Foremilk dan Hindmilk, Apa Perbezaannya?

Foremilk dan Hindmilk, Apa Perbezaannya?

foremilk dan hindmilk

Perbezaan ‘rupa’ kolostrum (paling pekat dan kekuningan), foremilk (paling cair) dan hindmilk.

Tahukah anda, terdapat 4 tahap perubahan dalam komposisi susu ibu dari sebelum bersalin lagi sehinggalah selesai penyusuan bayi?

Susu dalam setiap tahap mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Dan pastilah kandungan dan fungsi setiap satu juga berbeza.

.

Kolostrum

Beberapa minggu sebelum kelahiran, kolostrum mula dihasilkan. Kolostrum ini dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit tapi penuh berkhasiat untuk bayi.

Antara khasiat kolostrum untuk bayi yang baru dilahirkan tanpa ‘tentera’ di dalam badan ialah:

  • kaya dengan antibodi untuk sistem imun bayi di awal kelahiran
  • mengandungi protein sebagai sumber tenaga segera untuk bayi, selepas berhempas pulas semasa proses kelahiran
  • terdapat faktor pertumbuhan (growth factor) untuk pertumbuhan bayi
  • mempunyai efek lawas yang membantu penyingkiran mekonium (najis pertama bayi yang berwarna hijau kehitaman, berkilat dan melekit)
  • rendah lemak, karbohidrat dan garam

Pada masa ini, susu dihasilkan BUKAN berdasarkan konsep ‘Demand and Supply‘.

Jadi, walaupun anda tidak menyusukan atau mengepam pun, kolostrum ini akan tetap dihasilkan.

Tapi kalau dari awal lagi susu dah banyak, rugilah kalau tak bagi bayi menyusu atau pam siap-siap buat stok kan?

Oleh kerana kolostrum sangat pekat, ibu-ibu semasa berpantang mudah tersumbat salur susu.

Jadi, anda digalakkan untuk terus menyusukan bayi di samping mengurut dan mengamalkan petua-petua melegakan salur susu tersumbat yang lain.

foremilk dan hindmilk

Ada hikmah bayi menyusu lama kerana kebarangkalian bayi mendapat hindmilk lebih tinggi.

.

Susu Transisi (Transitional Milk)

Selepas seminggu dua kelahiran, akan mula dihasilkan susu transisi.

Susu ini dihasilkan berdasarkan konsep ‘Demand and Supply‘. Jadi, waktu inilah anda sudah boleh mula ‘strategi’ banyakkan susu selepas bersalin dan buat stok ebm.

Lagi awal anda berusaha untuk banyakkan susu, lagi awal susu anda akan menjadi lebih banyak.

Pada masa inilah paling sesuai anda lakukan cara banyakkan susu selepas bersalin.

Ketika susu transisi dihasilkan, bayi sudah mula ada pertahanan dalam badan. Sebab itulah susu ini mengandungi lebih lemak dan laksosa.

Ini penting untuk memastikan:

  • bayi mempunyai paras gula yang normal
  • perkembangan otak yang optimum (lemak mempunyai peratusan lemak tertinggi dalam otak)
  • fungsi retina yang baik
  • paras tenaga bayi baik

.

Susu Matang (Mature Milk)

Subhanallah. Komposisi susu matang sangat menarik. Boleh berubah-ubah dan sentiasa cukup untuk bayi.

Anda tidak perlu bimbang kalau-kalau susu akan berkurang, kerana selagi ada ‘demand‘ (bayi terus menyusu, anda pun rajin pam), susu ini akan terus ada.

Susu matang terbahagi kepada foremilk dan hindmilk.

Foremilk dihasilkan di awal penyusuan bayi. Susu ini lebih cair, rendah lemak dan tinggi laktosa. Susu ini bertujuan melegakan dahaga bayi.

Hindmilk pula akan dihasilkan selepas foremilk. Susu ini lebih pekat, tinggi lemak, protein dan nutrien lain. Tujuannya untuk mengenyangkan bayi.

