Suplemen Untuk Mata Yang Ayah Consume

Suplemen Untuk Mata Yang Ayah Consume

“Bila jadi macam tu, ayah rasa macam…dah nak mati.”
 
Astaghfirullahalázim. Risau, sedih yang amat bila ayah cakap macam tu.
 
suplemen untuk mata vitamin glaukoma

Bila waktu terbaik mengamalkan suplemen untuk mata, waktu masa masih sihat atau apabila sudah bermasalah?

 
.

Ayah Didiagnos Glaukoma

.
Ayah Ain, 3 tahun lepas diuji dengan masalah mata. Bermula dengan mata kemerahan (conjunctivitis) around masa nak balik dari umrah lagi. Hairan, sebab baru sahaja baik sakit mata, lepas seminggu dua tu, mata jadi merah semula.
.
Lepas dah ok tu, pada suatu hari ayah rasa penglihatan ayah tiba-tiba jadi kabur dengan mendadak! Gabra wei kalau bangun pagi tiba-tiba dah blur!
.
Lebih merisaukan lagi, bila ada juga sakit kepala yang amat menyakitkan. Jadi, ayah pun terus ke hospital pakar mata Vista di Bukit Mertajam untuk diagnosis dan rawatan.
.
Ayah didiagnos acute glaucoma. Terus menjalani rawatan emergency laser sebab bacaan tekanan dalam mata (intraocular pressure) dah sangat tinggi sampai 27! Pakar mata masa tu ada beritahu, yang bacaan tekanan dalam mata yang normal ialah antara 17-20 sahaja.
.
Glaukoma terjadi apabila cecair dalam mata berkumpul di dalam bola mata, mengakibatkan peningkatan tekanan dalam mata (intraocular pressure). Peningkatan tekanan ini boleh menekan saraf penglihatan (optic nerve), menyebabkan buta jika tidak segera mendapatkan rawatan. Glaukoma merupakan punca utama mata buta di kalangan mereka yang berusia 60 tahun dan ke atas. (Sumber & bacaan lanjut)
suplemen untuk mata

Antara simptom glaukoma ialah mata kemerahan, loya dan muntah, sakit di bahagian mata, sakit kepala yang kuat dan gangguan penglihatan yang terjadi secara tiba-tiba.

.
Nasib ayah baik sebab ayah segera berjumpa pakar mata. Tekanan dalam mata ni, kalau berterusan sangat tinggi, boleh menyebabkan buta! Nauzubillahiminzaalik. Alhamdulillah syukur sangat.
.
Selesai laser, ayah diberi ubat titik mata yang bermacam-macam jenis. Dose fluctuating sebab kesihatan mata ayah tak berapa stabil. Sekejap ok, sekejap tidak, sekejap merah balik dan sebagainya. Jadi, selain terus mengikut kata pakar mata dan teruskan ubat titik yang ada, Ain rasa Ain kena buat sesuatu.
.

Ain Perkenalkan Suplemen Untuk Mata Untuk Menyokong Kesihatan Mata Ayah

.
Kami semua tahu, yang ayah risau sangat dengan keadaan mata ayah. Mak lagilah risau, suami dia kot. Huhu.
.
Setiap kali jumpa ayah, ayah mesti cerita topik yang sama – glaukoma. Walaupun ayah kata “ok“, “tak ada apa-apa“, muka ayah nampak risau. Dahi berkerut-kerut memikirkan apa yang akan terjadi. Tak pernah Ain tengok muka ayah ‘ketat’ macam tu. Bukan sehari dua, tapi berminggu-minggu!
.
Ain bukan doktor yang pakar tentang mata. Ain tak ingat pun topik-topik Oftalmologi masa belajar medik dulu. Tak praktik makanya tak ingatlah. Hihihi. Bukan semua doktor tahu pasal semua penyakit ya. Kat sini lah, pentingnya bertanya kepada yang pakar. Dan leganya, ayah dah berjumpa pakar mata dan dapatkan rawatan segera.
.
Apa yang Ain boleh bantu, Ain perkenalkan Vivix & Carotomax kat ayah. Ini ialah suplemen untuk mata yang insyaaAllah boleh menyokong kesihatan mata ayah.
.
Vivix kaya dengan kandungan polifenol, sejenis antioksidan yang baik untuk bantu baiki kerosakan sel. Sel ialah yang paling asas dalam badan kita. Daripada gabungan sel-sel akan membentuk tisu. Gabungan tisu-tisu akan membentuk organ dan seterusnya sistem-sistem.
.
Carotomax plak merupakan prekursor vitamin A, juga antioksidan yang baik untuk kesihatan mata. Carotomax ada pelbagai jenis carotenoids yang susah kita nak dapat sepenuhnya dari makanan.
.
Ain bagitau juga, semua ni cuma suplemen untuk mata, bukannya ubat. Bukan. Bukan hari ni makan, esok terus baik, tak. Nutrisi yang baik membantu menyihatkan dari dalam, ambil masa untuk lebih sihat jadi kena bersabar.
.
suplemen untuk mata vitamin glaukoma

Gambar ayah dengan suplemen untuk mata yang Ain cadangkan.

.

Sebulan berlalu…

“Ayah rasa ada kesan la Vivix & Carotomax tu.”
Pendek saja ayat ayah. Tetapi cukup untuk Ain rasakan yang ayah dah sukakan Vivix & Carotomax tu. Alhamdulillah. Sampai satu masa tu, setiap kali ‘balik kampung’ (rumah Ain dengan parents 5-10 minit naik kereta je) itulah ayat ayah haha.
.
Sekarang, ayah dah nampak lebih ceria macam dulu. Leganya hanya Allah sahaja yang tahu. Terima kasih Allah sebab mudahkan Ain untuk tolong ayah lebih sihat.
.
Dalam hidup ni, ada banyak pengajaran yang kita boleh dapat. Belajarlah dari cerita orang lain. Kalau nak belajar dari cerita kita sendiri, kita tak tahu masa tu dah terlambat atau tidak.
.
Kadang kala, kita tidak sedar yang sesuatu tu amat berharga bagi kita sampailah kita hampir-hampir atau dah pun kehilangannya. Tak ramai yang cakna pentingnya mencegah dari mengubat. Bila dah sakit, tak semua bernasib baik dapat sembuh sepenuhnya. Tak semua orang diberi peluang kedua, ketiga atau ke berapa kali pun.
.
Kesimpulanya, cegahlah sebelum terlambat. Dan cegahlah sebelum menjadi lebih parah.
.
(Produk ini bukan bertujuan mengubat, merawat, mendiagnos, mencegah sesuatu penyakit. Kesan pengambilan mungkin berbeza bagi orang yang berbeza)

.

