Cara Buat Aduan KPDNKK

Cara Buat Aduan KPDNKK

Seperti kita semua sedia maklum, bermula 1 Jun 2018 barisan kerajaan Pakatan Harapan telah menetapkan yang GST diletakkan pada kadar 0%. Seingat Ain, amat jarang sekali Ain belek harga barang-barang yang dibeli dari kedai runcit walaupun agak kerap beli barang makanan dari sana.

Pagi ini, hari pertama klinik buka setelah 4 hari cuti Hari Raya Aidifitri. Sebab stok barang kat rumah pun masih tak ditambah, sampai rumah pun malam semalam. Habis kemas-kemas beg balik kampung dan pakaian kotor semua, dah masuk jam 1 pagi barulah nak melelapkan mata.

Bangun pagi pun dah lewat. Makanya, breakfast Ain pagi ni tentulah dari kedai di luar sahaja.

Ain singgah satu kedai berdekatan dengan klinik tempat Ain kerja.

Masuk je kedai terus Ain capai sebuku roti Gardenia Delicia Butterscotch. Biasanya tak heran langsung nak tengok harga roti tu. Tapi pagi ni terus terpandang harga pada buku roti tu RM4.35,

Masa nak bayar, Ain bagi sekeing not RM5. Expecting akan dapat balance 65 sen la kan?

Tapi, hairan bila pekerja di cashier tu bagitau jumlah RM4.60, dan baki 40 sen.

aduan kpdnkk

Tag harga pada roti RM4.35 tetapi dicaj RM4.60 dan diberi resit bertulis GST@0%. Harga mengelirukan macam ni seperti menipu pengguna kan?

.

Bila ditanya kenapa harga kat roti RM4.35, tapi Ain kena bayar RM4.60, dia tak boleh jawab. Of course la kan, sebab dia cuma pekerja di situ.

On the way ke kereta, dalam kepala ni dok buat kira-kira, yang 25 sen tu kalau dikira semula bersamaan dengan 6% dari harga RM4.35.

Isy, tak boleh jadi ni. Dah 18 haribulan masih ada peniaga yang lembap macam kura-kura nak betulkan sistem ke? Kat resit pandai plak ditukar GST@0% tapi harga macam ada GST 6%!

Disebabkan ramai kawan-kawan FB yang menyokong suruh report kerana hak pengguna, Ain pun buat aduan hari ini jugak!

Apa yang Ain buat ialah aduan secara online dan dengan menelefon talian bebas tol.

.

1# Aduan KPDNKK Melalui Talian Bebas Tol

.

Untuk membuat aduan menggunakan talian bebas tol, dail sahaja 1-800-886-800. Anda akan disambungkan kepada pegawai yang akan mengambil aduan.

Kecut perut jgak nak buat aduan pun sebab details pengadu akan diambil – nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat rumah, nombor telefon dan email. Kira bukan boleh sesuka hati buat aduan tau.

.

2# Aduan Melalui Aplikasi EzAdu KPDNKK

.

Search je ‘ezadu kpdnkk’ di Play Store atau Apple Apps dalam telefon pintar korang. Download apps seperti dalam gambar kat bawah ni.

.

aduan kpdnkk

.

Bila dah download, buka aplikasi dan klik pada ‘Aduan Baru’ dan tulislah aduan korang. Masukkan details pengadu seperti yang Ain bagitau kat atas tadi (nama penuh, nombor kad pengenalan semua tu).

Guna aplikasi ni lebih detail sebab boleh masukkan gambar bukti juga.

Once dah selesai semua yang diperlukan, anda akan mendapat email menyatakan yang aduan telah diterima dan akan diproses. Tak sabar pula nak tunggu apa feedback dari KPDNKK. Kalau korang nak tahu, ada button untuk ‘Semak Aduan’ juga dalam aplikasi ni.

.

aduan kpdnkk

Selesai membuat aduan.

.

Ok setakat itu saja steps simple untuk buat aduan kepada KPDNKK. Jangan main-main dengan hak pengguna. Buat aduan untuk hak anda.

Ada Apa Dengan Bonus Raya 2018

Ada Apa Dengan Bonus Raya 2018

Salah satu ringkasan daripada sidang media terbaru Perdana Menteri Tun Mahathir semalam ialah bonus raya 2018 bagi penjawat awam sempena menyambut Aidilfitri yang bakal menjelma. Tahniah diucapkan kepada semua penerima bonus.

Mereka yang layak ialah gred 41 dan ke bawah sebanyak RM400 manakala bagi pesara pula sebanyak RM200.

Rata-rata terdapat golongan yang tidak puas hati kerana tidak tergolong dalam kumpulan yang layak dapat bonus raya 2018 ini. Sebaliknya, ada juga yang memahami keadaan kewangan negara kini yang berhutang lebih 1 trillion Ringgit Malaysia!

