Koleksi Diet Suku Suku Separuh Untuk Suami

Koleksi Diet Suku Suku Separuh Untuk Suami

Susulan dari kisah suami saya yang dah berjaya turunkan berat badan sebanyak 11kg dengan hanya mengamalkan diet suku suku separuh, kali ni saya kongsikan beberapa menu yang saya dah prepare untuk beliau.

diet suku suku separuh

Diet suku suku separuh ini agak popular. Sejauh manakah anda tahu tentang diet ini?

Apa Maksud “Diet Suku Suku Separuh”?

Diet suku suku separuh, juga dipanggil Pinggan Sihat Malaysia, ialah cara pemakanan sihat yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM. Kalau dulu kita disarankan mengikut diet piramid, kini tidak lagi.

Suku suku separuh bermaksud pemakanan dibahagikan kepada tiga bahagian. Iaitu suku pertama karbohidrat, suku kedua protein dan separuh lagi ialah serat yang terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan.

Bagi anda yang tidak pernah mengamalkan diet ini, mungkin merasakan seperti tidak kenyang kerana bahagian nasi (karbohidrat) cuma suku pinggan sahaja. Hakikatnya, makan dengan mengikut pembahagian ini amat mengenyangkan.

Karbohidrat, adalah sumber tenaga segera. Apabila makan, jika tenaga tidak diperlukan, akan ditukarkan kepada lemak dan kita akan mula berasa lapar semula.

Berbeza dengan serat yang memerlukan tempoh yang lebih lama di dalam perut untuk dicernakan, akan membuatkan kita rasa kenyang lebih lama.

.

Contoh-contoh Menu Pinggan Sihat Malaysia

Ini ialah menu-menu yang saya sediakan sebagai bekal makanan untuk suami.

pinggan sihat malaysia

Ini senang faham kan? Suku karbohidrat (nasi putih), suku protein (ikan bakar), setengah serat (sup sayur dan mandarin).

.

sarapan lunch snacking

Time rajin atau bangun awal, sempatlah saya siapkan menu 3 kali makan macam ni. Sarapan – roti putih 2 keping, telur half boiled, jambu. Lunch – nasi putih suku, ayam goreng suku, tomyam sayur dan jambu batu setengah. Snacking pula dengan buah-buahan pun dah cukup.

.

Menu kalau nak cepat macam ini la hehe. Sarapan – wrap tu bungkuskan ayam cincang yang dah dimasak dengan timun dan bawang segar (husband suka sangat). Lunch – nasi putih, kari ayam dan bendi, serta epal. Simple but nutritious.

.

Ini kalau ada kuah kari lebih, esoknya tambah saja bendi. Dalam masa yang sama bakar je ikan dalam air fryer dan potong buah. Setengah jam siap semua.

.

diet suku suku separuh

Menu ni pun feveret juga. Nasib senang saja nak prepare. Masuk ikan bakar dalam air fryer, cincang2 barang2 untuk air asam, potong jambu batu. Perah air asam, boh garam gula, siap dah. Bajet dalam setengah jam juga boleh siap dah. Yeay!

.

Cukuplah 5 contoh menu untuk senang faham. Pilihan makanan itu di tangan sendiri. Yang di atas ini hanya contoh saja.

Yang penting, kalau nak amalkan diet macam ni, buat betul-betul terus barulah berbaloi, antaranya:

  • Pilihan protein yang sihat. Contohnya, janganlah hari-hari nak ayam atau daging saja. Pelbagaikan. Lagi bagus pilih protein tumbuhan yang lebih ‘body-friendly’ (wujud ke term ni), sebab ianya sangat kurang lemak jahat, kolesterol dan kalori.
  • Cara masak sebaiknya yang bersup, stim, bakar. Kalau nak goreng pun gunakan minyak yang sedikit sahaja (stir fry). Boleh juga pilih untuk menggunakan minyak zaitun yang kaya dengan omega-3
  • Elakkan sumber makanan yang boleh memudaratkan. Yang ini individualized lah. Macam husband Ain bacaan asid urik tinggi. Jadi kita jangan include makanan tinggi purine macam ikan bilis, seafood (sebab tu korang tak nampak seafood dalam menu-menu kat atas tadi), etc.
  • Air manis Ain bagi ‘diskaun’ sekali saja sehari. Itu pun air yang Ain bancuh kat rumah saja (kopi, teh kurang gula). Selebihnya wajib air kosong. Tips ni sangat penting sebab air manis ialah sumber gula segera, punca craving benda-benda manis. Kononnya nak beri tenaga tapi sebenarnya memudaratkan.
  • Jangan lupa amalkan senaman juga untuk bantu kekalkan dan bina otot, serta tingkatkan metabolisma supaya boleh terus bakar lemak. Bila dah lose weight pula, tidaklah menggeleber je kulit kalau bersenam sekali hehe.

.

Ok la. Sekian sahaja perkongsian kali ini. Ain doakan yang nak berdiet semoga anda berjaya berjuang untuk kesihatan. Because health is wealth. =)

Apa Itu Obesiti & Kesan Kompleksnya

Apa Itu Obesiti & Kesan Kompleksnya

apa itu obesiti

Adakah anda cakna tentang apa itu obesiti?

Malaysia merupakan negara dengan kadar tertinggi obesitI dan masalah berat badan berlebihan (overweight) di antara negara-negara Asia,…

64% dari populasi lelaki dan 65% dari populasi wanita adalah sama ada obesiti atau mempunyai berat badan berlebihan.

Hasilnya, terdapat peningkatan prevalens kencing manis di kalangan dewasa 18 tahun dan ke atas dari 11.6% ke 17.5% dalam 9 tahun (2006-2015).

Prevalens darah tinggi pula kekal tinggi pada 30%. Lebih dari 50% kes kencing manis dan darah tinggi tidak didagnos.” (World Health Organization, WHO)

This is serious, guys!

Menjadi negara dengan orang gemuk dan obes terbanyak di Asia bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan!

.

Apa Itu Obesiti?

.

Mayo Clinic mendefinisikan obesiti sebagai penyakit yang kompleks berpunca daripada lemak dalam badan yang berlebih-lebihan, yang mana ini akan meningkatkan risiko pelbagai masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi dan strok.

Obesiti didagnos apabila seseorang mempunyai Indeks Jisim Tubuh (Body Mass Index, BMI) sebanyak 30 dan ke atas. BMI 25 hingga 29.9 pula menunjukkan anda overweight.

Kiraan BMI ialah dengan membahagikan berat badan dalam kilogram dengan tinggi dalam meter yang dikuasa-duakan. Contohnya, seseorang dengan tinggi 150cm mempunyai berat badan 65kg. BMI-nya ialah 65 / 1.5 / 1.5 = 28.8kg/m2 (overweight).

apa itu obesiti

Berapakah BMI anda? Di kedudukan manakah anda berada?

