4 Manfaat Omega-3 Untuk Otak

4 Manfaat Omega-3 Untuk Otak

 

Yang si kecik ni, bukan boleh nampak botol Omega Guard atau kita sebut nak makan vitamin. Akan terus diserbu peti ais, ambil vitamin feveret dia dan ngap!

Tapi bila dia suka makan omega ni pun dah lega banyak sebagai seorang ibu.

Sebabnya omega, lebih spesifik lagi omega-3, adalah baik untuk kesihatan dan kecerdasan otak.

Otak kan pusat kawalan untuk badan kita.

Tambahan pula budak-budak yang sedang membesar ni, lagilah perlukan omega-3 yang cukup setiap hari untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan otak.

Korang tahu tak, yang sebenarnya, 60% daripada otak kita adalah terdiri daripada lemak?

Lemak ini sudah tentulah terdiri daripada lemak “baik” seperti omega-3.

Omega-3 memainkan peranan yang penting untuk memastikan otak kita terus berfungsi dengan baik 24 jam sehari.

Bagaimana omega-3 menjaga kesihatan otak kita?

Teruskan membaca 4 manfaat omega-3 untuk otak di bawah ini.

Tahukah anda, otak merupakan organ yang mempunyai paling banyak lemak iaitu sebanyak 60%! 

.

4 MANFAAT OMEGA-3 UNTUK KESIHATAN OTAK

.

1# Meningkatkan Keupayaan Mental

Pengambilan omega-3 telah terbukti memberi kesan-kesan berikut:

  • Memberi kesan positif terhadap fungsi kognitif, memori dan fokus
  • Menyokong kebolehan pembelajaran dan membaca yang optimum
  • Memperbaiki transmisi isyarat antara sel-sel otak untuk fungsi memori yang optimum

.

manfaat omega 3 untuk otak

Saya amalkan Omega Guard sebab saya rasa bila senior kat office explain tentang kerja saya susah nak pick up. Sampai kena ulang tanya berkali-kali. Saya pulak kerja dengan company Chinese jadi semua kerja mesti cepat dan betul. Alhamdulillah lepas amalkan Omega Guard saya dapat rasa perkembangan otak saya makin baik. Kerja makin laju, error pun makin kurang. Bos makin sayang” (Phara Mustapha)

.

2# Mempengaruhi Mood Yang Positif

Kajian mendapati, pengambilan EPA dan DHA mengembangkan bahagian otak yang mengawal mood dan emosi.

Ini kerana omega-3 membantu meningkatkan mood dan memperbaiki kesihatan emosi secara keseluruhan.

.

manfaat omega 3 untuk otak

“...Amal perasan makin cerdik dah Husna. Sekarang tau banyak benda bila bercakap dengan dia. Alhamdulillah.” (Nur Amalina Kamsani)

.

3# Mengekalkan Fungsi Kognitif Yang Sihat Di Kalangan Orang Tua

Dengan pertambahan usia, penyerapan nutrisi akan merosot, memberi kesan terhadap pengambilan DHA dan seterusnya mengganggu fungsi otak.

Oleh itu, sokonglah proses penuaan anda secara sihat dengan mengambil omega-3 berkualiti setiap hari.

Untuk warga tua, omega-3 berfungsi:

  • mengurangkan risiko kemerosotan fungsi kognitif
  • menggalak dan mengekalkan fungsi otak yang normal, terutamanya memori
  • lalu mengurangkan risiko simptom yang berkaitan Alzheimer dan nyanyuk
  • merangsang kesihatan sel otak dan transmisi isyarat yang optimum

.

manfaat omega 3 untuk otak

Dan anak-anak saya semua makan omega sebab IQ. Mak aiihhh bercakap macam lawyer. Padahal umur baru 3 tahun. Haha. Si adik umur setahun lebih pun suka omega. Dia buat macam chewing gum omega tu.” (Esther Lize Ashtar)

.

4# Omega-3 Juga Membantu Perkembangan Otak Bayi Semasa di Dalam Kandungan Lagi

Bagi ibu hamil pula, pengambilan omega-3 secara konsisten sepanjang kehamilan adalah penting untuk:

  • menyokong perkembangan sihat struktur sel otak bayi, terutamanyanya semasa trimester ketiga
  • menyokong kebolehan menyelesaikan masalah bayi selepas dilahirkan nanti
  • menggalakkan koordinasi mata dan tangan bayi, serta kebijaksanaan mereka di kemudian hari nanti
  • menyokong anak-anak fokus
  • menyokong perkembangan sensori, persepsi, kognitif dan sistem motor bayi sepanjang pertumbuhan otak bayi

.

Baca juga entri Ibu Hamil, Bayi dan Omega-3.

.

manfaat omega 3 untuk otak

Anak-anak saya, Fatimah dan Zakir suka sangat Omega ni. Pantang nampak botol. Berbiji-biji nak dimakan. Nampak beza berbanding kanak-kanak lain seusia. Lebih petah berbicara dan bila demam tak melarat. Setakat 2 3 hari je paling lama.” (Wan Nabighah)

.

Kenapa Omega Guard Shaklee?

  1. Diperbuat daripada minyak ikan bergred farmaseutikal
  2. Diproses melalui penyulingan molekul tiga peringkat untuk menyingkirkan komponen berbahaya, memastikan ketulenan dan kepekatan tinggi
  3. Kandungan EPA & DHA yang tinggi berbanding jenama lain
  4. Mengandungi 7 spektrum lengkap asid lemak omega-3 tulen
  5. Bau dan rasa kesan hanyir yang minimum
  6. Diiktiraf oleh Friends of the Sea (FoS), sebuah badan yang mengawal penangkapan ikan untuk memastikan keterlangsungan sumber

.

Sebotol Omega Guard didatangkan dengan 90 sofgel berharga RM136 untuk kegunaan sebulan (3 biji sehari).