Semakin lama bayi menyusu, semakin banyak hindmilk yang akan bayi peroleh. Makanya, tidak perlu risaukan sekiranya bayi menyusu untuk tempoh yang lama. Kan ada je bayi yang jenis suka mengempeng lama-lama? Haa, inilah hikmahnya! =)

banyakkan susu selepas bersalin

Antara ketiga-tiga ini, kolostrum paling pekat. Foremilk dan hindmilk pula berbeza dari segi kepekatan dan warna (hindmilk lebih pekat dan lebih kekuningan).

.

Susu involutional

Selepas 6 bulan, apabila bayi sudah mula makan, susu ini akan dihasilkan. Susu ini hanya untuk menyokong bayi sebelum bayi sudah pandai ‘independent‘.

Ujian Saringan Abnormaliti Kromosom

NIPT ialah ujian saringan abnormaliti kromosom untuk mengenalpasti risiko bayi dilahirkan dengan abnormaliti genetik tertentu seperti…

Pengalaman Berpantang Dengan Vivix

Entri kali ini, saya kongsikan cabaran selepas itu dan pengalaman berpantang dengan Vivix pula (pertama kali dalam sejarah berpantang saya).

Pengalaman Bersalin Czer Secara Emergency

Kali keempat bersalin, Allah berikan pengalaman bersalin czer untuk saya. Pengalaman baru dan berharga kerana ketiga-tiga anak sebelum ini…

50 Jawapan Nutritionist Tentang ESP Shaklee

Berikut ialah 50 soal jawab tentang ESP Shaklee bersama pakar nutrisi Shaklee (nutritionist).1) Apakah maksud soya non-GMONon-GMO ialah singkatan bagi…

Bezanya Berpantang Dengan Shaklee Vivix!

Selain Set Berpantang Shaklee, berpantang dengan Shaklee Vivix lebih menambahkan senyuman di wajah ibu-ibu berpantang ini. =)

Protein Menggemukkan, Fakta Atau Mitos?

Untuk mengurangkan pengambilan protein kerana bimbang ianya menggemukkan, adalah tidak wajar sama sekali. Kurang protein dalam badan akan mengganggu…

Kebaikan Vitamin C Bukan Untuk Kulit Sahaja

Kebanyakannya mengaitkan vitamin C dengan kecantikan kulit dan awet muda, tetapi hakikatnya, kebaikan vitamin C adalah jauh lebih banyak dari…

Makanan Protein Untuk Ibu Menyusu

Makanan Protein Untuk Ibu Menyusu

kurang protein

Makanan Protein Untuk Ibu Menyusu | Protein merupakan bahan binaan penting untuk pertumbuhan sel dan tisu baru.

Sebab itu ianya penting bagi ibu menyusu untuk mendapatkan protein yang cukup sepanjang proses penyusuan.

Bukan sahaja untuk diri anda sendiri, malah untuk bayi yang disusukan.

.

Apa Fungsi Penting Protein Untuk Ibu Menyusu?

.

Disebabkan protein diperlukan untuk penghasilan sel baru, antara ‘tugas’ protein bagi ibu menyusu ialah:

  • diperlukan untuk menghasilkan susu ibu – sebab itu protein juga merupakan milk booster bagi ibu menyusu
  • memberi rasa kenyang dan bertenaga untuk tempoh masa yang lebih lama
  • membantu memperbaharui sel kulit. Jadi, secara tak langsung menganjalkan dan membaiki semula struktur kulit ibu selepas bersalin
  • membantu baik puih stretchmark, luka bersalin atau pembedahan ibu
  • menghasilkan enzim dan hormon dalam badan
  • membantu perkembangan bayi

.

Berapa Banyak Makanan Protein Untuk Ibu Menyusu Perlu Setiap Hari?

.

keperluan vitamin ibu menyusu

Keperluan protein mengikut usia, berdasarkan Rcommended Nutrition Intake (RNI) Malaysia.

