Apa Itu Endometriosis | ainniahzulkefli.com

Apa Itu Endometriosis | ainniahzulkefli.com

Endometriosis ialah satu keadaan apabila endometrium (lapisan rahim paling dalam) berada di tempat selain rahim – tiub Fallopian, ovari, dalam pelvis, tak mustahil juga boleh ‘melekat’ pada organ-organ lain di dalam perut seperti usus dan pundi kencing!

.

apa itu endometriosis

Tompokan merah hati menunjukkan apa itu endometriosis – apabila tisu endometrium yang sepatutnya berada dalam rahim, berada di tempat selain dari dalam rahim.

.

Anatomi normal rahim wanita terdiri daripada 3 lapisan utama :

  1. Endometrium – lapisan paling dalam, paling aktif, penting untuk kitar haid dan reproduktif kerana bertindakbalas mengikut kitaran hormon wanita
  2. Myometrium – lapisan otot rahim yang merangkumi lapisan paling tebal
  3. Perimetrium – lapisan luar yang ‘membaluti’ rahim

.

Oleh kerana endometriosis terdiri dari tisu endometrium, tisu-tisu ini akan bertindak sebagaimana endometrium di dalam rahim. Setiap kali haid, ia akan menebal, ‘meluruhkan diri sendiri’ dan berdarah (haid) sebagaimana endometrium asal di dalam rahim.

Dan oleh kerana darah yang dihasilkan tiada jalan untuk keluar, maka akan terkumpullah darah ini di dalam pelvis. Lebih parah lagi, ia seterusnya boleh mengganggu organ-organ lain, menyebabkan adhesion (orang kita panggil ‘lekat-lekat dalam perut’) dan tisu parut (scar tissue).

Endometriosis mula muncul beberapa tahun selepas haid pertama, hilang untuk seketika semasa kehamilan, dan hilang untuk selamanya apabila anda sudah menopaus (kecuali anda ada mengambil hormon estrogen).

Walaupun seseorang yang mengalami endometriosis boleh mempunyai senggugut yang teruk dan bermasalah kesuburan, berita baiknya ada rawatan yang berkesan untuk ini.

.

Gejala Endometriosis

.

.

Simptom utama endometriosis ialah sakit di bahagian bawah perut (pelvic pain) semasa haid. Pesakit biasanya menyifatkan sakit ini sebagai senggugut teruk. Selain sakit yang lebih teruk dari senggugut biasa, pola kesakitan juga semakin meningkat dari semasa ke semasa!

Antara simptom endometriosis lain termasuklah :

  • sakit ketika atau selepas bersama suami
  • kesakitan semasa membuang air kecil atau/dan besar
  • pendarahan banyak semasa haid atau antara kitaran haid
  • tanda-tanda tidak spesifik lain seperti loya, sembelit, keletihan dan kembung perut, terutamanya semasa haid
  • masalah ketidaksuburan

.

Bagi pesakit endometriosis, sakit yang dialami boleh bermula seawal sebelum haid, dan berpanjangan semasa haid untuk beberpa hari.

Ada pesakit yang mengalami kesakitan yang sedikit sahaja. Manakala ada juga yang mengalami sakit yang teruk.

.

Apakah Punca Endometriosis?

.

Setakat ini, punca endometriosis masih tidak diketauhi. Namun, terdapat beberapa teori yang menerangkan kejadian ini:

  • darah haid ‘patah balik’ (retrograde menstruation) – darah haid mengandungi sel-sel endometrium, apabila ‘patah balik’ boleh memasuki tiub Fallopian dan ruang pelvis. Sel-sel ini boleh melekat di mana-mana termasuk tiub dan organ-organ pelvis yang lain.
  • faktor hormon dan imuniti di mana sel-sel peritoneum (dalam perut) bertukar kepada sel-sel endometrium
  • selepas pembedahan melibatkan rahim (contoh : Cesarean, buang rahim) sel endometrium terlekat pada parut pembedahan

.

Boleh tengok video ini untuk lebih faham punca berlakunya endometriosis.

.

.

Selain punca-punca di atas, beberapa faktor berikut turut menjadi risiko seseorang mengalami endometriosis :

  • tidak pernah bersalin
  • haid pertama lebih awal
  • menopause lebih lambat
  • kitar haid yang pendek, kurang dari 27 hari
  • paras estrogen yang tinggi untuk suatu jangka masa
  • BMI rendah
  • pengambilan alkohol
  • sejarah keluarga (ibu, kakak, adik perempuan, etc)
  • rahim abnormal

.

Komplikasi Akibat Endometriosis

.

Jadi, kalau dah setiap kali datang haid, sel-sel abnormal ini turut respon seperti endometrium normal apa akan jadi?

Terdapat 2 komplikasi dari endometriosis :

.

MASALAH KESUBURAN

.

Untuk mendapat zuriat, ovum (telur wanita) yang dihasilkan di ovari akan bergerak melalui tiub Fallopian ke rahim.

Semasa dalam perjalanan ini, apabila disenyawakan oleh sperma (telur lelaki), zygot yang terbentuk akan menempel pada dinding rahim dan membesar.

Seseorang yang mempunyai endometriosis, sel-sel endometrium ini boleh berada di mana-mana dan mengganggu proses ovum dan sperma ‘berjumpa’.

Sebagai contoh, endometriosis pada bahagian tiub boleh menyumbatkan tiub, menghalang laluan ovum ke rahim atau sperma kepada ovum.

Walau bagaimanapun, ada saja pesakit yang boleh mendapat zuriat walaupun mengalami endometriosis.

.

apa itu endometriosis

Salah satu penyebab masalah kesuburan ialah endometriosis.

.

KANSER OVARI

.

Berdasarkan kajian, kes kanser ovari adalah lebih tinggi pada wanita yang menghidap endometriosis.

Selain itu, sejenis kanser lain dipanggil endometriosis-related adenocarcinoma juga boleh berlaku di keudian hari pada wanita yang mengalami endometriosis.

.

apa itu endometriosis

.

Cadangan Suplemen Untuk Endometriosis

.

Pertama sekali, harus diingatkan bahawa pengambilan suplemen tidak dapat menggantikan ubat dan rawatan hospital sama sekali. Pengambilan suplemen adalah sekadar menyokong nutrisi yang diperlukan oleh pesakit endometriosis.

.

1# VIVIX

.

Dalam dunia suplemen, Vivix ialah satu-satunya suplemen antioksidan yang bertindak memperbaiki sel (‘akar umbi’ kesihatan).

Vivix diformulasi daripada gabungan buah-buahan semulajadi yang kaya dengan resveratrol dan polifenol, diuji berkesan secara klinikal. Ujian klinikal mendapati, Vivix berkesan sebanyak 10 kali ganda dalam antipenuaan.