.

Faktor Overweight dan Obesiti

.

Ada banyak faktor yang menentukan masalah berat badan berlebihan dan obesiti, antaranya genetik, persekitaran, metabolik dan punca hormon.

.

1# Genetik / Keturunan

Selain susunan DNA yang anda terima dari kedua ibu bapa, anda juga ‘mewarisi’ corak pemakanan dan gaya hidup dari keluarga anda.

Contohnya, ibu bapa yang kerap mengambil makanan segera dalam jumlah yang besar, pastilah menunjukkan ‘contoh’ ini kepada anak-anak. Jika anak itu sendiri tiada kesedaran dan terus mengikut apa yang diamalkan, akan membesarlah dia sebagai seorang yang gemuk atau obes dengan risiko macam-macam penyakit.

.

2# Masalah Kesihatan dan Kesan Sampingan Ubat

Sebagai contoh, pesakit sendi kerana faktor penuaan pastilah tidak berupaya bersenam kerana sakit. Jika tidak dikawal pemakanan akan dengan mudahnya mengalami berat badan berlebihan.

Contoh lain ialah pesakit yang memerlukan rawatan steroid yang berpanjangan untuk mengawal sesuatu penyakit, juga mempunyai kesan sampingan yang dipanggil moon face dan buffalo hump serta kelihatan gemuk atau obes.

kesan sampingan steroid

Klik gambar untuk baca tentang Kesan Sampingan Steroid.

.

3# Faktor Usia

Dengan peningkatan usia, berlaku perubahan hormon dan kebanyakannya menjadi kurang aktif. Jadinya, kurang lemak dibakar dan menjurus kepada berat badan berlebihan dan obesiti.

Selain itu, orang yang lebih tua juga mempunyai jisim otot yang kurang berbanding yang lebih muda (muscle atrophy). Kurang otot bermakna, kurang juga kadar metabolisma dan kebolehan membakar lemak. Jadi, kalau tidak mengawal pemakanan memang amat mudah sekali mengalami kenaikan berat badan yang mendadak.

.

4# Salah Cara Diet

Kalau anda pernah dengar tentang “Diet Yo-yo”, ia boleh juga menyumbang kepada kenaikan berat badan yang mendadak.

Diet Yo-yo ialah diet yang semakin diet tetapi semakin gemuk. Ini terjadi kerana salah faham tentang cara diet, iaitu kurang pengambilan makanan yang disangkakan membantu menurunkan berat badan. Padahal, kurang makan akan menyebabkan kemerosotan otot yang kemudiannya menurunkan kadar metabolisma dan kurang pembakaran lemak.

Boleh rujuk entri Diet Yo-yo untuk bacaan lanjut.

.

5# Pemakanan Tidak Seimbang & Gaya Hidup Tidak Sihat

Dalam banyak-banyak faktor, inilah faktor terbesar penyebab berat badan berlebihan dan obesiti.

Mak ayah anda obes, jika anda juga tidak mengawal pemakanan, tidak bersenam, anda juga akan obes. Pernah nampak satu keluarga anak beranak semuanya bulat-bulat? Banyak je.

Anda bermasalah sendi, tetapi mengamalkan pemakanan tidak seimbang anda juga mudah gemuk dan obes.

Anda seorang yang baru berusaha untuk berhenti merokok tetapi menggunakan makan sebagai alternatif untuk menangani ‘withdrawal’ anda, anda akan mudah naik berat badan. Dan banyak lagi contoh lain.

Pemakanan seimbang ialah yang mengandungi kesemua 4 kumpulan makanan (karbohidrat, protein, serat) pada bahagian yang betul.

Kementerian Kesihatan Malaysia menyarankan pemakanan seimbang suku-suku-separuh untuk kesihatan optimum.

Yang banyak diamalkan oleh mereka dengan berat badan berlebihan dan obes ialah, portion karbohidrat dan lemak yang melebihi kumpulan makanan lain. Serat seperti sayur dan buah-buahan pula sangat kurang atau tidak diambil langsung.

Gaya hidup tidak sihat pula ialah seperti kurang bersenam, kurang berjalan, makan lewat malam dan lain-lain.

.

Kenapa Anda Perlu Bimbang Jika Anda Dalam Kumpulan Obesiti?

.

Seperti di awal entri tadi, obesiti meningkatkan risiko pelbagai masalah kesihatan terutamanya sistem kardiovaskular (serangan jantung dan strok).

Obesiti boleh mengganggu kesihatan di mana-mana organ dan bahagian tubuh:

  • Serangan jantung dan strok : disebabkan tekanan darah yang naik dan keabnormalan profil kolesterol (kolesterol jahat tinggi)
  • Kencing manis jenis 2 : kerana berlaku peningkatan kerintangan terhadap insulin (insulin kurang sensitif terhadap glukosa, jadi paras gula darah naik)
  • Beberapa jenis kanser : rahim, serviks, ovary, payudara, usus, salur makan (esophagus), hati, buah pinggang dan prostat
  • Masalah pencernaan : ketidakhadaman, batu dalam hempedu, masalah hati
  • Masalah ginekologi dan hubungan intim : contohnya ketidaksuburan untuk wanita dan mati pucuk bagi lelaki
  • Masalah pernafasan seperti Obstructive sleep apnea : salur pernafasan menjadi sempit disebabkan pengumpulan lemak di leher
  • Masalah sendi seperti osteoarthritis: tekanan ke atas sendi yang menyokong berat badan menyebabkan keradangan dan kerosakan sendi
  • Masalah psikologi : seperti kemurungan, menyendiri kerana malu, rasa rendah diri yang melampau

.

apa itu obesiti

Kanak-kanak yang obes juga tidak terlepas dari risiko pelbagai masalah kesihatan ini. Kasihanilah mereka!

.

Bila anda sakit dan dimasukkan ke wad pula, proses untuk memberi bantuan perubatan dan menyelamatkan seorang yang obes boleh jadi sangat mencabar – susah nak beri bantuan pernafasan, ‘difficult line‘ sebab lemak yang tebal di bawah kulit.

Kalau ditakdirkan anda diuji dengan strok dan akan bedridden pula, bayangkan bagaimana pula dengan ahli keluarga yang akan menguruskan anda setiap hari?

Percayalah, tiada siapapun yang suka diri mereka gemuk dan obes. Susah payah yang disebabkan gemuk dan obes ini sangat meletihkan diri sendiri dan orang lain.

Jika anda sudah faham apa itu obesiti dan kesan-kesan terhadap kesihatan menyeluruh anda, berubahlah demi kebaikan anda dan ahli keluarga yang memerlukan anda. Tetapi, jika anda sendiri tidak mahu berubah, tiada apa pun yang akan berubah.

Because health is the real wealth.

Shaklee Detox Program menyediakan plan pemakanan mudah dan seimbang dengan kesemua nutrisi yang diperlukan tubuh. 

