Cara Makan Vitamin Shaklee Untuk Kesan Optimum

Cara Makan Vitamin Shaklee Untuk Kesan Optimum

cara makan vitamin shaklee

Untuk mendapatkan kesan optimum, pastikan terlebih dahulu cara makan vitamin Shaklee yang anda beli adalah betul dan sesuai untuk anda.

Secara amnya, dos saranan setiap produk Shaklee sudahpun dilabel pada botol atau kotak.

beli shaklee di lazada

Anda pernah membeli suplemen Shaklee dari Lazada, Shoppe atau mana-mana laman e-commerce tanpa konsultasi? Anda perlu tahu APA KESAN BELI SHAKLEE DI LAZADA (Klik untuk baca lanjut)

.

Cara Makan Vitamin Shaklee Untuk Kesan Optimum

.

Alfalfa Complex

  • jumlah saranan harian ialah 10 biji sehari, boleh diambil sekaligus atau beberapa kali sehari
  • contoh : ibu menyusu yang mengambil Alfalfa sebagai milk booster boleh mengambil 2 biji Alfalfa setiap kali selepas menyusukan atau mengepan (total 5 kali ambil 2 biji = 10 biji)
  • untuk tujuan menurunkan berat badan, dicadangkan pengambilan pada awal pagi sebelum makan (contoh : 5 biji pagi, 5 biji malam)
  • boleh diubahsuai mengikut badan masing-masing kerana Alfalfa sejenis herba yang memanaskan badan
  • tidak sesuai untuk ibu berpantang yang menyusukan bayi yang jaundice

cara makan vitamin shaklee

Sebaiknya dapatkan konsultasi penuh dari pengedar anda tentang cara makan vitamin Shaklee dengan betul.

.

B Complex

  • sebiji selepas sarapan
  • ambil pada waktu pagi kerana fungsinya untuk menukarkan makanan kepada tenaga. Jadi, mengambil pada waktu pagi menyediakan kita untuk hari kita
  • perubahan warna air kencing kepada kuning terang atau hijau muda selepas mengambil B Complex adalah normal kerana vitamin B disingkirkan melalui air kencing

.

Carotomax

  • sebiji sehari selepas sarapan

.

Collagen Powder

  • sememangnya waktu perut kosong ialah waktu terbaik untuk mengambil Collagen Powder
  • cuma larutkan 1 sachet ke dalam air kosong atau apa-apa air kegemaran anda

.

Chewable-C Plus

  • setiap tablet menyediakan 100mg vitamin C
  • untuk kanak-kanak boleh ambil sebiji sehari (lebih semasa tidak sihat)

.

CoQ Trol Plus

  • sebiji selepas sarapan
  • elakkan mengambil pada waktu petang atau malam kerana dikhuatiri boleh mengganggu waktu tidur (terbeliak je mata kang walau dah pagi buta hihi)

.

“Sebiji pagi, siang tak mengantuk sampai petang. Walaupun malam sebelumnya coaching sampai 1 pagi. CoQ Trol power!” (Master Farihah)

.

DTX Complex

  • 3 biji pagi untuk detox

.

Energizing Soy Protein

  • bancuh 3 sudu besar ESP dengan air kosong atau minuman kegemaran anda
  • kerana ESP ialah suplemen protein dan protein sangat sensitif dengan suhu tinggi, elakkan membancuh dengan air panas kerana dikhuatiri protein akan musnah pada suhu tinggi
  • ambil semasa perut kosong (contoh: sebelum sarapan) atau selepas makan jika anda bertujuan menaikkan berat badan

.

Garlic Complex

  • sebiji selepas sarapan dan sebiji selepas dinner

.

GLA Complex

  • kesuburan : sebiji pagi, sebiji malam
  • juga mengandungi vitamin E tetapi pada dos yang kecil

.

Herblax

  • 4 biji sebelum tidur, ambil sekali sekala sahaja (bukan setiap hari)
  • mengambil herblax akan menyebabkan kesan sampingan seperti cirit-cirit, perut memulas kerana sedang membersihkan usus (bagi masalah sembelit) untuk permulaan
  • semakin tinggi kandungan toksin dalam badan anda, semakin banyak anda akan mengalami cirit-birit
  • untuk mereka yang sihat, kebiasaannya mengambil Herblax tidak mendatangkan apa-apa kesan sampingan (contoh: mungkin sakit perut sikit-sikit sahaja)

.

