Promosi Shaklee Oktober 2018

Promosi Shaklee Oktober 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. September 2018 telah berakhir, bermula pula Oktober 2018. Mari kita tengok apa pula yang Shaklee nak promosikan untuk bulan Oktober 2018 ni.

.

1# SR Vita C Plus – Beli 3 Diskaun 5%

promosi shaklee oktober 2018

Promosi Shaklee Oktober 2018 : Beli 3 Botol Vita C Dapat Diskaun 5%

.

Harga asal sebotol SR Vita C Plus RM97.50.

Untuk promosi bulan ini, 3 botol SR Vita C Plus hanya bernilai RM277 sahaja (JIMAT RM15).

Sebotol vitamin C mengandungi 180 tablet, tahan sehingga maksima 6 bulan. Jadi bolehlah anda buat stok untuk setahun setengah.

Lebih afdhal lagi, kalau kongsi dengan yang tersayang. Contoh sebotol untuk anda, sebotol untuk mak, sebotol untuk ayah. Sharing is caring gitewww…

.

SR VITA C PLUS UNTUK SIAPA?

  • mereka yang mementingkan kesihatan dan kecantikan kulit
  • bermasalah jerawat, jeragat, parut, kulit berminyak, kulit kusam
  • selalu sakit dan mudah dijangkiti (untuk boost imuniti)
  • ibu hamil dan menyusu
  • suplemen yang baik untuk mereka yang bermasalah alahan seperti resdung kerana vitamin C bersifat anti-histamin

.

Baca juga Kelebihan dan Keistimewaan SR Vita C Plus

.

2# Beli YOUTH Restoring Eye Treatment, PWP Radiance Set dengan diskaun 20%

promosi shaklee oktober 2018

NEW ITEM! Youth Restoring Eye Treatment juga ada dalam promosi Shaklee Oktober 2018 ini.

.

Youth Restoring Eye Treatment yang dah lama ditunggu-tunggu, sudah pun available!

Anda boleh JIMAT LEBIH RM400 dengan promosi ini!

Sepanjang bulan Oktober 2018 ini SAHAJA, anda yang grab krim mata Youth ini, layak PWP Set Radiance dengan diskaun 20%!

Set Radiance ini termasuk:

  • Youth Activating Serum dengan 10 kali kepekatan Youth Complex (meremajakan kulit 10 kali lebih cepat)
  • Radiance C+E – setiap kapsul emas mengandungi 20% kepekatan vitamin C dan E tulen
  • Advanced Renewal Youth Night Cream (Rich) – ditambah minyak jojoba dan shea butter untuk memberi lebih kelembapan semasa pembaharuan sel ketika sedang tidur

Harga asal keempat-empat item ini ialah RM1318.75. Tetapi dengan promosi ini, anda cuma perlu melabur RM1103.75 sahaja. Nampak tak anda dapat PENJIMATAN SEBANYAK RM215 di situ? Wah!!!

Dengan pembelian set promosi ini juga, anda layak :

  • keahlian PERCUMA (JIMAT RM65)
  • postage PERCUMA (JIMAT RM10)
  • automatik HARGA AHLI (JIMAT LAGI 20%)
  • CASHBACK RM40+ (masuk akaun anda tengah bulan depan)

Semua ini berjumlah lebih RM400!

Baca juga Keistimewaan Produk Kecantikan YOUTH berbanding produk lain.

.

3# PERCUMA Carry All Travel Bag Dengan Pembelian Mana-mana Set Youth

promosi shaklee oktober 2018

Pembelian MANA-MANA Youth Set, anda akan dapat PERCUMA beg comel seperti di dalam gambar.

.

Ciri-ciri istimewa Carry All Travel Bag eksklusif ini ialah seperti berikut :

  • Design yang sofistikated dan kemas dengan branding YOUTH
  • Peneman perjalanan anda ke mana sahaja
  • Organizer dengan multi-compartment yang dapat memuatkan kesemua item dalam Intensive Treatment Youth Set
  • Poket hadapan berzip untuk memudahkan pengambilan toiletries kecil-kecil
  • Permukaan luar yang kalis air, memastikan barang di dalamnya kekal kering

Anda akan dapat beg ini secara PERCUMA dengan pembelian mana-mana Youth Set :

  • YOUTH Starter Set RM850
  • YOUTH Renew & Maintain Set RM1262
  • YOUTH Intensive Treatment & Repair Set RM1675

.

Nak dapatkan YOUTH dengan harga ahli yang lebih menjimatkan! Klik Join Now

.

4# Real Men Set

promosi shaklee oktober 2018

PERCUMA 2 beg kertas Creating Healthier Lives dengan pembelian Real Men Set

.

Real Men Set memberi penjagaan yang sihat kepada lelaki yang mahu kekal tajam dan berjaya dalam kerjaya. Untuk mereka lebih bertenaga dan kekal aktif. Dan lebih produktif untuk memulakan sebuah keluarga serta sentiasa berada pada puncak permainan mereka.

Set ini terdiri daripada 4 suplemen :

  • Zinc Plus : tenaga, stamina, kesihatan sistem reproduktif
  • Omega Guard : omega-3 untuk ketajaman minda
  • Vitamin E : memberi kekuatan dan meningkatkan kesuburan
  • CoQ Trol Plus : untuk lebih bertenaga

Pembelian setiap set ini, anda akan menerima 2 buah beg kertas Creating Healthier Lives secara PERCUMA!

Harga retail Real Men Set ialah RM497.50.

.

Nota kaki : Semua promosi ini berjalan sepanjang Oktober 2018 sahaja dan selagi stok masih ada.

.

ainniahzulkefli

Klik gambar untuk order dan konsultasi lanjut.

Set Detox Shaklee : Fungsi, Pilihan, & Harga

Set Detox Shaklee : Fungsi, Pilihan, & Harga

ASAS

Peppermint

  • Melega & menenangkan perut
  • Menangani masalah kembung dan berangin
  • 90 tablet sebotol

Herblax

  • Daun senna, herba yang ‘mesra usus’
  • Menangani masalah sembelit
  • Menggalakkan kesihatan sistem pencernaan
  • Sebotol 90 tablet

POPULAR

Peppermint

Herblax

DTX Complex

  • Milk thistle ialah sejenis tonik hati
  • Mencantikkan kulit
  • 120 tablet sebotol

Alfalfa

  • Sifatnya yang alkali, ‘melawan’ keasidan yg disebabkan toksin
  • 330biji (S), 700biji (L)

PREMIUM

Peppermint

Herblax

DTX

Alfalfa

Vivix

  • Polifenol ialah sumber antioksidan yang baik
  • Energy booster
  • Sebotol untuk sebulan

Testimoni Set Detox Shaklee : Apa Kata Mereka?

Saya amalkan Set Detox Shaklee (Alfalfa + Herblax) dan Lecithin, eat clean (kurang gula putih, nasi putih, tepung), makan suku-suku separuh dan defisit kalori. Berat turun dari 68kg kepada 60kg.
Umi Nazrah

Total loss 6kg.

Best. Buncit kat perut dan tak kelihatan.

Azliza

Raya tahun lepas XL, raya tahun ni M pun still longgar. Tak nak lah ambik saiz S. Kang ikut fitting badan sungguh. Hehehe.
Halimatus Saadiah

Salam. Nak share jgak walau tak setara mana. Dari 86.2kg kepada 79.6kg.” (Norliza)
Norliza

Berusaha turunkan berat badan untuk kurangkan risiko darah tinggi dan kolesterol. Hasil detox cara Shaklee dan amalkan set detox Shaklee, berjaya turun lebih 15kg. (Master Dosh)
Master Dosh

Mak saya 63 tahun saiz boleh tahan montel. Setahun lepas saya mula eat clean mak kata nak join. Mak mula beli macam-macam peralatan workout, workout daily, air kosong banyak, control food portion, …. dia berjaya turun berat badan! Size baju 54 jadi 50.”
Halimatus Saadiah

Cara Semak Skincare Lulus KKM

Cara Semak Skincare Lulus KKM

skincare lulus kkm

Memandangkan sekarang produk kecantikan tumbuh bak cendawan selepas hujan, adalah lebih baik kita semak dahulu sama ada produk pilihan kita itu skincare lulus KKM atau pun tidak

Bukannya apa.

Acap kali kita dengar berita-berita kulit muka jadi rosak lepas produk sekian-sekian.

Pernah beberapa kali juga keluar senarai produk yang mengandungi bahan membahayakan tapi bukan semua orang alert benda-benda macam ni kan?

So, bertindak bijak, semak dahulu sebelum melaburkan duit untuk mana-mana skincare.

Jadi kali ni Ain nak share beberapa step mudah untuk semak skincare lulus KKM atau sebaliknya.

.

5 LANGKAH MUDAH SEMAK SKINCARE LULUS KKM

.

1) Layari laman web NPRA di npra.moh.gov.my

NPRA ialah singkatan bagi National Pharmaceutical Regulatory Agency.

Untuk menyemak kelulusan produk suplemen pun kita boleh semak melalui laman web yang sama ini juga.

Ain ada ceritakan sebelum ni dalam entri Cara Semak Nombor KKM Produk Shaklee.

Nak semak produk selain Shaklee pun boleh of course hehe.

Anda akan dibawa ke laman web seperti di dalam gambar di bawah.

.

skincare lulus kkm

.

2) Kemudian, pilih ‘Carian Produk’

Kalau anda ingin menyemak menggunakan smart phone, cuma scroll ke bawah sahaja sehingga ‘berjumpa’ dengan link ‘Carian Produk’ ini.

.

3) Pilih ‘Cosmetic’ kerana anda nak semak skincare kan.

Kalau anda pilih ‘Pharmaceutical’ tu, untuk semak produk suplemen (bukan skincare). Mudah saja kan?

.

skincare lulus kkm

.

4) Di bahagian ‘Search by’, ada beberapa pilihan.

Antara pilihan yang ada:

  • Product Name
  • Notification Number
  • Holder Name
  • Manufacturer Name
  • Importer

Rasanya yang paling mudah ialah memilih ‘Product Name’.

.

5) Di bawahnya, masukkan nama produk yang anda ingin semak.

Contohnya : shaklee youth. Akan keluarlah semua senarai produk dengan perkataan ‘shaklee youth’ tadi.

.

skincare lulus kkm

.

So, kalau ada dalam senarai bermakna produk tersebut ada kelulusan KKM. Bolehlah tarik nafas lega untuk keluarkan duit membeli skincare tersebut.

Kalau tiada dalam senarai, haaa jangan cari pasal!

Jadilah pengguna bijak.

Pastikan anda melabur untuk keuntungan, bukannya melabur untuk melebur. Hehehe =)

.

-Pengedar Shaklee Butterworth-

.

Untuk pertanyaan tentang skincare semulajadi YOUTH, klik gambar in untuk terus menghubungi Ain ya.

Chewable Vitamin C Shaklee Kini Kembali!

Chewable Vitamin C Shaklee Kini Kembali!

chewable vitamin c shaklee

Chewable Vitamin C Shaklee 100mg kini kembali dengan nama “Chewable-C Plus”!.

Vitamin C memainkan peranan yang penting dalam menyokong kesihatan secara menyeluruh. Ini termasuklah kesihatan gigi, gusi dan semua yang membentuk tubuh badan anda.

Ia dihasilkan ‘chewable’ bagi memudahkan mereka yang mengalami masalah untuk menelan dan untuk mereka yang tidak mendapat vitamin C secukupnya dari makanan.

Tahukah anda?

Vitamin C secara semulajadinya tidak pernah dijumpai sendirian. Sumber makanan yang kaya vitamin C juga mengandungi bioflavonoid. Bioflavonoid diperlukan untuk meningkatkan penyerapan vitamin C dan memanjangkan jangka kesannya. 

Oleh itu, pemilihan vitamin C terbaik ialah yang mengandungi serbuk rosehips, herperidin dan bioflavonoid sitrus bagi menyokong sistem imun semulajadi anda.

.

chewable vitamin c shaklee

.

Manfaat Kesihatan Oleh Vitamin C

.

Secara umumnya, vitamin C memainkan peranan penting sebagai antioksidan yang melindungi sel dari kerosakan oleh radikal bebas.

Merupakan salah satu vitamin larut air, vitamin C berlebihan akan melarut dalam air kencing dan disingkirkan setiap hari melalui air kencing.

Sudahlah badan kita sendiri TIDAK BOLEH menghasilkan vitamin C. Bila sudah mendapatkan dari makanan pula, jika berlebihan tidak dapat disimpan dalam badan.

Jadi, apakah kepentingan vitamin C untuk kesihatan kita?

  • Menguatkan sistem imun badan
  • Kesihatan mata, rambut dan kuku
  • Kecantikan kulit dari dalam
  • Melawan selesema dan batuk
  • Antihistamin (anti-alahan) semulajadi, jadi sangat baik untuk asthma, resdung, eczema dan kegatalan
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Melindungi sistem kardiovaskular kerana sifat antioksidannya

.

chewable vitamin c shaklee

.

Sinonim sangat vitamin C dengan kecantikan kan?

Tapi, bagaimana vitamin C membantu untuk kecantikan kulit?

  • Menggalakkan penghasilan kolagen
  • Melindungi kulit dari kerosakan oleh radikal bebas
  • Mengurangkan ‘dark circle’ di bawah mata
  • Menjadikan kulit tampak sihat dan glowing
  • Mengecutkan jerawat
  • Memudarkan parut
  • Mempercepatkan penyembuhan luka contohnya selepas pembedahan, luka bersalin
  • Membaiki tekstur dan tona kulit
  • Meremajakan kulit

.

chewable vitamin c shaklee

Baca entri berkaitan Rahsia Kekal Awet Muda

.

Keistimewaan Chewable Vitamin C Shaklee

.

  1. Didatangkan dengan perisa sitrus yang hebat
  2. Ditambah serbuk rosehip, sitrus bioflavonoid dan hesperidin untuk meningkatkan fungsi-fungsi vitamin C
  3. Setiap hidangan 1 tablet menyediakan 100mg vitamin C (asid askorbik), dan ekstrak buah-buahan sitrus

.

Sebotol Chewable Vitamin C Shaklee ini berharga RM51.25, mengandungi 90 biji tablet boleh dikunyah, untuk kegunaan 3 bulan.

Akan mula dijual di pasaran bermula 10 Ogos 2018. Order dari Ain cepat-cepat sebelum habis! =)

.

Klik gambar ini untuk grab Chewable Vitamin C Shaklee segera.

Harga YOUTH Shaklee di Malaysia

Harga YOUTH Shaklee di Malaysia

Berikut ialah senarai harga YOUTH Shaklee mengikut produk setiap satu (harga runcit).

LUMINOUS GEL OIL CLEANSER (125ml) RM193.75

Pencuci 3-dalam-1 ‘gel oil‘ tanpa sabun dan pH seimbang.

PERFECTING SKIN TONER (177ml) RM200.00

Double cleanse‘, menghidrat dan menyegarkan kulit wajah.

ACTIVATING SERUM (30ml) RM412.50

Memperbaharui di peringkat selular 10 kali ganda lebih cepat!

AGE DEFENSE MOISTURISER – SPF50 (50ml) RM206.25

Melembap, melindungi dari sinar UV. SPF50 dihasilkan khas untuk Malaysia.

ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM (LIGHT/RICH) (50ml) RM250.00

Menyokong proses pembaikan dan pembaharuan semasa tidur.

RADIANCE C+E (60 kapsul) RM412.50

Mencerah, mengurangkan kedutan & garis halus dengan 20% kepekatan tulen vitamin C & E.

RESTORING EYE TREATMENT (15ml) RM243.75

Mengurangkan penampilan garis halus, kedutan, kedutan di sisi luar lipatan mata, sembap dan lingkaran hitam. Ada tip penyejuk istimewa.

MOISTURE LOCK DAY CREAM (50ml) RM247.50

Menghidrat secara mendalam dengan segera dan mengekalkan kelembapan melalui teknologi penghidratan selular baru

youth moisture lock day cream

PURIFYING CLAY MASK / HYDRATING GEL MASK RM297.50 (30ml)

Masker untuk rawatan wajah segera : PCM untuk detoks dan membersih, HGM untuk mengembalikan seri wajah.

Harga YOUTH Shaklee Mengikut Set

Berikut pula ialah harga YOUTH Shakle mengikut set-set cadangan.

Set Permulaan sesuai untuk remaja dan anda di usia 20-an yang masih belum mempunyai tanda-tanda penuaan dan kulit tidak bermasalah.

Set Popular disarankan bagi anda yang mahukan kulit sentiasa muda dan mencegah tanda-tanda penuaan.

Set Rawatan Intensif pula sangat digalakkan untuk anda yang bermasalah kulit seperti jerawat teruk, jeragat, kulit kusam dan kedutan, untuk rawatan dan mengembalikan kulit yang lebih awet muda.

SET PERMULAAN

YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser

YOUTH Perfecting Skin Toner

YOUTH Age Defense Moisturiser SPF50

YOUTH Advanced Renewal Night Cream (Light/Rich)

KEAHLIAN PERCUMA

PENGHANTARAN PERCUMA

CASHBACK RM32

RM850.00Beli Sekarang

SET POPULAR

 

YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser

YOUTH Perfecting Skin Toner

YOUTH Age Defense Moisturiser SPF50

YOUTH Advanced Renewal Night Cream (Light/Rich)

YOUTH Activating Serum

KEAHLIAN PERCUMA

PENGHANTARAN PERCUMA

CASHBACK RM48

RM1262.50Beli Sekarang

SET RAWATAN INTENSIF

YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser

YOUTH Perfecting Skin Toner

YOUTH Age Defense Moisturiser SPF50

YOUTH Advanced Renewal Night Cream (Light/Rich)

YOUTH Activating Serum

YOUTH Radiance C+E

KEAHLIAN PERCUMA

PENGHANTARAN PERCUMA

CASHBACK RM101

RM1675.00Beli Sekarang

Klik SAYA NAK DAFTAR AHLI (pilih ‘Join Now‘) jika anda berminat untuk mendapatkan harga YOUTH Shaklee dengan lebih penjimatan!

YOUTH

“Kulit jadi lebih glowing. I just love Youth!

YOUTH

“Parut jerawat makin pudar. Jerawat cepat kecut”

YOUTH

“Garis-garis halus makin pudar. Jeragat makin menghilang.”

YOUTH

“Jeragat yang sudah lebih 20 tahun mula pudar!”

YOUTH

“Kulit makin cerah, liang pori makin mengecil.”

YOUTH

“Youth sesuai untuk lelaki juga!”

YOUTH

“Scar tissue yang dah lama ni boleh ‘terkambus’ balik. Kulit lebih licin!”

Rahsia Sebenar Kulit Halus Lembut Muda Ialah…

Rahsia Sebenar Kulit Halus Lembut Muda Ialah…

youth shaklee serum

.

Tahukah anda, kulit kita merupakan organ yang paling cepat bertumbuh?

Kulit kita bukan sahaja merupakan organ terbesar, tetapi juga mempunyai keupayaan untuk memperbaharui secara lengkap dalam masa lebih kurang 28 hari sahaja.

Proses pembaharuan sel ini melibatkan penghasilan sel kulit baru di peringkat paling dasar epidermis, kemudiannya ianya ‘bergerak’ perlahan-lahan sampai ke permukaan luar kulit dalam masa 28 hari. Yang akhirnya sel kulit ini akan dinyahkan secara semulajadi.

Jadi, bagaimana proses ini boleh mempengaruhi keadaan kulit kita?

Kenapakah ada orang yang sentiasa tampak muda remaja, sedangkan yang lain kelihatan jauh lebih tua dari usia sebenar?

Jawapannya ialah kerana adanya proses penuaan.

Semakin kita berusia, semakin perlahan proses pembaharuan sel kulit ini berlaku. Dan kerana itu, keadaan kulit kita akan turut dipengaruhi :

  • kulit menjadi kusam
  • munculnya tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan pigmentasi
  • dahulunya kulit lembut tapi kini menjadi kasar
  • tona warna kulit juga menjadi semakin tidak sekata

.

Sekarang lihat pula wajah anda di cermin. Adakah anda mempunyai tanda-tanda yang telah disebutkan?

Sekiranya jawapan anda ‘ya’, bermakna sel kulit anda sedang diperbaharui dengan kadar yang lebih lambat dari sebelumnya. Anda akan kelihatan semakin tua jika tidak melakukan sesuatu!

.

youth shaklee serum

Kadar pembaharuan sel kulit yang menentukan kulit kita lebih awet muda atau kelihatan lebih tua berbanding usia sebenar.

.

Kadar Pembaharuan Sel Kulit Mengikut Usia

.

Mari kita bandingkan pula kadar pembaharuan sel kulit mengikut usia.

Tengok kulit bayi yang licin, tegang dan gebu, pastinya kita tertanya-tanya, cepat betul sel kulit bayi diperbaharui kan?

Ya. Seorang bayi memerlukan hanya 14 hari sahaja untuk cell turnover (pembaharuan sel). Sangat cepat!

Manakala bagi remaja ialah antara 21-28 hari, bagi yang dipertengahan usia antara 28-42 hari dan orang yang berusia 50 tahun dan ke atas pembaharuan sel berlaku setiap 42-84 hari.

Nampak kan bagaimana usia dan penuaan menyebabkan kadar pembaharuan sel menjadi semakin lambat dan lambat dan lambat. Sebab itulah semakin berusia, anda akan kelihatan semakin tua dan tua dan tua.

Namun, bukan faktor usia sahaja yang menyebabkan ini berlaku. Faktor-faktor lain termasuklah :

  • genetik
  • gaya hidup dan persekitaran, di mana sinar UV memainkan peranan penting
  • keadaan kesihatan dan penyakit kronik
  • pengambilan ubat-ubatan
  • penggunaan produk penjagaan kulit dan kecantikan

.

youth shaklee serum

.

Ada Apa Dengan Youth Shaklee Serum?

.

Jadi, sekarang anda sudah faham yang untuk mengekalkan keremajaan kulit wajah yang cantik, faktor yang paling penting ialah mempercepatakan kadar pembaharuan sel kulit.

Youth Shaklee serum mengandungi 10 kali kepekatan Youth Complex yang bakal dipatenkan dan eksklusif dari Shaklee.

Produk penjagaan kecantikan kulit Youth Shaklee adalah revolusi daripada kuasa botanikal. Diformulasi daripada tumbuh-tumbuhan semulajadi 100% untuk menangani pelbagai faktor penuaan, termasuklah faktor gaya hidup anda, persekitaran atau proses penuaan semulajadi.

  • Anggur Muscadine : kaya dengan polifenol yang melindungi dan memperbaiki DNA sel kulit, dan menghalang kerosakan kolagen dan elastin
  • Lotus japonicus : mengaktifkan protein youth yang menjana semula sel untuk menghasilkan kolagen, elastin dan fibrilin
  • Ekstrak stem sel epal : mengaktif dan mempercepatkan pembaharuan sel kulit, serta memperbaiki tisu kulit
  • Ekstrak buah Schisandra chinensis : menyuburkan kulit dengan vitamin dan antioksidan bagi mengekalkan struktur kulit muda
  • Vital Repair Complex : kaya dengan antioksida untuk menghalang kerosakan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel yang sihat

.

youth shaklee serum

10 kali kepekatan Youth Complex bermakna Youth Shaklee serum berupaya memperbaharui sel kulit pada kadar 10 kali ganda lebih cepat!

.

Apa Kata Penggemar Youth Shaklee Serum?

.

“Pengalaman saya dengan Youth. Mula pakai keluar jerawat, menakutkan saya. Pastu sekarang pagi-pagi saya hanya pakai cleanser dan toner je sebab saya rasa berminyak dan glowing sangat muka bila pakai moisturizer dan serum tu. Malam-malam baru apply serum tu dan night cream. So far, parut jerawat semakin pudar. Cuma ada sebiji dua yang degil lagi.” (Dib)

“Haah dah lama ada jeragat. Lepas pakai C+E dan serum dalam 2 minggu macam tu jeragat hilang. Saya ni jenis lepas period naik jerawat yang susah nak turun berbulan-bulan. Tapi Alhamdulillah dah takde jerawat degil lagi menyakitkan tu.” (Yati Abd)

“Saya pakai serum setiap hari siang dan malam (sapu sikit-sikit saja) dan Radiance C+E pula 3 kali seminggu (malam). Alhamdulillah ada perubahan. Parut jerawat berbulan-bulan rawat, sekali pakai Youth sebulan saja dah pudar. Jeragat pun makin pudar.” (Sue Anna)

.

Koleksi testimoni ‘jadi lebih muda’ dengan Youth, boleh klik KOLEKSI TESTIMONI YOUTH ini.

.

Klik gambar ini untuk konsultasi penuh dan order Youth Shaklee =)

Koleksi Real Testimoni Youth Shaklee

Koleksi Real Testimoni Youth Shaklee

TESTIMONI YOUTH SHAKLEE | Tahniah kepada 6 pemenang Youth Stars yang diraikan bersama semasa Shaklee National Conference baru-baru ini.

Selain 6 pemenang ini, sejumlah 70 peserta lain telah submit testimoni puas hati masing-masing.

Bila dilihat semua, masing-masing punyai kesan awesome dari pengunaan konsisten Youth.

Jom kita tengok testimoni Youth Shaklee dari peserta-peserta Youth Stars.

Sedikit info ringkas tentang YOUTH…

.

YOUTH merupakan skincare antipenuaan 100% berasaskan tumbuhan dan bebas kekejaman.

YOUTH diformulasi daripada tumbuh-tumbuhan semuajadi yang bertindak menangani pelbagai faktor penuaan.

TESTIMONI YOUTH SHAKLEE

Apa Itu Skin Age Index Test?

.

Skin Age Index Test dibangunkan oleh pakar-pakar kulit bertaraf antarabangsa, mengukur 10 parameter untuk mendapatkan ‘usia kulit’.

Ianya diiktiraf oleh pakar dermatologi sebagai ukuran keremajaan kulit.

Hasil Skin Age Index Test membuktikan:

  1. 100% mendapat kulit lebih awet muda
  2. 2/3 daripada mereka berjaya mengubah usia kulit kepada sedekad lebih muda!

YOUTH tidak menjalankan ujian ke atas haiwan dan bebas kekejaman.

Anda tidak perlu lagi mengorbankan keselamatan untuk kecantikan kerana YOUTH bebas 1500 bahan kimia yang boleh dipersoalkan.

Rangkaian lengkap YOUTH terdiri daripada cleanser, toner, moisturizer SPF50, night cream, serum, radiance C+E.

Set-set pilihan pula terdiri daripada Set Asas, Set Memperbaharui & Mengekalkan, dan Set Rawatan Intensif.

Bukan serum sahaja, malah, setiap produk YOUTH mengandungi bahan aktif yang bertindak meremajakan sel kulit.

Serum YOUTH berupaya mengaktifkan sel kulit 10 kali ganda lebih cepat!

.

Kunci kepada keremajaan kulit ialah kadar pembaharuan sel.

Serum YOUTH mengandungi 10 kali ganda kepekatan Youth Complex. Bermakna ia berupaya menggantikan sel kulit dengan kadar 10 kali ganda lebih cepat!

Cleanser 3-dalam-1 didatangkan dalam bentuk gel-oil, sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. (Baca entri Skincare Terbaik Untuk Kulit Sensitif untuk testimoni Youth Shaklee untuk kulit sensitif).

Toner pula bertindak sebagai ‘double cleanse‘. Sangat lembut, sejuk dan cepat diserap ke dalam kulit.

Moisturizer dilengkapi dengan SPF50, dihasilkan khas untuk orang Malaysia yang mana purata indeks ultraviolet sepanjang tahun adalah tinggi.

Night cream mempunyai dua pilihan – Light dan Rich – pemilihan bergantung kepada kulit wajah anda.

Radiance C+E pula mengandungi 20% kepekatan vitamin C & E tulen. Didatangkan dalam kapsul berwarna emas khas untuk melindungi dari teroksida oleh udara dan cahaya. Kapsul ‘one-time use‘ ini memastikan anda mendapat 100% kepekatan vitamin-vitamin ini!

LOOK YOUNGER LONGER

Akhirnya Ada Juga Penyelesaian Untuk Masalah Kulit Kami

Akhirnya Ada Juga Penyelesaian Untuk Masalah Kulit Kami

kulit cantik dengan shaklee

Dalam National Conference Shaklee baru-baru ini, telah diadakan satu slot sharing oleh 6 pemenang Youth Stars yang telah berjaya mendapatkan kulit cantik dengan Shaklee Youth.

Tidak syak lagi Youth (klik untuk info lanjut Youthmerupakan skincare antipenuaan semulajadi terbaik dengan bukti dari kajian klinikal 100% berkesan ke atas manusia pelbagai usia (20 – 60 tahun) dan etnik.

Jom baca setiap satu kisah ‘miracle‘ mereka-mereka ini. Mana tahu anda salah seorang yang bermasalah seperti mereka dan tercari-cari skincare terbaik untuk kulit anda.

.

Walau Kerja Seharian Berjemur di Tengah Panas…

.

kulit cantik dengan shaklee

Kulit Cantik Dengan Shaklee

Down dan kurang keyakinan diri rasanya bila anak sendiri tegur kenapa mamanya tak cantik. Budak-budak kan jujur orangnya? Tapi nak buat macam mana, kerja di Oil & Gas selalulah berjemur di tengah panas. Namun, Youth membantu mendapatkan kulit yang cantik kembali.

Kalau sebelum gunakan Youth, kulit ada masalah kekeringan yang serius, masalah kemerahan dan tona kulit tak sekata. Selepas Youth pula, kulit lebih lembut dan lembap, lebih cerah dan tona sekata yang lebih baik.

(Elly Matin)

.

kulit cantik dengan shaklee

Kulit Cantik Dengan Shaklee

“Bekerja dalam bidang kejuruteraan ketenteraan mendedahkannya kepada pancaran matahari yang terik. Hasilnya, kulit wajah mudah breakout. Ditambah jerawat, kulit kering, kasar dan kusam. Parut hitam pun banyak di wajah.

Youth membantu menyelesaikan masalah-masalah ini – jerawat mengecut dan tiada jerawat baru, parut makin pudar, kulit semakin halus dan lembut.”

(Nurul Amelza Kamel)

.

Cikgu Lebih Yakin Berdepan Pelajar…

.

kulit cantik dengan shaklee

Kulit Cantik Dengan Shaklee

Bagi Cikgu Zura, sebelum gunakan Youth segan sungguh nak berdepan dengan pelajar-pelajar. Sebabnya kulit cikgu ada masalah pori besar dan jerawat. Kulit pun berminyak dan kusam.

Setelah gunakan Youth pula, pori makin mengecil. Jerawat makin berkurang. Dan kult kurang berminyak dan lebih berseri. Sampai pelajar-pelajar pun ajak cikgu selfie. Haha.

Apa pun, pesan cikgu, “Jangan ponteng kelas!”.

(Cikgu Faizura)

.

Muka Jadi Teruk Akibat Tersalah Produk!

.

kulit cantik dengan shaklee

Kulit Cantik Dengan Shaklee

Beberapa minggu selepas tersalah produk, muka jadi breakout teruk! Naik jerawat batu berketul-ketul. Rasa malu sangat nak COD, jadi terpaksa pass pada kawan lain sebab kurang berkeyakinan. Huhu.

Lepas dapat saja Youth, beliau terus gunakan dengan konsisten. Alhamdulillah kulit cantik dapat dikembalikan semula. Lihat sahajalah wajah selepas menggunakan Youth berbeza sungguh dengan semasa breakout.

(Siti Norlida)

.

Muka Sangat Berminyak Walaupun Berada Di Negara Sejuk

.

kulit cantik dengan shaklee

Kulit Cantik Dengan Shaklee

Walaupun berada di negara yang sejuk, kulit jadi berminyak sangat. Kesan sunburn pun nampak jelas.

Tak sangka selepas gunakan Youth kulit muka jadi kurang berminyak dan lebih lembut. Yang kesan sunburn plak semakin kurang. Terima kasih Youth!

(Zarith Sofia Ibrahim)

.

Student Pun Sukakan Youth!

.

kulit cantik dengan shaklee

Kulit Cantik Dengan Shaklee

Nasib malang menimpa pelajar ini sebab semasa konvo muka jadi breakout dengan jerawat yang besar-besar naik. Gambar konvo pun tak banyak diambil. Walaupun cuba cover dengan foundation tetap tak berjaya menutup cela di wajah ketika itu.

Mujur sangat jumpa Youth. Beberapa minggu menggunakan Youth, bukan sahaja jerawat makin berkurang. Malah kulit jadi lebih glowing!

(Nur Amalina Izzati)

**********

Untuk kesemua 70 TESTIMONI yang menyertai Youth Stars, klik YOUTH STARS untuk testimoni masalah lain (jeragat, kulit kering, berminyak, parut dan sebagainya).

Real testimonials from real people.

Shaklee TIDAK PERNAH menjalankan ujian ke atas haiwan.

.

promosi shaklee julai

Klik gambar ini untuk grab Youth Renew & Maintain Set ATAU Youth Intensive Treatment Set. Anda akan dapat PERCUMA Beg Biru Berkilat Cantik ini di samping keahlian dan postage PERCUMA, serta cashback. Promosi sehingga 31 Julai 2018 sahaja dan selagi stok masih ada.

Skincare Untuk Jeragat Mana Yang Bagus?

Skincare Untuk Jeragat Mana Yang Bagus?

skincare untuk jeragat

Bila dah masuk usia 30an ni akan muncullah tanda-tanda nak ada jeragat. Ada juga yang dah ada jeragat seawal usia 20an lagi!

Ada jeragat bukan sahaja mengganggu penampilan wajah, sebab tepek apa pun mostly akan nampak juga jeragat tu. Lagi merunsingkan bila makin hari makin banyak pula jeragatnya! Arrgghhh, stress!!!

Nak hapuskan jeragat, kena tahu dahulu apakah punca jeragat.

Jeragat merupakan tompokan coklat yang lebih gelap dari warna kulit asal kita, yang lebih jelas kelihatan apabila berada di bawah sinar matahari.

Punca utama jeragat ialah faktor genetik dan terdedah kepada sinar ultraviolet berlebihan.

Sinar ultraviolet yang diserap oleh kulit akan menggalakkan penghasilan melanin (yang memberi warna kepada kulit) oleh melanocytes (sel yang menghasilkan warna kulit).

Jadi, untuk mengurangkan dan menangani masalah jeragat, pastikan skincare anda berupaya mencerahkan jeragat sedia ada, dan melindungi dari kerosakan oleh sinar ultraviolet.

Dengan skincare Youth, anda dah boleh katakan “bye2” kepada jeragat.

Youth diformulasi daripada bahan-bahan yang bertindak ke atas pelbagai faktor penuaan :

  • Lotus japonicus mengaktifkan protein keremajaan yang penting untuk penjanaan semula sel bagi menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin
  • Ekstrak Stem Sel Epal mengaktif dan mempercepatkan pembaharuan sel kulit
  • Vital Repair Complex memberi nutrien anti-oksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat
  • Anggur Muscadine memperbaiki dan melindungi DNA sel kulit
  • dan Ekstrak Schisandra Chinensis menyokong struktur kulit muda

.

Tambahan pula, Youth adalah 100% berasaskan tumbuhan dan bebas bahan kimia yang boleh dipersoalkan. Terbukti selamat dan berkesan berdasarkan ujian klinikal (Skin Age Index Test).

.

Sedikit Info Penting Tentang Serum dan Moisturizer Youth

.

Youth Activating Serum mengandungi 10 kali ganda bahan aktif. Bermakna ianya mampu memperbaharui sel kulit pada kadar 10 kali ganda lebih cepat!

Moisturizer Youth pula dihasilkan khas dengan SPF50 untuk orang Malaysia sahaja (asalnya dengan SPF30 untuk pengguna US). Ini kerana telah dikaji yang purata indeks UV sepanjang tahun di Malaysia berada pada tahap tinggi. Jadi memerlukan SPF yang lebih tinggi untuk perlindungan berkesan.

.

Antara Mereka Yang Menggunakan Skincare Untuk Jeragat Youth…

.

testimoni youth shaklee

Ng Hooi Hooi, 50an mengalami masalah mata sembab, jeragat yang telah lebih 20 tahun di pipi, dan kulit kendur. Selepas menggunakan Youth hampir sebulan, tiada lagi mata sembab, jeragat 20 tahun lebih tadi makin pudar! Kuit muka pun nampak tegang dan naik!

.

testimoni youth shaklee

Skincare untuk jeragat – buat pilihan bijak. =)

.

youth shaklee skincare

(BB Cream belum masuk Malaysia lagi ya)

.youth shaklee skincare

.

Harga retail Youth mengikut Set adalah seperti berikut:

  • Starter Set (cleanser, toner, moisturizer, night cream) RM850
  • Renew & Maintain Set (semua dalam Starter Set + serum) RM1010
  • Intensive Treatment Set (semua dalam Starter Set + serum + radiance C+E) RM1340

.

Postage adalah PERCUMA bagi setiap set Youth (lebih RM600 layak postage PERCUMA).

Shaklee mencadangkan penggunaan setiap produk dalam rangkaian Youth adalah selama 2 bulan. Tapi, rata-rata pengguna Youth mengambil masa lebih dari 2 bulan untuk menghabiskan setiap produk. =)

.

Grab Cepat Sebelum Menyesal!

.

Dapatkan Starter Set Youth dengan DISKAUN 5% pada 2 hari promosi khas sempena Shaklee National Conference, iaitu pada 7 dan 8 Julai (Sabtu & Ahad) 2018 sahaja!

Pembelian Renew & Maintain Set dan Intensive Treatment pula, layak beg Youth cun berwarna biru ini secara PERCUMA. Sehingga 31 Julai 2018 sahaja DAN selagi stok masih ada. =)

Nak kulit cantik secara semulajadi dan sihat, takkan itu pun nak berkira?

.

skincare untuk jeragat

Klik gambar ini untuk grab promosi Youth.

.

Bagaimana pula dengan suplemen untuk jeragat untuk merawat dari dalam?

Rujuk entri Suplemen Untuk Menghilangkan Jeragat untuk bacaan lanjut.