Sudah ramai yang berjaya menurunkan berat badan secara sihat dan selamat tanpa rebound.

Bertindak segera untuk Ain bantu.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Senaman Plank Bantu Kempiskan Perut

Senaman Plank Bantu Kempiskan Perut

Masalah perut buncit sudah lama menghantui anda? Jom cuba senaman plank yang boleh bantu anda kempiskan perut dengan mudah ini. Boleh dilakukan di mana-mana, pada bila-bila masa dan paling best ianya percuma dan berkesan!

.

Apa Itu Senaman Plank?

.

Senaman jenis ‘core’ adalah senaman yang menggunakan badan tanpa sokongan seperti push up, sit up dan plank. Senaman dalam kumpulan ini berfungsi untuk menguat dan melatih bahagian pertengahan badan (pinggang, pinggul, perut dan pelvis) untuk bekerja bersama membentuk kekuatan, keseimbangan dan kestabilan badan yang lebih baik.

senaman plank

Terdapat pelbagai jenis senaman plank seperti dalam gambar.

.

Bagaimana untuk melakukan senaman plank?

.

  1. Letakkan diri anda berada dalam posisi seperti hendak melakukan push up – dua tapak tangan di lantai selari dengan kedua bahu anda.
  2. Tahan berat badan anda dengan kedua lengan seperti dalam gambar di atas. Jika anda melakukan ‘elbow plank’, pastikan siku anda berada pada sudut 90 darjah.
  3. Kemut punggung anda dengan kemas, ‘masukkan’perut anda ke dalam.
  4. Pastikan tulang belakang anda berada dalam satu garisan lurus tanpa membengkokkan tulang belakang.
  5. Rileks-kan kepala anda. Pandang lurus ke lantai. Jangan mendongak.
  6. Kaki anda pula dijengketkan untuk menahan berat badan.
  7. Tahan posisi ini selama 10 saat.
  8. Bernafas dengan tenang sedalam-dalamnya.

Plank nampak mudah untuk dilakukan. Tetapi amat mudah juga untuk melakukan kesilapan menyebabkan ia kurang berkesan untuk mencapai tujuan anda.

.

Pastikan Anda Buat Plank Yang Betul

.

Untuk mencapai tujuan plank dilakukan, pastikan anda buat 5 perkara ini:

  1. Kemut otot punggung sekuat yang boleh kerana sedikit regangan di bahagian peha berupaya memindahkan lebih ‘kerja’ kepada otot-otot perut. Ini juga adalah untuk memastikan tulang belakang lurus dan mengurangkan beban pada tulang belakang bahagian lumbar.
  2. Dr. Stuart McGill, seorang professor dari University of Waterloo telah menghabiskan masa lebih 30 tahun untuk mengkaji kesihatan tulang belakang dan sakit belakang. Katanya, menahan plank selama 10 saat, diikuti tempoh berehat sebentar sebelum memulakan plank seterusnya memberi kekuatan pinggang yang lebih lagi.
  3. Setiap orang adalah berbeza dari segi saiz badan, panjang kaki dan sebagainya. Jadi, buat plank sehingga anda menjumpai “setup” terbaik anda. Gerakkan siku dan kaki anda ke dalam, ke luar, ke hadapan atau ke belakang sehingga mendapat ‘postur’ plank yang paling sesuai dengan anda.
  4. Pandang ke lantai (bukan mendongak) semasa buat plank untuk memastikan tulang belakang anda lurus dari telinga hingga ke tumit.
  5. Kepitkan bahagian ketiak anda supaya dapat menampung badan anda dengan berkesan.

senaman plank kempiskan perut

Kesilapan paling kerap dilakukan semasa plank – tulang belakang tidak lurus.

.

Selain merupakan senaman kempiskan perut yang mudah untuk dilakukan, ini manfaat-manfaat lain jika konsisten melakukan plank.

.

Plank Bukan Sahaja Bantu Kempiskan Perut, Tetapi Lebih Dari Itu!

.

1. Menguatkan otot-otot perut

Terdapat 4 jenis otot di bahagian perut:

  • Transverse abdominis muscle – meningkatkan kebolehan mengangkat berat
  • Rectus abdominis muscle – memperbaiki keupayaan bersenam. Otot in juga bertanggungjawab memberi penampilan ‘six packs’ idaman ramai
  • Oblique muscle – memperbaiki kebolehan untuk melipat badan dan berpusing di bahagian pinggang
  • Gluteus muscles – menyokong tulang belakang dan membentuk pinggul

.

2. Risiko kecederaan belakang dan saraf tunjang yang sangat rendah

American Council of Exercise menyatakan, senaman plank yang dilakukan secara berkala berupaya mengurangkan sakit belakang dengan signifikan, menguatkan otot dan memberi sokongan kuat terhadap keseluruhan belakang terutamanya bahagian atas belakang badan.

.

3. Meningkatkan metabolisma

Plank yang dilakukan setiap hari berupaya membantu anda membakar lemak dengan lebih banyak kerana ia membakar lebih kalori walaupun dalam keadaan rehat!

Jadi anda yang sedang berusaha menurunkan berat badan, jadikan plank senaman wajib anda setiap hari ya.

Plank meningkatkan metabolisma yang penting untuk pembakaran lemak. Metabolisma yang lebih tinggi akan membakar lemak yang lebih banyak.

.

4. Memperbaiki postur badan

Postur yang baik memastikan tulang belakang dan sendi berada pada kedudukan yang sihat maka kuranglah sakit belakang. Lagipun, seseorang dengan postur yang betul nampak lebih berkeyakinan kan? =)

.

5. Memperbaiki keseimbangan badan secara keseluruhan

6. Lebih fleksibel

Plank yang dilakukan dengan cara yang betul akan memberi impak kepada keseluruhan otot badan.

Termasuklah otot-otot bahu, tulang belikat (scapula/shoulder blades) dan tulang selangka (clavicles)m hamstring, tumit dan jemari kaki. Side plank pula melatih otot tepi perut yang dipanggil oblique muscles.

Semua ini akan menjadikan tubuh anda lebih fleksibel secara menyeluruh.

.

7. Manfaat kepada kesihatan mental

Apa pun senaman, akan merangsang rembesan hormon “gembira” endorphin yang memberi mood baik dan mengurangkan stress. Sudah tentulah ini baik untuk kesihatan mental yang sihat.

Kesimpulannya, plank ialah salah satu senaman yang mudah untuk dilakukan, pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Bukan sahaja sangat mudah untuk anda berusaha mengempiskan perut, tetapi juga ia memberi banyak impak positif kepada kesihatan anda. Jom mula plank! =)

Detoksifikasi, ialah proses membersihkan tubuh dari toksin yang memudaratkan, dan menggantikan ia dengan nutrisi seimbang yang bermanfaat untuk kesihatan menyeluruh.