Bakal dipatenkan oleh Shaklee, menjadikan ianya eksklusif dari Shaklee sahaja (tidak ada pada jenama lain).

.

2# GLA COMPLEX

.

Gamma linoleic acid ialah sejenis asid lemak omega-6 yang bersifat antiradang dan bermanfaat untuk kesihatan dalaman wanita terutamanya semasa haid.

Membantu melegakan senggugut dan menjaga kesihatan organ dalaman wanita.

Jika dibandingkan dengan suplemen gamma linoleic acid di pasaran seperti EPO (evening primrose oil) dan blackcurrant, GLA Complex mempunyai peratusan gamma linoleic acid tertinggi.

Pernah suatu ketika terjadi kekurangan bahan untuk menghasilkan GLA Complex, Shaklee memutuskan untuk tidak memasarkannya demi menjaga kualiti suplemen ini.

Keistimewaan lain GLA Shaklee, boleh rujuk entri tentang GLA Complex.

.

3# OSTEMATRIX

.

Ostematrix terdiri daripada kalsium, magnesium, vitamin D, boron, zink dan kuprum yang memerlukan antara satu sama lain untuk menyempurnakan penyerapan kalsium.

Kalsium penting untuk merehatkan otot yang mana bagi kes endometriosis bermanfaat untuk yang mengalami senggugut.

.

Klik gambar ini untuk grab konsultasi penuh.

.

Sumber:

  1. Mayoclinic
  2. MedicineNet
Kesan Bahaya Prosedur Ambil Air Tulang Belakang

Kesan Bahaya Prosedur Ambil Air Tulang Belakang

air tulang belakang

Betulkah prosedur  mengambil air tulang belakang lebih banyak mudhorat dari kebaikan? Ada yang kata boleh lumpuh, boleh mengganggu pertumbuhan, dan sebagainya.

Daripada mendengar mitos-mitos tentang ini, sebaiknya dapatkan maklumat yang betul sebelum membuat keputusanl. Kelewatan anda membuat keputusan atau menolak 100% prosedur ini boleh mengancam nyawa pesakit!

.

Apa Itu ‘Lumbar Puncture’?

.

Dalam bahasa perubatan, prosedur mengambil air tulang belakang dinamakan lumbar puncture.

Prosedur ini ialah adalah lebih kurang sama seperti prosedur epidural anaesthesia (bius separuh badan yang biasanya diberikan kepada ibu-ibu  dalam labor room bagi kes-kes tertentu), dan spinal anaesthesia (bius separuh badan di dalam dewan bedah untuk kes-kes tertentu).

Daripada prosedur ini, sedikit air tulang belakang diambil dengan memasukkan jarum halus ke dalam ruang di dalam tulang belakang di bahagian lumbar (tulang belakang bahagian pinggang).

Air ini ialah air yang mengelilingi otak dan saraf tunjang dalam tulang belakang untuk melindungi otak dan saraf tunjang dari kecederaan.

Oleh kerana itu, air tulang belakang ialah sampel yang sangat penting untuk mendiagnos penyakit-penyakit yang serius melibatkan otak dan sistem saraf. Otak ialah pusat kawalan seluruh badan kita kan?

Jadi, kelewatan atau kegagalan untuk mendiagnos penyakit-penyakit serius ini semestinya boleh merosakkan otak dan timbulnya komplikasi berkaitan penyakit tersebut, seperti lumpuh dan terencat pertumbuhan.’

.

air tulang belakang

Dalam posisi duduk atau baring mengiring, bahagian untuk disuntik dibersihkan dengan antiseptik. Jarum akan dimasukkan ke dalam bahagian (dikenalpasti sebelum dicucuk). Air tulang belakang akan diambil. Lumbar puncture memerlukan persetujuan bertandatangan sebelum dijalankan.

.

Kenapa Perlunya Ujian Air Tulang Belakang Diambil?

.

Lumbar puncture bukanlah suatu prosedur yang suka-suka hati dilakukan oleh pihak hospital.

Seperti yang telah diberitahu, air tulang belakang ialah sampel yang amat penting untuk mendiagnos penyakit-penyakit serius berkaitan otak dan saraf tunjang.

Doktor yang merawat membuat keputusan untuk menjalankan prosedur ini apabila mengesyaki penyakit-penyakit berkaitan otak dan saraf tunjang di bawah:

  • jangkitan otak atau selaput otak (meningitis / encephalitis / encephalomeningitis)
  • kanser otak
  • leukemia, lymphoma
  • keradangan pada salur darah otak (vasculitis)
  • beberapa penyakit autoimun seperti multiple sclerosis, neuromyelitis optica

.

Seterusnya, sampel yang diambil akan dihantar ke makmal dan amat penting untuk mengenalpasti sama ada pesakit menghidapi mana-mana penyakit yang telah disebutkan.

Ujian yang ‘rutin’ kebiasaannya mengambil masa kira-kira 48 jam untuk siap keputusannya. Manakala ujian yang lebih ‘special’ akan mengambil masa yang lebih lama.

.

air tulang belakang

Lumbar puncture boleh dijalankan dalam posisi duduk juga.

.

“Kalau Tak Nak Buat Macam Mana?”

.

Kalau anda berkeputusan untuk tidak bersetuju menjalankan prosedur ini, tidak dapatlah pihak hospital mendapat diagnosis yang tepat untuk masalah anda.

Sebagai contoh, anda disyaki mengalami jangkitan kuman di otak kerana tarik yang berulang-ulang untuk jangka masa yang panjang. Sekiranya lumbar puncture dijalankan, doktor dapat mengetahui antibiotik yang sesuai untuk membunuh kuman tersebut. Tak semua antibiotik berupaya membunuh semua jenis kuman ya. Dan ada juga jangkitan otak yang disebabkan oleh virus, yang mana memberi antibiotik adalah tidak berkesan.

Sebaliknya, jika lumbar puncture tidak dijalankan, jangkitan otak yang berterusan tadi boleh merosakkan otak dan mengakibatkan komplikasi-komplikasi lain seperti lumpuh anggota badan.

.

Kalau betul lumbar puncture boleh buat lumpuh, kenapa doktor suruh buat ya?

.

Nak Buat, Tapi Takut Dengan Risiko Lumbar Puncture?

.

Tuan-tuan dan puan-puan. Dalam dunia perubatan, mengambil sampel darah dan suntikan ubat tahan sakit sahaja sekalipun mempunyai risiko tersendiri. Begitu juga dengan prosedur lumbar puncture.

