Youth Moisturizer Shaklee Review

Youth Moisturizer Shaklee Review

youth moisturizer shaklee

Inilah rupa YOUTH Moisturizer Shaklee

Alang-alang guna pelembap yang berfungsi melindungi kulit anda, lebih bagus lagi kalau boleh melindungi dari kerosakan oleh sinar ultraviolet yang banyak bahayanya.

YOUTH Age Defense Mosturizer SPF50, dirumus khas untuk melindungi kulit anda lebih dari sekadar sinaran matahari sahaja.

Pelembap dengan SPF50 ini merupakan pelindung matahari berspektrum luas (broad spectrum) untuk menghalang kerosakan oleh sinar UVA dan UVB.

Sesuai sangat untuk mereka yang sering terdedah dengan cahaya matahari nak elak sunburn teruk.

(Baca tentang bahaya sinar ultraviolet dan apa itu SPF yang pernah Ain share sebelum ini.)

YOUTH moisturizer Shaklee ini juga mengandungi vitamin dan botani bernutrien untuk melembap, menyubur dan menambahbaik penampilan kulit anda secara menyeluruh.

.

Kenapa SPF50?

.

Setiap produk keluaran Shaklee telah menjalani kajian terperinci terlebih dahulu.

Untuk moisturizer Shaklee Youth ini, Shaklee telah memilih SPF50 kerana berdasarkan kajian, purata indeks ultraviolet di Malaysia ialah tinggi dan sangat tinggi.

Jadi, untuk melindungi dari sinaran UVA dan UVB, yang terbaik bagi orang di sini ialah SPF50.

Walaupun asalnya moisturizer ini dihasilkan dengan SPF30 untuk rakyat di US.

Kiranya SPF50 ini dihasilkan khas untuk Malaysia sahaja.

youth moisturizer shaklee

YOUTH Age Defense Moisturizer SPF50 ialah krim pelindung matahari jenis ‘chemical’ yang meresap ke dalam kulit, melindungi dari sinar UV dengan menukarkannya kepada tenaga haba yang tidak membahayakan.

.

Cara Penggunaan YOUTH Moisturizer Shaklee

.

Seperti cleanser, penutup moisturizer ini juga hanya perlu dipusing (ada bunyi ‘klik’ menandakan buka atau tutup) untuk mengeluarkan krimnya.

Titikkan sahaja krim pelembap ini di hujung jari manis dan/atau jari tengah.

Ratakan ke seluruh wajah dan urut dari arah bawah ke atas, dan dari tengah ke luar.

Pastikan arah melawan graviti ya untuk efek wajah nampak ‘naik’, barulah awet muda!

Lebih menarik lagi, moisturizer ini juga boleh digunakan sebagai primer mekap anda.

Lepas sapu muka jadi glowing gitewww tau.

.

5 Tips Penggunaan YOUTH Age Defense Moisturizer SPF50

  1. Pakai ‘tanpa kedekut’ untuk memberi nutrisi yang cukup buat kulit anda. Di permulaan penggunaan, anda mungkin rasa kulit berminyak selepas menyapu moisturizer ini. Teruskan sahaja dan lama-kelamaan setelah minyak di wajah anda lebih seimbang, kulit akan lebih baik
  2. Gunakan pelembap ini sekurang-kurangnya 15 minit sebelum mendedahkan diri kepada sinaran matahari kerana ianya ialah sejenis ‘chemical’ sunscreen (Rujuk sharing tentang perbezaan chemical dan physical sunscreen)
  3. Pastikan anda WAJIB menyapu pelembap ini selepas menggunakan serum untuk melindungi sel-sel kulit yang masih ‘baby’ (kalau tak, ruginya pakai serum!)
  4. Jika anda berterusan terdedah kepada matahari, pertimbangkan untuk menyapu moisturizer ini setiap 2 jam.
  5. Kurang sesuai digunakan untuk aktiviti yang banyak berpeluh atau berenang (anda perlukan pelindung water-resistant)

.

youth moisturizer shaklee

Moisturizer ni bila disapu di kulit rasa ringan je. Suka sangatlah!

.