8 manfaat detoksifikasi ialah seperti berikut:

  1. Membantu menurunkan berat badan secara sihat dan selamat.
  2. Melegakan perut kembung dan masalah sembelit.
  3.  Meningkatkan tenaga.
  4. Mengurangkan ketagihan terhadap kafein, manis dan lain-lain.
  5. Memperbaiki kesihatan kulit.
  6. Membantu mengurangkan tekanan.
  7. Menguatkan sistem imun badan.
  8. Memperbaiki kualiti tidur.

Hubungi saya untuk dibantu cara detoksifikasi yang betul dan berkesan.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Cinch Tea Shaklee : Keistimewaan & Testimoni

Cinch Tea Shaklee : Keistimewaan & Testimoni

Cinch Tea Shaklee diperbuat daripada gabungan tiga warna teh – teh  eksotik putih, merah dan hijau matcha. Daun-daun teh ini dipetik dan diadun dengan penuh berhati-hati untuk mewujudkan minuman teh dengan rasa yang luar biasa hebat!

cinch tea shaklee

Cinch Energizing Tea Mix ini, seperti namanya, berupaya meningkatkan tenaga secara semulajadi, memberi rasa nyaman dan merupakan alternatif kepada pengambilan kalori yang rendah.

.

Kandungan Cinch Energizing Tea Mix Shaklee

Berikut merupakan bahan-bahan yang terkandung di dalam Cinch Tea ini serta manfaatnya:

  1. Taurina : penggalak metabolism
  2. Serbuk teh hijau matcha : teh hijau gred tertinggi dari Jepun, antioksida yang baik, penggalak tenaga dan metabolisma (ia boleh membakar sehingga 4 kali ganda kalori)
  3. Ekstrak teh merah Rooibos : merupakan tumbuhan herba dari Afrika yang dikenali sebagai “The Miracle Tea” atau “Long Life Tea”, penggalak metabolisma
  4. Ekstrak teh putih : membakar lemak berlebihan, menghalang penghasilan sel lemak tidak perlu, penggalak metabolisma

.

cinch tea shaklee

Teh amat popular dalam dunia perubatan Cina, dipercayai mempunyai pelbagai manfaat seperti antimikrob, menguatkan sistem imun, mengawal kerosakan DNA, menyokong penurunan kolesterol, membuang toksin, menjana tenaga dan sebagainya. Rujuk artikel di webMD ini untuk info lanjut tentang manfaat kesihatan teh yang lain.

.

Apa Kata Penggemar Cinch Energizing Tea Mix Shaklee?

.

“Jam 5 petang minum Cinch Tea sebelum keluar jogging dan riadah. Hasilnya tak mengantuk sampai jam 1 pagi walaupun siang tak rehat! Sangat sesuai untuk orang yang nak stay up. Memang beri energy!” (FB: Nadiah Suhaidi)

“Pagi-pagi saya akan bancuh Cinch Tea + ESP + Meal Shakes. Baru ada power. Kalau tak, rasa malas nak buat apa-apa. Saya juga menyusu bayi 8 bulan. Susu maintain banyak.” (FB: Baizura Bahar)

“Saya peminat Cinch Tea. Jatuh cinta betul! Masa hiking Bukit Kledang, saya minum semasa mula naik dan masa berhenti sekejap. Lalu laluan hutan hampir 3km. Rasa cepat je sampai ke puncak. Tak rasa penat sangat pun.” (FB: Sue Suria)

“Saya minum Cinch Tea setiap kali sebelum exercise. Sekejap saja turun berat badan selepas berpantang.” (FB: Farihah Abu Kasim)

“Saya minum Cinch Tea untuk ganti Nescafe, untuk tahan mengantuk pagi-pagi dan selepas lunch. Selepas minum, terus segar. Tak perlu buang masa dengan tidur.” (FB: Tengku Sofia)

Lagi testimoni Cinch Tea bantu rasa segar sepanjang perjalanan jauh. (Klik untuk baca)

.

cinch tea shaklee

Sekotak Cinch Tea dijual dengan harga runcit RM131.25, mengandungi 28 sachet. Setiap hidangan (1 sachet) menyediakan hanya 5 kalori sahaja! Whatsapp Ain untuk order.

Protein Menggemukkan, Fakta Atau Mitos?

Protein Menggemukkan, Fakta Atau Mitos?

Protein merupakan salah satu nutrisi penting untuk mengekalkan kesihatan. Komposisi protein dalam tubuh kita juga, adalah yang kedua paling banyak selepas air. Jadi sudah tentulah fungsi protein juga tidak kurang banyaknya. Anda boleh baca entri yang pernah Ain kongsi sebelum ini bertajuk “6 Fungsi Protein Dalam Badan Anda“.

Untuk mengurangkan pengambilan protein kerana bimbang ianya menggemukkan, adalah tidak wajar sama sekali. Kurang protein dalam badan akan mengganggu banyak fungsi penting di dalam badan.

Pengambilan protein membantu menurunkan berat badan

Terutamanya protein dari sumber tumbuhan non-GMO dengan indeks glisemik rendah yang diambil secara konsisten, sangat membantu anda yang sedang berusaha menurunkan berat badan.

Bagaimana?

.

1# Protein Membekalkan Tenaga Lebih Berpanjangan

Walaupun protein bukan sumber tenaga utama seperti karbohidrat, tetapi protein ialah piihan yang baik untuk membekalkan tenaga untuk jangka masa panjang.

Ini kerana, protein perlu dicernakan terlebih dahulu sebelum dilepaskan untuk membekalkan tenaga. Proses pembakaran yang berlaku secara perlahan-lahan ini boleh menjadi sumber tenaga anda sepanjang hari.

Dan pastikan juga anda memilih makanan berprotein tanpa “refined sugar” ya. Gula berebihan dan tersembunyi boleh mengganggu proses menurunkan berat anda.

.

2# Protein Membantu Mengawal Selera Makan & Mengurangkan ‘Craving’

Kajian menunjukkan, protein boleh mengurangkan paras hormon yang mengawal rasa lapar iaitu ghrelin. Dalam masa yang sama, protein juga meningkatkan paras hormon yang mengawal rasa puas dan kenyang iaitu hormon peptide YY.

Bila dan kurang rasa lapar, perut pun rasa kenyang dan puas makan, sudah tentulah membantu membantutkan selera makan anda. Tidaklah sepanjang masa asyik mahu mengunyap kudapan tidak sihat dan boleh menggemukkan anda.

Dan berdasarkan kajian yang sama, protein juga membantukan keinginan anda untuk mengunyap pada waktu malam (rujuk graf di bawah).

protein menggemukkan

.

3# Protein Memperbaiki Komposisi Tubuh

Berita gembira untuk anda yang rajin bersenam kerana pengambilan makanan tinggi protein secara konsisten berupaya membantu anda meningkatkan berat otot (bukan berat badan ya).

