Promosi Shaklee November 2020

Promosi Shaklee November 2020

Kalau bulan lepas Shaklee bagi beg ‘Gucci’ Shaklee percuma, promosi Shaklee November 2020 ini lebih menarik lagi sebab boleh dapatkan Vitamin C dan/atau Zinc Complex secara percuma!

.

PROMOSI SHAKLEE NOVEMBER 2020

promosi shaklee november 2020

BEST SELLERS SET – PERCUMA ZINC PLUS!

Shaklee Best Sellers Set terdiri daripada:

  • Energizing Soy Protein, ESP : minuman protein lengkap dengan kesemua asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan badan, diperbuat dari soya nonGMO, dengan skor PDCAAS 1.0 (nilai tertinggi untuk kualiti protein)
  • B Complex : lengkap dengan 8 vitamin B termasuk asid folik dan biotin
  • Omega Guard : omega-3 berspektrum luas dengan kandungan DHA & EPA sebanyak 90%
  • Ostematrix : kalsium lengkap yang telah diuji secara klinikal diserap sepenuhnya ke dalam tulang selepas 12 jam pengambilan
  • Vitamin C : antioksidan dan membantu menguatkan sistem imun badan

.

Dengan set ini juga, anda layak semua ini, dengan jumlah penjimatan lebih RM200:

  • PERCUMA keahlian (JIMAT RM35)
  • PERCUMA postage (JIMAT RM10)
  • PERCUMA sebotol Zinc Complex (JIMAT RM56)
  • Automatik harga ahli (JIMAT RM103)

.

Best Seller Set + Zinc Complex disarankan untuk siapa?

  • Yang nak kulit sihat dah cantik dari dalam
  • Untuk membantu meningkatkan tenaga
  • Kuatkan sistem imun badan
  • Ibu berpantang dan menyusu
  • Nak kekalkan kesihatan secara menyeluruh
  • Untuk orang tua
  • Pasangan ikhtiar zuriat

.

VIVA VIVIX SET – PERCUMA VITAMIN C!

promosi shaklee november2020

Untuk mendapatkan Vitamin C PERCUMA pula, cepat-cepat dapatkan Viva Vivix Set ini.

Viva Vivix Set terdiri daripada 2 botol Vivix yang akan melayakkan anda mendapat:

  • PERCUMA keahlian (JIMAT RM35)
  • PERCUMA postage (JIMAT RM10)
  • PERCUMA sebotol Vitamin C (JIMAT RM98)
  • Automatik harga ahli (JIMAT 190)
  • Cashback RMXX

Jumlah penjimatan dengan set ini pula ialah lebih RM350!

Baca juga Koleksi Testimoni Vivix yang membantu menyokong kesihatan dan kecantikan.

Ini pula tentang Sebab Kenapa Vivix Item Premium Eksklusif Dari Shaklee.

.

Kenapa anda harus memilih Shaklee sebagai produk makanan tambahan harian anda?

  1. Shaklee sangat obses terhadap kualiti setiap produknya
    • 350 ujian dijalankan ke atas setiap bahan botani untuk memastikan bebas dari bahan kimia berbahaya, pestisid dan bahan berbahaya lain
    • 100,000 ujian kawalan setiap tahun untuk memastikan kualiti dan ketulenan produk
    • Produk-produk Shaklee adalah ‘beyond organic‘, iaitu melepasi standard organik yang ditetapkan oleh United States Pharmacopeia melebihi 3 kali ganda.
  2. Formula Shaklee yang unik sangat eksklusif hanya dari Shaklee

dr elizabeth blackburn

“The Landmark and Telomere studies show that the Shaklee population is remarkably healthier than the general population” (Dr. Elizabeth Blackburn, 2009 Nobel Prize Winner in Medicine)

.

 

Promosi Vitamin C dan Zinc Complex PERCUMA ini berlangsung sepanjang November 2020 sahaja. Dan selagi stok masih ada.