Nak tahu apa lagi yang jadi kat ayah Ain lepas makan suplemen untuk mata tu? Terjah entri “Biar Semua Tahu Betapa Bahayanya Makan Shaklee“. Perlukan konsultasi kesihatan dan kecantikan dari dalam secara semulajadi? Hubungi Ain 016-4214704

Bahayakah Tidur Dengan Handphone?

Bahayakah Tidur Dengan Handphone?

tidur dengan handphone
Berdasarkan kajian, 44% orang mengamalkan tidur dengan handphone atau telefon bimbit diletakkan berhampiran dengan mereka semasa tidur.

Tindakan ini sebenarnya boleh membahayakan!

Apa yang kebanyakan kita tahu, telefon bimbit membebaskan cahaya biru yang boleh membantutkan penghasilan hormon melatonin untuk merangsang rasa mengantuk dan kita akan tidur. Tetapi sebenarnya kesan tidur dengan handphone adalah lebih daripada ini!

Secara amnya, telefon bimbit dan kebanyakan gajet lain seperti televisyen, radio dan tablet, akan melepaskan sejumlah tenaga radiofrekuensi semasa menghantar dan/atau menerima maklumat.

Beberapa kajian mendapati, pendedahan berterusan kepada tenaga radiofrekuensi ini boleh mengancam kesihatan termasuklah:

  • dikaitkan dengan beberapa jenis kanser seperti kanser otak, saraf akustik (saraf yang bertanggungjawab untuk pendengaran dan keseimbangan), dan kelenjar air liur
  • boleh menganggu kesuburan lelaki – menurunkan jumlah sperma, mengurangkan keaktifan sperma
  • mengakibatkan sakit kepala
  • mempengaruhi keupayaan belajar, memori dan perangai seseorang
  • mengganggu waktu dan kitar tidur anda.

Walaupun kesemua kajian ini tidak dapat dibuktikan sebaiknya, World Health Organization (WHO) telah memberi amaran tentang bahaya kesan tenaga radiofrekuensi ini pada tahun 2011. WHO menyatakan, penggunaan handphone berkemungkinan penyebab kepada pertumbuhan sel-sel abnormal (kanser) dalam manusia terutamanya kanak-kanak.

tidur dengan handphone

.

4 TIPS MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT

.

Oleh kerana penggunaan telefon bimbit yang semakin meluas dan penting untuk kehidupan zaman ini, untuk tidak menggunakan ia sepenuhnya adalah mustahil.

Namun, kerana kesan penggunaan telefon bimbit di atas adalah sesuatu yang membimbangkan, apa yang anda boleh lakukan ialah seperti berikut:

.

1. Menggunakan handphone pada jarak sejauh mungkin dari diri anda.

Contohnya menggunakan headset atau bluetooth ketika bercakap telefon, dan membawa handphone di dalam beg berbanding meletakkan ia di dalam poket yang lebih dekat dengan badan anda.

.

2. Elakkan menggunakan handphone semasa ia mengeluarkan jumlah tenaga radiofrekuensi tertinggi.

Bagaimana anda nak tahu waktu handphone melepaskan tenaga radiofrekuensi tertinggi?

Iaitu semasa coverage tak berapa bagus, ketika bateri semakin ‘kong’, dalam kenderaan yang bergerak laju atau ketika anda sedang memuat turun sesuatu yang agak besar saiz failnya. Sewaktu kesemua inilah, handphone ‘berusaha’ berfungsi dengan baik (melepaskan tenaga radiofrekuensi lebih banyak dari biasa).

.

tidur dengan handphone

3. Tidur dengan handphone? Sebaiknya elakkan!

Kecuali anda telah tetapkan mode kepada ‘Airplane Mode’ dan letakkan sekurang-kurangnya 1 kaki jauh dari anda.

.

4. Jangan mudah terpengaruh dengan produk yang claim boleh menyekat tenaga radiofrekuensi.

Kenapa?

US Federal Trade Commision menyatakan, produk-produk seperti ini boleh mengganggu signal handphone. Jadi kehadirannya menyebabkan handphone terpaksa ‘bekerja’ lebih keras untuk menghantar dan menerima maklumat. Bekerja keras bermaksud, akan melepaskan lebih banyak tenaga radiofrekuensi yang kita tidak mahu.

.

Kesimpulannya, teknologi berfungsi memudahkan kehidupan. Tetapi ia juga boleh memudaratkan jika digunakan secara tidak terkawal.

macular degeneration

Handphone juga dikatakan salah satu punca penyebab macular degeneration, penyakit yang boleh mengakibatkan buta yang tidak boleh sembuh lagi.

.

Baca juga entri Tak Cukup Tidur – Bahaya Yang Mengundang.

.

Sumber:

  1. www.health.com
  2. www.livestrong.com
  3. www.healthline.com
Ayam Penyebab Kanser Mengandungi Arsenik

Ayam Penyebab Kanser Mengandungi Arsenik

ayam penyebab kanser

Bertahun-tahun lamanya, muncul persoalan sama ada betulkah ayam mengandungi bahan yang boleh menyebabkan kanser atau tidak, Food and Drug Administration (FDA) hanya menyembunyikan kebenaran.

FDA pada ketika itu menyatakan arsenik yang terkandung di dalam ayam cuma dalam kuantiti yang kecil sahaja dan tidak mendatangkan mudarat kepada kesihatan manusia.

Namun akhirnya, pada tahun 2016, FDA ‘mengaku’ bahawa kebanyakan ayam yang ada di sekitar United State of America mengandungi arsenik bukan organik yang sangat beracun!

.

Apa Itu Arsenik?

.

