Life Shake Elderberry Shaklee Review

Life Shake Elderberry Shaklee Review

buah elderberi

Life Shake Elderberry, salah satu kandungannya ialah buah elderberi. Kenapa? Teruskan membaca.

Siapa sangka, saiznya yang kecil tetapi manfaat kesihatannnya amat hebat!

Elderberi merupakan salah satu makanan ‘superfood‘, yang mana ianya mengandungi pelbagai nutrisi dan kaya dengan fitonutrien, seperti antosianin polifenol, asid fenolik, flavonol, vitamin A, B dan C.

Sejak beberapa dekad lalu, elderberi dikenali kerana memiliki pelbagai manfaat kesihatan, termasuklah kesihatan imuniti tubuh. Antara lain, elderberi mempunyai:

  • Kandungan antioksidan yang tinggi
  • Kaya dengan antosianin polifenol
  • Secara tradisionalnya digunakan untuk melegakan simptom batuk dan selesema
  • Meningkatkan pertahanan tubuh
  • Mempercepatkan pemulihan, mengurangkan tahap batuk dan selesema
  • Bersifat anti-virus untuk meningkatkan daya tahan terhadap jangkitan virus

.

Bagaimanakah elderberi membantu meningkatkan kesihatan imun badan?

  1. Menghalang keupayaan virus untuk melekat dan memasuki sel yang sihat
  2. Meningkatkan pengeluaran sitokin yang memainkan peranan penting dalam tindak balas imun terhadap jangkitan virus
  3. Melindungi sel-sel imun dari kerosakan terhadap radikal bebas
  4. Merangsang tindak balas imun terhadap jangkitan yang telah berlaku

.

Tahukah anda, elderberi mempunyai nilai ORAC yang amat jauh lebih tinggi (iaitu 14,700) berbanding buah-buahan kaya antioksidan lain seperti bluberi dan kranberi. ORAC ialah singkatan bagi Oxygen Radical Absorption Capacity (Kapasiti Penyerapan Radikal Oksigen). Semakin tinggi nilai ORAC, semakin hebat kekuatan antioksidannya.

.

LIFE SHAKE ELDERBERRY

.

Life Shake Mixed Soy Protein With Elderberry, menyediakan nutrisi menyeluruh yang lengkap dalam satu hidangan, kaya dengan protein, kalsium, serat, vitamin dan mineral. Ianya ditambah ekstrak elderberi untuk meningkatkan pertahanan serta mempunyai nutrien lain untuk menyokong kesihatan pencernaan.

life shake elderberry

Kandungan nutrisi dalam satu hidangan Life Shake Mixed Protein With Elderberry.

.

Manfaat Life Shake Elderberry

.

MENYOKONG KESIHATAN IMUN

Life Shake mengandungi elderberi yang mempunyai pelbagai manfaat kesihatan termasuklah kesihatan imun, seperti yang telah dinyatakan di atas.

.

KESIHATAN PENCERNAAN

Selain elderberi, Life Shake juga mengandungi nutrien lain untuk kesihatan pencernaan bagi meningkatkan perlindungan anda (perlindungan dua kali):

  • Protein dari soya ultra-tulen non-GMO – membantu membina antibodi
  • Prebiotik – yang menyokong “bakteria baik” untuk penghadaman sihat
  • Enzim penghadaman – untuk penyerapan protein dan penghadaman
  • Serat – bagi mengawal pergerkan usus untuk penghadaman sihat

.

INOVASI PEMANIS REB-M

Dengan pemanis inovasi terbaru, Rebaudioside-M (Reb-M) dari sumber semulajadi hasil fermentasi tebu, Reb-M tidak mengandungi kalori walaupun rasanya seperti gula. Ianya tiada ‘aftertaste’.

Reb-M juga mempunyai nilai indeks glisemik yang rendah. Oleh itu, membantu mengekalkan paras gula darah, manjadikannya hidangan yang sesuai untuk penghidap kencing manis (tidak meningkatkan paras gula darah dengan segera) dan mereka yang ingin menurunkan berat badan (sumber makanan dengan indeks glisemik rendah membekalkan tenaga berpanjangan dan memberi rasa kenyang yang lebih lama).

.

Cadangan Pengambilan

Satu hidangan Life Shake Mixed Soy Proten With Elderberry ialah sebanyak 2 scoop sehari. Campurkan 2 scoop Life Shake Mixed Soy Proten With Elderberry ke dalam secawan susu tanpa lemak, dan goncangkan sehingga sekata sebelum dinikmati.

Baca juga : Cadangan Bancuhan Life Shake Elderberry Smoothies

perbandingan shakes shaklee

Baca juga entri Perbandingan Antara ESP, Cinch Shake dan Life Shake Elderberry

.
Sumber: Web Rasmi Shaklee Malaysia

Shaklee bukan sahaja menyediakan produk berkualiti untuk menyokong kesihatan anda, tetapi juga memberi peluang menjana pendapatan tanpa batasan.

Sesiapa yang mempunyai impian boleh melakukannya!

Klik gambar untuk Ain bantu.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Lubang Kecil di Telinga Mengeluarkan Nanah?

Lubang Kecil di Telinga Mengeluarkan Nanah?

Lubang kecil di telinga dalam perubatan dipanggil preauricular sinus, merupakan bukaan kecil yang kebiasaanya terletak di hadapan telinga. Ianya merupakan kecacatan kongenital yang ada sejak lahir dan berkekalan ke akhir hayat.

Preauricular sinus ini boleh terbentuk di kedua-dua belah telinga kepada sesiapa sahaja baik lelaki atau perempuan, serta mempunyai faktor keturunan.

Bagi anda yang mempunyai bayi atau anak yang memiliki sinus ini, tidak perlu bimbang jika ianya tidak mengganggu (tiada apa-apa simptom).

lubang kecil di telinga

Selain preauricular sinus, nama-nama lain lubang kecil di telinga ini ialah congenital auricular fistula, ear pit, preauricular fistula atau ear pit.

.

Bila Anda Perlu Bimbang Tentang Lubang Kecil Ini?

.

Seperti yang telah disebutkan, kebanyakan preauricular sinus ini tidak mempunyai apa-apa simpton dan tidak mengganggu.

Tetapi, sangat jarang terjadi, sinus ini boleh dijangkiti kuman yang berkemungkinan besar memerlukan rawatan perubatan.