Nak Dapatkan Omega Guard Untuk Kesihatan Otak Anda?

Bayi Tak Berak Seminggu, Normalkah?

Bayi Tak Berak Seminggu, Normalkah?

bayi tak berak

Baru-baru ini, kebetulan pada hari yang sama didatangi dua ibu yang membawa bayi masing-masing dengan aduan yang sama – bayi tak berak beberapa hari.

Yang membezakan mereka ialah seorang diberi susu ibu sepenuhnya, manakala seorang lagi dah diberi susu formula.

.

BAYI PERTAMA

“Doktor, baby saya dah 5 hari tak berak. Biasanya sehari akan berak sekali, Baby saya minum susu formula.”

Bila ditanya lebih lanjut, ini merupakan anak pertama beliau.

.

BAYI KEDUA

“Doktor, baby saya dah seminggu tak berak. Biasanya berak sekali dalam 2-3 hari. Yang saya peliknya, dia fully breastfeeding.”

Bayi ini pula adalah anak kedua pasangan itu.

bayi tak berak

.

JADI, NORMALKAH BAYI TAK BERAK BEBERAPA HARI?

.

Untuk menjawab soalan ini, Ain bahagikan jawapan kepada 2 bahagian

Menyusu Sepenuhnya

Telah sedia maklum sejak dahulu lagi yang susu ibu merupakan ‘makanan’ terbaik bagi si manja anda.

Ini kerana molekul susu ibu sangat ringkas dan mudah diserap oleh perut bayi yang masih ‘muda’.

Adalah sesuatu yang normal sekiranya bayi yang diberikah susu ibu sepenuhnya tidak membuang air besar beberapa hari.

As long as, bayi anda kekal aktif, perut tidak kembung dan tiada tanda-tanda usus tersumbat seperti muntah.

Bayi ini juga biasanya mempunyai kenaikan berat badan yang baik.

Means, susu ibu yang dia minum tu berjaya bantu tumbesaran dia.

“Tapi saya rasa macam baby saya tak puas menyusu je. Kejap2 nak menyusu, kejap2 nak menyusu. Baru menyusu sejam lepas, ni nak menyusu lagi. Menyusu lama plak tu. Susu saya tak cukup ke kalau macam ni?”

Tak juga.

Selain molekul susu ibu yang sangat ringkas (cepat diserap), perut bayi yang baru dilahirkan juga kecil sahaja.

Beberapa hari pertama kelahiran, mereka cuma memerlukan sekitar 1oz susu sahaja sekali menyusu.

Sudahlah sekali minum sedikit sahaja (sebab perut kecik kan?), lepas tu plak susu itu cepat diserap (sebab molekul susu ibu ringkas kan). Tak hairanlah bayi anda kejap2 nak menyusu, kejap2 nak menyusu.

“Kalau bayi saya menyusu lama pula macam mana tu, bila dilepaskan dia menangis je”

Tak semua bayi menangis kerana mahukan susu.

Anda boleh baca entri 10 Sebab Kenapa Bayi Menangis Selain Lapar yang pernah Ain tulis sebelum ini.

Untuk bayi yang menyusu sepenuhnya, apa yang boleh disarankan ialah ibu mengambil makanan kaya serat (sayur-sayuran dan buah-buahan) dan air kosong yang mencukupi.

Apa yang ibu makan kan akan sampai kepada bayi menyusu juga.

bayi tak berak

Bayi tak berak beberapa hari membimbangkan ibu bapa.

.

Diberi Susu Formula

Sememangnya salah satu kesan sampingan pengambilan susu formula ialah sembelit.

Kerana molekul susu formula adalah lebih kompleks, susah untuk ‘dipecahkan’ dan dihadam.

.

Bagi kedua-dua bayi menyusu sepenuhnya dan menyusu susu forula, sembelit beberapa hari adalah dikhuatiri TIDAK NORMAL apabila  bayi menunjukkan tanda-tanda berikut:

  • muntah-muntah berlebihan
  • nampak lemah dan letih
  • demam tinggi
  • asyik menangis yang tidak boleh dipujuk
  • perut keras dan kembung

Maka, segeralah bawa bayi tak berak dengan tanda-tanda ini ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Set Menyusu Shaklee melengkapkan nutrisi ibu dan bayi menyusu anda.

Berapa Jam Bayi Perlu Tidur Setiap Hari?

Berapa Jam Bayi Perlu Tidur Setiap Hari?

bayi tidur lama

“Bayi saya ni, tidur lama betul setiap hari. Berjaganya tak sampai sejam, tidur pula berjam-jam lamanya.”

Pada 2 Februari 2015, National Sleep Foundation (NSF) dan beberapa panel pelbagai disiplin telah mengemukakan panduan baru berkenaan tempoh masa tidur yang sesuai bagi semua peringkat usia.

Keputusan tersebut telah disiarkan di dalam Sleep Health : The Journal of National Sleep Foundation.

Panduan berasaskan sains ini amat penting agar berjuta-juta manusia dan ibu-bapa yang bergantung kepada maklumat ini, memperbaiki kesihatan tidur sendiri dan anak-anak.

Jadi, berapa jam sebenarnya yang kita perlukan untuk mendapat tidur yang cukup setiap hari?

.

Panduan Tempoh Masa Tidur Mengikut Usia

.

Untuk panduan baru ini, tempoh masa boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan:

  1. disarankan (recommended)
  2. mungkin sesuai (may be appropriate)
  3. tidak disarankan (not recommended)

.

1# Tempoh Masa Tidur Yang Disarankan (RECOMMENDED)

.