Perhatikan gambar di bawah.

protein menggemukkan

Dengan berat yang sama, kuantiti lemak adalah lebih banyak berbanding otot.

Salah satu fungsi protein ialah membina otot. Otot penting untuk metabolisma tubuh. Dan metabolisma tubuh pula penting untuk membakar lemak dan membantu anda kurus.

Jadi, jika anda mengamalkan pemakanan berprotein tinggi secara konsisten, badan anda mengandungi lebih banyak otot dan komposisi tubuh anda adalah lebih baik. Metabolisma tubuh menjadi lebih tinggi, lalu akan dapat membakar lebih banyak lemak. Kan bagus untuk bantu anda kurus secara sihat dengan berterusan?

Tidak hairanlah jika anda yang berdiet dengan makanan tinggi protein tidak mengalami penurunan berat badan tetapi mengalami kehilangan inci yang sangat ketara seperti gambar di bawah.

protein menggemukkan

Jadi dengan berat badan yang sama, anda memilih untuk menjadi seperti gambar di sebelah kanan (komposisi tubuh yang lebih banyak otot) atau kiri (komposisi tubuh yang lebih banyak lemak)? Sudah tentulah gambar sebelah kanan! =)

.

4# Protein Membantu Mengurangkan Pengambilan Kalori

Apabila anda memilih untuk mengambil makanan tinggi berprotein, anda sebenarnya memilih untuk mengambil kurang kalori.

Syarat yang penting untuk menurunkan berat badan ialah pengambilan kalori kurang atau sama dengan basal metabolic rate (BMR) anda.

BMR seseorang tidak sama dengan BMR orang lain. Anda boleh mengira BMR anda menggunakan kalkulator secarar online sahaja. Cuma google “calculate BMR” dan masukkan info yang diperlukan seperti tinggi dan berat badan sahaja. Anda juga boleh mendapatkan bacaan BMR anda dengan alat penimbang khas seperti mesin Krada.

Makanan berprotein mempunyai nilai kalori yang lebih rendah.

.

Wah, rupa-rupanya macam-macam cara protein boleh bantu turunkan berat badan ya. Patutlah ada pelbagai minuman protein dijual di pasaran!

Berikut pula ialah ciri-ciri yang perlu anda pastikan sebelum memilih sesuatu minuman berprotein:

  1. Sumber GMO (genetically modified organism / diubah genetik) atau nonGMO (non-genetically modified organism / tidak diubah genetik)? Sumber GMO boleh mempunyai pelbagai kesan sampingan negatif terhadap kesihatan
  2. Lengkap dengan kesemua asid amino ‘perlu’ (essential amino acids) atau tidak? Asid amino jenis ini tidak dihasilkan badan dan boleh didapati dari diet sahaja
  3. Berapa indeks glisemik? Indeks glisemik tinggi menyebabkan paras gula naik mendadak dan boleh memudaratkan terutamanya kepada pesakit kencing manis
  4. Cara pemprosesan? Jika menggunakan suhu tinggi boleh memusnahkan protein (sensitif terhadap suhu tinggi)
  5. Sumber haiwan atau tumbuhan? Sumber haiwan (contoh ayam dan daging) juga mengandungi kolesterol dan lemak
  6. Skor PDCAAS berapa? Skor ini mengukur kualiti protein sama ada ia dicernakan dengan baik. Skor tertinggi ialah 1.0

.

Adakah ESP mempunyai ciri-ciri sumber protein yang baik seperti yang telah disebutkan?

Baca 10 Kebaikan ESP Sebagai Sumber Protein.

Cara Mudah Kekalkan Bentuk Badan Cantik

Cara Mudah Kekalkan Bentuk Badan Cantik

bentuk badan cantik

Dalam pengurusan berat badan dan mendapat bentuk badan cantik idaman ramai, kuncinya ialah mengawal jumlah kalori yang anda ambil dan dibakar setiap hari.

Rata-rata pelbagai jenis diet yang diamalkan bukan sahaja mengurangkan pengambilan kalori. Tetapi juga akan menyebabkan kehilangan otot yang diperlukan untuk metabolisma badan.

Kehilangan otot ini akan menjurus kepada Kitar Diet Yo-yo, yang mana semakin anda berdiet, semakin anda gemuk disebabkan metabolisma yang semakin rendah kerana otot yang semakin banyak hilang.

Jadi, untuk mendapatkan berat badan ideal dengan bentuk badan cantik idaman anda, amat penting untuk mengambil berat tentang kedua-dua jumlah pengambilan kalori dan cara untuk mengekalkan otot anda.

.

Lebih Banyak Otot Bermakna Metabolisma Yang Lebih Tinggi

.

Amat sinonim sekali otot dikaitkan dengan kekuatan, tenaga, bentuk dan ketegapan.

Tahukah anda, otot anda boleh membakar sehingga 50 kalori setiap hari? Dan lebih banyak otot yang anda miliki, lebih banyak kalori yang boleh anda bakar setiap hari.

Ingat, bahawa pengambilan protein yang rendah menurunkan metabolisma anda, menghalang usaha menurunkan berat badan anda.

bentuk badan cantik

Elakkan terlalu bergantung kepada angka di mesin penimbang jika anda sedang berdiet. Sebaliknya, ambil beberapa ukuran badan sebelum dan selepas beberapa bulan.

.

Selain Makanan Berprotein, Senaman Juga Baik Untuk Meningkatkan Jisim Otot

.

Sumber protein yang baik dari pemakanan membantu membina tisu yang sihat dan membentuk otot anda.

Di samping pemakanan berprotein, senaman juga sangat baik untuk membina jisim otot, meningkatkan metabolisma semulajadi.

Kalau anda impikan berat badan ideal dan bentuk badan yang cantik, jangan abaikan senaman setiap hari ya.

.

Leusina Membantu Mengekalkan dan Membina Otot

.

Leusina ialah sejenis asid amino penting yang membantu anda mengurangkan berat badan dengan cara yang betul.

Semasa berdiet dan berpuasa, anda berpotensi kehilangan otot (seterusnya menurunkan metabolisma). Leusina menghalang kehilangan otot ketika ini, mengekalkan metabolisma agar dapat terus membakar kalori setiap hari dalam proses menurunkan berat badan anda.

.

Cinch Shake Pilihan Tepat Untuk Dapatkan Bentuk Badan Cantik

.

Cinch Shake membekalkan karbohidrat dan kaya dengan protein yang diperlukan tubuh untuk memberi bentuk badan yang cantik semasa anda menurunkan berat badan.

Ianya membekalkan kalori serendah 180 kalori sahaja bagi setiap hidangan 2 scoop.