Antara tanda sinus telah dijangkiti ialah seperti berikut:

  • sakit di bahagian sinus atau kawasan berdekatan
  • kulit kemerahan dan panas
  • bengkak
  • keluar cairan contohnya seperti nanah kekuningan dan berbau busuk
  • sakit telinga atau ketidakselesaan
  • pembentukan parut tebal (keloid) akibat jangkitan berulang-ulang

.

Rawatan Untuk Preauricular Sinus

.

Preauricular sinus yang tidak mempunyai apa-apa simptom, tidak memerlukan apa-apa rawatan khusus.

Sebaliknya, jJika anda mempunyai mana-mana tanda di atas tadi, segeralah ke klinik untuk rawatan walaupun jangkitan sinus ini tidak menyebabkan keadaan yang boleh membahayakan nyawa.

Untuk kebanyakan kes, rawatan melibatkan ubat makan antibiotik dan ubat-ubat untuk menangani simptom seperti tahan sakit dan bengkak.

Gejala yang kerap berlaku dan berulang-ulang, memungkinkan anda menjalani pembedahan kecil untuk menutup lubang kecil di telinga tersebut, agar tidak dijangkiti lagi di kemudian hari.

lubang kecil di telinga

Contoh keadaan selepas pembedahan kecil akibat jangkitan yang berulang-ulang pada preauricular sinus.

.

Langkah Pencegahan Lubang Kecil di Telinga

.

Tiada langkah pencegahan yang boleh dilakukan kerana ianya mempunyai faktor keturunan dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira jantina.

.

Sumber:

  1. Portal MyHealth

Sejak lebih 100 tahun lalu, misi Shaklee tidak pernah berubah. Iaitu untuk membantu kesihatan yang lebih baik untuk setiap orang serta menyediakan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa sahaja.

Setiap produk semulajadi Shaklee diformulasi secara saintifik untuk memperbaiki kesihatan, berkesan tanpa kompromi serta mesra alam.

Apabila anda memilih Shaklee, ketahuilah 3 perkara ini:

“Shaklee sentiasa selamat, sentiasa terbukti dan sentiasa berkesan”

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

8 Permainan Tradisional Malaysia Zaman Dulu

8 Permainan Tradisional Malaysia Zaman Dulu

Aduhai, umur dah lebih 30 tiba-tiba terasa rindu pula dengan permainan tradisional Malaysia yang pernah saya bermain bersama rakan-rakan dan saudara mara dahulu. Rasanya generasi 1980an (generasi kami lah tu) yang paling beruntung dari segi aktiviti luar yang ‘adventurous’ yang bermacam-macam tu. Hihihi.

Zaman kami itu, kami membesar tanpa gajet. Hampir setiap hari pasti ada saja aktiviti fizikal yang buat kami pecah peluh, bergelak ketawa bersama kawan-kawan serta melepaskan tekanan belajar.

Bila dah masuk zaman kanak-kanak terdedah dengan gajet macam sekarang ni, barulah saya sedar yang aktiviti fizikal yang kami hadapi setiap hari dahulu sangat penting untuk perkembangan fizikal, kesihatan mental dan sosial anak-anak bila mereka semakin membesar.

Jom tengok apa yang kami main dulu-dulu. Yang satu zaman dengan saya, boleh refresh semula memori zaman kanak-kanak. Kalaulah ada mesin masa yang boleh patah balik ke zaman kanak-kanak… Hihihi.

.

Permainan Tradisional Malaysia Yang Pernah Popular

.

1# Lompat Tali Getah

permainan tradisional malaysia

(Gambar Google)

Yang suka main lompat tali getah ni biasanya budak-budak perempuan. Tapi kalau ajak budak lelaki, depa join saja hihi.

Dalam permainan ini, dibahagikan kepada dua kumpula. Satu kumpulan pegang dua hujung tali getah dan kumpulan yang lagi satu akan melompat tali getah bergilir-gilir.

Kumpulan mana yang berjaya lompat tali getah pada paras yang paling tinggi, merekalah yang menang. Ada level-level juga tau, dah tak ingat pula nak ceritakan haha.

Ada juga yang main tali getah dengan melompat tali getah yang dihayunkan di bawah sahaja atau dalam bentuk bulatan. Sambil hayun tali getah sambil menyanyi.

“Rumah terbakar panggil bomba… Bomba datang berlumba-lumba…Anak kambing patah kaki (lompat dengan sebelah kaki)… Anak kambing pandai menari (lompat sambil pusing badan)… Anak kambing makan rumput (sambil tangan mencecah lantai seperti sedang makan rumput)… Anak kambing masuk kandang (kedua kaki kena ‘tangkap’ tali getah di antara dua kaki yang dah jejak ke lantai)…”

Wahhh seronoknya! Happy kan zaman kanak-kanak kami?

.

2# Main Gasing

permainan tradisional malaysia

Dulu selalu ada pertandingan main gasing. Masing-masing pun bawa gasing sendiri untuk menunjukkan kehebatan.

Nak main gasing ni kena lilitkan ia dengan tali yang ada. Kemudian tali akan ditarik membuatkan gasing berputar. Gasing yang berputar paling lama akan menang. Nak langgar gasing lain pun suka hati la, asalkan gasing tak berhenti berputar, bolehlah menang haha!

Kalau korang nak tahu, beyblade yang ada pada zaman sekarang ni macam inovasi dari gasing lah. Gasing versi tanpa tali.

.

3# Main Guli

permainan tradisional malaysia

Main guli ni mainan kegemaran budak-budak lelaki.

Seingat saya, main guli ni kita lukis bulatan di atas pasir. Kemudian main jentik-jentik guli ke arah guli lawan kita supaya terkeluar dari bulatan tu. Betul ke? Sebab saya macam tak pernah main guli dulu. Tapi teringat sebab memang popular zaman saya.

Main guli ni tak banyak bergerak, tetapi memerlukan fokus dan konsentrasi untuk tujukan guli kita mengenai guli lain.

.

4# Galah Panjang

permainan tradisional malaysia

Yang ini memang antara permainan kegemaran kami kat taman petang-petang. Budak-budak ramai sesuai sangat main. Tengok gambar ni saja pun dah boleh tahu perlukan ramai orang untuk bermain.

Macam mana nak main galah panjang?

Contoh macam dalam gambar, ada dua kumpulan – merah dan kuning. Ahli kumpulan kuning perlu berjaga di garisan masing-masing, jangan bagi mana-mana ahli kumpulan merah melalui petak-petak untuk sampai melepasi garisan belakang sekali (tanda menang).