Hubungi Ain segera untuk dapatkan/

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Berpuasa Penuh Walaupun Ada Gastrik

Berpuasa Penuh Walaupun Ada Gastrik

suplemen untuk pesakit gastrik

Anda salah seorang penderita gastrik yang selalu mengalami masalah pedih perut semasa berpuasa? Tahukah anda, Shaklee ada suplemen untuk pesakit gastrik yang dapat menyokong anda berpuasa tanpa serangan gastrik?

ESP Shaklee mempunyai indeks glisemik serendah 39 sahaja. Sumber makanan dengan indeks glisemik rendah membantu mengekalkan paras gula darah yang stabil, memberi rasa kenyang yang lebih lama, jadi adalah baik untuk penghidap gastrik yang ‘sensitif’ dengan jenis makanan terutamanya kalau lewat makan sikit.

Baca lebih lanjut tentang Indeks Glisemik dalam entri Tips Penjagaan Makanan Untuk Kurus.

.

Apa Kata Mereka Yang Telah Mengamalkan ESP Sebagai Suplemen Untuk Pesakit Gastrik?

.

“Saya suka ESP. Gastrik teruk saya dah hilang. Susu badan pekat. Anak tak mengempeng. Tak perlu bangun malam setiap sejam untuk susukan anak. Anak cuma bangun sekali je. Lega mak boleh lena tidur…”(Juliza Sarif)

.

ESP terbukti baik sebagai suplemen untuk pesakit gastrik.

“Saya suka sebab gastrik tiada lagi“(Esther Lize Ashtar)

.

“Alhamdulillah. Mak saya ada gastrik teruk. Perlu makan sekurang-kurangnya 2 jam sekali. Sampaikan kalau travel pergi ke mana-mana kena standby roti, nasi, benda yang boleh mengenyangkan. Saya cuba test bagi minum ESP. Disebabkan mak tak reti minum soya dan tak pernah minum soya, saya suggest campurkan dengan Milo. Alhamdulillah boleh masuk tekak dia. Nak sihat kan, kena telan juga. Nak dijadikan cerita, mak ambil ESP sebulan sebelum puasa. Selama sebulan puasa, mak dapat puasa penuh. Sampai sekarang mak masih consume ESP. Nampak lebih bertenaga sebab mak meniaga. Kulit lebih sihat.”

.

suplemen untuk pesakit gastrik

“Wawa dulu ada pengalaman gastrik teruk sampai pengsan. Ni waktu zaman belajar tahun 2010/2011. Tak boleh lapar langsung, tak boleh kenyang langsung. Alih-alih badan yang kurus kering sebab makan cukup syarat. Kat rumah memang prepare ubat gastrik dalam peti ais. Sampai macam kalih dah. Dulu tak suka makan ubat tu sebab rasa macam ubat gigi kan. Lepas jumpa ESP tahun 2014, Wawa makan ESP tak henti sampai sekarang. Alhamdulillah, belum pernah kena gastrik lagi. Ubat pun dah lama tak jumpa. Alhamdulillah, Shaklee effect pada Wawa.” (Puan Wawa)

.

Jadi bagi anda yang selalu kena serangan gastrik terutamanya masa berpuasa ni, cepat-cepat dapatkan ESP dari Ain. Satu tong 850 gram dijual dengan harga runcit RM161.25 untuk kegunaan selama sebulan. Daftarlah sebagai ahli untuk lebih penjimatan.

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
Whatsapp 0164214704
COD Seberang Jaya, Sungai Dua, Butterworth, Kepala Batas
Poslaju ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak

Anda Pertama Kali Ajar Anak Puasa?

Anda Pertama Kali Ajar Anak Puasa?

ajar anak puasa

Kira-kira seminggu sahaja lagi kita nak bertemu bulan puasa Ramadhan Kareem. Mesti ramai mak-mak yang berdebar-debar sebab baru first time nak ajar anak puasa kan?

Anak Ain yang sulung dah mula berpuasa penuh sehari bermula puasa tahun lepas. Alhamdulillah tak sangka dia boleh tahan sampai Maghrib. Walaupun kadang-kadang sahur pukul 8-9 pagi sebab bangun lewat especially hujung minggu dan cuti sekolah. Kira ok la kan hihihi.