Bayi kecil (0 – 3 bulan) : 14 hingga 17 jam sehari

Bayi (4 – 11 bulan) : 12 hingga 15 jam sehari

Toddler (1 – 2 tahun) : 11 hingga 14 jam sehari

Tadika (3 – 5 tahun) : 10 hingga 13 jam sehari

Sekolah (6 – 13 tahun) : 9 hingga 11 jam sehari

Remaja (14 – 17 tahun) : 8 hingga 10 jam sehari

Belia (18 – 25 tahun) : 7 hingga 9 jam sehari

Dewasa (26 – 64 tahun) : 7 hingga 9 jam sehari

Warga emas (lebih 64 tahun) : 7 hingga 8 jam sehari

.

bayi tidur lama

.

2# Tempoh Waktu Tidur Yang Mungkin Sesuai (MAY BE APPROPRIATE)

.

Bayi kecil (0 – 3 bulan) : 11 hingga 13 jam sehari @ 18 hingga 19 jam sehari

Bayi (4 – 11 bulan) : 10 hingga 11 jam sehari @ 16 hingga 18 jam sehari

Toddler (1 – 2 tahun) : 9 hingga 10 jam sehari @ 15 hingga 16 jam sehari

Tadika (3 – 5 tahun) : 8 hingga 9 jam sehari 14 jam sehari

Sekolah (6 – 13 tahun) : 7 hingga 8 jam sehari @ 12 jam sehari

Remaja (14 – 17 tahun) : 7 jam sehari @ 11 jam sehari

Belia (18 – 25 tahun) : 6 jam sehari @ 10 hingga 11 jam sehari

Dewasa (26 – 64 tahun) : 6 jam sehari @ 10 jam sehari

Warga emas (lebih 64 tahun) : 5 hingga 6 jam sehari @ 9 jam sehari

.

bayi tidur lama

.

3# Tempoh Masa Tidur Yang Tidak Sesuai (NOT RECOMMENDED)

.

Bayi kecil (0 – 3 bulan) : kurang 11 jam @ lebih 19 jam sehari

Bayi (4 – 11 bulan) : kurang 10 jam @ lebih 18 jam sehari

Toddler (1 – 2 tahun) : kurang 9 jam @ lebih 16 jam sehari

Tadika (3 – 5 tahun) : kurang 8 jam @ lebih 14 jam sehari

Sekolah (6 – 13 tahun) : kurang 7 jam @ lebih 12 jam sehari

Remaja (14 – 17 tahun) : kurang 7 jam @ lebih 11 jam sehari

Belia (18 – 25 tahun) : kurang 6 jam @ lebih 11 jam sehari

Dewasa (26 – 64 tahun) : kurang 6 jam @ lebih 10 jam sehari

Warga emas (lebih 64 tahun) : kurang 5 jam @ lebih 9 jam sehari

.

Jadi, tak perlu bimbang jika bayi tidur lama setiap hari. Semakin besar bayi anda, semakin kurang tempoh masa tidur sihat yang diperlukan.

Baca entri 8 Tips Semulajadi Dapatkan Tidur Yang Cukup.

.

Sumber : National Sleep Foundation

Nak Anak Cepat Bercakap, Ikuti 10 Tips Ini

Nak Anak Cepat Bercakap, Ikuti 10 Tips Ini

anak cepat bercakap

Salah satu milestone penting bagi anak kecil ialah kebolehan mereka untuk bercakap dan berkomunikasi dengan orang lain. Untuk merangsang anak kecil supaya cepat bercakap, ibu bapa dan penjaga haruslah bertindak sejak mereka kecil lagi.

Ibu bapa dan penjaga merupakan role model pertama bagi anak kecil. Kajian mendapati, ibu bapa yang kerap berkomunikasi dengan anak-anak kecil, apabila mereka lebih besar mempunyai kosa kata yang lebih luas dan grammer yang lebih baik.

Jadi, mari ikuti tips SIMPLE untuk berkomunikasi dengan anak kecil supaya mereka lebih cepat bercakap dan menguasai kosa kata yang lebih banyak.

.

10 Tips SIMPLE Untuk Merangsang Anak Cepat Bercakap

.

1# SENTIASA Bercakap Dengan Anak

.

Tips pertama ialah ibu bapa perlu SENTIASA bercakap dengan anak-anak. Seawal dari anak bangun pagi lagi, ibu bapa boleh terus bercakap dengan anak-anak.

Assalamualaikum sayang. Dah bangun tidur ya anak umi busuk ni? Jokita mandi.”

Pasti anak-anak bangun pagi dengan gembira disapa sebegini. Teruskan bercakap semasa dan selesai mandi contohnya:

Ok, kita mandi air suam ya. Air ni sejuk ke panas ke ok untuk adik? Wah, banyaknya sabun dia! Dah wangila anak umi ni. Meh kita pakai baju. Adik nak pakai baju yang mana hari ni?

Oh ya. Jangan syok sendiri pula. Bercakaplah dengan bertanyakan soalan supaya ada interaksi di situ. Sebutan pun pastikan sebiji-sebiji dan jelas untuk ‘ditangkap’ oleh telinga anak-anak.

Bagi bayi kecil pula, walaupun mereka nampak seperti tidak memahami percakapan kita, teruskan kerap bercakap dengan mereka juga.

.

anak cepat bercakap

Apa ingat saya tak faham ke apa yang mommy cakap tu?

.

2# Membaca Bersama Anak-anak

.

Anak yang masih kecil, boleh saja gunakan buku tebal dengan gambar berwarna-warni yang besar dan jelas. Warna-warni ini bukan sahaja membantu merangsang penglihatan anak-anak. Tetapi jika ada guide dari ibu bapa, anak akan dapat lebih dari itu.

Dengan hanya sebuah gambar yang berwarna-warni ini, anda boleh membacakan bermacam-macam untuk anak anda.

Sebagai contoh, sebuah gambar kapal terbang. Anda boleh ceritakan yang kepala kapal terbang itu berbentuk bulat. Di badan kapal terbang ada banyak tingkap kecil, dan di belakangnya pula ada kipas yang boleh berpusing dan membawanya terbang tinggi.

