Perlukah Ibu Berpantang Cara Tradisional?

Perlukah Ibu Berpantang Cara Tradisional?

berpantang tradisional

Berpantang merupakan suatu fasa istimewa dalam kehidupan seorang wanita. Sepanjang tempoh inilah wanita akan menghadapi perubahan besar dari segi fizikal dan emosi, serta penyesuaian kepada tanggungjawab baru iaitu menjadi ibu.

Tempoh berpantang bermula sebaik sahaja bayi yang dikandung dilahirkan, sehingga kira-kira 6 minggu, bergantung kepada budaya masing-masing.

Dan bergantung kepada budaya masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum ini juga, amalan-amalan semasa berpantang juga adalah berbeza.

Secara amnya, di Asia, amalan-amalan tradisional berpantang adalah bertujuan untuk :

  • mengembalikan keseimbangan elemen-elemen badan
  • mengembalikan fungsi normal organ-organ seksual dan reproduktif
  • meningkatkan kesejahteraan wanita
  • menambah tenaga wanita
  • menggalakkan penyembuhan luka
  • menggalakkan kehilangan berat badan
  • faktor aesthetik (kecantikan)

Mari kita pergi satu per satu kepada amalan-amalan berpantang cara tradisional orang Melayu dan apa manfaat untuk setiap amalan juga akan dinyatakan.

.

URUT

Berurut mempunyai manfaat positif terhadap kesejahteraan ibu.

berpantang tradisional

Berdasarkan gambar di atas, kajian mendapati, berurut memberi kesan:

  1. Biomekanikal (kerana tekanan ke atas tisu)
  2. Fisiologikal (kerana perubahan dalam tisu dan organ)
  3. Neurologikal (kerana rangsangan reflex)
  4. Psikologikal (kerana meningkatnya perkaitan antara tubuh dan minda)

.

Berurut dapat mencegah daripada meroyan (postpartum depression) melalui 2 mekanisma:

  1. meningkatkan paras serotonin, lalu menurunkan paras cortisol. Jadi akan mengurangkan stress. Serotonin juga bertindak melegakan sakit kaki dan belakang
  2. paras dopamine juga akan meningkat dengan berurut, lalu menurunkan paras norepinephrine dan kerisauan

.

Selain itu, dengan berurut juga mampu memperbaiki kualiti tidur ibu.

Dipercayai juga, berurut mampu ‘memecahkan’ ketulan darah yang tertinggal di dalam rahim, membantu rahim mengecut, memecahkan tisu lemak dan mempercepatkan penyembuhan luka.

Ini adalah kerana berurut memperbaiki pengaliran darah di seluruh badan.

Dari segi kesan sampingan berurut pula, ada ibu-ibu yang mengalami sakit atau ketidakselesaan sementara, lebam, bengkak dan alahan terhadap minyak urut yang disapu.

berpantang tradisional

Berpantang cara tradisional me’wajib’kan berurut bagi ibu-ibu kerana banyak sangat manfaatnya.

.

BENGKUNG

Bukan bayi sahaja yang dipakaikan barut untuk membaluti perut. Ibu berpantang juga disarankan memakai bengkung setiap hari semasa berpantang.

Bengkung dihasikan daripada kain untuk membaluti rapi tubuh ibu berpantang.

Ada pelbagai jenis bengkung di pasaran.

Fungsi bengkung adalah untuk:

  • dipercayai membantu menurunkan berat badan
  • mengembalikan tona badan
  • menyokong dan melindungi organ-organ dalaman
  • membantu organ-organ yang ‘bengkak’ kembali kepada saiz asal (contoh, mengecutkan rahim)
  • meluruskan tulang belakang (postur yang baik untuk menyusukan bayi)

.

berpantang tradisional

Bengkung, salah satu amalam berpantang cara tradisional yang sangat membantu dan bermanfaat bagi Ain sendiri. =)

.

URUTAN PAYUDARA

Bermanfaat untuk ibu berpantang yang menyusukan bayi, urutan payudara meningkatkan penghasilan dan pengaliran susu ibu.

Dengan mengurut payudara juga dapat mencegah bengkak susu dan salur susu tersumbat.

Baca juga entri Masalah Penyusuan Susu Ibu Yang Common untuk info lanjut.

Urutan payudara ini boleh sahaja dilakukan sendiri setelah diajar teknik yang betul oleh orang yang berpengetahuan dan berpengalaman.

.

BERTUNGKU

Bertungku pula ialah sejenis urutan yang menekankan point tertentu dengan menggunakan objek yang dipanaskan terlebih dahulu.

Seperti dalam gambar ini, batu tungku ini dipanaskan terlebih dahulu, kemudiannya dibalut dengan dedaun seperti serai wangi dan sebagainya.

Seterusnya dibalut dengan kain dan mulalah bertungku.

Bertungku dipercayai bermanfaat untuk:

  • mengurangkan kesakitan
  • merehatkan otot
  • melancarkan pergerakan usus
  • membuang angin
  • mengangkat semula rahim ke tempat asalnya
  • mencegah rahim jatuh

.

berpantang cara tradisional

Selain berpantang cara tradisional, mengamalkan suplemen yang baik juga membantu penyembuhan semasa berpantang. Silap haribulan dapat bonus turun berat badan juga.

.berpantang cara tradisional

.

Sumber

Tercari-cari Set Berpantang untuk melengkapi nutrisi anda dan bayi anda?

Cabaran-cabaran Hamil & Tips Menangani

Cabaran-cabaran Hamil & Tips Menangani

Untuk bergelar seorang ibu bukanlah sesuatu yang mudah kerana pelbagai dugaan hamil perlu ditempuhi. Seawal dari ujian air kencing kehamilan (UPT, urine pregnancy test) anda naik dua garisan (positif) lagi, anda boleh menghadapi pelbagai cabaran kesihatan.

Sebenarnya, kebanyakan dugaan yang melanda ibu hamil adalah disebabkan perubahan fisiologi yang berlaku di dalam tubuh seorang yang sedang mengandung.

Faktor nutrisi juga menyumbang kepada cabaran-cabaran ini, terutamanya jika sebelum hamil ibu sememangnya tidak mengamalkan pemakanan seimbang.

Mari kita pergi kepada setiap dugaan yang kerap terjadi kepada ibu hamil.

Ain akan kongsi juga tips-tips untuk mengurang atau menangani masalah-masalah ini.

.

1# Alahan Mengandung

Antara cabaran awal kehamilan ialah alahan mengandung yang mana ibu hamil mengalami loya dan muntah.

Alahan ini adalah disebabkan oleh perubahan hormon di dalam badan ibu mengandung.

Kajian mendapati, sebanyak 50-90% ibu hamil mengalami alahan mengandung yang boleh bermula kira-kira pada 8 minggu kehamilan.

Berita baiknya, kebanyakan alahan mengandung akan hilang selepas trimester pertama kehamilan. Hanya sekitar 1-10% kes sahaja akan berlanjutan sehingga trimester kedua atau ketiga.