Arsenik ialah sejenis karsinogen (carcinogen = bahan penyebab kanser) berwarna kelabu, silver atau putih yang tidak mempunyai bau.

Jadi, anda boleh terdedah kepada arsenik tanpa disedari pada bila-bila masa sahaja.

Kebiasaannya, arsenik digunakan dalam industri pertanian (dalam racun serangga), penggalian dan pembuatan.

Walaupun arsenik merupakan bahan kimia berbahaya, kajian pada tahun 2006 membuktikan, kira-kira 70% ayam di US telah diberi makan arsenik!

Ini kerana, arsenik membantu ayam-ayam ini membesar dengan cepat dan memberi warna merah yang ‘sihat’ kepada ayam.

Permintaan ayam kan semakin meningkat dari hari ke hari, jadi sudah tentulah arsenik penyelesaian kepada masalah pembekalan ayam yang banyak, cepat, besar, nampak ‘sihat’ dan lebih murah.

ayam penyebab kanser

Betulkah ayam penyebab kanser? Ayam-ayam ini adalah pada usia yang sama tetapi saiz yang berbeza kerana perubahan genetik.

.

Tahukah anda, arsenik sangat bertoksik!

.

Jabatan Kesihatan Sains Alam Sekitar, University of South Carolina menyatakan, arsenik yang bergabung dengan merkuri boleh mengakibatkan kesan neurologi yang tidak diingini kepada bayi dalam kandungan dan kanak-kanak kecil.

Antara lain, kajian lain pula menyatakan bahawa arsenik adalah sebanyak 4 kali ganda lebih beracun daripada merkuri!

Manakala kajian yang disiarkan dalam Journal of American Medical Association menyatakan, mereka yang memakan beras yang mengandungi arsenik mengalami perubahan sel yang berkaitan perkembangan kanser!

Banyak kajian lain juga mengesahkan yang arsenik boleh mengakibatkan invasice squamous cell carcinoma, kanser kulit, paru-paru, buah pinggang dan rahim.

.

Jadi, dah tak boleh makan ayam lah kita?

.

Fakta-fakta di atas Ain dapat dari lama web Healthy Food Advice ini yang mana ini adalah hasil kajian terhadapt ayam penyebab kanser di US.

Bagaimana pula dengan ayam-ayam di Malaysia? Wallahu’alam.

Tetapi melihat kepada permintaan tinggi terhadap ayam, dan ‘rupa’ ayam sekarang yang gemuk-gemuk, menyebabkan Ain sendiri terfikir, tidak mustahil ayam-ayam di Malaysia juga diberi suntikan ubat dan sebagainya.

Nak mengelak ayam sehingga akhir hayat kita macam mustahil kan?

Dan sudah tentulah payah amat kita nak mengenali ayam mana satu yang baik atau tidak di pasaran (kecuali ayam yang dibela sendiri).

Jadi, jalan terbaik pada pendapat Ain ialah makan secara berpada-pada dan kalau boleh pilih ayam yang lebih sihat seperti ayam kampung, why not kan?

Lebih baik lagi, anda juga mempunyai pilihan sumber protein lain selain ayam sahaja.

Dalam masa yang sama, amalkan pemakanan seimbang dan pengambilan suplemen antioksidan untuk menghalang kerosakan oleh radikal bebas.

.

Ya, realitinya, kita terpaksa hidup dalam keadaan yang tidak sihat.

Nak makan ayam ke tidak adalah pilihan masing-masing.

Nak ambil suplemen antioksidan seperti vitamin A, C, E dan polifenol yang berkualiti sebagai protection juga pilihan masing-masing.

Tepuk dada, tanya diri.

Health is the real wealth.

Anda Serius Untuk Lebih Sihat?

8 Tips Hilangkan Jerawat Dari Akar Umbi

8 Tips Hilangkan Jerawat Dari Akar Umbi

tips hilangkan jerawat

Tips Hilangkan Jerawat

“Haihh, muka penuh jerawat ni tak pernah surut-surut jerawatnya. Malah semakin hari semakin bercambah! Surut satu naiknya dua ketul. Dah cuba macam-macam skincare dan suplemen semua tak jadi.”

Anda salah seorang yang pernah bermonolog seperti di atas?

Ada masalah jerawat yang tak pernah berhenti bertahun-tahun lamanya. Daripada suplemen murah kepada yang mahal (mungkin dah cuba Shaklee juga tapi tetap tak berkesan), daripada produk tempatan kepada import pun tak ‘jalan’.

Nak cuba skincare popular terbaru Youth rasa macam mahal pulak, kan?

Jadi, apakah tips hilangkan jerawat dari akar umbi yang boleh anda cuba pula?

Pernahkah anda terfikir, masalah kulit mungkin berpunca dari pemakanan harian anda?

Ya. Apa yang anda makan setiap hari boleh jadi punca utama kenapa ‘rawatan’ untuk masalah jerawat anda gagal!

Di dalam sebuah NutriCures hasl tulisan Alice Feinstein, seorang pakar kulit, Dr. Treloar berkata,

“Di negara-negara lain, apabila diet bertukar lebih kepada diet Barat – iaitu pemakanan seperti orang Amerika – jerawat mula muncul sebagai masalah.”

Kata-kata beliau in adalah berdasarkan bukti contohnya di Alaska dan Canada yang mana pada awalnya masyarakat di sana mempunyai kulit wajah yang bersih. Namun, mereka mula mengalami jerawat apabila bertukar cara pemakanan seperti yang dinyatakan.

Begitu juga dengan masyarakt di Pulau Okinawa, Jepun. Sebelum Perang Dunia Kedua, masyarakat di sini mempunyai kulit wajah yang licin. Tetapi remaja di sini mula menghadapi masalah jerawat setelah diet di atas diperkenalkan.

.

tips hilangkan jerawat

.

Bagaimana Jerawat Terjadi?

.

Semakin anda meningkat dewasa, berlakunya peningkatan aktiviti hormon dalam badan anda. Ini merangsang penghasilan sebum yang lebih banyak terutamanya di bahagian muka.

Seterusnya, sebum berlebihan ini akan menyumbatkan liang pori wajah, mengakibatkan berlakunya keradangan. Keradangan dimanifestasi sebagai kulit kemerahan, kemunculan whiteheads dan blackheads.