Ajak anak anda ulang apa yang anda sebutkan juga.

.

3# Buku Cerita

.

Selain gambar benda-benda, boleh juga anda gunakan buku cerita simple untuk anak yang lebih besar. Kebiasaannya, buku cerita haiwan menarik minat anak-anak.

Misalannya cerita sang kancil dan buaya, kucing dan anjing dan sebagainya.

Selepas beberapa kali membacakan cerita kepada anak anda, pasti mereka pula yang teruja untuk menceritakan kepada anda pula.

.

anak cepat bercakap

.

4# Musik

.

Anak-anak kecil pastinya sukakan musik dan menyanyi. Macam Ain sendiri, masa anak-anak kecil selalu pasangkan CD Barney and Friends dan tonton bersama mereka.

Terangkan kepada anak-anak apa yang diceritakan. Menyanyi bersama anak-anak membantu mereka menyebut perkataan dengan betul. Aktiviti menyanyi dan menari kan menggembirakan. Sambil bersukaria sambil belajar, sambil menyelam minum air.

.

5# Ketahui dan Sokong Minat Anak Anda

.

Jika anak ada seorang yang sangat menggemari kucing, selalulah bercerita tentang kucing. Beli buku-buku yang ada kucing dan sebagainya.

Sudah tentulah banyak perkara yang anak anda ingin bertanya dan ceritakan juga. Ini secara automatik akan merangsang anak cepat bercakap.

.

6# Berpada-pada Dengan Gajet

.

Sama ada televisyen atau gajet lain seperti komputer, American Academy of Pediatrics menyarankan, kanak-kanak di bawah usia 2 tahun TIDAK perlu langsung didedahkan dengan gajet.

Manakala bagi anak-anak 2 tahun ke atas, disarankan pendedahan kepada gajet maksimum 2 jam sahaja. Itu pun terhad kepada rancangan atau program yang berkualiti.

Televisyen TIDAK boleh berinteraksi dengan anak-anak. Permainan komputer pula kebanyakannya memang jenis interaktif tetapi TIDAK pula responsif. Jalan terbaik semestinya interaksi dan respon dari manusia (ibu bapa dan penjaga) kan?

.

7# JANGAN Sekali-kali Kritik Pelat Atau Gaya Percakapan Anak

.

Anak kecil yang kerap dikritik sebutan pelat dan gaya percakapannya, lama-kelamaan akan berasa rendah diri dan malu untuk bercakap.

Normal sahaja anak kecil yang baru belajar bercakap menghadapi kesukaran menyebut huruf atau perkataan tertentu seperti cucu (susu), matan (makan) dan lain-lain.

JANGAN kritik atau mentertawakan mereka walau anda rasa begitu kelakar sekali perkataan yang disebut itu.

Sebaiknya, ulang perkataan itu dengan sebutan yang betul dan jelas.

Bagi anak kecil yang baru mula bercakap pula, JANGAN pula ibu bapa yang mula memperkenalkan perkataan pelat kepada anak-anak. Yang paling kerap, ibu bapa mengajar anak menyebut susu sebagai “cucu”.

.

8# Puji Melambung-lambung Untuk Usaha Kecil Anak

.

Siapa lah yang tidak sukakan pujian kan?

Sebagai anak kecil yang sedang meneroka dan belajar, sudah tentulah mereka merasa bangga jika berjaya melakukan sesuatu. Begitu juga dengan percakapan mereka.

Anak yang pertama kali berjaya menyebut satu perkataan, contohnya, tepuk tangan kuat-kuat dengan penuh kegembiraan.

Dengan ini akan terus menggalakkan mereka terus berusaha untuk menyebut lebih banyak perkataan dan membuat ayat!

.

anak cepat bercakap

Amboi, sukanya dia dipuji! (Gambar Google)

.

9# Rawat Jangkitan Telinga

.

Jangkitan telinga ialah salah satu masalah yang kerap terjadi pada kanak-kanak.

Sekiranya anak anda diagnos jangkitan telinga, dapatkan rawatan segera dan ikut nasihat doktor (contohnya antibiotik perlu dihabiskan walaupun anak sudah rasa sihat). Pastikan juga jangkitan ini sembuh selepas selesai rawatan.

Telinga ialah satu-satunya organ yang berfungsi untuk mendengar. Gangguan kepada telinga merisikokan anak anda kepada gangguan pendengaran dan seterusnya melambatkan percakapan mereka.

.

10# Bawa Anak-anak Bercuti

.

Tempat-tempat percutian seperti zoo, akuarium, muzium kanak-kanak merupakan tempat ‘berehat’ anak-anak.

Memperkenalkan anak-anak kepada haiwan-haiwan di zoo, hidupan laut di akuarium dan lain-lain dapat memperkayakan kosa kata anak-anak. Ini juga menggalakkan anak berinteraksi secara aktif.

Bila pulang ke rumah pula, mestilah mereka akan teringat-ingat dan menceritakan semula kepada kawan-kawan atau atuk dan nenek.

Nah, kan mereka dah pandai berkomunikasi tu? =)

Mari kita lihat video sepasang twin sembang bukan main rancak lagi. Entah apa yang disembangkan pun tak paham. Hahaha.

. 

.

Kesimpulannya, rangsangan sejak dari kecil lagi sangat penting untuk menggalakkan anak kecil mula bercakap dan terus bercakap. Peranan paling penting of course dari ibu bapa atau penjaga yang merupakan orang paling rapat dengan anak-anak.

Anak-anak tanggungjawab kita kan? =)

Bayi Muntah Susu – Normal Atau Bahaya?

Bayi Muntah Susu – Normal Atau Bahaya?

bayi muntah susu

Risaunya kalau secara tiba-tiba tak ada angin tak ada ribut, bayi muntah susu kan? Masa tu mulalah macam-macam bermain di fikiran. Lebih membimbangkan lagi acap kali kedengaran berita bayi meninggal kerana tersedak susu!