Alahan mengandung, yang juga dikenali sebagai morning sickness adalah berbeza dengan hyperemesis gravidarum (HG).

HG ialah morning sickness yang lebih teruk, di mana ibu hamil mengalami muntah berterusan dan boleh mengganggu kehidupan seharian.

Lebih buruk lagi, HG boleh mengakibatkan dehidrasi dan kenaikan berat badan yang tidak cukup semasa kehamilan.

dugaan hamil

Tips Mengurangkan Alahan Mengandung:

  • Makan sedikit tetapi kerap
  • Jika muntah, pastikan anda minum air yang mencukupi (sama juga, sedikit tetapi kerap)
  • Cuba teh pudina halia untuk mengurangkan rasa loya di tekak
  • Ambil vitamin B6 dan magnesium

Bagi penggemar Performance Drink, anda boleh cuba bancuh PD itu kemudian jadikannya kiub ais. Rasa masam oren PD boleh membantu mengurangkan rasa loya di samping menghidrat anda yang kekurangan air.

.

2# Kejang Kaki

Mengalami kejang kaki yang menyakitkan terutamanya semasa sedang lena tidur di tengah malam adalah sesuatu yang sangat mengganggu.

Ibu hamil bukan sahaja mengalami tidur terganggu dan kesakitan dek kejang itu, tetapi mereka juga akan lebih lesu keesokannya kerana tidak mendapat tidur yang berkualiti.

Kejang kaki semasa hamil adalah disebabkan beberapa faktor:

  • berat badan yang semakin bertambah
  • perubahan pada kitaran darah dalam badan
  • bayi yang semakin membesar memberi tekanan kepada saraf dan salur darah ke kaki
  • ibu hamil terlalu aktif atau kurang aktif
  • kurang nutrisi seperti kalsium dan magnesium

dugaan hamil

Tips Untuk Mengurangkan Kejang Kaki:

  • Lakukan senaman kaki dengan memusing kaki pada sendi buku lali dalam satu arah sebanyak 8 kali. Kemudiannya tukar arah berlawanan juga sebanyak 8 kali. Ulang dengan kaki yang satu lagi.
  • Tinggikan kaki dengan bantal semasa tidur
  • Pastikan anda mendapat air yang cukup
  • Pengambilan kalsium dan magnesium haruslah cukup supaya otot-otot dapat ‘berehat’ dengan baik semasa tidur

Baca juga Cara Mudah Atasi Cramp Kaki Ketika Mengandung.

.

3# Berat Badan Berlebihan

Adakah anda tahu, berapakan pertambahan berat badan semasa hamil yang sihat?

Untuk menjawab soalan ini, kita perlukan BMI anda sebelum hamil.

BMI = berat dalam kilogram / (tinggi dalam meter x tnggi dalam meter)

Rujuk carta di bawah untuk mengetahui berapa pertambahan berat badan yang sihat semasa hamil

dugaan hamil

Jika anda underweight, jumlah penambahan berat badan yang disarankan adalah lebih banyak. Sebaliknya, jika anda overweight atau obes, jumlahnya lebih sedikit. Ini adalah jumlah kenaikan berat badan sepanjang kehamilan ya.

.

Tips Pertambahan Berat Badan Sihat Semasa Hamil:

  • Ambillah hidangan yang kecil tetapi kerap
  • Pilihlah makanan ringan yang sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Ambil lebih kalori sebanyak 300kcal sahaja setiap hari

Contoh 300kcal ialah 3 sudu besar ESP (protein) + sebiji epal + sekeping roti + semangkuk sup sayur.

.

5# Keguguran Rambut

Masalah ini dihadapi ibu hamil kerana faktor perubahan hormon dan nutrisi yang tidak seimbang.

Tahukah anda, nutrisi sihat semasa prenatal mampu melindungi folikel rambut anda dan menggalakkan pertumbuhan rambut?

Tips Atasi Keguguran Rambut:

  • Gunakan syampu dan perapi rambut yang lembut
  • Selalu urutkan kepala untuk merangsang peredaran darah
  • Amalkan pemakanan sihat yang mengandungi semua kelas makanan
  • Ambillah vitamin prenatal seperti protein, zat besi, biotin, vitamin B dan vitamin C

dugaan hamil

6# Perubahan Emosi

Ada kalanya, tiba-tiba sahaja ibu hamil boleh bersedih dan menangis.

Kesalahan yang kecil sahaja pun ada yang mampu membuatkan mereka berasa kecil hati.

Kerana perubahan hormon ibu hamil, keletihan dan tekanan harian, mereka amat mudah sekali mengalami perubahan emosi ini. Orang putih kata mood swing.

Jadi sebagai suami, ahli keluarga atau rakan ibu hamil ini, cubalah memahami mereka ya.

Tips Untuk Menangani Perubahan Emosi:

  • Dapatkan tidur yang mencukupi
  • Luangkan masa dengan pasangan anda
  • Cubalah senaman yoga untuk ibu hamil (yoga kan menenangkan)
  • Ambillah makanan berkhasiat dengan GI rendah (makanan GI tinggi meningkatkan paras gula darah dengan cepat, kemudiannya menurun dengan mendadak pula)
  • Amalkan vitamin prenatal seperti asid lemak omega-3, vitamin B dan zat besi

Baca juga entri tentang Postpartum Depression (Meroyan) akibat kekurangan asid lemak omega-3 semasa hamil.

dugaan hamil

Selain menyokong mood ibu hamil, omega-3 juga mempunya pelbagai manfaat lain untuk ibu hamil dan bayi.

.

7# Jisim Tulang Berkurangan

Pernahkah anda tahu kenapa apabila anda hamil, doktor akan menyarankan pengambilan susu atau kalsium?

Telah dijadikan dengan begitu sempurna sekali kejadian Tuhan, bayi dalam kandungan akan mendapat kalsium yang cukup dari ibu.

Susu atau kalsium yang diambil itu sebenarnya adalah untuk anda sendiri.

Sekiranya anda tidak topup kalsium yang telah diambil bayi dengan cukup. anda berisiko mengalami osteoporosis lebih awal!

Tips Mencegah Osteoporosis:

  • Amalkan gaya hidup sihat – elak merokok & alkohol
  • Senaman ringan
  • Dapatkan kalsium & pembina tulang dari pemakanan dan/atau suplemen

.

Anda mengalami cabaran-cabaran lain lagi semasa hamil?

Jom kongsikan di ruangan komen dan cara anda selesaikannya. =)

Tercari-cari Set Prenatal untuk melengkapkan nutrisi anda dan (bakal) bayi anda?

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan

perkembangan bayi dalam kandungan

Perkembangan bayi dalam kandungan adalah sesuatu yang mengujakan pasangan suami isteri. Terutamanya bagi pasangan yang baru pertama kali bakal menimang cahaya mata.

Setiap kali scan pula, biasanya ibu hamil akan tertanya-tanya, “doktor, dah boleh nampak jantina ke?“, “wah dah bergerak-gerak ya baby saya!“, “Alhamdulillah itu kaki dan tangan dia ya?“, “Alhamdulillah dah nampak jantung baby.“…dan banyak lagi.