Haa, pandai-pandailah depa nak melepaskan diri dari satu petak ke petak seterusnya tanpa disentuh sedikit pun oleh si penjaga. Masa ni la kita boleh tengok siapa yang bijak mengatur strategi dan laju bergerak hehe. Sambil main, sambil fikir, sambil pecah peluh gitu. Barulah sihat!

Kalau zaman dulu dah kenal Performance Drink, mesti lagi best. Eh!

.

5# Rebut Tiang

Hahaha, cerita pasal main rebut tiang ni teringat saya dan kawan-kawan selalu main lepas habis sekolah agama sementara tunggu van sampai.

Untuk main ni perlukan bilangan ganjil pemain. Sebab sorang tu akan jadi orang yang kena berusaha rebut tiang orang lain.

Lebih mudah nak faham kalau tengok gambar kat atas ni, adik berbaju lengan hijau tu kena berusaha tukar tiang dengan yang berbaju lengan kuning, tanpa adik yang pakai baju sekolah (tak ada tiang) tu dapat tiang depa. Mana-mana dua orang nak tukar tiang pun boleh. Hihihi.

.

6# Congkak

permainan tradisional malaysia

Congkak ni mainan tradisional Malaysia indoor. Perlukan 2 orang pemain dalam satu-satu masa.

Dipendekkan cerita, cara main congkak ialah pemain perlu masukkan sebanyak mungkin guli ke dalam ‘rumah’ masing-masing (‘rumah’ = lubang besar di dua hujung tu). Masa main congkak ni la ada istilah ‘tikam’, ‘terbakar’ dan lain-lain lagi. Hahaha, nostalgia sungguh! Mesti yang tak pernah main congkak tak faham kan?

.

7# Teng-teng (Ketingting)

Masa zaman saya, kami panggil permainan ni “teng-teng”. Tapi baru ni masa tolong anak buat kerja sekolah, saya terjumpa perkataan “ketingting” yang menunjukkan permainan yang sama. Umi hampa ni dah lebih 30 tahun baru tahu ejaan betul untuk permainan ni haha.

Untuk bermain “teng-teng”, perlu melukis beberapa petak contohnya macam dalam gambar. Saya dulu gunakan kapur dan lukis atas simen di laman rumah. Kalau bermain kat jalan tar pula, saya gunakan batu bata yang berwarna merah tu.

Cara bermainnya, setiap pemain akan melontarkan batu masing-masing mengikut urutan nombor, contohnya bermula dengan nombor 1. Kemudian perlu melompat dengan sebelah kaki ke nombor 2, 3, dan seterusnya sehingga 9. Lepas tu patah balik pula (nombor menurun 9,8,7,…sehingga 2), dan ambil semula batu di petak nombor 1 tadi.

Ini cuma step awal-awal sahaja. Ada lagi sambungan selepas itu yang saya pun tak berapa nak ingat (hahaha sori!).

.

8# Masak-masak

Haa, kami dulu main masak-masak guna peralatan betul. Kalau ada pinggan mangkuk dari dapur mak yang hilang tu, kami la yang ambil buat main hihihi.

Kalau ada yang terer pasang api lagi best. Siap ‘kidnap’ beras dari dapur lagi untuk konon-konon masak nasi. Ataupun ambil pasir buat macam nasi. Koyak kertas kecik-kecik pun pernah buat juga hahaha.

Dan mesti korang pun ada yang ambik dedaun kat pokok pastu tumbuk-tumbuk sampai keluar warna hijau, campur air konon-konon buat air teh kan?

Aduhai rindu sungguh la! Macam-macam kan kami dulu? Agak-agak kalau kita ajar anak-anak sekarang main permainan tradisional Malaysia kat atas ni, depa akan suka tak? =)

 

Tercari-cari makanan/minuman tambahan untuk membantu melengkapkan nutrisi anak anda?

Nutrisi sihat menyokong perkembangan dan pertumbuhan anak-anak.

Hubungi saya untuk dibantu.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

SOP Covid 19 – Lupakah Kita?

SOP Covid 19 – Lupakah Kita?

Seminggu dua ni, terbuntang mata saya setiap hari bila melihat paparan jumlah kes harian covid19 yang makin naik dari hari ke hari akibat tak ikut SOP covid 19 yang ditetapkan kerajaan.

Covid19 ni, kalau kita betul faham macam mana cara jangkitan, berapa lama tempoh inkubasi, apa simptom yang boleh ada dan sebagainya, kita akan faham kenapa satu dunia tetapkan standard operating procedures (SOP covid 19) macam tu.

Mai kita refresh balik kot-kot ada yang terlupa.

apa itu virus corona covid19

.

Apa Yang Kita Perlu Faham Tentang SOP Covid 19?

.

1# Covid19 ialah sejenis jangkitan virus (bukan bakteria)

Jadi, antibiotik takkan berkesan untuk membunuh covid19. Rawatan covid19 hanyalah supportive. Contohnya kalau ada batuk, kita bagi ubat batuk. Kalau perlukan bantuan pernafasan kita bagi bantuan pernafasan, dan sebagainya.

.

2# Covid19 ialah jangkitan salur pernafasan

Jadi akan menyebabkan simptom-simptom berkaitan salur pernafasan seperti:

  • demam tinggi (sebab jangkitan)
  • batuk berkahak
  • sesak nafas

Kenapa ada kes yang tiada simptom? Kerana boleh jadi sistem imun orang itu lebih kuat dan tidak memunculkan apa-apa simptom.

.

3# Cara jangkitan ialah melalui droplets dari pesakit

Kajian mendapati, apabila pesakit batuk, droplets yang mengandungi virus akan tersebar ke udara dan ‘jatuh’ ke permukaan selepas kira-kira 1 meter dari pesakit.

Sebab itulah kita dinasihatkan untuk mengamalkan:

  • penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter antara satu sama lain
  • kerap mencuci tangan kot-kot kita ada terpegang droplet pesakit
  • pakai pelitup muka di tempat awam
  • elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut supaya kita tak ‘pindahkan’ virus masuk ke dalam badan kita

sop covid 19

4# Tempoh inkubasi covid19 ialah 14 hari

Tempoh inkubasi ialah jumlah hari dari anda dijangkiti sesuatu dan boleh mula menunjukkan simptom. Untuk covid19, tempoh inkubasi ialah 14 hari.