11 KEISTIMEWAAN PRODUK YOUTH SHAKLEE

  1. Dirumus secara semulajadi menggunakan kuasa botanikal 100% (100% vegan).
  2. Bahan-bahan terpilih menangani pelbagai faktor penuaan kulit, menjadikan kulit lebih awet muda.
  3. Keputusan klinikal tanpa kompromi di mana YOUTH telah terbukti melalui Ujian Indeks Usia Kulit, 100 wanita yang menggunakan YOUTH mendapat kulit lebih awet muda (100% keputusan positif). Dan 2/3 daripada mereka berjaya mengubah usia kulit sedekad lebih muda!
  4. Bebas daripada 1,500 bahan kimia yang boleh dipersoalkan.
  5. Bebas kekejaman (Tidak melakukan ujian ke atas haiwan).
  6. Non-comedogenic (tidak menyumbatkan liang pori).
  7. Dermatologist-tested.
  8. Ophthalmologist-tested.
  9. Gluten-free.
  10. Mempunyai 8 paten dan paten-diproses.
  11. Sesuai untuk semua peringkat usia dari remaja, jantina dan jenis kulit (termasuk kulit sensitif).

.

Review produk Youth lain : cleanser, toner, night cream, serum, Radiance C+E

Inginkan kulit sihat berseri secara semulajadi?

Toner Shaklee Youth Review

Toner Shaklee Youth Review

shaklee toner youth

Tahukah anda, kulit wajah yang tidak dibersihkan dengan berkesan menyebabkan pengumpulan sel-sel kulit mati dan kotoran menyebabkan kulit kelihatan kusam?

Kini, anda mampu membebaskan kulit wajah anda dari sel-sel kusam dan agen pencemar untuk kulit yang lebih cerah berseri secara semulajadi.

Dinamakan sebagai YOUTH Perfecting Toner, toner Shaklee YOUTH ini membantu anda membersihkan sel kulit mati, menghidrat dan membekalkan nutrisi dengan campuran vitamin penting, polifenol dan bahan-bahan botanikal berpaten untuk kulit yang berseri.

Ianya menyingkirkan sel kulit mati secara lembut sekaligus memberi efek double cleansing.

Bahan-bahan utama yang terdapat di dalam toner Shaklee terbaru ini ialah Vital Repair, ekstrak anggur Muscadine dan ekstrak alga hijau yang meremajakan kulit.

.

CARA MENGGUNAKAN TONER SHAKLEE YOUTH

.

Toner Shaklee YOUTH digunakan dalam langkah kedua selepas membersihkan wajah anda dengan YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser.

Basahkan dua keping atau bebola kapas muka dengan toner Shaklee YOUTH ini, kiri dan kanan.

Kemudian sapu secara rata ke seluruh wajah bermula dari dagu ke arah luar dan ke atas.

Pastikan arah gerakan melawan graviti untuk efek awet muda (kita tak mahu kulit muka nampak ‘jatuh’ kan?).

Sebaik sapuan dibuat, anda akan rasakan wajah anda dingin, sejuk dan segar serta merta kerana ianya sangat cepat diserap.

Cubalah senyum.

Anda pasti dapat rasakan kulit yang dihidrat dengan baik tanpa tegangan yang menyakitkan.

Pada bebola atau kepingan kapas pula, warna kekuningan atau kecoklatan menandakan pembersihan perlu diulang.

Kuning dan coklat inilah sel kulit mati, kesan mekap dan agen pencemar.

Jadinya, sapulah toner sekali atau beberapa kali lagi sehingga kapas bersih dari kotoran.

Toner Shaklee YOUTH termasuk dalam SEMUA set pilihan YOUTH, menjadikannya produk ‘wajib’ digunakan setiap hari untuk kecantikan kulit.

Selepas toner, anda bolehlah terus ke langkah seterusnya, sama ada:

  • YOUTH Restoring Eye Treatment
  • YOUTH Activating Serum
  • YOUTH Radiance C+E
  • YOUTH Age Defense Moisturizer with SPF50
  • YOUTH Renewing Night Cream (Light/Rich)

toner shaklee youth

.

11 KEISTIMEWAAN PRODUK YOUTH SHAKLEE

  1. Dirumus secara semulajadi menggunakan kuasa botanikal 100% (100% vegan).
  2. Bahan-bahan terpilih menangani pelbagai faktor penuaan kulit, menjadikan kulit lebih awet muda.
  3. Keputusan klinikal tanpa kompromi di mana YOUTH telah terbukti melalui Ujian Indeks Usia Kulit, 100 wanita yang menggunakan YOUTH mendapat kulit lebih awet muda (100% keputusan positif). Dan 2/3 daripada mereka berjaya mengubah usia kulit sedekad lebih muda!
  4. Bebas daripada 1,500 bahan kimia yang boleh dipersoalkan.
  5. Bebas kekejaman (Tidak melakukan ujian ke atas haiwan).
  6. Non-comedogenic (tidak menyumbatkan liang pori).
  7. Dermatologist-tested.
  8. Ophthalmologist-tested.
  9. Gluten-free.
  10. Mempunyai 8 paten dan paten-diproses.
  11. Sesuai untuk semua peringkat usia dari remaja, jantina dan jenis kulit (termasuk kulit sensitif).

