan banyak semasa haid atau antara kitaran haid
  • tanda-tanda tidak spesifik lain seperti loya, sembelit, keletihan dan kembung perut, terutamanya semasa haid
  • masalah ketidaksuburan

.

Bagi pesakit endometriosis, sakit yang dialami boleh bermula seawal sebelum haid, dan berpanjangan semasa haid untuk beberpa hari.

Ada pesakit yang mengalami kesakitan yang sedikit sahaja. Manakala ada juga yang mengalami sakit yang teruk.

.

Apakah Punca Endometriosis?

.

Setakat ini, punca endometriosis masih tidak diketauhi. Namun, terdapat beberapa teori yang menerangkan kejadian ini:

  • darah haid ‘patah balik’ (retrograde menstruation) – darah haid mengandungi sel-sel endometrium, apabila ‘patah balik’ boleh memasuki tiub Fallopian dan ruang pelvis. Sel-sel ini boleh melekat di mana-mana termasuk tiub dan organ-organ pelvis yang lain.
  • faktor hormon dan imuniti di mana sel-sel peritoneum (dalam perut) bertukar kepada sel-sel endometrium
  • selepas pembedahan melibatkan rahim (contoh : Cesarean, buang rahim) sel endometrium terlekat pada parut pembedahan

.

Boleh tengok video ini untuk lebih faham punca berlakunya endometriosis.

.

.

Selain punca-punca di atas, beberapa faktor berikut turut menjadi risiko seseorang mengalami endometriosis :

  • tidak pernah bersalin
  • haid pertama lebih awal
  • menopause lebih lambat
  • kitar haid yang pendek, kurang dari 27 hari
  • paras estrogen yang tinggi untuk suatu jangka masa
  • BMI rendah
  • pengambilan alkohol
  • sejarah keluarga (ibu, kakak, adik perempuan, etc)
  • rahim abnormal

.

Komplikasi Akibat Endometriosis

.

Jadi, kalau dah setiap kali datang haid, sel-sel abnormal ini turut respon seperti endometrium normal apa akan jadi?

Terdapat 2 komplikasi dari endometriosis :

.

MASALAH KESUBURAN

.

Untuk mendapat zuriat, ovum (telur wanita) yang dihasilkan di ovari akan bergerak melalui tiub Fallopian ke rahim.

Semasa dalam perjalanan ini, apabila disenyawakan oleh sperma (telur lelaki), zygot yang terbentuk akan menempel pada dinding rahim dan membesar.

Seseorang yang mempunyai endometriosis, sel-sel endometrium ini boleh berada di mana-mana dan mengganggu proses ovum dan sperma ‘berjumpa’.

Sebagai contoh, endometriosis pada bahagian tiub boleh menyumbatkan tiub, menghalang laluan ovum ke rahim atau sperma kepada ovum.

Walau bagaimanapun, ada saja pesakit yang boleh mendapat zuriat walaupun mengalami endometriosis.

.

apa itu endometriosis

Salah satu penyebab masalah kesuburan ialah endometriosis.

.

KANSER OVARI

.

Berdasarkan kajian, kes kanser ovari adalah lebih tinggi pada wanita yang menghidap endometriosis.

Selain itu, sejenis kanser lain dipanggil endometriosis-related adenocarcinoma juga boleh berlaku di keudian hari pada wanita yang mengalami endometriosis.

.

apa itu endometriosis

.

Cadangan Suplemen Untuk Endometriosis

.

Pertama sekali, harus diingatkan bahawa pengambilan suplemen tidak dapat menggantikan ubat dan rawatan hospital sama sekali. Pengambilan suplemen adalah sekadar menyokong nutrisi yang diperlukan oleh pesakit endometriosis.

.

1# VIVIX

.

Dalam dunia suplemen, Vivix ialah satu-satunya suplemen antioksidan yang bertindak memperbaiki sel (‘akar umbi’ kesihatan).

Vivix diformulasi daripada gabungan buah-buahan semulajadi yang kaya dengan resveratrol dan polifenol, diuji berkesan secara klinikal. Ujian klinikal mendapati, Vivix berkesan sebanyak 10 kali ganda dalam antipenuaan.