Sedang kita ‘meroyan’ tak dapat bonus, adalah lebih baik kita memikirkan yang ada golongan lain yang lebih memerlukan bantuan ini.

Bercakap tentang bantuan kerajaan ni, tahun ini masuk tahun keenam Ain tak menikmati bonus-bonus ini. Sejak resign dari government lah kiranya hehe.

bonus raya 2018

Bonus Raya 2018 : Kan best kalau dapat bonus setiap bulan?

.

Bonus Sekali Setahun Vs Bonus Setiap Bulan

Kalau dulu masa masih berkhidmat di hospital kerajaan, Ain dapat bonus raya sekali dalam tahun.

Berbeza dengan sejak 4 tahun yang lepas, Ain ada pilihan lain untuk menikmati bonus setiap bulan dari bisnes Shaklee! =)

Bisnes Shaklee ni mudah sahaja tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Berbekalkan modal serendah RM68.90 sahaja untuk pendaftaran, anda dah boleh kembangkan bisnes ini ke seluruh Malaysia.

Semudah menggunakan produk Shaklee (USE), merasakan sendiri kesan superb suplemen Shaklee, berkongsi kebaikan suplemen Shaklee dengan orang lan (SHARE). Dan akhir sekali membina empayar bisnes anda di seluruh Malaysia (BUILD).

Produk Shaklee ni produk evergreen. Sentiasa dicari orang sebab isu kesihatan ialah isu global dan berterusan. Tak pernah ada orang yang tak pernah sakit kan?

Ditambah pula dengan pemakanan tidak sihat zaman sekarang, gaya hidup tidak sihat, selalu tertekan dan terdedah dengan pencemaran. Semua ini menyumbang kepada keperluan suplemen sebagai makanan tambahan.

Boleh baca entri Suplemen, Keperluan Atau Kehendak? yang pernah Ain share sebelum ini.

Sebab itulah industri suplemen berkembang dengan pesat semenjak berpuluh tahun ini, sampai nak pilih mana satu pun boleh mengelirukan.

bonus raya 2018

Bonus Raya 2018

.

Ye Ke Shaklee Syarikat Nutrisi Terbaik?

Untuk memilih suplemen kesihatan yang akan masuk ke dalam badan menjadi darah daging, pastikan pelaburan anda berbaloi.

Jangan kerana harga sesuatu suplemen itu murah, anda mengabaikan kesan sampingan memudaratkan yang bakal terjadi. Selidik dahulu tentang latar belakang suplemen itu.

Bila mana orang tanya kenapa perlu pilih Shaklee, inilah jawapannya:

  • bahan-bahan untuk pembuatan vitamin Shaklee diformulasi berasaskan sains, ada bukti klinikal, bukan kelentong macam cerita dongeng cerita kat budak-budak ya
  • ada bukti yang ianya selamat diambil, bebas bahan terlarang contohnya steroid (ambil steroid mestilah rasa bertenaga, tapi kesan sampingan macam mana pula?)
  • sejarah lama dengan reputasi unggul. Vitamin pertama (Vitalized Mineral) dihasilkan pertama kali pada tahun 1915, dah lebih 100 tahun dan sehingga kini masih wujud dengan nama Vitalea (antara multivitamin tertua dunia)
  • berkomitmen melakukan perkara yang benar dan berharmoni dengan alam sekitar
    • contohnya pihak NASA mintak Shaklee cipta suplemen untuk para angkasawan ke bulan, maka terhasillan AstroAde yang banyak mempengaruhi kesihatan mereka
  • hanya Shaklee ada Landmark Study 1 & Landmark Study 2 dengan keputusan yang stunning dan strong!
  • terdapat Bahagian Kajian dan Pembangunan, Sumber Manusia dan peralatan yang hebat

.

Shaklee Innovation Center dibuka pada 20 April 2015.

.

Macam Mana Nak Dapat Bonus Setiap Bulan?

Dengan menggunakan teknik USE, SHARE, BUILD tadi, anda akan dibimbing secara eksklusif secara online.

Coaching dilakukan secara one-to-one atau berkumpulan, di mana masing-masing berkongsi ilmu bisnes, tips marketing berkesan dan testimoni-testimoni real dari diri sendiri dan customers masing-masing.

Seseorang yang bergelar ahli sah Shaklee juga layak menyertai talk dan training oleh pihak Shaklee yang dilakukan setiap bulan. Dari sinilah anda akan mendapat info yang betul tentang sesuatu produk.

bonus raya 2018

Bonus Raya 2018

.

Berapa Bonus Shaklee Setiap Bulan Tu?