Maksudnya apabila anda dijangkiti, simptom boleh muncul pada bila-bila masa dalam 14 hari ini. Ada yang lambat, ada yang cepat, dan ada yang tiada simptom.

Sebelum simptom muncul, kalau anda berjalan ke sana sini dan tidak mengamalkan SOP yang ditetapkan, kebarangkalian untuk menjangkiti orang lain adalah sangat tinggi.

Sudahlah ujian swab covid19 tak semestinya buat pertama kali terus positif. Ada yang memerlukan ujian kedua dan ketiga untuk mendapatkan keputusan positif.

Sebab itulah, mereka yang berisiko akan dikuarantin (atau perlu kuarantinkan diri sendiri) selama 14 hari. Antaranya mereka yang baru pulang dari luar negara, kontak rapat pesakit yang disahkan positif (walaupun ujian covid19 kontak rapat ini negatif) dan frontliners di kawasan yang banyak kes harian.

Jadi, kalau anda diminta kuarantin diri sendiri sehingga ke sekian-sekian tarikh, sila patuh untuk kebaikan bersama.

.

Kesimpulan : SOP Covid 19 Yang Perlu Kita Patuhi

.

Amalkan 3W

  • Wash : kerap mencuci tangan dengan sabun. Gunakan sanitizer di luar atau di tempat yang tiada sabun)
  • Wear : pakai pelitup muka di tempat awam
  • Warn : patuhi amaran dari KKM dengan konsep peringatan seperti
    • cara baru ‘bersalam’ (elakkan bersalam atau bersentuhan)
    • amalkan etika batuk dan bersin yang betul (menggunakan sapu tangan atau tisu)
    • dapatkan rawatan segera jika ada simptom
    • lebihkan masa duduk di rumah, keluar jika perlu sahaja
    • disinfeksi di kawasan yang kerap disentuh orang
    • golongan berisiko tinggi, elakkan keluar (orang tua, kanak-kanak, ada penyakit kronik, dan lain-lain)

.

Elakkan 3C

  • NO Crowded (tempat sesak)
  • NO Confined (tempat sempit)
  • NO Close (bercakap pada jarak dekat)

sop covid 19

Patuhi semua SOP covid 19 ini, insyaaAllah kita takkan mudah dijangkiti. Kalau sampai sekarang pun anda masih tak boleh faham tentang covid 19 ini, tak mengapa. Tetapi patuhilah SOP yang ditetapkan.

Dan yang paling penting, nak putuskan rantaian covid19 perlukan kerjasama semua pihak. SEMUA!

Come on. We did this. And surely we can do this again, guys!

Kita tak mampu ‘lari’ dari jangkitan Covid 19. Tetapi kita boleh ikhtiar untuk kuatkan sistem imun tubuh untuk elakkan jangkitan yang teruk. Nak tahu bagaimana, boleh whatsapp saya.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Apa Itu Virus Corona Covid-19?

Apa Itu Virus Corona Covid-19?

apa itu virus corona covid19

Sejak pertama kali dikesan di wilayah Wuhan, China pada hujung tahun 2019, jangkitan coronavirus telah mengakibatkan satu dunia gelabah! Jom kita lihat apa itu virus COVID19 yang anda perlu tahu.

.

Apa Itu Virus COVID19?

.

1# COVID-19 Ialah Virus Corona Jenis (Strain) Baru Yang Tidak Pernah Dijumpai Menjangkiti Manusia Sebelum Ini

Pada 31 Dec 2019, World Health Organization (WHO) telah menerima laporan dari China tentang penyakit seperti jangkitan paru-paru (pneumonia-liked) yang dikesan di Wuhan. Bukan pneumonia biasa-biasa tetapi mengakibatkan kegagalan sistem respiratori dengan cepat dan ianya amat pantas merebak dan menyebabkan kematian!

Kajian makmal dijalankan, mendapati ianya berpunca dari virus corona jenis baru yang tidak pernah dijumpai menjangkiti manusia sebelum ini. Asalnya virus corona hanya boleh dijangkiti oleh haiwan kepada haiwan lain (zoonotic transmission). Tetapi mutasi genetik dipercayai telah berlaku membolehkan virus ini berupaya menjangkiti manusia (Wallahuálam).

Pesakit yang dijangkiti boleh mempunyai gejala respiratori ringan sahaja atau teruk sehingga kematian. Antaranya demam panas melebihi 38 darjah Celcius, batuk dan sesak nafas. Gejala boleh bermula kira-kira 14 hari dari masa dijangkiti (incubation period of 14 days).

.

2# Diisytiharkan Sebagai Public Health Emergency of International Concern

Dalam masa sebulan sahaja, iaitu pada 30 Januari 2020, WHO telah mengisytiharkan jangkitan virus corona sebagai Public Health Emergency of International Concern, bila mana virus ini mula menular ke kebanyakan negara lain selain China – 5 kawasan (regions) di bawah WHO telah terkesan dalam masa sebulan ini!

Suratan atau kebetulan, hujung bulan Januari 2020 itu pula merupakan sambutan perayaan Tahun Baru Cina (Chinese New Year). Ketika itulah terdapat pergerakan keluar masuk manusia dari dan ke China yang tinggi. Yang masuk ke daerah Wuhan atau negara China mula dijangkiti, yang keluar dari situ pula menjadi pembawa virus ke tempat lain.

.

apa itu virus corona covid19

Apa itu virus COVID19? Daripada wabak di Wuhan, dalam masa yang singkat telah diisytiharkan sebagai pandemik apabila dijangkiti hampir seluruh dunia!

3# Diisytiharkan Sebagai Pandemic

Penyebaran virus corona COVID-19 adalah sangat pantas dan efektif. Pada 7 Mac 2020, sebanyak 100,000 kes dilaporkan di 100 buah negara (dalam tempoh 2 bulan lebih sahaja)!

Pada 11 Mac 2020, WHO mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik.

Tahap penularan sesuatu penyakit atau wabak, boleh dikategorikan kepada endemik, epidemik dan pandemik. Apakah perbezaan ketiga-tiganya?