Selain kalori rendah ini, setiap hidangan juga menyediakan 23gram karbohidrat, 16gram protein, 3gram lemak dan nutrisi lain seperti vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9, B12, C, D, E, kalsium, zat besi, fosforus, magnesium, zink, selenium, tembaga, mangan, natrium dan potassium.

Yang penting, ianya diperkaya leusina yang anda perlukan untuk mengekalkan otot agar bentuk badan anda kekal cantik.

Promosi sempena Ramadhan kali ini, Shaklee menawarkan DISKAUN 10% BAGI SETIAP PEMBELIAN TWIN CINCH SHAKE (perisa Latte dan Chocolate sahaja). Diskaun istimewa berlangsung sepanjang 15 sehingga 30 April 2019 sahaja. Pembelian 2 Twin Set layak menerima beg percuma.

Anda boleh memilih 1) Twin Cinch Shake Latte, 2) Twin Cinch Shake Choc, atau 3) Cinch Shake Latte + Cinch Choc.

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
Whatsapp 0164214704
COD Seberang Jaya, Sungai Dua, Butterworth, Kepala Batas
Poslaju ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

Meal Shakes, Cinch dan ESP Shaklee

Meal Shakes, Cinch dan ESP Shaklee

Antara semua suplemen kesihatan Shaklee, kita ada suplemen dalam bentuk serbuk yang perlu dibancuh iaitu Meal Shakes, Cinch dan ESP Shaklee. Mesti anda tertanya-tanya, apakah perbezaan ketiga-tiga “susu” ini.

Mari kita pergi kepada satu per satu kriteria perbezaan antara ketiga-tiganya.

cinch dan esp shaklee

.

PERBEZAAN ANTARA MEAL SHAKES, CINCH DAN ESP SHAKLEE

.

1# Apakah Ia?

.

Meal Shakes ialah suplemen multivitamin yang dihasilkan untuk kanak-kanak yang memberi hidangan enak dan berkhasiat. Ianya mengandungi protein dan serat untuk membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

Walaupun direka untuk kanak-kanak, orang dewasa pun sesuai mengambilnya, kerana rasa vanila Perancisnya sungguh sedap.

Cinch Shake pula merupakan pengganti makanan berkhasiat yang mengandungi leusin untuk mengekalkan otot ketika lemak dipecahkan. Baik sangat diambil oleh mereka yang ingin menurunkan berat badan secara sihat tanpa perlu berlapar dan tanpa ‘rebound’. Ia juga memastikan anda mendapat nutrisi sihat yang diperlukan.

Terdapat tiga pilihan perasa Cinch Shake iaitu coklat,vanila dan caffe latte.

ESP, nama penuhnya ialah Energizing Soy Protein. Diformulasi untuk memberi anda tenaga berkekalan dengan protein soya untuk stamina yang lebih tinggi supaya anda boleh melakukan lebih banyak lagi dalam sehari!

Peminat soya asli pasti sukakan rasa vanilanya yang sungguh sedap.

cinch dan esp shaklee

.

2# Siapa Yang Memerlukan?

.

Meal Shakes diperlukan oleh kanak-kanak yang sedang membesar dan remaja yang aktif. Ia juga merupakan makanan tambahan yang hebat semasa berpuasa.

Cinch Shake pula semestinya pilihan anda yang ingin menurunkan berat badan berlebihan dan menguruskan berat badan secara efektif.

ESP pula untuk sesiapa yang mahukan lebih tenaga, mengekalkan berat badan yang sihat, kulit dan rambut yang lebih baik, otot yang kuat, ibu mengandung dan menyusu dan serta banyak lagi!

.

3# Kandungan Meal Shakes, Cinch dan ESP Shaklee?

.

Setiap hidangan Meal Shakes (1 scoop Shaklee) membekalkan nutrisi berikut:

  • 125kcal tenaga
  • 23 gram karbohidrat
  • 7 gram protein
  • 0.5 gram lemak

Meal Shakes juga mengandungi serat makanan dan 19 jenis vitamin dan mineral seperti vitamin A, B1, B2, B3, B6, B9, B12, C, D3, E, kalsium, zat besi, fosforus, iodin, zink, selenium, natrium dan kalium.

Bagi Cinch Shake pula, setiap hidangan (2 scoop Shaklee) menyediakan:

  • 180kcal tenaga
  • 23 gam karbohidrat
  • 16 gram protein
  • 3 gram lemak

Selain itu, terdapat juga vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9, B12, C, D3, E, kalsium, zat besi, fosforus, magnesium, zink, selenium, tembaga, mangan, natrium dan kalium.

Dan di dalam ESP pula, setiap hidangan (1 scoop Shaklee) membekalkan:

  • 110kcal tenaga
  • 10 gram karbohidrat
  • 14 gram protein
  • 1 gram lemak

Nutrisi lain dalam ESP ialah vitamin B1, B2, B3, B5, B6, fosforus, kalsium, natrium dan zat besi.

meal shakes, cinch dan esp shaklee

.

4# Waktu Makan Yang Sesuai

.

Meal Shakes sesuai diambil sebagai sarapan lazat untuk anak-anak anda. Dan sebagai alternatif hebat untuk makanan ringan yang tidak sihat.

Cinch Shake pula, boleh diambil sebagai pengganti makanan (meal replacement) untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam. “Pengganti makanan” bermaksud, anda tidak perlu lagi memakan makanan berat lagi kerana nutrisi dalam Cinch cukup untuk membekalkan nutrisi yang anda perlukan.

Kalau anda juga suka mengunyap makanan ringan yang tidak berkhasiat, boleh juga mengambil Cinch Shake yang memberi rasa kenyang lebih lama. Kata nak kurus kan?

Berbeza dengan Cinch Shake, ESP boleh diambil pada bila-bila masa bergantung kepada keperluan dan keadaan masing-masing. Ada dihuraikan dalam entri Bila Waktu Yang Sesuai Untuk Mengambil ESP?

.

5# Petua Lain

.

Selain perbezaan di atas, anda boleh mencuba ESP jika mengalami ketidakselesaan kerana perut berasid.

Anda juga boleh cuba tambahkan sayur-sayuran untuk meningkatkan nutrien tambahan di dalam Cinch Shake.

Atau boleh juga anda campurkan Meal Shakes dengan buah-buahan yang berbeza untuk menambah kepelbagaian mengikut selera anak-anak anda.

cinch dan esp shaklee

Macam mana, sekarang sudah jelas kan perbandingan antara ketiga-tiga suplemen “susu” ini?

Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Ain segera!

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
Whatsapp 0164214704
COD Seberang Jaya, Sungai Dua, Butterworth, Kepala Batas
Poslaju ke Seluruh Malaysia Termasuk Sabah & Sarawak

Ubat Kurus Paling Berkesan

Ubat Kurus Paling Berkesan

ubat kurus paling berkesan

Turun 10kg dalam sebulan“…”Sis ini berjaya hilang berat badan 8kg dalam 2 minggu”…”Kurus tanpa berlapar dan bersenam…”

Bermacam-macam lagi tagline iklan ubat kurus ‘paling berkesan’ di media sosial sekarang. Persoalannya, benar-benar berkesankah ubat-ubat ini? Dan apakah yang terkandung dalam ubat kurus tersebut yang menjadikannya ‘berkesan’ itu?