Apabila dijangkiti, maka akan muncullah ketulan kecil samada ada atau tiada nanah di dalamnya. Inilah yang dipanggil jerawat.

.

Apa Pula Kaitan Pemakanan Dengan Jerawat?

.

Tahukah anda, jenis makanan yang PALING JAHAT penyebab jerawat ialah makanan MANIS?

Untuk pengetahun umum, apabila makanan manis masuk ke dalam perut kita, insulin akan dihasilkan untuk menukarkan gula tersebut kepada glikogen. Terlalu kerap dan banyak mengambil makanan manis akan merangsang penghasilan insulin secara tidak terkawal! Boleh rujuk entri tentang Kencing Manis untuk bacaan lanjut.

So apa kaitan insuin dan masalah jerawat?

Selain menukarkan gula kepada molekul yang lebih ringkas, insulin juga bersifat pro-keradangan dan boleh mempengaruhi hati. Apabila ini berlaku, jadilah peningkatan aktiviti hormon yang boleh menjurus kepada terjadinya masalah jerawat.

Sebagai contoh, hormon testosterone dalam badan lelaki akan meningkatkan penghasilan sebum. Lagi banyak insulin, lagi banyak testosterone, lagi banyak sebum, lagi banyak jerawat!

Dan, insulin juga berupaya mempengaruhi penghasilan sebum secara terus.

So, nak tahu cara pemakanan yang baik untuk merawat masalah jerawat, teruskan membaca tips hilangkan jerawat di bawah.

.

tips hilangkan jerawat

.

8 Tips Hilangkan Jerawat Dari Akar Umbi Ialah Dari Pemakanan Yang Sihat

.

Sihat macam mana tu?

Selain kurangkan sekurang-kurang yang boleh pengambilan gula,

  1. banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
  2. pilih protein yang berkualiti (Baca entri tentang ESP Sebagai Suplemen Protein Lengkap)
  3. piihlah makanan berkarbhidrat komplex yang kaya serat dan nutrient seperti bijirin
  4. elakkan makanan kalori tinggi tetapi rendah nutrisi (contoh paling popular ialah makanan segera, makanan yang diproses seperti hotdog, burger dan nugget)
  5. elak memilih makanan tinggi fruktosa yang merupakan pemanis dalam soda dan makanan yang diproses (penting untuk baca dan baca dan baca label sebelum membeli)
  6. nak pilih minyak sayuran pula, carilah yang BUKAN hydrogenated atau partially hydrogenated
  7. minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter setiap hari
  8. pengambilan suplemen sebagai penyokong kesihatan kulit

.

Bagaimana pula dengan suplemen?

.

Suplemen cuma bertindak sebagai penyokong dan pelengkap nutrisi anda. Anda jaga makan seperti di atas, akan berganda-gandalah suplemen menyokong. =)

Antara cadangan suplemen yang boleh anda cuba ialah:

  • multivitamin multimineral untuk melengkapi lompong nutrisi harian yang asas
  • asid lemak omega-3 : disarankan pengambilan sebanyak 1-3 gram sehari
  • selenium berfungsi di dalam enzim yang bertindak mengurangkan keradangan penyebab jerawat
  • vitamin A sebagai antioksida yang melindungi kulit dari kerosakan oleh radikal bebas
  • B3 berdasarkan kajian adalah berkesan seperti antibiotik Clindamycin yang disapu untuk merawat jerawat
  • B6 yang lebih kepada jerawat yang dikaitkan dengan haid (premenstrual syndrome)
  • vitamin E juga sebagai antioksidan
  • zink berdasarkan kajian bertindak di dalam metabolisma testosterone

.

Haaa, dah baca dan hadam semua tips hilangkan jerawat ni?

Nak kurangkan jerawat dan dapatkan kulit cantik, kenalah apply cepat-cepat.

Ilmu tanpa amal, kan ibarat pokok yang tidak berbuah? Hehehe… =)

.

– Ainniah Zulkefli 0164214704, Pengedar Shaklee Butterworth –

Rawatan Faraj Kering Ketika Bersama Suami

Rawatan Faraj Kering Ketika Bersama Suami

faraj kering

Masalah faraj kering ketika bersama suami bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan seorang wanita. Walaupun kebanyakannya menghantui wanita yang telah menopaus, masalah ini juga boleh melanda wanita dari mana-mana peringkat usia walaupun sebelum menopaus.

Ianya bukan sahaja mengganggu hubungan intin suami isteri, tetapi juga mengakibatkan pelbagai ketidakselesaan lain. Sebagai contoh kegatalan faraj, sakit seperti terbakar terutamanya ketika bersama, pendarahan dari faraj, masalah kencing dan boleh merisikokan kepada jangkitan kuman dan kulat.

Secara semulajadinya, dinding faraj wanita adalah lembap kerana adanya lapisan nipis cecair jernih. Penghasilan cecair jernih ini ditentukan oleh kehadiran hormon estrogen. Hormon estrogen juga mengekalkan kesihatan faraj, ketebalan dan keelastikannya.

Faraj kering terjadi bukan sahaja apabila berlakunya kemerosotan paras hormon estrogen contohnya selepas menopause, tetapi juga atas sebab-sebab lain.

.

Punca-punca Faraj Kering

.

Selain faktor penuaan dan menopaus yang berlaku secara semulajadi, berikut adalah antara punca terjadinya faraj kering:

  • selepas melahirkan bayi kerana perubahan hormon
  • wanita yang sedang menyusukan bayi mempunyai paras estrogen yang lebih rendah
  • radioterapi dan kimoterapi (rawatan kanser) yang ‘membunuh’ sel-sel yang menghasilkan cecair faraj
  • pembedahan pembuangan ovari atas indikasi tertentu
  • pengambilan ubat anti-estrogen contohnya untuk merawat masalah ginekologi
  • Sjogren syndrome iaitu sejenis penyakit autoimun yang ‘menyerang’ sel-sel dalam badan yang memberi kelembapan kepada kulit
  • alahan terhadap sesuatu termasuklah penggunaan pencuci faraj, sabun, panty liner dan sebagainya
  • sesetengah ubat anti-depresi
  • meruang (Rujuk entri Meruang Faraj : Perlu Atau Bahaya untuk info lanjut)
  • merokok : mengganggu pengaliran darah menyebabkan berkurangnya oksigen ke faraj, ‘membunuh’ estrogen semuajadi dalam badan wanita
  • foreplay yang tidak cukup sebelum berhubungan intim

.

faraj kering

Awas dengan penggunaan pencuci faraj tanpa nasihat doktor, ianya mungkin punca faraj anda kering!