Bakal dipatenkan oleh Shaklee, menjadikan ianya eksklusif dari Shaklee sahaja (tidak ada pada jenama lain).

.

2# GLA COMPLEX

.

Gamma linoleic acid ialah sejenis asid lemak omega-6 yang bersifat antiradang dan bermanfaat untuk kesihatan dalaman wanita terutamanya semasa haid.

Membantu melegakan senggugut dan menjaga kesihatan organ dalaman wanita.

Jika dibandingkan dengan suplemen gamma linoleic acid di pasaran seperti EPO (evening primrose oil) dan blackcurrant, GLA Complex mempunyai peratusan gamma linoleic acid tertinggi.

Pernah suatu ketika terjadi kekurangan bahan untuk menghasilkan GLA Complex, Shaklee memutuskan untuk tidak memasarkannya demi menjaga kualiti suplemen ini.

Keistimewaan lain GLA Shaklee, boleh rujuk entri tentang GLA Complex.

.

3# OSTEMATRIX

.

Ostematrix terdiri daripada kalsium, magnesium, vitamin D, boron, zink dan kuprum yang memerlukan antara satu sama lain untuk menyempurnakan penyerapan kalsium.

Kalsium penting untuk merehatkan otot yang mana bagi kes endometriosis bermanfaat untuk yang mengalami senggugut.

.

Klik gambar ini untuk grab konsultasi penuh.

.

Sumber:

  1. Mayoclinic
  2. MedicineNet
Kes Ibu Kelar Anak : Suami Tak Sangka…

Kes Ibu Kelar Anak : Suami Tak Sangka…

ibu kelar anak

Gambar dari berita ibu kelar anak 19 bulan di Kuantan.

4 hari lalu, kita dikejutkan dengan berita ibu kelar anak di Kuantan. Berdasarkan berita yang disiarkan di dalam Berita Harian ini, dipercayai suspek mengalami halusinasi sebelum mengelar anak lelakinya yang baru berusia 19 bulan itu. Yang menghairankan, suspek tiada sejarah atau rekod gangguan mental. (more…)

Ikhtiar GLA Shaklee Untuk Kesuburan

Ikhtiar GLA Shaklee Untuk Kesuburan

gla shaklee kebaikan

Entri ini khas untuk anda yang sudah lama menginginkan cahaya mata tetapi masih belum rezeki atau bermasalah tertentu. Anda mungkin mempunyai fibroid, cyst, haid tak teratur dan sebagainya, yang mengganggu kesuburan anda.

Kalau anda dah cuba macam-macam tapi tak berhasil, inilah masanya untuk anda konsisten GLA Complex pula.

Dengan GLA Complex untuk kesuburan, bahasa ‘pasar’nya ialah untuk betulkan hormon. Masalah-masalah kesihatan seperti yang disebutkan di atas berpunca daripada hormon yang tidak stabil.

Jadi, untuk kesuburan haruslah tackle masalah hormon tidak teratur ini.

.

Kenapa GLA Shaklee Untuk Kesuburan?

gla shaklee untuk kesuburan

GLA Shaklee diekstrak dari minyak biji borage yang tinggi kandungan gamma linoleic acid, tulen dan semulajadi dalam bentuk yang mudah diserap.

Berbanding produk kesihatan gamma linoleic acid lain, GLA Complex mengandungi peratusan tertinggi gamma linoleic acid iaitu sebanyak 17 – 25%.

Selain kesuburan, GLA juga bermanfaat sebagai suplemen untuk pelbagai masalah kesihatan. Rujuk entri GLA Shaklee : Kebaikan & Harga.

.

Alhamdulillah Ada Rezeki Hamil Walaupun Ada Fibroid

.