Disebabkan lumbar puncture ialah prosedur penting untuk mengenalpasti penyakit-penyakit serius, ianya akan dilakukan oleh doktor pakar. Jikalau dilakukan oleh doktor bukan sekalipun, ianya haruslah dipantau oleh yang pakar juga

Secara amnya, lumbar puncture ialah prosedur yang selamat. Namun juga membawa risiko-risiko seperti berikut :

  • sakit kepala selepas prosedur (sebanyak 25% pesakit mengalaminya, tetapi untuk sementara sahaja)
  • kebas di tempat cucuk yang mana ia hanyalah kesan sementara sahaja
  • pendarahan di tempat cucuk (sangat jarang berlaku)
  • gagal mendapatkan sampel

.

air tulang belakang

Lumbar puncture secara amnya selamat untuk dewasa dan juga bayi.

.

“Kenapa Ada Yang Lumpuh Selepas Menjalankan Lumbar Puncture, Ada Yang Sihat Sahaja?”

.

Telah diterangkan sebelum ini, air tulang belakang sangat penting untuk mendiagnos penyakit serius berkaitan otak dan saraf tunjan

Jika pesakit sememangnya mempunyai jangkitan otak misalnya, sama ada menjalankan lumbar puncture atau tidak tetap berisiko mengalami komplikasi lumpuh apabila jangkitan otak itu adalah pada tahap yang serius.

Bukan lumbar puncture yang menyebabkan pesakit lumpuh ya.

Untuk contoh lain, pesakit yang mengalami kanser otak juga boleh mengalami lumpuh anggota badan.

.

.

Kesimpulannya, dapatkan maklumat dan nasihat yang penuh dari doktor yang merawat anda, kerana doktor itulah yang paling mengetahui keadaan anda. Tidak salah untuk dapatkan ‘second opinion‘ tapi pastikan daripada yang pakar dalam bidang ini juga.

.

Sumber:

  1. Portal MyHealth
  2. MayoClinic
  3. MedicineNet
Apa Itu Resdung, Tanda-tanda dan Rawatan

Apa Itu Resdung, Tanda-tanda dan Rawatan

Pertama kali dengar perkataan ‘resdung’, sebagai seorang doktor kadang kala jadi confused juga memikirkan “apa itu resdung”? Sebab semasa bergelar student medical, apa yang pernah didengari ialah sinusitis dan allergic rhinitis.

Jadi, apabila pesakit datang ke klinik mengatakan mereka mengalami resdung, apa yang boleh dibuat iaah mendapatkan sejarah yang betul tentang simptom yang ada.

.

# SINUSITIS #

.

Sebelum pergi lebih lanjut tentang sinusitis, mari kita kenali dulu apa itu sinus.

Cuba perhatikan gambar di bawah.

.

apa itu resdung

.

Sinus ialah satu sistem yang menghubungkan rongga-rongga udara di dalam tengkorak kepala kita.

Terdapat beberapa sinus pelbagai saiz di muka kita. Yang terbesar terletak dalam tulang pipi, dikenali sebagai sinus maxillary dan bersaiz kira-kira seinci lebarnya. Sinus-sinus lain terletak di atas kedua kening, di antara kedua mata dan di belakang hidung kita.

Secara semulajadinya, ruang sinus ini adalah kosong tidak mengandungi apa-apa kecuali satu lapisan mukosa nipis. Kebanyakan sinus berhubung dengan udara luar melalui satu bukaan kecil di dalam hidung.

Jadi, sinusitis ialah satu keadaan di mana terjadinya keradangan dan pembengkakan di dalam sinus, mengakibatkan sinus tersumbat dengan cecair. Ini seterusnya menyebabkan pembiakan kuman dan berlakunya jangkitan.

Perkara-perkara berikut antara faktor yang menyebabkan sinus tersumbat:

  • cuaca sejuk
  • allergic rhinitis (akan diceritakan kemudian)
  • ketumbuhan di dalam hidung seperti polyps
  • deviated septum (septum ialah dinding yang memisahkan hidung sebelah kiri dan kanan)

.

apa itu resdung

Deviated Septum

.

Mereka yang menghadapi sinusitis boleh mengalami tanda-tanda di bawah:

  • selesema
  • batuk
  • hidung tersumbat
  • hilang deria bau
  • hingus pekat kekuningan atau kehijauan dan boleh jadi berbau
  • sakit kepala yang kuat di bahagian rongga-rongga sinus tadi
  • demam
  • nafas berbau

.

Rawatan untuk sinusitis ialah antibiotik (jika disebabkan jangkitan), decongestant dan ubat simptomatik lain (demam, batuk, selesema, sakit kepala). Untuk kes yang lebih serius, pesakit mungkin memerlukan ubat semburan hidung steroid.

.

# ALLERGIC RHINITIS #

.

apa itu resdung

Keratan rentas hidung membandingkan keadaaan hidung normal dan peskit allergic rhinitis.

.

Allergic rhinitis pula ialah keradangan lapisan mukosa dalam hidung yang terjadi hasil tindakbalas badan apabila terdedah dengan alergen (penyebab alahan). Keradangan yang berlaku menyebabkan pembengkakan dan terhasilnya cecair yang menyumbatkan hidung (allergic rhinitis adalah salah satu faktor penyebab sinusitis).

Simptom-simptomnya termasuklah hidung berair (biasanya tanpa warna) atau tersumbat, bersin-bersin, gatal mata dan berair,

Pesakit memerlukan ubat antihistamin (alahan), dan ubat simptomatik lain. Dan untuk kes yang lebih serius memerlukan ubat semburan hidung steroid.

Langkah terbaik untuk pesakit ialah mengelak daripada terdedah kepada perkara yang boleh menyebabkan tindakbalas alahan ini. Contohnya habuk dan debu, asap rokok, bulu binatang peliharaan dan lain-lain.

Kesimpulannya, amatlah penting untuk mengenalpasti ‘resdung’ yang diberitahu oleh pesakit. Kerana rawatannya yang berbeza.

Perlukah Vitamin Untuk Buasir?

Perlukah Vitamin Untuk Buasir?

vitamin untuk buasir

Buasir ialah bengkak salur darah di bahagian paling bawah sekali di bahagian rektum dan anus. Seperti belon yang ditiup, pembengkakan ini kadang kala mengakibatkan dinding salur darah menjadi terlalu nipis dan menyakitkan terutama semasa dan selepas membuang air besar.

Terdapat dua jenis buasir – buasir dalaman (internal hemarrhoid) dan buasir luaran (external hemarrhoid).

Buasir dalaman terletak jauh ke dalam rektum, tanpa kita sedari kehadirannya. Tidak dapat dilihat atau dirasai. Kebanyakannya tidak menyebabkan sakit kerana kurang terdapat reseptor sakit di bahagian tersebut. Kebiasannya, manifestasi utama buasir dalaman hanyalah pendarahan dari dubur.