Hari ini, Ain nak share tentang apa yang berlaku semasa bayi dalam kandungan berkembang dari bulan ke bulan.

Ibu mengandung yang sedang baca entri ni, haruslah baca setiap perkataan dengan teliti. Excited kan nak tahu apa perkembangan bayi anda. =)

Secara amnya, tempoh kehamilan boleh dibahagikan kepada tiga trimester:

  • pertama : bulan 1 hingga 3
  • kedua : bulan 4 hingga 6
  • ketiga : bulan 7 hingga 10

.

PERKEMBANGAN BAYI SEMASA TRIMESTER PERTAMA

.

Bulan 1

Sebaik sahaja ovum (telur wanita) disenyawakan, akan terbentuk kantung berisi air di dalamnya yang bertindak sebagai ‘kusyen’ kepada janin yang akan terbentuk.

Jantung ialah organ pertama yang akan terbentuk untuk pengaliran darah.

Selain jantung, bayi anda juga akan mula membentuk tiub neural. Jadi, adalah penting untuk anda mendapatkan sumber asid folik yang cukup sebagai langkah mencegah kecacatan tiub neural.

Cadangan terbaik ialah mengamalkan asid folik sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum merancang lagi untuk menyediakan tubuh ibu dengan asid folik yang cukup.

perkembangan bayi dalam kandungan

Perkembangan bayi dalam kandungan

.

Bulan 2

Apabila masuk bulan kedua kehamilan, ratusan sel otak sedang dibentuk setiap minit oleh bayi anda!

Tulang rangka juga akan mula terbentuk.

Raut wajah bayi akan perlahan-lahan membentuk. Contohnya telinga mula terbentuk dengan lipatan kecil di bahagian tepi. Jemari tangan dan kaki juga akan mula membentuk.

Di bulan kedua kehamilan ini, kepala bayi adalah jauh lebih besar dari badannya. Saiznya pula ialah kira-kira 1 inci di penghujung bulan 2.

Kebanyakannya dapat melihat denyutan jantung di dalam ultrasound sekitar usia bayi 6 minggu.

Jadi, nutrisi penting bagi ibu hamil apabila masuk bulan kedua kehamilan ialah :

  • Protein untuk menyokong perkembangan bayi yang sedang pesat
  • Lemak sihat yang merupakan asas kepada tisu baru
  • Kalsium yang menyokong pertumbuhan tulang rangka

.

perkembangan bayi dalam kandungan

.

Bulan 3

Seterusnya, masuk bulan ketiga akan terbentuk pula sebahagian besar organ-organ dan sistem, termasuk mata bayi.

Tangan, kaki, jemari dan telinga janin sudah lengkap bertumbuh.

Yang mula berkembang pula ialah kuku tangan dan kaki, sistem pembiakan (namun agak sukar untuk mengesan melalui ultrasound ketika ini), sistem pencernaan, dan urinari.

Di penghujung bulan ketiga, janin anda telah lengkap bertumbuh organ-organ dan sistem-sistemnya. Semua ini akan terus berkembang sehingga matang di bulan-bulan seterusnya, supaya dapat berfungsi selepas dilahirkan.

Oleh kerana pembentukan kritikal janin telah lengkap, kebarangkalian untuk keguguran menjadi lebih rendah selepas minggu ke-12 ini (bulan 3).

Ibu hamil yang menghadapi alahan mengandung kebanyakannya berlanjutan sehingga penghujung trimester pertama. Ada juga ibu yang lebih awal atau lambat selesai alahan ini. Dan ada juga yang tiada alahan langsung sepanjang kehamilan.

Tips nutrisi ibu hamil ketika ini ialah:

  • Vitamin B6 untuk melegakan mabuk hamil
  • Asid lemak omega-3 yang penting untuk perkembangan mata dan otak bayi
  • Kalsium untuk melegakan sembelit

perkembangan bayi dalam kandungan

.

PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN SEPANJANG TRIMESTER KEDUA

.

Bulan 4

Ini adalah peringkat pertumbuhan pesat bayi dalam kandungan. Di mana sistem otot dan tulang rangka akan terus berkembang.

Ketika ini juga, anda sudah boleh mengesan denyutan jantung bayi menggunakan alat yang dipanggil Doppler (yang diletakkan di atas perut ibu sahaja).

Jemari tangan dan kaki pula, lebih jelas kelihatan. Bayi anda sudah boleh menghisap jari, dan membuat pelbagai mimik muka.

Lebih excited lagi, inilah masanya anda boleh bertanyakan doktor yang buat scan sama ada sudah dapat melihat jantina bayi.

Saiz bayi anda ketika ini ialah kira-kira 4 inci panjang. Wah, sudah besar!

Orang sekeliling pasti sudah boleh mengagak yang anda sedang mengandung kerana ‘baby bump’ comel yang kelihatan jelas pada anda.

Adalah penting bagi ibu hamil menyokong pertumbuhan bayi dengan protein untuk membekalkan kalori tambahan yang anda perlukan.

Zat besi juga penting kerana isipadu darah anda akan bertambah menjadi dua kali ganda dari yang asal. Kekurangan zat besi merisikokan anda kepada masalah anemia (dilutional anemia).

Baca juga entri Anemia Ketika Hamil : Punca, Kesan dan Rawatan.

perkembangan bayi dalam kandungan

Perkembangan bayi dalam kandungan

.

Bulan 5

Masuk bulan kelima, tulang rawan perlahan-lahan membentuk tulang.

Bayi akan lebih banyak bergerak kerana perkembangan otot dan tulang yang lebih kuat. Seolah-olah bayi sedang bersenam untuk menguatkan otot dan tulang.

Ada ibu yang pertama kali merasa gerakan bayi (dipanggil ‘quickening’) sekitar bulan 5 hingga 6. Makin teruja kan?

Selain itu, akan terhasil juga satu lapisan ‘cheesy’ berwarna keputihan yang menyelaputi kulit bayi. Ianya dipanggin vernix yang dipercayai melindungi kulit bayi kerana terlalu lama terdedah kepada air ketuban.

Sebab itulah semasa bersalin bayi diselaputi lapisan putih ini. Nampak comot tapi comel!

Untuk menyokong perkembangan bulan 5, pengambilan kalsium dan vitamin C adalah penting.

Kalsium untuk menyokong perkembangan tulang.

Manakala vitamin C untuk menyokong penyerapan zat besi, menguatkan sistem imun dan tisu penghubung.

perkembangan bayi dalam kandungan

.

Bulan 6

Kemudiannya, pabila masuk bulan keenam, otak dan paru-paru bayi pula akan berkembang pesat.

Bayi anda sudah boleh membuka mata dan bertindak balas terhadap bunyi dengan bergerak. Lebih comel lagi, anda boleh tiba-tiba terkejut sebab bayi bergerak kerana sedu!