Untuk pengedar biasa, anggaran bonus ialah sekitar RM30 sehingga RM400 sebulan.

Bagi pengedar yang lebih aktif, kebiasaannya berjaya menjana bonus antara RM400 sehingga RM1000.

Dan pengedar tetap pula boleh menjana lebih dari RM1000, dari empat angka ke lima angka dan ada yang berjaya membuktikan bonus enam angka setiap bulan adalah tidak mustahil!

Berapakah bonus yang anda mahu, anda sendirir yang tetapkan dan usahakan. =)

So, sekarang anda buat pilihan…

Nak Bonus Sekali Setahun Atau Bonus Setiap Bulan?

Daftar Ahli Segera Untuk Dapat Bonus Setiap Bulan atau anda boleh Whatsapp Ain untuk konsultasi lanjut.

Beg Comel Promosi Shaklee Mei 2018

Beg Comel Promosi Shaklee Mei 2018

Korang yang mood PRU14 sejak awal bulan Mei ni, dah habis PRU ada yang masih tak tahu apa promosi Shaklee Mei 2018 ni? Maaf ya korang, Ain baru perasan belum up lagi entri pasal promosi bulan ni (melayan PRU14 punya pasal hihi)

Macam biasa, Shaklee suka sangat bagi promosi best-best untuk kita. So, kali ini, Shaklee bergembira untuk buat promosi macam dalam poster kat bawah ni.

promosi shaklee mei

Promosinya yang macam mana tu?

Ok, kalau korang tengok poster, atas skali ialah barisan 3 twin sets semuanya:

  1. Twin Set Meal Shakes (2 tong)
  2. Twin Set Performance Drink (2 tong)
  3. Twin Set Cinch Shake Vanilla (2 tong)

Promosinya ialah, beli mana-mana twin set di atas, anda akan dapat diskaun sebanyak 10% daripada harga yang asal. Wah, kalau yang member lagi murahlah, sebabnya, sudahlah harga ahli dah 10-15% lebih menjimatkan. Bulan ni Shaklee nak bagi lagi EXTRA diskaun sempena nak menyambut bulan mulia bulan Ramadhan. Vitamin-vitamin ni plak memang sesuai sangat diamalkan sepanjang bulan puasa.

So, apa manfaat vitamin-vitamin ni?

PERFORMANCE DRINK

  • penghilang dahaga
  • menghidrat dengan baik kerana mengandungi elektrolit-elektrolit yang diperlukan badan
  • memberi tenaga segera dan lebih berpanjangan

.

MEAL SHAKES

  • minuman berkhasiat yang mudah disediakan
  • diperkaya dengan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk fungsi optimum badan
  • dilengkapi dengan serat, asid amino, kalsium dan zink
  • mengandungi protein yang membantu membina dan memperbaiki tisu selepas bersenam
  • kalsium membantu perkembangan tulang yang sihat dan kuat

.

CINCH SHAKE VANILLA

  • kaya dengan protein dan kalsium
  • sedap dan mudah disediakan
  • menyediakan khasiat hidangan makanan, sebab itu sangat sesuai dijadikan ‘meal replacement’ bagi mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan
  • juga diperkaya leucine yang mengekalkan otot untuk mendapatkan berat badan yang diidamkan (memutuskan kitaran diet ‘yo-yo’ (makin diet makin gemuk)

promosi shaklee mei

Nak promosi lagi?

Haa, kalau anda beli mana-mana 2 twin sets pula, anda bukan saja akan dapat diskaun 10% tadi. Tapi akan dapat PERCUMA beg ‘Eco Pack-N-Go warna hijau yang comel macam dalam poster di atas.

Contohnya anda beli kombinasi berikut:

  • 1 Twin Set Meal Shake + 1 Twin Set Performance Drink
  • 1 Twin Set Meal Shake + 1 Twin Set Cinch Shake Vanilla
  • 1 Twin Set Performance Drink + 1 Twin Set Cinch Shake Vanilla

Jom kita tengok rupa beg ni besar mana boleh muat apa semua.

.

Kalau anda TAK berminat dengan mana-mana twin set tadi, tapi nak dapatkan beg comel ni, don’t worry. Ada lagi dua cara untuk dapatkan…

Belian Set ‘Cleanse & Burn‘ ATAU ‘Revitalise Set‘, juga akan layak untuk mendapat beg comel ni secara PERCUMA. Beza dengan twin sets tadi, tak ada diskaun 10%.

.

SET ‘CLEANSE & BURN

Yang nak KURUS secara sihat di bulan puasa ni sesuai ambik SET ‘CLEANSE & BURN‘ ni. Sebab dalam Set ‘Cleanse & Burn‘ ada vitamin-vitamin berikut dengan fungsi khusus untuk membantu anda menurunkan berat badan :

  • DTX Complex – detox hati
  • Herblax – detox usus
  • Peppermint GingerPlus – buang angin
  • Alfalfa Complex – detox darah
  • B Complex – menukarkan makanan kepada tenaga
  • Lecithin – pengemulsi lemak (bakar lemak)

.