Manakala buasir luaran boleh dilihat dan dirasai kerana bengkak itu terletaknya di bawah kulit di luar anus. Kerana terdapat banyaknya reseptor sakit di bahagian kulit, buasir luaran dapat dikenalpasti apabila pesakit mengalami kesakitan dan pendarahan dari dubur.

Tahukah anda, buasir ialah penyebab utama pendarahan dari dubur?

Walaupun begitu, jika anda mengalami pendarahan dari dubur yang berterusan, sebaiknya berjumpa doktor untuk dikenalpasti puncanya bukan yang lebih serius!

.

4 Tahap Buasir

Selain buasir dalaman dan luaran, buasir juga boleh dikategorikan kepada 4 tahap berikut (rujuk gambar di bawah untuk lebih kefahaman) :

  • First degree : bengkak salur darah sahaja
  • Second degree : salur darah yang bengkak, ‘terkeluar’ ke bawah, dan akan masuk sendiri selepas membuang air besar
  • Third degree : salur darah yang bengkak, ‘terkeluar’ ke bawah, tetapi memerlukan manipulasi jari untuk dimasukkan semula ke dalam rektum
  • Fourth degree : salur darah yang bengkak, ‘terkeluar’ ke bawah, tidak dapat dimasukkan semula dengan apa cara sekalipun

.

vitamin untuk buasir

Perlukah Vitamin Untuk Buasir? : Keratan rentas menunjukkan 4 tahap buasir

.

Tahap buasir keempat termasuk juga buasir yang mengandungi darah beku di dalamnya.

Bagi kes ini, ketulan adalah lebih keras, berwarn biru tua atau ungu. Darah beku ini mengambil masa untuk pulih dan kebiasaannya akan meninggalkan lebihan kulit di luar anus.

.

Simptom-simptom Buasir

Seseorang yang mengalami masalah buasir biasanya datang ke klinik dengan aduan berikut :

  • sakit bahagian anus semasa atau selepas membuang air besar
  • pendarahan dari dubur
  • kegatalan kerana buasir yang ‘terkeluar’ itu
  • tanda-tanda anemia (bagi kes yang lebih serius – pendarahan berlebihan) seperti pening, sesak nafas, jantung berdenyut laju
  • rasa ketulan di bahagian anus (samada boleh dimasukkan semula atau tidak bergantung kepada tahap buasir tadi)

.

Punca dan Faktor Risiko Buasir

Dikatakan setiap dari kita mempunyai buasir!

Kehadiran salur darah di bahagian rektum dan anus ini sebenarnya membantu mengawal pergerakan usus untuk menyingkirkan najis.

Yang membezakan kita dengan pesakit buasir ialah apabila salur darah ini membengkak lebih banyak dan menyebabkan masalah (sakit, pendarahan dan sebagainya).

Apa sahaja yang meningkatkan tekanan di bahagian rektum dan anus, adalah faktor risiko yang boleh mengakibatkan buasir menjadi lebih teruk :

  • masalah obesiti
  • ibu hamil
  • duduk atau berdiri terlalu lama
  • meneran semasa membuang air besar (contoh : sembelit)
  • sembelit atau cirit-birit yang kronik
  • diet rendah fiber
  • batuk keterlaluan
  • bersin keterlaluan
  • muntah keterlaluan
  • kerap mengangkat berat

.

So, Perlukah Vitamin Untuk Buasir Ni?

Vitamin, fungsinya hanyalah untuk menyokong nutrisi harian kita.

Kerana buasir boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti di atas, jalan utama untuk menangani masalah buasir ialah dengan mengenalpasti apakan faktor penyebab dan mengelakkannya.

Sebagai contoh, banyakkanlah pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan (tinggi fiber) untuk melancarkan pembuangan najis (najis lebih lembut, jadi tak perlu meneran semasa membuang air besar).

Suplemen hanyalah ‘penyokong’.

Anda tak berusaha, vitamin tak tahu nak sokong apa.

Sebaliknya, jika anda berusaha vitaminlah yang menyokong padu usaha anda itu.

.

Cadangan Vitamin Untuk Buasir

Bagi anda yang ingin mencuba suplemen Shaklee, berikut merupakan cadangan vitamin untuk buasir:

HERBLAX

Bertindak sebagai julap sekali-sekala yang melembutkan najis.

Diformulasi daripada 9 herba semulajadi yang secara tradisional digunakan untuk masalah sembelit.

.

OMEGA GUARD

Asid lemak omega-3 berfungsi sebagai anti-radang dan mengurangkan bengkak.

Minyak ikan kita ni mengandungi peratusan omega-3 tertinggi (90%) berbanding jenama minyak ikan yang lain.

Nak pilih minyak ikan, tengok kandungan DHA dan EPA tau.

.

OSTEMATRIX

Suplemen kalsium lengkap ini membantu melancarkan pembuangan.

Makan malam sebelum tidur, esok pagi rasa selesa sangat lancar je membuang. =)

.

vitamin untuk buasir

Cadangan lengkap vitamin untuk buasir. Klik gambar untuk order dan konsultasi penuh.

Arrgh Gatalnya Kudis Buta!

Arrgh Gatalnya Kudis Buta!

Kudis buta, di dalam terma perubatan dikenali sebagai scabies, merupakan ‘penghunian’ kulit pesakit oleh kutu parasit halus yang dinamakan Sarcoptes scabiei.

rawatan kudis buta

Rawatan Kudis Buta : Inilah kutu parasit Sarcoptes scabiei yang menyebabkan kudis buta (scabies). Ianya sangat halus sehingga tidak boleh dilihat pada kulit kita.

.

Kutu yang sangat halus ini akan masuk ke bawah kulit untuk bertelur, menghasilkan ruam kemerahan yang teramat gatal terutamanya pada waktu malam.

Penyakit kudis buta ini sangat mudah berjangkit melalui sentuhan secara direct atau indirect melalui barang-barang pesakit (contoh tuala, cadar, pakaian, bantal).

Pertama kali menjangkiti pesakit, ianya boleh mengambil masa sehingga 6 minggu untuk ruam yang gatal ini muncul. Bagi mereka yang pernah mengalami kudis buta, ruam muncul lebih awal apabila terdedah kepada kutu ini.

Ruam kebiasaannya terdapat di kawasan pelipat seperti siku, leher, ketiak, punggung dan celahan jemari. Tetapi boleh juga terjadi di kawasan badan lain seperti kepala, muka dan tapak kaki.

Untuk kudis buta, ruamnya sangat mudah dikenali melalui pemeriksaan fizikal – ruam timbul berbentuk seperti jerawat, yang sangta menggatalkan terutamanya pada waktu malam (paling signifikan bagi kudis buta).