Menurut Recommended Nutrition Intake (RNI) di Malaysia seperti dalam jadual di atas, keperluan harian protein bagi seorang perempuan beruia 19 tahun dan ke atas ialah 55 gram.

Manakala bagi ibu menyusu, anda memerlukan extra 20 gram (iaitu sebanyak 75 gram protein sehari) untuk enam bulan penyusuan pertama.

Bagi bulan ketujuh dan seterusnya, anda memerlukan extra 15 gram, iaitu total 70 gram protein sehari.

Berapa banyak nak kena makan ayam, ikan, daging, dan lain-lain sumber protein dalam sehari tu?

Berikut ialah contoh sumber makanan berprotein dan kandungan protein dalam satu hidangan (atau mengikut gram):

keperluan vitamin ibu menyusu

Walau bagaimanapun, harus diingatkan bahawa protein musnah termusnah dalam suhu tinggi.

Semasa proses penyediaan makanan (menggoreng, merebus, membakar, dan lain-lain), kebanyakan protein telah termusnah.

Dan hanya sebahagian kecil protein sahaja akan diperoleh oleh badan anda.

Sebab itu kebanyakan ibu menyusu, masih mempunyai tanda-tanda kekurangan protein walaupun makan ayam atau ikan atau daging atau apa saja sumber protein yang lain setiap hari.

Di sinilah pentingnya pengambilan suplemen protein.

Untuk suplemen protein terbaik semasa menyusu, boleh klik gambar di bawah untuk konsultasi lanjut.

.

ainniahzulkefli

Klik gambar untuk konsultasi lanjut

Pentingkah Zat Besi Untuk Ibu Menyusu Dan Bayi

Pentingkah Zat Besi Untuk Ibu Menyusu Dan Bayi

zat besi untuk ibu menyusu

Zat besi merupakan komponen yang penting dalam penghasilan sel darah merah.

Sel darah merah pula salah satu tugasnya membawa oksigen ke seluruh badan.

Kekurangan zat besi bermaksud kekurangan sel darah merah.

Dan kekurangan sel darah merah bermaksud akan kekurangan oksigen ke seluruh badan kita.

.

Apa Pula Kaitan Zat Besi Untuk Bayi Dan Ibu Menyusu?

.

Semasa di dalam kandungan ibu, bayi akan menerima sejumlah zat besi daripada ibunya.

Selepas bayi dilahirkan, bayi sudahpun mempunyai simpanan zat besi yang banyak.

Simpanan ini akan berterusan sehingga bayi berusia kira-kira 6 bulan.

Sementara si ibu pula, semasa melahirkan akan kehilangan banyak darah (kebiasaanya minima 200 ml darah).

Sebab itulah, hikmah Tuhan Yang Maha Berkuasa menjadikan, ibu selepas bersalin, kebanyakannya tidak mengalami haid untuk beberapa bulan.

Ini mengurangkan kehilangan darah yang lebih banyak.

Sepanjang penyusuan pula, hanya sejumlah kecil sahaja zat besi terdapat di dalam susu ibu.

Walau bagaimanapun, kadar penyerapan zat besi dalam susu ibu sangat efektif.

Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah.

Jadi, ibu menyusu memerlukan zat besi yang cukup untuk dirinya sendiri, dan untuk disalurkan sedikit kepada bayi melalui susu ibu.

.

Fungsi-fungsi Zat Besi

.

Berikut merupakan antara fungsi penting zat besi kepada tubuh kita:

  • membantu sel darah merah membawa oksigen ke seluruh badan
  • menghasilkan tenaga
  • penting dalam metabolisma
  • berfungsi dalam proses detoksifikasi
  • antioksidan
  • penghasilan DNA

zat besi untuk ibu menyusu

.

Sumber Makanan Yang Kaya Dengan Zat Besi

.

Untuk mendapatkan zat besi yang cukup, antara makanan yang kaya dengan zat besi ialah seperti sayur berdaun hijau (seperti sawi, bayam, brokoli), dan organ dalaman (seperti hati).