“Kalau nak cerita tentang fibroid dan cyst ni memang panjang. Saya sendiri ada pengalaman tentang fibroid ni. Saya dah kesan fibroid since 2 tahun lepas. Tapi saiznya still kecik dan doktor pun kata tak ada masalah. Doktor bagitahu saya, sebenarnya fibroid or cyst ni majoriti semua wanita ada. Aktive atau tak je dan kedudukan fibroid tu. Kalau macam saya myoma fibroid memang cepat besar.

Dipendekkan cerita ehh…saya start ambil GLA secara konsisten last year. Time tu fibroid saya dah membesar jadi 4cm dan 3cm. Ada 2 eh. Tapi last year ambil GLA on off sebab planning nak pregnant. So takde effect sangat la GLA tu.

Last January saya miscarriage dan fibroid masa tu dah jadi 5cm. Down gila masa tu Allah je yang tahu. Tapi saya tak patah semangat. Lepas tu saya ambil lagi GLA setiap hari 2 biji. Selama 5 bulan kalau tak silap. Dengan izin Allah fibroid saya mengecil ke 4cm dan yang satu lagi 1cm. Yeayy!

Then, next month nya saya planning pulak untuk pregnant. Alhamdulillah. Rezeki dari Allah sekarang I’m expecting. Doa-doakan semuanya berjalan lancar. Memang doktor mengatakan maybe this is not an easy pregnancy sebab fibroid saya turut membesar sekarang. Tapi hopefully semuanya ok.”

.

Cyst dan Senggugut

.

“Pengalaman saya sendiri, cuba GLA sebab nak kecutkan cyst dan ingin hamil. Saya start GLA awal Ogos 2013 tak pernah miss makan. Apa yang saya dapat, haid kembali normal datang tepat pada hari. Tiada lagi senggugut. Bila scan nak tengok cyst doktor kata cyst dah hilang. Betapa seronoknya Allah saja yang tahu. Allah beri lagi rezeki yang tak disangka-sangka. Saya disahkan hamil Oktober 2013 setelah 6 tahun penantian untuk hamil. Pada saya GLA sangat-sangat membantu dalam faktor kesuburan saya. Bukan itu saja. 2 orang customers saya juga berjaya hamil hanya dengan mengambil GLA.”

.

2 Customers Disahkan Mengandung

.

“Customer pertama ambil GLA Complex untuk betulkan period dan untuk mengandung. Baru makan dalam sebulan lebih Alhamdulillah sekarang mengandung 1 bulan.

Yang kedua pula kawan saya ada cyst. Dah nak masuk 2 tahun ambil GLA Alhamdulillah bila scan cyst mengecil dan sekarang disahkan takde. Dan yang paling best sekarang dia dah disahkan mengandung 1 bulan. Alhamdulillah semuanya dengan izin Allah SWT.”

.

Susah Sangat Nak Ada Baby & Ada Cyst

.

“Kes saya, susah sangat nak ada baby. Sedih sangat. Dah ada tapi 2 minggu pastu gugur pulak. Check kat doktor ada cyst dalam 2.7cm. Consume GLA dengan harapan dapat kecutkan cyst. Tapi apa yang saya dapat hehe Alhamdulillah dapat baby pulak. Suka suka. Ini babynya Nur Hana Athirah binti Mohd Hsanuddin 1 tahun 3 bulan.”

.

Ambil GLA Kerana Rasa Selamat

.

“Sebut pasal GLA ni pada mulanya saya terbaca untuk kecutkan cyst atau biji yang tumbuh dalam badan. Kebetulan ada biji kat salah satu susu saya. Tekad nak hilangkan tapi bukanlah hilang pula tapi mengecil Alhamdulillah.

Dan yang saya notice period saya selalu lintang pukang. Bila bulan ni awal, bulan depan kat hujung, then tengah.

Beberapa bulan sebelum tunang tu cepat-cepat ambil GLA. Alhamdulillah konsisten sepanjang bulan. Sebab tu bila dah kahwin tu bulan pertama dan kedua dah tahu waktu subur bila, senang nak ikut jadual kesuburan. Hasilnya tak sampai 2 bulan kahwin dah nampak hasilnya.