Pesakit yang menggaru dengan keterlaluan boleh menyebabkan ruam tadi ‘pecah’ dan merisikokan mereka kepada jangkitan kulit yang mungkin memerlukan rawatan antibiotik.

.

Rawatan Kudis Buta : Ruam kudis buta sangat mudah dikenali melalui pemeriksaan fizikal. Kadang kala boleh dilihat ‘track’ pergerakan kutu parasit ini.

.

Rawatan ‘Wajib’ Kudis Buta

.

Kerana kudis buta disebabkan oleh kutu halus yang ‘kecil-kecil cili api’, rawatannya sudah tentulah dengan membunuh kutu tersebut.

Segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan losyen untuk disapu ke seluruh badan bagi membunuh kutu ini. Anda juga sangat memerlukan ubat makan untuk mengawal kegatalan yang teramat sangat.

Dan bagi ruam yang telah dijangkiti, anda akan diberi krim sapuan mengandungi antibiotik. Ubat antibiotik jenis makan juga akan diberikan sekiranya anda mengalami jangkitan yang lebih serius.

rawatan kudis buta

Rawatan Kudis Buta : Losyen yang perlu disapu ke seluruh badan untuk membunuh kutu parasit penyebab kudis buta.

.

Hapuskan Kutu Ini Sepenuhnya!

.

Disebabkan kudis buta sangat mudah berjangkit melalui sentuhan, adalah dinasihatkan untuk melakukan langkah-langkah di bawah:

  • cuci semua pakaian pesakit dengan suhu tinggi untuk membunuh kutu
  • barang peribadi pesakit yang tidak berupaya dicuci contohnya bantal, soft toys yang besar-besar, boleh dijemur di bawah panas matahari
  • boleh juga meletakkan barang-barang tadi di dalam plastik kedap udara yang diikat ketat, dibiarkan lebih 72 jam hingga seminggu untuk membunuh kutu
  • ahli keluarga yang turut mengalami simptom ruam dan gatal yang sama turut dirawat

.

Apakah Peranan Suplemen Dalam Kes Kudis Buta?

.

Suplemen, bertindak sebagai menyokong kesihatan dan pemulihan pesakit dari kudis buta.

 Dengan itu, antara cadangan suplemen atau produk Shaklee ialah seperti berikut:

  • Basic H – dibuat mandi untuk lebih cepat mengeringkan ruam dan mengurangkan kegatalan
  • Nutriferon – sebagai immune booster
  • Vitamin C – immune booster dan bersifat anti-histamine (melawan kegatalan)
  • ESP – protein untuk memperbaharui sel-sel kulit yang telah rosak, mengelakkan ruam tinggal parut, memudarkan parut
  • Herbal Blend – sapuan ke atas ruam yang masih fresh supaya parut tak lekat
  • Meal Shakes – untuk pesakit kanak-kanak

.

rawatan kudis buta

1# Testimoni Kudis Buta

.

rawatan kudis buta

2# Testimoni Kudis Buta

.

rawatan kudis buta

3$ Testimoni Kudis Buta

.

Gatal kudis buta tu gatal jugak. Tapi takkan nak biarkan kulit berparut kan?

Rawat kudis buta secara menyeluruh. Hapuskan parut ruam juga secara menyeluruh. =)

Nota : Kudis buta BUKAN kudis api (impetigo) (Klik Untuk Baca Entri “Bahayakah Jangkitan Kulit Impetigo?”)

.

Klik gambar ini untuk order Set Cadangan Kudis Buta secara ekspress. Atau anda boleh klik WHATSAPP AIN untuk order dan konsultasi lanjut.

Bahayakah Jangkitan Kulit Impetigo?

Bahayakah Jangkitan Kulit Impetigo?

jangkitan kulit

Semenjak dua menjak ni, ramai pula kanak-kanak datang klinik dengan masalah jangkitan kulit impetigo. Bunyi ‘impetigo’ macam “penyakit pebenda la ni” kan. Meh Ain share info ringkas tentang penyakit ni.

.

Apa Itu Impetigo?

Impetigo merupakan sejenis jangkitan kulit yang disebabkan bakteria Streptococcus dan Staphylococcus yang menjangkiti kanak-kanak lebih kerap berbanding orang dewasa, dan lebih banyak berlaku di kawasan panas dan lembab macam negara Malaysia tercinta kita ni.

Penyakit in sangat mudah berjangkit melalui sentuhan ke atas kulit yang dijangkiti ataupun secara tidak langsung melalui sentuhan barang-barang pesakit seperti tuala dan baju mereka. Walau bagaimanapun, impetigo sangat mudah untuk dirawat dan kebanyakan kes tidak meninggalkan parut pada kulit.

Bergantung kepada jenis impetigo itu sendiri, pesakit boleh hadir ke klinik dengan aduan jangkitan pada kulit.

.

Non-bullous Impetigo

Impetigo jenis non-bullous lebih kerap berlaku, boleh disebabkan oleh kedua-dua bakteria Streptococcus dan Staphylococcus tadi.

Seseorang yang dijangkiti non-bullous impetigo akan mengalami ‘ruam’ seperti gigitan nyamuk pada mulanya. Ruam ini kemudiannya akan dengan cepat membentuk blister, seterusnya bernanah (pustules) dan akhirnya membentuk keruping berwarna seperti madu. Perubahan ini mengambil masa kira-kira seminggu.

Kebiasaannya, impetigo jenis ini menjangkiti kulit di sekeliling hidung dan muka. Lebih jarang lagi ialah bahagian kaki dan tangan. Melalui pemeriksaan fizikal juga akan mendapati pembengkakan lymph node yang berhampiran kulit yang dijangkiti.

jangkitan kulit

Jenis impetigo – bullous dan non-bullous.

.

Bullous Impetigo

Bagi jenis bullous impetigo pula, hanya disebabkan oleh bakteria Staphylococcus sahaja.

Bakteria ini menghasilkan toksin yang mengurangkan keboleh-lekatan (stickiness) antara sel-sel kulit, menyebabkan lapisan epidermis terkeluar dari lapisan dermis membentuk blisters (juga dipanggil bullae).

Bullous impetigo boleh menjangkiti mana-mana bahagian kulit pesakit, terutamanya punggung dan badan.

Blisters yang terhasil tadi sangat fragile dan mengandungi cecair berwarna kekuningan. Oleh sebab itu, ianya mudah pecah dan akan meninggalkan kawasan kulit yang ‘nampak isi’ kemerahan. Ini akhirnya akan membentu keruping berwarna kehitaman.

.

Rawatan dan Penjagaan Pesakit

.