Selain itu, ibu menyusu juga digalakkan memperbanyakkan pengambilan buah-buahan.

Ini kerana buah-buahan kaya dengan vitamin C yang membantu penyerapan zat besi dengan lebih baik.

.

Bagaimana Pula Dengan Pengambilan Suplemen Zat Besi?

.

Sebaik-baiknya, ibu menyusu mendapatkan nasihat doktor yang merawat dahulu.

Terutamanya jika anda juga mengalami masalah kesihatan lain seperti thalassemia.

Pengambilan supemen zat besi, adalah untuk ‘topup’ kekurangan zat besi untuk ibu menyusu.

Disebabkan kebanyakan suplemen zat besi boleh menyebabkan sembelit, ibu menyusu disarankan memperbanyakkan pengambilan air kosong , sayur-sayuran dan buah-buahan.

Teruskan membaca Keperluan Vitamin Untuk Ibu Menyusu

Penyusuan Susu Ibu Untuk Bayi Pramatang

Penyusuan Susu Ibu Untuk Bayi Pramatang

penyusuan susu ibu untuk bayi pramatang

Penyusuan Susu Ibu Untuk Bayi Pramatang | Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi pramatang, kami tahu cabaran besar buat anda dan bayi kesayangan anda.

Di kala ibu lain sedang berehat di rumah, berpantang dengan baik, anda perlu berulang alik ke hospital hampir setiap hari bagi membekalkan bayi anda dengan ebm.

Sudah pastilah penat jerih letih lesu anda melebihi ibu-ibu yang lain.

Sudah pastilah stress anda melebihi ibu-ibu lain.

Bukan sahaja fizikal, malah juga mental dan emosi anda.

Dan di kala bayi lain sedang membesar sihat di rumah, bayi pramatang anda sedang bertarung nyawa melawan segala komplikasi akibat dilahirkan pramatang.

Paru-paru belum matang merisikokan bayi anda kepada jangkitan.

Usus yang masih ‘terlalu muda’ jua menyebabkan susu yang diberi dimuntahkan semula (feeding intolerance).

Dan lain-lain lagi.

.

Bagaimana Set Menyusu Shaklee Membantu Penyusuan Susu Ibu Untuk Bayi Pramatang?

.

Vitalea, lengkap dengan 28 vitamin dan mineral, satu hidangannya bersamaan khasiat dari 40 jenis lauk-pauk.

Ini memastikan ibu mendapat nutrisi yang diperlukan untuk tenaga berpanjangan.

Energizing Soy Protein (ESP) lengkap dengan kesemua asid amino perlu (tak boleh dihasilkan badan) untuk pertumbuhan sihat bayi.

Indeks glisemiknya yang rendah juga membekalkan tenaga berpanjangan buat anda.

Protein berkualiti juga penting untuk penghasilan susu ibu untuk bayi pramatang anda.

Vitamin C pula ialah antioksidan yang menguatkan sistem imun anda dan bayi.

Dengan sistem pelepasan berperingkatnya, setiap jam anda akan menerima 100mg vitamin C untuk total 5 jam yang berterusan setiap hari.

B Complex menukarkan makanan kepada tenaga.

Dan dengan B Complex juga, paras stress anda akan lebih terkawal.

Di pasaran sekarang, amat sukar sekali untuk dapatkan B Complex yang lengkap dengan kesemua 8 vitamin B seperti jenama Shaklee.

penyusuan susu ibu untuk bayi pramatang

Ostematrix pula ialah suplemen yang cukup membantu:

  • memberi rehat dan tidur yang lena dan berkualiti
  • melegakan sakit badan, pinggang dan belakang
  • penghasilan susu ibu (mik booster)

Ini kerana, Ostematrix bukan sahaja mengandungi kalsium.

Tetapi juga lengkap dengan magnesium, vitamin D dan elemen2 lain untuk penyerapan sepenuhnya kalsium ke dalam tulang.

Ini terbukti dalam kajian klinikal.