Alhamdulillah. Nak bersalin dah pun. Apa yang buat saya rasa selamat ialah kandungan GLA adalah asli, tak memudaratkan langsung, rasa pun manis je.”

.

Pregnant Selepas 4 Tahun Kahwin

.

“Saya ada dua testimoni GLA. Yang first adik saya sendiri masalah haid tak teratur. Atas izin Allah lepas ambil GLA haid teratur dan terus ambil set subur. After 4 years kahwin dia pregnant.”

.

20 Bulan Tak Period?

.

“Saya pertama kali guna GLA bulan 10/2012. Masa tu Humaira usia 21 bulan lebih kurang. Since nifas abis saya langsung tak datang period. Lebih kurang 20 bulan tak datang period tu, cuak rasa. Tu yang buat saya nak try GLA. Dengan harapan datang la period balik nanti/ Sebab saya plan bila Humaira dah 2 tahun, saya nak pregnant lagi kalau ada rezeki tu.

Saya memang takde ambil apa-apa kaedah perancang yang biasa disyorkan doktor/nurse.

Dah nak habis botl ketiga GLA saya makan baru la period saya muncul kembali. Masa tu lagi 2 hari Humaira nak genap usia 2 tahun. Lama sungguh nak tunggu teman baik ni tiba hihihi.

Bulan seterusnya period tak datang lagi. Saya ingat period saya masih ting tong. Masa tu dah stop GLA dah. Tanpa saya sedar rupanya saya pregnant. Tapi bukan rezeki saya, saya keguguran masa usia kandungan 15 minggu kerana masalah blighted ovum.

Lepas berpantang gugur tu period saya ting tong balik. Datang lama sangat sampai cecah 2 minggu. Tak pernah jadi gitu sebelum ni. Abis ting tong pun period lewat je. Tapi tak pernah meleret sampai 2 minggu. So saya decide nak start GLA balik dan juga B Complex untuk bekalan folic acid sebab masih berharap untuk pregnant lagi.

Kira-kira 2 bulan lepas gugur saya start balik GLA. Alhamdulillah Allah Maha Berkuaad, diizinkan saya pregnant lagi selepas 4 bulan dari keguguran tu. Kira-kira tak sempat habis botol kedua GLA saya la masa tu.

Sekarang si comel saya dah lahir bulan Mei lalu. InsyaaAllah akan kembali ber-GLA lagi bulan ni. Bukan untuk regnant lagi, tapi untuk nak glowingkan kulit pula hehe. Moga-moga usaha saya akan berhasil.”

.

Habis Sebotol GLA Terus Lekat Alhamdulillah

.

Sebelum ni ambil Shaklee untuk sihat je. First time ambik GLA dan B Complex sebab memang plan nak baby memandangkan yang sulung dah setahun setengah. Period memang tak teratur dan lepas kahwin pun setahun jugak baru mengandung yang sulung. So nak cuba aturkan period dulu. Alhamdulillah dengan izin Allah, tak habis sebotol GLA terus lekat. InsyaaAllah baby lahir nanti yang sulung umur 2 tahun 2 bulan hihihi.”

.

Period Teratur, Kulit Lembap & Cerah, Berjaya Hamil

.

“Testimoni pelanggan saya – period jadi lebih teratur dan tidak ada period pain. Tak perlu lagi mintak cuti sakit setiap bulan.

Kulit wajah yang kusam dan tak sekata menjadi lebih lembap dan cerah. Jeragat pun semakin pudar.

Berjaya hamil dengan GLA dan ESP. Alhamdulillah semua dengan izinNya.”

.

Sejarah 3 Kali Gugur, 2 Kali Cuci

.

“Customer Anna ni ada 2 orang anak dah. Bongsu 6 tahun. 3 kali gugur, 2 kali cuci. Lama betul nak hamil lepas tu. Decided ambil vitamin Shaklee. Lepas ambil GLA dan ESP, bulan tu jgak hamil sebab Anna dah kira sesiap waktu subur dia. Dan pada masa dia nak ambil tu memang kena dengan waktu subur terus consume GLA. Bulan depan period lewat, check positif. Sekarang 23 weeks dah. Baby sihat dan mama dia pun sihat. Siap rekemen jiran setaman yang kahwin tak dapat anak lagi.”