.

Rawatan Untuk Faraj Kering

.

Jika anda salah seorang yang menghadapi masalah ini, pertamanya, pergilah berjumpa doktor untuk mengenalpasti yang ianya bukan disebabkan sesuatu yang serius. Anda mungkin dinasihatkan untuk melakukan ujian Pap Smear juga sebagai screening untuk kanser serviks.

Antara lain, rawatan untuk masalah ini termasuklah seperti berikut :

.

1# Estrogen Topikal

.

Untuk mengembalikan kelembapan faraj yang disebabkan menurunnya paras estrogen, rawatannya tentulah dengan memberi estrogen semula. Ini boleh dilakukan dengan 3 pilihan di bawah :

  1. Estring – merupakan gelang estrogen lembut dan fleksibel yang dimasukkan ke dalam faraj di mana ia akan melepaskan hormon estrogen secara terus kepada tisu faraj. Gelang ini perlu diganti setiap 3 bulan
  2. Tablet Vagifem – ialah tablet yang mengandungi estrogen yang dimasukkan ke dalam faraj menggunakan alat khas. Di peringkat permulaan, tablet ini perlu dimasukkan sekali setiap hari untuk 2 minggu, kemudiannya 2 kali seminggu sehingga anda tidak memerlukannya lagi
  3. Krim Premarin 

.

faraj kering

Vagifem – tablet yang mengandungi estrogen dimasukkan ke dalam faraj menggunakan alat khas.

.

Oleh kerana rawatan topikal ini menggunakan hormon estrogen, pastilah boleh ada kesan sampingan juga seperti pendarahan faraj dan sakit payudara.

Rawatan ini juga adalah kontraindikasi untuk kes-kes berikut:

  • pesakit kanser payudara atau rahim
  • pendarahan vagina yang tidak ketahuan puncanya
  • ibu mengandung
  • dan ibu menyusu

.

2# Lubricants

.

Lubricants ialah cecair atau gel yang disapu dalam faraj atau penis pasangan anda sebaik sebelum melakukan hubungan intim.

Dengan cara ini, dapat memberi kelembapan segera kepada faraj anda, tetapi kesan itu hanya sementara dan tidak berpanjangan.

Ia boleh didapati dari mana-mana farmasi yang menjualnya tanpa preskripsi doktor. Anda mungkin perlu mencuba beberapa jenis lubricants sehingga menjumpai yang paling sesuai dengan anda.

.

3# Pelembap Faraj (Moisturizers)

.

Pelembap faraj pula ialah krim yang disapukan di dalam faraj untuk melembapkannya.

Kerana kesannya yang lebih berpanjangan berbanding lubricants, ianya boleh disapu sekali dalam masa beberapa hari.

Tips pemilihan pelembap faraj : Pilihlah yang berasaskan air (water-based) kerana pelembap faraj yang berasaskan minyak atau petroleum boleh mengganggu getah pada kondom (jika pasangan menggunakannya) dan kadang kala pula boleh menyebabkan iritasi pada faraj anda.

.

4# Hormone Replacement Therapy (HRT)

.

Bagi wanita yang mengalami kekeringan faraj disebabkan menopaus, anda akan lebih bermanfaat dengan rawatan HRT.

Rawatan ini bukan sahaja membantu masalah faraj kering, tetapi juga membantu menangani simptom-simptom menopaus yang lain.

Untuk HRT, berjumpalah dengan doktor untuk konsultasi lanjut.

.

5# DON’T

.

Selain rawatan topikal, ELAKKAN perkara-perkara yang boleh mengakibatkan faraj menjadi kering seperti meruang, menggunakan pencuci faraj, mandi buih, menggunakan sabun di bahagian faraj (boleh mengganggu mikroflora faraj juga), merokok dan sebagainya.

.

faraj kering

Walaupun anda tidak merokok, jauhi perokok kerana kesan perokok sekunder dan tertier adalah lebih mudarat berbanding perokok itu sendiri.

.

Pemakanan dan Suplemen Untuk Masalah Faraj Kering

.

Tahukah anda, dinding faraj ialah umpama kulit luaran kita. Apa sahaja yang baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit, ianya baik juga untuk kesihatan faraj.

Jadi, untuk kesihatan dan kecantikan kulit (dan faraj), lakukanlah perkara-perkara berikut:

  • mengamalkan pemakanan seimbang untuk mendapat nutrisi lengkap
  • pastikan air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas penuh setiap hari
  • banyakkan sumber makanan yang kaya dengan estrogen (lihat video di bawah untuk senarai makanan) dan antioksidan (vitamin A, C dan E)

.

.

Sekiranya anda berminat untuk mengambil suplemen sebagai pelengkap nutrisi untuk masalah ini, berikut ialah produk-produk cadangan :

  • ESP : susu soya semulajadi nonGMO (tidak diubah genetik) yang kaya dengan phytoestrogen yang menyerupai estrogen
  • Vitalea : mutivitamin multimineral lengkap untuk mengisi lompong nutrisi harian (2 tablet Vitalea bersamaan dengan zat dari 40 jenis lauk pauk!)
  • SR Vita C Plus : dengan sistem “sustained release” membekalkan 500mg vitamin C untuk 5 jam secara berterusan
  • Vita E Complex : antioksidan yang membantu melembapkan faraj, daripada ekstrak biji anggur yang menyediakan vitamin E semulajadi (susah nak jumpa suplemen vitamin E semulajadi sekarang)
  • Carotomax : prekursor vitamin A yang baik untuk kesihatan kulit dan membantu melembapkan faraj
  • GLA Complex : mengandungi gamma linoleic acid yang membantu melembapkan faraj (“adik-beradik” EPO ni)
  • Alfalfa Complex : sebagai jamu dan kacip fatimah moden

.