Untuk pengetahuan, bayi yang muntah susu boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Ketahui dahulu mana satu punca bayi anda muntah susu, kemudian barulah boleh menentukan langkah menghadapi. Mari kita tengok apa puncanya satu persatu.

.

5 Punca Bayi Muntah Susu

.

1# Overfeeding

.

Asal bayi menangis je terus diberi susu, asal merengek sikit je bagi menyusu. Padahal hakikatnya, banyak lagi punca lain bayi merengek dan menangis (Rujuk entri Kenapa Bayi Menangis).

Tahukah anda, perut bayi yang baru lahir, kecil sahaja lebih kurang sebesar buah ceri? Kalau terlalu kerap diberikan susu, mestilah perut kecil itu tidak dapat menampung. Maka akan terjadilah ‘muntah susu’ yang dibimbangkan itu.

Gambar di bawah ini menunjukkan saiz perut bayi mengikut usia.

bayi muntah susu

.

Macam mana nak tahu bayi muntah susu disebabkan overfeeding ni?

Bayi yang terlebih diberi susu biasanya kelihatan sihat dan aktif seperti biasa. Perut pun tak kembung. Kencing berak pun orait macam biasa. Dan berat badan pun naik dengan cantiknya.

Tapi sekiranya anda bimbang, segeralah bawa bayi anda berjumpa doktor ya. Tidak semua bayi yang muntah susu disebabkan overfeeding.

.

2# Jangkitan

.

Paling kerap diadu oleh ibu bapa yang mempunyai bayi yang sedang batuk.

Salah satu punca batuk ialah jangkitan virus atau kuman. Apabia batuk, kehadiran kahak di salur pernafasan akan merangsang ‘gag reflex‘.

Untuk memahami apa itu ‘gag reflex‘, sama seperti anda memasukkan jari ke dalam tekak dan secara automatik anda akan ‘uwek!!!’ (nak termuntah).

Untuk mengenalpasti punca bayi muntah susu disebabkan jangkitan, bayi kebiasaannya juga akan mengalami simptom-simptom lain. Contohnya, cirit-birit, hilang selera makan, sakit perut, demam dan sebagainya.

Selain batuk, antara jangkitan lain yang boleh menyebabkan bayi muntah ialah jangkitan air kencing, otak dan telinga. Jadi, segeralah bawa bayi anda untuk pemeriksaan dan rawatan.

.

3# Menangis Berlebihan

.

Sama seperti mekanisma muntah yang disebabkan oleh batuk, bayi yang menangis berlebihan juga boleh merangsang tekak untuk muntah.

.

bayi muntah susu

.

4# Motion Sickness

.

Naik kapal terbang, berada dalam kenderaan di jalan raya yang bengkang bengkok juga boleh jadi penyebab bayi muntah secara tiba-tiba kan?

Bukan bayi sahaja, mak pak budak pun boleh muntah kalau jenis tak tahan dengan perjalanan sebegitu. Hehe.

.

5# Usus Tersumbat

.

Huih, dengar usus tersumbat pun dah rasa mengerikan kan?

Ya. Ianya merupakan kes kecemasan!

Masalah usus tersumbat boleh terjadi pada sesiapa sahaja termasuk bayi, pada bila-bila masa, tanpa sebab yang jelas.

Usus boleh tersumbat melalui beberapa cara:

  1. intussusception : sebahagian usus terlipat masuk ke dalam sebahagian lain di sebelahnya seperti dalam gambar di bawah
  2. malrotation : usus berpusing-pusing sehingga tersumbat
  3. penyakit Hirshsprung : pergerakan otot usus yang lemah

.

Yang membahayakan, apabila usus tersumbat boleh mengakibatkan kekurangan nutrisi, dehidrasi dan masalah yang lebih serius!

Oleh itu, sekiranya bayi anda mengalami muntah susu (atau makanan/minuman lain), menangis tak henti-henti yang tidak boleh dipujuk, nampak lemah, perubahan najis dan tanda-tanda bahaya lain, segeralah bawa bayi ke hospital berhampiran.

.

bayi muntah susu

Intussuscepton – sebahagian usus terlipat masuk ke dalam bahagian usus lain, mengakibatkan pergerakan isi dalam usus terganggu (tersumbat).

.

Kesimpulannya, bayi boleh muntah susu disebabkan pelbagai faktor samada normal atau membahayakan. Kenali tanda-tanda bahaya dan jika ibu bapa bimbang, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan. Better berjaga-jaga daripada menyesal di kemudian hari kan?

Kenapa Bayi Menangis, Ini Punca-puncanya

Kenapa Bayi Menangis, Ini Punca-puncanya

kenapa bayi menangis

Kenapa bayi menangis walaupun baru lepas diberi susu? Kadang tu sampai bingung mak ayah fikirkan apa lah sebabnya.

Sedarkah anda bahawa tangisan ialah satu-satunya cara bayi berkomunikasi dengan kita? Selain mahukan susu kerana kelaparan, sebenarnya ada banyak lagi sebab lain kenapa bayi menangis..

Gambar di bawah ini merumuskan 10 sebab utama kenapa bayi selalu menangis.

.

kenapa bayi menangis

Daripada gambar ini, anda boleh lihat yang selain LAPAR, ada 9 sebab lain lagi yang mungkin merupakan punca bayi menangis.