Jadi,pastikan anda mendapat cukup omega-3 untuk meyokong perkembangan otak bayi) dan protein (untuk pertumbuhan dan perkembangan).

perkembangan bayi dalam kandungan

.

PPERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN SEMASA TRIMESTER KETIGA

.

Bulan 7

Berat otak berkembang sebanyak 400-500% sehingga lahir.

Lemak semakin bertambah dan kuit menjadi kurang berkedut.

Pendengaran bayi telah sempurna. Jadi, bayi anda sudah boleh respond terhadap rangsangan seperti bunyi dan kesakitan.

Anda juga akan perasan yang bayi anda lebih aktif bergerak (bertukar-tukar posisi) ketika ini.

Amat penting mengambil lemak sihat untuk menyokong perkembangan otak dan kesihatan kulit. Jangan lupakan vitamin C yang popular untuk kesihatan kulit juga.

Masuk bulan ketujuh dah boleh buat scan 3D/4D kerana lemak yang ada mencukupi untuk membentuk pipi bayi.

.

Bulan 8

Otak semakin berkedut untuk sambungan saraf. Teruskan sahaja mengamalkan pemakanan kaya lemak sihat untuk perkembangan otak.

Hampir kesemua sistem bayi sudah lengkap kecuali paru-paru.

Sementara itu, bayi juga ‘menarik’ kalsium dari ibu untuk menguatkan dan mengeraskan tulang temulangnya. Jadi, ibu pastikan ambil kalsium setiap hari kalau tidak mahu osteoporosis lebih awal dari sepatutnya ya.

.

Bulan 9

Semakin bayi membesar, tulang rangka juga akan semakin mengeras. Dan perkembangan otak akan terus berjalan.

Anda akan perasan yang bayi sudah kurang bergerak kerana ruang dalam rahim yang semakin sempit.

Bayi anda juga akan berpusing ke posisi yang telah bersedia untuk bersalin. Kepala bayi akan memasuki ruang pelvis anda.

Ketika ini, protein penting untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan sistem imun.

Omega-3 dan vitamin B pula menyokong perkembangan otak.

Kepala bayi akan memasuki ruang pelvis ibu, bersedia untuk kelahiran.

.

Bulan 10

Di saat-saat sebelum kelahiran, bayi anda masih terus membesar, otak membina beribu-ribu sambungan saraf.

Sambung sahaja pengambilan protein, omega-3 dan vitamin B yang cukup bagi menyokong perkembangan ini.

.

Kesimpulannya, nutrisi ibu amat penting bagi menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi semasa di dalam kandungan.

Sekiranya ada tidak dapat memenuhi keperluan nutrisi dari pemakanan seharian, di sinilah fungsi suplemen.

Bagi ibu hamil, seperti yang telah diceritakan, memerlukan zat besi, multivitamin, protein, vitamin C, omega-3, vitamin B dan kalsium. Sesuai sangat dengan saranan Suplemen Untuk Ibu Hamil oleh Shaklee.

Rujuk entri tentang Set Mengandung Shaklee Lengkapkan Nutrisi Ibu Hamil untuk info lanjut.

.

Klik gambar ini untuk konsultasi lanjut.

Berapa Jam Bayi Perlu Tidur Setiap Hari?

Berapa Jam Bayi Perlu Tidur Setiap Hari?

bayi tidur lama

“Bayi saya ni, tidur lama betul setiap hari. Berjaganya tak sampai sejam, tidur pula berjam-jam lamanya.”

Pada 2 Februari 2015, National Sleep Foundation (NSF) dan beberapa panel pelbagai disiplin telah mengemukakan panduan baru berkenaan tempoh masa tidur yang sesuai bagi semua peringkat usia.

Keputusan tersebut telah disiarkan di dalam Sleep Health : The Journal of National Sleep Foundation.

Panduan berasaskan sains ini amat penting agar berjuta-juta manusia dan ibu-bapa yang bergantung kepada maklumat ini, memperbaiki kesihatan tidur sendiri dan anak-anak.

Jadi, berapa jam sebenarnya yang kita perlukan untuk mendapat tidur yang cukup setiap hari?

.

Panduan Tempoh Masa Tidur Mengikut Usia

.

Untuk panduan baru ini, tempoh masa boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan:

  1. disarankan (recommended)
  2. mungkin sesuai (may be appropriate)
  3. tidak disarankan (not recommended)

.

1# Tempoh Masa Tidur Yang Disarankan (RECOMMENDED)

.

Bayi kecil (0 – 3 bulan) : 14 hingga 17 jam sehari

Bayi (4 – 11 bulan) : 12 hingga 15 jam sehari

Toddler (1 – 2 tahun) : 11 hingga 14 jam sehari

Tadika (3 – 5 tahun) : 10 hingga 13 jam sehari

Sekolah (6 – 13 tahun) : 9 hingga 11 jam sehari

Remaja (14 – 17 tahun) : 8 hingga 10 jam sehari

Belia (18 – 25 tahun) : 7 hingga 9 jam sehari

Dewasa (26 – 64 tahun) : 7 hingga 9 jam sehari

Warga emas (lebih 64 tahun) : 7 hingga 8 jam sehari

.

bayi tidur lama

.

2# Tempoh Waktu Tidur Yang Mungkin Sesuai (MAY BE APPROPRIATE)

.

Bayi kecil (0 – 3 bulan) : 11 hingga 13 jam sehari @ 18 hingga 19 jam sehari

Bayi (4 – 11 bulan) : 10 hingga 11 jam sehari @ 16 hingga 18 jam sehari

Toddler (1 – 2 tahun) : 9 hingga 10 jam sehari @ 15 hingga 16 jam sehari

Tadika (3 – 5 tahun) : 8 hingga 9 jam sehari 14 jam sehari

Sekolah (6 – 13 tahun) : 7 hingga 8 jam sehari @ 12 jam sehari

Remaja (14 – 17 tahun) : 7 jam sehari @ 11 jam sehari

Belia (18 – 25 tahun) : 6 jam sehari @ 10 hingga 11 jam sehari

Dewasa (26 – 64 tahun) : 6 jam sehari @ 10 jam sehari

Warga emas (lebih 64 tahun) : 5 hingga 6 jam sehari @ 9 jam sehari

.

bayi tidur lama

.

3# Tempoh Masa Tidur Yang Tidak Sesuai (NOT RECOMMENDED)

.

Bayi kecil (0 – 3 bulan) : kurang 11 jam @ lebih 19 jam sehari

Bayi (4 – 11 bulan) : kurang 10 jam @ lebih 18 jam sehari

Toddler (1 – 2 tahun) : kurang 9 jam @ lebih 16 jam sehari

Tadika (3 – 5 tahun) : kurang 8 jam @ lebih 14 jam sehari

Sekolah (6 – 13 tahun) : kurang 7 jam @ lebih 12 jam sehari

Remaja (14 – 17 tahun) : kurang 7 jam @ lebih 11 jam sehari

Belia (18 – 25 tahun) : kurang 6 jam @ lebih 11 jam sehari

Dewasa (26 – 64 tahun) : kurang 6 jam @ lebih 10 jam sehari

Warga emas (lebih 64 tahun) : kurang 5 jam @ lebih 9 jam sehari

.