Dari laman Facebook Public Health Malaysia ini, disenaraikan “ubat kurus” yang mengandungi bahan terlarang. Ya, bahan-bahan terlarang ini BOLEH menurunkan berat badan anda, tetapi pakej sekali dengan kesan sampingan yang serius dan tidak diingini (sebab itulah namanya pun “bahan terlarang”).

.

.

Bagaimana Bahan Terlarang Dalam “Ubat Kurus Paling Berkesan” Bertindak & Apakah Kesan Sampingannya?

.

SIBUTRAMINE

.

Pada awalnya sibutramine didapati berkesan menurunkan berat badan pesakit obes sebagai salah satu usaha mengurangkan risiko mereka. Dengan menurunkan berat badan, kerintangan insulin dan metabolisma gula akan menjadi lebih baik.

Namun, dalam masa yang sama, sibutramine juga didapati meningkatkan denyutan jantung dan mengganggu kestabilan tekanan darah.

Sejak tahun 2002, beberapa kesan sampingan melibatkan jantung telah dilaporkan disebabkan penggunaan sibutramine.

SCOUT (Sibutramine Cardiovascular Outcome Trial) pula mengesahkan meningkatnya risiko masalah kardiovaskular di kalangan pesakit yang mengambil sibutramine melebihi 5 tahun – risiko serangan jantung dan strok lebih tinggi.

Oleh kerana kesan sampingan sibutramine lebih buruk berbanding kebaikannya terhadap pesakit obes, ianya mula disenaraikan sebagai bahan terlarang.

.

ubat kurus paling berkesan

SCOUT (Sibutramine Cardiovascular Outcome Trial) mengesahkan meningkatnya risiko strok dan serangan jantung di kalangan pengguna sibutramine melebihi 5 tahun.

.

BISACODYL

.

Merupakan julap yang menggalakkan pergerakan usus untuk membuang air besar, penggunaan Bisacodyl semestinya membantu menurunkan berat badan.

Tetapi sebenarnya, berat yang turun itu adalah kerana kehilangan air yang banyak dari badan.

Antara kesan sampingan Bisacodyl ialah seperti berikut:

  • sakit perut
  • loya
  • cirit-birit
  • pendarahan rektum
  • kehausan yang berlebihan

Penggunaan julap kuat yang berpanjangan pula akan menyebabkan usus hilang keupayaan semulajadinya untuk bergerak. Dengan itu, akan terjadilah masalah sembelit yang menyebabkan pesakit terpaksa bergantung kepada julap untuk membuang.

Takkan masih muda lagi tapi sudah ada masalah sembelit yang kena bergantung kepada ubat untuk membuang, kan?

.

ubat kurus paling berkesan

Pengambilan julap yang kerap dan berterusan boleh menyebabkan tona usus berkurang dan terjadinya kebergantungan terhadap julap ini. Jalan terbaik untuk detox usus ialah melalui pemakanan seimbang dan sihat serta kaya dengan fiber.

.

SPIRONOLACTONE

.

Sebenarnya, ubat Spironolactone ialah ubat yang diberi kepada pesakit bermasalah jantung (congestive heart failure), hati (cirrhosis) atau buah pinggang (kidney failure).

Pesakit-pesakit ini dipreskripsi ubat spironolactone untuk membantu mengeluarkan air berlebihan kerana meraka mempunyai had jumlah air yang dibenarkan setiap hari.

Sama seperti Bisacodyl, berat badan yang turun itu adalah disebabkan kehilangan air.

Namun, berbeza dengan pesakit-pesakit ini yang sememangnya memerlukan ubat Spironolactone, mereka yang sekadar hendak menurunkan berat badan sahaja boleh mengalami simptom-simptom dehidrasi:

  • kehausan yang berlebihan
  • kurang kencing
  • air kencing berwarna gelap
  • kekeliruan disebabkan dehidrasi

.

Dehidrasi yang berpanjangan sudah semestinya tidak baik untuk organ-organ dalaman terutamanya buah pinggang (kegagalan buah pinggan boleh terjadi).

Jadi, tidak hairanlah mereka yang masih muda, tiada penyakit kronik, ambil “ubat kurus” boleh didiagnos kidney failure secara tiba-tiba.

.

PHENOLPHTALINE

.

Ini juga adalah salah satu julap yang boleh didapati secara over the counter (OTC) di farmasi.

Pengambilan Phenolphtaline dikaitkan dengan risiko kanser dan kerosakan/mutasi DNA. Oleh itu, telah diklasifikasikan oleh FDA sebagai “tidak selamat dan tidak berkesan secara amnya” sejak tahun 1999.

.

SILDENAFIL

.

Nama glamer Sildenafil ialah Viagra, dikenali sebagai ubat yang amat berkesan untuk merawat masalah mati pucuk (erectile dysfunction) di kalangan kaum lelaki.

Sildenafil membantu menurunkan bert badan kerana telah terbukti secara klinikal, ia menukarkan lemak ‘jahat’ kepada lemak yang lebih mudah untuk dibakar. Namun, ujian ini hanya dijalankan ke atas tikus makmal. Kesan ke atas manusia tidak dapat disimpulkan.

Selain kesan Viagra yang terbukti sangat berkesan untuk masalah mati pucuk, ia juga boleh menyebabkan kesan yang lebih serius seperti:

  • masalah jantung : Viagra boleh menurunkan tekanan darah mengakibatkan serangan jantung dan kematian mengejut!
  • kerosakan mata seperti rabun dan buta secara tiba-tiba : Viagra dikatakan menyebabkan pengaliran darah ke mata terganggu
  • hilang pendengaran secara tiba-tiba
  • 84% lelai yang pernah mengambil Sildenafil berisiko menghidap melanoma (sejenis kanser) selepas 10 tahun

.

ubat kurus paling berkesan

.

PHENYLBUTAZONE

.

Merupakan sejenis ubat tahan sakit nonsteroidal antinflammatory drugs (NSAID), Phenylbutazone digunakan untuk merawat keradangan sistem otot dan sendi. Sebagai contoh untuk masalah ankylosing spondylitis, rheumatoid arthritis dan reactive arthritis.

Antara kesan sampingannya ialah:

  • membantutkan penghasilan sel darah putih (penting untuk sistem pertahanan badan)
  • aplastic anemia (sel darah merah penting untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan)
  • anorexia
  • cirit birit
  • berak berdarah

.

FENFLURAMINE

.

Bahan ini ‘membantu’ kurus dengan membantutkan selera makan dan memberi rasa kekenyangan.