Omega Guard yang menjadi ‘juara’ minyak ikan dengan peratusan omega 3 tertinggi, sangat penting untuk perkembangan otak dan mata bayi.

Selain itu, omega 3 juga bagus untuk menguatkan sistem imun ibu dan bayi.

Alfalfa Complex yang dikenali sebagai “Bapa Segala Makanan” merupakan milk booster yang baik.

Sebagai “jamu moden”, Alfalfa pastinya teman baik ibu selepas bersalin kerana berfungsi menjaga kesihatan dalaman wanita.

Di Shaklee, hanya daun Alfalfa yang betul-betul sudah matang sahaja akan dipetik untuk dijadikan suplemen.

Ini kerana hanya daun yang telah mencapai kematangan mutlak sahaja mengandungi seluruh kekayaan tanah yang tak tercapai oleh tumbuhan berakar tunjang lain.

.

Testimoni Shaklee Membantu Penyusuan Susu Ibu Untuk Bayi Pramatang

.

penyusuan susu ibu untuk bayi pramatang

“Salam. Saya baru sahaja lepas melahirkan bayi yang pramatang 32 minggu pada 6hb 10 2012. Saya mengalami masalah PIH dan terpaksa dibedah. Anak saya lahir dengan berat 1.85kg tetapi disebabkan baby dimasukkan ke NICU berat baby jatuh ke 1.6kg. Sangat sedih tetapi setelah diperkenalkan set berpantang & set 3M Alhmdulilah berat baby naik ke 2.6kg selepas 2 minggu pengambilan.  Hope saya boleh teruskan penyusuan susu ibu untuk bayi pramatang saya sehingga 2 tahun secara ekslusif.” – Qaseh Iffat Chenytha Lee –

 

Bila didatangkan ujian dan cabaran, kita juga diuji agar terus berusaha dan bertawakkal kepadaNya.

Hikmah besar penyusuan susu ibu, ialah anda boleh ‘transfer‘ nutrisi yang anda dapat, kepada bayi pramatang anda, melaui susu ibu.

Jadi, berikan yang terbaik kepada diri anda.

Maka anda sebagai ibu menyusu, akan turut memberi yang terbaik buat bayi pramatang anda InsyaaAllah.

.

ainniahzulkefli

Klik gambar untuk order dan konsultasi lanjut.

ESP Shaklee : Kebaikan, Harga, Testimoni

ESP Shaklee : Kebaikan, Harga, Testimoni

ESP Shaklee Kebaikan Harga Testimoni

ESP Shaklee Kebaikan Harga Testimoni

Seperti nama diberi, Energizing Soy Protein ialah minuman berasaskan soya yang mengandungi protein lengkap, dihasilkan untuk membantu membekalkan tenaga lebih berpanjangan.

Protein ialah bahan binaan asas bagi setiap sel tubuh. Ianya adalah yang kedua terbanyak selepas air. Jadi, fungsinya juga tidak sedikit. Rujuk entri 6 Fungsi Utama Protein Di Dalam Badan untuk bacaan lebih lanjut tentang protein.

.

(more…)

Alfalfa Complex Shaklee Bapa Segala Makanan

Alfalfa Complex Shaklee Bapa Segala Makanan

Alfalfa Complex Shaklee, ialah salah satu produk signature Shaklee yang dibangunkan oleh pengasas Shaklee Corporation, Dr. Forrest C. Shaklee sekitar tahun 1950an.

alfalfa complex shaklee

Secara amnya, alfalfa ialah sejenis tumbuhan herba yang renek tetapi mempunyai akar tunjang yang berupaya mencecah sehingga kedalaman 6 meter. Ini membolehkannya menyerap kekayaan tanah yang tidak tercapai oleh tumbuhan berakar tunjang lain.

Alfalfa  mempunyai sejarah yang sangat panjang, terkenal sebagai tumbuhan bernutrisi tinggi yang mengandungi lebih 300 vitamin dan mineral termasuk kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, klorofil, bioflavonoid dan pelbagai vitamin.

.