Jadi, tak perlu bimbang jika bayi tidur lama setiap hari. Semakin besar bayi anda, semakin kurang tempoh masa tidur sihat yang diperlukan.

Baca entri 8 Tips Semulajadi Dapatkan Tidur Yang Cukup.

.

Sumber : National Sleep Foundation

8 Tips Hilangkan Jerawat Dari Akar Umbi

8 Tips Hilangkan Jerawat Dari Akar Umbi

tips hilangkan jerawat

Tips Hilangkan Jerawat

“Haihh, muka penuh jerawat ni tak pernah surut-surut jerawatnya. Malah semakin hari semakin bercambah! Surut satu naiknya dua ketul. Dah cuba macam-macam skincare dan suplemen semua tak jadi.”

Anda salah seorang yang pernah bermonolog seperti di atas?

Ada masalah jerawat yang tak pernah berhenti bertahun-tahun lamanya. Daripada suplemen murah kepada yang mahal (mungkin dah cuba Shaklee juga tapi tetap tak berkesan), daripada produk tempatan kepada import pun tak ‘jalan’.

Nak cuba skincare popular terbaru Youth rasa macam mahal pulak, kan?

Jadi, apakah tips hilangkan jerawat dari akar umbi yang boleh anda cuba pula?

Pernahkah anda terfikir, masalah kulit mungkin berpunca dari pemakanan harian anda?

Ya. Apa yang anda makan setiap hari boleh jadi punca utama kenapa ‘rawatan’ untuk masalah jerawat anda gagal!

Di dalam sebuah NutriCures hasl tulisan Alice Feinstein, seorang pakar kulit, Dr. Treloar berkata,

“Di negara-negara lain, apabila diet bertukar lebih kepada diet Barat – iaitu pemakanan seperti orang Amerika – jerawat mula muncul sebagai masalah.”

Kata-kata beliau in adalah berdasarkan bukti contohnya di Alaska dan Canada yang mana pada awalnya masyarakat di sana mempunyai kulit wajah yang bersih. Namun, mereka mula mengalami jerawat apabila bertukar cara pemakanan seperti yang dinyatakan.

Begitu juga dengan masyarakt di Pulau Okinawa, Jepun. Sebelum Perang Dunia Kedua, masyarakat di sini mempunyai kulit wajah yang licin. Tetapi remaja di sini mula menghadapi masalah jerawat setelah diet di atas diperkenalkan.

.

tips hilangkan jerawat

.

Bagaimana Jerawat Terjadi?

.

Semakin anda meningkat dewasa, berlakunya peningkatan aktiviti hormon dalam badan anda. Ini merangsang penghasilan sebum yang lebih banyak terutamanya di bahagian muka.

Seterusnya, sebum berlebihan ini akan menyumbatkan liang pori wajah, mengakibatkan berlakunya keradangan. Keradangan dimanifestasi sebagai kulit kemerahan, kemunculan whiteheads dan blackheads.

Apabila dijangkiti, maka akan muncullah ketulan kecil samada ada atau tiada nanah di dalamnya. Inilah yang dipanggil jerawat.

.

Apa Pula Kaitan Pemakanan Dengan Jerawat?

.

Tahukah anda, jenis makanan yang PALING JAHAT penyebab jerawat ialah makanan MANIS?

Untuk pengetahun umum, apabila makanan manis masuk ke dalam perut kita, insulin akan dihasilkan untuk menukarkan gula tersebut kepada glikogen. Terlalu kerap dan banyak mengambil makanan manis akan merangsang penghasilan insulin secara tidak terkawal! Boleh rujuk entri tentang Kencing Manis untuk bacaan lanjut.

So apa kaitan insuin dan masalah jerawat?

Selain menukarkan gula kepada molekul yang lebih ringkas, insulin juga bersifat pro-keradangan dan boleh mempengaruhi hati. Apabila ini berlaku, jadilah peningkatan aktiviti hormon yang boleh menjurus kepada terjadinya masalah jerawat.

Sebagai contoh, hormon testosterone dalam badan lelaki akan meningkatkan penghasilan sebum. Lagi banyak insulin, lagi banyak testosterone, lagi banyak sebum, lagi banyak jerawat!

Dan, insulin juga berupaya mempengaruhi penghasilan sebum secara terus.

So, nak tahu cara pemakanan yang baik untuk merawat masalah jerawat, teruskan membaca tips hilangkan jerawat di bawah.

.

tips hilangkan jerawat

.

8 Tips Hilangkan Jerawat Dari Akar Umbi Ialah Dari Pemakanan Yang Sihat

.

Sihat macam mana tu?

Selain kurangkan sekurang-kurang yang boleh pengambilan gula,

  1. banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
  2. pilih protein yang berkualiti (Baca entri tentang ESP Sebagai Suplemen Protein Lengkap)
  3. piihlah makanan berkarbhidrat komplex yang kaya serat dan nutrient seperti bijirin
  4. elakkan makanan kalori tinggi tetapi rendah nutrisi (contoh paling popular ialah makanan segera, makanan yang diproses seperti hotdog, burger dan nugget)
  5. elak memilih makanan tinggi fruktosa yang merupakan pemanis dalam soda dan makanan yang diproses (penting untuk baca dan baca dan baca label sebelum membeli)
  6. nak pilih minyak sayuran pula, carilah yang BUKAN hydrogenated atau partially hydrogenated
  7. minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter setiap hari
  8. pengambilan suplemen sebagai penyokong kesihatan kulit

.

Bagaimana pula dengan suplemen?

.

Suplemen cuma bertindak sebagai penyokong dan pelengkap nutrisi anda. Anda jaga makan seperti di atas, akan berganda-gandalah suplemen menyokong. =)

Antara cadangan suplemen yang boleh anda cuba ialah:

  • multivitamin multimineral untuk melengkapi lompong nutrisi harian yang asas
  • asid lemak omega-3 : disarankan pengambilan sebanyak 1-3 gram sehari
  • selenium berfungsi di dalam enzim yang bertindak mengurangkan keradangan penyebab jerawat
  • vitamin A sebagai antioksida yang melindungi kulit dari kerosakan oleh radikal bebas
  • B3 berdasarkan kajian adalah berkesan seperti antibiotik Clindamycin yang disapu untuk merawat jerawat
  • B6 yang lebih kepada jerawat yang dikaitkan dengan haid (premenstrual syndrome)
  • vitamin E juga sebagai antioksidan
  • zink berdasarkan kajian bertindak di dalam metabolisma testosterone

.

Haaa, dah baca dan hadam semua tips hilangkan jerawat ni?

Nak kurangkan jerawat dan dapatkan kulit cantik, kenalah apply cepat-cepat.

Ilmu tanpa amal, kan ibarat pokok yang tidak berbuah? Hehehe… =)

.