.

Jom saksikan pula video ringkas di bawah tentang langkah penggunaan produk Youth yang betul.

 

Review produk YOUTH lain – cleanser, moisturizer, night cream, serum, radiance.

Berminat untuk mendapatkan kulit sihat berseri secara semulajadi?

Promosi YOUTH Kembali Lagi!

Promosi YOUTH Kembali Lagi!

promosi youth

Berita gembira buat peminat-peminat skincare YOUTH, kerana promosi YOUTH kembali lagi bulan Disember 2018 ini!

Ada 2 promosi YOUTH bulan ini:

.

PROMOSI YOUTH SKINCARE SHAKLEE

.

1# PERCUMA RADIANCE C+E

.

Inilah masanya untuk anda dapatkan kapsul emas Radiance C+E yang bernilai lebih RM400 secara PERCUMA!

Syaratnya ialah dengan belian YOUTH Renew & Maintain Set yang terdiri daripada cleanser, toner, moisturizer SPF50, night cream dan serum.

Lebih menguntungkan lagi, belian set YOUTH ini anda automatik layak keahlian percuma bernilai RM65. Jadi, automatik juga akan dapat harga ahli yang jauhhhhh lebih menjimatkan!

Bila dah register ahli, tengah bulan depan pula anda akan diberi cashback sebanyak RM48 yang akan dimasukkan terus ke dalam akaun anda.

Baca entri tentang Shaklee YOUTH Radiance C+E Review untuk info lanjut.

promosi youth

Harga retail YOUTH Renew & Maintain Set ialah RM1262.50 untuk kegunaan 2 bulan. Nikmati penjimatan sehingga lebih RM700 sepanjang bulan Disember 2018 sahaja!

.

2# PERCUMA CERMIN PEMBESAR YOUTH

.

Untuk yang baru nak cuba-cuba produk YOUTH pula, anda boleh grab promosi YOUTH kedua ini.

Beli YOUTH Starter Set yang terdiri daripada produk asas kecantikan kulit – cleanser, toner, moisturizer SPF50 dan night cream – dan anda layak menerima cermin pembesar eksklusif secara PERCUMA (harga asal RM43.80).

promosi youth

Starter Set YOUTH ini boleh didapati dengan harga retail RM850 untuk kegunaan 2 bulan (harga ahli lebih menjimatkan)

.

10 KEISTIMEWAAN YOUTH SKINCARE SHAKLEE

  1. DIrumus secara semulajadi menggunakan kuasa botanikal 100% (100% vegan).
  2. Bahan-bahan terpilih menangani pelbagai faktor penuaan kulit, menjadikan kulit lebih awet muda.
  3. Keputusan klinikal tanpa kompromi di mana YOUTH telah terbukti melalui Ujian Indeks Usia Kulit, 100 wanita yang menggunakan YOUTH mendapat kulit lebih awet muda (100% keputusan positif). Dan 2/3 daripada mereka berjaya mengubah usia kulit sedekad lebih muda!
  4. Bebas daripada 1,500 bahan kimia yang boleh dipersoalkan.
  5. Bebas kekejaman (Tidak melakukan ujian ke atas haiwan).
  6. Dermatologist-tested.
  7. Ophthalmologist-tested.
  8. Gluten-free.
  9. Mempunyai 8 paten dan patent-pending.
  10. Sesuai untuk semua peringkat usia dari remaja, jantina dan jenis kulit (termasuk kulit sensitif).

.

Selain promosi YOUTH, kita ada satu lagi promosi hujung tahun ini.

.

PILLBOX “TAKE YOUR VITAMINS”

.

Sempena pembukaan cawangan baru Shaklee di KL, Shaklee amat berbesar hati mengadakan promosi Purchase-With-Purchase Pillbox “Take Your Vitamins” dengan setiap pembelian 200uv dalam satu resit, khas untuk ahli berdaftar sahaja.

Dengan belian sebanyak 200uv dalam satu resit, anda layak mendapatkan pillbox ini dengan harga RM3 sahaja (harga asal RM19.80).

Kelebihan Pillbox “Take Your Vitamins

  • 6 ruang vitamin yang tersusun untuk memuatkan vitamin harian anda
  • Kedap udara & tidak akan bocor : mempunyai gelung getah silikon
  • Klip mudah untuk memastikan ianya ditutup dengan ketat

Jom kita tengok video di bawah untuk demo yang lebih jelas.

Promosi YOUTH & pillbox “Take Your Vitamins” berjalan sepanjang Disember 2018 sahaja.

Dan selagi stok masih ada.

Klik untuk grab promosi bulan ini.

Produk Shaklee Untuk Kulit Bermasalah Teruk

Produk Shaklee Untuk Kulit Bermasalah Teruk

produk shaklee untuk kult

Malunya nak tunjuk muka dekat-dekat macam ni. Dah la kulit penuh jerawat.

.

Ni testimonial diri sendiri tau.

.

Gambar ni No Filter at all. Hanya pencahayaan dari dalam kereta je. Dua-dua gambar ni pun ambil dari dalam kereta.

.

Gambar sebelum tu diambil pada March 2018. Masa ni belum pakai Youth lagi dan kulit muka memang banyak ditumbuhi jerawat. Rawatan kulit macam-macam dah buat, dah gi jumpa pakar kulit sampai beribu-ribu jugak la berhabis.

.

Tapi hasilnya hanya sekejap saja. Lepas dua tiga minggu rawatan, kulit muka mula jadi macam sebelum-sebelum ni. Malu tak yah cakap la, nak keluar rumah pun memang malu giler sebab nanti mesti ada yang tegur dan pandang semacam je.

.

Pada April 2018 Kak Ngah mula berkenalan dengan Youth. Masa tu Shaklee baru melancarkan produk terbarunya. Masa mula-mula pakai terasa juga perubahannya tapi slow and steady je.

.

Orang kata nak kulit cantik dan sihat ni kena bersabar je dan ambil masa. Terfikir juga, kulit Kak Ngah dulu memang bertahun ditumbuhi banyak jerawat, takkan la hari ni pakai esok lusa dah jadi cantik macam cinderella.

.

Hari ni alhamdulillah sangat, Kak Ngah syukur dengan kulit sekarang.

  • Jerawat yang menimbun dulu alhamdulillah dah hilang
  • Kulit kemerah-merahan dulu pun dah lesap
  • Parut-parut kesan jerawat yang banyak tu pun dah beransur hilang
  • Kulit nampak lebih cerah dari sebelumnya
  • Jeragat pun makin pudar
  • Pores makin mengecil
  • Kulit muka dah kurang berminyak
  • Kulit lebih lembut dan licin

.

Alhamdulillah banyak sangat dah perubahan kulit muka jika nak dibandingkan dengan kulit muka yang dulu. Dengan Youth insyaAllah anda tidak akan rasa menyesal memilikinya.

.

Nak laburkan sedikit untuk kesihatan kulit tu tak salah jika dilaburkan pada tempat yang betul. Alhamdulillah suami pun dah tak komplen pasal kulit muka dah.”

.

Credit : FB Noor Zawani Suhaimin

 

Kenapa YOUTH Produk Shaklee Untuk Kulit Yang Patut Anda Pilih?

.

  1. 100% berasaskan tumbuhan semulajadi
  2. Bebas 1,500 bahan kimia yang boleh dipersoalkan
  3. Diformulasi secara spesifik untuk menangani pelbagai faktor penuaan kulit
  4. Keputusan klinikal tanpa kompromi (Ujian Indeks Usia Kulit)
  5. Youth adalah sebuah revolusi dengan 8 paten dan paten-diproses
  6. Bebas kekejaman (tiada ujian dilakukan ke atas haiwan)
  7. Diiktiraf oleh pakar dematologi
  8. Diuji oleh pakar oftalmologi

.

Klik Youth Shaklee untuk bacaan lanjut.

Baca juga Koleksi Testimoni Youth yang lain.

Ingin mencuba produk Youth dengan harga lebih menjimatkan?

Rangkaian Produk YOUTH Skincare Shaklee

Rangkaian Produk YOUTH Skincare Shaklee

LOOK YOUNGER LONGER

Youth Skincare
Whatsapp

Berita Baik Untuk Anda Yang Ingin Kelihatan Lebih Muda Lebih Lama!

YOUTH ialah produk penjagaan kulit terbaru dari Shaklee, yang terbukti secara klinikal berupaya melambatkan penuaan kulit.

ainniahzulkefli.com

Kuasa Botanikal

YOUTH berasaskan sumber tumbuhan, telah diformulasi secara spesifik untuk menangani pelbagai faktor penuaan kulit.

Sesuai untuk remaja

Menangani jerawat & memudarkan parut

Mengurangkan garis halus

Memudarkan jeragat

Sesuai untuk semua jenis kulit

Juga sesuai untuk lelaki

Kesan seawal 7 hari

Keputusan Klinikal Tanpa Kompromi

Ujian Indeks Usia Kulit membuktikan, sebanyak 100% wanita yang diuji mendapat kulit lebih muda.

2/3 daripada wanita ini pula berjaya mengubah usia kulit sedekad lebih muda!

YOUTH Memang Berbeza

100% Vegan

Youth diformulasi menggunakan bahan-bahan semulajadi

~

Paten

YOUTH adalah sebuah revolusi dengan 8 paten dan paten-diproses

Bebas Kekejaman

Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan

Diuji Pakar Kulit

Diiktiraf oleh pakar kulit bertaraf dunia

Q

Bebas Bahan Kimia

YOUTH bebas daripad 1,500 bahan kimia yang boleh dipersoalkan

Diuji Pakar Mata

YOUTH telah diuji selamat untuk mata

Pilihan Set Youth

Set Permulaan

Sesuai untuk golongan muda, lelaki yang mencari rejimen mudah.

Set Popular

Untuk mereka yang inginkan kulit yang muda dan mencegah tanda-tanda penuaan.

Set Rawatan Intensif

Merawat & memperbaiki kulit yang mempunyai tanda-tanda penuaan.

Ada apa dalam youtH

Produk Tambahan Youth

Whatsapp

016 421 4704

Email

drainniah@gmail.com

COD

Seberang Jaya, Sungai Dua, Kepala Batas, Bertam

Poslaju

ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak

Cara Tentukan Jenis Kulit Muka Anda

Cara Tentukan Jenis Kulit Muka Anda

jenis kulit muka

Tahukah anda, jenis kulit anda boleh berubah-ubah dari semasa ke semasa?

Perbezaan jenis kulit antara kita adalah disebabkan perbezaan:

  • kandungan air di dalam kulit (yang menentukan kelembapan dan keelastikan kulit)
  • kandungan minyak di dalam kulit (yang menentukan kelembutan kulit)
  • sejauh mana sensitifnya kulit anda

Disebabkan perbezaan ini, kulit kita boleh dikategorikan kepada 5 jenis – normal, kombinasi, berminyak, kering dan sensitif.

.

1# Kulit NORMAL

Sememangnya ramai yang mengimpikan kulit normal, terutamanya kaum wanita dan yang mementingkan penampilan diri.

Mereka yang memiliki kulit normal mempunyai ciri-ciri berikut:

  • tiada atau sangat minimal masalah kulit
  • tidak sensitif
  • pori tidak jelas kelihatan
  • kulit berseri

jenis kulit muka

Jenis Kulit Muka Normal

.

2# Kulit KOMBINASI

Ada juga mereka yang mempunya bahagian kulit yang kering di satu bahagian, manakala di bahagian lain pula lebih berminyak.

Contoh paling kerap ialah berminyak di bahagian T (T-zone) dan lebih kering di sekitar dahi dan pipi.

Mereka inilah yang berkulit kombinasi.

Kebanyakannya mempunyai pori yang jelas kelihatan, kulit nampak berkilat dan muncul blackheads di wajah.

jenis kulit muka

Jenis Kulit Muka Kombinasi

.

3# Kulit KERING

Bagi yang berkulit kering, biasanya anda tidak mempunyai liang pori yang jelas kelihatan.

Tetapi kulit anda tampak kusam dan kasar, mungkin juga ada beberapa tompokan kemerahan (tanda radang dan mengelupas).

Kulit anda juga kurang elastik. Garisan halus lebih jelas kelihatan kerana kandungan air dalam kulit anda kurang.

Bukan sahaja di wajah, kulit anda di bahagian lain seperti sikut dan lutut adalah sangat kering sehingga pecah-pecah!

Lebih malang lagi, perkara-perkara di bawah boleh menjadikan kulit anda lebih kering lagi:

  • faktor genetik
  • perubahan hormon
  • proses penuaan
  • cuaca sejuk dan kering (contoh : cuaca sejuk di luar negara)
  • mandi dengan air suam terutamanya jika anda mandi untuk jangka masa yang panjang
  • ubat tertentu

jenis kulit muka

Jenis Kulit Muka Kering

.

4# Kulit BERMINYAK

Antara jenis kulit yang bermasalah ialah kulit berminyak.

‘Pelawat’ asing seperti jerawat, whiteheads dan blackheas lebih banyak kelihatan pada mereka yang berkulit jenis ini.

Tidak cukup dengan itu, kulit anda nampak kusam dan berkilat.

Kebiasaannya, seseorang mengalami kulit berminyak apabila terjadinya perubahan hormon, terlalu stress, dan perubahan cuaca.

Oleh kerana mereka yang mempunyai kulit berminyak lebih cenderung mengalami masalah pori tersumbat, untuk mencari produk penjagaan kulit dan makeup, sebaiknya anda pilih yang bersifat noncomedogenic.

jenis kulit muka

Jenis Kulit Muka Berminyak

.

5# Kulit SENSITIF

Mudah sahaja untuk mengenalpasti mereka yang berkulit sensitif.

Sekiranya kulit anda kemerahan, mudah merengsa, terlalu kering dan rasa seperti terbakar, anda berkemungkinan besar memiliki kulit yang sensitif.

Lagi satu ciri kulit sensitif ialah susah sangat nak cari skincare yang sesuai dengan kulit.

Silap langkah kulit memang boleh jadi teruk!

jenis kulit muka

Jenis Kulit Muka Sensitif

.

Sebagai penutup, Ain kongsikan 6 tips penting penjagaan kulit walau apa jua jenis kulit anda

  1. Cuci muka dengan teliti dan bersih setiap hari dengan pencuci muka yang sesuai
  2. Gunakan pelembap muka setiap hari.
  3. Pilihlah sunscreen atau sunbock berspektrum luas yang mampu memberi perlindungan dari sinar UVA dan UVB.
  4. Minum air kosong yang cukup setiap hari sekurang-kurangnya 2 liter.
  5. Berhenti atau jangan merokok jika anda sayangkan kulit anda.
  6. Elakkan berjemur di bawah terik matahari. Sekiranya terpaksa, gunakan semua teknik sunscreen yang ada seperti memakai baju berlengan panjang, memakai topi pantai dan cermin mata hitam.

Berminat untuk kulit sihat berseri secara semuajadi?

Jangan Salah Pilih Jenis Pencuci Muka Ya

Jangan Salah Pilih Jenis Pencuci Muka Ya

jenis pencuci muka

Setelah seharian terdedah kepada habuk, debu dan kotoran, tiada apa yang anda mahukan lagi selain mencuci wajah dengan sebersih-bersihnya.

Yang suka mekap pun takkanlah sampai ke tidur nak dibawa ‘contengan’ di wajah. Tak selesa amat nak tidur dengan muka yang ‘berat’ kan?

Mencuci wajah adalah langkah pertama dalam mana-mana range produk penjagaan kecantikan wajah.

Wajah yang tidak dicuci dengan bersih, silap hari bulan muncullah cik puan J. Yang tak ambil kisah akan hal ini, lain hari cik puan J ni mai balik bawak geng beramai-ramai. Kikikii…

Jadi, pemilihan pencuci wajah yang sesuai untuk kulit masing-masing adalah penting.

Kulit kita pun berbeza-beza antara satu sama lain.

Pencuci muka yang sesuai untuk orang A tak semestinya sesuai untuk orang Z.

.

9 Jenis Pencuci Muka

.

1# GEL CLEANSER

Jenis pertama ini kebanyakannya tidak berwarna.jenis pencuci muka

Seperti namanya, konsistensinya adalah seperti gel.

Pencuci jenis ini membersih dengan mendalam jadi baik untuk masalah pori tersumbat, dan menyingkirkan lebihan minyak.

Disebabkan konsistensnya yang tebal dan tidak mudah mengalir, ianya juga boleh dijadikan masker rawatan.

Dan untuk pencucian yang lebih mendalam, adalah disarankan membiarkan gel ini kira-kira 5 minit sebelum membilas.

Sesuai sangat untuk mereka dengan kulit berminyak dan kombinasi.

.

2# CREAM CLEANSER

jenis pencuci mukaCream cleanser pula kebiasaannya tebal, berkrim dan mempunya bahan pelembap seperti minyak botanikal.

Daripada konsistensi sahaja, anda biasanya sudah dapat membezakan pencuci muka jenis krim dan gel.

Ia membersih secara lembut tanpa menyingkirkan minyak semulajadi kulit.

Sepatutnya pencuci wajah jenis ini menjadi pilihan mereka yang berkulit kering dan sensitif.

Juga sesuai untuk kulit ‘matang’ yang memerlukan lebih kelembapan di samping mencuci wajah dengan bersih.

.

3# FOAM CLEANSER

Foam cleanser kebanyakannya adalah berasaskan air.jenis pencuci muka

‘Rupa’ asalnya boleh jadi krim atau gel, tetapi setelah dicampur sedikit air akan menghasilkan buih yang banyak.

Buih-buih ini akan membersih kulit secara mendalam sama seperti pencuci muka jenis gel.

Terdapat juga foam cleansers yang mengandungi bahan yang boleh ‘menarik’ minyak semulajadi yang diperlukan kulit.

Kepada mereka yang mempunyai kulit kering dan sensitif, sebaiknya elak menggunakan pencuci muka jenis ini.

Walau bagaimanapun, ia amat sesuai untuk kulit remaja dan terlalu berminyak.

.

4# OIL CLEANSER

jenis pencuci mukaMinyak pun boleh dijadikan pencuci muka?

Ya.

Seperti makanan yang ada minyak ‘baik’ dan ‘jahat’, minyak yang dijadikan pencuci muka juga adalah dari yang ‘baik’.

Minyak ‘jahat’ pula ialah kotoran, debu dan minyak berlebihan di wajah.

Mencuci wajah dengan pencuci berasaskan minyak dapat membersihkan pori secara lembut tanpa mengeringkan kulit.

Buat sesiapa yang tak tahu nak pilih pencuci jenis apa, pencuci jenis ini sesuai untuk semua jenis kulit!

.

5# CLAY CLEANSER

Berasaskan daripada clay yang berkuasa menyerap, pencuci jenis ini sesuai untuk kulit berminyak dan kombinasi.

Ini kerana ia berupaya menyerap minyak berlebihan dan toksin dari pori.

.

6# MICELLAR CLEANSER

jenis pencuci muka

Satu lagi yang boleh menjadi pilihan mereka yang berkulit kering dan sensitif ialah pencuci jenis keenam ini.

Pencuci ini istimewa kerana mengandungi molekul minyak yang kecil di dalam air pencucinya.

Molekul minyak ini ‘menarik’ minyak, mekap dan kotoran.

Lagi satu yang istimewa tentang cleanser jenis ini ialah anda tidak perlu membilas dengan air selepas menggunakannya.

.

7# POWDER CLEANSER

jenis pencuci mukaKetika kering, pencuci ini berbentuk serbuk.

Sebaik dicampur dengan air, ianya akan menjadi krim bermiktur.

Terus sahaja mencuci wajah anda sambil menyingkirkan kulit mati dan kotoran (fungsi exfoliate) secara lembut.

Berbeza dengan pencuci dengan microbeads yang kasar terhadap kulit, powder cleanser tidak sebegitu.

Sebab itulah ianya sesuai untuk kulit berminyak dan sensitif.

.

8# BAR CLEANSER

jenis pencuci muka

Pencuci muka jenis ‘buku’ ini kini kembali ke pasaran dengan ‘rupa’ baru.

Sesetengah pencuci jenis ini mempunyai sedikit sabun atau tiada langsung sabun di dalamnya.

Menawarkan pH yang mesra kulit, bahan-bahan pencuci wajah yang lembut, kaya dengan nutrisi dan mengandungi pelembap.

Point penting yang tiada pada pencuci wajah jenis lain ialah kebanyakan pembalutnya diperbuat daripada kertas yang mesra alam dan boleh dikitar semula.

Ini menambah lagi pilihan yang ada bagi mereka yang kulit berminyak dan kombinasi.

youth cleanser shaklee

Pencuci muka YOUTH ni special, kerana gabungan jenis gel dan oil. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

.

So bagaimana, anda dah boleh decide pencuci muka mana yang sesuai untuk anda?

Kalau anda masih tidak pasti jenis kulit anda, next Ain akan share tentang cara nak tahu jenis kulit kita.

Stay tuned ya! =)

.

Sumber:

  1. www.thegloss.com
  2. www.dermstore.com

Berminat untuk dapatkan kulit sihat bersih secara semulajadi?

Set Detox Shaklee : Fungsi, Pilihan, & Harga

Set Detox Shaklee : Fungsi, Pilihan, & Harga

ASAS

Peppermint

  • Melega & menenangkan perut
  • Menangani masalah kembung dan berangin
  • 90 tablet sebotol

Herblax

  • Daun senna, herba yang ‘mesra usus’
  • Menangani masalah sembelit
  • Menggalakkan kesihatan sistem pencernaan
  • Sebotol 90 tablet

POPULAR

Peppermint

Herblax

DTX Complex

  • Milk thistle ialah sejenis tonik hati
  • Mencantikkan kulit
  • 120 tablet sebotol

Alfalfa

  • Sifatnya yang alkali, ‘melawan’ keasidan yg disebabkan toksin
  • 330biji (S), 700biji (L)

PREMIUM

Peppermint

Herblax

DTX

Alfalfa

Vivix

  • Polifenol ialah sumber antioksidan yang baik
  • Energy booster
  • Sebotol untuk sebulan

Testimoni Set Detox Shaklee : Apa Kata Mereka?