Buat mak-mak yang runsing pasal ni, Ain cadangkan cuba bagi anak-anak minum Meal Shakes semasa sahur. Dan waktu berbuka pula, galakkan mereka minum Performance Drink. Kenapa?

Meal Shakes mengandungi vitamin dan mineral lengkap untuk menyokong nutrisi anak-anak yang sedang berpuasa. Boleh bantu beri rasa kenyang dan tenaga untuk anak-anak juga. Bukannya apa, kadang-kadang dorang nak sahur pun tengah mengantuk nak makan pun tak berapa berselera kan? Jadi kalau tak ambil nutrisi yang secukupnya, dari manalah tenaga nak ada untuk menempuh hari-hari dorang kan?

Selain itu, Meal Shakes kita juga diperkaya dengan serat untuk bantu kelancaran sistem pencernaan anak-anak. Bulan puasa biasanya anak-anak kurang minum air kosong, jadi kalau boleh mestilah kita tak nak anak-anak sembelit kan? Jadi, kita boleh beri Meal Shakes.

Untuk berbuka puasa pula, setelah seharian menahan lapar dan dahaga, Performance Drink membantu menghidrat dan mengembalikan keseimbangan elektrolit dalam badan. Seriously, lalu je “air oren” ni kat tekak rasa lega dan refreshing sangat. Anak Ain suka sangat PD dan tiap kali nak buka puasa akan tak sabar-sabar nak minum “air oren” ni. Letak air beberapa ketul lagi best.

ajar anak puasa

“Saya nak kongsi pengalaman anak saya yang baru 6 tahun belajar berpuasa. Makan sahur dan berbuka macam biasa makan nasi dan lauk yang saya masak. Cuma saya beri makanan tambahan fresh milk + Meal Shakes + kurma (blended) ketika berbuka. Performance Drink dan Meal Shakes masa sahur.

Alhamdulillah dapat puasa penuh dan dia nampak cool je puasa. Tak merengek cakap lapar or dahaga. Sepanjang puasa semalam siap aktif menyakat adik dan main-main kat halaman rumah. Bukannya tidur sepanjang hari. Syabas anakku! Semoga dapat teruskan puasa penuh tahun ni InsyaaAllah.” (Cmz Mai)

.

Dapatkan Set Berpuasa Untuk Anak-anak dengan harga runcit berikut sekarang juga:

  • Meal Shakes RM120 (544 gram)
  • Performance Drink – Natural Orange RM86.25 (539 gram)

Nak lebih jimat? Daftarlah sebagai ahli dengan Ain.

ajar anak puasa

Ajar anak puasa dengan memberikan pengalaman manis kepada mereka.

.

Bacaan lanjut:

  1. Set Puasa Shaklee Lengkapkan Nutrisi Ramadhan
  2. Puasa Ketika Hamil – Selamat Atau Bahaya?
  3. Tips Puasa Untuk Ibu Hamil Berjaya Berpuasa

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
Whatsapp 0164214704
COD Seberang Jaya, Sungai Dua, Butterworth, Kepala Batas
Poslaju ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

Beg Comel Promosi Shaklee Mei 2018

Beg Comel Promosi Shaklee Mei 2018

Korang yang mood PRU14 sejak awal bulan Mei ni, dah habis PRU ada yang masih tak tahu apa promosi Shaklee Mei 2018 ni? Maaf ya korang, Ain baru perasan belum up lagi entri pasal promosi bulan ni (melayan PRU14 punya pasal hihi)

Macam biasa, Shaklee suka sangat bagi promosi best-best untuk kita. So, kali ini, Shaklee bergembira untuk buat promosi macam dalam poster kat bawah ni.

promosi shaklee mei

Promosinya yang macam mana tu?

Ok, kalau korang tengok poster, atas skali ialah barisan 3 twin sets semuanya:

  1. Twin Set Meal Shakes (2 tong)
  2. Twin Set Performance Drink (2 tong)
  3. Twin Set Cinch Shake Vanilla (2 tong)

Promosinya ialah, beli mana-mana twin set di atas, anda akan dapat diskaun sebanyak 10% daripada harga yang asal. Wah, kalau yang member lagi murahlah, sebabnya, sudahlah harga ahli dah 10-15% lebih menjimatkan. Bulan ni Shaklee nak bagi lagi EXTRA diskaun sempena nak menyambut bulan mulia bulan Ramadhan. Vitamin-vitamin ni plak memang sesuai sangat diamalkan sepanjang bulan puasa.