– Ainniah Zulkefli 0164214704, Pengedar Shaklee Butterworth –

Anda Ada Tanda-tanda Kencing Manis Ini?

Anda Ada Tanda-tanda Kencing Manis Ini?

Tahukah anda, satu daripada 5 orang Malaysia ialah penghidap kencing manis?

Setakat tahun 2013, Obesity Prevention Council melaporkan sebanyak 3.6 juta rakyat Malaysia ialah pesakit kencing manis!

Angka yang sudah sedia BESAR ini sudah semestinya lebih BESAR lagi jika kita mahu ambil kira sehingga tahun 2018 ini.

Ini kerana, sejak tahun 1960, prevalen penyakit ini di kalangan mereka yang berusia lebih 30 tahun semakin rancak meningkat dari tahun ke tahun seperti graf di bawah.

.

tanda-tanda kencing manis

Kenaikan sebanyak 40% dalam masa 10 tahun ialah sesuatu yang serius! Rakyat Malaysia semakin sakit! Kenapakah semakin ramai yang menghidap kencing manis ini?

.

Mari kita kenali dahulu apa itu kencing manis.

.

Apa Itu Kencing Manis?

.

Secara semulajadinya, badan kita memerlukan insulin untuk menukarkan glukosa (gula) kepada tenaga. Insulin ini dihasilkan oleh organ kecil berbentuk piramid panjang yang terletak di belakang perut kita. Ia dinamakan pankreas.

Kencing manis boleh terjadi melalui 3 mekanisma utama:

  1. apabila pankreas tidak lagi dapat menghasilkan insulin (kencing manis jenis 1)
  2. pankreas menghasilkan insulin tetapi tidak mencukupi atau adanya kerintangan insulin (kencing manis jenis 2)
  3. insulin menjadi kurang berkesan semasa kehamilan (gestational diabetes mellitus, GDM)

.

Selain faktor di atas, anda yang mempunyai keadaan-keadaan di bawah ini, lebih berisiko untuk mengalami kencing manis:

Berat badan berlebihan ialah faktor risiko utama bagi kencing manis jenis 2.

Pemakanan tidak sihat mengakibatkan masalah obesiti. Paras gula yang meningkat secara mendadak apabila seseorang mengambil makanan tinggi gula, lebih meningkatkan risiko kencing manis. Nak ‘kenal’ makanan yang tinggi gula senang sahaja – yang manis-manis seperti gula-gula, kek, pastri, air bergas – semua ini meningkatkan paras gula darah secara mendadak!

World Health Organization (WHO) menyarankan pengambilan gula hanya sebanyak 6 sudu kecil (bersamaan dengan 25gram gula) sehari bagi dewasa yang mempunyai indeks jisim tubuh (BMI) normal.

Gaya hidup  tidak sihat juga penyumbang kepada risiko kencing manis. Antaranya suka makan berat lewat malam, kurang aktiviti fizikal, merokok dan sebagainya.

Faktor penuaan boleh menyebabkan kencing manis akibat pengumpulan protein AGE (advanced glycated end-products).Bahan ini ialah penyebab terjadinya komplikasi-komplikasi kencing manis.

.

tanda-tanda kencing manis

Sedarkah anda, makanan MANIS boleh menyebabkan KETAGIHAN sama seperti ketagihan rokok dan dadah? Rujuk entri 7 Cara Atasi Stress Secara Sihat untuk info lanjut.

.

Jadi, Adakah Anda Mempunyai Tanda-tanda Kencing Manis Ini?

.

Tanda-tanda awal kencing manis ialah kumpulan tiga simptom ini – haus melampau (polydipsia), kerap kencing (polyuria), banyak makan / selera tinggi (polyphagia).

Antara lain, terdapat juga pesakit yang baru dikesan kencing manis kerana simptom-simptom berikut:

  • luka lambat sembuh
  • kerap keletihan melampau
  • turun berat badan yang banyak secara tiba-tiba
  • masalah kesuburan dan hubungan intin
  • selalu kelaparan
  • penglihatan merosot
  • kebas-kebas jari kaki atau/dan tangan
  • mudah dan kerap terkena jangkitan

.

Kadang-kala pesakit datang dengan simptom-simptom komplikasi kencing manis, terutamanya pesakit yang susah yang amat nak jumpa doktor.

Komplikasi-komplikasi BESAR kencing manis termasuklah kerosakan buah pinggang, kerosakan mata, serangan jantung dan strok, serta amputasi anggota (kebanyakannya kaki).

.

tanda-tanda kencing manis

.

Bolehkah Kencing Manis Dicegah?

.

Jika anda perhatikan semula faktor-faktor risiko yang telah diterangkan tadi, kebanyakan faktor itu adalah sesuatu yang boleh kita kawal. Bermakna, kencing manis boleh dicegah!

Cegahlah kencing manis melalui:

  • pengambilan makanan yang sihat dan seimbang : kurang gula (kurang manis), lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi serat, lebihkan daging sihat
  • senaman secara berkala : sekurang-kurangnya 30 minit setiap sesi sebanyak 5 kali seminggu. Berdasarkan kajian, ini membantu menurunkan risiko kencing manis jenis 2 sebanyak 58%!
  • berhenti merokok
  • mengawal tekanan darah dan paras kolesterol
  • berusaha mendapatkan berat badan ideal

.

Saranan Pemakanan Untuk Pesakit Kencing Manis

.

1# Pilihlah Makanan Dengan Indeks Glisemik Rendah

.

Makanan dengan indeks glisemik TINGGI menaikkan paras gula darah secara mendadak. Kemudiannya akan turun secara mendadak juga. Yang mana ini adalah tidak sihat untuk pesakit kencing manis.

Manakala makanan yang indeks glisemiknya rendah pula mengekalkan paras gula darah untuk suatu jangka masa. Jenis makanan inilah yang baik untuk mengawal paras gula darah pesakit.

Untuk info lanjut, boleh rujuk entri Tips Penjagaan Makanan Untuk Kurus yang ada diceritakan tentang Indeks Glisemik di situ.

.

tanda-tanda kencing manis

.

2# Asid Lemak Omega-3

.

Omega-3 membantu mengekalkan kolesterol ‘baik’ sekaligus menjaga kesihatan sistem kardiovaskular pesakit kencing manis.

.

3# Makanlah Makanan Yang Tinggi Kromium

.

Kromium ialah sejenis mineral yang membantu insulin bertindak dengan lebih baik.

Insulin yang ‘bekerja’ dengan lebih baik pastinya membantu mengekalkan paras gula darah dengan lebih baik juga.

.

4# Tumbuhan Kaya Polifenol

.

Disebabkan protein AGE dikatakan punca kepada pelbagai komplikasi kencing manis, pesakit kencing manis seharusnya lebih memilih sumber makanan daripada tumbuhan yang kaya dengan polifenol.

Polifenol telah terbukti secara klinikal berupaya membantutkan pembentukan protein AGE ini.

.

tanda-tanda kencing manis

Sumber : NCBI

.

5# Gamma Linoleic Acid (GLA)

.