  • Endemik ialah penyakit yang sentiasa wujud di dalam sesuatu kawasan atau masyarakat. Dengan kata lain, sepanjang tahun pun boleh ada penyakit ni tapi pada kadar yang rendah dan stabil. Contohnya denggi, sepanjang tahun pun boleh ada kes pesakit dengan denggi.
  • Epidemik ialah apabila sesuatu penyakit meningkat lebih dari biasa, merebak ke kawasan sekitar dan boleh dilihat dengan jelas dalam sesuatu komuniti. Penyakit epidemik juga dikenali sebagai ‘wabak’. Contohnya COVID-19 ni, sebelum menjadi pandemik, ianya ialah epidemik di China.
  • Pandemik ialah apabila penyakit itu menular dengan lebih meluas lagi melibatkan seluruh dunia! Contohnya COVID-19 yang sekarang ini lah, dah melibatkan beratus-ratus negara, kes pun dah melebihi ratusan ribu!

.

Bila telah diisytiharkan sebagai PANDEMIK, bermakna jangkitan COVID-19 ialah suatu penyakit berjangkit yang sangat serius dan memerlukan perhatian seluruh lapisan masyarakat dari seluruh dunia!

.

4# Cara Jangkitan dan Merebak

Bagaimana seseorang boleh berjangkit dan dengan mudahnya menular kepada orang lain?

Seseorang dengan mudahnya boleh dijangkiti virus corona jika terdedah kepada droplet yang mengandungi virus dari pesakit secara langsung dan tidak langsung:

  • batuk dan bersin dari pesakit
  • kontak fizikal dengan pesakit
  • kontak dengan permukaan atau objek yang tercemar dengan droplet dari pesakit

Daripada kajian yang dijalankan, seorang pesakit yang telah dijangkiti mampu menjangkiti 3 orang yang lain. 3 orang ini pula boleh menjangkiti 9 orang dan seterusnya. Tidak hairanlah dengan begitu cepat sekali COVID-19 tersebar ke seluruh negara China dan luar China.

Kajian lanjutan mendapati, virus yang terdapat dalam droplet dari pesakit yang batuk atau bersin, boleh berada di dalam udara beberapa ketika sahaja dan akan jatuh ke permukaan objek pada jarak 1 meter (zarah virus ini berat molekulnya). Sebab itulah salah satu kaedah pencegahan penularan penyakit ini ialah penjarakan sosial dan kerap mencuci tangan.

 

 

.

5# Cara Mencegah Jangkitan COVID-19

Bila dah tahu apa itu virus COVID19, cara jangkitan dan penularannya, bolehlah kita cuba mencegah daripada dijangkiti dan penularannya dengan cara-cara berikut:

  • Menutup hidung dan mulut ketika batuk dan/atau bersin. Buang tisu terus setelah digunakan dan cuci tangan dengan bersih. Baca juga entri Siapa Perlu dan Jenis Topeng Muka Yang Sesuai.
  • Kerap mencuci tangan dengan sabun dan air, atau menggunakan sanitizer jika tiada air dan sabun. Baca juga entri berkaitan: 7 Langkah Mencuci Tangan Dengan Betul.
  • Pesakit yang bergejala memakai penutup hidung dan mulut untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain, serta mengamalkan etika batuk yang betul. (Baca juga, Siapa Perlu Pakai Topeng Muka)
  • Elakkan perhimpunan yang melibatkan jumlah yang besar
  • Penjarakan sosial (Social Distancing) sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain semasa berada di luar rumah. Kita tidak tahu siapa yang telah dijangkiti atau siapa pembawa virus ini.
  • Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut dengan kerap.
  • Isolasi sekurang-kurangnya 14 hari sekiranya anda baru pulang dari negara atau tempat yang diserang wabak ini atau dari kontak dengan pesakit yang diketahui positif
  • Segera ke hospital untuk screening sekiranya bergejala atau anda merupakan kontak rapat kepada pesakit yang telah disahkan positif
  • Jangan menipu staf kesihatan jika anda bergejala, merupakan kontak rapat (close contact) pesakit positif COVID-19 atau baru pulang dari luar negara.

.

tempoh masa covid19 hidup

.

6# Rawatan COVID-19

Sehingga kini, masih tiada vaksin spesifik untuk mencegah jangkitan virus corona. Rawatan yang diberi pula hanyalah rawatan sokongan (supportive management).

.

7# “Saya sihat je. Bolehlah saya keluar berjalan-jalan dan tak perlu buat langkah pencegahan di atas.

Ada juga pesakit yang telah dijangkiti tetapi tidak menunjukkan apa-apa simptom. Tapi awas, anda boleh menjangkiti orang lain tanpa anda sedar sekiranya langkah pencegahan penularan tidak diikuti.

Berikut adalah golongan berisiko tinggi yang mudah dijangkiti dan mengalami komplikasi:

  • Warga emas (berusia 60 tahun dan ke atas)
  • Bayi dan kanak-kanak
  • Ibu mengandung
  • Mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan kanser

.

Penyakit COVID-19 merupakan masalah kesihatan awam. Semua orang bertanggungjawab untuk banteras. Jalankan peranan masing-masing, saling bantu-membantu, barulah kita akan berjaya putuskan rantaian penularan COVID-19. Negara Italy ialah salah satu negara yang patut kita jadikan teladan agar penularan yang lebih teruk dapat kita elakkan.

Kasihanilah warga KKM yang telah berhempas pulas dan berkorban segalanya sebagai ‘tentera pertahanan’ atau ‘fronliners‘ negara kita. Meningkatnya bilangan pesakit COVID-19, tak mustahil frontliners kita boleh tumbang.

Doa Minta Dijauhkan Wabak Penyakit

Doa Minta Dijauhkan Wabak Penyakit

Dalam keadaan seluruh dunia diuji dengan jangkitan covid-19, selain langkah pencegahan yang disarankan pihak berkuasa, apa yang kita perlu lakukan setiap hari ialah ber doa dijauhkan wabak penyakit yang amat berkesan dan pantas merebak ini.

Wabak penyakit adalah suatu dugaan yang menimpa masyarakat dan memerlukan kerjasama semua. Kita lakukan tugas mencegah bersama-sama, selebihnya hanya berserah kepada Yang Maha Esa, Yang Maha Berkuasa. Dari Dia ujian ini datang dan kepada DIa juga kita akan kembali.

Berikut merupakan beberapa amalan doa minta dijauhkan wabak penyakit yang boleh diamalkan setiap hari terutamanya ketika dilanda wabak.

.

Koleksi Doa Minta Dijauhkan Wabak Penyakit

.

doa dijauhkan wabak penyakit

“Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari penyakit sopak, gila dan kusta. Dan dari segala wabak penyakit yang buruk atau mengerikan lainnya.” (Hadith Riwayat Abu Daud)

.

doa dijauhkan wabak penyakit

“Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari bala atau bendana, kesukaran hidup, buruknya takdir serta hinaan atau cemuhan orang-orang yang memusuhi.”