Bagi mereka yang didiagnos impetigo, berikut adalah antara yang boleh dilakukan:

  1. Bersihkan kawasan yang dijangkiti dengan lembut dan buang keruping yang ada jika boleh
  2. Setelah dikeringkan, sapukan krim atau ointment yang mengandungi antibiotik (dapatkan dari doktor)
  3. Untuk kes yang lebih teruk, kemungkinan memerlukan oral antibiotik
  4. Ahli keluarga pastikan membasuh tangan dengan bersih (7 Langkah Membasuh Tangan Dengan Betul) sebelum dah selepas memegang pesakit (contoh : bagi makan anak kecil)

.

7 Petua Hilangkan Gout Dengan Berkesan

7 Petua Hilangkan Gout Dengan Berkesan

Pastinya suatu mimpi ngeri bagi mereka yang pernah mengalami serangan gout yang sangat menyakitkan.

Gout ialah sejenis penyakit radang sendi akut, yang disebabkan oleh pengumpulan kristal urate pada sendi berkenaan, dan merupakan masalah arthritis yang paling kerap berlaku (90%).

Pesakit gout boleh mengalami sakit sendi secara tiba-tiba pada bila-bila masa, kebiasaanya di waktu malam ketika sedang tidur atau awal pagi.

Sendi yang paling kerap terlibat ialah ibu jari kaki. Namun boleh juga melibatkan sendi-sendi lain seperti lutut, jari tangan dan lain-lain.

Antara lain, gout lebih kerap menyerang kaum lelaki dari wanita, yang berusia antara 30 hingga 50 tahun.

Kanak-kanak dan orang lebih muda sangat jarang mengalami masalah gout.

.

Apa Punca Berlakunya Gout?

.

Puncanya hanya satu – kenaikan paras asid urik dalam darah. Ini boleh disebabkan oleh samada pemakanan yang tinggi kandungan purine, ataupun penghasilan asid urik yang tinggi dalam badan disebabkan perkara tertentu.

Secara fisiologinya, asid urik berlebihan dalam darah akan ditapis dan disingkirkan melalui buah pinggang.

Dalam kes gout, asid urik berlebihan terlalu tinggi sehingga menyebabkan pengumpulan kristal urate di sendi-sendi menyebabkan keradangan dan kesakiktan.

petua hilangkan gout

Petua Hilangkan Gout : Hasil pengumpulan asid urik berlebihan pada sendi menyebabkan keradangan, bengkak dan sakit sendi.

.

Sumber makanan penyebab gout ialah yang tinggi kandungan purine seperti daging merah, ikan bilis, sardin, asparagus, yis, kekacang, organ dalaman, makanan laut dan minuman beralkohol.

Makanan-makanan ini seharusnya dielakkan oleh pesakit gout untuk mencegah serangan gout.

Selain itu, beberapa jenis ubat juga menyebabkan kenaikan paras asid urik dalam badan:

  • thiazides diuretik
  • aspirin
  • ubat ‘anti-rejection‘ yang diambil oleh pesakit yang telah menjalani pemindahan organ

Faktor-faktor berikut juga merisikokan anda diserang gout:

  • keturunan
  • obesiti dan overweight
  • mengambil minuman beralkohol secara berlebihan
  • darah tinggi
  • kolesterol tinggi dalam darah
  • pesakit kanser yang menjalani kimoterapi

.

Diagnosis Gout

.

Gout boleh didiagnos berdasarkan cerita dari pesakit dan pemeriksaan fizikal.

Pesakit akan menyatakan sakit sendi yang amat sangat terjadi secara tiba-tiba tanpa ketahuan punca.

Daripada pemeriksaan fizikal pula akan mendapati, sendi yang sakit itu bengkak, kemerahan, panas dan lebih sakit apabila disentuh.

Manakala pesakit gout kronik pula boleh mempunyai ketlan keras pada sendi yang dipanggil tophi.

Tophi ialah hasil pengumpulan asid urik untuk suatu ketika di bahagian isi yang lembut seperti tangan, siku, kaki dan cuping telinga.

Ketulan keras ini boleh menyebabkan kesakitan dan sendi ‘keras’ (stiffness).

Sekiranya terdapat dalam buah pinggang pula boleh menyebabkan batu karang.

petua hilangkan gout

Inilah tophi, ketulan keras hasil pengumpulan kristal urate pada bahagian yang lembut selama beberapa tahun, menunjukkan pesakit mempunyai masalah gout kronik.

.

7 Petua Hilangkan Gout Dengan Cepat dan Berkesan

.

Letakkan Ais

Untuk melegakan kesakitan dan keradangan, pesakit boleh meletakkan beberap ketulan ais yang dibalut di dalam kain kemudian apply pada sendi yang sakit itu.

.

Jumpa Doktor

Sesetengah pesakit akan lega sakitnya dengan hanya ubat tahan sakit yang boleh didapati dari farmasi sahaja. Tetapi bagi sakit yang tidak lega, bolehlah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan untuk gout.

.

Pemakanan

Selain mengamalkan pemakanan seimbang, sebaiknya pesakit gout mengelak makanan-makanan yang boleh menyebabkan paras asid urik dalam darah tinggi kembali.

.

petua hilangkan gout

Petua Hilangkan Gout : Elakkan mengambil makanan yang tinggi kandungan purine, yang boleh mengakibatkan serangan gout.

.

Dapatkan Berat Badan Ideal

Bagi yang bermasalah obesiti dan berat badan berlebihan, berusahalah untuk mendapatkan berat badan ideal. Sekurang-kurangnya ada juga faktor risiko yang anda boleh cuba kawal.

Lagipun, obesiti juga penyebab pelbagai masalah kesihatan yang lain selain sendi.

.

Kawal Tekanan Darah

Darah tinggi juga antara faktor risiko masalah gout. Dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan senaman secara berkala, pastinya anda akan berjaya mengawal tekanan darah pada tahap yang sihat.

.

Air Kosong Yang Cukup

Kerana asid urik berlebihan dalam darah juga boleh berkumpul di buah pinggang, pastikan pengambilan air kosong anda cukup sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Ini penting untuk membantu buah pinggang berfungsi dengan baik.

Lagi disarankan lagi elakkan minuman manis dan alkohol.

.

Suplemen Cadangan Untuk Gout

Tidak salah jika anda ingin berusaha lebih sihat dengan makanan tambahan sekiranya anda tidak mendapat nutrisi yang cukup dari pemakanan.

Untuk masalah gout, antara suplemen cadangan ialah:

  • Vivix
    • kandungan polifenolnya bersifat antiradang dan antioksidan, sangat bermanfaat untuk pesakit gout
  • Omega Guard (asid lemak omega 3 dengan EPA & DHA tulen)
    • bersifat antiradang
    • mengurangkan bengkak
    • menurunkan paras kolesterol jahat
    • membantu mengawal tekanan darah
    • mencairkan lemak (untuk obesiti dan berat badan berlebihan)
  • Alfalfa (“Father of All Food“)
    • menurunkan paras asid urik secara semulajadi
    • sebagai anti radang
    • antioksidan yang baik untuk gout
  • Performance Drink
    • minuman penghidrat yang lengkap dengan elektrolit
    • secara klinikal menghidrat lebih baik dari air kosong

.

Baca kisah yang dikongsi oleh saudari Siera Haiyi bertajuk “Ayahku Penderita Gout Selama 20 Tahun”.

 

Sakit Sendi Pergelangan Tangan – Anda Mengalami De Quervain’s Tenosynovitis?

Sakit Sendi Pergelangan Tangan – Anda Mengalami De Quervain’s Tenosynovitis?

sakit sendi pergelangan tangan

Pernahkah anda mengalami sakit sendi pergelangan tangan yang tak hilang-hilang?

Anda mungkin mengalami De Quervain’s tenosynovitis. Nak menyebut pun boleh terbelit lidah kan? Haha!

.

Apa Itu De Quervain’s Tenosynovitis?

.

De Quervain’s tenosynovitis ialah keadaan menyakitkan di bahagian pergelangan tangan yang melibatkan tendon yang mengawal pergerakan ibu jari.

Tendon ialah struktur yang menyambungkan otot kepada tulang untuk membolehkan pergerakan.

Ia terjadi apabila seseorang secara berterusan menggunakan jari secara berlebihan (chronicoveruse‘).

Contohnya ibu selepas bersalin banyak mengangkat bayi, mengangkat benda-benda berat selalu dan sebagainya, menyebabkan tendon tersebut membengkak.

Lalu mengakibatkan lapisan yang membaluti tendon tersebut mengalami keradangan.

Tendon yang membengkak ini menyebabkan saraf berdekatan tertekan.

Maka, terjadilah sakit dan kebas tangan.

Antara lain, boleh juga disebabkan oleh trauma ke atas pergelangan tangan atau berlaku keradangan sendi.

Finkelstein Test

Bagi membuat diagnosis De Quervain’s tenosynovitis ini, pesakit akan diminta menggenggam ibu jari ke dalam genggaman tangan.

Kemudiannya akan diminta membengkokkan pergelangan tangan ke arah jari kelingking (seperti dalam gambar di bawah).

Sakit yang bertambah dengan pergerakan ini menunjukkan keputusan Finkelstein in positif.

Dan diagnosis De Quervain’s tenosynovitis boleh dibuat.

 

.

Rawatan Sakit Sendi Pergelangan Tangan

Setelah didiagnos De Quervain’s tenosynovitis, pesakit akan diberi rawatan berikut:

  • meletakkan pek ais di tempat sakit untuk melegakan sakit
  • pengambilan ubat tahan sakit jenis ‘non-steroidal antiinflammatory drugs‘ (NSAID). Sila berjumpa doktor jika perut anda sensitif atau anda mengalami alahan dengan ubat jenis ini.
  • mengurangkan aktiviti yang terus membebankan pergelangan tangan
  • merehatkan pergelangan tangan dengan memakai splint setiap hari untuk 4 hingga 6 minggu
  • jika ubat tahan sakit tidak memberi kesan, pesakit boleh mendapatkan suntkan steroid di klinik yang mempunyai servis ini
  • pembedahan sebagai jalan terakhir sekiranya masih sakit walaupun setelah diberi suntikan

Walaupun anda telah mendapatkan rawatan, anda masih berisiko untuk mengalami sakit ini di masa akan datang selagi faktor penyebab (contoh: kerap mengangkat berat) masih ada.

Jadi, jalan terbaik ialah menghindari faktor penyebab (jika boleh), mengamalkan pemakanan sihat dan rajin bersenam.

Pengambilan suplemen seperti B Complex dan kalsium, hanyalah bertindak sebagai suplemen untuk kesihatan saraf dan otot.

Sumber : Family Doctor

Kesan Sampingan Pengambilan Ubat Darah Tinggi

Kesan Sampingan Pengambilan Ubat Darah Tinggi

kesan sampingan pengambilan ubat darah tinggi

“Doktor, betul ke ubat darah tinggi ni boleh rosakkan buah pinggang dan hati?

Rata-rata pesakit menolak untuk dimulakan ubat darah tinggi kerana mendengar khabar angin yang ubat darah tinggi ni ada kesan sampingan yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Padahal yang sebenarnya, darah tinggi itu sendiri boleh mengakibatkan komplikasi jangka masa panjang kerosakan buah pinggang jika tekanan darah tidak dikawal dengan baik.

Jadi, Wujudkah Kesan Sampingan Pengambilan Ubat Darah Tinggi?

Ya. Wujud.

Seperti ubat-ubat lain, ubat darah tinggi juga mempunyai kesan sampingan tersendiri. Kesan sampingan yang mungkin dihadapi kebanyakannya hanya ‘mild‘. Dan kebiasaannya melibatkan segolongan kecil pesakit sahaja.

Ubat darah tinggi boleh diklasifikasi kepada beberapa kumpulan.

Berdasarkan kumpulan inilah, kesan sampingan yang boleh terjadi berbeza-beza.

.

1# Diuretik

Diuretik (contoh: lasix, hydrochlorothiazide HCTZ) mengawal tekanan darah dengan mengeluarkan air dan sodium (garam) berlebihan daripada badan.

Oleh sebab itu, ubat diuretik boleh mengakibatkan:

  • kencing berlebihan (juga dikenali sebagai ‘ubat kencing’ bagi sesetengah pesakit). Digalakkan pesakit mengambil ubat ini pada waktu pagi supaya tidak kerap ke tandas semasa tidur jika diambil pada waktu malam.
  • masalah ereksi bagi lelaki
  • letih lesu, kaki kejang dan lemah otot disebabkan oleh penurunan paras potassium dalam badan (ada juga jenis diuretik yang boleh ‘menyimpan’ potassium untuk mengelakkan kesan-kesan ini)
  • sakit kaki tanpa punca

.

2# Beta-blockers

Contoh ubat darah tinggi kumpulan ini ialah atenolol, bisoprolol, dan lain-lain yang berakhir dengan “-ol”.

Beta-blockers menghalang reseptor beta yang bukan sahaja terdapat pada jantung, malah di seluruh badan.