Nota kaki : Admin mengaku admin ‘seriau’ nak masukkan benda-benda dalam faraj. So, nak senang jaga pemakanan dan amalkan suplemen lah. =)

Disclaimer : Produk-produk ini BUKAN bertujuan mendiagnos, mengubat, merawat atau mencegah sesuatu penyakit.

Cara Makan Vitamin Shaklee Untuk Kesan Optimum

Cara Makan Vitamin Shaklee Untuk Kesan Optimum

cara makan vitamin shaklee

Untuk mendapatkan kesan optimum, pastikan terlebih dahulu cara makan vitamin Shaklee yang anda beli adalah betul dan sesuai untuk anda.

Secara amnya, dos saranan setiap produk Shaklee sudahpun dilabel pada botol atau kotak.

beli shaklee di lazada

Anda pernah membeli suplemen Shaklee dari Lazada, Shoppe atau mana-mana laman e-commerce tanpa konsultasi? Anda perlu tahu APA KESAN BELI SHAKLEE DI LAZADA (Klik untuk baca lanjut)

.

Cara Makan Vitamin Shaklee Untuk Kesan Optimum

.

Alfalfa Complex

  • jumlah saranan harian ialah 10 biji sehari, boleh diambil sekaligus atau beberapa kali sehari
  • contoh : ibu menyusu yang mengambil Alfalfa sebagai milk booster boleh mengambil 2 biji Alfalfa setiap kali selepas menyusukan atau mengepan (total 5 kali ambil 2 biji = 10 biji)
  • untuk tujuan menurunkan berat badan, dicadangkan pengambilan pada awal pagi sebelum makan (contoh : 5 biji pagi, 5 biji malam)
  • boleh diubahsuai mengikut badan masing-masing kerana Alfalfa sejenis herba yang memanaskan badan
  • tidak sesuai untuk ibu berpantang yang menyusukan bayi yang jaundice

cara makan vitamin shaklee

Sebaiknya dapatkan konsultasi penuh dari pengedar anda tentang cara makan vitamin Shaklee dengan betul.

.

B Complex

  • sebiji selepas sarapan
  • ambil pada waktu pagi kerana fungsinya untuk menukarkan makanan kepada tenaga. Jadi, mengambil pada waktu pagi menyediakan kita untuk hari kita
  • perubahan warna air kencing kepada kuning terang atau hijau muda selepas mengambil B Complex adalah normal kerana vitamin B disingkirkan melalui air kencing

.

Carotomax

  • sebiji sehari selepas sarapan

.

Collagen Powder

  • sememangnya waktu perut kosong ialah waktu terbaik untuk mengambil Collagen Powder
  • cuma larutkan 1 sachet ke dalam air kosong atau apa-apa air kegemaran anda

.

Chewable-C Plus

  • setiap tablet menyediakan 100mg vitamin C
  • untuk kanak-kanak boleh ambil sebiji sehari (lebih semasa tidak sihat)

.

CoQ Trol Plus

  • sebiji selepas sarapan
  • elakkan mengambil pada waktu petang atau malam kerana dikhuatiri boleh mengganggu waktu tidur (terbeliak je mata kang walau dah pagi buta hihi)

.

“Sebiji pagi, siang tak mengantuk sampai petang. Walaupun malam sebelumnya coaching sampai 1 pagi. CoQ Trol power!” (Master Farihah)

.

DTX Complex

  • 3 biji pagi untuk detox

.

Energizing Soy Protein

  • bancuh 3 sudu besar ESP dengan air kosong atau minuman kegemaran anda
  • kerana ESP ialah suplemen protein dan protein sangat sensitif dengan suhu tinggi, elakkan membancuh dengan air panas kerana dikhuatiri protein akan musnah pada suhu tinggi
  • ambil semasa perut kosong (contoh: sebelum sarapan) atau selepas makan jika anda bertujuan menaikkan berat badan

.

Garlic Complex

  • sebiji selepas sarapan dan sebiji selepas dinner

.

GLA Complex

  • kesuburan : sebiji pagi, sebiji malam
  • juga mengandungi vitamin E tetapi pada dos yang kecil

.

Herblax

  • 4 biji sebelum tidur, ambil sekali sekala sahaja (bukan setiap hari)
  • mengambil herblax akan menyebabkan kesan sampingan seperti cirit-cirit, perut memulas kerana sedang membersihkan usus (bagi masalah sembelit) untuk permulaan
  • semakin tinggi kandungan toksin dalam badan anda, semakin banyak anda akan mengalami cirit-birit
  • untuk mereka yang sihat, kebiasaannya mengambil Herblax tidak mendatangkan apa-apa kesan sampingan (contoh: mungkin sakit perut sikit-sikit sahaja)

.

Peringatan : anda berpotensi mengalami krisis penyembuhan bergantung kepada badan masing-masing

cara makan vitamin shaklee

Adakah mengalami kesan sampingan selepas mengambil suplemen membahayakan? Jika telah berjumpa doktor dan pemeriksaan adalah normal, ketahui tentang Krisis Penyembuhan

.

Lecithin

  • 6 biji sebelum sarapan untuk menurunkan berat badan
  • ibu menyusu yang mengalami masalah salur susu tersumbat, boleh ambil 3 biji selepas lunch dan 3 biji selepas dinner

.

Meal Shakes

  • kanak-kanak : bancuh sesudu kecil untuk permulaan, kemudiannya boleh up lagi (bergantung kepada umur, keperluan dan lain-lain)
  • dewasa : 1/4 cawan dibancuh
  • boleh bancuh dengan air kosong atau dicampur dengan minuman kegemaran

cara makan vitamin shaklee

Minuman jenis serbuk boleh dipelbagaikan cara bancuhan dengan mencampurkan dengan jus atau buah-buahan segar.

.

Nutriferon

  • 1 sachet setiap hari atau seminggu sekali
  • boleh dimakan begitu sahaja (sedap) atau dicampur ke dalam minuman

.

Omega Guard

  • 3 capsule selepas dinner
  • ada juga yang mengambil sebelum melakukan kerja rumah atau workout (akan berpeluh lencun, baik untuk membakar lemak)

.

Ostematrix

  • 3 biji sebelum tidur

.