.

doa dijauhkan wabak penyakit

Aku minta perlindungan bagi kamu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit).”

.

Langkah-langkah Pencegahan Wabak Penyakit Covid-19

.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan masyarakat menjalankan langkah-langkah pencegahan berikut bagi menghalang penularan Covid-19 dari menjadi lebih teruk (Sumber: KKM):

  1. Mengamalkan tahap kebersihan optimum setiap masa (kerap mencuci tangan dengan menggunakan sabun dan air (Langkah Mencuci Tangan Yang Betul) atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer).
  2. Mengamalkan etika batuk yang baik, iaitu menutup mulut dan hidung dengan tisu apabila batuk, seterusnya membasuh tangan dengan serta-merta.
  3. Mengamalkan jarak sosial (“Social distancing“) , iaitu amalan menjarakkan diri antara individu untuk mengurangkan kontak rapat bagi mengurangkan penularan wabak, terutamanya jika bergejala. Contohnya:
    • Duduk di rumah, elakkan tempat tumpuan orang ramai.
    • Pakai penutup mulut dan hidung bila anda perlu keluar rumah.
    • Jarakkan diri sekurang-kurangnya satu meter daripada orang lain.
    • Elakkan bersalaman atau bersentuhan dengan orang lain.
    • Menutup bangunan, mnangguh atau membatalkan suatu majlis dan upacara yang melibatkan ramai oramai.
    • Tidak menghadiri perhimpunan yang ramai (“mass gathering“).
  4. Segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala jangkitan salur pernafasan seperti demam, batuk, selesema atau sakit tekak.
  5. Menangguhkan perjalanan ke wilayah atau bandar atau negara yang telah diisytiharkan sedang mengalami penularan wabak.
  6. Bekerjasama dengan mematuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia yang sedang bertungkus lumus mengesan dan merawat pesakit.

Selain itu, amalkan pemakanan seimbang dengan kesemua kumpulan makanan, kerap bersenam, dapatkan tidur dan rehat yang cukup untuk menguatkan sistem imun badan.

Baca juga Makanan Tambahan Untuk Menguatkan Sistem Imun Badan.

Promosi Vitamin C Shaklee Bulan Ni!

Promosi Vitamin C Shaklee Bulan Ni!

Ada promosi Vitamin C Shaklee bulan ni guys! Happy sangat sebab Shaklee sangat memahami di kala negara kita diuji dengan masalah kesihatan dan penyakit mudah berjangkit seperti influenza dan virus corona. Tapi bukan vitamin C sahaja tau, ada banyak lagi promosi lain Shaklee beri bulan ini. Jom check it out!

.

1# PROMOSI VITAMIN C SHAKLEE

promosi vitamin c shaklee

Ini dia vitamin C yang tengah promosi bulan Februari 2020 ni. Ceq memang pengguna setianya sejak Oktober 2012. In love sungguhla dengan dia!

Umumnya, vitamin C terkenal sebagai makanan tambahan untuk meningkatkan imuniti, selain untuk kecantikan kulit. Apa yang menjadikan SR Vita C Shaklee istimewa ialah seperti berikut:

  • Diformulasi dari ekstrak jagung dengan molekul vitamin C semulajadi (sumber yang tidak berasid seperti kebanyakan sumber vitamin C lain seperti buah oren, jadi sesuai untuk penghidap gastrik)
  • Dihasilkan dengan sistem pelepasan berperingkat (“sustained release”) yang membebaskan vitamin C secara berperingkat agar dapat digunakan oleh badan untuk jangka masa berterusan
  • 1 tablet menyediakan 500mg vitamin C (100mg setiap jam untuk 5 jam berterusan)
  • Diperkaya bioflavonoid yang meningkatkan keberkesanan vitamin C
  • Murah. Harga runcit sebotol vitamin C (180 tablet) ialah RM97.50 (54sen sehari)

.

Promosinya ialah BELI 2 BOTOL DISKAUN 5% ya. Harga runcit untuk 2 botol selepas diskaun ialah RM185.25 (jimat RM9.75). Wah, boleh buat stok untuk setahun kerana sebotol ada 180 tablet untuk kegunaan 6 bulan.

.

Selain promosi Vitamin C Shaklee, kita juga ada promosi beberapa produk lain.

.

2# PERFORMANCE DRINK

Selain promosi vitamin C Shaklee, sesuai dengan musim panas di awal tahun ini juga kita ada promosi Performance Drink.

Performance Drink diformulasi dengan Optiolyte yang menggabungkan enam elektrolit – magnesium, potassium, fosforus, kalsium, natrium dan klorida – dan karbohidrat unik yang penting untuk mengekalkan hidrasi tubuh. Seriously, rasa berbeza sangat ambil PD di kala tekak terasa begitu kering. Patutlah atlit-atlit terkemuka dunia sukakan PD sebagai minuman untuk tenaga.

Dapatkan PENJIMATAN 5% DENGAN BELIAN 2 TONG PD. Harga runcit selepas diskaun ialah RM163.88 bagi 2 tong PD Oren (jimat RM8.60) dan RM282.63 bagi 2 tong PD lemon-lime (jimat RM15).

resepi performance drink shaklee

Yang dah beli boleh rujuk entri Resepi Bancuhan Performance Drink untuk resepi cadangan. Ain suka bancuh begitu saja dengan air sejuk. Refreshing!

.

3# GARLIC COMPLEX

Anda juga boleh memilih Garlic Complex untuk pilihan menguatkan sistem imuniti yang lebih bajet, Beli 2 botol pada harga runcit RM106.88 sahaja (jimat 5% iaitu sebanyak RM5.60). Sebotol 60 tablet untuk sebulan.

Baca juga apa 7 Kebaikan Bawang Putih Untuk Kesihatan selain menguatkan sistem imun badan.

.

4# MEAL SHAKES & VITALEA FOR CHILDREN (promosi untuk kanak-kanak)

Kanak-kanak antara golongan berisiko mudah dijangkiti virus dan kuman, Terutamanya jenis yang susah makan, makan memilih dan ada masalah kesihatan yang kronik (dapatkan nasihat doktor yang merawat terlebih dahulu).

Jadi, inilah masanya untuk anda kuatkan imuniti anak-anak dengan PENJIMATAN 5% DENGAN 2 TONG MEAL SHAKES atau/dan 2 BOTOL VITALEA FOR CHILDREN.