.

Positif Pregnant Lepas Anak Pertama Dah 6 Tahun

.

“Customer saya ada anak umur 6 tahun, usaha nak anak lagi tapi tak ada rezeki. Dia try usaha dengan GLA, konsisten makan setiap hari. Masuk bulan ketiga add on B Complex. 2 bulan lepas tu bagitahu saya positif pregnant.”

.

Period Celaru Lepas Bukak Implan

.

“Ada sorang kawan pakai implan untuk jarakkan anak. Anak dia dah 4 tahun, dan dia buka implan. Lepas buka, period dah celaru. Padahal normal aje sebelum ni. Sampai setahun tak lekat. Lepas makan GLA tak sampai sebotol Alhamdulillah pregnant. Sekarang dah 7 bulan mengandung anak ketiga. InsyaaAllah anak perempuan. Anak pertama dan kedua lelaki.”

.

Period Tetap, Senggugut Tiada, Cyst Hilang

.

“Saya pun ambil GLA habs 2 botol untuk kesuburan. Sebab saya merancang nak lahirkan anak kedua bulan yang sama dengan kakaknya. Bila makan GLA, period tetap dalam tempoh 4 bulan sebelum hamil. Takde senggugut lagi. Saya juga ada cyst masa hamil anak pertama lagi. Tapi Alhamdulillah anak saya lahir dalam bulan yang sama dan cyst saya juga hilang.”

.

Selepas Berhenti Makan Pil Perancang, Ambil GLA Untuk Betulkan Hormon

.

“Selama 6 tahun makan pil perancang haid keluar normal setiap bulan. Tapi sampai bila nak pil perancang kan? Risau pun ada juga kalau lama sangat makan pil perancang ni. Saya ambil keputusan untuk berhenti makan pil perancang bulan Mac 2014.

Setelah berhenti makan perancang, bulan April haid tak datang2 plak. Sebab hormon dah tak stabil. Saya ambil keputusan makan GLA dan Omega Guard untuk betulkan hormon. Syukur awal bulan Mei haid pun keluar, hati memang gembira.

Bulan Jun tak datang haid pula, adui gelisah pun ada. So saya teruskan makan GLA untuk stabilkan hormon. Smpai la bulan Julai, pun haid tak muncul2 juga.

Tujuan makan GLA semata-mata untuk betulkan hormon supaya haid keluar teratur. Tapi tak sangka plak 2 bulan tak datang haid tu rupa2nya saya dah ter-pregnant haha. Syukur kepada Tuhan.

Saya langsung tak rancang nak ada baby lagi. Almaklumlah anak dah 5 orang. Tapi Tuhan tu Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Saya terima rezeki yang diberi. Untungnya makan GLA ni.”

******

Sebotol GLA didatangkan dengan 60 biji sofgel dengan harga retail RM91.25 untuk pengambilan selama sebulan.

Zuriat merupakan salah satu rezeki yang menjadi rahsia Allah dan terletak di luar kuasa kita sebagai manusia yang lemah.

Tugas kita cumalah terus berusaha, istiqomah berdoa, dan bertawakkal kepada Yang Maha Esa.

Nak berusaha pula, ikhtiarlah dengan ilmu. Dapatkan info yang betul tentang apa yang nak diikhtiarkan itu (contoh produk kesihatan selamat atau tidak).

Kita mahukan yang terbaik, usahalah dengan yang terbaik sahaja.