Peppermint GingerPlus

  • 3 biji selepas makan

.

Performance Drink

  • bancuh 3 sudu besar dengan segelas air kosong
  • boleh diambil pada bila-bila masa terutamanya selepas workout, waktu berbuka puasa untuk membantu menghidrat
  • boleh dicampur dengan minuman Shaklee lain seperti ESP, Meal Shakes atau Cinch Tea Mix

performance drink shaklee

Performance Drink minuman kegemaran atlit kerana menghidrat dengan baik.

.

Phytocol ST

  • kerja fitosterol ialah ‘menangkap’ dan menghalang kolesterol dari diserap ke dalam darah
  • sebab itu dos saranannya ialah 2 biji selepas lunch dan 2 biji selepas dinner

.

Sustained Release Vita C Plus

  • untuk consumer yang sihat, boleh ambil sebiji selepas sarapan pagi
  • dan bagi yang tidak sihat pula, boleh ambil 2 biji setiap 5 jam (total 8 biji sehari = 2000mg)
  • vitamin C Shaklee ialah sustained release, jadi akan melepaskan vitamin C secara perlahan-lahan dalam masa 5 jam (100mg setiap jam)

.

Vita E Complex

  • sebiji sebelum tidur atau selepas dinner

.

Vitalea

  • 2 biji sehari selepas sarapan untuk mengurangkan rasa loya dan muntah
  • bagi kes anemia, disarankan pengambilan bersama vitamin C untuk meningkatkan penyerapan zat besi (zat besi digunakan untuk menghasilkan sel darah merah)

cara makan vitamin shaklee

Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi.

.

Vitalea for Children

  • sebiji selepas sarapan

.

Vivix

  • cuma 1 sudu kecil sehari semasa perut kosong
  • goncang dahulu sebelum minum
  • cara penyimpanan : di dalam freezer untuk mengekalkan kesegarannya (Vivix 100% semulajadi dan bebas bahan kimia)

.

ResV

  • 2 biji sofgel setiap hari

.

Cinch Shake Mix

  • boleh dijadikan meal replacement bagi mereka yang hendak menurunkan berat badan
  • bancuh 2 scoops (scoop disediakan dalam canister) dengan air kosong
  • didatangkan dalam 3 perisa sedap seenak desert – vanila, caffe, chocolate

.

Cinch Tea Mix

  • bancuh 1 sachet dengan air suam tanpa gula
  • baik untuk menurunkan berat badan kerana sangat rendah kalori (1 sacahet = 5 kalori sahaja) dan boleh meningkatkan metabolisma badan untuk membakar lebih banyak lemak

.

PERINGATAN:

Kesimpulannya, entri ini cuma saranan dos yang diberikan secara am oleh Shaklee.

Cara pengambilan yang sebetulnya adalah individualized, terutamanya orang tua, mempunyai masalah kesihatan dan sebagainya.

Penjualan melalui laman web e-commerce adalah DILARANG sama sekali oleh Shaklee, tiada jaminan oleh Shaklee, dan boleh merosakkan market dan nama baik Shaklee.

Oleh itu, dapatkanlah suplemen Shaklee dari pengedar sah sahaja melalui konsultasi yang jelas dan lengkap untuk manfaat anda.

Shaklee bukan sahaja menyediakan produk berkualiti untuk menyokong kesihatan anda, tetapi juga memberi peluang menjana pendapatan tanpa batasan.

Sesiapa yang mempunyai impian boleh melakukannya!

Klik gambar untuk Ain bantu.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Carotomax Shaklee

Carotomax Shaklee

testimoni carotomax shaklee

Testimoni Carotomax Shaklee

Carotomax Shaklee ialah suplemen antioksidan yang membekalkan 6 karotenoid penting untuk kesihatan tubuh – astaxantin, alfa-karotena, beta-karotena, likopena, lutein dan zeaxantin.

Setiap hidangan Carotomax (sebiji sehari) menyediakan 13mg karotenoid yang mana ini bersamaan dengan 1.5 kali ganda lebih berbanding anggaran purata pengambilan harian.

Tahukah Anda, sekiranya diet seharian anda kekurangan sayur-sayuran dan buah-buahan, anda mungkin tidak mendapat nutrisi yang cukup yang mampu melindungi tubuh anda?

Shaklee memanfaatkan perlindungan antioksidan daripada buah-buahan dan sayur-sayuran dengan menghasilkan pelbagai bentuk karotenoid semulajadi.

testimoni carotomax shaklee

Anda TIDAK MUNGKIN dapat kesemua nutrisi ini sebagaimana yang boleh anda peroleh dari sebiji Carotomax setiap hari.

.

Carotomax juga mengandungi ekstrak pekat dari tomato, mikroalga, marigold dan minyak kelapa sawit.

Sumber dari pakar nutrisi Shaklee menyatakan, kuasa antioksidan Carotomax adalah 20 kali ganda lebih daripada suplemen antioksidan yang lain! (Baca juga tentang suplemen antioksidan lain iaitu Vitamin C dan Vitamin E)

Antara kebaikan mengamalkan Carotomax ialah:

  1. mengekalkan kesihatan kulit dan menggalakkan awet muda
  2. menyokong sistem imun badan
  3. untuk kesihatan jangka masa panjang

.

DISCLAIMER : ENTRI INI ADALAH ENTRI SUPLEMEN (MAKANAN TAMBAHAN). BUKAN BERTUJUAN MENDIAGNOS, MENGUBAT, MERAWAT, MENCEGAH SESUATU PENYAKIT. PENGHIDAP MASALAH KRONIK DINASIHATKAN MENDAPAT NASIHAT DOKTOR YANG MERAWAT TERLEBIH DAHULU. SETIAP TESTIMONI IALAH KESAN PERBADI. KEPUTUSAN MUNGKIN BERBEZA BAGI ORANG LAIN.

 

Whatsapp Ain Untuk Order dan Konsultasi Lanjut

 

Kesan Radiasi Telefon Bimbit

Kesan Radiasi Telefon Bimbit

kesan radiasi telefon bimbit

Pernah terfikir dari mana datangnya kes-kes kanser yang makin meningkat dari tahun ke tahun?

Adakah penggunaan telefon bimbit salah satu dari faktor penyebab?

Berdasarkan info dari National Cancer Institute, ada 3 sebab kenapa dikatakan telefon bimbit berpotensi menyebabkan kanser tertentu dan beberapa masalah kesihatan:

  1. telefon bimbit membebaskan tenaga radiofrekuensi yang boleh diserap oleh tisu badan yang berdekatannya (contohnya, jika seseorang selalu menyimpan telefon bimbit di dalam poket baju/seluar)
  2. jumlah penggunaan telefon bimbit meningkat dengan cepat.*
  3. adanya peningkatan jumlah panggilan telefon setiap hari, peningkatan panjang setiap panggilan dan peningkatan tempoh masa yang digunakan untuk bercakap di telefon bimbit

*Sehingga tahun 2014, lebih 327.5 juta pengguna telefon bimbit di US (maklumat dari Cellular Telecommunications and Internet Association). Jumlah ini meningkat 3 kali ganda dari tahun 2000, iaitu sebanyak 110 juta pengguna pada tahun itu).

.

Apa Itu Tenaga Radiofrekuensi Dan Bagaimana Ia Boleh Mempengaruhi Kesihatan Manusia?

.

Tenaga radiofrekuensi (TRF – singkatan Ain sendiri) ialah sejenis radiasi elektromagnetik jenis ‘non-ionizing‘ yang berfrekuensi rendah dan tenaga juga rendah. Frekuensi TRF berada di antara 30kHz (kilo Hertz) dan 300GHz (giga Hertz).

Jadi, TRF digunakan dalam aplikasi telekomunikasi seperti televisyen, radio dan telefon bimbit. Yang mana tenaga ini dapat diserap oleh badan kita daripada alat-alat yang membebaskannya.

Kalau kita tengok pendedahan kepada radiasi jenis ‘ionizing‘ (contoh: X-ray), ianya telah terbukti meningkatkan risiko kanser. Tetapi tidak bagi pendedahan terhadap TRF – tiada bukti yang konsisten yang menyatakan TRF boleh meningkatkan risiko kanser.

Sehingga kini, kesan biologi TRF yang konsisten dikenalpasti ialah kesan pemanasan (‘heating’). Sebagai contoh, mikrowave digunakan untuk memanaskan makanan, telefon bimbit jika digunakan secara berterusan akan membebaskan haba. Namun, kesan pemanasan ini tidak cukup untuk menaikkan suhu badan manusia.

Ada juga pendapat menyatakan TRF boleh mengganggu metabolisma gula. Malangnya, kajian-kajian yang dijalankan tidak menunjukkan keputusan yang konsisten (So, tak pasti jugak la kan).

Pendapat lain, mengatakan TRF mempengaruhi pengaliran darah ke otak. Tetapi sekali lagi, tiada bukti yang konsisten walaupun beberapa kajian dijalankan.

kesan radiasi telefon bimbit

Kesan Radiasi Telefon Bimbit – Menakutkan plak admin tengok info ni. Admin guna Huawei.

.

Jadi, Adakah RTF Boleh Menyebabkan Kanser?

.

Disebabkan pelbagai kajian dibuat dah hasilnya tiada keputusan yang konsisten atas sebab-sebab tertentu (boleh rujuk entri asal), beberapa organisasi terlibat telah membuat kesimpulan berikut:

.

International Agency of Research Center (IARC)

IARC yang merupakan komponen World Health Organisation (WHO) mengklasifikasikan penggunaan telefon bimbit sebagai “possible carcinogenic to humans” (boleh jadi punca kanser di kalangan manusia).

Ini adalah berdasarkan bukti terhad dari kajian yang dijalankan, bukti terhad dari kajian tentang TRF, dan bukti-bukti tidak konsisten yang lain.

.

American Cancer Society (ACS)

ACS pula menyatakan, klasifikasi oleh IARC tadi bermaksud kesan radiasi telefon bimbit sebagai penyebab kanser ada, tetapi tidak cukup bukti yang kukuh.

.

National Institute of Environmental Health Sciences (NIEHS)

Bagi NIEHS pula, tiada kaitan antara penggunaan telefon bimbit dan kanser kerana tiada bukti yang kuat. Lebih banyak bukti diperlukan.

.

U.S Food and Drug Administration (FDA), Centers for Disease Control (CDC) dan Federal Communications and Commisions (FCC) pula menyatakan, kajian-kajian yang dijalankan telah gagal membuat konklusi tentang perkara ini.

.

European Commission Scientific Committee

Pada tahun 2015, kesimpulan keseluruhan telah dibuat bahawa:

  • berdasarkan kajian epidemiologi tentang radiasi elektromagnetik, tiada peningkatan kes kanser otak dan leher
  • komiti ini juga menyatakan tiada peningkatan risiko bagi kes kanser malignant termasuk kanser yang melibatkan kanak-kanak.

kesan radiasi telefon bimbit

Kesan Radiasi Telefon Bimbit – Senarai telefon bimbit yang paling kurang membebaskan radiasi.

.

Langkah Pencegahan Kesan Radiasi Telefon Bimbit

.

Disebabkan kajian-kajian yang telah dijalankan tidak mendapat konklusi yang tepat dan konsisten, sebolehnya kita mencegah daripada ‘dah terkena baru padan muka’ (hihihi)

Untuk ini, FDA telah mencadangkan beberapa perkara sebagai langkah pencegahan:

  • Mengehadkan penggunaan telefon untuk tempoh masa sesingkat yang boleh. Ataupun menggunakan telefon bimbit hanya jika tiada talian tetap sahaja.
  • Menggunakan alat dengan teknologi ‘hands-free’ seperti headsets, yang menjarakkan telefon bimbit dengan badan kita.

Antara lain, kita juga disarankan mengamalkan pemakanan sihat dan kaya antioksidan sebagai langkah mengurangkan kerosakan oleh radikal bebas.

Oksidasi oleh radikal bebas secara berterusan merupakan penyebab pelbagai masalah kesihatan.

Baca tentang Vivix, suplemen antioksidan terhebat dari sumber semulajadi, dan disokong oleh kajian Telomere.

Klik gambar ini untuk konsultasi lanjut produk kesihatan Shaklee.