Apa perbezaan nutrisi dari Meal Shakes dan Vitalea for Children? Anda boleh baca lebih lanjut di entri-entri ini ya:

.

Jadi, harga runcit selepas diskaun ialah:

  • RM228 (jimat RM12) bagi Meal Shakes. Satu tong dengan 544gram serbuk vanila yang sedap
  • RM211.38 (jimat RM11) bagi Vitalea for Children. Sebotol 90 biji, untuk kegunaan 3 bulan.

kerap sakit

Lindungi diri, lindungi juga anak-anak anda.

.

5# CoQ TROL PLUS

Selain promosi produk untuk menguatkan imuniti, kita juga ada promosi CoQ Trol Plus.

Coenzim Q10 merupakan antioksidan yang dihasilkan secara semulajadi di dalam badan kita, Ianya nutrien larut lemak yang hadir di dalam hampir kesemua sel tubuh kita. CoQ10 penting untuk menjana tenaga di dalam mitokondria. Jadi, sangat diperlukan oleh anda yang selalu keletihan, memerlukan lebih tenaga dan individu yang aktif setiap hari.

Keistimewaan CoQ Trol Plus ialah seperti berikut:

  • Menyediakan coenzim Q10 berkepekatan tinggi (100mg setiap hidangan)
  • Ditambah 5mg tocopherol sebagai antioksidan
  • Juga mengandungi 2mg resveratrol yang bersifat anti-radang
  • Mempunyai Sistem Penyerapan Berpaten oleh minyak zaitun untuk penyerapan optimum
  • Bebas gluten

coq trol plus shaklee

Info lanjut CoQ Trol Plus. Harga runcit selepas diskaun ialah RM401.63 (jimat RM44.62) bagi 2 botol CoQ Trol Plus. Sebotol 30 biji, untuk kegunaan sebulan.

.

6# EXTENDED PROMO

Rujuk entri Promosi Januari 2020 untuk info tentang entended promo berikut:

  • Zinc Complex Beli 1 Percuma 1
  • Percuma YOUTH Radiance C+E dengan belian 200uv produk YOUTH
  • Jom Shaklee Sets (untuk ahli baru sahaja)
    • Prenatal Set
    • Postnatal Set
    • Daily Essential Set
    • YOUTH Starter Set
    • Vivix Set

.

promosi vitamin c shaklee

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
Whatsapp 016 421 4704
COD Seberang Jaya, Sungai Dua, Kepala Batas, Bertam
Poslaju ke seluruh Malaysia

Kebaikan Vitamin C Bukan Untuk Kulit Sahaja

Kebaikan Vitamin C Bukan Untuk Kulit Sahaja

kebaikan vitamin c

Vitamin C, juga dikenali sebagai asid askorbik merupakan salah satu nutrien popular untuk kesihatan menyeluruh. Kebanyakannya mengaitkan vitamin C dengan kecantikan kulit dan awet muda, tetapi hakikatnya, kebaikan vitamin C adalah jauh lebih banyak dari kesihatan kulit semata-mata.

Vitamin C ialah vitamin larut air (water soluble vitamin). Bermaksud, ianya sangat mudah terlarut dalam air. Vitamin C tiak boleh disimpan di dalam badan dan akan disingkirkan melalui air kencing. Jadi, badan kita memerlukan vitamin C setiap hari baik dari diet ataupun suplemen jika tidak mencukupi dari sumber makanan.

Saranan harian vitamin C ialah kira-kira 75-100mg vitamin C sehari.

.

Sumber-sumber Vitamin C

Buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna terang mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi. Contoh sumber yang kaya dengan vitamin C ialah seperti dalam gambar ini:

  • 1 oz cili merah – 45mg
  • Sebiji lemon – 30mg
  • Secawan bayam mentah – 8mg
  • Secawan strawberi – 85mg
  • Secawan jus cranberi – 23mg
  • Secawan brokoli yang dimasak – 51mg
  • Setengah cawan cili hijau – 60mg
  • Sebiji kentang – 17mg

kebaikan vitamin c

.

Manfaat Vitamin C Dari Segi Sains

.

Daripada artikel dari WebMD, berikut merupakan antara manfaat vitamin C untuk kesihatan, berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan:

1. Stress

Vitamin C bermanfaat untuk mengatasi masalah stres yang berpunca dari sistem imun yang lemah.

2. Batuk dan selesema

Kajian mendapati, pengambilan vitamin C semasa batuk dan selesema mengurangkan risiko mengalami jangkitan yang lebih teruk seperti pneumonia

3. Strok

Satu kajian di dalam American Journal of Clinical Nutrition mendapati, mereka yang mempunyai konsentrasi vitamin C darah yang tinggi dikaitkan dengan risiko strok yang lebih rendah sebanyak 42%, berbanding dengan mereka yang mempunyai konsentrasi vitamin C darah yang rendah.

4. Proses Penuaan

Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition, sebanyak 4,025 wanita berusia 40-74 tahun telah diuji.

Kajian ini mendapati, wanita yang mengambil lebih vitamin C lebih lambat mengalami kedutan di wajah, kulit yang kering dan mempunyai keadaan kulit yang lebih awet muda.

kebaikan vitamin c

Manfaat lain Vitamin C yang terbukti melalui beberapa kajian adalah seperti berikut:

5. Mengurangkan keradangan

6. Menurunkan risiko kanser dan masalah kardiovaskular

7. Menggalakkan penghasilan kolagen

Baca entri 5 Rahsia Kulit Cantik Berseri Dengan Vitamin C.

8. Membantu penyerapan zat besi

Kerana itu, diisarankan ibu hamil yang mengalami masalah anemia mengambil makanan atau tablet tinggi zat besi, bersama-sama dengan buah-buahan (kaya vitamin C).

9. Mempercepatkan penyembuhan luka

10. Penting untuk kesihatan tulang rawan, tulang dan gigi

vitamin c shaklee

Baca entri Vitamin C Shaklee : Kelebihan dan Harga.

.

Ainniah Zulkefli
Pencinta SR Vita C Shaklee sejak 2012
Pengedar Shaklee Butterworth
COD Seberang Jaya, Sungai Dua, Kepala Batas, Bertam
Poslaju ke seluruh Malaysia

Nutriferon Shaklee Harga dan Keistimewaan

Nutriferon Shaklee Harga dan Keistimewaan

Nutriferon Shaklee Harga dan Keistimewaan

Merupakan revolusi dalam dunia sains sistem imun, Nutriferon Shaklee terdiri daripada ramuan fitonutrien, mineral dan ekstrak tumbuh-tumbuhan berpaten yang terbukti secara klinikal.