Bila dah berusaha, selebihnya letakkan pengharapan hanya kepada Yang Maha Berkuasa dan Memberi Rezeki. =)

WHATSAPP AIN UNTUK ORDER DAN KONSULTASI LANJUT

.
Disclaimer : Produk ini ialah suplemen (makanan tambahan) yang melengkapkan nutrisi harian. Bukan bertujuan mendiagnos, merawat, mengubat, mencegah sesuatu penyakit. Soal zuriat ialah kerja Tuhan dan tugas kita cumalah berusaha dan berikhtiar. Testimoni-testimoni yang ada hanyalah testimoni peribadi. Kesan mungkin berbeza bergantung kepada individu.
Gaya Tudung Mengikut Bentuk Muka

Gaya Tudung Mengikut Bentuk Muka

tudung mengikut bentuk muka

Pernah terfikir tak, bila kita tengok seseorang pakai tudung satu gaya ni nampak cantik dan manis saja. Tapi bila kita sendiri kenakan tudung sebegitu, tak secantik yang kita harapkan.

Bentuk muka seseorang memainkan peranan yang penting dalam menentukan gaya tudung yang boleh menampakkannya cantik di mata orang lain. Tak semestinya apa yang digayakan oleh mereka yang mempunyai bentuk muka bujur, sesuai digayakan oleh wanita yang berbentuk muka bulat.

Setiap kita dilahirkan dengan bentuk muka yang unik dan berbeza. Even kembar seiras pun boleh mempunyai bentuk muka yang tidak sama.

Mari kita kenali dulu bentuk muka masing-masing.

Mula-mula, berdiri di hadapan cermin dengan pencahayaan yang cukup. Sekiranya rambut anda panjang dan menutupi pipi, sisirkannya ke belakang telinga atau boleh juga gunakan cekak. Untuk mengetahui bentuk muka sebenar anda, anda perlulah dapat melihat keseluruhan muka anda dengan jelas.

 Berdasarkan ciri-ciri bentuk muka seperti di bawah, bentuk muka kita boleh dibahagikan kepada :

.

1# Bujur

Mereka yang berwajah bujur mempunyai dahi yang lebih lebar berbanding dagu.

Panjang muka juga adalah lebih berbanding lebar muka.

Wanita dengan wajah berbentuk bujur paling mudah mengenakan tudung kerana bentuk muka mereka sesuai dengan apa jua jenis tudung, fesyen dan gaya samada tudung bawal atau shawl, anak tudung syria atau yang longgar.

tudung mengikut bentuk muka

Tudung mengikut bentuk muka, kalau kena gayanya memang cantik dipandang.

.

2# Bulat

Dahi dan dagu mempunyai kelebaran yang lebih kurang sama dan pipi adalah yang paling menonjol di muka anda.

Kerana itu, wanita berbentuk muka bulat sebaiknya menggunakan cekak atau anak tudung terlebih dahulu supaya boleh memberi efek muka bujur selepas memakai tudung.

Untuk jenis fakrik pula, pilihlah fabrik jenis lembut untuk mengurangkan kebulatan muka anda.

Muka bulat yang disebabkan berat badan berlebihan boleh diatasi dengan menurunkan berat badan secara semulajadi dan sihat. Baca Tips Turunkan Berat Badan Dalam Seminggu Secara Sihat.

.

3# Panjang

Wanita yang memiliki wajah berbentuk panjang mempunyai dagu yang panjang.

Kening mereka lebih lonjong dan tinggi. dengan lebar pelipis yang hampir sama dengan lebar rahang.

Oleh itu, mereka yang berbentuk muka panjang dicadangkan pemakaian anak tudung yang menutup sedikit kening untuk mengurangkan kedudukan kening yang tinggi tadi. Contohnya tudung syria.

Beruntung mereka yang bermuka panjang kerana sesuai dengan apa juga gaya shawl.

tudung mengikut bentuk muka

Mereka yang berwajah panjang memiliki pelipis dan rahang yang lebih kurang sama lebar, dan dagu yang panjang.

.

4# Petak

Mudah saja untuk mengenali mereka yang berwajah petak. Lebar pelipis dan rahang lebih kurang sama, dengan rahang yang lebih menonjol.

Disebabkan rahang yang lebih menonjol, dagu mereka kurang kelihatan.

Jadi, pemilihan tudung yang paling sesuai untuk mereka yang berwajah petak ialah dengan menyembunyikan rahang untuk wajah kelihatan lebih bujur. Caranya dengan menggunakan anak tudung atau cekak terlebih dahulu.

Shawl pula disarankan memilih jenis yang boleh dililit untuk menyembunyikan rahang yang lebih lebat.

Tudung jenis siap awning juga sesuai untuk bentuk muka ini.

.

5# Segi Tiga (Hati)

Dagu mereka yang memiliki wajah bentuk segi tiga paling menonjol. Dengan lebar pelipis yang lebih daripada lebar rahang.

Bagi menyerlahkan bentuk wajah comel mereka dan menonjolkan rahang, dsarankan untuk menarik tudung ke belakang yang boleh. Sebagai contoh dengan menggayakan shawl

Jika ingin menggayakan shawl pula, gaya pintalan atau sanggul paling sesuai untuk bentuk muka segi tiga. Pastikan shawl yang digunakan dapat menyembunyikan kekurangan di wajah.

.

Jadi, anda berada dalam kumpulan bentuk muka yang mana satu? Ketahui dengan jelas apa bentuk muka anda, terimalah kenyataan walaupun anda berwajah bulat. Anda pasti akan kelihatan cantik jika kena dengan gayanya.

.

tudung mengikut bentuk muka

Ini bukan tudung mengikut bentuk muka ni dik. Ni gaya macam-macam. Hihihi =P

Tips Puasa Untuk Ibu Hamil Berjaya Berpuasa

Tips Puasa Untuk Ibu Hamil Berjaya Berpuasa

tips puasa untuk ibu hamil

Tips Puasa Untuk Ibu Hamil | Cuma beberapa hari saja lagi kita akan diketemukan dengan bulan Ramadhan lagi. Di bulan yang datangnya cuma sekali setahun ini orang Islam diwajibkan berpuasa selama sebulan.

Kerana bulan Ramadhan ialah bulan yang dijanjikan peluang yang besar untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan, ianya sangat dinanti-nantikan setiap tahun.

tips puasa untuk ibu hamil

Rasulullah SAW memberi berita gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda, “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah SWT mewajibkan kepadamu puasa didalamnya; pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat. Juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya, maka dia tidak memperoleh apa-apa’.” (HR. Ahmad dan An-Nasa’i).

Info lanjut tentang puasa.

Bagi kebanyakan orang yang sihat dan tidak menghidap penyakit-penyakit kronik, berpuasa bukanlah merupakan masalah yang besar bagi mereka. Tetapi bagi sesetengah kumpulan orang, berpuasa ialah satu cabaran yang besar, contohnya ibu hamil.

Alhamdulillah. Sebagai seorang yang pernah berjaya berpuasa penuh ketika hamil sebanyak 2 kali, Ain ingin kongsikan beberapa tips yang membantu Ain berpuasa penuh di bulan Ramadhan.

.

Tips Puasa Untuk Ibu Hamil

.

1# Mindset

Otak kita merupakan organ yang sangat powerful. Fikirkan benda-benda yang positif sahaja, maka hanya yang positif sahaja yang akan datang kepada kita.

Fikirkan yang ibu hamil juga BOLEH berpuasa penuh. Mengandung sebenarnya bukanlah ‘alasan’ untuk tidak berpuasa (kecuali atas nasihat doktor atau boleh memudaratkan ibu dan/atau bayi di dalam kandungan).

Kita kan orang Malaysia?

Malaysia boleh! 🙂

.

2# Jangan Sesekali Skip Sahur

Sepanjang bulan Ramadhan, semasa sahur sahajalah waktu untuk kita ‘isi minyak’ sebelum memulakan perjalanan untuk hari itu.

Tangki minyak yang penuh, perjalanan kita lebih terjamin rasanya. Berbanding tangki yang sedikit minyak atau hampir habis, buatnya ada traffic jam tak ke naya? Hihihi…

Meninggalkan sahur secara sengaja seolah-olah ‘sendiri cari pasal’ kerana sudah tahu diri berbadan dua, seharusnya kita lebih mementingkan waktu sahur.

.