So, apa manfaat vitamin-vitamin ni?

PERFORMANCE DRINK

  • penghilang dahaga
  • menghidrat dengan baik kerana mengandungi elektrolit-elektrolit yang diperlukan badan
  • memberi tenaga segera dan lebih berpanjangan

.

MEAL SHAKES

  • minuman berkhasiat yang mudah disediakan
  • diperkaya dengan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk fungsi optimum badan
  • dilengkapi dengan serat, asid amino, kalsium dan zink
  • mengandungi protein yang membantu membina dan memperbaiki tisu selepas bersenam
  • kalsium membantu perkembangan tulang yang sihat dan kuat

.

CINCH SHAKE VANILLA

  • kaya dengan protein dan kalsium
  • sedap dan mudah disediakan
  • menyediakan khasiat hidangan makanan, sebab itu sangat sesuai dijadikan ‘meal replacement’ bagi mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan
  • juga diperkaya leucine yang mengekalkan otot untuk mendapatkan berat badan yang diidamkan (memutuskan kitaran diet ‘yo-yo’ (makin diet makin gemuk)

promosi shaklee mei

Nak promosi lagi?

Haa, kalau anda beli mana-mana 2 twin sets pula, anda bukan saja akan dapat diskaun 10% tadi. Tapi akan dapat PERCUMA beg ‘Eco Pack-N-Go warna hijau yang comel macam dalam poster di atas.

Contohnya anda beli kombinasi berikut:

  • 1 Twin Set Meal Shake + 1 Twin Set Performance Drink
  • 1 Twin Set Meal Shake + 1 Twin Set Cinch Shake Vanilla
  • 1 Twin Set Performance Drink + 1 Twin Set Cinch Shake Vanilla

Jom kita tengok rupa beg ni besar mana boleh muat apa semua.

.

Kalau anda TAK berminat dengan mana-mana twin set tadi, tapi nak dapatkan beg comel ni, don’t worry. Ada lagi dua cara untuk dapatkan…

Belian Set ‘Cleanse & Burn‘ ATAU ‘Revitalise Set‘, juga akan layak untuk mendapat beg comel ni secara PERCUMA. Beza dengan twin sets tadi, tak ada diskaun 10%.

.

SET ‘CLEANSE & BURN

Yang nak KURUS secara sihat di bulan puasa ni sesuai ambik SET ‘CLEANSE & BURN‘ ni. Sebab dalam Set ‘Cleanse & Burn‘ ada vitamin-vitamin berikut dengan fungsi khusus untuk membantu anda menurunkan berat badan :

  • DTX Complex – detox hati
  • Herblax – detox usus
  • Peppermint GingerPlus – buang angin
  • Alfalfa Complex – detox darah
  • B Complex – menukarkan makanan kepada tenaga
  • Lecithin – pengemulsi lemak (bakar lemak)

.

‘REVITALISE SET’

Untuk ‘REVITALISE SET‘ pula, terdiri daripada gabungan 3 vitamin hebat untuk meningkatkan metabolisma dan memberi TENAGA ni:

  • Vivix – antioksida sel (peringkat paling asas tubuh_, menjana tenaga, detox sel
  • CoQ Trol Plus – menjana tenaga (combine dengan resveratrol dalam Vivix memang bertenaga!)
  • Cinch Energizing Tea – energy booster yang baik walaupun satu hidangan menyediakan hanya 5 kalori sahaja (juga sesuai untuk orang yang nak kurus)

.

Eh, belum habis lagi tau. Ada lagi promosi bulan ni…

promosi shaklee mei 2018

Dapatkan PERCUMA Radiance C+E (worth lebih RM400) dengan pembelian Intensive Treatment And Repair Set Youth. Promosi sehingga 31 May 2018 selagi stok masih ada. Klik Youth Skincare untuk info lanjut.