  1. pampers penuh dengan air kencing atau bayi berak, menyebabkan bayi tidak selesa
  2. bayi ketakutan mungkin kerana terkejut dengan bunyi kuat yang tiba-tiba
  3. mengalami kembung perut (ibu-ibu cuba check perut baby juga ya kalau bayi menangis)
  4. jika telah dibiasakan dengan puting, mungkin juga bayi menangis kerana nakkan puting sebagai comfort
  5. kalau kita mengantuk pun rasa nak mengamuk je kan. So macam itu jugalah dengan bayi
  6. cuaca sejuk
  7. tak sihat (cuba check kalau-kalau bayi demam ke, cirit-birit ke, hidung tersumbat atau simptom-simptom lain)
  8. gatal gusi kerana nak tumbuh gigi
  9. nakkan perhatian

.

kenapa bayi menangis

Secara amnya, sebab bayi menangis boleh dibahagikan kepada punca fizikal dan emosi.

.

Bagaimana Nak Kenal Pasti Kenapa Bayi Menangis?

.

Selain mengambil tahu 5 bahasa bayi seperti yang pernah diceritakan dalam entri Apa Makna Tangisan Bayi Baru Lahir ini, anda juga boleh :

  • cuba menyusukan bayi anda
  • peluk bayi anda dengan erat
  • pastikan lampin bayi tidak penuh atau bayi tidak berak
  • check perut bayi sama ada kembung atau tidak
  • sapukan minyak yang sesuai pada tapak kaki betis dan perut bayi
  • mencuba untuk menenangkan bayi dengan dodoian atau nyanyian dan zikir yang sesuai
  • bermain atau bersembang dengan bayi
  • sekiranya masih terus menangis tak berhenti dan anda pun hilang punca, cuba bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan

.

kenapa bayi menangis

.

Kesimpulannya, bayi menangis BUKAN hanya kerana kelaparan sahaja. Sebagai ibu bapa atau penjaga bayi, pastinya anda yang paling mengenali bayi anda. Carilah ilmu yang betul, bukannya sekadar mendengar kata-kata orang lain tanpa asas.

Set Menyusu Shaklee menyediakan nutrisi lengkap yang diperlukan ibu menyusu dan bayi yang disusukan.

Ianya menyokong kesihatan menyeluruh ibu serta membantu pertumbuhan dan perkembangan sihat bayi.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Klik untuk order dan konsultasi penuh

Chewable Vitamin C Shaklee Kini Kembali!

Chewable Vitamin C Shaklee Kini Kembali!

chewable vitamin c shaklee

Chewable Vitamin C Shaklee 100mg kini kembali dengan nama “Chewable-C Plus”!.

Vitamin C memainkan peranan yang penting dalam menyokong kesihatan secara menyeluruh. Ini termasuklah kesihatan gigi, gusi dan semua yang membentuk tubuh badan anda.

Ia dihasilkan ‘chewable’ bagi memudahkan mereka yang mengalami masalah untuk menelan dan untuk mereka yang tidak mendapat vitamin C secukupnya dari makanan.

Tahukah anda?

Vitamin C secara semulajadinya tidak pernah dijumpai sendirian. Sumber makanan yang kaya vitamin C juga mengandungi bioflavonoid. Bioflavonoid diperlukan untuk meningkatkan penyerapan vitamin C dan memanjangkan jangka kesannya. 

Oleh itu, pemilihan vitamin C terbaik ialah yang mengandungi serbuk rosehips, herperidin dan bioflavonoid sitrus bagi menyokong sistem imun semulajadi anda.

.

chewable vitamin c shaklee

.

Manfaat Kesihatan Oleh Vitamin C

.

Secara umumnya, vitamin C memainkan peranan penting sebagai antioksidan yang melindungi sel dari kerosakan oleh radikal bebas.

Merupakan salah satu vitamin larut air, vitamin C berlebihan akan melarut dalam air kencing dan disingkirkan setiap hari melalui air kencing.

Sudahlah badan kita sendiri TIDAK BOLEH menghasilkan vitamin C. Bila sudah mendapatkan dari makanan pula, jika berlebihan tidak dapat disimpan dalam badan.

Jadi, apakah kepentingan vitamin C untuk kesihatan kita?

  • Menguatkan sistem imun badan
  • Kesihatan mata, rambut dan kuku
  • Kecantikan kulit dari dalam
  • Melawan selesema dan batuk
  • Antihistamin (anti-alahan) semulajadi, jadi sangat baik untuk asthma, resdung, eczema dan kegatalan
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Melindungi sistem kardiovaskular kerana sifat antioksidannya

.

chewable vitamin c shaklee

.

Sinonim sangat vitamin C dengan kecantikan kan?

Tapi, bagaimana vitamin C membantu untuk kecantikan kulit?

  • Menggalakkan penghasilan kolagen
  • Melindungi kulit dari kerosakan oleh radikal bebas
  • Mengurangkan ‘dark circle’ di bawah mata
  • Menjadikan kulit tampak sihat dan glowing
  • Mengecutkan jerawat
  • Memudarkan parut
  • Mempercepatkan penyembuhan luka contohnya selepas pembedahan, luka bersalin
  • Membaiki tekstur dan tona kulit
  • Meremajakan kulit

.

chewable vitamin c shaklee

Baca entri berkaitan Rahsia Kekal Awet Muda

.

Keistimewaan Chewable Vitamin C Shaklee

.

  1. Didatangkan dengan perisa sitrus yang hebat
  2. Ditambah serbuk rosehip, sitrus bioflavonoid dan hesperidin untuk meningkatkan fungsi-fungsi vitamin C
  3. Setiap hidangan 1 tablet menyediakan 100mg vitamin C (asid askorbik), dan ekstrak buah-buahan sitrus

.

Sebotol Chewable Vitamin C Shaklee ini berharga RM51.25, mengandungi 90 biji tablet boleh dikunyah, untuk kegunaan 3 bulan.

Akan mula dijual di pasaran bermula 10 Ogos 2018. Order dari Ain cepat-cepat sebelum habis! =)

.

Klik gambar ini untuk grab Chewable Vitamin C Shaklee segera.

Perlu Ke Cabut Gigi Susu Anak Yang Dah Goyang?

Perlu Ke Cabut Gigi Susu Anak Yang Dah Goyang?

cabut gigi susu

Cabut Gigi Susu – orang dulu-dulu kata goyang je gigi susu kena cabut cepat-cepat. Betul ke?

Umi, gigi saya dah longgar!” kata Humaira semalam, excited gigi pertama dah goyang.

Ni semua pengaruh dari cerita kartun Upin Ipin. Seronok pula dia gigi dah goyang. Tapi bagus juga adanya episod pasal gigi susu goyang dan tercabut tu, Tak la budak-budak ni rasa takut sangat bila gigi dah mula goyang. Kikikikiki….

‘Hilang’ gigi susu sebenarnya salah satu perkembangan besar yang penting dalam hidup anak-anak. Proses gigi susu goyang dan tercabut ini adalah untuk memberi laluan kepada gigi kekal untuk tumbuh. Ini akan berlaku secara berterusan sehingga kesemua gigi susu telah berganti dengan gigi kekal (yang terakhir semestinya gigi geraham).

Secara purata, gigi susu mula keluar seawal usia bayi 6 bulan. Ada yang lebih awal, ada yang lebih lambat. Kesemua 20 batang gigi susu akan tumbuh sepenuhnya kira-kira pada usia kanak-kanak 3 tahun (of course ada yang lebih awal atau lebih lambat).

Hakikatnya, gigi susu yang pertama tumbuh akan menjadi gigi pertama yang akan goyang dan tercabut. Dan seterusnya sehingga gigi geraham yang terakhir tumbuh. Kebanyakan gigi susu anak-anak akan goyang buat pertama kalinya seawal usia 4 tahun, dan ada juga selewat usia 7 tahun.

Jadi, apa yang perlu dilakukan apabila anak-anak ‘mengadu’ gigi susu mereka telah goyang?

Adakah perlu kita cabut secepat mungkin untuk mendapatkan susunan gigi yang cantik?

Seingat Ain, sejak gigi Ain longgar masa kecik-kecik dulu, ada yang takutkan supaya cabut cepat-cepat. Kata mereka, kalau lambat cabut, gigi tumbuh senget atau bertindih, tak cantikla susunan gigi! Sejauh mana kebenarannya?

Mari kita fahami dahulu kenapa proses ini berlaku…

.

cabut gigi susu

Perlukah cabut gigi susu yang dah mula goyang? Secara semulajadinya, gigi kekal akan menggantikan gigi susu apabila sampai masanya.

.

Perbezaan Gigi Susu dan Gigi Kekal

.

Walaupun gigi susu akan tercabut dan digantikan dengan gigi kekal, gigi susu mempunyai fungsi yang amat penting dalam perkembangan bayi dan kanak-kanak.

Gigi susu membantu kanak-kanak mengunyah makanan dan untuk perkembangan percakapan mereka. Masalah gigi susu semasa kecil mungkin salah satu punca anak anda seorang picky eater (Baca entri Anak Picky Eater – Apa Tindakan Anda?).

Ia juga membantu pembentukan tulang rahang kanak-kanak dan memberi bentuk wajah yang normal.

Sebaik kanak-kanak berusia 4 tahun, rahang mereka akan mula terbentuk dan semakin membesar. Di kala ini, ruang antara gigi-gigi susu mereka akan mula merenggang untuk memberi ruang gigi kekal yang lebih besar untuk ‘tumbuh’.

Pada usia 6 hingga 7 tahun, akar gigi susu ini akan mula ‘regang’ dari gusi, kerana gigi kekal akan mula mengambil alih tempat itu. Ketika inilah gigi susu akan mula goyang dan lama-kelamaan akan tercabut dengan sendirinya.

Selain menyediakan ruang untuk gigi kekal, gigi susu juga penting sebagai ‘guide‘ untuk gigi kekal tumbuh. Gigi susu yang tercabut (contohnya disebabkan kemalangan) atau dicabut lebih awal boleh menyebabkan gigi-gigi lain mengambil tempatnya itu, mengakibatkan gigi kekal yang berada di bawah tidak dapat keluar dengan baik.

Kerana itulah, jika mahukan gigi anak-anak tersusun cantik, biarkan sahaja gigi susu yang telah goyang itu tercabut dengan sendirinya, kecuali untuk kes-kes yang akan diterangkan kemudian.

Perbezaan ketara lain gigi susu dan gigi kekal ialah, gigi susu adalah lebih putih warnanya.

.

cabut gigi susu

Gigi susu yang pertama tumbuh (gigi kacip bahagian bawah) ialah gigi pertama yang akan goyang dan tercabut, digantikan dengan gigi kekal.

.

Bila Perlu Bawa Anak-anak Berjumpa Doktor Gigi Atau Cabut Gigi Susu Tu?

.

Terdapat beberapa kes di mana anak-anak perlukan rawatan doktor gigi. Antaranya ;

  • gigi kekal telah mula kelihatan tetapi gigi susu masih tidak tercabut dengan sendiri (perlu cabut gigi susu ini untuk memberi laluan kepada gigi kekal)
  • terjadinya jangkitan dengan kesakitan dan bengkak gusi yang mengganggu kanak-kanak (sebagai contoh anak tidak mahu makan kerana sakit)
  • anak mula mengalami gigi susu goyang sebelum usia 4 tahun (juma doktor untuk kenalpasti masalah lain ada atau tidak)
  • masih tiada gigi susu yang goyang atau tercabut walaupun anak telah berusia lebih 7 tahun
  • jika gigi susu anak anda goyang atau patah kerana kemalangan

.

Di bawah ini pula antara perkara yang boleh dilakukan untuk menjaga kesihatan gigi anak anda :

  • memantau anak anda memberus gigi
  • gunakan ubat gigi berflorida
  • menggantikan berus gigi setiap 3-4 bulan (lebih awal jika berus ‘kembang’) untuk mengurangkan kehadiran kuman dan memberus gigi dengan sebaiknya
  • berjumpa doktor gigi sekurang-kurangnya 2 kali setahun (sekali dalam 6 bulan)
  • mengurangkan makanan manis yang menjadi punca kerosakan gigi

.

Jadi, selepas ini bila anak mula bagitahu gigi dah goyang, jangan cabut gigi susu itu. Untuk permulaan, kita cuma perlu monitor sahaja ya. Nak gigi anak cantik tersusun secara semulajadi kan? Hehe… =)

.

cabut gigi susu

Cabut gigi susu anak bila betul-betul perlu sahaja ya. Kalau dah jadi macam dalam gambar ni memang perlu berjumpa doktor gigi.

.

Sumber:

  1. eSchoolToday
  2. Baby Center
HFMD di Malaysia : Setakat Mana Kesedaran Anda?

HFMD di Malaysia : Setakat Mana Kesedaran Anda?

HFMD Malaysia | Saban hari semakin banyak sekolah dan pusat asuhan diarahkan untuk ditutup berikutan penularan penyakit HFMD di seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak.

Sehingga 19 Julai 2018, Dr. Noor Hisham Abdullah (Health Director-General) menyatakan sebanyak 33,425 kes HFMD dilaporkan. Dan berdasarkan berita pada 20 Julai 2018 juga, sejumlah 449 premis diarahkan untuk ditutup. Ini termasuklah 198 buah pusat asuhan kanak-kanak, 197 buah tadika dan 23 buah sekolah.

Berikutan peningkatan kes HFMD di Malaysia tahun ini, mendatangkan kebimbangan akan penyakit bawaan virus enterovirus ini.

Mari kita kenali dahulu apa itu HFMD.

.

hfmd malaysia

.

Apa Itu HFMD?

.

HFMD merupakan singkatan kepada hand-foot-mouth-disease (penyakit kaki tangan mulut), iaitu penyakit bawaan virus enterovirus yang sangat mudah berjangkit.

Jangkitan berlaku melalui sentuhan terus (direct) terhadap pesakit (cecair hidung, kulit dan lain-lain) ataupun secara tidak langsung (indirect) sentuhan terhadap barang-barang pesakit yang telah dijangkiti atau alatan lain yang tercemar dengan virus ini.

Penyakit ini sangat mudah berjangkit terutama di premis yang menempatkan ramai kanak-kanak seperti pusat asuhan, tadika dan sekolah-sekolah.

Sebagaimana nama penyakit ini, ruam lepuh (vesicles) yang muncul pada pesakit adalah pada bahagian kaki, tangan dan mulut. Bagi bayi dan kanak-kanak kecil, ruam lepuh juga boleh timbul di bahagian punggung dan private part mereka.

Selain itu, kanak-kanak yang dijangkiti juga mengalami simptom-simptom tidak spesifik berikut :

  • demam low grade
  • sakit tekak
  • sakit kepala
  • hilang selera makan
  • ulser pada tekak, mulut dan lidah
  • tidak aktif

.

Bahayakah Penyakit HFMD Ini?

.

Kebanyakan kes HFMD Malaysia akan sembuh dengan sendirinya.

Amat jarang sekali boleh mendatangkan komplikasi bahaya seperti radang otak dan jantung.

Yang menjadi cabaran ialah kerana penyakit ini sangat mudah berjangkit dan perlunya kuarantin yang ketat untuk mengelakkan penularan. Bayi dan kanak-kanak yang dijangkiti seharusnya dielakkan ke tempat-tempat awam sehingga betul-betul sembuh.

.

Nasihat Kepada Ibu Bapa dan Penjaga

.

1. Dapatkan nasihat daripada doktor dengan segera sekiranya mendapati tanda-tanda HFMD pada anak-anak.

2. Peka kepada sebarang perubahan tingkah laku anak-anak seperti kerengsaan dan senang mengantuk, tidak aktif.

3. Segera membawa anak-anak ke hospital sekiranya mereka tidak mahu makan dan minum, muntah berterusan, tidak aktif dan nampak keletihan.

4. Elakkan menghantar anak-anak ke pusat asuhan, tadika atau sekolah sekiranya terdapat kanak-kanak yang mengalami simptom-simptom di atas.

5. Sapu dan bersihkan hidung dan mulut anak dengan tisu dan segera buang tisu tersebut dengan sempurna.

6. Amalkan cucian tangan yang betul untuk menjaga kebersihan tangan (Baca 7 Langkah Cuci Tangan Yang Betul).

7. Sekiranya dijangkiti HFMD, kuarantin anak anda sebaiknya untuk mengelakkan jangkitan kepada kanak-kanak lain. Jangan pula sekolah ditutup, anda bawa anak anda yang dijangkiti shopping atau ke pasar malam.

.

hfmd malaysia

.

Rawatan HFMD

.

Seperti yang telah dinyatakan, HFMD ialah penyakit bawaan virus yang kebanyakannya akan sembuh dengan sendirinya.

Jadi, rawatan HFMD ialah lebih kepada melegakan simptom yang ada contohnya :

  • ubat demam jika kanak-kanak demam
  • gel sapuan untuk disapu pada ulser dalam mulut
  • syrup selesema untuk selesema, dan sebagainya

.

Salah satu tips melegakan lepuh di mulut kanak-kanak ialah menggunakan air garam bagi membilas mulut mereka, sekiranya anak-anak berupaya berkumur tanpa menelannya. Untuk ini, cuma ambil setengah sudu garam di larutkan ke dalam segelas air suam untuk dikumur.

.

hfmd malaysia

.

Sebagai penutup, kes HFMD yang semakin meningkat di Malaysia tahun ini memerlukan kerjasama dari semua pihak terutamanya ibu bapa dan penjaga. Utamakan kebersihan untuk manfaat bersama.