Manfaat Kesihatan Tumbuhan Alfalfa

.

Oleh kerana alfalfa yang cukup matang mengandungi beratus-ratus nutrisi dan mineral, ianya amat baik diamalkan untuk menyokong kesihatan kita.

Berdasarkan artikel ini, antara manfaat kesihatan tumbuhan alfalfa ialah seperti berikut:

.

Detoksifikasi

  • Menyokong detoksifikasi hati.
  • Mengembalikan vitamin-vitamin serta mineral-mineral penyokong supaya hati dapat berfungsi dengan optimum.

.

Kesan Alkali

  • Meneutralkan keasidan yang terbentuk dari pemakanan tinggi lemak dan tinggi protein.
  • Melegakan masalah bau badan, nafas busuk, sakit tekak, ketidakhadaman dan keletihan akibat keasidan tinggi.

.

Mengurangkan Keradangan

  • Mempunyai kesan melawan keradangan pada sendi-sendi.
  • Menguatkan sistem imun tubuh.

.

Meningkatkan Sistem Imun

  • Dengan menggalakkan pengahsilan sel darah putih.
  • Bertindak sebaga antioksidan yang melawan kerosakan oleh radikal bebas.

.

Membantu Penghadaman

  • Melegakan masalah kembung perut dan gas berlebihan.
  • Menyokong fungsi pencernaan yang baik.

.

Menggalakkan Kesihatan Rambut

  • Memperbaiki pengaliran darah dan oksigen di kulit kepala.
  • Menyediakan perlindungan antioksidan kepada folikel rambut, memperbaiki kesihatan dan pertumbuhan rambut

alfalfa complex shaklee

.

Kelebihan Alfalfa Complex Shaklee

.

Seperti yang telah diberitahu di awal entri, Alfalfa Complex merupakan produk signature Shaklee yang telah dibangunkan oleh pengasas Shaklee, Dr. Forrest C. Shaklee sekitar tahun 1950an (wujud sejak kira-kira 70 tahun lalu).

Tumbuhan alfalfa yang digunakan untuk menghasilkan Alfalfa Complex ditanam di satu kawasan subur di California iaitu Antelope Valley, yang bebas bahan kimia, peracun dan hormon sintetik untuk tumbuhan.

Untuk memastikan hanya alfalfa bernutrisi tinggi yang dipilih untuk menghasilkan suplemen Alfalfa Complex, hanya daun alfalfa yang mencapai kematangan (2 tahun) sahaja yang akan dituai.

Untuk memproses menjadi tablet pula, Shaklee menggunakan teknologi piawaian tertinggi yang menggunakan suhu rendah dan teknologi angin kering bagi mengekalkan enzim dan nutrien yang terkandung di dalamnya

makanan detox

Alfalfa sprout hanyalah tunas tumbuhan alfalfa. Totally berbeza dengan Alfalfa Complex, kerana kandungan nutrisinya yang rendah.

.

Hanya Alfalfa Complex didatangkan dengan 2 botol berbeza saiz – botol kecil (330 biji tablet) dan botol besar (700 biji tablet).

Harga runcit sebotol Alfalfa Complex ialah RM57.50 bagi botol kecil, dan RM102.50 bagi botol besar. Semestinya harga ahli jauh lebih menjimatkan.

.

Koleksi Testimoni Alfalfa Complex

.

testimoni alfalfa complex

Testimoni Alfalfa Complex

testimoni alfalfa complex

Testimoni Alfalfa Complex : Tiada gastrik, badan bertenaga dan angin dalam badan dah kurang.

testimoni alfalfa complex

Testimoni Alfalfa Complex

testimoni alfalfa complex

Testimoni Alfalfa Complex

testimoni alfalfa complex

Testimoni Alfalfa Complex

testimoni alfalfa complex

Testimoni Alfalfa Complex

testimoni alfalfa complex

Testimoni Alfalfa Complex

testimoni alfalfa complex

Testimoni Alfalfa Complex

testimoni alfalfa complex

Testimoni Alfalfa Complex