Jika anda tidak pernah mendengar apa itu GLA, anda mungkin pernah dengar EPO.

GLA ialah ‘adik-beradik’ kepada EPO (evening primrose oil) yang famous sebagai suplemen untuk wanita.

Ianya merupakan asid lemak omega-6, salah satu yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan perlu diperoleh dari pemakanan atau suplemen.

Selain baik untuk mengawalselia kitar haid wanita, GLA membantu mengurangkan simptom ‘sakit saraf’ di kalangan pesakit kencing manis yang dah ada komplikasi saraf (diabetic neuropathy).

.

tanda-tanda kencing manis

Sumber asal : NCBI

.

6# Vitamin B6 dan B12

.

Tugas spesifik kedua vitamin B ini ialah menyokong kesihatan saraf.

Elok sangat pesakit kencing manis yang juga mengalami komplikasi saraf menitikberatkan pengambilan makanan yang kaya dengan kedua vitamin B ini.

.

7# Vitamin C

.

Kerana pesakit kencing manis mempunyai paras imuniti yang lebih rendah (mudah dijangkiti penyakit), amat disarankan pemakanan kaya vitamin C sebagai immune booster.

Mudah sahaja untuk mengenal makanan yang kaya vitamin C. Pilih sahaja yang terang-terang warnanya seperti limau, lemon, tembikai dan sebagainya.

.

8# Biji Labu, Bunga Safflower, Biji Plantago, Pucuk Japanese Honeysuckle

.

Seorang pakar imunologi Jepun, Dr. Yasuhiko Kojima, telah membuktikan secara klinikal, gabungan kesemua tumbuhan ini menghasilkan ekstrak yang menguatkan sistem imun.

Bagaimana ekstrak ini bertindak, ialah dengan meningkatkan penghasilan interferon semulajadi badan. Interferon ialah ‘suis’ utama yang menggerakkan sistem pertahanan tubuh.

tanda-tanda kencing manis

Kesimpulannya, sebagai pesakit kronik, sebaiknya dapatkan nasihat doktor yang merawat dan pakar nutrisi untuk nasihat pemakanan yang sesuai. Info di atas hanyalah sebagai rujukan dan perlu diubahsuai mengikut pesakit.

Contohnya, terdapat pesakit kencing manis yang juga mengalami kegagalan buah pinggang dan perlu mengehadkan pengambilan air. Ada juga pesakit yang mempunyai paras potassium yang tinggi yang perlu mengelak makanan tertentu dan sebagainya.

Sebagai penutup, cegahlah sebelum kena, dan cegahlah sebelum lebih parah. =)

8 Tips Semulajadi Dapatkan Tidur Yang Cukup

8 Tips Semulajadi Dapatkan Tidur Yang Cukup

Kalau anda sangkakan tidur 8 hingga 10 jam sehari itu ialah tidur yang cukup, tanggapan anda itu sebenarnya salah!

Tidur yang cukup bukan 100% bergantung kepada berapa jam yang anda dapat tidur setiap hari. Tetapi kualiti tidur juga penentu kecukupan tidur anda.

.

Kitaran Tidur

.

Sepanjang tidur, badan kita melalui peringkat berbeza dalam kitar tidur.

Tidur lena (deep sleep) contohnya, ialah peringkat yang anda perlukan untuk bangun pagi dengan rasa segar dan fully recharged.

Amnya, kitar tidur boleh dibahagikan kepada 2 kategori – REM (rapid eye movement) dan bukan REM (non-REM).

Bukan REM (non-REM)

.

Semasa anda mula-mula masuk tidur, peringkat bukan REM ini akan diaktifkan.

Fungsi-fungsi badan seperti denyutan jantung, kadar pernafasan, wave dalam otak dan lain-lain, akan mula menjadi perlahan. Otot-otot juga akan mula ‘berehat’ dan sesekali akan twitch.

Seterusnya, suhu badan akan mula menurun, pergerakan mata akan terhenti dan sistem-sistem badan juga akan mula ‘berehat’.

Deep sleep terjadi di penghujung peringkat bukan REM ini :

  • denyutan jantung dan kadar pernafasan adalah pada tahap paling perlahan
  • wave dalam otak menjadi paling perlahan
  • anda tidak mungkin boleh dibangunkan dengan mudah semasa deep sleep ini

.

Rapid Eye Movement (REM)

.

Di peringkat ini pula, seperti namanya “rapid eye movement“, pergerakan mata dari kiri ke kanan dan sebaliknya menjadi cepat.

Selain itu, akan terjadi juga perkara-perkara di bawah:

  • anda mengalami mimpi di peringkat ini
  • jantung berdenyut lebih laju sehingga menghampiri kadar semasa sedar
  • pernafasan juga berlaku pada kadar yang lebih cepat
  • otot-otot terus ‘berehat’ sehingga boleh dikatakan anda mengalami ‘lumpuh’ sementara ketika ini

Kepentingan Deep Sleep

.

Walaupun deep sleep terjadi sepanjang 45 hingga 90 minit bagi setiap kitar tidur, mendapat deep sleep yang secukupnya sangat penting untuk kesihatan.

Salah satunya ialah metabolisma gula dalam otak meningkat semasa deep sleep. Ini menyokong memori jangka pendek dan jangka panjang, sekaligus menyokong pembelajaran setiap hari.

Di samping itu, semasa deep sleep juga akan dirembeskan hormon-hormon penting. Sebagai contoh kanak-kanak tidur lebih lama, lebih banyak deep sleep, lebih banyak terhasilnya hormon pertumbuhan yang membantu pertumbuhan sihat mereka.

Antara lain, manfaat deep sleep termasuk juga :

  • recharge tenaga
  • penghasilan sel-sel baru
  • meningkatkan pengaliran darah ke otot-otot
  • menggalakkan pembaikan tisu dan tulang
  • menguatkan sistem imun

.

Jadi, kalau anda tidak mendapat deep sleep dan tidur yang cukup, untuk jangka masa panjang apakah akibatnya?

.

Oleh kerana deep sleep ialah peringkat di mana maklumat yang diperoleh akan diproses, tidur tidak atau kurang berkualiti menyebabkan maklumat ini tidak dapat ditukarkan kepada memori.

Ia juga dikaitkan dengan penyakit Alzheimer (nyanyuk), serangan jantung, kencing manis dan strok!

Jadi, jika setiap pagi anda bangun keletihan walaupun telah tidur berjam-jam lamanya, anda mungkin tidak mendapat deep sleep yang sepatutnya.

7 Tips Dapatkan Tidur Yang Cukup dan Berkualiti

.