Peringatan : anda berpotensi mengalami krisis penyembuhan bergantung kepada badan masing-masing

cara makan vitamin shaklee

Adakah mengalami kesan sampingan selepas mengambil suplemen membahayakan? Jika telah berjumpa doktor dan pemeriksaan adalah normal, ketahui tentang Krisis Penyembuhan

.

Lecithin

  • 6 biji sebelum sarapan untuk menurunkan berat badan
  • ibu menyusu yang mengalami masalah salur susu tersumbat, boleh ambil 3 biji selepas lunch dan 3 biji selepas dinner

.

Meal Shakes

  • kanak-kanak : bancuh sesudu kecil untuk permulaan, kemudiannya boleh up lagi (bergantung kepada umur, keperluan dan lain-lain)
  • dewasa : 1/4 cawan dibancuh
  • boleh bancuh dengan air kosong atau dicampur dengan minuman kegemaran

cara makan vitamin shaklee

Minuman jenis serbuk boleh dipelbagaikan cara bancuhan dengan mencampurkan dengan jus atau buah-buahan segar.

.

Nutriferon

  • 1 sachet setiap hari atau seminggu sekali
  • boleh dimakan begitu sahaja (sedap) atau dicampur ke dalam minuman

.

Omega Guard

  • 3 capsule selepas dinner
  • ada juga yang mengambil sebelum melakukan kerja rumah atau workout (akan berpeluh lencun, baik untuk membakar lemak)

.

Ostematrix

  • 3 biji sebelum tidur

.

Peppermint GingerPlus

  • 3 biji selepas makan

.

Performance Drink

  • bancuh 3 sudu besar dengan segelas air kosong
  • boleh diambil pada bila-bila masa terutamanya selepas workout, waktu berbuka puasa untuk membantu menghidrat
  • boleh dicampur dengan minuman Shaklee lain seperti ESP, Meal Shakes atau Cinch Tea Mix

performance drink shaklee

Performance Drink minuman kegemaran atlit kerana menghidrat dengan baik.

.

Phytocol ST

  • kerja fitosterol ialah ‘menangkap’ dan menghalang kolesterol dari diserap ke dalam darah
  • sebab itu dos saranannya ialah 2 biji selepas lunch dan 2 biji selepas dinner

.

Sustained Release Vita C Plus

  • untuk consumer yang sihat, boleh ambil sebiji selepas sarapan pagi
  • dan bagi yang tidak sihat pula, boleh ambil 2 biji setiap 5 jam (total 8 biji sehari = 2000mg)
  • vitamin C Shaklee ialah sustained release, jadi akan melepaskan vitamin C secara perlahan-lahan dalam masa 5 jam (100mg setiap jam)

.

Vita E Complex

  • sebiji sebelum tidur atau selepas dinner

.

Vitalea

  • 2 biji sehari selepas sarapan untuk mengurangkan rasa loya dan muntah
  • bagi kes anemia, disarankan pengambilan bersama vitamin C untuk meningkatkan penyerapan zat besi (zat besi digunakan untuk menghasilkan sel darah merah)

cara makan vitamin shaklee

Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi.

.

Vitalea for Children

  • sebiji selepas sarapan

.

Vivix

  • cuma 1 sudu kecil sehari semasa perut kosong
  • goncang dahulu sebelum minum
  • cara penyimpanan : di dalam freezer untuk mengekalkan kesegarannya (Vivix 100% semulajadi dan bebas bahan kimia)

.

ResV

  • 2 biji sofgel setiap hari

.

Cinch Shake Mix

  • boleh dijadikan meal replacement bagi mereka yang hendak menurunkan berat badan
  • bancuh 2 scoops (scoop disediakan dalam canister) dengan air kosong
  • didatangkan dalam 3 perisa sedap seenak desert – vanila, caffe, chocolate

.

Cinch Tea Mix

  • bancuh 1 sachet dengan air suam tanpa gula
  • baik untuk menurunkan berat badan kerana sangat rendah kalori (1 sacahet = 5 kalori sahaja) dan boleh meningkatkan metabolisma badan untuk membakar lebih banyak lemak

.

PERINGATAN:

Kesimpulannya, entri ini cuma saranan dos yang diberikan secara am oleh Shaklee.

Cara pengambilan yang sebetulnya adalah individualized, terutamanya orang tua, mempunyai masalah kesihatan dan sebagainya.

Penjualan melalui laman web e-commerce adalah DILARANG sama sekali oleh Shaklee, tiada jaminan oleh Shaklee, dan boleh merosakkan market dan nama baik Shaklee.

Oleh itu, dapatkanlah suplemen Shaklee dari pengedar sah sahaja melalui konsultasi yang jelas dan lengkap untuk manfaat anda.

Shaklee bukan sahaja menyediakan produk berkualiti untuk menyokong kesihatan anda, tetapi juga memberi peluang menjana pendapatan tanpa batasan.

Sesiapa yang mempunyai impian boleh melakukannya!

Klik gambar untuk Ain bantu.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Suplemen Harian Untuk Kesihatan Optimum

Suplemen Harian Untuk Kesihatan Optimum

Suplemen Harian (Set Keperluan Harian) Shaklee terdiri daripada kombinasi vitamin-vitamin yang menyediakan keperluan nutrisi asas setiap orang.

.

  • Energizing Soy Protein (protein)
  • Vitalea (multivitamin)
  • Vitamin C (antioksidan)
  • B Complex (kumpulan vitamin-vitamin B)
  • Omega Guard (lemak baik omega-3)

Energizing Soy Protein

  • Sumber protein lengkap yang kaya dengan kalsium (50% keperluan harian)
  • Berdasarkan kajian, 25g protein soya mampu memberi kesan menurunkan kolesterol dalam darah
  • Indeks glisemik serendah 39 sahaja
  • Lengkap dengan kesemua 9 asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan badan
  • Sangat rendah lemak dan kolesterol

Vitalea

  • Menyediakan 28 vitamin & mineral bagi melengkapkan lompong nutrisi harian
  • Antara multivitamin pertama di dunia sejak tahun 1915
  • Sejarah lebih 100 tahun!

SR Vita C Plus

  • Antioksidan yang melindungi dari kerosakan oleh radikal bebas
  • Vitamin larut air yang penting untuk kesihatan gigi dan gusi, kulit, dan tulang
  • Sistem sustained release memastikan badan mendapat vitamin C selama 5 jam berterusan setiap hari
  • Sesuai untuk penghidap gastrik kerana berasaskan ekstrak jagung yang tidak berasid.

B Complex

  • Kumpulan vitamin-vitamin B penting untuk fungsi badan optimum.
  • Menukarkan makanan kepada tenaga.
  • Dengan Sistem Penyerapan Bioaktif Yang Dipatenkan untuk memastikan penyerapan nutrien yang baik.

Omega Guard

  • Sumber asid lemak omega-3 ultra tulen dan bergred farmaseutikal
  • Peratusan DHA & EPA tertinggi berbanding jenama lain
  • Diiktiraf Friends of Sea

Harga retail Set Keperluan Harian ini ialah RM547.40 (tak termasuk GST dan postage). Semestinya lebih penjimatan sebagai ahli berdaftar di bawah Ain. Klik Saya Nak Set Keperluan Harian dan Daftar Ahli sekarang!

Atau anda boleh klik gambar ini untuk belian Set Keperluan Harian secara ekspress.

Penyebab Jerawat Di Wajah dan Cara Mengatasinya

Penyebab Jerawat Di Wajah dan Cara Mengatasinya

tips hilangkan jerawat

Pernah terfikir tak bagaimana jerawat terjadi?

Kalau jerawat jarang-jarang singgah tak mengapa kan?

Tapi kalau dah berterusan muncul tak henti-henti, last-last kita yang hadapi tekanan perasaan.

Pulak tu parut mula bertambah sana sini, lagi stress!!! Arrggghhh!!!

Jadi, kalau kita tahu apa punca jerawat, semestinya kita boleh cuba ‘tackle’ penyebab itu supaya jerawat tak lagi subur sepanjang masa.

 .

4 Penyebab Utama Jerawat

.

Ada 4 penyebab utama terjadinya jerawat:

  1. penghasilan minyak berlebihan di wajah
  2. folikel rambut tersumbat dek minyak dan sel-sel kulit mati
  3. jangkitan kuman
  4. pengaruh hormon

Kebiasaannya, jerawat terjadi di bahagian wajah, dahi, dada dan belakang badan.

Ini kerana di sini terdapat paling banyak kelenjar minyak yang berhubung dengan folikel rambut.

Folikel rambut yang tersumbat seterusnya akan mengalami keradangan dan/atau jangkitan kuman.

Lalu, menyebabkan bengkak di bawah kulit.

Permukaan bengkak yang kemerahan dengan putih di tengahnya inilah yang kita namakan jerawat.

Kadang-kala kita tengok ada juga orang tu mempunyai masalah jerawat yang lebih teruk daripada orang lain.

Kemungkinan orang itu mempunyai faktor-faktor lain yang boleh memburukkan lagi keadaan jerawat. Contohnya:

  • perubahan hormon
    • hormon androgen meningkat semasa lelaki dan perempuan mencecah usia remaja, menyebabkan kelenjar minyak menghasilkan minyak berlebihan
    • ada juga ibu hamil yang mengalami masalah jerawat semasa mengandung (ini disebabkan perubahan hormon semasa mengandung)
    • pengambilan pil perancang juga penyumbang kepada masalah jerawat.
  • pengambilan ubat tertentu : steroid, testosterone, lithium
  • pemakanan tak seimbang : suka makanan manis dan berminyak, kurang air kosong
  • stress berlebihan

penyebab jerawat di wajah dan cara mengatasinya

Penyebab Jerawat Di Wajah dan Cara Mengatasinya

 

Tips Menangani Masalah Jerawat

  1. Kenali apa punca jerawat anda dahulu.
  2. Menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit.
  3. Mengamalkan pemakanan seimbang & kurang berminyak
  4. Belajar mengawal stress dengan baik
  5. Minum air putih secukupnya, sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
  6. Mengurangkan makanan dan minuman manis.
  7. Mengamalkan suplemen kecantikan
  8. Dapatkan nasihat doktor (pakar kulit) jika perlu

 .

Bila Perlu Berjumpa Doktor?

.

Kalau dah bermacam-macam anda cuba tapi tak mendatangkan hasil, malah jerawat jadi lebih teruk lagi. Tibalah masanya untuk anda mendapatkan nasihat doktor kulit.

Salah satu punca jerawat berterusan ialah jangkitan kuman. Anda mungkin perlukan antibiotik untuk membunuh kuman-kuman ini.

Bertindak cepat. Anda tak perlu berlama-lama lagi menghadapi hari-hari dengan wajah berjerawat.

.

Klik gambar ini untuk konsultasi lanjut produk Shaklee untuk masalah jerawat.

Kebaikan Vitalea Shaklee | ainniahzulkefli.com

Kebaikan Vitalea Shaklee | ainniahzulkefli.com

kebaikan vitalea shaklee

Vitalea Shaklee ialah vitamin pertama yang dihasilkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1915 dengan nama Vitalized Mineral. Entri kali ini akan mengupas kebaikan Vitalea Shaklee yang menyebabkannya masih mendapat sambutan tinggi lebih 100 tahun sehingga kini.

Mari kita mula dengan eksperimen ini.

Sesiapa yang memang consume Vitalea Shaklee bolehlah buat sendiri seperti yang ditunjukkan di dalam video ini. Video asal dari Youtube di Shaklee Vitalea Vs. One A Day Mutivitamin.

Dalam video ini, apabila Vitalea Shaklee dimasukkan ke dalam air, tabletnya akan cepat terurai dan melarut kira-kira dalam 5 minit sahaja.

Ini menunjukkan kadar penyerapan multivitamin dari Vitalea adalah cepat.

Menurut Dr. Shangrawis, multivitamin sepatutnya melerai (disintegrate) dalam masa 60 minit atau kurang untuk memudahkan proses pelarutannya.

Walau bagaimanapun, kebanyakan multivitamin jenama lain mengambil masa lebih dari 1 jam untuk melerai. Ini adalah tidak bagus kerana zat dari multivitamin yang tidak diserap akan lebih membahayakan.

 

Sekarang, cuba anda patahkan tablet hijau Vitalea itu pula. Apa yang anda akan dapat lihat ialah seperti dalam gambar di bawah.

Biji-biji putih di dalam gambar ialah kanji yang ‘memegang’ nutrisi di dalamya.

Apabila dilarutkan di dalam air, akan melepaskan semua nutrisi ini untuk diserap oleh badan kita.

kebaikan vitalea shaklee

Keratan rentas Vitalea Shaklee

.

Apa rahsia Vitalea Shaklee boleh bertahan sehingga lebih 100 tahun di pasaran dunia?

.

Pertama, Vitalea dihasilkan melalui teknologi eksplosif yang kompleks dipanggil ‘ExploTab‘.

Melalui sistem ini, Vitalea akan kekal untuk sementara waktu sahaja di dalam sistem pencernaan.

Vitalea kemudiannya akan meledak dengan cepat untuk membebaskan nutrisi di dalamnya.

Ini memastikan nutrien dari Vitalea akan diserap dengan segera.

Kedua, Vitalea Shaklee disokong oleh 7 kajian klinikal.

Dalam ujian ini, telah terbukti pengambilan Vitalea selama setahun mampu mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.

Berbaloi sangat untuk ambil multivitamin yang lengkap dengan 28 vitamin dan mineral ini. Setiap hidangan 2 tablet sehari adalah bersamaan dari zat dan nutrisi dari 40 jenis lauk!

.

Manfaat Vitalea Shaklee

.

vitalea shaklee

Kalau hendak dipecahkan manfaat setiap satu vitamin dan mineral (ada 28 semuanya) di dalam Vitalea, sangatlah banyak.

Antara manfaat Vitalea ialah:

  • membantu mengekalkan kesihatan yang baik
  • mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu
  • mengandungi kalsium, fosforus, vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.

.

Siapa Yang Disarankan Mengambil Vitalea?

.

Disebabkan Vitalea lengkap dengan kesemua vitamin dan mineral asas yang diperlukan badan. ianya merupakan vitamin paling asas untuk apa jua masalah kesihatan dan kecantikan (kecuali anda yang ada kontraindikasi terhadap mana-mana bahan dalam Vitalea).

Jadi, Vitalea sesuai diamalkan untuk:

  • mereka yang nak mengekalkan kesihatan
  • nak menjaga kecantikan
  • menurunkan berat badan
  • menaikkan berat badan
  • meningkatkan tenaga
  • pelajar
  • warga emas
  • mereka yang makan memilih
  • masalah kesuburan
  • ibu hamil, berpantang dan menyusu

Untuk anda yang bermasalah kesihatan, disarankan mendapatkan nasihat doktor yang merawat anda terlebih dahulu.

.

Siapa Yang Tidak Sesuai Mengambil Vitalea?

.

Vitalea mengandungi Alfalfa dalam kuantiti yang sedikit. Jadi, tidak sesuai diambil oleh pesakit autoimun.

Juga tidak sesuai diambil jika anda mempunyai alahan terhadap mana-mana bahan di dalam Vitalea.

vitalea shaklee

Harga Vitalea

.

Sebotol Vitalea dengan harga retail RM93.75 mengandungi 120 biji tablet hijau. Dos yang disarankan ialah 2 tablet sehari. Bermakna sebotol boleh bertahan sehingga 2 bulan. Jimat sangat! Dan pastinya lebih penjimatan lagi jika anda mendaftar sebagai ahli dengan saya.

 

Info Lanjut Multivitamin

Shaklee bukan sahaja menyediakan produk berkualiti untuk menyokong kesihatan anda, tetapi juga memberi peluang menjana pendapatan tanpa batasan.

Sesiapa yang mempunyai impian boleh melakukannya!

Klik gambar untuk Ain bantu.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Pentingkah Zat Besi Untuk Ibu Menyusu Dan Bayi

Pentingkah Zat Besi Untuk Ibu Menyusu Dan Bayi

zat besi untuk ibu menyusu

Zat besi merupakan komponen yang penting dalam penghasilan sel darah merah.

Sel darah merah pula salah satu tugasnya membawa oksigen ke seluruh badan.

Kekurangan zat besi bermaksud kekurangan sel darah merah.

Dan kekurangan sel darah merah bermaksud akan kekurangan oksigen ke seluruh badan kita.

.

Apa Pula Kaitan Zat Besi Untuk Bayi Dan Ibu Menyusu?

.

Semasa di dalam kandungan ibu, bayi akan menerima sejumlah zat besi daripada ibunya.

Selepas bayi dilahirkan, bayi sudahpun mempunyai simpanan zat besi yang banyak.

Simpanan ini akan berterusan sehingga bayi berusia kira-kira 6 bulan.

Sementara si ibu pula, semasa melahirkan akan kehilangan banyak darah (kebiasaanya minima 200 ml darah).

Sebab itulah, hikmah Tuhan Yang Maha Berkuasa menjadikan, ibu selepas bersalin, kebanyakannya tidak mengalami haid untuk beberapa bulan.

Ini mengurangkan kehilangan darah yang lebih banyak.

Sepanjang penyusuan pula, hanya sejumlah kecil sahaja zat besi terdapat di dalam susu ibu.

Walau bagaimanapun, kadar penyerapan zat besi dalam susu ibu sangat efektif.

Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah.

Jadi, ibu menyusu memerlukan zat besi yang cukup untuk dirinya sendiri, dan untuk disalurkan sedikit kepada bayi melalui susu ibu.

.

Fungsi-fungsi Zat Besi

.

Berikut merupakan antara fungsi penting zat besi kepada tubuh kita:

  • membantu sel darah merah membawa oksigen ke seluruh badan
  • menghasilkan tenaga
  • penting dalam metabolisma
  • berfungsi dalam proses detoksifikasi
  • antioksidan
  • penghasilan DNA

zat besi untuk ibu menyusu

.

Sumber Makanan Yang Kaya Dengan Zat Besi

.

Untuk mendapatkan zat besi yang cukup, antara makanan yang kaya dengan zat besi ialah seperti sayur berdaun hijau (seperti sawi, bayam, brokoli), dan organ dalaman (seperti hati).

Selain itu, ibu menyusu juga digalakkan memperbanyakkan pengambilan buah-buahan.

Ini kerana buah-buahan kaya dengan vitamin C yang membantu penyerapan zat besi dengan lebih baik.

.

Bagaimana Pula Dengan Pengambilan Suplemen Zat Besi?

.

Sebaik-baiknya, ibu menyusu mendapatkan nasihat doktor yang merawat dahulu.

Terutamanya jika anda juga mengalami masalah kesihatan lain seperti thalassemia.

Pengambilan supemen zat besi, adalah untuk ‘topup’ kekurangan zat besi untuk ibu menyusu.

Disebabkan kebanyakan suplemen zat besi boleh menyebabkan sembelit, ibu menyusu disarankan memperbanyakkan pengambilan air kosong , sayur-sayuran dan buah-buahan.

Teruskan membaca Keperluan Vitamin Untuk Ibu Menyusu

Pilihan Set Menyusu Shaklee Mengikut Bajet

Pilihan Set Menyusu Shaklee Mengikut Bajet

Susu ibu yang dihasilkan secara semulajadi menawarkan nutrisi yang unik buat bayi anda. Tidak semua susu ibu dihasilkan dengan nutrisi yang sama.

Kajian mendapati, pemakanan ibu menentukan kualiti dan nutrisi dalam susu ibu.

Jadi, untuk menghasilkan susu ibu yang penuh berkhasiat, pastikan anda mengambil nutrisi yang betul. Nutrisi lengkap yang diperoleh si manja penting untuk pertumbuhan dan perkembangan optimum bayi anda.

Set Menyusus Shaklee terdiri daripada 3 pilihan utama – asas, popular dan optimum.

.

1# Set Menyusu Shaklee ASAS

Vitalea

Merupakan multivitamin multimineral tertua dunia (sejak 1915, lebih 100 tahun) yang mengandungi 28 vitamin & mineral asas yang diperlukan badan.

Melengkapkan lompong nutrisi ibu menyusu. Dikatakan 2 tablet Vitalea bersamaan dengan khasiat yang boleh diperoleh dari 40 jenis lauk.

Sebotol Vitalea mengandungi 120 tablet, untuk kegunaan 4 bulan.

.

SR Vita C Plus

Selain melawan kerosakan oleh radikal bebas, vitamin C juga:

  • melindungi dan mengekalkan kesihatan sel
  • meningkatkan imuniti badan untuk melawan jangkitan dan penyakit
  • menyokong kesihatan tulang dan gigi
  • membantu penghasilan sel imun badan
  • mencantikkan kulit ibu dan bayi yang disusukan
  • sebagai anti-alahan kerana bersifat anti-histamine

1 botol SR Vita C Plus mengandungi 180 biji tablet, untuk kegunaan 6 bulan.

.

B Complex

Kesemua vitamin B adalah penting untuk fungsi semulajadi badan termasuklah:

  • menukarkan makanan kepada tenaga
  • memperbaiki mood ibu dan mengurangkan risiko baby blues
  • juga menyokong kesihatan otak dan koordinasi pergerakan bayi

Setiap botol B Complex mengandungi 120 biji tablet, untuk kegunaan 4 bulan.

.

Alfalfa Complex

Bagi ibu selepas bersalin dan menyusu, Alfalfa bertindak sebagai ‘galactogogue’, bahan yang membantu meningkatkan penghasilan susu ibu dan kaya dengan antioksidan.

Juga digelar “jamu moden” & “kacip fatimah moden”, membantu mengembalikan kesihatan organ dalaman wanita.

Selain itu, kerana Alfalfa ialah agen detox darah, ianya membantu membuang angin dan melawaskan pencernaan (menangani masalah sembelit).

Botol kecil Alfalfa Complex mengandungi 330 tablet, manakala botol besar 700 biji. Saranan pengambilan sehingga 10 biji sehari.

Peringatan: Alfalfa ialah sejenis herba yang memanaskan badan. Sesuaikan dos mengikut badan masing-masing dan tindak balas bayi yang disusukan. Banyakkan pengambilan air kosong, sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari.

.

2# Set Menyusu Shaklee POPULAR

Ostematrix

Sebanyak 25-35 gram kalsium boleh didapati di dalam 100ml susu ibu. Kalsium penting untuk perkara-perkara di bawah:

  • kesihatan tulang
  • menggantikan simpanan kalsium dalam tulang yang ‘hilang’ semasa menyusu
  • membina tulang dan gigi bayi yang kuat
  • menggalakkan perkembangan normal saraf dan otot
  • menangani masalah sembelit
  • membantu otot ‘berehat’ dengan baik semasa tidur
  • memberi tidur yang berkualiti
  • mengelakkan sakit belakang dan tulang walaupun kerap berjaga malam untuk menyusukan

Di dalam sebotol Ostematrix mengandungi 120 tablet, untuk kegunaan sebulan.

.

#3 Set Menyusu Shaklee OPTIMUM

Energizing Soy Protein, ESP

Tahukah anda, ibu menyusu memerlukan dua kali ganda protein berbanding ibu tidak menyusu?

Sebagai bahan binaan utama sel dan komponen utama susu ibu, ESP terdiri daripada asid amino yang lebih ringkas supaya lebih mudah diserap.

Ini membantu:

  • menghasilkan casein yang menyediakan kalsium dan fosfat kepada bayi
  • membina, memperbaiki dan mengekalkan kesihatan kulit, rambut, otot dan menyokong perkembangan dan pertumbuhan secara menyeluruh
  • mengaktifkan sistem imun badan
  • indeks glisemiknya yang serendah 39 memberi rasa kenyang dan tenaga berpanjangan
  • membolehkan ibu menyusu menurunkan berat badan tanpa berlapar atau menjejaskan susu ibu
  • memperbaiki masalah kulit ibu dan bayi menyusu

Se-canister ESP mengandungi serbuk soya asli seberat 850g, untuk kegunaan sebulan.

.

Omega Guard

Omega-3 merupakan asid lemak ‘perlu’ (essential fatty acids) yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Tetapi sangat penting bagi ibu menyusu untuk menyokong perkembangan sel badan yang sihat dan pertumbuhan otak dan mata bayi.

Didatangkan dalam bentuk sofgel, sebotol (90 biji) Omega Guard adalah untuk kegunaan sebulan.

.

Koleksi Testimoni Set Menyusu Shaklee