‘REVITALISE SET’

Untuk ‘REVITALISE SET‘ pula, terdiri daripada gabungan 3 vitamin hebat untuk meningkatkan metabolisma dan memberi TENAGA ni:

  • Vivix – antioksida sel (peringkat paling asas tubuh_, menjana tenaga, detox sel
  • CoQ Trol Plus – menjana tenaga (combine dengan resveratrol dalam Vivix memang bertenaga!)
  • Cinch Energizing Tea – energy booster yang baik walaupun satu hidangan menyediakan hanya 5 kalori sahaja (juga sesuai untuk orang yang nak kurus)

.

Eh, belum habis lagi tau. Ada lagi promosi bulan ni…

promosi shaklee mei 2018

Dapatkan PERCUMA Radiance C+E (worth lebih RM400) dengan pembelian Intensive Treatment And Repair Set Youth. Promosi sehingga 31 May 2018 selagi stok masih ada. Klik Youth Skincare untuk info lanjut.

.

promosi shaklee mei 2018

Shaklee Baby pula, kalau anda beli 2 Set akan dapat PERCUMA 1 Set. Dengan kata lain, beli 2 set tapi dapat 3 set. Untuk promosi Shaklee Baby pula, sehingga 18 Mei 2018 selagi stok masih ada. Info lanjut Shaklee Baby.

.

Sekian, itu saja promosi Shaklee Mei 2018 yang baaaaaanyak sangat!

Akhir kata dari Ain,

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak, Selamat Berpuasa kepada seluruh Muslimin Muslimat di seluruh Malaysia dan dunia. Nak grab promosi atau mana-mana vitamin Shaklee, roger Ain dengan klik mana-mana gambar dalam entri ni. :).

Akhirnya Terjawab Persoalan Keputusan PRU 14

Akhirnya Terjawab Persoalan Keputusan PRU 14

Mendebarkan btol menunggu keputusan PRU 14 kali ni kan. Kalau kebiasaannya sebelum-sebelum ini, around 7-9 malam, kita dah dapat berita rasmi akan keputusan pilihanraya.

Tapi tidak untuk PRU kali ini. Sebabnya sejak sebelum pilihanraya lagi, dah ada hint-hint yang menunjukkan kemungkinan Barisan Nasional yang dah lebih 60 tahun memerintah akan jatuh!

Jadi, sementara pengiraan dilakukan, macam-macam berita yang disampaikan dari media sosial sepanjang malam! Sehingga jam 12 pagi pun, berita rasmi yang ditunjukkan di kaca TV seperti yang disebarkan di Whatsapp pukul 8 malam!

keputusan pru 14

Ain dah undi seawal 8 pagi 9 Mei 2018 di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya.

.

Pagi semalam, seawal 7 lebih pagi Ain dan mak Ain berjalan ke Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya untuk menunaikan tanggungjawab mengundi. Nasib baiklah dekat sangat sekolah rendah ni, cuma 5 minit berjalan je dari rumah mak. Menjejakkan kaki ke sekolah ni, on off datanglah kenangan masa bersekolah rendah di sini dahulu. Dari darjah 2 hingga darjah 6 macam-macam kenangan dan wajah kawan-kawan baik menerpa ingatan.

Jam 7 lebih kami sangkakan agak awal juga. Tetapi sebaik sampai di khemah semakan, dah mula nampak orang ramai mula menyerbu sekolah. Selepas semakan, kami diberi kertas bertulis saluran dan nombor siri. Mak Ain saluran 3 dan Ain saluran 6.

Agak lega bila sampai sahaja ke kelas saluran 6, barisan masih boleh tahan. Ain beratur di pintu belakang kelas. Elok je depan Ain ialah junior sekolah rendah ni dulu. Wah, nasib baik ada kawan nak sembang. Tak la bosan sementara menunggu giliran nak mengundi. Setengah jam beratur dan bersembang, akhirnya selesai menunaikan tanggungjawab.

Kali ini ialah kali kedua Ain mengundi. Mula ada kesedaran untuk mengundi sejak penggal lepas. Penggal kali ini pula lain macam feeling dia, lain macam semangatnya. Sebab personally, Ain sendiri rasakan yang negara berada dalam keadaan yang membimbangkan. Kalau dah Ain yang bukan jenis up-to-date dengan poitik pun boleh rasa macam ni, apakan pula yang memang berpengalaman dalam bidang politik.

So, apa keputusan PRU 14 ni?

Back to the story…

Tunggu punya tunggu keputusan PRU 14 dari pukul 9 malam sampai 1 pagi lebih, akhirnya Ain tewas! Ngantuk sangat ooo, mata nak tutup tapi hati nak berjaga. Dah acaner tu kan? Haha!

Pukul 4 pagi terjaga terus teringat keputusan PRU. Dah announce ke belum. Dan akhirnya persoalan terjawab…

Berikut ialah jumlah kerusi parlimen yang dimenangi mengikut parti, seperti yang diumumkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) :

  • Barisan Nasional (BN) 79 kerusi
  • Parti Islam Semalaya (PAS) 18 kerusi
  • DAP 8 kerusi
  • Parti Keadilan Rakyat (PKR) 105 kerusi
  • Warisan 8 kerusi
  • Parti Solidariti Tanah Airku 1 kerusi
  • Bebas 4 kerusi

.

Dengan ini, Pakatan Harapan memenangai simple majoriti untuk memerintah negara. Pertama kali dalam sejarah pemerintahan Malaysia, Barisan Nasional akhirnya tumpas di tangan pihak pembangkang!

Tahniah buat Pakatan Harapan yang memberi harapan baru buat rakyat Malaysia.

keputusan pru 14

Di atas ialah 10 manifesto yang Pakatan Harapan janji untuk sempurnakan dalam masa 100 hari dari pemerintahan PH di Malaysia.

Sesungguhnya keputusan PRU 14 ini membuktikan suara rakyat sangat berkuasa. Terimalah keputusan ini dengan berlapang dada, doakan yang baik-baik sahaja demi negara tercinta kita. 🙂

Shaklee Bahaya Untuk Kesihatan Betul Ke?

Shaklee Bahaya Untuk Kesihatan Betul Ke?

Shaklee bahaya ke? Meh Ain nak share cerita Ain sendiri.

Syukur Alhamdulillah. Result routine blood test Ain dah balik. Siap special boh dalam sampul yang di-seal lagi sebab depa tau ni doktor punya. Hihihi…

  • sel darah merah, putih, beku normal
  • fungsi buah pinggang normal
  • asid urik normal
  • fungsi hati normal
  • kalsium pun cantik
  • kolesterol cantik
  • gula pun elok

shaklee bahaya

Ini keputusan darah Ain. Syukur ke hadrat Allah semuanya normal.

.

Alhamdulillah. Untuk pengetahuan, Ain consumer tegar Set Menyusu Optimum Shaklee sejak 2012. Hampir 6 TAHUN dah konsisten ambil 5-6 JENIS suplemen Shaklee setiap hari WITOUT FAIL.

Pagi-pag bancuh 3 sudu besar ESP, telan terus skali sebiji Vitalea, sebiji Vitamin C dan 5 biji Alfalfa (duu 10 biji Alfalfa, sekarang plan nak slow weaning anak menyusu).

Malam sebelum tidur plak Ain akan ambil 4 biji Ostematrix, sebiji B Complex dan sebiji Vitamin E. Jadinya, total setiap hari Ain ambil 13 tablet dan 3 sudu besar serbuk protein (14 gram). On off plak Ain ada minum Performance jgak, kadang-kadang perabih Meal Shakes anak hihihi.

Dengan rutin macam ni, Ain sendiri rasa makin sihat setiap hari walaupun sibuk dengan kerja sampai malam, kerja-kerja rumah dan anak-anak. Bukan sebulan dua tau tapi dah lebih 5 tahun Ain lebih sihat dari sebelum tu.

nak kurus dengan cepat

Betul ke Shaklee bahaya? Gambar kiri masa Ain student lagi. Kalau orang lain lepas beranak pinak badan bagai dpam-pam dan dah mula sakit badan dan kerap demam semua tu, kenapa Ain tak? (Alhamdulillah sangat)

.

So, siapa kata Shaklee bahaya untuk jangka masa panjang?

Ain terus menerus consume vitamin Shaklee kerana percaya dengan Landmark Study.

Landmark Study ni kajian kesan pengambilan beberapa suplemen selepas lebih 20 tahun tau. Ada satu ni saja kajian macam ni dalam dunia sebab hanya Shaklee je yang berani diuji keberkesanannya. Dah memang bagus kan, so kenapa nak takut dedngan cabaran oleh pihak ketiga yang tak berkaitan langsung dengan Shaklee?

Dalam Landmark Study, pengguna multiple suplemen Shaklee paling sihat & mempunyai parameter kesihatan terbaik selepas 20 tahun, berbanding kumpulan tanpa suplemen dan pengguna multivitamin sahaja (bukan Shaklee).

Kajian ini diketuai oleh pihak ketiga yang berkuasa penuh ke atas kajian (Shaklee cuma keluarkan dana untuk kajian sahaja). Siap ada evaluation by pakar dalam bidang yg sama sebelum diterbitkan (peer-reviewed) lagi. Memang strong lah kajian ni!

Bukti klinikal kukuh yg Shaklee sememangnya mementingkan kesihatan kita dah memang ada.

Bukti depan mata ni haa pun ada (Ain la salah sorang hehe).

Korang boleh klik LANDMARK STUDY untuk baca lebih lanjut tentang kehebatan dan keputusan stunning kajian ini.

Ain buat test ni annually untuk membuktikan yang Shaklee memang betul2 selamat untuk jangka masa panjang bagi mereka yang NAK mencegah sebelum kena.

Kalau dah ada penyakit, memang ada la bacaan2 yg abnormal tu. Terbaiknya, sebelum start makan Shaklee, check darah dulu. Baru kita boleh tahu betul ke Shaklee penyebab masalah abnormal darah korang tu kan? 🙂

Ambil suplemen the best is SEBELUM sakit. Sebab suplemen bukan ubat.

Cegah sebelum kena. Dan cegahlah sebelum lebih parah. 🙂

Bahana Ubat Tahan Sakit Yang Tak Terkawal

Bahana Ubat Tahan Sakit Yang Tak Terkawal

ubat tahan sakit

Bukan tak boleh langsung mengambil ubat tahan sakit tetapi haruslah berpada-pada dan sebaiknya mendapat nasihat doktor atau pegawai farmasi.

Bagi anda yang kerap kali mengambil ubat tahan sakit untuk apa jua kesakitan samada sakit sedikit atau kuat, anda perlu ambil tahu apa bahana yang bakal anda peroleh sekiranya menggunakan ia tanpa kawalan.

Ubat tahan sakit, dalam bahasa sains dikenali sebagai analgesics, boleh dibahagikan kepada jenis narkotik dan bukan narkotik. Ubat tahan sakit juga ada yang mudah didapati secara over-the-counter (OTC) ataupun memerlukan preskripsi doktor.

Jenis-jenis ubat tahan sakit termasuk dalam bentuk cecair (syrup), tablet, sapu atau tampalan.

Mari kita tengok satu per satu apa yang boleh diakibatkan oleh ubat tahan sakit ini.

.

ubat tahan sakit

Paracetamol ialah antara ubat tahan sakit yang popular.

1# Paracetamol, PCM

.

Popular dengan panggilan PCM, paracetamol bertindak bukan sahaj sebagai analgesic, tetapi juga ubat untuk mengubat demam. Paracetamol ialah ubat tahan sakit paling popular dan mudah didapati dari mana-mana farmasi atau klinik. Namun, penggunaan secara berterusan dan tanpa kawalan doktor boleh mengakibatkan kerosakan hati.

Antara tanda-tanda kerosakan hati ialah seperti berikut:

  • jaundice (kekuningan kuit dan bebola mata putih)
  • kerap loya dan muntah
  • sakit perut
  • air kencing berwarna gelap
  • kepenatan melampau

Untuk makluman, kebanyakan brand PCM sebiji tablet mengandungi 500mg paracematol (ada juga sebiji tablet bersamaan dengan 650 gram). Dos yang dicadangkan ialah sebanyak 2 biji (1 gram) setiap 6 jam, dengan dos maksima sebanyak 4 gram sehari.

Pengambilan PCM berlebihan dan melebihi merisikokan kepada masalah hati. Tambahan buat mereka yang mengambil ubat ini bersama-sama alkohol, akan lebih berisiko lagi.

.

ubat tahan sakit

2# NSAID (non-steroidal anti inflammatory drugs)

.

NSAID ialah ubat tahan sakit dari kategori bukan narkotik dan boleh dibahagikan kepada selektif dan bukan selektif.

Contoh NSAID selektif ialah celecoxib, parecoxib. Manakala dari jenis bukan selektif pula ialah seperti mefenemic acid (Ponstan), diclofenac (Voltaren), ibuprofen, dan aspirin.

Penyalahgunaan NSAID bukan selektif secara salah boleh mengkibatkan:

  • kerosakan buah pinggang (kerana ubat-ubat ini menyebabkan salur darah di buah pinggang mengecut lalu tidak mendapat darah yang secukupnya)
  • pendarahan (terutamanya jika pesakit juga mengambil ubat cair darah seperti Warfarin)
  • ulser perut (berpunca dari luka pada perut yang berlanjutan)

Sebaliknya, NSAID jenis selektif pula kurang merisikokan pesakit mengalami ulser perut. Antara lain, kesan sampingan yang boleh terjadi ialah alahan dan pening.

.

ubat tahan sakit

.

3# Narkotik (Opioid)

.

Pain killers” jenis narkotik pula ialah seperti morphine, codeine dan fentanyl. Kerana tindakan ubat jenis narkotik ini adalah pada paras otak dan saraf tunjang, kesan pengambilannya yang tidak terkawal boleh mengakibatkan:

  • ketagihan (pengambilan tanpa kawalan tanpa mengambil kira kesan sampingan)
  • ‘dependence’ (terlalu bergantung kepada ubat walaupun sakit sedikit sahaja)
  • tolerans (di mana terdapat peningkatan dos ubat untuk melegakan sakit)

.

Apa Langkah Lain Untuk Melegakan Kesakitan, Selain Mengambil Ubat Tahan Sakit?

.

  1. Amalkan pemakanan seimbang dengan kesemua kumpulan makanan dan gayahidup sihat. Boleh rujuk entri Cara Pemakanan Sihat ini.
  2. Sebaiknya juga dapatkan berat badan ideal.
  3. Pengambilan suplemen yang baik juga sangat membantu hidup lebih sihat daripada bergantung kepada ubat sentiasa.
  4. Jika anda memerlukan ubat, boleh cuba dahulu ubat tahan sakit bukan jenis oral seperti kaedah tampalan atau sapu (krim).

Berusahalah untuk sihat kerana kesihatan itulah yang paling berharga dalam kehidupan.

.

Klik gambar ini untuk konsultasi lanjut suplemen kesihatan/kecantikan yang selamat dan berkesan.

Si Comel Pipi Merah Secomel Namanya

Si Comel Pipi Merah Secomel Namanya

si comel pipi merah

Tahniah kepada penyanyi tersohor negara kita, Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin dan suami beliau, Dato’ K, di atas kelahiran puteri pertama mereka pada Isnin yang lalu.

Lambat nau Ain up post pasal ni kan. Dah tertinggal keretapi haha.

Puteri sulung pasangan ini dilahirkan paa hari Isnin 19 Mac 2018 pada pukul 8.17 pagi di pusat perubatan Gleanegles.

Bayi Dato’ Siti dilahirkan dengan berat lahir 3.55kg secara pembedahan atas nasihat doktor.

Dato’ Siti yang telah mendirikan rumahtangga dengan Dato’ K selama 11 tahun, akhirnya dikurniakan rezeki cahaya mata melalui in vitro fertilization (IVF) Alhamdulillah.

Tarikh ini dipiih sendiri oleh pasangan ini kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi S.A.W, dan juga tarikh itu juga bersamaan dengan 1 Rejab.

Saat dibenarkan pulang, Dato’ Siti mengungkapkan rasa terima kasih tak terhingga buat pihak hospital, staf yang terlibat menjaga beliau dan anak beiau dengan baik sekali selama 5 hari di sana.

Alhamdulillah, Alhamdulillah Alhamdulillah.

Bila anak artis terkemuka dilahirkan, antara lain mestilah masyarakat nak tahu apakan nama puteri Dato’ Siti. Sebelum mengumumkan kepada umum, Dato’ Siti memberitahu bahawa puterinya diberi gelaran Fatimah Az Zahra.

Dan akhirnya penantian peminat dan masyarakat berakhir apabila Dato’ Siti mengumumkan nama indah puteri beliau pada hari Ahad, 25 Mac 2018.

SITI AAFIYAH BINTI DATO’ KHALID

Alololo comelnya nama dia. Makna pun baik. Ain suka. 🙂

.

Kenapa Si Comel Pipi Merah Ini Dinamakan Siti Aafiyah binti Khalid?

.

Menurut Dato’ Siti, nama ini dipilih bersempena dengan doa yang diajarkan Nabi Muhammad SAW kepada bapa saudaranya, Al-Abbas.

Kata beliau lagi, nama ini beliau dapat semasa menunaikan umrah. Dan maknanya juga merangkumi yang baik-baik sahaja.

Sementara itu, Dato’ Khalid pula berkata, pemilihan nama puteri mereka lebih ringkas, indah dan mudah diingati dalam setiap doa.

Pilihan nama puteri kami berdasarkan satu doa Rasulullah SAW yang mengajar bapa saudaranya. Apabila Abbas bertanya apakah doa terbaik dibaca, Rasulullah SAW berikan ayat itu. Di dalam doa itu ada perkataan ‘Afiyah yang bermaksud untuk menyelamatkan dari sebarang kesusahan yang menimpa, untuk sihat, kita berada dalam ‘afiyah, untuk mempunyai wang yang cukup, kita berada dalam ‘afiyah, untuk hidup, kita berada dalam ‘afiyah dan untuk anak-anak diberi perlindungan, kita berada dalam ‘afiyah. Daripada situ saya menamakan puteri saya. Dalam masa sama nama ini ringkas dan mudah diingati. Malah dalam setiap doa kita menyebut nama ini,” katanya kepada Harian Metro.

Bersempena hari ketujuh kelahiran anak pasangan itu, Siti juga mengadakan Majlis Maulid Nabi, Tahnik, Cukur jambul dan Aqiqah di kediamannya yang disempurnakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Dzulkifli al-Bakri.

Ain suka sangat lagu Si Comel Pipi Merah ni. Lagu pun comel, lirik pun comel.

Sebelum itu, pada sebelah petang Siti berkongsi wajah anak perempuannya di laman Facebook dan Instagram.

Untuk berpantang pula, DS Siti mendapat tajaan berpantang selama 44 hari – urut tradisional, bertungku dan makanan berkhasiat. Sekali lagi syukur Alhamdulillah.

Tahniah sekali lagi ya, DS Siti dan DS Khalid, atas kelahiran Si Comel Pipi Merah Siti Aafiyah binti Khalid.

Semoga Siti Aafiyah membesar sebagai muslimah solehah penyejuk mata semua orang. Aaamiiinnn… 🙂

Baca tentang Kecekalan Dato’ Siti di laman web Harian Metro.

.

Klik gambar ini untuk order dan konsultasi lanjut Set Berpantang Shaklee

Gerhana Bulan Penuh 2018 | ainniahzulkefli.com

Gerhana Bulan Penuh 2018 | ainniahzulkefli.com

Gerhana Bulan Penuh 2018, dikenali sebagai “Super Blue Blood Moon” dikatakan gerhana bulan yang istimewa kerana tiga sebab:

  1. Ianya adalah yang ketiga dalam siri “supermoon“, apabila bulan semakin menghampiri Bumi di dalam orbitnya (dikenali sebagai ‘perigee‘), dan kira-kira 14% lebih terang dari biasa.
  2. Gerhana bulan kali ini merupakan bulan penuh kedua dalam bulan ini, kebiasaannya dikenali sebagai “blue moon“.
  3. Super blue moon ini akan melintasi bayang-bayang Bumi dan memberi lokasi yang tepat bagi gerhana bulan penuh. Semasa bulan berada dalam bayang-bayang Bumi, bulan akan kelihatan seperti berwarna merah berkarat. Maka ianya digelar “blood moon“.

.

Bila Boleh Lihat Gerhana Bulan Penuh 2018?

.

gerhana bulan penuh 2018

Dalam gambar di atas, ialah peta dunia yang menunjukkan kawasan-kawasan yang akan mengalami gerhana bulan penuh 2018 (“super blue blood moon”).

Gerhana bulan penuh akan mula kelihatan sebelum matahari terbit 31 Januari 2018 di Amerika Utara, Alaska dan Hawaii.

Manakala penduduk di Timur Tengah, Asia, timur Russia, Australia dan New Zealand boleh melihat “super blue blood moon” ini semasa bulan naik pada hari yang sama.

.

Peringkat-peringkat Gerhana Bulan Penuh 2018

.

Cuba anda lihat gambar di bawah ni.

Kebanyakan peringkat gerhana bulan ini akan dapat dilihat dari bandar-bandar utama US, negara Barat dan Hawaii.

Penduduk East Coast pula hanya dapat melihat peringkat-peringkat awal gerhana bulan sahaja sebelum bulan naik.

gerhana bulan penuh 2018

Kalau anda terlepas untuk melihat gerhana bulan penuh kali ini, anda perlu menunggu hampir setahun untuk gerhana seterusnya di Amerika Utara.

Kata Johnston, gerhana bulan penuh dijangka terjadi pada 21 Januari 2019. Ini juga dijangka supermoon, walaupun bulan blue moon.

Jom kita tengok video pendek pasal gerhana bulan penuh 2018 ni plak.

.

Apa Nak Buat Semasa Gerhana Bulan Penuh 2018?

Antara amalan-amalan sunat ketika gerhana bulan dan matahari ialah seperti berikut:

  1. Solat sunat berjemaah di masjid dan surau dengan tatacara yang sedikit berbeza dari solat biasa. Bagina Nabi S.A.W menyatakan ia adalah sunat mu’akkad (wallahu’alam).
  2. Memperbanyakkan berdoa, beristighfar, bertaubat dan berzikir serta secara spesifik minta lindung dari azab kubur (berdasarkan hadith sahih, wallahu’alam).
  3. Menyedari kekuasaan Allah.
  4. Memahami bahawa ia tiada kaitan dengan kematian atau kehidupan.
  5. Berdasarkan hadith riwayat al-Bukhari, digalakkan bersedekah.

Wallahu’alam. Selamat beramal. 🙂

http://ainniahzulkefli.com

Sumber : NASA