Malangnya, ia juga boleh mengakibatkan :

  • masalah injap jantung (seperti valvular regurgitation)
  • meningkatkan risiko tekanan darah tinggi dalam paru-paru (pulmonary hypertension)
  • kesan ke atas sistem penghadaman dan sistem perkumuhan
  • kesan ke atas otak seperti sakit kepala, agitation dan kemurungan

.

Organ-organ ini sangat penting untuk kehidupan. Sanggupkah anda merisikokan organ-organ ini hanya semata-mata untuk kurus dengan bahan terlarang?

.

TOPIRAMATE

.

Ubat ini sebenarnya ialah ubat untuk masalah sawan (antiseizure) dan mencegah migraine.

Sebenarnya ubat ini TIDAK membantu anda kurus, tetapi salah satu kesan sampingannya ialah menurunkan berat badan.

Lebih memudaratkan lagi, jika diambil untuk jangka masa yang panjang boleh mengakibatkan masalah yang lebih serius :

  • masalah mata yang serius yang sekiranya tidak dirawat boleh menyebabkan buta yang berkekalan
  • mengurangkan berpeluh – ini menyebabkan suhu badan naik lebih tinggi menjurus kepada demam tinggi
  • meningkatkan paras asid dalam badan menyebabkan metabolic acidosis yang boleh membawa maut
  • dari segi psikologi boleh menyebabkan pemikiran suicidal (bunuh diri), kemurungan, panik dan insomnia

ubat kurus paling berkesan

.

Kesimpulannya, jika ada yang claim ada ubat yang boleh menguruskan badan dengan cepat secara shortcuts, WAJIBlah anda ragu-ragu akan kandungan bahan-bahannya sehingga terbukti tidak mengandungi bahan terlarang.

Sesungguhnya, “ubat kurus paling berkesan” ialah kombinasi KONSISTEN:

  1. Pemakanan sihat dan seimbang yang mengandungi kesemua kumpulan makanan pada nisbah yang betul
  2. Bersenam secara berkala sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, 20-30 minit setiap sesi
  3. Pengambilan suplemen secara bijak (suplemen pun “macam2” kan sekarang?) sebagai penyokong nutrisi harian

.

Menurunkan berat badan dengan cara yang sihat ini TIDAK menjadikan anda lebih sakit dan lebih memudaratkan.

Nak melabur untuk suplemen pun, pastikan ianya berbaloi. Berbaloi untuk kesihatan dan berbaloi dari segi jumlah wang yang dibelanjakan. Walau anda kaya mana sekalipun, organ-organ dan nyawa anda PRICELESS harganya. =)

Baca entri Suplemen – Keperluan Atau Kehendak? untuk tips pemilihan suplemen yang baik dan selamat.

Tips Penjagaan Makanan Untuk Kurus

Tips Penjagaan Makanan Untuk Kurus

Tips Penjagaan Makanan Untuk Kurus | Syarat WAJIB untuk kurus ialah dengan pemilihan jenis makanan yang betul. Tipsnya ialah pilih makanan yang indeks glisemiknya rendah.

.

Indeks Glisemik Tu Apa?

.

Indeks glisemik ialah kadar sesuatu makanan karbohidrat itu melepaskan gula ke dalam darah.

Setiap makanan karbohidrat mempunyai nilai indeks glisemik yang berbeza-beza.

Berdasarkan ke-cepat-an makanan melepaskan gula ke dalam darah ini, iIndeks glisemik boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan:

  1. Tinggi (70 dan ke atas)
  2. Sederhana (50 hingga 69)
  3. Rendah (50 dah ke bawah)

Makanan indeks glisemik TINGGI:

  • melepaskan gula dengan kadar yang cepat
  • menyebabkan paras gula darah naik mendadak (tidak bagus untuk pesakit kencing manis)
  • contoh makanan: gula-gula, kek, coklat, aiskrim dan lain-lain yang rasa manis sekali
  • boleh membahayakan kesihatan untuk jangka masa panjang
  • gula dalam darah yang tidak digunakan untuk suatu jangka masa (contoh: lepas makan terus tidur), akan ditukarkan kepada lemak
  • sumber makanan ini menyebabkan cepat lapar dan anda akan makan berkali-kali

Sebaliknya pula dengan makanan indeks glisemik RENDAH:

  • gula dilepaskan secara perlahan-lahan untuk jangka masa yang lebih lama
  • paras gula darah naik lebih stabil, tidak mendadak (baik untuk pesakit kencing manis)
  • sebagai contoh: sayur-sayuran, kekacang, susu segar
  • tidak menyebabkan lapar dengan cepat kerana paras gula yang stabil untuk suatu jangka masa yang panjang
  • sangat digalakkan untuk mereka yang sedang berusaha untuk kurus

Lihat perbezaan graf di antara makanan dengan indeks glisemik tinggi dan rendah ini.

tips penjagaan makanan untuk kurus

Kiri : Makanan dengan indeks gliseik tinggi – cepat kenyang (gula naik mendadak) tapi cepat lapar balik (gula turun dengan cepat).
Kanan : Makanan dengan indeks glisemik rendah – kenyang lama untuk satu jangka masa (paras gula lebih stabil).

Energizing Soy Protein Mempunyai Indeks Glisemik Serendah 39 Sahaja!

.

Tips Penjagaan Makanan Untuk Kurus Lain

.

  1. Minum air kosong sahaja, sekurang-kurangnya 2 liter sehari, sebaik-baiknya 3 liter sehari (kecuali ada kontraindikasi untuk mengambil air yang banyak seperti pesakit buah pinggang kronik)
  2. Elakkan air bergas, bergula.
  3. Dan elakkan juga makanan segera dan diproses (contoh: hotdog, nugget kecuali home made).
  4. Makan mengikut portion seperti yang Ain pernah share dalam entri Cara Turunkan Berat Badan Dengan Cepat.
  5. JANGAN skip sarapan, lunch dan dinner. Bila anda skip ‘heavy meals’ ini, anda akan tends untuk makan lebih banyak.
  6. Jenis makanan yang disarankan : rebus, bakar, kukus
  7. Elakkan garam dan gula berlebihan, apatah lagi MSG dan segala ‘aji2’.
  8. Makan malam awal, sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur, seelok-eloknya sebelum 8 malam.
  9. Makan ikut time. Contohnya: sarapan 8 pagi, brunch 11 pagi, lunch 1 tengah hari, tea time 4 petang, dinner 7 malam, supper 9 malam (kalau perlu, dengan sayur atau buah sahaja).

Untuk berjaya kurus, alasan kena tolak jauh-jauhhhhhhhh!

Buat je semua tips penjagaan makanan untuk kurus ni. Setakat ni 100% berjaya turunkan berat badan. 🙂

Good luck!

.

Klik gambar ini untuk order dan konsultasi lanjut.