Saya amalkan Set Detox Shaklee (Alfalfa + Herblax) dan Lecithin, eat clean (kurang gula putih, nasi putih, tepung), makan suku-suku separuh dan defisit kalori. Berat turun dari 68kg kepada 60kg.
Umi Nazrah

Total loss 6kg.

Best. Buncit kat perut dan tak kelihatan.

Azliza

Raya tahun lepas XL, raya tahun ni M pun still longgar. Tak nak lah ambik saiz S. Kang ikut fitting badan sungguh. Hehehe.
Halimatus Saadiah

Salam. Nak share jgak walau tak setara mana. Dari 86.2kg kepada 79.6kg.” (Norliza)
Norliza

Berusaha turunkan berat badan untuk kurangkan risiko darah tinggi dan kolesterol. Hasil detox cara Shaklee dan amalkan set detox Shaklee, berjaya turun lebih 15kg. (Master Dosh)
Master Dosh

Mak saya 63 tahun saiz boleh tahan montel. Setahun lepas saya mula eat clean mak kata nak join. Mak mula beli macam-macam peralatan workout, workout daily, air kosong banyak, control food portion, …. dia berjaya turun berat badan! Size baju 54 jadi 50.”
Halimatus Saadiah

Cara Semak Skincare Lulus KKM

Cara Semak Skincare Lulus KKM

skincare lulus kkm

Memandangkan sekarang produk kecantikan tumbuh bak cendawan selepas hujan, adalah lebih baik kita semak dahulu sama ada produk pilihan kita itu skincare lulus KKM atau pun tidak

Bukannya apa.

Acap kali kita dengar berita-berita kulit muka jadi rosak lepas produk sekian-sekian.

Pernah beberapa kali juga keluar senarai produk yang mengandungi bahan membahayakan tapi bukan semua orang alert benda-benda macam ni kan?

So, bertindak bijak, semak dahulu sebelum melaburkan duit untuk mana-mana skincare.

Jadi kali ni Ain nak share beberapa step mudah untuk semak skincare lulus KKM atau sebaliknya.

.

5 LANGKAH MUDAH SEMAK SKINCARE LULUS KKM

.

1) Layari laman web NPRA di npra.moh.gov.my

NPRA ialah singkatan bagi National Pharmaceutical Regulatory Agency.

Untuk menyemak kelulusan produk suplemen pun kita boleh semak melalui laman web yang sama ini juga.

Ain ada ceritakan sebelum ni dalam entri Cara Semak Nombor KKM Produk Shaklee.

Nak semak produk selain Shaklee pun boleh of course hehe.

Anda akan dibawa ke laman web seperti di dalam gambar di bawah.

.

skincare lulus kkm

.

2) Kemudian, pilih ‘Carian Produk’

Kalau anda ingin menyemak menggunakan smart phone, cuma scroll ke bawah sahaja sehingga ‘berjumpa’ dengan link ‘Carian Produk’ ini.

.

3) Pilih ‘Cosmetic’ kerana anda nak semak skincare kan.

Kalau anda pilih ‘Pharmaceutical’ tu, untuk semak produk suplemen (bukan skincare). Mudah saja kan?

.

skincare lulus kkm

.

4) Di bahagian ‘Search by’, ada beberapa pilihan.

Antara pilihan yang ada:

  • Product Name
  • Notification Number
  • Holder Name
  • Manufacturer Name
  • Importer

Rasanya yang paling mudah ialah memilih ‘Product Name’.

.

5) Di bawahnya, masukkan nama produk yang anda ingin semak.

Contohnya : shaklee youth. Akan keluarlah semua senarai produk dengan perkataan ‘shaklee youth’ tadi.

.

skincare lulus kkm

.

So, kalau ada dalam senarai bermakna produk tersebut ada kelulusan KKM. Bolehlah tarik nafas lega untuk keluarkan duit membeli skincare tersebut.

Kalau tiada dalam senarai, haaa jangan cari pasal!

Jadilah pengguna bijak.

Pastikan anda melabur untuk keuntungan, bukannya melabur untuk melebur. Hehehe =)

.

-Pengedar Shaklee Butterworth-

.

Untuk pertanyaan tentang skincare semulajadi YOUTH, klik gambar in untuk terus menghubungi Ain ya.