Disebabkan itu, kesan sampingan yang berkemungkinan disebabkannya ialah:

  • memperlahankan denyutan jantung (sesuai untuk pesakit yang jantung berdegut laju)
  • penat (kontraindikasi untuk pesakit asthma)
  • kaki dan tangan sejuk
  • kemurungan
  • masalah ereksi bagi lelaki
  • susah tidur malam

kesan sampingan pengambilan ubat darah tinggi

Kesan Sampingan Pengambilan Ubat Darah Tinggi

.

3# Angiotensin Converting Enzyme (ACE) Inhibitors

Seperti namanya, ACE Inhibitors membantutkan enzim yang menukarkan angiotensin untuk mengawal tekanan darah. Contoh ubat kumpulan ini ialah enalapril.

ACE Inhibitors juga menghalang penghasilan hormon yang mengecutkan salur darah, jadi, dengan ubat ini salur darah akan mengembang. Menyebabkan efek tekanan darah lebih rendah.

Antara kesan sampingan pengambilan ubat darah tinggi kumpulan ini ialah:

  • batuk kering yang tak hilang-hilang selagi masih mengambil ubat ini
  • ruam kulit
  • hilang deria rasa

Berjumpalah dengan doktor anda. Kebiasaannya kesan-kesan ini hanya sementara dan kemungkinan besar dokor akan menukar kepada ubat darah tinggi kumpulan lain.

.

4# Angiotensin 2 Receptor Blockers (ARB)

Namanya pun sudah boleh memberitahu kita yang action ARB untuk menurunkan tekanan darah ialah dengan menghalang reseptor untuk angiotensin 2.

ARB menghalang hormon yang menyebabkan salur darah mengecut, jadi salur darah akan sentiasa mengembang. Jadi, kesan sampingan paling kerap terjadi ialah pening.

Losartan dan valsartan adalah antara contoh ubat darah tinggi kumpulan ini.

.

5# Calcium Channel Clockers (CCB)

Dengan adanya ubat darah tinggi kumpulan ini, kalsium dihalang dari masuk ke dalam jantung dan salur darah. Ini menyebabkan salur darah ‘berehat’ dan boleh mengakibatkan kesan sampingan di bawah:

  • sembelit
  • pening
  • sakit kepala
  • jantung berdegut laju
  • kaki bengkak

Contoh ubat kumpulan ini ialah nifedipine, amlodipine.

kesan sampingan pengambilan ubat darah tinggi

Antara komplikasi darah tinggi untuk jangka masa panjang – KEROSAKAN ORGAN-ORGAN BUKAN SAHAJA BUAH PINGGANG.

.

6# Alpha Blockers

Kumpulan ini mengurangkan impulse saraf ke salur darah, menjadikan darah mengalir dengan lebih baik.

Kerana itu boleh mengakibatkan pening, lemah otot, jantung laju terutamanya apabila berubah kedudukan dari baring/duduk kepada berdiri dengan cepat.

.

7# Alpha-2 Receptor Agonist

Bagi ubat ini pula, menyebabkan penurunan aktiviti dalam sistem saraf yang bertanggungjawab untuk menghasilkan adrenaline. Juga akan menyebabkan pening dan sakit kepala.

.

8# Alpha-Beta-Blockers

Kedua-dua reseptor alpha dan beta akan ‘ditutup’ oleh ubat darah tinggi jenis ini.

Anda boleh mengalami pening apabila bangun secara tiba-tiba dengan cepat.

Kumpulan ini biasanya diberikan kepada pesakit yang mempunyai paras darah tinggi yang teruk, secara intravena.

.

9# Central Agonists

Central agonists (contoh: methyldopa) bertindak mengawal impulse saraf, merehatkan salur darah.

Kesan sampingan yang boleh berlaku ialah:

  • anemia
  • sembelit
  • pening
  • mulut kering
  • masalah ereksi
  • demam

.

10# Peripheral Adrenergic Inhibitors

Kerana ubat ini menghalang neurotransmitter dalam otak,otot-otot tidak akan megecut (menurunkan tekanan darah).

PAI sangat jarang digunakan kerana boleh menyebabkan cirit-cirit, pening, masalah ereksi, pedih perut dan hidung tersumbat.

.

11# Vasodilators

Pengembangan salur darah (vaso = vessel, dilators = mengembang) menyebabkan pengaliran darah lebih baik.

Jadi, boleh mengakibatkan:

  • pertumbuhan rambut berlebihan
  • bengkak
  • sakit kepala
  • jantung berdenyut tak sekata atau terlalu laju
  • sakit sendi
  • bengkak sekeliling mata

.

12# Renin Inhibitor

Kelas ubat darah tinggi ini lebih baru, bertindak menurunkan paras bahan kimia yang mengetatkan salur darah. Bila salur darah ‘berehat’ mudahlah pengaliran darah.

Kesan sampingan yang boleh timbul pula ialah batuk, cirit-birit, sakit perut, pedih perut dan ruam kulit.

kesan sampingan pengambilan ubat darah tinggi

Kesan Sampingan Pengambilan Ubat Darah Tinggi

.

4 Peringatan Penting Untuk Pesakit Darah Tinggi

.

  • Jangan sesekali berhenti mengambil ubat darah tinggi anda tanpa berbincang dengan doktor yang merawat terlebih dahulu. Anda hanya memudaratkan diri sendiri sekiranya berbuat demikian kerana tekanan darah yang naik tinggi secara tiba-tiba boleh menyebabkan strok dan serangan jantung.
  • Sekiranya anda mengandung atau bercadang untuk mengandung, beritahu doktor. ACE inhibitors dan ARB boleh menyebabkn kesan tidak baik kepada ibu hamil dan bayi dalam kandungan.
  • Beritahu dokor jika anda juga mengambil insulin untuk mengawal paras gula anda.
  • Masalah ereksi boleh disebabkan oleh darah tinggi itu sendiri atau pengambilan ubat darah tinggi. Berbincanglah dengan doktor yang merawat anda.

Kesimpulannya, jalan terbaik ialah mencegah dari merawat. Mulakan sejak awal lagi pemakanan lengkap nutrisi dan gaya hidup sihat untuk mengurangkan risiko darah tinggi.

Darah tinggi, kini bukan lagi penyakit keturunan. Tetapi lebih kepada disebabkan pemakanan dan gaya hidup tidak sihat.

Cegah sebelum kena. Cegahlah sebelum lebih parah.

Berminat untuk meningkatkan tahap kesihatan dengan Set Cadangan Jantung Sihat?

Kami ada Landmark Study yang membuktikan pengambilan beberapa jenis suplemen Shaklee memberi kesan positif terhadap kesihatan jantung.

.

DISCLAIMER : PENGAMBILAN SUPLEMEN TIDAK BOLEH SAMA SEKALI MENGGANTIKAN UBAT. SUPLEMEN CUMA PELENGKAP NUTRISI HARIAN ANDA.