.

promosi shaklee mei 2018

Shaklee Baby pula, kalau anda beli 2 Set akan dapat PERCUMA 1 Set. Dengan kata lain, beli 2 set tapi dapat 3 set. Untuk promosi Shaklee Baby pula, sehingga 18 Mei 2018 selagi stok masih ada. Info lanjut Shaklee Baby.

.

Sekian, itu saja promosi Shaklee Mei 2018 yang baaaaaanyak sangat!

Akhir kata dari Ain,

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak, Selamat Berpuasa kepada seluruh Muslimin Muslimat di seluruh Malaysia dan dunia. Nak grab promosi atau mana-mana vitamin Shaklee, roger Ain dengan klik mana-mana gambar dalam entri ni. :).

Set Puasa Shaklee Lengkapkan Nutrisi Ramadhan

Set Puasa Shaklee Lengkapkan Nutrisi Ramadhan

set puasa shaklee

Setiap tahun, tak sabar rasanya nak menjemput Ramadhan tiba. Hadirnya dengan penuh rahmat, dijanjikan pula pahala berlipat kali ganda bagi sesiapa yang beribadat dengan penuh keikhlasan. Semestinya kita nak menjalani setiap hari berpuasa wajib ini dengan sebaiknya.

Namun, silap langkah kita mungkin terpaksa menghadapi beberapa masalah kesihatan semasa berpuasa. Terutamanya mereka yang mempunyai masalah kesihatan tertentu seperti gastrik, ibu hamil dan menyusu.

Jom ikuti tips menjalani ibadah berpuasa sebaik mungkin.

.

6 KETIDAKSELESAAN SEMASA BERPUASA

.

1# Ketidakhadaman (Indigestion / Heartburn)

Keadaan perut kita yang secara semulajadinya berasid adalah bertujuan untuk pencernaan makanan dan membunuh kuman.

Ketidakhadaman boleh berlaku apabila asid dihasilkan berlebihan atau pengaliran ‘patah balik’ asid ke esophagus.

Secara amnya, apabila kita berpuasa asid dalam perut kurang dihasilkan. Tetapi, otak akan menghantar isyarat supaya asid dalam perut dihasilkan dalam keadaan tertentu. Contohnya apabila terbau makanan.

Untuk itu, adalah disarankan untuk:

  • mengambil makanan secara berseerhana
  • mengelak makanan berminyak dan pedas
  • mengurangkan pengambilan minuman berkafein
  • menguatkan otot perut dan esophagus dengan pengambilan protein berkuaiti tinggi berasaskan tumbuhan
  • mengamalkan halia dan peppermint untuk melegakan ketidakhadaman yang sekali sekala boleh berlaku

.

2# Sembelit

Tidak asing lagi masalah sembelit dengan berpuasa bagi mereka yang tidak mengambil air kosong yang cukup. Padahal, puasa sepatutnya tidak dijadikan alasan tak dapat minum air kosong yang banyak.

Apa yang boleh dilakukan ialah membahagikan jumlah gelas air semasa bersahur dan berbuka. Contohnya, untuk mendapatkan jumlah 8 gelas air sehari, semasa bersahur minum 3 gelas air kosong, manakala selepas berbuka puasa pula lagi 5 gelas air.

Jangan lupa juga pengambilan serat (sayur-sayuran dan buah-buahan) membantu pencernaan yang lancar.

set puasa shaklee

.

3# Keletihan

Disebabkan tidur tidak cukup, nutrien seharian yang banyak lompongnya, dan kehilangan garam-garam semasa berpuasa, kita kebiasaannya merasa lebih letih di bulan Ramadhan.

  • dapatkan tidur dan rehat yang mencukupi supaya dapat bangun sahur lebih segar
  • pastikan badan kekal terhidrat
  • jadikan juadah sahur dan berbuka anda dengan makanan berprotein tinggi

.

4# Sakit Kepala

Sakit kepala biasanya disebabkan dehidrasi yang berpunca dari ketidakseimbangan garam, kelaparan dan rehat yang tidak mencukup.

  • elakkan tidak bersahur
  • bersahur dengan diet yang sederhana dan seimbang
  • mengambil air kosong yang cukup

.