3# Bersahur Dengan Makanan Tinggi Protein

Bila dah bangun bersahur pula, pilihlah jenis makanan yang berkhasiat dan mengandungi kesemua empat kumpulan makanan – karbohidrat, protein, serat, buah – untuk nutrisi ibu hamil dan bayi sepanjang hari.

Selain memberi tenaga kepada ibu, pemakanan seimbang sebegini juga penting untuk kesihatan ibu dan pertumbuhan bayi yang baik.

Pastikan menu sahur anda mempunyai makanan berprotein tinggi. Makanan berprotein tinggi lebih ‘tahan lama’ di dalam perut, memberi rasa kenyang yang lebih lama dan membekalkan tenaga yang lebih berpanjangan untuk ibu hamil.

.

tips puasa untuk ibu hamil

ESP ialah suplemen lengkap protein, membekalkan 14 gram protein setiap hidangan. Indeks glisemiknya yang cuma serendah 39 memastikan ibu hamil kenyang dan bertenaga lebih lama.

.

4# Air Kosong Yang Cukup

Bukan makanan sahaja yang penting semasa bersahur. Pengambilan air kosong yang cukup juga penting untuk memastikan ibu hamil kekal dihidrat sepanjang hari.

Seperti semasa bukan bulan Ramadhan, kita disarankan mengambil kira-kira 2 liter air kosong setiap hari. Ini bersamaan dengan 8 gelas air sehari.

Di bulan Ramadhan, dicadangkan ibu hamil untuk mengambil 3-4 gelas air semasa bersahur. Manakala selebihnya selepas berbuka puasa dan sebelum tidur.

.

5# Elakkan Makanan & Minuman Ini Semasa Bersahur!

Selain memastikan ibu hamil mendapat nutrisi seimbang semasa bersahur, ada beberapa jenis makanan dan minuman yang sebaiknya dielakkan:

  • tinggi kandungan gula – kerana akan menyebabkan cepat letih
  • makanan terlalu masin (banyak garam) – kerana menyebabkan hidrasi badan
  • minuman berkafein – kerana menyebabkan kencing lebih banyak dan badan terhidrasi

.

tips puasa untuk ibu hamil

Minuman berkafein menyebabkan kencing lebih banyak, jadi badan lebih banyak kehilangan air. Adalah disarankan untuk tidak mengambil minuman berkafein semasa bersahur.

.

6# Berbuka Puasa

Untuk saat berbuka puasa pula, seperti yang disarankan dalam Islam, berbuka puasalah dengan makanan yang manis dalam jumlah yang berpada-pada. Contohnya berbuka dengan 3 biji kurma untuk memberi tenaga segera kepada badan.

Disusuli pula dengan air kosong untuk menghidrat semula badan yang telah seharian tidak mendapat air.

Kemudiannya, barulah mengambil makanan berat yang seimbang dengan semua 4 kumpulan makanan tadi.

.

7# Suplemen Hamil

Tips puasa untuk ibu hamil yang terakhir ialah pengambilan supemen.

Disebabkan sepanjang hari ibu hamil tidak akan makan dan minum apa-apa, pengambilan suplemen yang baik sangat menyokong kesihatan ibu hamil dan bayi.

  • protein : membantu memberi tenaga dan rasa kenyang lebih lama
  • multivitamin : melengkapkan nutrisi harian ibu hamil
  • vitamin C : antioksidan dan immune booster (kalau ibu hamil sakit, memang tak laratlah nak berpuasa kan?)
  • B complex :energy booster (menukarkan makanan kepada tenaga)
  • kalsium : membantu tidur ibu hamil lebih lena dan berkualiti, merehatkan otot dengan baik semasa tidur, mengatasi sakit belakang dan kejang otot

.

Ok. Itu saja tips yang Ain nak share untuk ibu hamil berpuasa.

Selamat menyambut Ramadhan yang mulia dan selamat berpuasa. 🙂

tips puasa untuk ibu hamil

Tips Puasa Untuk Ibu Hamil : Klik gambar ini untuk konsultasi dan order Set Hamil yang sangat menyokong ibu hamil untuk berpuasa.