Untuk anda yang telah sekian lama rasanya tidak mendapat tidur yang lena, bolehlah cuba tips-tips ini :

  1. Mandi air suam sebelum tidur kerana suhu suam-suam membantu tidur lena.
  2. Tidur dan bangun pada waktu yang (hampir) sama setiap hari untuk mencipta ‘jam’ sendiri.
  3. Senaman ringkas 20 hingga 30 minit sehari membantu tidur yang lena. Cuma elakkan bersenam sebelum tidur.
  4. Elakkan mengambil minuman berkafein sebelum tidur. Lebih baik ambil air kosong sahaja sekiranya dahaga sebelum tidur.
  5. Jadikan sesuatu sebagai rutin sebelum tidur contohnya membaca buku.
  6. Tutup lampu dan hindari bunyi bising dalam bilik tidur untuk environment yang sesuai untuk tidur lena.
  7. Cuba tukar bantal baru yang lebih selesa sekiranya bantal itu penyebab anda tidak dapat tidur dengan baik.
  8. Ambil kalsium dan magnesium sebelum tidur. (Baca Ostematrix, sumber kalsium lengkap terbaik)

.

Kaitan Kalsium dan Tidur

.

Insomnia ialah keadaan di mana anda mengalami kesukaran untuk tidur atau kekal tidur lena untuk jangka masa yang anda rasa ‘cukup’ rehat.

Kebanyakan pesakit yang mengambil pil tidur untuk jangka masa panjang, boleh mengalami pelbagai kesan sampingan.

Ubat yang berada di dalam darah lebih lama mengakibatkan hangover. Risiko kemalangan juga menjadi lebih tinggi. Lebih teruk lagi boleh mengganggu memori dan kebolehan bekerja dan di rumah.

Dari perspektif nutrisi, beberapa kajian telah dijalankan untuk mengenalpasti mineral yang berfaedah untuk membantu tidur yang cukup.

James F. Balch, MD, di dalam bukunya bertajuk “Prescription for Nutritional Healing” menyatakan;

“Kekurangan kalsium dan magnesium menyebabkan anda terjaga selepas beberapa jam dan sukar untuk melelapkan mata semula.”

Kalsium berkait rapat dengan kitar tidur. Dalam satu kajian mendapati paras kalsium adalah tertinggi semasa fasa deep sleep. Dari kajian itu juga mendapati, masalah tidur terbukti berkaitan dengan kekurangan kalsium apabila fasa tidur kembali normal selepas kalsium berada pada paras normal.

Sementara itu, William Sears, MD, pula menulis, “Kalsium membantu otak menggunakan asid amino tryptophan untuk menghasilkan bahan yang merangsang tidur iaitu melatonin”.

.

Bagaimana Pula Kaitan Magnesium dan Tidur?

.

Simptom utama kekurangan magnesium ialah insomnia yang kronik. Di mana pesakit mengalami masalah terjaga dari tidur berkali-kali.

Satu kajian dijalankan, membuktikan diet tinggi magnesium berkait rapat dengan tidur lena dan tidak mudah terganggu.

Magnesium dikatakan membantu tidur kerana ia mengaktifkan neurotransmitter yang bertanggungjawab memberi rasa tenang dan ‘relax‘.

Oleh yang demikian, untuk hasil yang terbaik, disarankan pengambilan kalsium dan magnesium untuk membantu tidur yang lena.

.

Sumber:

  1. Medical News Today
  2. Healthline
  3. Magnesium dan Masalah Tidur

Apa Itu Resdung, Tanda-tanda dan Rawatan

Apa Itu Resdung, Tanda-tanda dan Rawatan

Pertama kali dengar perkataan ‘resdung’, sebagai seorang doktor kadang kala jadi confused juga memikirkan “apa itu resdung”? Sebab semasa bergelar student medical, apa yang pernah didengari ialah sinusitis dan allergic rhinitis.

Jadi, apabila pesakit datang ke klinik mengatakan mereka mengalami resdung, apa yang boleh dibuat iaah mendapatkan sejarah yang betul tentang simptom yang ada.

.

# SINUSITIS #

.

Sebelum pergi lebih lanjut tentang sinusitis, mari kita kenali dulu apa itu sinus.

Cuba perhatikan gambar di bawah.

.

apa itu resdung

.

Sinus ialah satu sistem yang menghubungkan rongga-rongga udara di dalam tengkorak kepala kita.

Terdapat beberapa sinus pelbagai saiz di muka kita. Yang terbesar terletak dalam tulang pipi, dikenali sebagai sinus maxillary dan bersaiz kira-kira seinci lebarnya. Sinus-sinus lain terletak di atas kedua kening, di antara kedua mata dan di belakang hidung kita.

Secara semulajadinya, ruang sinus ini adalah kosong tidak mengandungi apa-apa kecuali satu lapisan mukosa nipis. Kebanyakan sinus berhubung dengan udara luar melalui satu bukaan kecil di dalam hidung.

Jadi, sinusitis ialah satu keadaan di mana terjadinya keradangan dan pembengkakan di dalam sinus, mengakibatkan sinus tersumbat dengan cecair. Ini seterusnya menyebabkan pembiakan kuman dan berlakunya jangkitan.

Perkara-perkara berikut antara faktor yang menyebabkan sinus tersumbat:

  • cuaca sejuk
  • allergic rhinitis (akan diceritakan kemudian)
  • ketumbuhan di dalam hidung seperti polyps
  • deviated septum (septum ialah dinding yang memisahkan hidung sebelah kiri dan kanan)

.

apa itu resdung

Deviated Septum

.

Mereka yang menghadapi sinusitis boleh mengalami tanda-tanda di bawah:

  • selesema
  • batuk
  • hidung tersumbat
  • hilang deria bau
  • hingus pekat kekuningan atau kehijauan dan boleh jadi berbau
  • sakit kepala yang kuat di bahagian rongga-rongga sinus tadi
  • demam
  • nafas berbau

.

Rawatan untuk sinusitis ialah antibiotik (jika disebabkan jangkitan), decongestant dan ubat simptomatik lain (demam, batuk, selesema, sakit kepala). Untuk kes yang lebih serius, pesakit mungkin memerlukan ubat semburan hidung steroid.

.

# ALLERGIC RHINITIS #

.

apa itu resdung

Keratan rentas hidung membandingkan keadaaan hidung normal dan peskit allergic rhinitis.

.

Allergic rhinitis pula ialah keradangan lapisan mukosa dalam hidung yang terjadi hasil tindakbalas badan apabila terdedah dengan alergen (penyebab alahan). Keradangan yang berlaku menyebabkan pembengkakan dan terhasilnya cecair yang menyumbatkan hidung (allergic rhinitis adalah salah satu faktor penyebab sinusitis).

Simptom-simptomnya termasuklah hidung berair (biasanya tanpa warna) atau tersumbat, bersin-bersin, gatal mata dan berair,

Pesakit memerlukan ubat antihistamin (alahan), dan ubat simptomatik lain. Dan untuk kes yang lebih serius memerlukan ubat semburan hidung steroid.

Langkah terbaik untuk pesakit ialah mengelak daripada terdedah kepada perkara yang boleh menyebabkan tindakbalas alahan ini. Contohnya habuk dan debu, asap rokok, bulu binatang peliharaan dan lain-lain.

Kesimpulannya, amatlah penting untuk mengenalpasti ‘resdung’ yang diberitahu oleh pesakit. Kerana rawatannya yang berbeza.