5# Dehidrasi

Secara semulajadi, badan kita kehilangan elektrolit melalui pernafasan, berpeluh dan air kencing. Kehilangan berlebihan menyebabkan dehidrasi yang boleh menjadi lebih teruk dengan cuaca panas, tidak mendapat air kosong yang cukup sebelum berpuasa dan memulakan aktiviti fizikal.

Bagi mencegah dan menangani masalah dehidrasi, elakkan tempat yang panas jika boleh.

Anda juga boleh mengambil Performance Drink semasa bersahur, minuman rehidrasi untuk memberi tenaga sepanjang hari.

.

6# Berat Badan dan Obesiti

Ironi pula rasanya semasa berpuasa yang kurang makan tu, ada juga yang mengalami kenaikan berat badan berlebihan dan obesiti. Haha.

Tapi inilah hakikatnya jika anda mengambil makanan lebih dari yang sepatutnya kerana terlalu lapar dan dahaga. Ada juga yang ‘kempunan’ macam-macam makanan semasa berpuasa mengalahkan ibu mengandung =D

Sedangkan salah satu fadhilat berpuasa ialah supaya kita sama-sama merasa bagaimana orang yang susah dan kelaparan rasa, makan berlebihan kiranya telah ‘melanggar’ tujuan asal kita berpuasa.

Jadi apa yang boleh dibuat ialah:

  • makan secara bersederhana
  • disiplin diri dalam mengamalkan pemakanan sihat
  • lengkapkan lompong nutrisi dengan pengambilan multivitamin dan multimineral
  • boleh juga mengambil pengemulsi lemak bagi membantu memecahkan lemak (waktu berpuasa ialah waktu terbaik untuk menurunkan berat badan secara sihat)
set puasa shaklee

Berpada-padalah semasa berbuka puasa. Kerana seharian berlapar dan menahan dahaga, memang mudah kita terpengaruh untuk beli macam-macam makanan.

.

7 Suplemen Cadangan Dalam Set Puasa Shaklee

.

ENERGIZING SOY PROTEIN ISOLATE ialah suplemen protein lengkap dari soya nonGMO yang membekalkan tenaga berpanjangan

MEAL SHAKES, “snek on-the-go” yang sedap dan berkhasiat yang kaya dengan kalsium, fiber dan protein. Sesuai sangat untuk menyokong kanan-kanak dan remaja berpuasa.

HERBLAX pula untuk melegakan sembelit secara berkala kerana gabungan kandungan proprietarinya termasuk daun senna. Daun senna secara tradisinya digunakan sebagai julap semulajadi yang menggalakkan pergerakan usus.

CINCH SHAKE MIX boleh dijadikan ‘meal replacement‘, bukan sahaja mudah dan pantas disediakan. Tetapi juga membekakan nutrisi seperti hidangan makanan tetapi rasanya sungguh sedap seperti dessert.

PERFORMANCE DRINK melegakan dahaga setelah seharian berpuasa. Minuman kegemaran atlit bertaraf dunia ini secara klinikalnya terbukti menghidrat lebih baik dari air kosong semata-mata. Di samping membekalkan badan dengan elektrolit, ia juga membekalkan tenaga segera dan menyokong hidrasi optimum badan. Nak buat bersahur pun boleh.

LECITHIN merupakan pengemulsi lemak dengan lemak ‘baik’ yang memecahkan lemak kepada molekul yang lebih kecil untuk pencernaan. Di dalam badan, lecithin ditukarkan kepada acetylcholine yang berfungsi membantu mengekalkan kesihatan

PEPPERMINT-GINGER melegakan masalah pencernaan seperti badan berangin, dan pedih perut. Sejak tradisi lagi memang itulah kegunaan peppermint dan halia kan?

*Harga suplemen-suplemen dalam Set Puasa Shaklee ini bermula dari RM47.50 hingga RM700, bergantung kepada suplemen yang dipilih.

Nak berpuasa dengan gembira dan sihat, mulakan dari sekarang! 🙂

set puasa shaklee

Klik gambar ini untuk konsultasi lanjut dan order.