Formula berpaten eksklusifnya membekalkan perlindungan imun harian pada tahap tertinggi.

Nutriferon Shaklee merupakan satu-satunya suplemen interferon yang dicipta oleh Dr. Yasuhiko Kojima selepas kajian selama 40 tahun. Bersama-sama para pengkaji yang lain, mereka telah melakukan saringan dan ujian terhadap lebih 200 herba yang berbeza.

Akhirnya, terciptalah Nutriferon dengan ramuan proprietari ekstrak semulajadi, terdiri daripada biji labu, bunga safflower, biji plantago, bunga Japanese honeysuckle. Formulasi istimewa Nutriferon ini hanya boleh didapati eksklusif dari Shaklee sahaja.

nutriferon shaklee harga

.

INTERFERON MENGAKTIFKAN SISTEM PERTAHANAN ANDA

.

Setiap hari, badan kita tidak putus-putus ‘diserang’ oleh patogen dan kuman berbahaya dari persekitaran.

Ya. Sistem imun badan kita berfungsi untuk melindungi kita. Tetapi, pemakanan tidak seimbang dengan nurisi, stress, pencemaran dan keletihan dengan tugas harian melemahkan fungsi pertahanan ini.

.

Apa Itu Interferon?

Interferon ialah pengaktif kritikal sistem imun kita.

Ia mengawalselia tindakbalas sistem imun terhadap virus, kuman dan bahan-bahan asing lain yang cuba menembusi lapisan pertahanan tubuh.

Ia juga membantu memberi perlindungan terhadap pelbagai kuman berbahaya yang merupakan punca penyakit-penyakit berjangkit.

Menggalakkan penghasilan interferon di dalam tubuh adalah penting untuk memastikan sistem pertahanan dapat berfungsi dengan optimum.

Oleh kerana itu, Dr. Yasuhiko Kojima, pakar imun terkenal dunia yang menjumpai interferon pada tahun 1954 telah menghasilkan ramuan unik ekstrak tumbuhan semulajadi lalu menghasilkan Nutriferon.

Kajian membuktikan, seawal tiga hari pengambilan Nutriferon sudah mampu meningkatkan potensi sistem imun badan kepada yang lebih baik, dan bermanfaat bagi pesakit hepatitis C kronik. (Sumber 1, 2, 3)

  • meningkatkan penghasilan interferon semulajadi
  • mengaktifkan sistem pertahanan semulajadi badan dengan cepat
  • menggerakkan pasukan “cari-dan-musnah” sistem pertahanan badan

.

nutriferon shaklee harga

Nutriferon Shaklee harga berpatutan dengan kualitinya.

.

Siapa Perlukan Nutriferon?

Nutriferon diperlukan oleh semua yang berumur lebih 12 tahun yang mempunyai kehidupan yang sibuk, cara hidup penuh tekanan yang mana semua ini mengancam sistem imun badan.

Juga diperlukan oleh mereka yang mahu mengoptimumkan respon imun terhadap bahan pencemar semulajadi dan patogen dari persekitaran yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Bagi orang dewasa, saranan pengambilan ialah sebanyak satu sachet setiap hari selepas makan. Cuma larutkan serbuk Nutriferon di dalam secawan air sejuk atau panas dan mengambilnya. Ada juga yang menggemari untuk mengambilnya begitu sahaja.

.

Apa Kata Mereka Yang Mengamalkan Nutriferon?

.

Nutriferon, kalau nak cerita, selepas Vivix, dia la yang memberi impak kesihatan besar pada kami. Vivix – asbab baik denggi masa pregnant 8 bulan. Nutriferon – asbab si kecil gegerl dah kurang masuk wad. Dari 3-4 bulan sekali mesti masuk wad, tapi selepas umur setahun, bagi makan Nutriferon sendiri, 8 bulan dah tak masuk wad. Batuk or demam datang pun tak kerap. Walaupun masih ada.” (Puan Yat Hayati)

.

Kak Pia makan Nutriferon masa sakit. Pengalaman masa diri sendiri kena HFMD. Beberapa bulan kemudian anak pula kena HFMD. Bagi makan Nutriferon juga. Alhamdulillah asbab makan Nutriferon badan tak demam. Dalam 4 hari dah ok. Bintik-bintik dan sakit badan dah hilang. Sakitnya tak berlanjutan. Ulser kat mulut pun seakan terbantut. Keluar sedikit sahaja.“(Puan Tengku Sofia)

.

Syida makan Nutriferon time denggi. Alhamdulillah tak warded sebab platelet atas 150. Lagipun pilih duk rumah sebab menyusu. Tapi setiap hari gi emergency bertapa 4 jam untuk ambil darah masuk air. Platelet atas 150 pun macam sakit sangat dah. Tak tau la orang platelet 3 je time denggi tu rasa macam mana.”(Puan Nurul Syahida)

.

Nutriferon Shaklee : Harga Runcit

.

Dapatkan Nutriferon Shaklee sekarang juga. Dijual dengan harga runcit RM181.25 sekotak yang mengandungi 30 sachet untuk menguatkan sistem imun seisi keluarga. Penjimatan LEBIH lagi bagi ahli berdaftar.

DISCLAIMER: Produk ini BUKAN bertujuan mendiagnos, merawat, mengubat atau mencegah sesuatu penyakit. Tiada kajian dijalankan ke atas kanak-kanak, ibu mengandung dan menyusu (pengambilan atas risiko sendiri).

Baca juga entri Cara Meningkatkan Sistem Imun Badan untuk info detail tentang nutrisi-nutrisi yang diperlukan untuk membina sistem imun yang kuat.

nutriferon shaklee harga

Nutriferon Shaklee Harga Runcit RM181.25 sekotak (30 sachet)

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
Whatsapp 0164214704
CDO Seberang Jaya, Sungai Dua, Butterworth, Kepala Batas
Poslaju ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

Shaklee bukan sahaja menyediakan produk berkualiti untuk menyokong kesihatan anda, tetapi juga memberi peluang menjana pendapatan tanpa batasan.

Sesiapa yang mempunyai impian boleh melakukannya!

Klik gambar untuk Ain bantu.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth